Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Wednesday, December 24, 2008
Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan
Oleh AMKNS
Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.
Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk, telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.
Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.
Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.
Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.
Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.
Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.
Senang saja Datuk, suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.
*******************
Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.
Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.
Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.
"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm "
Komen terhadap artikel Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan ini sehingga 24/12/08:
…kalau takde 20 ribu dalam tangan..susah bro nak kawin
…Salam, setuju sangat!
Saya paling anti musik/karaoke dalam majlis kenduri kawin, memekak bingit sakit telinga, nak sembang dengan kawan duduk kat sebelah pun tak dengar, kena rapat betul baru boleh dengar, kita nak cakap pun segan lar sebab mulut masih bau kuah rendang hehehe
lagi satu, tak tau lar apa niat tuan rumah, tapi ada yang kasi cendera hati sampai tak cukup tangan nak pegang bawak balik, dan selalunya masuk bakul sampah jer sebab kumpul habuk display kat rumah....
apa lar salahnya kalau dendang lagu nasyid, takat boleh dengar sayup2 and soothing, kan lagi bagus? Kita tetamu datang nak raikan mempelai dan keluarga tuanrumah, bukan nak dengor musik kuat2....
..Apalah yang susah sangat..Pergi aje kenduri tu, lepas makan bersalam-salaman dan ucapkan tahniah pada pasangan pengantin. Doakan supaya mereka panjang umur, murah rezeki dan panjang jodoh hingga ke anak cucu..Hulurkan sikit pada bapak pengantin..habis cerita. Tidak kira lah kenduri kahwin anak orang PAS, UMNO, MIC, MCA, IKIM, dlll...semuanya kita pergi!!Jangan pening-peningkan kepala. Jangan rosakkan majlis orang!!
..saya pernah terbaca satu criter mengenai majlis perkahwinan sebuah negara pada zaman dahulu......negara tu kehabisan harta disebabkan majlis perkahwinan tu terlalu mewah......
…Yg sampai RM20 ribu tu sbb termasuk pelamin & mak andam , kareoke/dejay, buah tangan yg akan dibuang termasuk kad dll yg tak penting tu. Termasuk lah gambar2.
Klu buang yg tak perlu tu, RM6, RM7 ribu cukup utk kira2 800 - 900 org.
Klu nak save lagi jemput lingkungan 600-700 org. Klu ada rakan2 jauh yg menyebut2 kenapa tak jemput, jawab aja, maaflah lupa atau terus terang kata, buat sederhana aja. Agak2 bole tak?
…Biasala. Orang kita kan terkenal dengan pepatah 'Biar Papa Asal Bergaya'. Aku dulu kawin takda bunyi musik langsung. senyap sunyi. Sampai menimbulkan kehairanan kepada tetamu yg datang. Yelah, diorang dah terbiasa dengan muzik dan DJ. dah jadi mcm benda wajib..
..aku dok n9...kalo kat nogori sombilan...kalo konduri kawin takdo dj karoke mmg takkan sah majlis tu...dah jadi kewajipan dah...bilo ado konduri,,,kono ado dj karoke,,pastu ado lah kambing2 dok mengembek,,,katak dok "onk,onk,onk",,,,makanan jangan espek nak mkn yg sedap2 ler,,mmg sedap skit jer dari kantin asrama sekolah jer...
…aku paling bengang bila ada kenduri sebelah umah mertua kat klang...dah umah org umno, karaoke memekak sampai tgh malam..suara tak sedap, org tua ganyot nak mapus yg sibuk menyanyi...mcm dah tak ingat dunia akhirat...
kepada penduduk meru, kalo korang karaoek lagi..aku bakar umah korang..dengan keturunan2 korang skali ku kirim ke neraka...
…Ikut kemampuan...kalaumampu buat RM1m pun ok....kalau tak mampu buat sekadar yg mampu...
…mmm...bagaimana agaknya kenduri kawin sedara2 kita d kemboja, myanmar dll?
walau mampu, ingatilah sedara muslim d skeliling kite, agar majlis, tuanrumah & para tamu bersih dr sebarang bentuk keangkuhan
…Kenduri kahwin adalah salah satu eleman penting dalam negara yang berbilang kaum dan perlu dijaga dengan baik, kerana ia dapat memupuk perpaduan antara kaum!!
…drg crita makan laksa pun ok kat kelantan
..nak wat camana,dah mak mentua mintak...takkan nak kata tak boleh pulak, anak dia @ tunang aku tuh bukan kokak macam bini korang..dia tu profesor...yang makan laksa la...tak der deejay la...kenduri kecik2 tuh semua belah pempuan keje kilan...takpun kena tangkap basah...ade duit buat lebih la...yuang tak mampu nak buat grand cam aku takyah la nak create article kesian camnih...
..Melaka pun sama arRRRRRRR!
…noh gadut orang johor, semestinyer dia paham bahawa orang johor antara yang paling banyak BIDAAH dalam hal nikah kahwin ni...acu dia check balik apa pejabat agama sediakan untuk pengantin lelaki & perempuan, mak bapak pengantin perempuan selepas acara akad nikah....
bukan nak mengata, aku alami sendiri...lepas akad nikah ada pulak penyerahan anak gadis kepada suami & suami pun ada baca teks disediakan pejabat agama,...so pejabat agama lah yang menggalakkan BIDAAH!
orang kelantan & teranung mmg sempoi...janji mana yang wajib, jalan...tak payah nak heboh2 buat majlis besar2...pastu gadai sana-sini nak byor hutang kenduri....wargh wargh wargh.....
