Sunday, April 17, 2011

`Rasuah’ yang kian kabur di Sarawak!

sted

Oleh: jinbukitridan

"Menurut kamus Dewan Bahasa katanama `Rasuah’ membawa maksud “ tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Persoalan utamanya di sini ialah apakah pemberian ratusan juta ringgit dalam tempoh kempen pilihanraya Sarawak itu patut diklasifikasikan sebagai `rasuah’? Jika tidak ada Pilihanraya Negeri berlaku kita percaya durian runtuh ini tidak akan tiba-tiba turun dengan banyak sekali dalam tempoh yang singkat. Bukankah pemberian secara mendadak dalam apa jua namanya ini oleh golongan yang berkepentingan dalam sesuatu pilihanraya boleh dinamakan sogokan atau rasuah untuk mengundi mereka dalam proses pilihanraya?

Bantuan sana bantuan sini , projek sana projek sini dalam keadaan rakyat ingin menilai parti manakah lebih baik!

Jika keadaan ini terus dibenarkan atau tidak dipedulikan oleh seluruh rakyat kita percaya fenomena ini akan menjadi satu kebiasaan yang seakan tidak bersalahan dengan etika walhal ianya terang-terang menyalahi hukum agama. Mengambil kesempatan atas golongan yang tersepit oleh mereka yang mempunyai kuasa! Akhirnya rakyat di negara kita pada suatu masa kelak akan menagih habuan segera dalam bentuk material dan wang ringgit dari pihak yang ingin membawa perubahan atau kemajuan kepada negara.

Rasuah itu perbuatan yang hina lagi keji tapi lebih keji lagi jika kita sebagai warganegara tidak berusaha membendungnya. Rasulullah s.a.w mengutuk keras perbuatan ini antaranya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim , dari Thauban r.a Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Rasulullah melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara keduanya”

Kita amat memohon pihak SPRM mengambil pendirian tegas dan mengeluarkan garis panduan yang jelas berhubung perkara keji ini.


Ulasan: Beranikah SPRM melawan boss?

Wednesday, April 06, 2011

Pakatan Rakyat menolak penubuhan suruhanjaya diraja

KUALA LUMPUR 5 April - Pakatan Pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya diraja berhubung isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini. 

Pada sidang akhbar dihadiri lebih 15 Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, usaha itu tidak perlu kerana personaliti di dalam video tersebut masih lagi kabur tanpa mendapat pengesahan daripada polis.

Apatah lagi katanya, perkara tersebut terlalu remeh untuk dibincangkan melalui penubuhan suruhanjaya itu yang hanya perlu ditubuhkan sekiranya mempunyai kes-kes besar.

"Kami tidak akan sama sekali menyertai atau menyokong penubuhan suruhanjaya itu. Pakatan pembangkang berpendapat polis seharusnya mengambil tindakan menahan mereka yang terlibat dalam penyebaran video itu berpandukan kepada laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Jika timbul usaha menubuhkan suruhanjaya itu oleh BN, kami akan terus menentang. Kami hanya akan menerima jika penyebar video ini ditahan dan diambil tindakan iaitu sesuatu yang belum dibuat sehingga ke hari ini. Laporan polis yang perlu dirujuk bukannya buat keputusan dalam isu ini," katanya.

Ditanya tidakkah beliau mahu tahu siapa yang berada dalam video itu, Karpal menjawab: " Isu itu tidak langsung timbul tetapi apa yang perlu penyebar video ini harus ditahan.''

Ulasan: PDRM: Jangan biarkan negara hancur kerana politik lucah dan politik rasuah.

Rooney MU terima padah hambur kata-kata kesat

LONDON - Persatuan Bola Sepak England (FA) melarang penyerang Manchester United, Wayne Rooney beraksi dalam dua perlawanan ekoran tindakannya menghambur kata-kata kesat di depan kamera semasa pasukan Red Devils menang 4-2 ke atas West Ham di Upton Park….

Ulasan: Negara maju masih menghormati tatasusila walaupun dalam permainan. Politik kita sudah hancus?

Female activitists demonstrate what won’t kill you will make you stronger

With the ousting of the dictator Mubarak and the toppling of his tyrannical regime tribute must be given to the daughters, mothers, sisters and wives of members of the Muslim Brotherhood who undoubtedly engaged in unconditionally supporting their other half who spent years behind bars simply for fighting for a cause…http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28338

Ulasan: Terima kasih kerana membantu rakyat menjatuhkan diktator.


