Wednesday, August 30, 2006

Siti-Datuk K: 6.3 juta; Mawi-Ina: 4.8 juta

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Perang siaran televisyen antara TV3 melalui persandingan Siti-Khalid dan RTM/Astro menerusi program Mawi-Ina, berakhir dengan keputusan yang sengit.

Ulasan: Sedih kerana orang Melayu telah habiskan banyak masa dan tenaga untuk siarkan dan menonton rancangan yang kurang berfaedah seumpama ini. Hebatkah kita dengan rancangan itu?

Pihak TV elakkan mencandukan penonton dengan program yang tidak berfaedah, tidak berkualiti dan tidak menggunakan minda.
PUTRAJAYA 29 Ogos – Kerajaan hari ini meluluskan rancangan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam di Lembah Klang melibatkan perbelanjaan bernilai RM10 bilion.

Ulasan: Dengan syarat tender di awad melalui tender terbuka, adil dan di buat sendiri oleh kontraktor yang berjaya.

Lima syarikat konsesi mohon naik kadar tol

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sudah menerima permohonan kenaikan kadar tol bagi 2007 daripada lima syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang dan kerajaan mungkin terpaksa meluluskannya bagi mengurangkan beban membayar pampasan. Mengikut perjanjian konsesi, pelarasan kadar tol dilakukan setiap tahun berdasarkan peratusan kenaikan dipersetujui dan kerajaan bertanggungjawab membayar perbezaan peningkatan itu sekiranya tiada kenaikan tol pada tahun tertentu…(BH).

Ulasan: Isytiharkan perjanjian konsesi di antara kerajaan BN dan syarikat konsesi (yang kebanyakannya merupakan kroni BN) sebagai dokumen awam supaya rakyat boleh tahu dan boleh mengkaji apa yang membebankan rakyat.
Soalan: Kalau ikut perjanjian itu, kerajaan mesti membayar syarikat konsesi sekiranya tiada kenaikan tol pada tahun tertentu padahal pengguna lebuhraya semakin bertambah. Ertinya yang sudah tentu untung ialah kroni BN. Yang tentu rugi ialah rakyat kerana duit rakyat di habiskan untuk kroni BN.

Kementerian arah LLM bantu kontraktor kelas F

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerjaraya mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan pemantauan bagi memastikan lebih banyak kontraktor Bumiputera kelas F mendapat peluang dalam projek kerajaan, termasuk konsesi pembinaan lebuh raya…(BH).

Ulasan: Asalkan kontraktor tersebut membuat sendiri kerja atau projek yang diserahkan kepada nya. Jangan hanya pandai cakap, kemudian jual projek dan dapat untung atas angin tetapi miskin pengalaman mengendalikan projek walaupun lama berniaga..

Tuesday, August 29, 2006

Manusia tertua meninggal dunia

QUITO 28 Ogos – Manusia tertua di dunia, Maria Esther de Capovilla meninggal dunia pada umur 116 tahun, kata cucu perempuan wanita Ecuador itu. )…(UM).

Ulasan: Berapa panjang pun hidup di dunia ini akan mati juga. Sayang sekali kalau seseorang mati tanpa memeluk Islam. Setiap kita hendaklah berazam untuk sampaikan Islam kepada siapa sahaja hatta kepada bayi yang baru lahir sebelum kiamat kerana kita sebenarnya ummat dakwah seperti yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w.

Semoga Allah memberi kita hidup yang panjang yang di penuhi dengan amal yang solih membantu agama Allah.

Khazanah kuasai Pantai -- Mengambil alih sebahagian kepentingan syarikat daripada Parkway

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Pantai Holdings Bhd. (Pantai Holdings), yang dikuasai sebuah syarikat Singapura, kini kembali dimiliki negara.
Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) muncul sebagai pemegang saham utama Pantai Holdings dengan pengambilalihan sebahagian kepentingan syarikat itu daripada firma Singapura, Parkway Holdings Ltd. (Parkway)…(UM).

Ulasan: Dasar BN - Bila rakyat bersuara baru hendak bertindak. Buat apa peraturan kalau tidak di ikuti. Dan tak pasal-pasal Khazanah terpaksa beli guna duit rakyat...

Remaja disyaki cabul selepas layari laman web lucah

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga yang baru selesai melayari laman web lucah di sebuah kafe Internet bertindak mencabul seorang remaja wanita sebayanya di tepi lorong sebuah pangsapuri di Setapak Indah Jaya di sini semalam…(UM).

Ulasan: Siapa tanggung dosa kerana tidak menyekat pada hal kerajaan boleh lakukannya sejak lama dulu? Dulu kerajaan BN gempar nak pantau atau menyekat laman web yang menyiarkan gambar-gambar lucah , filem lucah dan cerita lucah melalui internet? Rakyat masih menunggu-nunggu janji BN…

Kalau betul-betul nak sekat laman web lucah di Malaysia buatlah tindakan serius kearah itu. Cara yang paling senang boleh kerajaan lakukan ialah memberi arahan kepada Internet Service Providers iaitu Jaring and Telekom supaya menyekat laman lucah.

Tapi apa lagi diharapkan dari BN & Umno? Kalau sayangkan rakyat dan sayangkan negara, sebarkan kebaikan dan tutup semua pintu kearah maksiat. Tapi sejak merdeka apakah BN & Umno peduli ini semua?

PM sedih indeks rasuah di kalangan negara Islam masih tinggi

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedih kerana berdasarkan kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ke atas 158 negara, negara Islam yang terbaik hanya menduduki tangga ke-29.
Negara ke-29 itu ialah Oman dan Malaysia pula berada di tangga ke-39. Chad, yang juga sebuah negara anggota OIC, menduduki tangga teratas negara paling korup di dunia. “Lebih malang lagi daripada 10 tempat terbawah mengikut CPI, separuh daripadanya terdiri daripada negara Islam,” katanya...(UM)

Ulasan: Rakyat masih tertunggu-tunggu pendakwaan terhadap 18 perasuah profil tinggi yang kononnya mahu didakwa oleh kerajaan BN pimpinan Pak Lah. Atau satu gimik dari seorang lagi pelawak moden?

Yayasan ECM Libra dilancar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa individu dan sektor korporat untuk memainkan peranan mereka dengan menyumbang kepada masyarakat tempat mereka beroperasi bagi memastikan agenda pembangunan negara berjaya dicapai pada majlis pelancaran Yayasan ECM Libra di sini, semalam dalam teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.…(BH).

