Monday, March 31, 2008

Orang menilai, bukan sistem

SINTOK 30 Mac – Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad berkata, orang akan menilai seseorang calon hakim tanpa mengira apa sahaja sistem pelantikan yang dipakai.
‘‘Apa juga sistem yang digunakan bagi pelantikan seseorang hakim untuk melaksanakan perundangan, akhirnya orang akan menilai siapa yang melaksanakannya, dan bukan sistem yang diguna pakai.”...

Ulasan: Kalau sistem sudah tercemar, agak sukar melantik hakim yang adil.
Lihat sokongan peguam: Peguam sokong suruhanjaya pilih hakim
KUALA LUMPUR 30 Mac – Penubuhan suruhanjaya bebas untuk mengendalikan urusan pelantikan dan kenaikan pangkat hakim akan menjadikan badan kehakiman lebih telus dan berwibawa. Peguam Amer Hamzah Arshad berkata, Majlis Peguam sentiasa melobi penubuhan suruhanjaya seumpama itu kerana pelantikan hakim adalah satu perkara yang penting untuk diputuskan oleh individu tertentu sahaja.
Katanya, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, beliau mengetuai perarakan Walk of Justice pada tahun lalu untuk menyampaikan mesej yang sama.

Melayu sudah hilang kuasa – Ku Li
KOTA BHARU 30 Mac – UMNO perlu menerima hakikat bahawa orang Melayu sebenarnya sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan bantuan dari Sabah serta Sarawak untuk terus kekal memimpin negara.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, parti itu perlu melakukan sesuatu kerana rakyat khususnya di Semenanjung sudah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

Ulasan: Kuasa adalah kurniaan Allah. Lima puluh tahun UMNO menyalahgunakan kuasa lalu Allah ambil balik kekuasaan itu.

Muslims outnumber Roman Catholics for first time - Vatican

ISLAM has overtaken Roman Catholicism as the biggest single religious denomination in the world, the Vatican said today.
Monsignor Vittorio Formenti, who compiled the Vatican's newly-released 2008 yearbook of statistics, said Muslims made up 19.2 per cent of the world's population and Catholics 17.4 per cent.
"For the first time in history we are no longer at the top - the Muslims have overtaken us," Monsignor Formenti told Vatican newspaper L'Osservatore Romano, saying the data referred to 2006.
He said that if all Christian groups were considered, including Orthodox churches, Anglicans and Protestants, then Christians made up 33 per cent of the world's population - or about two billion people.
The Vatican recently put the number of Catholics in the world at 1.13 billion people. It did not provide a figure for Muslims, generally estimated at around 1.3 billion.
Monsignor Formenti said that while the number of Catholics as a proportion of the world's population was fairly stable, the percentage of Muslims was growing because of higher birth rates...(Reuters, March 31, 2008).

Ulasan: Dua perkara yang menarik: 1. Teruskan berdakwah sebagai TUGAS kita untuk menyelamatkan manusia dari azab di akhirat. Hanya dengan menerima Islam dan sekaligus taat kepada perintah Allah sepertimana di tunjukkan oleh Sunnah Rasulullah s.a.w., manusia akan selamat di dunia dan di akhirat.
2. Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab masih mengurniakan orang Islam dengan kadar kelahiran yang tinggi. Semoga Allah memberi balasan terbaik kepada kaum Muslimah yang sanggup melahirkan ramai anak halal menjadikannya realiti yang di geruni musuh.

Komen Mr TAHA T----: Alhamdulillah.....cuma kita kena usaha dan berdoa semoga kita tidak gah dari segi nombornya tapi kualitinya mengecewakan. Bukan seperti buih dan bukan menjadi sebahagian penyebab kepada kesesakan dunia..... disebabkan akhlak yang buruk!!!

Wednesday, March 26, 2008

Syor pinda AUKU langkah positif

KUALA LUMPUR: Cadangan Kementerian Pengajian Tinggi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan disifatkan langkah positif dalam melahirkan graduan berdaya saing.
Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata selain memberi mandat penuh kepada universiti membuat sesuatu keputusan, pindaan itu wajar kerana ia sebagai tanda kepercayaan kerajaan terhadap pihak berkenaan untuk lebih bersedia berdepan dunia global. Mengimbas pelaksanaan AUKU sejak 37 tahun lalu, beliau berkata, tindakan Menteri Pelajaran ketika itu seolah-olah mengongkong kebebasan pelajar untuk mempamerkan kemahiran mereka memimpin yang sepatutnya digilap ketika berada di kampus...(BH, 26/3/08).

Ulasan: Hasil yang ada ialah melahirkan pemimpin kerajaan BN dan bakal pemimpin BN yang hanya pak turut. Rakyat bersyukur selepas kekalahan BN dalam PRU 12, ramai Naib Cancelor sudah berani bercakap sesuatu yang hampir dengan suara hatinya untuk menghasilkan graduan yang bukan sumber insan dalam ekonomi tetapi berani menegakkan kebenaran dan keadilan. Sedar dan insaflah bahawa bermuka-muka, menjadi pengampu dan penjilat bukan cara hidup orang yang jiwanya merdeka apatah lagi terpelajar.

Pelajar 14 tahun dirogol sembilan lelaki
KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sembilan remaja termasuk teman lelaki barunya dalam tempoh dua hari berturut-turut di sebuah bangsal di Felda Nerang 1 di Kemaman... ...(UM, 26/3/08).

Ulasan: Dari sudut peribadi - Semuanya berlaku setelah melanggar peraturan Allah iaitu perempuan keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Nampak depan mata bahawa peraturan Allah adalah untuk kesejahteraan manusia. Dari sudut lain kerajaan bertanggung jawab mendidik warganya menjauhi zina termasuk rogol, menjauhi pergaulan bebas, menyekat video haram, rancangan tv & radio, serta web lucah yang merangsang seks melalui pelbagai cara, kempen yang berterusan dan akhirnya dengan hukuman yang setimpal.

Langkah ringankan beban rakyat

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan akan memperkenalkan tiga langkah khusus bagi meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Selain tiga langkah itu, kerajaan turut menyatakan ia tidak akan menaikkan harga minyak dan gas pada masa ini.
Berikutan keputusan tersebut, kadar tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan.
Dalam ucap utamanya pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghuraikan perancangan bagi melegakan keresahan rakyat berhubung kenaikan kos sara hidup yang menjadi isu dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu...(UM, 26/3/08).

Ulasan: Alhamdulillah kuasa rakyat rupa-rupanya boleh menundukkan kerajaan BN yang selama ini sombong dan kebal sehingga menyebabkan BN tidak prihatin kepada rakyat. Jelas kini bahawa keuntungnya tunai kembali kepada rakyat juga.

Cogankata baru PDRM
Cogankata baru polis ialah Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul manakala lencana baru pula ialah Integriti Amalan Kita menggantikan Saya Anti Rasuah.

Ulasan: Rakyat harap ini dilaksanakan dalam kehidupan sehari. Rakyat suka sangat melihat polis yang tidak mengamalkan rasuah,dan bertindak adil walaupun terhadap pesalah.

Tuesday, March 25, 2008

Indonesian govt to block porn websites next month

The government said Friday it would block porn websites next month as it kicked off its free internet service program to senior high schools across the country.
"With a free internet service, our internet users will jump from 25 million to about 50 million users," Information and Communication Minister Muhammad Nuh said after inaugurating an information technology laboratory at Al Akbar mosque, Surabaya. "However, this will also bring negative consequences as people will easily access porn sites. Therefore we will ban porn sites next month."
The ban would be carried out through software installation at high school local area networks, cooperation with internet service providers, and people awareness movement, he said...(Jakarta Post, Friday, March 21, 2008).

