Thursday, September 28, 2006

Misteri krisis gula -- Shafie: Bekalan kurang * Rafidah: Bekalan mencukup…Harga ayam naik lagi 40 sen..Beli, simpan Dinar mesti sedia hadapi risiko

Misteri krisis gula -- * Shafie: Bekalan kurang * Rafidah: Bekalan mencukupi
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Kemelut bekalan gula di negara ini menimbulkan misteri dan jelas mengelirukan. Hari ini dua menteri yang ada hubung kait dengan hal gula ini memberikan kenyataan, tapi bercanggah…(UM).

Ulasan: Dua pihak yang terlibat dalam bekalan gula iaitu pengilang dan pengedar. Kedua pihak atau salah satu pihak bertanggung jawab dalam kemelut bekalan gula kini. Bukan pertama kali berlaku dalam negara kita. Serupa dengan kes simen dulu, bayar lebih boleh dapat simen. Semata-mata di ada-adakan bukan sebenar.

Rakyat Malaysia percaya kepada siasatan BPR dan PDRM.


Harga ayam naik lagi 40 sen
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tidak sampai seminggu selepas menaikkan harga ayam 65 sen sekilogram, Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) hari ini mengumumkan kenaikan harga ayam sehingga 40 sen lagi berkuat kuasa esok.
Alasan mewajarkan kenaikan itu ialah permintaan melebihi penawaran dan kenaikan itu masih lagi di bawah harga siling yang ditetapkan…(UM).

Ulasan: Pengguna cerdik akan berfikir untuk membuat sesuatu (asalkan tidak melanggar undang-undang yang ada) supaya penternak di ajar bahawa ada cara lain untuk buat untung, bukan hanya menekan pelanggan. Antaranya boikot sampai turun harga…


Beli, simpan Dinar mesti sedia hadapi risiko
BACHOK 27 Sept. – Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang (kewangan) negara, ujar beliau…(UM).

Ulasan: Dinar itu wang emas yang kebiasaannya nilainya berbanding sesuatu wang kertas sentiasa naik dari tahun ke setahun. Sila semak harga emas dari masa ke semasa. Sudah tentu lebih baik menyimpan dalam bentuk emas asli atau pun dinar emas terutama pada zaman infasi sekarang ini. Kuasa membeli yang ada pada emas atau dinar emas akan lebih kukuh berbanding wang kertas.

PM Malaysia dulu bercakap tentang penggunaan Dinar…pelik semua orang sokong. Sokong ideanya kalau ia bermanfaat untuk rakyat. Jangan hanya menyokong individu kerana individu tak kekal…

Wednesday, September 27, 2006

Jual kuih 10 sen sebiji masih mampu raih untung...Bekas pegawai imigresen kena 25 tuduhan rasuah...Kenaikan kadar tol tidak beban

Jual kuih 10 sen sebiji masih mampu raih untung
BALING 26 Sept. – Dua gadis membuktikan mereka mampu mengaut keuntungan walaupun menjual kuih dengan harga 10 sen setiap satu di bazar Ramadan di sini…(UM).

Ulasan: Peniaga yang jujur dan tahu bertimbang-rasa akan melahirkan pembeli yang sama. Ertinya maksimumkan buat untung bukan jalan terbaik bagi peniaga.


Bekas pegawai imigresen kena 25 tuduhan rasuah

KANGAR: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas 25 tuduhan rasuah dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM9,811.71 daripada seorang kontraktor.

Ulasan: Ingatkan 25 tuduhan rasuah itu melibatkan RM puluhan juta. Rupanya hanya tak sampai RM10,000. Jangan hanya bawa kes bilis tapi terlupa kes jerung (high profile) yang pernah PM janjikan dulu...

Berikan laluan bebas kepada BPR untuk menyiasat dan mendakwa sesiapa yang pernah terlibat dalam rasuah walaupun anak sendiri...


Kenaikan kadar tol tidak beban

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil kira faktor peningkatan kos sara hidup, harga minyak, barangan keperluan asas serta penyelenggaraan lebuh raya sebelum menentukan jumlah kenaikan kadar tol, tahun depan…(BH).