Ulasan: Syarikat yang membuat menantunya jadi kelam-kabut boleh pula jemput mertua memberi ucapan utama.
Rupa-rupanya duit boleh memperdayakan…

Dr M wajar dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sewajarnya dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik kerajaan di hadapan pembangkang…(BH).

Ulasan: Rupa-rupanya betul kritik Tun… Sampai bilakah rakyat Malaysia hendak di perbodohkan? Kita orang Islam tak pernah di asuh supaya bersekongkol dengan kejahatan.

Friday, August 25, 2006

Jeneral Israel akui kelemahan

BAITULMAQDIS: Panglima Angkatan Tentera Israel, Leftenan Jeneral Dan Halutz akhirnya mengakui pasukannya banyak mempunyai kelemahan dalam perang melawan Hizbullah yang menyaksikan tentera Yahudi itu pertama kalinya dimalukan pasukan bersenjata Arab…(BH).

Ulasan: Sejak lebih dari 1,400 tahun dulu kita ummat Islam telah di perintahkan untuk bersiap-siaga menghadapi peperangan, bersikap waspada terhadap musuh serta menyiapkan segala kekuatan untuk itu. Ditegaskan dalam ayat 71 surah An-Nisa, dan ayat 60 surah al-Anfaal.

Bayangkan bila negara Islam menjadi kuasa besar yang di geruni oleh negara kafir, barulah seronok sikit.

Pelakon stunt maut terjun bangunan

KUALA LUMPUR: Penggambaran filem seram Jangan Pandang Belakang bertukar tragedi apabila seorang pelakon stunt profesional terbunuh ketika melakukan aksi terjun dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Duta di sini, pagi semalam…(BH).

Ulasan: Sepatutnya stuntmen merupakan salah satu pekerjaan yang paling selamat kalau persiapannya betul-betul telah dilaksanakan.
Pastikan di mana saja Allah reda dengan kita.

PM arah MAS, AirAsia tingkat perkhidmatan

CHUKAI: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia memberi perhatian segera terhadap aduan pengguna termasuk masalah kelewatan penerbangan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing….(BH)

Ulasan: Nampaknya semua perkara perlukan campurtangan PM. Wajar kita lapangkan PM dari masalah kecil untuk PM cukup masa untuk fikir perkara-perkara besar berkenaan negara contohnya grand plan dan wawasan negara 40 tahun akan datang, keredhaan Allah kepada negara, pembasmian rasuah dalam semua peringkat, survival ummat dsbnya. Perkara-perkara yang kecil biarlah timbalan menteri atau lebih rendah uruskan.

Pada hal syarikat sudah memahami kepentingan melayan aduan pengguna (semak pengetahuan pemasaran di universiti dulu). Your companies can only stay if consumers are willing to buy your products. Sometimes we forget that the basic in business is that the customer is king.

Thursday, August 24, 2006

Peguam sokong jaminan Ahmad Fairuz

KUALA LUMPUR: Pengamal perundangan dan guaman sepakat bahawa memang sudah wujud pemisahan jelas antara fungsi Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah seperti yang termaktub dalam Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, mereka berpendapat jaminan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, bahawa mahkamah sivil tidak akan merampas fungsi Mahkamah Syariah adalah pernyataan yang mengesahkan lagi kedudukan itu. (BH).

Ulasan: Dulu yang sibuk sangat meminta kuasa Mahkamah Syariah dikaji semula ialah badan perundangan, sebahagian peguam-peguam dan NGO yang mempunyai agenda sendiri dan merasakan merekalah juara, sayangnya TANPA mengambil kira ketenteraman rakyat dan negara.

Peguam sepatutnya menggunakan ilmu undang-undang yang di pelajari untuk sentiasa sokong segala usaha mewujudkan ketenteraman di Malaysia.

Arab Saudi keluar fatwa haram kain penutup keranda

JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengeluarkan satu fatwa mengharamkan amalan mengguna dan menghasilkan kain penutup keranda dihiasi ayat suci al-Quran, nama Allah serta sebarang doa pada kain berwarna hijau berkenaan yang disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam.
Fatwa itu dibuat selepas kalangan ulama Saudi menyedari amalan itu semakin menular di kalangan penduduk tempatan dan warga asing. (BH).

Ulasan: Sebenarnya Quran yang merupakan Final Testament untuk seluruh manusia mengandungi ayat-ayat Quran untuk kita baca, fahamkan, amalkan dan sebarkan kepada semua. Terlalu rendah untuk dijadikan penutup keranda.
Jom balik kepada Islam yang benar.

Ustaz antara 4 ditembak mati

NARATHIWAT 23 Ogos – Empat orang, termasuk seorang ustaz ditembak mati dalam empat kejadian keganasan yang dipercayai ada kaitan dengan pemberontakan di sini hari ini.
Polis berkata, kesemua mangsa beragama Islam.
Selain ustaz itu, mangsa lain ialah seorang ketua kampung, seorang orang awam dan seorang pengawal kampung sukarela. (UM).

Ulasan: Semoga Allah redha dengan kita : hidup mulia membela agama Allah atau mati syahid.

Pemalsuan MyKad membimbangkan

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Kebanjiran pendatang asing ke negara ini menyebabkan kes pemalsuan MyKad, terutama di Sabah yang menjadi buah mulut selama ini, semakin membimbangkan.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ketika mendedahkan perkara itu memberitahu, terdapat juga di kalangan mereka yang memiliki pasport antarabangsa Malaysia. (UM).

Ulasan: Dulu kata susah nak palsukan MyKad dan pasport Malaysia. Apa dah jadi sekarang? Polis tolong pantau.

Wednesday, August 23, 2006

Kebanjiran pendatang asing sumbang peningkatan kadar jenayah – Polis

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengakui, kebanjiran pendatang asing yang kini melebihi 2.4 juta orang di negara ini menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah.

Ulasan: Pastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat Malaysia terjamin. Selamat bertugas wahai PDRM. Dengan kerjasama semua rakyat yang tentunya cintakan ketenteramban, you can DO it .

Pengendali laman blog ibarat penembak curi

KUALA LUMPUR: Datuk Shaziman Abu Mansor semalam mencabar pengendali laman forum atau blog yang berselindung di sebalik nama samaran untuk tampil dan berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu semasa.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi itu berkata tindakan kumpulan yang mengkritik pihak tertentu termasuk kerajaan tetapi enggan mendedahkan identiti sebenar seperti penembak curi.