Ulasan: Malaysia bila lagi? Kerajaan perlu bertindak cepat supaya pemikiran rakyat terutama remaja dan belia menjadi besar. Only great people think great. Web lucah hanya mengecilkan pemikiran, merosakkan semua orang dan menghina maruah perempuan. Kita hidup sebagai manusia yang mempunyai cita-cita yang besar untuk menyelamatkan manusia seluruhnya dari azab neraka dan di masukkanNya ke dalam syurga akhirat. Sudah berkali-kali kerajaan BN buat kenyataan akhbar, tapi di mana pelaksanaannya?

Sarawak goes high-tech to protect forests
KUCHING: Sarawak's Forest Department is going high-tech in its enforcement against encroachment and illegal logging activities in protected areas.
Its monitoring, enforcement and prevention (MEP) system, which was unveiled during the state-level commemoration of World Forestry Day on Monday, incorporates remote sensing, image processing, mobile mapping and web-based applications to detect illegal activities. The data is then sent to field officers via a web-based platform from which it will be downloaded to a mobile component such as a PDA.
State director of forests Datuk Len Talif Salleh said the MEP system had been developed by the department using the latest available technology...

Ulasan: Masalah berpunca dari hati. Bila rasuah tiada, banyak urusan menjadi mudah kerana keadilan merata.

Monday, March 24, 2008

New World Order, Tsunami and Reformasi

In August 1990, when George Bush Sr launched the Gulf War I, he proudly announced that it marked the beginning of the New World Order. It was not to be, though. The nations of the World, although
heeded the call to War under the UN Flag, by and large ignored the call. Nations went on their own ways after the War.

Then came the second wave. It was the infamous September 11 event that proved to be strong enough the bring about the New World Order. It was the doctrine 'Either you are with me or you are against me' of
George Bush Jr that ushered in the New World Order. So the nations of the World post-Sept 11 could be categorised into two camps. Whether this will last depends on how the 'War on Terror' and the
'Iraq War' finally end.

The moral of the story: It takes a declaration of intention to get a 'great' idea moving, but it takes a long time (a decade or so) and a big explosion for it to actually materialise.

Now apply that to the Reformasi movement of DS Anwar Ibrahim (DSAI).

In September 1998, when DSAI was fired from the Deputy Premiership post, he announced the beginning of 'Reformasi'. Things in our nation had become so rotten that lest extensive reforms took place,
the nation would be on the path to becoming a failed state, so according to DSAI.

Of course, a mere declaration, street demonstrations and an incarceration failed to make Reformasi materialise. Then, almost exactly 10 years afterward, the Election Tsunami of 2008 finally seems to usher in Reformasi.

Now the word 'reform' no longer is vocabulary of the Opposition camp; even BN is talking about reforms - it needs to reform in order to survive. [Indeed, BN is a dire need for reforms in order to stay relevant. The longer it entertains the state of denial syndrome, the closer it will be to the point of demise. To be sure, it is not easy
for UMNO to change, given so many strong, opposing, vested interests in the party.]

The morning after Election 12, OY wrote on the need to liberalise the media. Yes, media needs to reform lest it becomes irrelevant. In an era where mass media will do anything to seize sizeable followings -
audience and readers - our media had become so out of touch with its own. That the mainstream media had become so devoid of credibility could be seen when it even failed the party it was supposed to serve,
hence the words of a senior BN minister 'I don't know who to believe anymore.'

Post-March 8, the media has shown some directions towards reform. When previously the mention of the name 'DSAI' would have been a taboo, except when done in the most derogatory manner, now the same
media do not hesitate to quote, and even to print colour photos of, the great nemesis.

The new governments in the five states will show the way to reform. The call of open tender now reverberates throughout the nation, notleast in BN component parties.

While the 'Muslim-friendly' Koh Tsu Koon never thought of attending a Muslim function barring the Hari Raya, the 'NEP-basher' Lim Guan Eng, seems so spontaneously, appeared in a Maulidur Rasul celebration.

Just watch out - there will more to come.

After more than 50 years at the throne, BN (and its precursor, the Alliance) had become so resistant to change. It sits entrenched in an old paradigm: BN is the only one capable to govern, never mind the 'little' shortcomings; there is only one choice - that is BN; take it and thou shall prosper; leave it at your own peril.

BN had become so synonymous with government; even the Judiciary, Police, Military, and the various 'royal' commissions had become, tools of, and subservient to the grand old party. But now it has to change, and do it fast [to quote DSAI, 'time is on the Opposition's side and not on BN's'], lest it may share the fate of the great
dinasour.

Election 2008 managed to somewhat loosen BN's grip on power and things will never be the same again!

(Ihsan: Ali Abd Rahman)

Projects should be awarded via open tenders

PETALING JAYA: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should ensure that all projects are awarded through open tenders, MCA Education Bureau chief Senator Datuk Lee Sing Chooi said.
Lee said that projects should be implemented with transparency and not just given to those who are "influential and powerful".
"This will be one of the effective ways to fight corrupt practices and corruption of all forms. "It is time for the new administration to live out the call of staying away from corruption, serve with integrity and dignity. The 2008 election result is a wake-up call for Barisan Nasional to review and re-engineer itself to stay relevant," he said in a press statement.
Lee added that the previous practice of squabbling for projects by those in power for personal gains had been "rejected by the voters".
"The money and resources meant for the common people were siphoned away and many decisions were made were biased with personal interest.
"The malpractices stated in the previous Auditor-General's report on differences in payments made on tender values versus the actual market values of projects are some of the examples that need immediate stern actions and rectification," he said.
He also urged the Prime Minister to "take a bold step in inviting professionals from NGOs to sit in tender boards as a good check and balance and also to effectively help him achieve integrity and dignity.”..(Star, Friday March 21, 2008).

Ulasan: Ini suara hati dari MCA, sekutu BN. Bagaimana suara hati dari UMNO? Rakyat nampak depan mata sudah berpuluh tahun pemimpin politik BN mengaut wang negara dengan jalan yang tidak sah. Akhirnya rakyat membuang mereka dalam PRU 12 yang lalu dengan mengundi parti-parti lain selain BN. Rupanya tanpa dokongan daripada rakyat, calon BN kecundang jua. Kita harap pasca PRU 12, semua wakil rakyat yang menang akan memuliakan rakyat dan menghormati khazanah/wang negara dan menguruskan khazanah negara tanpa sebarang penyelewengan. Bila rakyat menggunakan kuasanya (kuasa rakyat, makkal sakhti) tidak ada kerajaan akan selamat. Benarlah rakyat hakim negara. Kalau wakil rakyat buat fasal iaitu tidak memerintah dengan baik, mengaut duit negara dan negeri dengan jalan tidak sah dsbnya, tunggu rakyat akan undi calon lain yang lebih baik dalam pilihan raya akan datang.

Longhouse chiefs worried about police rapport with towkays

MIRI: Sarawak police investigations into land disputes involving longhouse folks and development towkays are centred on who has legal claims to the land.
“We are not concerned about which party is more influential or powerful,” said state Criminal Investigations Department deputy director Asst Comm Hadeni Baseri.
ACP Hadeni was responding to claims highlighted by longhouse chiefs in Miri recently that police sometimes acted more favourably towards the towkays instead of native landowners.
Miri Consumer Association president George Bunnet Francis recently told participants at an anti-crime dialogue here that he had received complaints from certain longhouse chiefs that “police officers were often accompanied by the towkays.”...