Ulasan: Selama ini adakah protes rakyat di ambil kira? Bercakap manis senang tapi tikaman tepat ke jantung itulah menyedihkan rakyat. Padahal pengguna lebuh raya bertambah setiap tahun. Entah apa yang di janjikan kerajaan dalam kontrak konsesi dengan syarikat kontraktor besar yang biasanya mempunyai kabel kukuh dengan kerajaan. Rakyat mahu tengok sendiri perjanjian itu.

Wednesday, September 20, 2006

Dua calon angkasawan tak dibenar kahwin

KUALA LUMPUR: Dua bakal angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed, tidak dibenarkan berkahwin sehingga 2008 bagi memastikan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap program itu…(BH).

Ulasan: Kena bertanya pakar Islam mengenai hal ini. Jangan sampai melakukan maksiat kerana hajat seks yang di bendung. Jelasnya : jangan berzina.

Kontrak RM250 juta untuk 13,259 kontraktor kelas F

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Kontrak bernilai RM250 juta untuk enam bulan pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan ditawarkan kepada 13,259 kontraktor kelas F yang aktif dan layak mendapat projek baru…(UM).

Ulasan: Bagaimana membentuk pemikiran baru di kalangan kontraktor Bumiputera supaya kontraktor kelas F tidak kekal selamanya di dalam kelas F? Kontraktor kelas F yang dapat projek dalam RMK-9 dan melaksanakan sendiri dengan baik di syorkan naik kelas dalam RMK-10 serta tidak layak mendapat projek di bawah RMK-11. Sekurang-nya ada 5 tahun untuk berfikir.

Kontraktor kelas F mesti berusaha menambah ilmu di mana saja kalau mahu maju dalam perniagaan dan mengambil staf yang berilmu samada sijil, diploma atau sarjana muda.



Dua calon angkasawan tak dibenar kahwin
KUALA LUMPUR: Dua bakal angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed, tidak dibenarkan berkahwin sehingga 2008 bagi memastikan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap program itu…(BH).

Ulasan: Kena bertanya pakar Islam mengenai hal ini. Jangan sampai melakukan maksiat kerana hajat seks yang di bendung. Jelasnya : jangan berzina.

Kenaikan pangkat kakitangan awam kini berasaskan merit

PUTRAJAYA 19 Sept. – Sistem kenaikan pangkat kakitangan awam tidak lagi bergantung kepada lama perkhidmatan, tapi berasaskan prinsip merit, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan…(UM).

Ulasan: Asalkan betul-betul dilaksanakan. Jangan ada yang naik pangkat sebab kawan.

4,000 polis, tentera kawal Sulawesi

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan keselamatan di sebuah wilayah negara itu mulai semalam menjelang hukuman mati ke atas tiga lelaki Kristian yang bakal dijalankan minggu ini kerana mengetuai serangan ganas yang meragut 70 nyawa penduduk Muslim di Sulawesi tiga tahun lalu…(BH).

Komen: These are none but the extremist Christians who like the Serbs in 1991-95 who plundered and killed the Muslim Bosnians especially the old, women and children without any mercy...

Friday, September 15, 2006

1.27mil spent on prisoners

At the Dewan Rakyat : SOME RM1.27mil is spent on expenses for prisoners in Malaysia every day – and of the total, RM489,090 or 38.3% is used to maintain foreign prisoners.
Deputy Minister of Internal Security Datuk Fu Ah Kiow said that as of Sept 4, there were 42,483 prisoners in the country, including 16,303 foreigners...(Star).

Ulasan: Dua perkara - 1). Kenapa semakin maju negara semakin ramai banduan? Analisis ruhi ialah negara kita maju mengikut model yang sebenarnya jauh dari rahmat Allah. Akibatnya semakin maju tapi jenayah semakin banyak menyebabkan kehidupan tidak aman. Kita perlu bertanya kepada pakar agama supaya Malaysia di cintai Allah.

2). Apakah rakyat Malaysia semakin SUKA dengan ketenteraman dan keamanan yang semakin mengecil dan menghilang ekoran dari ramai pendatang asing (meliputi tanpa izin dan dengan izin) yang yang bekerja dalam negara dan kadang-kadang membuat jenayah dan merosakkan budaya setempat? Kenapa susah sangat nak banteras pendatang tanpa izin dan hubungan rasuah dengan pendatang tanpa izin? Seolah-olah hukuman ada tidak menakutkan...