Ulasan: Kita perlu terima hakikat bahawa manusia mempunyai perasaan mengenai sesuatu perkara walaupun tidak pandai berhujjah…atau berdebat.

Hakim sivil tidak boleh campur urusan syariah Ketua Hakim Negara jamin Perlembagaan Persekutuan dipatuhi

PUTRAJAYA: Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau menegaskan, peruntukan dalam Perlembagaan sudah membahagikan bidang kuasa undang-undang sivil dan syariah dengan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri urusan Mahkamah Syariah.
Sehubungan itu, katanya, semua pihak terutama umat Islam tidak perlu bimbang atau beranggapan hakim Mahkamah Sivil cuba mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah apabila membicarakan kes berkaitan orang Islam.
“Jika Perlembagaan Persekutuan mengatakan hal itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil, kita akan kendali tetapi jika dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, kita tidak akan kendalikan kes itu.
“Hakim sivil dalam penghakiman mereka hanya mentafsir undang-undang berasaskan bidang kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan. Jadi, Mahkamah Sivil hanya mengendalikan hal berkaitan Islam berdasarkan peruntukan undang-undang,” katanya.

Ulasan: Jelas dan nyata. Sudah terang lagi bersuluh.

Tuesday, August 22, 2006

18,000 kontraktor lewat terima bayaran RM23.7 bilion

KUALA LUMPUR: Sejumlah 18,000 kontraktor dan kontraktor kecil di negara ini menghadapi masalah lewat atau belum menerima bayaran bagi pelbagai kerja bernilai RM23.7 bilion yang mereka laksanakan sejak 2000.

Ulasan: Untuk penjawat awam yang ‘suka’ melambat-lambatkan bayaran kepada kontraktor: Jom letak jawatan dan rasa sendiri menjadi kontraktor kaya.

Sedih kerana PM terpaksa sebut sekurangnya 2 kali barulah sesuatu terjadi.
Di mana orang lain?

Sepatutnya lama sebelum boss sebut dengan kata-kata, sudah ada tindakan.

Perkara 121 (1A) kekal

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memansuhkan atau meminda Perkara 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia sudah menjelaskan pembahagian bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dijamin Perlembagaan ini dan tiada siapa pun boleh mempertikaikan kedudukan (Islam agama rasmi) ini. Dalam pada itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh mengugat kebebasan untuk beragama seperti dijamin Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, kerajaan berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan sebarang badan lain membincangkan mengenai hal-hal agama seperti Majlis Antara Agama atau Forum Artikel 11, katanya menjawab soalan Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik).

Ulasan: Semoga Allah mengurniakan Malaysia kita aman makmur jika ummat Islam bersifat bijaksana (fatanah) menghadapi orang kafir persis Nabi s.a.w.

Gubal perundangan – PM -- Kawal pengembangan agama lain di kalangan orang Islam

BACHOK 21 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan yang sesuai untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.
Katanya, empat negeri tersebut - Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sepatutnya awal-awal lagi memikirkan untuk mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan di bawah Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Difahamkan Wilayah Persekutuan telah pun menyiapkan draf undang-undang itu.
Pada masa ini semua negeri beraja - Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu serta Melaka sudah menjalankan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing.
Kelantan negeri paling awal berbuat demikian pada tahun 1981 dan paling akhir ialah Johor pada tahun 1991.

Ulasan: Dari sudut undang-undang, sudah habis harapan untuk memurtadkan orang Islam. Jaga-jaga serangan mungkin datang dalam bentuk yang lain.

Apa jadi pun, semua kita perlu berdakwah, menyampaikan Islam dengan sebaik cara kepada orang kafir di sekeliling kita. Dengan dakwah, ruh Islam akan menyerap masuk ke hati kafir menerima Islam.
Tanpa dakwah, sejarah telah menunjukkan orang Islam akan terhina.
Cara tambah penduduk

SINGAPURA: Singapura akan menggalakkan imigrasi untuk meningkatkan jumlah penduduk berikutan kadar kelahiran di republik itu semakin berkurangan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu ucapan.

Ulasan: Cinta dunia menyebabkan kebanyakan keluarga merancang untuk menghadkan kelahiran anak. Suka bertani tapi tak suka hasilnya.
Ya Allah selamatkan ummat Muhammad dari cinta dunia.

Monday, August 21, 2006

Pilih pemimpin berwibawa, terbaik – Najib

MUAR 20 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa ahli- ahli UMNO supaya memilih pemimpin yang berwibawa dan mampu membawa tamadun Melayu ke tahap yang lebih cemerlang.

Ulasan: Dan tak pernah terlibat langsung dengan rasuah, dan mengamalkan Islam dalam erti yang setepatnya...

Jenazah 2 wira Melayu tentang British dibawa pulang 9 Sept.

KUALA KANGSAR 20 Ogos – Dua pahlawan Melayu yang pernah membantu Datuk Maharajalela menentang British pada Perang Perak 1891 yang dikebumikan di Singapura setelah dijatuhi hukum gantung akan dibawa pulang ke Perak pada 9 September depan.
Mereka ialah Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim Jaafar dan Laksamana Mohamad Amin.
Jenazah Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di Kota Ngah Ibrahim berhampiran Masjid Matang, Taiping manakala jenazah Mohamad Amin akan disemadikan di Makam Diraja, Bukit Chandan, di sini.

Ulasan: Jadilah pejuang (mujahid) membela kebenaran di mana saja kerana akan tetap di kenang sebagai pembangkit ruh perjuangan.

Kita merasa sedih kerana ada yang menganggap tindakan yg di ambil oleh Datok Maharajalela, Puntum, Pandak Endut dan ramai lagi pahlawan Melayu Perak ketika itu berganding bahu menentang penjajahan British sebagai pembunuhan penakut (cowardly murder)? (lihat http://www.mandailing.org/mandailinge/histp.htm)

Indonesia digesa laksana hukum syariah

JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir semalam menggesa pemimpin dan penduduk Islam di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam itu mengamalkan undang-undang Syariah Islam.

Ulasan: Kenapa kebanyakan negara-negara Islam setakat ini tidak mengamalkan undang-undang Syariah Islam? Atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada HANYA penduduk yang beragama Islam untuk laksanakan undang-undang Syariah Islam di kalangan mereka sahaja.

Sekurang-kurangnya kita merasakan sendiri hidup di bawah undang-undang yang di redhai Pencipta.