…Sebenarnya kalu kita tgk kenduru kahwin nie dah banyak unsur2 bidaahnya cth bersanding, tepung tawar, pengantin tak tutup aurat, karaoke, muzik, makanan berlebih tapi tak sedap dan mcm lagi perhiasan spt bunga telur, dan sbg.
Aku ingat kat kelantan pun dah ramai yg terikut2 budaya org pantai barat.
Sebenarnya atas diri masing2 nak buat mcm mana cthnya aku baru kahwin baru2 nie..aku hanya jemput org kampung dtg makan belah siang dan malam buat solat hajat dan tahlil kesyukuran itu ajer. tak ada bunga telur tak ada khemah n tak perlu bg duit kat tuan umah ... tak bersanding simple ajer. family aku tak ckp apa krn aku bagitau aku yg nak kahwin bukan mereka. so ok .
Sumber: http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=735
Ulasan: Majlis walimah kita sepatutnya ikut cara kita. Persoalannya siapa kita? Atau kita yang tidak ada pendirian?
Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan artis yang ditaja pihak korporat, wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu.
"Tidak wajar jika pihak yang menaja majlis perkahwinan itu bermatlamat semata-mata mendapatkan keuntungan melampau, misalnya menerusi penajaan iklan dan hak penyiaran.
"Bagaimanapun, jika ada unsur sukarela, kerjasama dan tolong menolong antara kedua belah pihak, tanpa wujud kepentingan perniagaan atau peribadi yang berlebihan dan bukannya untuk ambil kesempatan, maka ia dibolehkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini
Beliau berkata demikian bagi mengulas trend perkahwinan artis tempatan yang diadakan secara besar-besaran dan mendapat tajaan pihak korporat, malah disiarkan secara langsung di televisyen.
Tanpa merujuk kepada mana-mana artis, Nooh berkata, penajaan pihak korporat dalam majlis perkahwinan yang bertujuan memenuhi tanggungjawab sosial dengan mengadakan jamuan makan kepada orang ramai dan meraikan pasangan pengantin juga diharuskan.
Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.
Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.
Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.
"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan.
"Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya…
Ulasan: Pastikan majlis kenduri kahwin yang kita susah-susah anjurkan itu mendapat redha Allah. Antaranya elakkan percampuran bebas sewaktu mengambil makan dan juga makan bersama-sama. Usahakan di asingkan jemputan berdasarkan jantina. Pengantin perempuan pun hendaklah berpakaian mengikut adab Islam.
Pemberian beg cenderamata kenduri membazir
KEPALA BATAS 23 Dis. - Amalan memberi beg cenderamata kepada tetamu pada majlis kenduri kahwin yang menjadi trend ketika ini disifatkan sebagai membazir.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Azhar Ibrahim memberitahu, lazimnya beg tersebut berisi makanan tradisional dan dianggarkan kosnya sekitar RM2.
Katanya, memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, beliau merasakan amalan itu wajar dihentikan.
''Membazir, kos beg RM1, begitu juga dengan dodol dan bahulu yang diisi dalam beg itu berharga RM1. Lebih baik duit itu digunakan untuk membeli keperluan lain.
''Memang ketika ini musim kenduri. Enam, tujuh kenduri sehari. Kadang-kadang saya dapat tujuh beg sehari begitu juga isteri saya. Ini membazir kuih yang banyak itu tiada siapa yang mahu makan," katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada majlis penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah 2008 oleh Perda di Dewan Budi Penyayang di sini hari ini.
Di majlis itu, seramai 350 pelajar miskin sekitar Seberang Perai menerima sumbangan tersebut berupa baju, seluar, stokin dan beg sekolah bernilai RM160 setiap seorang.
Menurut Azhar, apabila ditanya tuan rumah pemberian beg itu sudah menjadi amalan ketika ini dan ia wajar diikut.
''Jadi ikut-ikutan. Jika tidak buat orang lain kata apa pula. Itu sebabnya. Bagi saya ia membazir dan wajar dihentikan," katanya…
Ulasan: Hentikan pembaziran di majlis keduri kahwin kerana orang yang membazir di anggap sebagai saudara syaitan.
Australia silap dakwa doktor warga India
SYDNEY 23 Dis. - Kerajaan Australia hari ini mengaku melakukan kesilapan demi kesilapan pada peringkat tertinggi apabila pihaknya mendakwa seorang doktor India kerana disyaki terlibat dengan keganasan di United Kingdom (UK) pada 2007.
Peguam Negara, Robert McClelland berkata, undang-undang antikeganasan Australia akan dipinda selepas satu laporan rasmi mendapati polis Australia tidak mempunyai sebarang bukti untuk mendakwa Dr. Mohamed Haneef berhubung percubaan meletupkan bom di Glasgow, Scotland dan London…
Ulasan: Negara maju tidak malu melakukan kesilapan. Mungkin negara kita tidak pernah melakukan kesilapan demi kesilapan pada peringkat tertinggi apabila pihaknya menangkap atau mendakwa seseorang?
Tuesday, December 23, 2008
Ketepikan ego politik, mansuhkan PPSMI
"Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar.
"Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini…(Harakahdaily, Dec 23, 08).
Ulasan: Semua rakyat tahu bahawa PPSMI hanyalah idea Dr Mahathir sewaktu dia menjadi PM dulu dan tidak pernah di bincangkan, di debatkan atau di simposiumkan di kalangan pakar bahasa. Yang ada waktu itu hanyalah mengikut kata arahan bos kerana takutkan gaji melayang. Bila yang tua si pemegang amanah takut kesannya kepada genrasi akan datang. Cukuplah kesilapan lalu, mari kita perjuangkan semula supaya Bahasa Melayu sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik seperti dulu.