Court: Effendi must explain

KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi has been given 14 days by the Syariah Court to explain why he failed to give his ex-wife a RM50mil gift (mutaah) as stipulated in their divorce settlement agreement...(Star).

Ulasan: Berikan hak kepada yang berhak. Jangan menggunakan kuasa untuk berlaku tidak adil.

Mara buru 25,381 peminjam perniagaan

PUTRAJAYA: Mara, yang berusaha memungut bayaran balik pinjaman pendidikan berjumlah RM281.4 juta, turut memburu 25,381 peminjam perniagaannya yang ‘ghaib’ bersama hutang sebanyak RM243 juta...(BH).

Ulasan: Bayarlah hutang kerana orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup.

Sabda Rasulullah S.A.W :- Maksudnya : "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya ".

Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W :- Maksudnya : "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi "

Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :-
"Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. " (Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Terima kasih kpd http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg07106.html

Pemimpin bersara usah campur pentadbiran negara

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta pemimpin negara yang sudah bersara supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran negara...(UM).

Ulasan: Ini cara BN bekerja yang akan merosakkan negara. Sepatutnya sesiapa pun kena berani bercakap dan campur tangan mengenai pentadbiran negara untuk kebaikan negara dan rakyat.

Kena ingat yang penting kebaikan negara dan rakyat BUKAN kebaikan kepada mana-mana individu dan parti.

Scomi hanya dapat kontrak kecil

SHAH ALAM 14 Sept. – Kontrak-kontrak kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) yang diperoleh Kumpulan Scomi Bhd. (Scomi) adalah kecil...(UM).

Ulasan: Kesian… Seolah-olah PM yang ada sekarang hebat kerana TIDAK menolong syarikat anaknya. Tepuk dada tanya iman. Buatlah apa saja asalkan halal…

Thursday, September 14, 2006

Election process clean, says Mahdzir

ALOR STAR: Kedah Umno says there was no hanky- panky in the election process to select the seven delegates to represent the Kubang Pasu division at the Umno general assembly in November…(NST).

Ulasan: Hebat betul MB Kedah sebab tanpa siasatan pun dah tahu.. Sepatutnya lantiklah penyiasat yang benar-benar suci dan bebas dari rasuah. Masihkah ada orang ini dalam Umno?

Kalau Umno serahkan kepada BPR untuk menyiasat lagi cantik sebab BPR pakar menyiasat rasuah dalam negara kita. Apa macam PM setuju?

Pelik kerana di negara kita, rasuah dalam parti tidak kena undang-undang negara. Bukankah rasuah itu jenayah walaupun di mana-mana hatta agama?

Wednesday, September 13, 2006

Tiga penarik kereta ditahan

ALOR STAR 12 Sept. – Polis menahan tiga penarik kereta yang disyaki terlibat dalam kes perlanggaran mengakibatkan seorang peniaga cedera hingga tidak sedarkan diri di hadapan rumahnya di Lorong Shariff, Jalan Langgar di sini...(UM).

Ulasan: Kebiasaannya penarik kereta adalah orang Melayu yang kuat yang bekerja dengan syarikat orang kafir. Dapatlah pendapatan dengan mengugut orang lain dan kadang-kadang melanggar undang-undang yang ada. Syarikat orang lain kaya, kita makin tua dan sentiasa di makan sumpah orang yang teraniaya.

Carilah kerja lain yang lebih halal dan selamat untuk kita bawa balik makan anak isteri..

Musa mahu gaji semua anggota polis dinaikkan

PETALING JAYA 12 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, beliau telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya menaikkan gaji polis berpangkat konstabel sehingga Asisten Komisioner Polis (ACP).

Ulasan: Apabila kita mengharapkan yang terbaik dari pihak polis dalam menjaga ketenteraman negara sewajarnya kita naikkan gaji anggota polis. Kerana faktor gaji rendah kadang-kadang menyebabkab amalan rasuah. Tapi gaji tinggi pun kadang-kadang rasuahnya lebih hebat. Pokok pangkal kesedaran beragama. Apabila polis tidak amalkan rasuah sudah tentu banyak lagi jenayah boleh di banteraskan.