Harapan BN tawan semula cerah

KOTA BHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan untuk menawan kembali Kelantan daripada Pas berdasarkan sokongan rakyat negeri ini yang kian meningkat.

Ulasan: Asalkan terpelihara amalan Islam dalam semua segi.

Kod Etika dan Sistem Penilaian Prestasi: Kod etika kontraktor pantau projek kerajaan

KUALA LUMPUR: Kod Etika dan Sistem Penilaian Prestasi untuk kontraktor yang berkuatkuasa tahun depan akan menyediakan saluran khusus untuk orang ramai melaporkan penyelewengan atau kelemahan dalam projek infrastruktur kerajaan.
Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata kod etika itu wajib dipatuhi kontraktor berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan setiap syarikat akan dinilai kebolehannya untuk disenaraikan dalam sistem penarafan mengikut prestasi.

Ulasan: Selama ini telah wujud berbagai undang atau peraturan-peraturan di negara tapi sayangnya berlaku juga penyelewengan seperti undang-undang tak pernah wujud. Kenapa sibuk nak buat peraturan kalau tidak dilaksanakan atau hanya mengena kepada sebahagian orang?
Rakyat terkedu dan risau melihat rasuah yang seolah-olah menawan negara tercinta.
Berilah kebebasan kepada BPR untuk bertindak tanpa pilih bulu untuk selamatkan Malaysia dari rasuah.

‘Raikan merdeka sepanjang masa’

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta rakyat mengikis tanggapan yang kemerdekaan negara hanya perlu disambut pada bulan kelapan setiap tahun dengan kibaran Jalur Gemilang dan terus tidak lagi kelihatan selepas itu.

Ulasan: Kemerdekaan di mana saja berpunca dari jiwa yang merdeka. Pupuklah jiwa agar sentiasa merdeka. Orang yang benar-benar merdeka sangat rapat dengan agama.

‘Tutup semua disko elak dadah berleluasa’

IPOH: Kerajaan disaran mengharamkan semua disko dalam negara kerana tempat hiburan itu dikesan sebagai antara punca utama bermulanya segala bentuk maksiat, sekali gus menjuruskan pengunjungnya terhadap penyalahgunaan dadah.
Mahaguru dan Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Datuk Omardin Mauju, berkata saranan itu bertujuan mengelak anak bangsa Melayu mendapatkan najis berkenaan dengan mudah.

Ulasan: Berbagai pengalaman buruk pihak berkuasa (tanya pengalaman PDRM) kerana disko telah beroperasi sejak sekian lama di Malaysia. Cukuplah setakat apa yang sudah berlaku. Lagi pun khabarnya Malaysia sebuah negara Islam yang kini mengamalkan Islam Hadhari.
Kalau sayang anak bangsa sendiri tutuplah tempat-tempat yang merosakkan dan pimpin mereka ke syurga.

Friday, August 18, 2006

Bosnia's biggest mass grave yields over thousand bodies

SARAJEVO (AFP) - Forensic teams have completed excavating the biggest mass grave from Bosnia's 1992-1995 war containing the skeletons of more than 1,000 Srebrenica massacre victims, an official said.
"We have uncovered 1,153 skeletons, of which 144 were complete while 1,009 were dismembered," a member of the Bosnian forensic team, Murat Hurtic, told AFP Thursday. The remains were recovered from the grave located in Kamenica village near the town of Zvornik in eastern Bosnia.

Ulasan: Fakta - Tidak ada orang yang peduli bila orang Muslim kena bunuh beramai-ramai. Ingatlah...pastikan kita hidup dengan mengamalkan Islam dan bercita-cita supaya mati syahid membela Islam. Selepas itu apa terjadi pun semoga Allah redha dengan kita.

Chua: Clinics had no drips... nothing

KUALA LUMPUR: Doctors at two clinics in Setapak declined to treat undergraduate Lee Kean Yip, 18, who bled to death nearby last month as they did not have drips.

Ulasan: Tutup saja klinik yang miskin dan punya doktor yang tidak mahu bersusah-payah lebih sedikit menolong orang sakit. Jangan buat duit saja. Mana ikrar doctor (The Hippocratic Oath)?

Tentera: Beijing minta AS tutup mulut

LONDON 17 Ogos – China meminta Amerika Syarikat (AS) supaya tidak mempertikaikan langkah Beijing menyediakan peruntukan yang besar untuk kelengkapan ketenteraan.

Ulasan: Seolah-olah mesti dapat keizinan AS untuk berbuat sesuatu.
Negara merdeka dan berdaulat berhak buat apa saja…kecuali melanggar peraturan Tuhan.

PM malu kakitangan gagal laksana tugas diamanahkan

ALOR STAR 17 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau malu dan kurang senang dengan kakitangan awam yang gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan hingga rakyat menuding jari menuduh kerajaan sebagai tidak cekap.

Ulasan: Semua rakyat pun TERHINA dengan penjawat awam dan orang politik yang gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan, lantas menggelapkan duit awam.

Jangan lengahkan bayaran kepada kontraktor

SIK 17 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur segelintir pegawai kerajaan yang melengah-lengah pembayaran kepada kontraktor sehingga mengakibatkan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tergendala.
Perdana Menteri berkata, ada pegawai kerajaan yang ‘menyimpan' atau menyerahkan kepada pegawai lain untuk menyemak cek tuntutan bayaran kontraktor walaupun telah diluluskan.

Ulasan: Sekali lagi PM bercakap perkara yang sama. Nak 100 kali PM cakap baru kita nak faham? Dalam arahan perbendaharaan, telah di sebut hal ini.

BPR sila PANTAU kerana mesti ada sebab pegawai kerajaan SUKA sangat lengahkan bayaran kepada kontraktor walaupun telah di luluskan. Something fishy is going on.
Kasihanlah kontraktor, dah buat kerja tapi tak dapat bayaran.
GENEVA 17 Ogos – Serangan Israel terhadap Lebanon telah dirancang sebelum pejuang Hizbullah menculik dua askar rejim Yahudi dan bertujuan untuk mencetuskan perbalahan di kalangan penganut berlainan agama yang hidup dengan harmoni di Lebanon.

Ulasan: Negara haram Israel ditegakkan dulu dengan masalah, sentiasa mendatangkan masalah di mana saja...