200,000 pemerhati pantau pilihan raya Bangladesh
DHAKA 22 Dis. - Lebih 200,000 pemerhati tempatan dan asing akan memantau pilihan raya di Bangladesh pada minggu depan, sekali gus menjadikannya proses demokrasi yang paling ketat dipantau dalam sejarah pilihan raya negara ini.
Jurucakap suruhanjaya pilihan raya, S.M. Asaduzzaman berkata, pemerhati asing termasuk dari Kesatuan Eropah (EU), Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah meliputi lebih 500 daripada jumlah tersebut.
Tambah beliau, sesiapa saja yang mempunyai status sebagai pemerhati adalah bebas untuk melawat pusat pengundian di seluruh negara…
Ulasan: Kalau ini pun berlaku di negara kita pun elok juga. Dapatlah kita berbangga pilihan raya yang bersih dan adil.
Pemuda Afrika kurung, rogol kekasih
GOMBAK: Seorang wanita yang baru keluar dari sebuah pusat kebajikan, dikurung dan dirogol selama seminggu oleh seorang lelaki Afrika yang juga kenalannya selepas memperdayakannya sebelum diselamatkan polis di sebuah pangsapuri di Kepong, di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan wanita yang berusia 34 tahun seorang yatim piatu itu keluar dari pusat kebajikan terbabit secara rela selepas dipelawa suspek untuk mendapatkan kehidupan lebih baik.
Jurucakap polis berkata, suspek berusia 30-an kemudian mengajak mangsa tinggal sementara di rumahnya sehingga mendapat pekerjaan tetap dan penginapan yang selesa…
Ulasan: Zina samada secara paksa (rogol) atau kerelaan sendiri biasanya berlaku
bila peluang terbuka. Berhati-hati kalau benar-benar mahu menjauhinya. Zina hanya merendahkan martabat wanita.
Monday, December 22, 2008
Rusuhan antipolis berterusan di Greece
Insiden pembunuhan itu telah mencetuskan rusuhan di seluruh negara ini.
Rusuhan kali ini tercetus di sekitar Athens Polytechnic di daerah tempat kejadian pembunuhan itu berlaku.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di daerah Exarchia iaitu lokasi Alexis Grigoropoulus, 15, ditembak mati oleh seorang anggota polis pada 6 Disember lalu, untuk menyertai protes yang dianjurkan kumpulan remaja yang menduduki kawasan tersebut…
Ulasan: Polis di mana-mana pun tidak pernah di berikan lesen untuk membunuh orang awam tanpa hak. Ingatkah lagi Peristiwa Memali 1985 dulu? Pemenangnya of course ialah pihak polis dari pelbagai cawangan. Sedih sekali kerana sekumpulan orang kampong di serang habis-habisan oleh polis menggunakan senjata canggih. Sayang pasukan polis di gunakan untuk kepentingan peribadi kerajaan BN. Seolah-olah tiada jalan lain untuk menamatkan masalah yang ada. Tapi mengapa sampai sekarang kes Memali tergantung?
Tingkatkan kawalan terhadap anak
BANGI Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan kawalan terhadap anak-anak terutama dengan sentiasa mengambil tahu di mana mereka berada bagi mengelakkan sesuatu yang buruk menimpa anak mereka itu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood berkata, ini kerana jenayah boleh berlaku tanpa kira waktu dan tempat khususnya yang membabitkan kanak-kanak dan remaja perempuan.
"Ibu bapa perlu memastikan di mana anak-anak mereka berada dan tidak membiarkan mereka bersendirian di luar rumah tanpa pemantauan berterusan daripada mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Kepolisan Masyarakat di Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra di sini…
Ulasan: Untuk pasukan polis, janganlah membuang masa mengganggu perhimpunan aman rakyat. Bukankah lebih baik tenaga dan masa anda ditumpukan kepada menangkap para penjenayah yang sebenar. Di situlah letaknya kemuliaan uniform anda!
(Mohamed Hanipa Maidin, Kekuasaan polis ganti keluhuran Perlembagaan, Ha http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18347&Itemid=1, Dec 18, 08).
Membudayakan semula seni kuda kepang
KOTA TINGGI 21 Dis. - Tarian kuda kepang merupakan salah satu kebudayaan masyarakat Jawa yang sedikit masa lalu berkembang pesat khususnya ketika perayaan-perayaan seperti majlis perkahwinan, keraian dan sebagainya.
Namun begitu seni tersebut kini hampir tenggelam berikutan peredaran masa dan kemunculan teknologi maklumat yang semakin canggih hari ini.
Menyedari hakikat itu seorang aktivis tempatan telah menggerakkan semula tarian kuda kepang dengan menubuhkan persatuan. Lazimnya setiap persembahan mengambil masa sekitar setengah jam yang merangkumi pakej tarian kuda kepang, silat, dan pentol (watak yang memakai topeng)…
Ulasan: Perlu di pastikan persembahan terhindar dari unsur yang bertentangan dengan cara hidup kita, Islam. Elok juga di samping berkuda kepang, belia kita di ajar menunggang kuda, berenang dan memanah seperti hadith Rasulullah s.a.w.