BPR boleh beri tumpuan kepada rasuah amalan orang politik dan pegawai kerajaan. Sila beri kebebasan sepenuhnya kepada BPR hatta menyiasat Perdana Menteri. Rasuah perosak negara.

KPN arah gempur sarang jenayah

KUALA LUMPUR: Tan Sri Musa Hassan yang secara rasmi mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara, semalam mengarahkan semua 147 ketua polis daerah di seluruh negara menggerakkan anggota mereka untuk menggempur kawasan hitam bagi memerangi jenayah…(BH).

Ulasan: Sama-samalah kita jadikan Malaysia bebas dari jenayah dan maksiat.

Projek mega bantu Melayu

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan strategi membangunkan Melayu Pulau Pinang tidak lama lagi, antara lain merangkumi aspek perumahan, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop…(BH).

Ulasan: Buatlah apa saja asal yang halal bermula dari program membawa orang Melayu amalkan dan cintakan agama Islam serta jauhkan negara dari maksiat. Jangan duit habia matlamat tak sampai.

Dakwaan Dr Mahathir amat berat: Pak Lah

HELSINKI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa wujud rasuah dalam pemilihan menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu, Sabtu lalu, sebagai tuduhan yang amat berat…(BH).

Ulasan: Untuk kepastian, sila siasat tuduhan yang datang dari mantan Presiden Umno. Tapi berdasarkan rekod, memang rasuah telah lama di amalkan dalam politik Umno.

IOF officer admits: We dropped 1.2 million cluster bombs on Lebanon

Occupied Jerusalem, Occupied Palestine : An IOF commander has admitted that his army's air force had dropped around 1.2 million internationally-banned cluster bombs on Lebanon other than using the phosphoric bombs, which are also internationally-banned.
Hebrew daily 'Ha'aretz' on Tuesday quoted the commander of the IOF rocket unit as saying, "The IOF fired around 1,800 cluster bombs, containing over 1.2 million cluster bomblets"...(Ikhwanweb).

Comment: The whole world should unite: Israel is none but committing war crimes for using the internationally-banned materials. Without the continuing support of US and UK, Israel will behave nicely...

Tuesday, September 12, 2006

Media dunia kutuk AS takluk Iraq selepas 9/11

HONG KONG: Akhbar dunia semalam mengecam tindak balas Amerika Syarikat terhadap serangan 11 September dengan menuduh Presiden George W Bush menjahanamkan kempen antipengganas ciptaannya serta meranapkan perasaan muhibah dunia apabila menakluk Iraq…(BH).

Ulasan: Kalau negara Islam menjadi terkuat di dunia sudah tentu manusia dan alam di hormati serta kebenaran menjadi perjuangan.

Alangkah ruginya dunia hari ini, seatakat ini, bila mendapat ‘polis dunia’ yang cintakan dunia.

2,000 bantah Blair kunjungi Lubnan

BEIRUT: Kira-kira 2,000 orang melakukan tunjuk perasaan membantah lawatan Perdana Menteri Britain, Tony Blair ke Beirut semalam, atas dakwaan beliau menyokong Israel dalam perang selama 34 hari bagi menghapuskan pejuang Hizbullah…(BH).

Ulasan: Semoga Allah berikan kekuatan kepada orang Islam dan pemimpinnya melaksanakan BIJAKSANA (fatonah) persis Rasulullah s.a.w. menghadapi orang kafir.

Batal jambatan tak jejas hubungan: PM

Helsinki: Hubungan dua hala antara Malaysia dengan Singapura tidak terencat hanya kerana pembatalan projek jambatan menggantikan Tambak Johor baru-baru ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi…(BH).

Ulasan: Rakyat Malaysia tertanya-tanya bilakah Singapura akan menjadi jiran yang baik?

Semoga Allah berikan kekuatan kepada orang Islam dan pemimpinnya melaksanakan BIJAKSANA (fatonah) persis Rasulullah s.a.w. menghadapi orang kafir.

Dr M terima keputusan

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menerima kekalahannya dalam pemilihan menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti November ini, tetapi ia tidak menghalangnya untuk terus bercakap mengenai pentadbiran kerajaan sekarang.
Sambil mendakwa berlaku rasuah dalam pemilihan di Jitra, Kedah, Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun tewas, beliau sebenarnya mendapat kemenangan moral…(BH).

