Tuesday, November 25, 2008

Bank Negara turun kadar faedah 0.25 peratus

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia menurunkan kadar faedah tempatan sebanyak 0.25 peratus dalam usahanya merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara dalam mesyuaratnya semalam memutuskan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) bank pusat itu kepada 3.25 peratus daripada 3.5 peratus.
OPR adalah penanda aras yang digunakan bank di negara ini untuk menetapkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing dan penurunan itu bakal mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar peminjam…

Ulasan: ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba, di batalkan mulai sekarang (Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah). Negara kita, sayangnya, masih sayangkan riba. Jangan hanya seronok bekerja di Bank Negara.

Ahli Umno diminta tidak hukum calon
BANGI: Ahli Umno diminta tidak 'menghukum' calon yang bertanding pemilihan Umno Mac tahun depan sebelum mereka didapati bersalah terbabit dalam rasuah, politik wang atau salah guna kerana ia akan menjejaskan peluang mereka dalam pertandingan.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penghakiman menerusi media dikhuatiri menyebabkan ahli mudah menjatuhkan hukuman bersalah, walhal mereka perlu menjalani proses siasatan…

Ulasan: Kalaulah UMNO bertegas sedari dulu, tentu budaya rasuah dalam politik UMNO tidaklah seserius sekarang.

Usaha banteras politik wang perlu keazaman politik - Najib

LIMA 24 Nov. - Usaha membanteras gejala politik wang dalam UMNO adalah satu proses yang memerlukan keazaman politik dan secara realistiknya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Diminta mengulas komen bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai isu politik wang dalam parti itu, Najib percaya beberapa langkah tambahan dapat diperkenalkan untuk membanteras gejala politik wang dalam pemilihan UMNO…

Ulasan: Usaha banteras politik wang perlu keazaman politik dan di ikuti dengan CONTOH. Ramai tak sanggup menjadi CONTOH bila terpaksa berpisah dengan wang yang selama ini di dalam UMNO di kejar habis-habisan. Politik hanya jalan pintas untung bolot khazanah negara di sebalik perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak…

Ulasan: Biarkan pasaran menentukan harga minyak. Tidak perlu mempertahankan syarikat yang tidak tidak efficient dan tidak effective. Syarikat yang hendak berniaga di sini, mestilah hebat.

PBB tak percaya jaminan Israel
GAZA: Sekatan Israel terhadap Gaza dianggap membahayakan 750,000 penduduknya serta menyebabkannya dikutuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak yakin dengan jaminan rejim Zionis itu bahawa ia sedia membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin itu.
Israel mengambil tindakan menutup laluan masuk ke Semenanjung Gaza bagi pekerja agensi bantuan dan wartawan sejak awal November lalu selepas mendakwa serangan roket Palestin dilancarkan dari kawasan itu, lapor stesen televisyen Aljazeera dan sumber berita lain…

Ulasan: Sikap orang terhadap kita bergantung di atas akhlak kita. PBB pun tak percaya jaminan Israel. Malunya sesebuah negara bila jaminannya sudah tidak dipercayai lagi.

Friday, November 21, 2008

Razak Baginda: Henti fitnah Najib

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dalam penampilan pertamanya sejak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu meminta semua pihak berhenti menyebar fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isteri.
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing...

Ulasan: Rakyat lebih suka kalau hal Najib di putuskan oleh mahkamah. Kenapa sampai susah sangat hendak mengadap hakim? Bukankah pegangan di mana-mana kita sepatutnya ialah berani kerana benar.

Pertandingan kuatkan Wanita - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pengesahan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu dan melawan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz akan menjadikan sayap parti itu bertambah kuat.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertandingan itu menunjukkan UMNO sedang melalui proses pendemokrasian yang tidak pernah dilihat sejak penubuhannya...

Ulasan: Tapi bagaimana pula UMNO Lelaki? Semua peraturan dibuat untuk menghalang pertandingan dan menggalakkan budaya rasuah politik dalam UMNO. Politik UMNO hanya tempat buat duit bila memegang jawatan politik tapi bermula dengan menabur duit @ memberi rasuah untuk mempengaruhi undi perwakilan. Semua orang tahu itulah mentaliti orang politik UMNO kini. Yang di kejar hanya pangkat dan harta benda/wang. Apabila orang yang cintakan dunia menjadi pemimpin, habis kekayaan negara di kautnya...

Friday, November 14, 2008

Keputusan UPSR lebih baik

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya...

Ulasan: Untuk dapat A dalam keadaan biasanya pelajar mesti dapat markah 80% dan ke atas. Tapi umum maklum bahawa sudah lama kerajaan menggunakan naik turun graf untuk pemarkahan. Menteri Pelajaran pun orang politik UMNO. Untuk menjaga kedudukannya, tidak pelik keputusan peperiksaan pun di politikkan. Kita tahu sebab itulah gaya tidakan orang UMNO. Walaupun begitu, tahniah kepada pelajar-pelajar dan keluarga dan guru yang berbakti sehingga betul-betul dapat 80% dalam UPSR. Selamat berjaya dan bersamalah kita mengubah gaya politik di Malaysia.