Indian 'living god' in critical condition: hospital

HYDERABAD, India (AFP) – One of India's best-known spiritual leaders, famous for his apparent miracles and long list of influential followers, is on life support in a southern hospital, officials said on Tuesday.

Satya Sai Baba, 85, who has devotees in more than 100 countries, was admitted to a hospital funded by his organisation in the town of Puttaparthi with lung and chest congestion on March 28…

Ulasan: Semuanya akan hujungnya kembali kepada Maha Pencipta, Allah SWT yang mencipta kita dan setiap makhluk dengan membawa amal yang dibuat dalam hidup ini. Miracles dan pengikut akan ditinggalkan.

Rakyat makmur tekad BN...atau makmurkan kroni?

Rakyat makmur tekad BN

Manifesto pastikan Sarawak jadi negeri terkaya di Malaysia 

KUCHING: Dalam usaha mendapatkan semula mandat pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang bermula hari ini, Barisan Nasional (BN) menjadikan janji, ikrar dan pencapaian BN untuk rakyat Sarawak sebagai intipati utama manifesto parti yang dijadual dilancarkan di sini, petang ini. 
 
Dengan mengajak rakyat di Bumi Kenyalang bersama-sama memajukan Sarawak, manifesto kali ini membawa tema ‘Rakyat Makmur, Kehidupan Selesa, Negeri Aman – Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN’….

Ulasan: Selamat memilih calon yang BERAKHLAK. Nak cari menantu pun kena pilih baik-baik. Inikan pula nak berikan negeri kepada mereka. Negeri kaya boleh jadi bangkrap silap-silap pilih pemimpin. Minyak, balak dan tanah akan habis dikerumuni kroni kalau tak kena gaya.

Obama & Guantanamo

Obama ketika mula menjadi Presiden pada 2009 berjanji untuk menutup Guantanamo dalam tempoh setahun, dengan menggambarkan kem tahanan itu sebagai simbol bagi segala pencabulan dalam ‘perang menentang keganasan’ yang dilancarkan oleh Presiden terdahulu, George W. Bush.

Namun, perbicaraan berprofil tinggi yang dirancang untuk Sheikh Mohammed dan empat lagi suspek anggota al-Qaeda itu di Guantanamo (akan dibicarakan oleh sebuah tribunal tentera di Teluk Guantanamo, Cuba dan bukan di sebuah mahkamah sivil di New York) menunjukkan Obama sudah berputus asa untuk menutup kem tahanan tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Keputusan itu diambil pada hari sama Obama mengumumkan rancangan untuk bertanding semula pada pilihan raya Presiden 2012, dan juga menyusuli keputusan Mahkamah Agung AS, awal semalam untuk menolak tiga rayuan oleh tahanan Guantanamo yang membantah penahanan mereka tanpa tempoh ditetapkan.

Ulasan: Demikianlah Presiden USA…yang kalah di tangan Kongres . Once Barack Obama vowed to 'change the world'. Still Jews will have the upperhand. 

Rumah haram Yahudi

BAITULMAQDIS 5 April - Majlis Perbandaran Baitulmaqdis semalam meluluskan pembinaan 942 rumah baru di Gilo, sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di bahagian paling timur bandar ini.

Keputusan itu dibuat menjelang pertemuan antara Presiden Israel, Shimon Peres dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, hari ini…

Ulasan: Terasa betul orang Israel merendah-rendahkan Presiden AS.


Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 5 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi precedent bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia…

Ulasan: Masalah bermula bila berpolitik yang tak kisahkan agama.

Tuesday, April 05, 2011

Libya 'ready' to discuss reforms

Libya is ready to negotiate reforms, such as elections or a referendum, but only its own people can decide whether Muammar Gaddafi should stay on as leader, a government spokesperson has said.

"We could have any political system, any changes: constitution, election, anything, but the leader has to lead this forward. This is our belief," Musa Ibrahim, the Libyan information minister, told reporters on Tuesday.

Ulasan: Ikutilah kisah yang akan sejarah dunia mengenai pemimpin yang semakin hilang ketaatan rakyat. Siapa yang sepatutnya bersyukur: Pemimpin ATAU rakyat? Cukuplah 42 tahun mendera rakyat. Doakan supaya rakyat diutamakan melalui keadilan.