Generasi pascamerdeka ditegur persoal dasar, undang-undang negara

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur generasi pascamerdeka yang mempersoalkan dasar-dasar dan undang-undang negara atas alasan ia mengekang kebebasan rakyat.
Menurut beliau, ada pihak cuba menuntut kelonggaran dan pemansuhan pelbagai undang-undang di atas nama kebebasan sedangkan undang-undang dan peraturan itulah yang selama ini memastikan negara ini terus stabil, makmur dan selamat.

Ulasan: Jangan persoalkan kontrak sosial yang di persetujui antara kaum dalam membentuk Negara yang merdeka, kedudukan agama Islam dan kedudukan mahkamah syariah.

Sila pantau orang yang tahu dan rasa hebat mengenai undang-undang dan rasa boleh memperjuangkannya melalui mahkamah kerana ada lubang/bocor dalam dasar-dasar dan undang-undang negara. Lalu mereka nak jadi heronya.

Ibu ke Mekah doa Lina Joy kembali ke pangkuan Islam

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Seorang ibu yang akan menunaikan umrah di Mekah merayu anaknya, Azlina Jailani atau Lina Joy, 42, yang mengaku murtad, kembali semula ke pangkuan Islam.

Ulasan: Mahu tak mahu kita kena terima bahawa seolah-olah wujud gerakan terancang (siapa? Sila siasat dan pantau sebelum negara menjadi kacaubilau) untuk bersungguh-sungguh memurtadkan anak-anak kesayangan kita melalui berbagai cara terutamanya hujungnya cinta dan kahwin.

Apakah ada agama sebenar yang di redhai selain Islam? Hebat benarkah agama lain? Kena banyak membaca dan bertanya kepada pakar.

Jangan terkorban meninggalkan Islam, agama nenek-moyang kita, lantaran cinta atau selaut budi yang di terima. Apakah hebat sangat selaut budi itu melebihi cinta ibu dan ayah yang mengasuh kita dari bayi, juga melebihi cinta Allah kepada kita yang memberi kita segala-galanya sehingga mati…

Thursday, August 17, 2006

Officer: I went against orders

KUALA LUMPUR: At 4pm, a former City Hall enforcement officer was expressly told not to issue summonses to couples found hugging and kissing at the KLCC Park.
Yet, 80 minutes later, he did just that.
Md Nor Abd Manaf told the City Hall magistrate’s court yesterday that he did so as a section of the Federal Territory Park bylaws allowed him to compound anyone found misbehaving in a public place.
But he did so in direct opposition to orders from his superior, Chief Inspector Md Rais Rashid, to refrain from action against couples found behaving indecently in any public park in the city.

Ulasan: Mana yang wajar dan perlu di ikut: Federal Territory Park bylaws atau Chief Inspector?
Perkara serupa dengan apa yang berlaku di negara mundur lain, undang-undang telah ada tidak di laksanakan oleh penjawat awam. Soalan: Mengapa habiskan masa buat undang-undang?

Terengganu akan buat laporan polis

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran surat layang dipercayai dilakukan penyokong parti pembangkang yang mendakwa Islam Hadhari menyesatkan umat Islam.

Ulasan: Nama asal agama kita ialah Islam. Apa yang sibuk nak tambah Hadhari?


Kesantunan bahasa diabai: Dr Nik Safiah

KUALA LUMPUR: Kegagalan mengguna dan menghormati bahasa kebangsaan pada majlis rasmi bukan saja disebabkan kejahilan individu terhadap kesantunan bahasa, bahkan memperlihatkan kejahilan masyarakat.
Walau apapun bahasa yang dituturkan di rumah, rakyat negara ini sewajarnya menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik pada majlis dan situasi bersifat kebangsaan serta tidak menghina bahasa kebangsaannya sendiri,� katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Penterjemahan: Kesantunan Bahasa dalam Terjemahan dan Peranan Media di sini, semalam.
Nik Safiah berkata, kejahilan berbahasa menunjukkan kesantunan bahasa semakin terhakis.

Ulasan: Budi bahasa cara hidup kita.


Siswa perlu bebas berfikir

GEORGETOWN: Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berharap pelajar universiti tidak terlalu dikongkong kebebasan mereka, terutama untuk berfikir dan menerokai pelbagai ilmu.

Ulasan: Bebas untuk berfikir untuk maju kedepan. Bukan berfikir untuk bebas lepas dari tuntunan agama.


BPR sedia siasat tender projek RMK-9

GEORGETOWN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedia menyiasat dakwaan ada projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sudah 'dimiliki' walaupun tender terbuka belum dikeluarkan lagi.
Ulasan: Setuju dengan Pengarah BPR diatas supaya elakkan diri daripada terjebak dalam amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan negara dan tamadun bangsa. Jangan jadikan kekayaan sebagai motif utama (dalam hidup). Kita boleh cari kekayaan tetapi perlu dilakukan secara beretika dan berintegriti,

Bersama-sama BPR Selamatkan Malaysia dari Rasuah…


7,000 pelajar dibuang sekolah

PUTRAJAYA 16 Ogos – Sejumlah 7,000 pelajar dibuang sekolah sementara kira-kira 15,000 yang lain digantung persekolahan pada tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai perbuatan salah laku termasuk ponteng, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh
Omar.

Ulasan: Jom asuh mereka supaya menjadi manusia yang berakhlak…



Problems are Purposeful Roadblocks Offering Beneficial Lessons to
Ø > Enhance Mental Strength.(PROBLEMS)

Tuesday, August 15, 2006

Tsu Koon akhirnya akui usaha bantu Melayu P. Pinang belum cukup

PULAU PINANG 14 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon akhirnya mengakui usaha kerajaan negeri membantu orang Melayu di negeri ini masih belum mencukupi.
Ini kerana menurutnya, kerajaan negeri bukan sahaja harus memberi tumpuan terhadap satu-satu kaum sahaja, sebaliknya perlu bersikap adil kepada semua kaum termasuk Cina dan India.

Ulasan: Hanya orang Islam boleh faham maksud adil berdasarkan agama. Hendak harap apa lagi?
JOHOR BAHRU: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), menyifatkan pengumuman gencatan senjata di Lubnan yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya dibuat untuk menggembirakan masyarakat dunia.

Ulasan: Jangan hanya bercakap…
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyiasat bagaimana kepentingan Bumiputera dalam Pantai Holdings Bhd (Pantai Holdings) boleh dijual kepada bukan Bumiputera hingga akhirnya jatuh ke tangan firma dari Singapura.