Cegah maksiat di Dataran Seremban
Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pihaknya amat mengambil berat mengenai masalah sosial di kalangan belia di Dataran Seremban yang turut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Kata beliau, pihaknya sering bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dengan melakukan operasi serta rondaan bagi mencegah gejala sosial negatif sekitar bandar Seremban…
Ulasan: Eloklah sekali kalau kerajaan pusat yang mempunyai kuasa memerintah membendung punca maksiat awal-awal lagi. Kalau tidak, lorong-lorong maksiat akan berkembang menjadi jalan dan lebuhraya maksiat. Maksiat di Dataran Seremban dan di dataran-dataran lain (termasuk Dataran Merdeka) di negara ini hanyalah hasil yang di semai sebelumnya. Kalau sudah benar 51 tahun serius membenteras maksiat, sudah tentu maksiat menguuncup bukan kembang mekar semakin umur negara ini.
PPSMI: Gapena mungkin bertindak
Menurut beliau, tindakan itu merupakan kemuncak kekecewaan Gapena, kalangan cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu selepas desakan supaya PPSMI tidak diteruskan, tidak mendapat maklum balas sewajarnya daripada kerajaan.
“Kami rasa ia akan diteruskan. Gapena sangat kecewa dan ia begitu menyeluruh, bukan sahaja kami tetapi kebanyakan cendekiawan Melayu lain seperti bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Hasan Ahmad dan Profesor Diraja Ungku Aziz,” katanya…
Ulasan: Kalau betul ada kes, eloklah Gapena membawa kes Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke mahkamah sebagai mewakili rakyat yang sayangkan bahasa kebangsaan. Cari peguam yang hebat dan ternama. Yurannya kalau Gapena tak mampu bolehlah kutip melalui internet.
Jangan emosional isu IJN
KUALA LUMPUR 21 Dis. - Semua pihak diminta tidak terlalu emosional dengan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh konglomerat Sime Darby Bhd. kerana kajian mendalam mengenainya sedang dijalankan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kajian mengenainya kini dilakukan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan.
"Jangan jadikan perkara ini satu isu kerana kerajaan telah umumkan pengambilalihan itu kini ditangguhkan. Ia sebenarnya tidak perlu dijadikan isu yang besar oleh mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi hari ini…
Ulasan: Rakyat menjadi emosional kerana perkara in melibatkan kebanyakan rakyat dan kerana kerajaan memberi kelulusan dulu melalui EPU lepas itu bila rakyat protes baru hennak buat kajian. Seolah-olah menguji kepekaan rakyat. Selepas pilihan raya umum ke 12 mengubah kepekaan rakyat terhadap perangai buruk BN/UMNO. Rakyat sudah jelak dengan kerenah kroni BN/UMNO mengaut khazanah negara secara tidak sah. Setakat tumpang seronok IJN pusat jantung bertaraf dunia tapi terlalu mahal bagi rakyat miskin apalah gunanya.
Kita harap rakyat akan hukum BN/UMNO dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bulan depan.
Nota: Rujuk berita 20/12/08 seperti berikut:- Swasta IJN ditangguh
PUTRAJAYA 19 Dis. – Kabinet hari ini menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan pada dasarnya cuma memberikan persetujuan kepada cadangan tersebut tertakluk kepada aspek tanggungjawab sosial yang tidak akan dikurangkan sama sekali.
‘‘Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan, dalam erti kata tanggungjawab sosial akan disumbangkan oleh kerajaan.
‘‘Maknanya kerajaan tidak mengabaikan atau tidak akan mengorbankan tanggungjawab sosialnya sama sekali,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini.
Laporan akhbar hari ini menyebut konglomerat Sime Darby mengesahkan hasratnya mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN dan memberikan jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin…
Friday, December 19, 2008
Sime Darby sahkan ambil 51% ekuiti IJN
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN…
Ulasan: Di hujung usianya kerajaan BN/UMNO pun masih boleh menjual hartanya kepada syarikat kroni. Dan syarikat kroni pun tidak segan silu mengambilnya. Seperti biasa, janji akan hanya tinggal janji kerana aku sudah memiliki saham majoriti. Apa di harap dari konglomerat untuk meneruskan objektif asal penubuhan IJN iaitu khidmat perubatan jantung kepada golongan miskin? Masih bolehkah rakyat mempercayai BN/UMNO?
Thursday, December 18, 2008
Saringan HIV untuk bakal pengantin diwajib tahun depan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS, di Parlimen hari ini berkata saringan itu adalah sebahagian daripada kursus pra perkahwinan.
Katanya langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan peningkatan…
Ulasan: HIV an AIDS berjangkit melalui persetubuhan dan berkongsi jarum suntikan dadah. Elakkan zina dan jauhi dadah. Tapi apakah kerajaan BN/UMNO selama ini menyulitkan jalan zina dan pengambilan dadah? Melalaikan anak muda dengan hiburan akan menyebabkan zina dan dadah berkembang.
Perpaduan misi PM
KUALA LUMPUR: Selepas Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 diluluskan Parlimen, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi tumpuan pula terhadap misi terakhirnya untuk meredakan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat sebelum melepaskan jawatannya, Mac depan.
Perdana Menteri berkata, kemelesetan ekonomi dan jurang perbezaan di antara orang Melayu dan Cina serta India adalah ancaman terbesar yang dihadapi negara ini…
Ulasan: Sayang selama ini pemimpin politik UMNO pelbagai peringkat mengaut harta kekayaan daripada khazanah negara melalui kroni melupakan perjuangan sebenar UMNO. Lima puluh tahun UMNO sebagai parti utama memerintah negara tapi perjuangan masih tidak selesai. Yang pastinya cuma pemimpin UMNO datang dan pergi, bertukar lagi dan lagi membohongi rakyat lagi dan lagi.