Sebagai Muslim, KITA menolak fitnah video itu

Sebagai seorang Muslim, saya menolak fitnah video itu 
http://muqabalah2009.blogspot.com/  

1-Sebagai seorang muslim, saya diajar oleh Islam agar perspektif dan pemahaman saya dibina di atas peringatan dari al-Quran dan al-Sunnah. Mungkin sahaja dakyah-dakyah dari punca lain kelihatan boleh menyakinkan, ada logiknya. Tetapi sebagai seorang muslim, saya wajib meluruskan kefahaman saya mengikut peringatan al-Quran dan as-Sunnah, saya wajib menghadapkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya mengikut qiblat petunjuk tersebut. Sekiranya saya memalingkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya ke arah selainnya, kefahaman agama saya itu sudah tentu tersasar; semoga Allah menyelamatkan kita semua dari kebinasaan itu.

2- Saya mengharapkan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan perspektif dan pemahaman dari yang akan saya sebutkan ini akan membetulkan apa-apa yang bengkok dalam kefahaman saya. Apa yang penting ialah kita sama-sama menjunjung tinggi kebenaran yang diajar oleh agama kita. Kita mahu faham mengikut faham agama, kita mahu hidup di atas kehidupan beragama, kita mahu mati berpegang dengan agama, kita mahu dibangkitkan di kalangan ummat yang teguh beragama. Saya saya mengharapkan pendirian saya ini tidaklah berasaskan atau dipengaruhi oleh sokongan saya kepada mana-mana individu, parti politik atau lain-lain kepentingan serta perkiraan duniawi; tetapi hanya semata-mata tulus mengikut apa yang saya faham dari ajaran Islam itu sendiri.

3- Saiyyidina Huzaifah Radiyallah 'anhu mengatakan : "orang ramai telah bertanya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam daripada kebaikan; sedangkan saya bertanya tentang keburukan. Saya telah mengetahui yang kebaikan akan mendahului saya. Saya bertanya: Ya Rasulullah: "adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan?". Rasulullah bersabda: "Wahai Huzaifah, hendaklah engkau mempelajari Kitabullah 'Azza wa Jalla. Dan hendaklah engkau ikut apa yang ada padanya".Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali. Huzaifah bertanya sekali lagi : "Adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan"?". Baginda bersabda:
" (akan berlaku) fitnah yang membuta dan menulikan (yakni manusia menjadi buta daripada melihat kebenaran dan menjadi tuli dari mendengar kebenaran dan nasihat)". Padanya terdapat penyeru-penyeru di atas pintu-pintu neraka ( menyeru kepada kesesatan yang akan mengelincirkan manusia ke dalam neraka). Maka jika engkau mati , wahai Huzaifah mengigit akar kayu (berseorangan mengasingkan diri dari kumpulan membuat fitnah)lebih baik bagi engkau draipada mengikut salah seorang daripada mereka".

Huzaifah menanyakan Rasulullah tentang sifat penyeru-penyeru di atas pintu neraka tersebut. Rasulullah bersabda:
"Ya, mereka sekulit (satu bangsa) dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita"

Matan (text) hadith ini mempunyai sedikit perbezaan dalam riwayat-riwayat yang berlainan. Sebahagian ulama memahamkan fitnah yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam itu telah berlaku di zaman salaf (awal Islam). Bagaimanapun pengajaran dari hadith ini sentiasa kekal benar dan bermanafaat. Agakan saya , keadaan masyarakat kita hari ini juga mendapat tempias yang kuat dari apa yang diterangkan oleh Rasulullah; zaman yang penuh dengan fitnah, seakan-akan membuta dan menulikan manusia dari melihat sesuatu isu mengikut neraca Islam kerana kuatnya desakan dan asakan dari penyeru-penyeru yang berada di atas pintu neraka itu! Mereka itu sekulit dan sebahasa denga kita! Subhanallah!

3- Allah menyebut dalam al-Quran:
"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuyan beriman, kemudian(daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar" (al-Buruj:10)

Apa yang berlaku sekarang ini memang termasuk dalam perbuatan fitnah, seperti usaha-usaha terancang untuk mengaibkan sesaorang serta keluarganya, menyumpah seranah dengan pelbagai gelaran yang menjijikkan sehinggakan dalam media yang dibaca oleh kanak-kanak.

Mereka datang dengan tuduhan demi tuduhan. Belum selesai yang pertama. mereka datangkan tuduhan kedua. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Yang nyatanya mereka menimbulkan fitnah ke atas peribadi dan keluarga tertentu, mereka menimbulkan fitnah kepada masyarakat dan tanahair, mereka telah mengaibkan negara di mata dunia.

4- Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang datang dengan 'ifik' (menuduh Saiyyidatina Aishah terlibat dalam zina ) ialah dari kumpulan kamu sendiri. Jangan kamu mengiranya sebagai keburukan bagi kamu, bahkan ianya kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang dari mereka menanggung dosa yang dilakukan, sementara orang yang berperanan penting daripada mereka, baginya azab yang besar pula (sepadan mengikut peranan). Ketika kamu mendengar berita itu, mengapa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik dengan sesama mereka sendiri? Dan berkata: Ini adakah ifik (pembohongan) yang jelas-nyata". (Surah an-Nur: 10-11)

Inilah sikap yang al-Quran mengajar kita. Kita bersangka-baik terhadap sesama Islam sehingga terdapat bukti-bukti yang nyata (beyond doubt) sebagaimana yang diajar didalam agama kita.

Katakan walaupun tuduhan terhadap seseorang itu betul dan menepati kenyataan, hanyalah terdapat sedikit keraguan dan ianya tidak memenuhi piawaian syara', lalu kita tolak tuduhan itu kerana bersangka baik terhadap sesama Islam, insya Allah kita masih harapkan pahala 'bersangka-baik' itu daripada Allah.

Sekiranya kita membenarkan tuduhan ke atas orang Islam, apa lagi menyebarkan-luaskan tuduhan tersebut, sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun sekan-akan terdapat unsur-unsur yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Maka apa yang kita akan dapat? Kecuali kita mendapat kemurkaan dari Allah dan janji azab neraka yang teramat pedih.

5- Allah menyebut perbuatan homosexual di kalangan kaum Saiyyidina Nabi Lut 'Alahi as-Salam. Allah merakamkan bahawa merekalah yang pertama kali dalam sejarah manusia terlibat dalam salahlaku ini. Allah menyebutkan:

Dan Lut , ketika baginda berkata kepada kaumnya: "Adakah kamu mendatangi kejahatan yang belum pernah dibuat oleh sesiapapun di alam ini?. Sesungguhnya kamu mendatangi sesama lelaki bukan perempuan, bahkan kamu adakah kaum yang melampau"(al-'Araf:8--81).

Allah juga merakamkan tabiat pelaku sumbang ini semenjak sewal itu, yang mereka tidak mempunyai keinginan nafsu kepada perempuan. Allah menyebut tentang tabiat mereka ini, ketika para malikat yang menyerupai lelaki mendatangi Saiyyidina Lut kerana menyampaikan perintah Allah agar baginda keluar dari negeri yang akan ditimpa azab itu.

Datang kepada Saiyyidina Lut, kaumnya dengan bersegera, sedangakan sebelumnya mereka memperbuat kejahatan. Nabi Lut berkata; " Wahai kaumku, mereka ini anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (untuk dinikahi). Maka bertaqwalah kepada Allah, dan jangan kamu malukan aku pada tetamuku, tidakkah ada di kalangan kamu orang yang cerdik? Mereka menjawab: " Sesungguhnya engkau telah tahu yang kami tidak berhajat sebenar-benarnya kepada anak-anak perempuan engkau, dan engkau sesungguhnya mengetahui apa yang kami mahukan" (Hud: 78-79)

Allah menyatakan suatu tabiat yang ghalib (norm) bagi orang yang bernafsu kepada sesama lelaki yang mereka tidak berselera kepada perempuan semenjak zaman Saiyyidina Lut itu lagi. Dan banyak keadaan sekiranya mereka berkahwin dengan perempuan sekalipun, mereka gauli isteri secara mereka gauli sesama lelaki.

Tanpa kita menolak kemungkinan terjadi apa yang di luar kebiasaan, tetapi apabila ianya berlaku di luar kebiasaan, maka kita perlu hujjah yang jelas dan kenyataan yang terang bagi menyalahi kebiasaan perkara yang ghalib.