Ulasan: Rakyat hendak tengok siasatan berjalan dan bawa ke mahkamah untuk di adili. Jangan hanya ada peraturan tapi perlanggarannya kita sendiri yang sibuk nak jual kepada orang asing…kerana mengharapkan dunia.

Penerbitan judul buku baru kurang

KUALA LUMPUR: Industri penerbitan buku negara masih gagal membekalkan judul buku baru mengikut tahap keperluan penduduk tempatan sekali gus menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kegagalan membudayakan amalan membaca di kalangan masyarakat.

Ulasan: Kerana kebanyakan kita sendiri kurang baca buku… Kalau hendak menguasai ilmu dan teknologi, rakyat termasuk pemimpin kena baca banyak buku dan jadikan amalan sepanjang hidup. Bukan hebat menonton video.

Masa depan biofuel cerah

KUCHING: Malaysia mampu mencapai sumber tenaga boleh diperbaharui membabitkan penggunaan tenaga bio sehingga 10 peratus kepada keperluan tenaga negara menjelang tahun 2010.
Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui, berkata selain minyak sawit yang mengeluarkan biofuel, tenaga boleh diperbaharui turut membabitkan biomas yang dihasilkan dari buangan buah sawit yang banyak terdapat di kilang sawit di seluruh negara.

Ulasan: Kita masih baru pun berdegar-degar. Lihat apa yang telah di buat oleh negara jiran Indonesia menghasilkan biofuel dari banyak pilihan selain dari minyak sawit.

Monday, August 14, 2006

Pemuda Kedah diminta pujuk Dr Mahathir

ALOR STAR: Pemuda Umno mahu pemimpin pergerakan itu di Kedah memikul tanggungjawab memujuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga berasal dari negeri itu.

Ulasan: Moga pujuk supaya terus membetulkan perjalanan negara yang kita sayang sentiasa kepada keredaan Allah.

‘Lupus saham keputusan sendiri’

KUANTAN: Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan keputusan melupuskan semua sahamnya dalam ECM Libra Avenue Bhd adalah keputusan sendiri dan bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak.

Ulasan: Bahan lawak dari graduan Oxford setelah kena 'final blow' di timbulkan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Lama sebelum ini, Husam Musa telah mempersoalkan di mana Khairy mendapat wang untuk membeli saham ECM Libra secara agak pelik. Husam juga mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri menerusi Kementerian Kewangan meluluskan dan membenarkan berlaku pembelian yang melibatkan menantunya itu.

Carilah harta halal. Senang mertua lihat, selamat untuk anak (khabarya belum ada, Allah tempat memohon) dan isteri.

Kerajaan kaji isu jual saham Pantai Holdings

KEPALA BATAS: Kerajaan mengkaji untuk mengembalikan semula penguasaan rakyat tempatan dalam syarikat konsesi membekalkan keperluan hospital di negara ini ekoran penjualan 31 peratus kepentingan Pantai Holdings Bhd kepada firma Singapura, Parkway Holdings Ltd pada September 2005.

Ulasan: Terima kasih rakyat kerana memprotes syarikat asing membeli syarikat tempatan yang strategik. Baru sekarang kerajaan mahu kaji…

Friday, August 11, 2006

BN: Give mayor’s job to a politician

KUALA LUMPUR: Political parties are eyeing the plumb job of mayor of Kuala Lumpur. Barisan Nasional parties say the administration of the Kuala Lumpur City Hall is not transparent and politicians have no say in its running because unlike other local authorities, it does not have councillors.

Ulasan: Orang politik BN mahukan serba-serbi selain dari memerintah negara, seolah-olah menafikan kehebatan penjawat awam sejak dari dulu lagi. Kalau orang BN jadi Dato Bandar, DBKL akan menjadi lebih telus? Sudahkah negara menjadi semakin telus di bawah BN?

Dr. Mahathir musnah diri sendiri – Adnan

KUANTAN 10 Ogos – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya bertindak “memusnahkan diri sendiri” apabila bersekongkol dengan mereka yang kecewa dengan Umno dan kerajaan.

Ulasan: Jangan musnahkan diri sendiri dengan melakukan maksiat di dalam hidup ini.


Syor tak lantik bekas pegawai
GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof semalam mendakwa bekas pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dilantik memegang jawatan penting dalam syarikat pemasang dan pengimport kereta.

Ulasan: Di dalam dunia yang belum maju, ramai bekas pegawai kerajaan dilantik oleh syarikat swasta memegang jawatan penting dengan gaji yang mahal untuk memudahkan urusan seharian syarikat. Dalam bahasa lain, supaya penyelewengan mudah berlaku.


Ahli digesa pertahan kekuatan Umno
IPOH: Ahli Umno perlu bersedia menghadapi pilihan raya akan datang bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di sebalik pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan.

Ulasan: Ingat bahawa kekuatan orang Melayu bergantung kepada usahanya mendakwahkan Islam sebagai satu2nya agama di redhai Allah dan melaksanakan peraturanNya supaya Malaysia mendapat rahmatNya.


Bayar segera bil kontraktor
KUANTAN 10 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta jabatan-jabatan kerajaan membayar segera bil-bil kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek mereka tepat pada masanya.

Ulasan: Tak kan semua perkara PM nak kena beritahu. Dalam kontrak sudah ada, cuma
laksanakan. Masalahnya kontrak kerajaan selama ini: Lambat bayar.


‘Saya rela ditegur’ -- Asalkan ikhlas bagi memberi kebaikan kepada rakyat – Abdullah
KUANTAN 10 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau boleh ditegur pada bila-bila masa asalkan teguran itu ikhlas dan bertujuan memberi kebaikan kepada rakyat.

Ulasan: Setuju.


Gerakan tetap mahu sistem matrikulasi dihapuskan
PULAU PINANG 10 Ogos – Parti Gerakan tetap mempertahankan resolusi yang diluluskan persidangan perwakilannya Ahad lalu yang mendesak kerajaan mengkaji semula kriteria kemasukan pelajar ke universiti tempatan berdasarkan sistem meritokrasi, walaupun dikritik pemimpin UMNO.
“Gerakan tidak membantah dasar meritokrasi, tetapi kami mahukan hanya satu sistem digunakan untuk kemasukan pelajar ke universiti tempatan, bukannya dua seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi ketika ini,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan: Jangan-jangan orang Melayu melihat ini sebagai percubaan menghalang pelajar Melayu dari masuk universiti awam. Apa lagi yang orang Melayu ada?