Ulasan: Semua orang tahu bahawa rasuah dalam politik Umno serta ugutan dan ancaman untuk mengalahkan orang tertentu sudah lama berlaku di dalam Umno. Tun sebagai orang lama Umno, tentu arif.

Selamat berjuang kepada Tun untuk terus bercakap mengenai kekeliruan pentadbiran kerajaan sekarang. Lawan tetap lawan...you have nothing to loose asalkan Tun bercakap perkara yang benar.

Zahidi didakwa langgar etika

KANGAR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin akan dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis kerana didakwa gagal memberi komitmen kepada Umno negeri…(BH).

Ulasan: Tahniah kerana dapat tinggalkan Umno terus. Yang penting Allah menerima kita sebagai orang beriman dan bertaqwa.

Sijil halal roti High 5 tamat hampir sebulan

KUALA LUMPUR: Stanson Bakeries Sdn Bhd, pengeluar roti High 5 didakwa masih menggunakan logo halal ke atas tiga produknya walaupun sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah tamat bulan lalu.
Semakan menerusi direktori halal Jakim mendapati sijil pengesahan halal untuk produk High 5 Sandwich Bread, High 5 The Original Super Sandwich dan High 5 Wholemeal Bread tamat pada 14 Ogos lalu…(BH).

Ulasan: Selagi orang Islam meninggalkan fardu kifayah dalam hal kehidupan dan bergantung kepada orang kafir untuk menyediakan makanan kepada kita perkara demikian akan terus berlaku. Seolah-olah kita mengharapkan orang lain iaitu orang kafir (we are left at the mercy of orang lain)untuk meneruskan hidup ini.

Orang lain apalah yang ada dan diharapkan selain daripada buat untung menjual barangnya kepada kita. Ertinya sampai bila kita boleh mengharapkan orang lain? Sampai bila kita jadi pengguna dan mengeluarkan tanda halal yang mengharapkan belas kasihan daripada orang lain? Orang lain dapat duit kita berjuta-juta, kita?

Kenapa orang Islam tak hasilkan makanan dan minuman kita sendiri...yang halal dan baik? Kita perlu keluar dari belenggu ini. Kenapa kita terlalu suka di belenggu sebegini cara walaupun 50 tahun sudah merdeka? Marilah kita keluar dari kehinaan ini.

Usaha kearah ini mesti ada, mesti dibantu dan berjalan terus.

Di samping itu semua orang Islam mesti berdakwah menyampaikan Islam sebaik cara kepada masyarakat majmuk iaitu kepada kawan-kawan kita orang yang kafir @ belum Islam....

Sekurang-kurangnya mereka mendapat peluang untuk memilih cara hidup Islam dari penyampaian kita. Selama ini kebanyakan dari mereka mendapat duit, menjadi kaya dari perniagaannya menjual barang dengan kita. Atau tidaklah hidup mati dengan jiran orang Melayu tapi mesej Islam tidak pernah diberikan oleh kita.

Jom bantu & keluarkan makanan sendiri dan sebarkan Islam kepada masyarakat majmuk...

Tidak punyai bidang kuasa perkukuhkan kedudukan Melayu

BUTTERWORTH 11 Sept. – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah mengakui tidak mempunyai bidang kuasa khusus dalam pentadbiran kerajaan negeri bagi membolehkan beliau memutuskan sebarang ketetapan bagi memperkukuhkan kedudukan orang Melayu di negeri ini…(BH).

Ulasan: Lebih 49 tahun bersama memerintah negeri baru kini pemimpin Umno sedar bahawa hanya orang Islam yang di ajar supaya bersikap adil.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada orang Islam dan pemimpinnya melaksanakan BIJAKSANA (fatonah) persis Rasulullah s.a.w. menghadapi orang kafir.

Keris pada bendera UMNO bawa tuah

MELAKA 11 Sept. – Lambang keris terhunus pada bendera UMNO perlu dikekalkan kerana ia kelihatan serasi dan membawa tuah kepada orang Melayu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam…(BH).

Ulasan: Asalkan jangan membunuh sesama sendiri kerana cintakan dunia seolah-seolah keris itu untuk makan darah sesama sendiri pada hal takutkan kepada orang kafir.