Ulasan: Tanpa rasuah rakyat akan mendapat keadilan. Keadilan bukan saja perlu di tegakkan tapi rakyat tidak nampak kezaliman di depan mata.

Khaled tumpu transformasi sistem pengajian tinggi
JOHOR BAHRU 23 Mac – Kementerian Pengajian Tinggi akan memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan transformasi sistem pengajian tinggi secara bersepadu bagi melahirkan modal insan berkualiti untuk memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut akan mengatasi masalah siswazah menganggur serta meningkatkan lagi kedudukan universiti di peringkat antarabangsa. “Ia akan dilakukan antaranya dengan memantapkan tadbir urus, kepimpinan, pencapaian akademik dari segi pengajaran dan pembelajaran serta aspek pembangunan dan penyelidikan universiti-universiti,’’ katanya...

Ulasan: Untuk melahirkan modal insan berkualiti pelajar Universiti perlu berpegang kukuh kepada agama dan menjauhkan sebarang maksiat.

Friday, March 21, 2008

Contohi peribadi unggul Rasulullah

KUALA LUMPUR 20 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam di negara ini mencontohi keunggulan peribadi Rasulullah dalam melaksanakan perintah Allah ke arah melahirkan sebuah masyarakat Islam yang unggul serta menjadi teladan kepada dunia. Titah baginda, perjuangan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina kekuatan mental dan fizikal umat Islam sehingga mampu mencipta satu tamadun yang amat gemilang...(UM, 21/3/08).

Ulasan: Sesungguhnya kejayaan dan kebahagiaan manusia (tak kira siapa) di dunia dan di akhirat hanya bergantung di atas ketaatan kita di dalam hidup ini mengikut cara hidup (@Sunnah ) Rasulullah s.a.w.

Ambil iktibar sejarah kejatuhan empayar
IPOH 20 Mac – Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, sikap pemimpin yang hilang pedoman ketika berkuasa adalah punca kejatuhan sesebuah empayar dan negara sebagaimana yang tercatat dalam sejarah...(UM, 21/3/08).

Ulasan: Yang menang berjaga-jaga kalau perangai wakil rakyat seperti wakil rakyat BN dulu yang suka mengaut harta negara melalui jalan yang tidak sah maka akan kecundang nantinya. Rakyat kita sudah tahu menggunakan KUASA RAKYAT untuk menukar kerajaan yang jahat.

BN masih relevan
PUTRAJAYA 20 Mac – Barisan Nasional (BN) masih relevan dan popular di kalangan pengundi walaupun gagal mencatat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini berdasarkan jumlah undi yang diperoleh BN masih mengatasi pakatan pembangkang.
Katanya, pada pilihan raya umum lalu BN memperoleh 4.1 juta undi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1.4 juta undi manakala Pas dan DAP masing-masing 1.1 juta undi...(UM, 21/3/08).

Ulasan: Biarlah BN seronok sendiri dengan kapal yang hampir nak tenggelam. Pada asasnya BN adalah parti yang berteraskan bangsa-bangsa yang berbeza di Malaysia dan kejayaannya bergantung kepada kejayaannya memperjuangkan kepentingan bangsa masing-masing. Rakyat Malaysia telah nampak bahawa perjuangan BN tidak membawa negara jauh ke depan kerana KKN (korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme) yang berlaku sepanjang BN (dulunya Perikatan) 50 tahun memerintah negara. Rakyat Malaysia sudah jemu dengan BN.

Wednesday, March 19, 2008

Malaysia ruling party secretary-general quits following disastrous election results

KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- The secretary-general of Malaysia's ruling party quit his post Wednesday in the wake of the biggest election setback for the government in 51 years.
Mohammed Radzi Sheikh Ahmad, the top administrator of the United Malays National Organization party, announced his resignation a day after Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi dropped him from the new Cabinet...(Associated Press, 19/3/08).

Ulasan: Bila pula Pengerusi UMNO?

Cabinet Ministers Must Declare Assets, Says PM
PUTRAJAYA, March 18 (Bernama) -- All ministers in the new Cabinet as well as deputy ministers must declare their assets, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today. "I want their assets to be known to the public, that is important," he told Bernama. Abdullah said they would be told at the new government's first Cabinet meeting tomorrow about the matter and the time frame for them to submit details of their assets. He said at the meeting, he would also determine their direction as Cabinet ministers and what they should do.
"I will advise them on their conduct whereby they must uphold integrity. That is most important."...

Ulasan: Biasanya selama ini tapi tak menyelesaikan masalah rasuah dan penyelewengan harta negara ialah semua menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta/aset kepada Perdana Menteri. Perdana Menteri sebagai orang nombor 1 dalam negara ini pula perlu isytiharkan hartanya kepada siapa? Rasanya elok kalau termasuk harta semua isteri dan keluarga mereka. Cara yang paling baik ialah letakkan BPR di bawah Parlimen di luar kuasa sebarang menteri.

Akan berulangkah? : 1) Just World president Dr Chandra Muzaffar has blamed Dollah, who vowed to combat corruption three years ago, for refusing to compel politicians and their families, including his own son whose companies seem to be doing extremely well since he became the PM, to declare their assets (http://rockybru.blogspot.com/2006/11/we-are-not-more-corrupt-now.html).
2) Ramai Ahli Parlimen BN gagal isytihar harta
Ramai Ahli Parlimen BN gagal isytihar harta. Oleh: ROZILAN SALLEH. KUALA LUMPUR 3 Jun - Masih terdapat ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) gagal mengisytiharkan harta masing-masing sebagaimana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah berakhir tempoh yang ditetapkan 31 Mei lepas. 04/06/2004 - size 2375 bytes
3) "Tidak perlu keluarga saya isytihar harta"
Link: http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=471
"Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak timbul soal keperluan bagi ahli keluarganya mengisytiharkan harta kerana beliau sebagai perdana menteri tidak pernah menyalahgunakan kuasa bagi kepentingan keluarga."
Ohh, logik yang dipakai Abdullah tak betul ni!
Pengisytiharan harta adalah untuk membuktikan sama ada wang yang diperolehi adalah melalui cara yang betul atau tidak betul (mengikut undang-undang).
Malahan, dalam konteks etika, ada dinyatakan yang Rakyat Biasa juga mesti mengisytiharkan harta dan pendapatan masing-masing. Kalau seseorang dapat harta secara haram, boleh dihukum (http://sagaladoola.blogspot.com/2006_11_01_archive.html).

Kombinasi mantap – Najib
PUTRAJAYA 18 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, barisan Kabinet baru yang diumumkan hari ini mencerminkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kehendak dan aspirasi rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, adunan muka baru dan lama dalam barisan Kabinet itu akan menyumbang kepada kemantapan jentera pentadbiran kerajaan sekali gus membolehkan kerajaan memenuhi hasrat rakyat...

Ulasan: Sekiranya Najib berkata dari suara hatinya tentu dia akan kata sebaliknya. Rakyat pelik kerana Najib tidak bersama-sama Abdullah pada sidang akhbar 18/3 sedangkan ketika barisan Kabinet diumumkan pada 2004, Najib turut berada di sisi Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri buntu
BANGKOK 18 Mac – Menteri Dalam Negeri Thailand, Chalerm Yubamrung hari ini mengakui beliau “tidak tahu” bagaimana hendak menghentikan kekacauan di selatan negara ini. Beliau juga mengumumkan kerajaan akan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan satu letupan maut di sebuah hotel di wilayah Pattani. “Saya terpaksa menyatakan saya tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini,” kata Chalerm kepada wartawan.
Beliau berpendapat pemberontakan di selatan Thai berpunca daripada perasaan penduduk Islam bahawa mereka didiskriminasikan di negara yang majoritinya beragama Buddha ini...