Tuduhan ke atas DSAI meliwat, kemudian tuduhan dia berzina dengan pelacur perempuan adalah tuduhan yang mengatasi kebiasaan yang telah disebut oleh Allah sendiri. Tuduhan itu pula datangnya daripada orang-orang yang terlalu sukar untuk kita mengatakan mereka itu sebagai orang yang adil, thiqah dan tidak fasik; orang yang diterima kesaksian mereka. Tentang syarat kesaksian itu dari orang yang adil di dalam syara agama kita. Sekiranya tuduhan itu datang dari orang-orang fasiq, kita sebagai penganut Islam tidak dapat menerimanya dengan begitu sahaja tanpa penelitian yang rapi. Kita juga tidak boleh membenarkan penuduh-penuduh yang fasiq itu bermahara-lela sesuka hatinya, hukuman mesti dijatuhkan ke atas mereka.

6-Berdasarkan pertimbangan sebegini, pertimbangan yang saya fahami dari petunjuk umum al-Quran dan as-Sunnah, yang saya junjung mengatasi 'bahan-bahan bukti' yang masih mempunyai keraguan, andaian-andaian yang difikirkan munasabah untuk mengiyakan tuduhan tersebut , maka saya didorong oleh keimanan saya kepada kesempurnaan ajaran Islam menolak kesahihan tuduhan ke atas DSAI berdasarkan video itu atau yang seumpama dengannya.

Saya cuba memahami perspektif mereka (termasuk rakan-rakan) yang berusaha untuk mengatakan memang DSAI yang beraksi dalam video tersebut. Saya ikuti hujjah yang dibawa termasuk oleh rakan saya, Kickdefella. Kickdefella sebagai contoh memberi justifikasi, kenapa image lelaki di dalam video itu agak berisi berbanding DSAI, katanya distortion itu boleh berlaku kerana perubahan ratio axis x-y pada frame . Dia juga berdasarkan pergerakan watak di dalam video itu yang katanya menyerupai pergerakan DSAI. Kalau kita secara ikhlas bertanya kenapa ratio axis x-y itu terubah sehingga menimbulkan kekeliruan, kenapa ianya berlaku kerana video itu datangnya dari pihak yang mahu mensabitkan kesalahan DSAI, bukan dari pihak yang cuba menafikan penglibatan DSAI. Kita juga tertanya bagaimana rapatnya hubungan Kickdefella sehingga dia dapat mengenali gerak DSAI terutama dalam berkeadaan yang sedemikian. Kita tidak boleh memastikan seorang yang gerakannya sopan ketika biasa, akan bergerak secara tertib dan sopan ketika dalam posisi sebegitu. Apa yang disebut sebagai keyakinan oleh Kickdefella hanyalah sekadar peringkat telahan tidaklah sampai kepada peringkat yakin. Ianya pada peringkat waham, syak atau zan, bukan peringkat ilmu, bukan peringkat yakin dalam takrifan syara'.

Apa yang kita pasti dengan yakin ialah DSAI mempunyai sejarah sakit tulang-belakang, kita juga masih melihat ada ketika beliau memakai girdle untuk menyokong tulang-belakangnya untuk mengurangkan kesakitan, kadang-kadang kita masih perasan jari-jari beliau sembab membengkak kerana kesan sampingan 'pain-killer'. Untuk mensabitkan hal-hal ini yang saya sebutkan ini, saya sanggup menjadi saksi di dunia dan di akhirat tentang kebenarannya. (walaupun mungkin sahaja dikatakan DSAI hanya berlakun dalam semua keadaan ini). Dengan mengetahui hal-hal yang yakin ini, agar sukar untuk kita padankan dengan tuduhan yang DSAI beraksi rancak dalam video tersebut , tidak sebagai seorang yang pernah sakit tulang belakang ataupun berusia lebih 60 tahun.

7- Dalam pada itu, ini bukan bermaksud sekali-kali yang saya menyetujui pendirian-pendirian DSAI dalam beberapa perkara. Saya bukan setakat menolak sebahagian daripada gagasannya bahkan saya menentang gagasan tersebut. Saya menentangnya berdasarkan kefahaman yang saya fahami dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Saya tidak menentang atau menyokongnya berdasarkan kepentingan parti atau politik, semoga saya diperlihatkan Allah akan kebenaran sebagai kebenaran serta diberi kekuatan untuk menjayakannya, semoga saya diperlihatkan kebatilan sebagai kebatilan serta diberi kekuatan untuk menolaknya.

Ingin sentiasa saya ulangi doa orang yang beriman di kalangan pengikut Nabi Musa 'Alahi as-Salam:

’Mereka berdoa: "kepada Allah , kami bertawakkal, Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah kumpulan yang zalim.Dan selamatkan kami dengan Rahmat engkau daripada tipu-daya orang-orang kafir" (84-85 Surah Yunus)

 

Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran?