Friday, September 08, 2006

Wanita dipersalah gangguan seks

BEIJING 7 Sept. – Gangguan seksual berleluasa di tempat kerja di China dan golongan wanita dipersalahkan kerana memakai pakaian menjolok mata, menurut laporan media yang memetik tinjauan pendapat Internet…(UM).

Ulasan: Bayangkan seluruh dunia terjadi ini: perempuan berpakaian yang tidak menjolok mata dan lelaki merendahkan pandangan dari melihat perempuan. Hasilnya tidak akan berlaku gangguan seksual secara berleluasa seperti sekarang.

Kalau perempuan ingin dihormati dan tidak hanya di anggap simbol seks oleh lelaki, perempuan perlu melakukan sesuatu antaranya balik semula mengamalkan agama yang benar di dalam kehidupan...

Wednesday, September 06, 2006

Pembebasan Tommy Suharto dipertikaikan

JAKARTA 5 Sept. – Pembebasan Tommy Suharto, anak bekas Presiden Indonesia, Suharto dari hukuman penjara sebelum tempoh masa yang ditetapkan, menimbulkan persoalan di kalangan banyak pihak memandangkan beliau dihukum penjara selama 15 tahun atas kesalahan mengarahkan pembunuhan seorang hakim…(UM).

Ulasan: Apakah seorang banduan termiskin akan mendapat layanan yang sama? Hujjah untuk melaksanakan atau tidak, sayangnya, bergantung diatas orang diatas…

Keistimewaan Melayu, bumiputera kekal – Abdullah

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan terus mengekalkan kedudukan istimewa kaum Melayu dan bumiputera lain sejajar dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak merdeka.
Menurut Perdana Menteri, peruntukan bagi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lain terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, kedudukan istimewa itu termasuk dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, bantuan pendidikan dan bantuan dalam bidang perniagaan serta perdagangan.
‘‘Namun begitu, dasar yang diperuntukkan oleh Perkara 153 perlu dilaksanakan mengikut undang-undang tanpa menganiaya, menidakkan atau mengabaikan mana-mana kaum lain,” kata Abdullah.
Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). …(UM).

Ulasan: Setidak-tidaknya memberi harapan baru kepada orang Melayu setelah tongkat di buang dalam keadaan oran Melayu dan bumiputera tidak bersedia dengan jaringan meliputi pelbagai segi seperti kaum China.

Laksanakan dengan ikhlas tanpa mengira parti. Parti apa pun, kita perjuangkan Islam dan Melayu...

Kerajaan negeri hanya pentingkan rumah mewah

PULAU PINANG 5 Sept. - UMNO Bahagian Tanjong mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri menangani isu rumah kos rendah yang majoriti pembeli adalah daripada kalangan bumiputera…(UM).

Ulasan: Orang Islam sepatutnya dari dulu sentiasa bijaksana (fatonah) persis Rasulullah s.a.w berdepan dengan orang kafir.

Kita sewajarnya berpolitik untuk membela agama dan bangsa bukan untuk membolot kekayaan di atas nama Melayu.

Jadilah usahawan tulen

MELAKA 5 Sept. – Orang Melayu diminta menjadi usahawan tulen yang boleh berjaya dengan usaha sendiri dan bukannya mengambil kesempatan daripada penglibatan mereka dalam politik untuk mencipta kejayaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak mahu wujudnya usahawan disifatkan sebagai ‘dua alam’ iaitu menyertai politik tetapi pada masa sama mahu mendapatkan peluang perniagaan…(UM)..

Ulasan: Itulah yang berlaku semenjak Umno/BN memerintah Malaysia.

Menjadi ahli Umno semata-mata untuk dapatkan peluang perniagaan dan menipu orang Melayu kerana membolot projek diatas nama Melayu...

Kontraktor diingat siapkan projek ikut jadual

KEPALA BATAS 5 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan kontraktor yang terlibat dalam projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) supaya memastikan projek disiapkan mengikut jadual bagi mengelakkan kerugian kepada kerajaan dan rakyat…(UM).

Ulasan: Laksanakan seperti yang apa yang telah di janjikan seperti dalam Borang Kontrak Setara JKR. Jika lambat masa penyiapan projek kenakan denda lewat siap dan di tentukan (liquidated and ascertained damages).