Tidak berhasrat melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
PM berkata beliau tidak berhasrat melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Penahanan untuk mencegah mempunyai peranan dalam mana-mana masyarakat dan dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi pemimpin sesebuah negara juga amat perlu berhati-hati bagaimana untuk mengamalkan undang-undang ini," katanya…(BH, 18/12/08, sebahagian dari berita bertajuk: Perpaduan misi PM).
Ulasan: Tangkap dan sila bicarakan di mahkamah. Terbukti kebanyakan
soalan-soalan dari pegawai penyiasat dan SB (kedua-duanya dari polis) adalah tidak relevan dan membodohkan @ mematikan semangat mengubah kerajaan yang lebih adil dan telus. Polis tentu tahu bahawa gaji mereka di bayar dengan wang rakyat...
Ambil alih aset air tak rugikan negeri
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan kerajaan negeri tidak akan menghadapi masalah berikutan pelaksanaan inisiatif Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air, sebaliknya bakal memberi banyak manfaat kepada negeri dan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif itu akan menjadikan operator air negeri entiti aset ringan yang membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada rawatan dan pengagihan air, sekali gus dapat menyediakan perkhidmatan air lebih berkesan.
Beliau berkata, dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sebagai satu-satunya pihak mengurus infrastruktur air negara, ekonomi bidangan boleh dicapai dan segala penjimatan akan diagihkan kembali kepada rakyat menerusi kadar tarif air yang berpatutan…
Ulasan: Semuanya bermula bila rakyat tidak percayakan kerajaan BN sekarang dan selamanya berdasarkan pengalaman pahit lalu di mana orang politik UMNO pelbagai peringkat mengaut harta kekayaan daripada khazanah negara melalui jalan tidak sah.
Tiga warga Bangladesh rentung kilang terbakar
SUNGAI BULOH: Tiga pekerja warga Bangladesh rentung, manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran kilang perabot Hwi Chuan Enterprise Sdn Bhd, di Jalan Welfare, Kampung Baru di sini awal pagi semalam.
Pengarah Bomba Selangor, Soiman Jahid, berkata kebakaran dipercayai berlaku jam 1 pagi dan kerugian dianggarkan RM13.3 juta.
Mangsa yang terkorban ialah Abdul Quiyum, 25; Abdul Latif, 23; dan Abu Douyub, 26, manakala pekerja yang cedera belum dikenal pasti identitinya…
Ulasan: Tiga nyawa orang yang se agama dengan kita melayang. Apakah prosedur mencegah dan mengadapi kebakaran di laksanakan di kilang tersebut? Nyawa manusia walaupun seorang dimana saja adalah terlalu mahal… Semoga siasatan dan tindakan yang adil dan telus di jalankan secepat mungkin.
Anwar dakwa Kabinet tidak bantu pulih imej kehakiman
KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) semalam mendakwa anggota Kabinet hanya berdiam diri dan tidak memainkan peraanan dalam usaha memulihkan imej sistem kehakiman dan undang-undang negara.
Sambil menegaskan usaha mempertingkatkan kewibawaan sistem kehakiman mesti dibuat secara berterusan, beliau kecewa kerana mendakwa usaha itu hanya didukung oleh Perdana Menteri seorang.
"Anggota beliau (Kabinet) lain hanya berdiam diri," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008, di Dewan Rakyat di sini semalam…
Ulasan: Mari kita perhati kiri dan kanan. Nyatalah hampir-hampir tiada lagi Mr Good dalam UMNO kini kerana masing-masing terpalit dengan mengaut harta secara tidak sah. Ada yang tidak setuju?
Tak Ada Makanan, Warga Gaza Makan Rumput
"Ketika kami tidak menemukan makanan apapun, rumput-rumput inilah yang menjadi makanan kami," kata Jindiya Abu Amra, ibu dari delapan anak, sambil menunjuk rumput-rumput liar yang tumbuh di jalan-jalan di Jalur Gaza.
Pada akhbar Sunday Times Abu Amra bercerita, setiap pagi, ia bersama seorang anak perempuannya bernama Rabab yang berusia 12 tahun mencari jeni rerumputan yang bisa mereka makan. "Inilah makanan kami hari ini, khobbeizeh," kata Abu Amra, 43, sambil memperlihatkan sejenis daun-daunan yang tumbuh liar di jalan.
Sejumlah pejabat bantuan kemanusiaan PBB membenarkan bahwa banyak warga Gaza yang sekarang makan rumput karena ketiadaaan bahan makanan. Bencana kelaparan telah terjadi di Jalur Gaza, wilayah Palestina yang berpenduduk sekitar 1,6 juta jiwa…(http://eramuslim.com, 15/12/2008).
Ulasan: Kita yang makan berkali-kali dalam sehari wajar menolong warga Palestin yang menderita sepanjang penjajahan Israel sejak tahun 1948. Negara kita yang pernah di jajah oleh Jepun untuk beberapa tahun itu pun merasa serik untuk di jajah semula. Bersama-samalah kita doakan dan hulurkan bantuan kepada penduduk Palestin yang tertindas melalui Hamas sendiri atau NGO-NGO lain contohnya Aman Palestin.
Tiga bekas tahanan Gitmo tiba di Bosnia
SARAJEVO 17 Dis. – Tiga tahanan rakyat Bosnia yang dipenjara di kem tahanan Teluk Guantanamo selamat sampai ke negara ini semalam setelah mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan arahan pembebasan mereka, bulan lalu.
Tahanan tersebut yang berasal dari Algeria, Mustafa Ait Idir, Mohamed Nechla dan Hadji Boundella telah ditahan di Guantanamo selama tujuh tahun.