Ulasan: Biasanya kekacauan akan terjadi bila kerajaan cepat sangat menggunakan kekerasan (melalui senjata polis dan tentera)... Hormatilah rakyat Islam kamu.

Roti kentang atasi kenaikan harga tepung
LIMA 18 Mac – Anggota tentera Peru kini terpaksa mula memakan roti diperbuat dari kentang yang merupakan tanaman tradisi berikutan kenaikan harga roti yang menggunakan tepung import.
“Tepung gandum tidak dihasilkan di sini, bahan itu diimport dan semakin hari ia semakin mahal,” kata Menteri Pertahanan, Antero Flores-Araoz.
Harga tepung gandum naik sebanyak 35 peratus tahun lalu kepada AS$1.27 (RM3.40) sekilogram mengakibatkan harga roti naik sebanyak 40 peratus.
Penggunaan kentang menggantikan gandum dalam penghasilan roti mengurangkan tekanan kenaikan harga selain mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan tinggi yang terbiar di mana kentang dapat tumbuh dengan mudah...

Ulasan: Necessity is the mother of invention..

Peraturan ubah permit bas
MUAR: Syarikat bas ekspres perlu menjelaskan semua saman dan kompaun kesalahan lalu lintas sebelum bercadang mengemukakan permohonan mengubah syarat permit sama ada meluaskan lagi kawasan laluan atau menamatkan laluan tertentu.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata peraturan itu membolehkan setiap permohonan diproses segera sekali gus memudahkan pengusaha syarikat pengangkutan terbabit meneruskan perniagaan...

Ulasan: Semua boleh kalau rasuah sifar dalam negara kita.

Supreme Court of Appeals reacts harshly to criticism over AKP case
ANKARA - Turkish Daily News, The head of the Supreme Court of Appeals lent his support to the chief prosecutor yesterday following harsh criticism directed at him for requesting a ban on the ruling Justice and Development Party (AKP) for anti-secular actions. Hasan Gerçeker said in a written statement that by filing a lawsuit at the Constitutional Court, Abdurrahman Yalçinkaya had performed his duty within the framework of the power and responsibility granted to him by law, and that the top court would take the final decision. The statement came when the prosecutors of the Supreme Court of Appeals convened in an extraordinary meeting to discuss the statements made by the AKP's officials against the court and to respond to criticism....( March 18, 2008).

Ulasan:. Turkey's fate is now left to the evaluation and the decision of 11 judges of Constitutional Court. Tolong doakan supaya Allah menggagalkan perancangan puak sekular untuk haramkan parti AKP dan hujungnya Islam menang.

Hargai 4 tahun gemilang: PM

(Artikel di bawah telah di terima sebelum hari pilihan raya 8/3/08. Terima kasih kepada sesiapa yang menghantarnya.)

BUTTERWORTH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kepemimpinannya selama empat tahun lalu sebagai tempoh yang penuh dengan kejayaan dan kerana itu, beliau bertekad untuk meneruskan kecemerlangan itu untuk kemakmuran rakyat...(rujuk Berita Harian, 4/3/08).

Fikir-fikirlah: Berlaku benarlah bila melihat di sekeliling yang berlaku di depan mata kita: Harga minyak melambung, Kos hidup tinggi (harga barang naik), Jenayah meningkat (keselamatan rakyat terutama wanita dan anak-anak tidak lagi terjamin), Demokrasi semakin terhakis, Khazanah negara dibolot kroni, Rasuah membarah dan membelit negara (kata bidalan: Di mana ada gula, disitu ada semut. Rakyat melihat: Dimana ada BN-Umno, di situ ada RASUAH), Pemimpin politik BN jadi semakin kaya melalui jalan yang tidak sah (biasanya melalui KKN (korupsi/rasuah, kronisme dan nepotisme)), Rakyat sibuk bekerja siang malam diatas nama pembangunan untuk mendapat sekelumit kerana takutkan kemiskinan tapi sebahagian besar masuk ke kantung pemimpin politik BN dalam pelbagai peringkat dan kroni-kroni BN.

Apakan daya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah mengkhianati mandat besar yang rakyat berikan pilihan raya 2004. Keluhan rakyat tidak dipedulikan.Projek berbilion ringgit di agih sama sendiri. Keupayaannya menguruskan ekonomi dipertikai. Suara kritikan rakyat dianggap musuh.

Maaf, demi masa depan anak cucu kita yang akan merana dan merempat di bumi sendiri, kita sebagai rakyat terpaksa tinggalkan dahulu BN, supaya BN boleh menginsafi diri dan bertukar akhlak supaya menjadi lebih baik untuk ikhlas berkhidmat untuk rakyat. Untuk pilihan raya kali kita perlu pilih parti selain BN kerana BN tidak lagi prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat kerana wakil-wakil rakyat hanya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing untuk mengaut kekayaan negara melalui cara yang tidak sah.

Oleh itu di syorkan supaya kita segera menamatkanlah kuasa mutlak dan ego pemimpin BN. Anda mampu mengubahnya melalui undi anda. Undi adalah hak rakyat untuk memilih kerajaan yang BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT dan SIFAR RASUAH.

Gunakan hak anda sebaik mungkin dalam pilihan raya 8 Mac, Sabtu ini.
Undilah parti selain dari BN.

Thursday, March 06, 2008

Sokong SPR batal dakwat

KUALA LUMPUR 5 Mac – Para pemimpin UMNO menyokong tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal di kuku pada pilihan raya umum kali ini jika ia bertujuan mempermudah proses pembuangan undi, Sabtu ini...

Ulasan: Tak mungkin ada pemimpin Umno yang tidak suka dengan apa yang di buat SPR. Tapi khabarnya MCA tak setuju dengan keputusan last minute itu. Bercakaplah dari hati: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang kali. Kalau pun nak menang, jangan tipu rakyat kerana kuasa rakyat akan tentukan kerajaan.

Anwar terdesak -- Penasihat PKR sanggup cemar imej negara sendiri di Singapura
KUALA LUMPUR 5 Mac – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah terdesak sehingga sanggup mencemarkan imej negara sendiri di Singapura.
Mereka juga marah dengan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menyebarkan fitnah kepada media asing kononnya hanya penipuan besar-besaran dapat menghalang pembangkang daripada menafikan majoriti dua pertiga BN pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Ulasan: Kenapa takut dengan media asing kalau kerajaan BN berakhlak baik?

Anwar tidak bertanggungjawab – Abdullah
PULAU PINANG 5 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pemimpin tulen kerana tindak-tanduknya menunjukkan beliau seorang yang tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah ditolak oleh UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).
‘‘Dia tidak penting kepada saya, tidak penting kepada UMNO. Dia tidak ada kawan dalam UMNO sebab itu dia lawan UMNO...

Ulasan: Kalau sungguh Anwar is not relevant, kenapa pilihan raya tidak di buat selepas April 2008?

Jangan halang pengundi luar balik mengundi
KUALA TERENGGANU 5 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada parti pembangkang supaya tidak menghalang pengundi luar yang pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi Sabtu ini kerana mereka bukannya pengundi hantu...

Ulasan: Tapi rekod buruk BN menunjukkan penipuan BN dalam pilihan raya boleh berlaku.

Jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’
MARAN 5 Mac – Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Ramli Ismail menegur segelintir peneroka yang bersikap seperti ‘kacang lupakan kulit’ apabila masih tidak berpuas hati dengan layanan istimewa kerajaan terhadap golongan berkenaan.
Tegas beliau, ungkapan ‘apa lagi yang peneroka mahu’ yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dianggap amat sinis kepada peneroka yang masih tidak berterima kasih.
Katanya, peneroka tidak harus melupakan jasa kerajaan dan Felda yang berjaya meningkatkan taraf hidup mereka berbanding 50 tahun lalu.

Ulasan: BN pun jangan lupa jasa rakyat kerana telah mengundinya selama ini. Peneroka yang merdeka mahu tinggalkan tempurung yang telah menghadkan pemikiran kita. Kenapa BN risau?
DAP mimpi kosong – MB
MUAR 5 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, DAP hanya memasang angan-angan dan mimpi kosong untuk menawan satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Beliau yakin rakyat Johor tidak akan menerima parti pembangkang sama ada DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana telah terbukti Barisan Nasional (BN) banyak membawa pembangunan pesat kepada rakyat negeri ini...

Ulasan: Sudah 50 tahun merdeka tapi BN menjadikan pembangunan menjadi modal utama. Wang negara di gunakan untuk pembangunan. BN tak keluarkan duitnya sendiri untuk membangun negara. Kita bercakap mengenai kerajaan BERSIH dan BEBAS DARI RASUAH sebagai pengurus wang negara. Pernah lihat pemimpin BN miskin?

Bumiputera digesa rebut peluang di WPI
JOHOR BAHRU 5 Mac – Kaum bumiputera digesa merebut peluang perniagaan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kaum bumiputera harus bijak merebut peluang itu dan tidak lagi mengharapkan kerja makan gaji dengan kerajaan.

Ulasan: Rakyat di galakkan kerja siang malam untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka tetapi pemimpin BN/UMNO semakin kaya.

Wednesday, March 05, 2008

Guna dakwat dibatal -- Ada pihak beli dari luar negara rancang calit kuku pengundi – SPR

PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara...(UM, 5/3/08).
&
PM ulas tindakan SPR
KOTA BHARU 4 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini bertujuan mengelakkan berlaku penganiayaan di kalangan pengundi berdaftar.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dirasakan perlu bagi SPR untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu daripada cuba mengganggu proses pilihan raya dan menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab amalan demokrasi itu.

Ulasan: Oleh kerana rekod BN adalah di dalam pilihan raya adalah buruk, maka pihak pembanngkang mempunyai alasan yang kuat untuk mengesyaki pengundi hantu adalah hasil persengkokolan di antara SPR dan BN. Kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pengundi hantu di rujuk. Apakah polis kita terlalu lemah menghadapi penjenayah yang di sebutkan oleh SPR? Atau sengaja di lemahkan oleh SPR dan BN.

Apabila BN suka melihat rakyat di cederakan oleh polis FRU bila turun ke jalan raya bila memprotes salahlaku BN menonggang SPR dan menuntut hak pilihan raya yang bersih dan adil, tunggulah masa lupus BN semakin hampir. Janganlah paksa sampai rakyat menolak BN.

Abdullah: Anwar gemar berdolak-dalik, tidak kotakan janji
KEPALA BATAS 4 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang gemar berdolak-dalik dan tidak mengotakan janji...

Ulasan: Kita faham bahawa dulu Anwar Ibrahim dalam Umno/BN. Perangainya dulu sama seperti pemimpin BN/Umno dulu dan sekarang.

Jangan terikut-ikut sentimen tukar kerajaan
BETONG 4 Mac – Pengundi muda dan mereka yang bakal pertama kali mengundi dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut dengan sentimen mahu menukar kerajaan sedia ada semata-mata kerana mahukan perubahan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada telah terbukti mampu mengubah nasib rakyat dan menjamin masa depan yang lebih baik kepada negara.

Ulasan: Tukarkan kerajaan yang lebih baik memang di izinkan dalam amalan demokrasi. Kita patut keluar dari tempurung yang menyebabkan kita menggunakan akal.

Pas guna mimbar hentam BN
PASIR MAS 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mendedahkan sikap Pas yang terus menggunakan mimbar masjid di negeri ini sebagai kempen politik mereka untuk pilihan raya ini.
Kata Timbalan Menteri Kewangan itu, dalam kempen Pas itu, mereka telah menggambarkan Barisan Nasional (BN) seperti tentera bergajah Abrahah yang datang untuk memusnahkan Kaabah iaitu Kelantan yang diperintah oleh parti itu.

Ulasan: Abrahah dan tenteranya musnah dengan tindakan burung kecil ciptaan Allah. Sila berdepan secara gentleman. Bukan dengan cara yang kotor.

Hishammuddin cabar Anwar
KEPALA BATAS 4 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan kenapa beliau tidak melaksanakan pendidikan percuma ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Menurut Hishammuddin, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai masa selama tiga hari untuk berbuat demikian sebelum hari membuang undi pada 8 Mac ini...

Ulasan: Dulu dia bawah PM dari BN. Setelah di pecat dan di hukum melalui mahkamah kartun, sekarang dia bebas, dan boleh fikir dengan bebas. Jom berfikir diluar kotak yang ada: Tinggalkan BN.

Kerajaan terus mantapkan pendidikan
KOTA TINGGI 4 Mac – Kerajaan akan terus memantapkan lagi bidang pendidikan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara pada masa depan.
Calon BN Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, ia termasuk melengkapkan ilmu dan kemahiran golongan pelajar yang akan menjadi pemimpin dan meneruskan kemakmuran negara pada masa akan datang.

Ulasan: Hanya menghasilkan modal insan yang cemerlang dan berkualiti untuk menjadi pekerja tetapi rosak dari segi spiritual dan cara hidup bebas kerana BN tidak menutup jalan-jalan berlakunya zina.

Projek pusat di Kelantan banyak terbengkalai - MB
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Sambil mengulangi bahawa tidak ada sebab bagi rakyat Kelantan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan banyak projek kerajaan pusat di negeri itu yang terbengkalai...

Ulasan: Bila rasuah dan penyelewengan bermaharajalela, pemimpin politik BN jadi kaya..

Salah laku: Polis terima 53 laporan
KOTA BHARU 4 Mac – Polis Kelantan menerima sebanyak 53 laporan daripada wakil-wakil parti dan orang ramai berhubung kejadian salah laku sejak penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-12 sehingga kini.
Daripada jumlah laporan itu, sebanyak 26 kertas siasatan dibuka untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menyebabkan kerugian.

Ulasan: Siasat jangan tak siasat, dan bawa ke mahkamah jangan kira siapa.

Pas tidak wajar guna kekerasan – MB
ALOR STAR 4 Mac – Tindakan Pas yang sedia menggunakan kekerasan bagi menghalang kemasukan pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-12 jelas bertentangan dengan ideologi parti itu yang mahu memperjuangkan negara Islam.
Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Barisan Nasional (BN) beroleh kemenangan pada setiap pilihan raya bukan disebabkan oleh pengundi hantu tetapi kerana rakyat percaya dengan kebolehan BN mentadbir negara.

Ulasan: Kerajaan BN perlu bermaruah. Jangan menipu dalam pilihan raya kerana rakyat ada maruah. Jangan paksakan rakyat turun menuntut hak.