Orang politik jangan masuk campur bila ahli professional dari JKR mengendalikan projek.

Tuesday, September 05, 2006

Semua lori, bas dilarang guna MRR2

SUBANG JAYA 4 Sept. – Kenderaan berat terutama lori dan bas tidak dibenarkan menggunakan laluan jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) di Kepong berkuatkuasa bulan depan...(UM).

Ulasan: Kenapa MRR2 rosak? Berdasarkan pengalaman lama manusia dalam bidang kejuruteraan dan kod amalan kejuruteraan yang telah diguna-pakai selama ini, biasanya di belakang sesuatu binaan yang rosak (construction disaster) ada tangan manusia yang melakukan kesilapan dan bertanggung jawab ke atasnya.

Mungkin rekabentuknya silap, tidak mengikut spesifikasi yang di arahkan atau kurang cermat membinanya dan meluluskanya... Siapa?

1,730 terbunuh di Selatan Thai

BANGKOK: Jumlah kematian akibat pemberontakan selama dua tahun di wilayah Selatan Thailand meningkat lebih 1,700 dengan serangan bom semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu, kata seorang profesor yang mengikuti keganasan berkenaan…(BH).

Ulasan: Jumlah kematian akan meningkat selagi ummat Islam tidak dihormati di tempat mereka sendiri. Tentu kita masih ingat peristiwa Tak Bai yang menyebabkan ummat Islam di aniaya dan lebih 70 orang Islam yang berpuasa Ramadhan di bunuh dengan cara yang tidak patut dan zalim seolah-olah binatang yang tiada hak untuk hidup di Thailand..

Adakah Buddha mengajar para pengikutnya – kerajaan dan majoriti penduduknya beragama Buddhist- melakukan kezaliman kepada orang Islam?

Israel takut disaman lakukan jenayah perang

BAITULMAQDIS: Israel semalam memberi amaran kepada pegawai awam dan tenteranya supaya berhati-hati ketika bercakap mengenai konflik Israel-Lubnan kerana bimbang ucapan yang dibuat mengundang saman jenayah perang…(BH).

Ulasan: Tidak pelik bagi negara haram Israel selama ini melakukan jenayah perang. Negara haram yang ditubuhkan pada tahun 1948 dengan mengambil atau menduduki secara haram tanah rakyat Palestin yang telah tinggal di situ sejak beribu-ribu tahun lamanya.

Oleh sebab ia diduduki secara haram sepatutnya apa juga tindakan Yahudi ini adalah haram. Namun, pada hari ini keadaan sebaliknya berlaku. Rakyat Palestin yang dilihat sebagai pendatang dan Yahudi sebagai pemilik.

Tentu masih lagi ingat jenayah perang yang di lakukan oleh Ariel Sharon di Qibya 1953, menyerang Lubnan 1982 dan bertanggung jawab pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatilla. Sehingga 2004, Amerika menggunakan 24 kuasa veto di PBB to melindungi jenayah perang Israel. Dan banyak lagi kes jenayah perang yang dilakukan oleh Israel dengan bantuan Amerika…

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
http://www.vialls.com/wecontrolamerica/WarCrimes.html

Monday, September 04, 2006

Pemilik premis tayang filem lucah secara terbuka

BUKIT MERTAJAM 3 Sept. – Selepas lebih 100 kali diserbu pihak berkuasa kerana menjual cakera padat video (VCD) cetak rompak sejak tahun lalu, pemilik sebuah premis perniagaan di Taman Maju di sini, bertindak lebih berani menayangkan filem lucah secara terbuka untuk menarik pelanggannya…(UM).

Ulasan: Biasanya sekali saja sudah cukup untuk pengajaran. Mungkin sesuatu perlu di laksanakan untuk mengelakkannya dari bercambah. Semak semula undang-undang yang terlalu lemah pelaksanaan dan peruntukannya. Kenapa video lucah boleh di dapati dengan bebas setelah ada undang-undang menyekatnya?

Kalau benar kerajaan Malaysia sayang anak bangsa serta kaum wanita, kerajaan Malaysia perlu serius menyekat video lucah dan laman web yang seumpama.