Mereka merupakan tahanan “perang keganasan” pertama yang dibebaskan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush dengan perintah mahkamah.
Ulasan: Tujuh tahun di penjara tanpa sebarang dakwaan di mahkamah tentulah zalim namanya. Prinsip yang wajar di pakai ialah tangkap dan cepat dakwa di mahkamah.
Speaker Parlimen Palestin dipenjara 36 bulan
BAITULMAQDIS 17 Dis. - Sebuah mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan ke atas Speaker Parlimen Palestin, Aziz Dweik kerana menjalinkan hubungan dengan pergerakan Hamas.
Keputusan itu bermakna Aziz mungkin dibebaskan dalam masa kira-kira lapan bulan lagi memandangkan beliau sudah pun ditahan di penjara sejak lebih 28 bulan lalu.
Peguam Aziz, Fadi al-Qawasmi semalam berkata, pendakwa raya Israel merancang untuk memfailkan rayuan bagi meminta hukuman lebih panjang.
Seorang jurucakap tentera Israel berkata, Aziz juga boleh dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama dua tahun.
Hamas menggambarkan hukuman tersebut sebagai bermotif politik semata-mata…
Ulasan: Bila zalim menguasai negara, tunggulah detik kehancuran dari Allah.
Wednesday, December 17, 2008
Saya tidak campur tangan selepas serah tugas Mac
Ulasan: Sepatutnya PM lebih bertanggungjawab dengan memilih pengganti yang lebih baik dari semua sudut. Bukan yang rakyat biasa pun tahu kelemahannya. Kepimpinan bukan warisan sesuatu parti.
Ibu bapa benar anak sertai kempen haram akan dikenakan tindakan
SUBANG JAYA 16 Dis. - Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas ibu bapa yang membenarkan anak mereka berusia bawah 18 tahun menyertai kempen Berbasikal Untuk Perubahan anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di Rawang malam semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tindakan menghantar kanak-kanak berkenaan ke kempen haram, sama ada dengan persetujuan atau sebaliknya adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang…
Ulasan: Tiba-tiba polis sibuk dengan dengan perkara kecil (berbasikal untuk perubahan) melupakan perkara yang besar yang gawat kini (jenayah ragut, rompakan, rogol dsbnya) dalam negara kita. Wahai orang politik BN/UMNO eloklah hentikan penyalahgunaan polis untuk kepentingan sendiri, kroni dan parti kerana polis di bayar gaji dengan wang rakyat. Bersamalah kita mengubah kerajaan yang adil dan telus.
Naib Canselor: “Tambah graduan ijazah lanjutan, kurangkan pengambilan penuntut baru"
KUALA LUMPUR 17 Dis. — Universiti Malaya (UM) kini menukar tumpuannya terhadap pengajian ijazah lanjutan dengan menambah jumlah tempat kursus dan mengurangkan pengambilan penuntut ijazah pertama.
Naib Canselornya yang baru, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, langkah itu selaras dengan usaha universiti tersebut meningkatkan rankingnya pada Times Higher Education Supplement dalam masa dua tahun akan datang.
“Kami mahu graduan ijazah lanjutan yang ramai dan lebih baik serta mengurangkan jumlah bilangan penuntut ijazah pertama, agar kami boleh memperbaiki kualiti penyelidikan.
“Tumpuan kini ialah untuk menaikkan segera UM supaya kami boleh dapatkan semula liga ke-200 universiti utama di dunia menjelang dua tahun akan datang, katanya memberitahu Bernama dalam temubual di pejabatnya di sini…
Ulasan: UM sudah lupa dirinya sebagai universiti awam. Sepatutnya dahulukan yang utama. Atau sila bersaing di arena pengajian ijazah lanjutan sahaja untuk kita lihat kehebatan UM di mata dunia.
Perkahwinan Etnik Melaka
MELAKA 16 Dis. - Beberapa penduduk Kampung Bahagia, Klebang Besar di sini semalam, terkejut apabila melihat tiga pasangan pengantin lengkap berpakaian tradisional Melayu, Baba Nyonya dan Chetti diraikan dalam satu kenduri di sebuah rumah di kampung tersebut di sini semalam…
Ulasan: Apa-apa pun pastikan adab berpakaian dan pergaulan mengikut tatacara Islam. Pengantin olok-olok bukan ajaran Islam.
P. Pinang catat peningkatan mendadak penyakit malaria
PULAU PINANG 17 Dis. — Pulau Pinang mencatatkan peningkatan mendadak penyakit malaria apabila 175 kes dilaporkan sejak Januari hingga November tahun ini berbanding hanya 54 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 121 kes di mana penyumbang utama ialah warga asing.
“Menurut statistik Jabatan Kesihatan negeri, sebanyak 39 kes daripada 54 kes dikesan pada pekerja asing tahun lepas manakala sebanyak 153 kes daripada 175 kes dikesan pada golongan yang sama tahun ini,” katanya ketika berucap pada taklimat kesihatan berkaitan pekerja asing di sini, hari ini.
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk pendatang asing tanpa izin.
Katanya bagi penyakit tuberculosis (tibi) pula, ia menunjukkan penurunan apabila sebanyak 708 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun ini berbanding 882 tahun lepas.
Lim berkata, keadaan itu membimbangkan memandangkan statistik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan seramai 2.5 juta orang iaitu 25 peratus daripada tenaga kerja di negara ini adalah pekerja asing.
Katanya, paling membimbangkan ialah warga asing yang bekerja secara tidak sah di negara ini kerana mereka tidak menjalani pemeriksaan kesihatan berbanding yang bekerja secara sah.