Pembangkang umpama langau – MB
SEREMBAN 4 Mac. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan tindak-tanduk pembangkang yang hanya tahu bercakap dan berjanji kosong untuk meraih undi rakyat tidak ubah seperti ‘langau’ pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ulasan: Pemimpin BN lebih suka tiada pembangkang supaya mereka boleh membazirkan wang negeri dan negara sesuka hati. Pemimpin BN/Umno semakin kaya, rakyat merempat di sana sini.

Harta pengedar dadah disita
SEREMBAN 4 Mac - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri menyita harta bernilai RM525,940 daripada pengedar dadah sepanjang tahun lepas termasuk akaun bank bernilai RM322,874.
Ketua Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Ravichandran Ramachandran berkata, antara harta yang disita termasuk lima buah kereta, 14 motosikal, 19 telefon bimbit, barangan elektrik, wang tunai dan barangan kemas.

Ulasan: Apalah sangat pengedar dadah berbanding towkey dadah? 1,000 bilis kena pun tak selesai masalah dadah selagi towkey dadah selamat via rasuah. Hasilnya rasuah memusnah negara.

Sekatan baru ke atas Iran - Disokong 14 ahli Majlis Keselamatan PBB
NEW YORK 4 Mac – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru ke atas Iran semalam kerana enggan menggantung program pengayaan uranium dan aktiviti sensitif lain.
Teheran bagaimanapun menolak keputusan itu sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa.
Dalam pengundian di Majlis yang terdiri daripada 15 anggota itu, 14 negara menyokong resolusi sekatan berkenaan dan sebuah negara, Indonesia mengambil sikap berkecuali.
Dua resolusi sekatan sebelum ini diluluskan secara sebulat suara pada Disember 2006 dan Mac 2007, tetapi duta-duta Majlis menyifatkan mesej kepada Iran semalam sebagai “lebih tegas”.
Libya, Vietnam dan Afrika Selatan serta Indonesia telah menyuarakan beberapa bantahan tetapi kesemuanya kecuali Jakarta akhirnya akur berikutan lobi intensif oleh kuasa Barat.

Ulasan: Di BB, ternyata yang negara kuat dengan senang memakan yang lemah...

Tuesday, March 04, 2008

Hargai 4 tahun gemilang: PM

BUTTERWORTH: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kepemimpinannya selama empat tahun lalu sebagai tempoh yang penuh dengan kejayaan dan kerana itu, beliau bertekad untuk meneruskan kecemerlangan itu untuk kemakmuran rakyat...(BH, 4/3/08).

Ulasan: Lihat di sekeliling berlaku di depan mata kita sekarang: Rasuah membarah, Harga minyak melambung, Kos hidup tinggi, Jenayah meningkat, Demokrasi terhakis, Khazanah negara dibolot kroni, Pemimpin politik BN jadi semakin kaya melalui jalan yang tidak sah, Rakyat sibuk kerja siang malam takutkan kemiskinan.

Apakan daya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengkhianati mandat besar pilihan raya 2004. Keluhan rakyat tidak dipedulikan. Projek berbilion ringgit diagih sama sendiri. Keupayaannya menguruskan ekonomi dipertikai. Suara kritikan dianggap musuh. Oleh itu tamatkanlah kuasa mutlak dan ego pemimpin BN.
Anda mampu mengubahnya. Gunakan hak anda sebaik mungkin dalam pilihan raya 8 Mac 2008 ini...(Harakah, 16-29/2/08).

Batal penswastaan air untuk keselesaan rakyat
SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau sanggup berdepan tindakan saman bernilai RM1.5 bilion berikutan pembatalan perjanjian konsesi penswastaan bekalan air yang sudah dimeterai kerajaan negeri sebelum 2004 untuk mempertahankan kepentingan rakyat.
Beliau yang dilantik menerajui kerajaan negeri selepas menang pilihan raya umum empat tahun lalu berkata, perjanjian dibatalkan kerana ia membebankan rakyat dan hanya menguntungkan pemegang konsesi...(BH, 3/3/08).

Ulasan: Rupa-rupanya kerajaan BN mengikut Kelantan di bawah PAS (bekalan airnya diurus di bawah AKSB menggantikan Thames Water Sdn Bhd.). Kepada kerajaan Pak Lah bila lagi nak batalkan tol untuk kepentingan rakyat?  

Pas sedia guna kekerasan
KUALA LUMPUR: Pas semalam memberi amaran parti itu akan melakukan apa saja tindakan termasuk menggunakan kekerasan bagi menghalang apa yang didakwanya pengundi upahan atau pengundi hantu, pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini.
Setiausaha Akhbar Presiden Pas yang juga penyelaras Sekretariat Media Pilihan Raya di Ibu Pejabat Pas Pusat, Roslan Shahir Mohd Shahir, mendakwa parti itu menerima maklumat mengenai perjalanan bas yang dikatakan akan membawa pengundi hantu dari seluruh negara termasuk dari beberapa universiti tempatan.

Ulasan: Malu jika pilihan raya di negara kita masih lagi tidak BERSIH dan TIDAK ADIL. Rakyat yang cintakan negara yang BERSIH dan ADIL wajar memilih calon yang BERSIH dari semua segi. Nasihat kepada BN dan SPR: Jangan memperbodohkan rakyat kerana bila rakyat menuntut hak melalui jalan raya bererti BN akan lenyap.

Keselamatan rakyat tetap diutama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata kerajaan prihatin dengan isu keselamatan di kalangan rakyat dengan mengambil pelbagai pendekatan segera, khususnya menambahbaik perkhidmatan polis bagi memastikan rakyat dapat hidup selesa, aman dan sejahtera...

Ulasan: Di Johor dengan nisbah polis: penduduk sebanyak 1:250 pun jenayah makin menjadi-jadi. Tinggalkan BN penyubur rasuah di Malaysia selama ini.

Kerajaan komited laksanakan syariat Islam
KUALA TERENGGANU 1 Mac - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab serta komited melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dalam usaha membangunkan masyarakat Melayu tanpa menjejaskan kepentingan agama lain di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dengan sifatnya yang amat komprehensif, Islam sebenarnya mampu menjadi alat ke arah memajukan umatnya dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi yang turut boleh dinikmati oleh rakyat bukan beragama Islam.
``Jika agama boleh dijadikan pendekatan untuk membangkitkan semangat orang Melayu untuk mencapai kemajuan, apa salahnya ia digunakan.
``Islam sentiasa mengajar umatnya supaya mengejar kemajuan dan cintakan ilmu pengetahuan. Islam tidak mahu umatnya berada dalam kemunduran,' ' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 500 tokoh agama pada majlis Multaqa Agamawan Negeri Terengganu 2008 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, Terengganu merupakan negeri yang berjaya menonjolkan Islam sebagai asas kepada kemajuan dan pembangunannya yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain.
Sebagai contoh, jelasnya, Terengganu telah memperkenalkan usaha melahirkan generasi ulul albab yang memberi pendedahan kepada murid-murid di peringkat prasekolah menghafaz al-Quran dan seterusnya digilap hingga ke peringkat menengah.
``Tujuannya untuk melahirkan generasi al-Quran yang pada satu hari nanti turut menguasai ilmu ! sains. Begitu juga dengan pembinaan Taman Tamadun Islam yang mampu memberi penerangan secara ringkas kepada masyarakat luar mengenai keindahan Islam,'' tambahnya.