Johor ambil alih dua loji air diurus Singapura
KOTA TINGGI 13 Nov. - Dua loji di Johor yang diuruskan oleh syarikat milik Singapura akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri apabila Perjanjian 1961 mengenai pembekalan air mentah ke negara jiran itu tamat pada 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, penyerahan itu adalah berdasarkan perjanjian kerana urusan bekalan air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri akan memperincikan proses penyerahan loji itu kerana apabila tiba tahun 2011, maka loji-loji itu akan diserahkan semula kepada Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pemantauan Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Air Terjun Kota Tinggi di sini hari ini.
Johor mempunyai 42 loji rawatan air dengan dua daripadanya iaitu Loji Sungai Skudai dan Loji Sungai Johor diuruskan oleh syarikat milik Singapura, Public Utilities Board (PUB).
Selain PUB, tiga lagi pengendali loji adalah syarikat tempatan dengan majoritinya iaitu 26 buah loji diuruskan oleh Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH).
Berdasarkan Perjanjian 1961, Singapura boleh mendapat 80 juta gelen air sehari dari kawasan tadahan Pulai, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor hingga 31 Ogos 2011.
Kedua-dua negara mempunyai satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian 1962 yang membenarkan Singapura mendapatkan 50 juta gelen sehari dari Sungai Johor hingga 28 September 2061…

Ulasan: Selamat kembali. Tapi Sungai Skudai sudah tercemar oleh oleh sikap kita termasuk juga kilang-kilang di hulunya. Air dari gunung masih kepunyaan Singapura...

Monday, November 10, 2008

Bekas KSU bebas tuduhan bersubahat tipu dana Ketengah RM9 juta

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Aziz Muhammad dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan bersubahat dalam melakukan pecah amanah dan penipuan melibatkan RM9 juta dana Ketengah…

Ulasan: Sudah habis khazanah negara RM9 juta tapi tiada siapa di pertanggungjawabkan. Pelik. Apakah senang hidup mereka yang menipu rakyat dan diri sendiri? Untuk kebahagiaan hidup duniadan akhirat carilah rezeki yang halal.

Muhammad dakwa pencalonannya disekat
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menyekat pencalonannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi memastikan beliau tidak dapat bertanding pada pemilihan Mac depan…

Ulasan: Kehebatan UMNO sebagai komponen terbesar BN kerana seolah-olah berada di luar wilayah pihak polis dan BPR. Tentulah lebih senang di uruskan sekiranya sebarang pertubuhan tunduk kepada undang-undang Malaysia.

Calon politik wang diketahui
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Lembaga Disiplin UMNO melalui khidmat pemantau yang diwujudkan telah berjaya mengenal pasti calon-calon yang menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan politik wang sepanjang tempoh pemilihan parti yang berlangsung sejak bulan lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, calon-calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden didapati menggunakan khidmat pengurus, perayu dan pelobi atau 3P untuk mendapatkan pencalonan…

Ulasan: Kasihan UMNO kerana tak habis-habis di belit oleh wang. Wang sebagai pelaburan untuk beli undi perwakilan, dapat undi buat wang. Kepemimpinan adalah sebenarnya tanggung jawab, bukan tiket untuk buat duit dengan menghabiskan khazanah negara melalui perniagaan kroni.
BPR yang setakat ini lebih berwibawa berbanding Lembaga Disiplin UMNO perlu di beri kuasa menyiasat penyalahgunaan kuasa dan amalan politik wang dan membawa kes itu ke mahkamah. Semua rakyat suka melihat negara sifar rasuah. Bagaimana UMNO?

Anak bekas menteri, dua lagi bebas tuduhan bunuh
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Seorang anak bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dua penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh Dr. T. Ariaratnam di kliniknya di Bangsar lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali membebaskan Lee Jun Ho, 27, Choy Chin Chuan dan Nor Adzlan Idris masing-masing berusia 25 tahun tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Beliau memutuskan demikian selepas mendapati terdapat lompang dalam kes pendakwaan terutama kegagalan memanggil dua orang saksi utama, iaitu kakitangan klinik tersebut yang melihat kejadian berkenaan…

Ulasan: Saksi utama tidak di panggil, apa kerja pihak pendakwaan? Pegawai penyiasat khabarnya terlatih. Tetapi?

Bimbang kedudukan Melayu tercabar
KUALA KANGSAR 5 Nov. - Perasaan bimbang mengenai kedudukan orang Melayu yang sudah tercabar di negaranya sendiri merupakan faktor utama Gabungan Melayu Perak (GMP) menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ini kerana semua perkara yang berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan termasuk kontrak sosial telah mula dipertikaikan, sekali gus mengancam kedudukan pribumi di negara ini.
Beliau berkata, mereka juga telah mula mengungkit Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang termasuk di dalamnya mengenai keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu.
"Baru-baru ini ada yang mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang. Saya rasa perkara ini tidak perlu diungkit lagi kerana semua ini telah termaktub dalam perlembagaan.
"Oleh itu, kami berpendapat kita perlu taat setia kepada Sultan serta berdiri teguh mempertahankan kedaulatan, institusi kesultanan, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," katanya…

Ulasan: Malaysia terletak di Nusantara atau juga di sebut Kepulauan Melayu. Mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang di persilakan bercermin muka dulu.