Kontraktor kelas F berpeluang mendapat kontrak bernilai RM18.7 bilion

KUALA LUMPUR: Kontraktor kelas F berpeluang mendapat sebahagian daripada kontrak bernilai RM18.7 bilion daripada 400 projek infrastruktur dilaksanakan Kementerian Kerjaraya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ulasan: Jangan untung atas angin dengan hanya menjual projek kepada kontraktor bukan Bumiputera. Orang lain mendapat pengalaman membuat kerja dan dapat duit tapi kita hanya dapat duit yang akan habis dibelanjakan. Tapi kita rugi kerana tak dapat pengalaman uruskan projek.


Syor tak lantik bekas pegawai
GEORGETOWN: Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof semalam mendakwa bekas pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dilantik memegang jawatan penting dalam syarikat pemasang dan pengimport kereta.

Ulasan: Di dalam dunia yang belum maju, ramai bekas pegawai kerajaan dilantik oleh syarikat swasta memegang jawatan penting dengan gaji yang mahal untuk memudahkan urusan seharian syarikat. Dalam bahasa lain, supaya penyelewengan mudah berlaku.


Ahli digesa pertahan kekuatan Umno
IPOH: Ahli Umno perlu bersedia menghadapi pilihan raya akan datang bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di sebalik pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada kerajaan.

Ulasan: Ingat bahawa kekuatan orang Melayu bergantung kepada usahanya mendakwahkan Islam sebagai satu2nya agama di redhai Allah dan melaksanakan peraturanNya supaya Malaysia mendapat rahmatNya.


Bayar segera bil kontraktor
KUANTAN 10 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta jabatan-jabatan kerajaan membayar segera bil-bil kepada kontraktor yang berjaya menyiapkan projek mereka tepat pada masanya.

Ulasan: Tak kan semua perkara PM nak kena beritahu. Dalam kontrak sudah ada, cuma
laksanakan. Masalahnya kontrak kerajaan selama ini: Lambat bayar.


‘Saya rela ditegur’ -- Asalkan ikhlas bagi memberi kebaikan kepada rakyat – Abdullah

KUANTAN 10 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau boleh ditegur pada bila-bila masa asalkan teguran itu ikhlas dan bertujuan memberi kebaikan kepada rakyat.

Ulasan: Setuju.


Gerakan tetap mahu sistem matrikulasi dihapuskan
PULAU PINANG 10 Ogos – Parti Gerakan tetap mempertahankan resolusi yang diluluskan persidangan perwakilannya Ahad lalu yang mendesak kerajaan mengkaji semula kriteria kemasukan pelajar ke universiti tempatan berdasarkan sistem meritokrasi, walaupun dikritik pemimpin UMNO.
“Gerakan tidak membantah dasar meritokrasi, tetapi kami mahukan hanya satu sistem digunakan untuk kemasukan pelajar ke universiti tempatan, bukannya dua seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi ketika ini,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ulasan: Jangan-jangan nanti orang Melayu melihat ini sebagai percubaan menghalang pelajar Melayu dari masuk universiti awam. Apa lagi yang orang Melayu ada?

Kontraktor kelas F rebut projek RMK-9

KUALA LUMPUR: Kontraktor kelas F berpeluang mendapat sebahagian daripada kontrak bernilai RM18.7 bilion daripada 400 projek infrastruktur dilaksanakan Kementerian Kerjaraya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ulasan: Kepada semua kontraktor bumiputera: Jangan untung atas angin dengan hanya menjual projek kepada kontraktor bukan Bumiputera. Orang lain mendapat pengalaman membuat kerja dan dapat duit tapi kita hanya dapat duit yang akan habis dibelanjakan. Tapi kita rugi kerana tak dapat pengalaman uruskan projek.

‘Rakyat berhak tahu kes Matrade’

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan pemeriksaan Ketua Audit Negara menemui banyak kelemahan pada agensi kerajaan yang terbabit dalam pembinaan bangunan Matrade sehingga menyebabkannya lewat siap dan kerajaan kerugian RM159 juta.

Ulasan: Bukan hanya projek Matrade tapi banyak lagi projek yang ada penyelewengan (yang merugikan duit kerajaan @ rakyat) yang perlu RAKYAT tahu...selama UMNO berkuasa. Mungkin senarai tersebut ada pada PAC?

Thursday, August 10, 2006

Kastam kuat kuasa peraturan baru jual kereta mewah

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bermula hari ini menguatkuasakan peraturan baru penjualan kereta mewah menerusi tender terbuka dengan memberi peluang sama rata kepada semua pihak.

Ulasan: TQ kepada Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusuf pada persidangan Dewan Rakyat, Jun lalu mendakwa beberapa pegawai KDRM menyalahgunakan kuasa dalam penjualan kereta mewah.

Rupa2nya ada hikmah sebalik silat Datuk. Rakyat hakim negara.

Minyak, wang senjata tentang Israel

PUTRAJAYA 9 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) boleh menggunakan minyak dan wang sebagai senjata untuk menentang Israel yang selama ini menjadi proksi kepada Amerika Syarikat (AS).
‘‘Orang ramai terbunuh di sana namun kita (OIC) enggan menggunakan kekuatan yang ada. Kita hanya rasa bersalah kerana ingin menghentikan keganasan itu tetapi tidak bersedia untuk melakukannya.
‘‘AS ini adalah sebuah negara besar tetapi kelemahannya ialah ketidakupayaan menguruskan kewangan. Kalau kita menolak penggunaan mata wang dolar AS dalam semua urusan perdagangan, maka AS tidak boleh membiayai Israel untuk tujuan peperangan itu.

Ulasan: Jom kita mulakan: Minyak, duit dan boikot penggunaan mata wang dolar AS dalam semua urusan perdagangan.

Perkampungan Hadhari di Kelantan

KUALA LUMPUR: Perkampungan Hadhari Kelantan yang akan diadakan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke negeri berkenaan dijangka dihadiri 50,000 pengunjung dan menjadi pameran terbesar di negeri itu.
Perkampungan pada 18, 19 dan 20 Ogos dianjurkan bersama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Majlis Kemajuan Kelantan (MKK), TV3 dan TV9.