“Jabatan Imigresen menyatakan dari Januari hingga 30 September tahun ini, jumlah pendatang tanpa izin yang ditahan ialah seramai 55,618 orang,” katanya.
Beliau berkata, perangkaan MEF menunjukkan Malaysia terpaksa membelanjakan peruntukan yang besar iaitu RM578 juta setahun bagi kemudahan kesihatan untuk warga asing. – Bernama
Ulasan: Selamatkan warganegara Malaysia.
Tuesday, December 16, 2008
Bush ‘terima’ kasut daripada wartawan Iraq
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.
Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing. Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah…
Ulasan: Presiden Bush Jr ini adalah penjenayah perang terhebat kerana mengisytiharkan perang tanpa bukti keatas negara berdaulat Iraq dan menghuru-harakan Afghanistan.
Siapa luluskan 99 projek lereng bukit?
Untuk mendapatkan maklumat tentang pembinaan projek-projek di lereng-lereng bukit yang dikatakan melanggar undang-undang yang telah diluluskan pada tahun 2001, Harakah mendapatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang sudi untuk mendedahkan penyelewengan ini.
Nota: Pada tahun 2001 sudah ada satu garis panduan yang diwartakan yang disebut Total Planning Guide Line yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Di mana garis panduan ini menetapkan pembangunan di kategori tiga iaitu cerun di atas 25 darjah dan empat iaitu cerun di atas 35 darjah mestilah dihentikan serta merta. Garis panduan serta undang-undang sudah ada pada tahun 2001 tetapi kelulusan masih diberikan pada tahun 2004 hingga 2007. Maknanya, undang-undang sudah tidak dihormati lagi. Undang-undang sudah diluluskan pada tahun 2001 tetapi kenapa dari tahun 2004 hingga 2007 terdapat 99 projek lereng bukit yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang sememangnya BN? (Harakah, 16 Disember 2008 | 17 Dzulhijjah 1429 Hijrah).
Ulasan: TPM Najib sendiri mendedahkan pemaju telah melobi dan mendesak kerajaan melaksanakan projek pembinaan di kawasan bukit. Persoalan yang timbul sepanjang BN/UMNO memerintah ialah siapa yang sebenarnya berkuasa: kerajaan yang di beri mandate oleh rakyat ATAU wang rasuah dari pemaju dan kontraktor? Terbukti lagi dan lagi bahawa kerajaan BN/UMNO ternyata sukar mengawal diri dari rasuah dan terlalu sayangkan wang daripada rakyat.
Harga petrol, diesel turun kali ke-7
PUTRAJAYA 15 Dis. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini, kali ketujuh sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.
“Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
“Berkuat kuasa tarikh yang sama (tengah malam ini) juga, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 kepada RM1.30 seliter seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini,” kata Perdana Menteri.
Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong.
Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong…
Ulasan: Ini berlaku dalam keadaan BN/UMNO semakin lemah. Bagus juga kalau rakyat memilih parti yang lain selain BN/UMNO untuk menjadi kerajaan Malaysia. Kerajaan yang sebenarnya ialah yang tegak membela rakyat bila-bila masa pun.
BPR tutup kes menantu Nik Aziz
KOTA BHARU 15 Dis. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menutup siasatan berhubung dakwaan penyelewengan kuasa oleh Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan pelantikannya sebagai pegawai kanan di perbadanan itu.
Pengarah BPR negeri, Mohd. Jaafar Hussen berkata, pihaknya mendapati tiada kesalahan dilakukan oleh Ariff Fahmi Abdul Rahman yang juga menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dakwaan surat layang terhadapnya adalah tidak berasas.
“Seperti biasa apabila siasatan selesai pihak kita telah menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dan jabatan itu pada bulan lalu telah mengarahkannya ditutup,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sebelum majlis penutupan Seminar Pencegahan Rasuah Melalui Kawalan Sistem yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaafar di sini hari ini.
Mohd. Jaafar ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap Ariff Fahmi yang mula disiasat oleh BPR pada 7 Ogos lalu, setelah pihaknya menerima surat layang yang turut disebarkan kepada pihak media berhubung salah laku menantu Nik Abdul Aziz itu…
Ulasan: Macam mana dengan siasatan 18 kes berprofil tinggi?
Wartakan larangan pembangunan
KUALA LUMPUR 15 Dis. – Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mendapati masih banyak kawasan tadahan air di negara ini yang belum diwartakan sebagai kawasan larangan pembangunan, pertanian dan pembalakan.
Pengarah Eksekutifnya, Dr. Loh Chi Leong berkata, keadaan itu menyebabkan banyak aktiviti dijalankan di sekitar kawasan tadahan air tanpa kawalan undang-undang.
Beliau berkata, di sesetengah tempat, permit membalak masih dikeluarkan oleh pihak berkuasa walaupun ia merupakan kawasan tadahan air.
‘‘Justeru, kami menggesa kerajaan menerusi Jabatan Perhutanan mewartakan kawasan tadahan air di negara ini sebagai kawasan larangan pembangunan secepat mungkin,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan kerajaan dan pihak berwajib bagi menangani kemungkinan tiga empangan air utama di Lembah Klang pecah dalam jangka masa panjang jika kerja-kerja pembangunan di sekelilingnya tidak dihentikan segera.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Pengerusi Eksekutif, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail bahawa tiga empangan iaitu Empangan Langat, Empangan Semenyih dan Empangan Klang Gates menghadapi kemungkinan tersebut….