Ulasan: Tujuannya simple, tapi belanjanya berjuta-juta! Berbaloi ke? Kita ni nak laksanakan Islam supaya kebajikan masyarakat terbela, rakyat berakhlak, negara jadi aman dan berkat "Islam is the way of Life" bukannya "Islam is one way of Life".
Kalau macam nilah pemikiran pemimpin nombor satu Malaysia dan masih dikekalkan sampai bila-bila, alamatnya 5 tahun lagi kita akan ada "Taman Seni Islam", "Taman Budaya Islam", "Taman Teknologi Islam" dan tah apa-apa lagi lah... Dan perkataan "Islam" itu akhirnya tidak membawa maksud apa-apa melainkan untuk ditonton dan dipamerkan sahaja. Dan dalam masa yang sama, duit KITA dihabiskan berbillion-billion ringgit (HUTANG!) untuk tampung kos projek yg bukan-bukan tu. Sedangkan rakyat miskin tegar masih ramai lagi kat Terengganu tu... Soalnya ada perkara lain yang lebih utama! (ihsan: fa)

Rakyat Kelantan jangan tolak tuah - Muhyiddin

KOTA BHARU 3 Mac - Rakyat Kelantan diminta tidak menolak 'tuah' atau manfaat besar yang bakal mereka kecapi ekoran tawaran Barisan Nasional (BN) Kelantan untuk melakukan perubahan di negeri ini.
Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan jaminan kerajaan Pusat menyediakan peruntukan hampir RM1 bilion setahun sekiranya BN memerintah, banyak usaha boleh dijayakan demi kesejahteraan rakyat tanpa sebarang halangan.
Kata beliau, apa yang penting pada masa ini bukan lagi soal emosi, sentimen parti atau pemimpin, sebaliknya ia perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu undi untuk kepentingan negeri.
''Kita kena fikirkan masalah pokok yang melanda negeri kita sekarang. Hutang kerajaan negeri bukan terletak pada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat mahupun Datuk Husam Musa, tetapi bebanan itu pada rakyat," katanya...(UM, 4/3/08).

Ulasan: Cuma bayangkan betapa seronok pemimpin-pemimpin politik BN menghabiskan duit/khazanah negara hampir RM1 bilion setahun di atas nama pembangunan kalau BN berjaya merampas Kelantan. Semoga di jauhkan Allah. Hanya sebahagian peruntukan menjadi projek untuk rakyat, yang lainnya jatuh ke kantung pemimpin BN dan kroni-kroni BN. Seperti yang jelas rakyat lihat berlaku di negeri-negeri lain iaitu rakyat hanya sibuk bekerja siang malam menjadi alat untuk memperkayakan pemimpin politik BN-Umno. Rakyat miskin, pemimpin politik BN bertambah kaya.

Statistik KEMISKINAN TEGAR di Malaysia yang diberikan oleh PM di Parlimen semasa sesi Parlimen 3 September 2007 lalu menunjukkan 5 negeri di kuasai oleh BN iaitu Sabah (paling ramai), Terengganu, Perak, Sarawak, Kedah mempunyai bilangan miskin tegar teramai. Kemudian tempat ke 6 barulah Kelantan yang sering di boikot oleh kerajaan pusat, kerajaan BN. Jangan harapkan Bn kerana rekod buruk menghabiskan wang negeri di atas nama kemudahan untuk rakyat. BN hanya mengurus negeri bila duit negeri banyak (jangan harap BN akan guna wang parti).

Proses undi pos bermula
KUALA LUMPUR 3 Mac – Proses mengundi secara pos melibatkan 219,476 pegawai dan anggota pasukan polis serta tentera yang berkhidmat di dalam dan luar negara bermula hari ini.
Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), mengundi dilakukan serentak hari ini dan esok di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ibu pejabat polis kontinjen (IPK) negeri-negeri, semua ibu pejabat polis daerah (IPD), pusat-pusat latihan, briged dan pangkalan polis di seluruh negara. Pusat-pusat mengundi pos untuk pegawai dan anggota polis dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Ia melibatkan 83,794 pegawai dan anggota termasuk 190 orang yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste dan Thailand.
Bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula, 111,591 pegawai dan anggotanya serta 24,091 ahli keluarga akan mengundi secara berperingkat-peringkat bergantung kepada penerimaan kertas undi bermula hari ini sehingga 6 Mac ini. Seramai 492 pegawai dan anggota ATM yang bertugas di luar negara dijangka mula mengundi seawal esok. Pada masa ini, beberapa kumpulan pegawai dan anggota ATM menyertai misi PBB di Lebanon, Sudan, Timor Leste, Congo, Ethiopia, Sahara Barat, Kosovo, Liberia, Nepal dan Mindanao di Filipina...

Ulasan: Gunakan hak anda sebagai rakyat memilih dengan kerajaan yang tidak menyuburkan RASUAH dan penyelewengan. Berani kerana benar.

Pas hanya 'janji' bazirkan wang rakyat
JOHOR BAHRU 3 Mac - Pas hari ini dibidas kerana tidak pernah menyatakan kaedah untuk menjana ekonomi negara sebaliknya hanya memberitahu rakyat bagaimana hendak menghabiskan wang kerajaan jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pas ketika berkempen hanya menyatakan cara-cara wang kerajaan mahu dibazirkan antaranya memberi elaun kepada ibu tunggal jika menang pilihan raya umum Sabtu ini.
Beliau berkata, tindakan parti itu sesuatu yang memalukan kerana wang yang akan dibelanjakan itu adalah wang kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

Ulasan: Kalaulah wakil-wakil BN sentiasa ingat bahawa wang negara (bukan setakat wang kerajaan) bukan wang BN sudah tentu RASUAH dan penyelewengan boleh di hapuskan dari negara ini. Pemimpin BN di negeri lain (dan di Kelantan bila mendapat peruntukan terus dari kerajaan pusat, kerajaan BN) bukan hanya fikir untuk habiskan wang negara tetapi MELAKSANAKANNYA selama ini. Pemimpin BN jadi kaya, rakyat sibuk bekerja.

Sokong calon BN bukan Melayu
PULAU PINANG 3 Mac - Pengundi Melayu diminta terus memberi sokongan kepada calon bukan Melayu yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan mereka pada pilihan Raya Umum Ke-12 bagi membolehkan BN terus diberi mandat untuk membangunkan negara.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, BN bersama parti komponennya telah membuktikan kepada rakyat bahawa ia adalah sebuah parti yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan keturunan.
Katanya, sudah menjadi amalan dalam BN serta UMNO untuk berkongsi kuasa dan saling menyokong antara satu sama lain walaupun calon yang diletakkan adalah dari parti komponen lain.

Ulasan: Selama hampir 500 tahun orang Melayu Islam di Nusantara hebat kerana melancarkan perang kerana mempertahankannya dari penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris. Tapi Umno telah menyebabkan orang Melayu menjadi takut dan layu semata-mata ingin berkongsi kuasa dengan bangsa pendatang lain. Hasilnya: orang Melayu semakin terhakis kuasa politik dan ekonominya. Kini ahli Umno mudah menyokong calon dari parti BN tanpa memilih mereka yang BERSIH dari semua segi. Undi kita akan di tanya di hari akhirat kerana memilih pemimpin (kerana wakil rakyat itu adalah pemimpin untuk rakyat) adalah perkara yang serius dalam Islam, bukan main-main.

Pengundi hantu pembohongan Pas
KOTA BHARU 3 Mac - Pas tidak perlu terus menimbulkan isu pengundi hantu kerana rakyat masih belum lupa tentang dakwaan 'pengundi mati' pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir yang terbukti sebagai satu pembohongan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, kisah pada perbicaraan petisyen pilihan raya tersebut masih segar dalam ingatan betapa bukan sahaja Pas gagal mengemukakan bukti tetapi menampilkan kelucuan di mahkamah....