Ulasan: Bawalah kebaikan sewaktu masih hidup. Kita takut budaya maksiat makin merata, itu saja. Sayangkanlah Malaysia dengan susun program yang membina akhlak generasi muda…

Jamal dakwa bekalan mudah dapat

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular, Jamal Abdillah, berkata bekalan dadah moden jenis syabu atau Amphetamine Type Stimulants (ATS) mudah diperoleh di kelab malam atau pusat hiburan kerana pengedarnya memang menunggu pelanggan di situ terutama remaja.

Ulasan: Pihak PDRM tolong pantau.. Sayangilah Malaysia - jauhi maksiat.

Khairy tekad terus berjuang

KOTA BELUD: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam, secara terbuka menyatakan tekadnya untuk meneruskan perjuangan bersama sayap parti itu selagi khidmatnya diperlukan.

Ulasan: Mula2 kata nak berhenti. Lepas itu sayang pula, acah saja atau sengaja buat taktik uji orang UMNO. Semua orang tahu dari dulu: Menjadi orang politik merupakan cara paling senang buat harta (secara haram) diatas nama perjuangan Melayu.

Mertua oh mertua, hebat menantu mengambil peluang...

Isu kritikan terhadap PM perlu dihentikan Beberapa MB, pemimpin minta rakyat terima penjelasan Pak Lah

KUALA LUMPUR: Beberapa Menteri Besar dan pemimpin Umno mahu polemik isu kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dihentikan selepas Perdana Menteri menjawab semua tuduhan itu.

Ulasan: Fikir sendiri - Petikan dari Berita Harian hari yang sama, “Mengenai jawapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung persoalan yang dibangkitkannya ketika diwawancara dalam program khas yang disiarkan TV3, Isnin lalu, Dr Mahathir berkata:
"Abdullah tidak menjawab sebarang soalan. Apa yang dikatakannya ialah saya seorang yang baik, saya tidak akan melakukan ini... mereka adalah orang baik, saya tidak akan lakukannya... saya seorang alim dan tidak akan lakukan ini. Tetapi jawapan khusus... tidak ada."
(Dalam ucaptama pada Siri Wacana Perdana Ke-5 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini 9.8.06 di ambil dari BH).”

Monday, August 07, 2006

Khairy tak perlu undur?

KUALA LUMPUR: Pelbagai peringkat kepemimpinan Umno semalam menganggap hasrat Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meletak jawatan bukan penyelesaian terbaik untuk menyangkal fitnah terhadapnya.

Ulasan: Masih muda lagi, berilah peluang kepada orang lain dalam Pergerakan Pemuda Umno untuk menunjukkan ketokohan. Kehebatan seorang bekas pelajar Oxford mengalahkan keseluruhan ahli Umno?

Jangan kerana mertua orang lain terpaksa duduk di tepi.

Thursday, August 03, 2006

ISRAEL'S CRIMINAL ACCOMPLICE

Every Arab and Muslim now knows that the US is Israel's enabler.

If America did not enable Israeli aggression, Israel would have to behave responsibly and endeavor to co-exist with its neighbors.

It is ignorant and immoral to blame the conflict on Hamas and Hezbollah. These organizations were created by Israeli aggression.

Israel is an artificial state created in Arab lands by European colonial powers after World War II. Instead of working to win acceptance and overcoming Arab hostility to Europe shipping off "the Jewish problem" to the Middle East, Israel has antagonized its Middle East neighbors.

Israel can play the bully-boy role, because the US acts as Israel's big brother. With its policy of fang and claw, Israel endangers its own right to exist.

Can five million Israelis, even when backed by the United States, forever suppress hundreds of millions of humiliated Muslims stewing in their humiliation?

This is a recipe for perpetual conflict and the eventual destruction of Israel.

Bush's war is on Muslim states not ruled by American puppets.

(Written by Paul Craig Roberts was Assistant Secretary of the Treasury in the Reagan administration. He is coauthor of The Tyranny of Good Intentions.)
Source: http://www.rense.com/general72/sisres.htm


Ingatlah: Israel akan hancur berkecai kalau kita sungguh2 berpegang kepada Islam...

Petronas majukan jeti 24 jam di Mersing

Projek pertama bernilai RM70 juta daripada pelaburan RM3b

JOHOR BAHRU: Petronas yang dipertanggungjawab untuk pembangunan Koridor Timur, akan membangunkan jeti 24 jam serta marina bernilai kira-kira RM70 juta di Mersing sebagai projek pertama yang merangkumi pelaburan RM3 bilion dalam 10 tahun.

Ulasan: Sejak bila pula Petronas menjadi pelabur hartanah?
Syor warta lokasi tanah tinggi berisiko berlaku bencana

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mewartakan semua lokasi yang dikenal pasti terdedah kepada risiko bencana alam dan melarang sebarang bentuk pembangunan di kawasan terbabit.
Pensyarah Fakulti Sains Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Latifah Abdul Manaf, berkata pewartaan penting bagi melindungi kawasan tanah tinggi daripada kegiatan yang mungkin menyebabkan tanah runtuh.
Semalam, akhbar melaporkan sekurang-kurangnya tiga negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur masih melanggar peraturan Pusat dengan meluluskan projek perumahan di kawasan tanah tinggi 300 meter ke atas dan berkecerunan lebih 35 darjah.

Ulasan: Sayangnya kita yang kononnya maju dari sudut infrastruktur tapi tidak kisah dengan risiko bencana alam dari pembangunan yang kita luluskan. Selepas peristiwa bising macam nak kiamat tetapi akan berulang dari masa ke semasa. Jom kita maju dari semua sudut…

Walaupun undang-undang dan peraturan sudah ada, tapi kita langgar juga tanpa fikir kesan. Pihak BPR dengan kuasa yang ada patut campur tangan tanpa takut kerana kita ada cuma ada satu Malaysia. Kita bimbang rasuah semakin bermaharajalela dinegara kita.

Israel patut diheret ke ICC

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang akan bersidang hari ini supaya mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana melakukan jenayah perang.
Naib Presiden Abim (Bahagian Antarabangsa), Azril Mohd Amin, berkata OIC boleh bertindak demikian dengan merujuk Artikel 8 di bawah Statut Rome kerana jelas negara itu melakukan jenayah perang serta pembunuhan terhadap orang ramai yang tidak berdosa.
Beliau berkata, mengikut Artikel 8, ICC mempunyai bidang kuasa untuk menangani kes jenayah perang, khususnya apabila membabitkan jenayah perang yang terancang.

Ulasan: Kena pandai guna kuasa yang Allah berikan kepada kita untuk kepentingan umat bukan hanya perut.