Henti guris Melayu
KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.
Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.
Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu…

Ulasan: Kepada orang politik dari semua parti yang ada yang kerap mengguris hati orang Melayu, eloklah mencari jalan lain untuk menjadi hero negara dan bukan hanya hero etnik tertentu tanpa mengguris hati sesiapa pun.

Polis terpaksa guna kekerasan
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan sehingga membunuh dua ahli Geng Ah Took di Sungai Long, Kajang awal pagi ini, sebagai membalas tindakan ganas kumpulan itu menembak ke arah mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mempertahankan diri dan melindungi anggota dan pegawainya daripada berhadapan dengan maut…

Ulasan: Rakyat boleh faham kerana itu dalam kes jenayah. Tetapi yang di persoalkan lagi dan lagi rakyat ialah bila PDRM menggunakan kekerasan di luar kes jenayah, umpamanya terhadap perhimpunan aman rakyat yang mahukan pilihan raya di negara ini yang bebas dan adil.

Wednesday, November 05, 2008

Sidang Dewan Rakyat ditangguh, pembangkang desak bajet baru

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Persidangan Dewan Rakyat pagi ini ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang apabila kesemua ahli Parlimen pembangkang mendesak untuk mengemukakan Bajet 2009 yang baru kerana tidak berpuas hati dengan penggulungan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Usul itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang inginkan penjelasan mengenai Bajet 2009 yang diluluskan dan mendakwa ia tidak serupa dengan apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, September lalu…

Ulasan: Najib mengambil kesempatan penggulungannya mengumumkan peruntukan RM7 bilion kesejahteraan. Lain pula gulungannya. Maklum baru sangat menjadi Menteri Kewangan tapi tak mengalah, tak mahu layan pertanyaan dari MP lain. Bila nak buat ucapan penangguhan Bajet 2009? Atau ertinya Bajet 2009 sudah jadi outdated? Lihat berita di bawah:
Pakej kesejahteraan rakyat rakyat
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM7 bilion daripada penjimatan subsidi minyak untuk membiayai pelbagai langkah tambahan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi suasana ekonomi global yang semakin getir.
Menggulung perbahasan Bajet 2009 Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, langkah tambahan itu yang meliputi projek rumah rakyat hingga pendidikan prasekolah sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin tentang kesejahteraan rakyat…

Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS)

WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, Barack Obama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain...(AFP).

Ulasan: Tahniah kepada Barack Obama yang menang dan menjadi Presiden AS. Eloklah membawa dunia ke arah perubahan yang di harapkan oleh rakyat dunia yang cintakan KEBEBASAN dan KEADILAN. AS boleh menjuarai dunia dalam hal-hal yang baik. Gunakan kekuatan dan kepintaran yang ada untuk menjuarai keamanan global.

Sekiranya ternyata Obama takut membuat perubahan, ruginya Obama dan AS sendiri kerana apa yang boleh rakyat sedunia yang cintakan KEADILAN, harapkan dari seorang yang bersungguh-sungguh akan menyokong Israel. Apalah gunanya menjadi orang terkuat di dalam dunia di mata dunia tetapi hidup terpenjara menjadi hanya pelakon dalam kocek lobi Yahudi. Pihak lobi Yahudi di Amerika Syarikat tidak se bodoh mana kerana ramai presiden AS yang sebelum ini pun tidak berdaya merdeka dari belitan mereka. Sila baca buku yang di tulis oleh Henry Ford (1863–1947), pengasas Ford Motor Company, bertajuk THE INTERNATIONAL JEW - THE WORLD'S FOREMOST PROBLEM.

Pencalonan umpama pasport - Syed Hamid
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan kejayaannya mendapat cukup pencalonan untuk jawatan Naib Presiden UMNO seperti 'pasport' yang membuka peluang kepada ahli-ahli parti itu untuk menilai dirinya pada pemilihan Mac depan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, kelayakan itu juga membuktikan keyakinan ahli-ahli parti kepada khidmatnya selama ini…

Ulasan: Yang sedihnya, ada orang mendapat pencalonan melalui politik wang (rasuah). Kesian UMNO yang terperangkap di dalam rasuah.

Pemuda ancam terjun elak ditangkap khalwat
KOTA BHARU 4 Nov. - Orang ramai di sini gempar pagi ini apabila seorang pelajar institusi pengajian tinggi mengancam terjun bangunan bagi mengelak ditangkap oleh anggota pencegah maksiat kerana dipercayai berkhalwat.
Pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan cuba terjun dari bumbung sebuah hotel bajet di Jalan Pengkalan Chepa hingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi pemuda itu bersama pasangannya, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, telah memecahkan siling untuk melarikan diri ke bumbung hotel berkenaan…

Ulasan: Pelajar biasanya belajar dari kita yang tua yang menunjukkan akhlak tidak baik.