KUALA LUMPUR 4 April - Rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik ke laman YouTube hari ini disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes itu.

Ketika mengulas pendedahan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia juga bakal menjawab banyak persoalan di sebalik isu video seks itu terutama identiti individu di dalam rakaman tersebut.

"Rakyat kini boleh menilai sendiri siapa individu yang terlibat dan sekiranya benar seperti apa yang disebut-sebut sebelum ini, maka ia merupakan satu malapetaka besar kepada politik negara, orang Melayu dan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Seolah-olah ada pihak yang tidak berkeyakinan kepada PDRM untuk menyiasat dan tidak berkeyakinan kepada Mahkamah samaada Mahkamah biasa dan Mahkamah Syari’ah. Menuduh zina termasuk dosa besar dalam Islam. Orang yang menuduh sewajarnya mengemukakan bukti di Mahkamah BUKAN melalui video yang disebarkan seluruh dunia. Di mana maruah negara kita KINI?

Friday, April 01, 2011

Tsunami bawa rahmat di Aceh?

Musibah bawa rahmat di Aceh?
"DAMAI itu Indah." Itulah ungkapan yang boleh dilihat pada kain rentang di setiap persimpangan jalan di Banda Aceh.

Ungkapan itu seolah-olah pemberi semangat kepada penduduk wilayah itu untuk melupakan malapetaka alam yang berlaku pada pagi 26 Disember 2004. 

Malapetaka bernama tsunami yang melanda Aceh mengorbankan ratusan ribu jiwa. Sampai hari ini ia menjadi satu trauma yang sukar dilupakan terutama bagi mereka yang kehilangan anggota keluarga yang dikasihi…

Ulasan: Jangan sampai tsunami datang lagi. Sesungguhnya Allah SWT tidak zalim. Kepada yang belum kena tsunami, ingatlah semua makhlukNya adalah dibawah perintahNya. Kita sebenarnya begitu fragile yang memerlukan rahmatNya untuk hidup.

Al-Azhar: Pelajar wajib duduki peperiksaan bahasa Arab

KUALA LUMPUR 1 April – Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan mengikuti peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

"Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar, manakala calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di universiti itu di Kaherah.

"Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas bahasa Arab di kolej (maahad) bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..

Ulasan: Tidak rugi mendalami bahasa Rasulullah, bahasa Quran, bahasa syurga. Kepada bakal ulama dan ustaz/ustazah: Anda akan menjadi pelita yang menerangi umat nanti.

SEDIH : Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar”

Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar” - Dr Hasan
SHAH ALAM 1 April – Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah ”sangat besar” dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (Pas-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Hassan berkata, bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata, JAIS tidak mempunyai jumlah penguat kuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini. – Bernama

Ulasan: Bersama-samalah mendidik rakyat terutamanya remaja dan belia supaya menjauhi ZINA. Kalau sayangkan diri, kena hebat menjaga diri: jangan berzina. Kenapa perempuan sanggup menyerahkan badannya kepada seseorang lelaki tanpa ikatan nikah? Kalau dah tak tahan, bernikahlah dulu. No, not before nikah. Lebih aman dan selamat bernikah, kemudian kalau tak sesuai boleh bercerai daripada berzina tanpa nikah. Jaga manimu untuk yang halal saja. Itulah erti sayangkan diri. Anda bijak jauhi zina. 

Menteri Luar Libya letak jawatan

LONDON 31 Mac – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menerima satu lagi tamparan apabila Menteri Luar, Mussa Kussa tiba di Britain lalu memberitahu pegawai-pegawai di sini bahawa beliau meletakkan jawatan dan tidak mahu lagi mewakili rejim di Tripoli…

Ulasan: Baguslah kerana meninggalkan kerajaan Ghaddafi yang terbukti kejam mendera rakyat. Bersama-samlah menegakkan kerajaan yang adil mencintai rakyat.

BN guna pendekatan berhemah

MUAR 31 Mac - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berhemah dan strategi kerja yang berkesan bagi meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara asas yang perlu dilakukan adalah untuk mempertahankan kuasa di negeri itu dan memperluaskan lagi agenda pembangunan bagi manfaat masyarakat secara menyeluruh…

Ulasan: Utamakan rakyat. Bukan kroni. Tidak mengamalkan rasuah? Sama-samalah kita melihat kebolehan BN mengkotakanya.