Ulasan: Jangan lupa bahawa sebenarnya sudah ada kes pengundi hantu yang di putuskan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. The decision of the Kota Kinabalu High Court to order the Barisan Nasional leader, Dato Yong Teck Lee, to vacate his Sabah State Assembly seat because he had won it in the 1999 election 'with the help of phantom voters', has great significance for Malaysian politics and Malaysian democracy. Dimana pun, gaya BN adalah sama. Dengan parti BN yang cintakan dunia, tidak pelik kalau pengundi hantu di rancangkan bersama-sama SPR. Semoga Allah halang rancangan itu.

Kontraktor, jurutera MPAG ditahan BPR
KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang kontraktor binaan dan seorang jurutera Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Melaka ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini kerana dipercayai terlibat dalam satu kes penyelewengan.
Kontraktor syarikat swasta itu disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu berkaitan kerja-kerja pembinaan tembok penahan di Taman Kelemak di Alor Gajah. Menurut satu kenyataan Ibu Pejabat BPR hari ini, kontraktor itu mengemukakan tuntutan kos pembinaan berjumlah RM88,100 kepada MPAG sebelum ini.
"Pembinaan sebenar tembok penahan itu hanya melibatkan kos RM41,000 tetapi tuntutan kontraktor berkenaan terlebih RM47,100.
"Jurutera berusia 37 tahun itu ditahan BPR kerana dipercayai bersubahat dengan kontraktor berkenaan," katanya....

Ulasan: Bilis cepat kena. Jerung siapa nak tangkap? Apa cerita 18 kes rasuah yang membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri yang telah memasuki peringkat akhir siasatan yang didedahkan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada Februari 2004 lalu? Kini sudah lebih 4 tahun perkara itu diumumkan, apa terjadi sebenarnya? Adakah Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah terlalu lembab membuat kerja sehingga belum selesai sepenuhnya?

Tolak konsep negara kebajikan ala pembangkang
BUTTERWORTH 3 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pengundi menolak konsep negara kebajikan yang dicanangkan pembangkang kerana ia akan mengakibatkan rakyat menjadi malas dan boleh menghancurkan ekonomi negara.
Perdana Menteri menegaskan, konsep itu jika dipraktikkan boleh menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi akibat kenaikan inflasi dan defisit....

Ulasan: Negara kebajikan adalah negara maju (contoh: Britain dan Sweden). Kenapa pemimpin BN tidak suka Malaysia menjadi negara kebajikan? Sebab ketiadaan banyak peluang mengaut kekayaan negara sudah selama ini berlaku. Malaysia boleh menjadi negara kebajikan sifar rasuah untuk manfaat rakyatnya. Rakyat boleh menukar kerajaan yang sukakan Malaysia menjadi negara kebajikan sekiranya rakyat boleh mengundi calon wakil rakyat yang BERSIH dari segenap segi.

Monday, March 03, 2008

Jangan hukum BN

MUAR 2 Mac - Para pengundi diingatkan supaya terus mengundi Barisan Nasional (BN) walaupun mungkin timbul rasa tidak puas hati mereka terhadap calon BN yang bertanding di kawasan masing-masing.
Ketua Pemuda BN Johor yang bertanding di kerusi Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, kerajaan BN tidak harus dipersalahkan hanya kerana rasa tidak puas hati terhadap calon tertentu kerana masa depan rakyat dan negara mesti diberi keutamaan.

Ulasan: Sudah 50 tahun rakyat memberikan mandat kepada BN untuk memerintah negara tapi pemimpin BN sibuk dengan dengan agenda peribadi untuk menjadi kaya dengan mengaut kekayaan negara secara tidak sah. Cara yang mujarab untuk mengajar BN supaya memuliakan dan menghormati kehendak rakyat ialah dengan mengundi parti selain BN dalam pilihan raya umum pada 8/2/08.

Pas bukan lagi parti perjuangkan Islam
MELAKA 2 Mac – Pas kini bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam kerana parti itu tidak lagi menggunakan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ dalam manifestonya.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sejak Pas menjalinkan pakatan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti itu telah menggugurkan perkataan Islam.

Ulasan: Kalaulah Pas tiada, senanglah BN/Umno menipu rakyat. Terima kasih kepada pemimpin dan penyokong Pas kerana berjaya menjadi benteng Islam di negara ini.

BN tidak persia kepercayaan rakyat
KEPALA BATAS 2 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada parti memerintah itu pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Perdana Menteri menegaskan, sokongan padu rakyat penting bagi memastikan BN dapat terus memacu pembangunan yang dirancang termasuk memberi tumpuan bagi meningkatkan kemajuan penduduk luar bandar.
Sehubungan itu, beliau mahu rakyat keluar beramai-ramai mengundi Sabtu ini bagi memastikan calon-calon BN menang besar.

Ulasan: Bukti depan mata terserlah sebagai bukti. Rakyat hanya jadi alat yang memperkayakan pemimpin politik BN. Rakyat sibuk bekerja siang malam diatas nama pembangunan untuk mendapat sekelumit tapi sebahagian
besar masuk ke kantung pemimpin politik BN dan kroni-kroni BN. Satu hari rakyat akan sedar dan bangun menuntut hak mereka.

Hak Melayu terjamin di bawah Barisan Nasional
KUALA LUMPUR 2 Mac – Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang sentiasa memastikan hak orang Melayu terjamin di samping hak kaum-kaum lain dipenuhi.
Presiden Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Dr. Md. Zabid Abdul Rashid memberitahu, sepanjang tempoh 50 tahun BN memerintah, tidak ada satu hak orang Melayu dihapuskan atau ditarik balik.
‘‘BN sentiasa memastikan hak orang Melayu terjamin di dalam ekonomi, pendidikan, pekerjaan, hak milik tanah rizab Melayu, agama dan sebagainya,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ulasan: Tapi bagaimana pelasanaannya? Manakah 30% ekonomi milik Bumiputera seperti di janjikan BN? Mana biasiswa untuk pelajar Melayu? Tanah rizab Melayu yang di ambil untuk pembangunan sudah di ganti? Kenapa di ambil oleh syarikat kerajaan negeri dengan harga yang murah dan di jual kepada syarikat kroni?

Kelantan rugi jika tolak BN
KOTA BAHARU 2 Mac. - Rakyat Kelantan yang akan rugi jika menolak peluang rancangan pembangunan RM10 bilion yang telah dirancang kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk negeri ini.
Manifesto BN juga menggariskan rancangan pembangunan dalam memberi lonjakan mega untuk kelantan bagi memacu negeri Cik Siti Wan Kembang dalam pengukuhan ekonomi yang mantap sejajar dengan pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bernilai RM112 bilion untuk negeri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selatan Johor.
Dekan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof. Ibrahim Che Omar menyifatkan rancangan pembangunan yang dibentangkan BN adalah komprehensif dalam "merawat" Kelantan untuk memberi peluang kemasukan perniagaan dan ekonomi yang rancak.

Ulasan: Pensyarah sewajarnya mempunyai mata ruhani yang boleh melihat lebih jauh. Apakah perbezaan dari orang awam kalau tersirna hanyalah pembangunan fizikal semata-mata. Rakyat di sibukkan dengan pembangunan tapi yang kaya dan bertambah kaya ialah pemimpin politik BN/Umno. Pernahkah Prof lihat pemimpin politik BN yang tidak kaya?