Ulasan: Banyak undang-undang tidak berjalan bila pemerintah gemarkan rasuah. Jom pilih kerajaan yang SIFAR RASUAH.
Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa Kecuaian Manusia
KUALA LUMPUR 14 Dis. - Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.
Pengerusinya, Datuk N. Muneandy berkata, Mohd. Zin merupakan individu yang paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa ini.
''Akhirnya, ada pihak yang menyokong pendirian kami bahawa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa bukan disebabkan oleh bencana alam," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.
Semalam, Mohd. Zin melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapati terdapat air hujan yang bertakung di Taman Bukit Mewah yang dipercayainya menjadi punca pada kejadian tanah runtuh di situ 6 Disember lalu.
''Saya percaya kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya kejadian alam semula jadi," katanya.
Pada 6 Disember lalu, empat mangsa terbunuh dan 14 lagi cedera apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dekat sini ranap dalam kejadian tanah runtuh…
Ulasan: Bila manusia melanggar undang-undang alam, tunggulah akibatnya. Ada orang membuat duit daripada pembangunan dan membayar kepada orang tertententu untuk meluluskannya yang kemudiannya runtuh lantas menyusahkan rakyat. Akan terus berlaku selagi BN/UMNO memegang kuasa pemerintahan negara dan negeri.
Lapan kes HIV setiap bulan
REMBAU 14 Dis. - Purata sebanyak lapan kes melibatkan jangkitan HIV baru dikesan setiap bulan di negeri ini, dengan majoritinya berpunca daripada perkongsian jarum suntikan dadah serta hubungan seks bebas.
Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Omar Mihat berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan sepanjang 11 bulan pertama tahun ini, sebanyak 98 kes jangkitan HIV baru dan 92 kes AIDS dikesan dengan 72 kes kematian dilaporkan.
Beliau turut memberitahu, jumlah terkumpul bagi kedua-dua kes berkenaan dari 1986 hingga November tahun ini adalah seramai 5,625 dijangkiti HIV manakala seramai 862 dikesan menghidap AIDS selain 607 kematian telah dicatatkan akibat penyakit berkenaan...
Ulasan: Terbukti lagi dan lagi bahaw manusia akan merana apabila mengengkari peraturan Allah. Mentaati peraturan Allah dalam hidup jalan terbaik untuk hidup bahagia.
Hamas sambut ulang tahun ke-21
BANDAR GAZA 14 Dis. - Beribu-ribu penyokong Hamas berhimpun di bandar ini hari ini untuk menyambut ulang tahun ke-21 penubuhan pergerakan itu.
Penyokong Hamas yang tiba dengan bas dari serata tempat di wilayah Genting Gaza membanjiri bandar ini sambil mengibarkan bendera Hamas.
Ketua pentadbiran Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh dijadual berucap pada perhimpunan tersebut lewat hari ini.
Ismail dijangka menyatakan pendirian Hamas berhubung perjanjian gencatan senjata dengan Israel yang berakhir pada Khamis ini setelah berkuasa kuasa selama enam bulan…
Ulasan: Tahniah kerana kehadiranmu mengembalikan ruh perjuangan yang semakin luntur di kalangan ummat Islam.
Wednesday, December 03, 2008
Rais tidak setuju PPSMI
Beliau berkata, dalam tempoh persekolahan peringkat rendah, asas-asas budaya bangsa harus tertanam pada diri kanak-kanak dan bukannya penekanan terhadap aspek-aspek lain.
Katanya, walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi yang mendukacitakan, pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina…
Ulasan: Apakah bila semua menteri Melayu mengatakan tidak bersetuju PPSMI barulah PM akan bertindak? Mungkin kerajaan BN/UMNO menanti orang Melayu protes besar-besaran? Sepanjang hidupmu UMNO hanyalah menyusahkan orang Melayu.
Kuat kuasa tali pinggang belakang 1 Januari
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, pelaksanaan tersebut bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan baru itu…
Ulasan: Kerajaan menjadi begitu prihatin untuk menyelamatkan rakyatnya demi menyelamatkan nyawa, mengurangkan kes kecederaan parah dan sehingga melaksanakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Apa pun rakyat kena melaksanakannya kerana kuasa yang di miliki kerajaan.
Sayangnya, kerajaan BN/UMNO masih tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam KHUSUS untuk umat Islam sahaja. Berikan kebebasan hak kepada umat Islam untuk laksanakan undang-undang Islam. Tanpa di gazetkan sebagai undang-undang sekurang-kurangnya khusus untuk umat Islam, seolah perundangan Islam menjadi dagang di bumi sendiri. Apalah undang-undang bila tidak di kuatkuasakan dengan kuasa kerajaan yang ada.
Cedera parah atau ringan atau selamat dalam kemalangan pun akan bertemu juga dengan kematian. Soalan kepada wakil rakyat juga semua: Undang-undang siapa yang kita bersusah-payah tegakkan dalam hidup kita?
Zaid Ibrahim dipecat,Zahar digantung 3 tahun
Perdana Menteri,Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Presiden Umno berkata demikian selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung malam tadi.
Sabtu lalu, Zaid menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional KeADILan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Sementara itu, Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan Kapten (B) Zahar Hashim pula digantung keanggotaannya selama tiga tahun kerana membuat beberapa kenyataan mengkritik parti.
Zahar sebelum ini telah membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Abdullah yang didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai presiden Umno menjelang pemilihan parti dan pencalonan. Beliau juga mendakwa berlaku penyelewengan dalam proses tender kerajaan untuk membeli helikopter baru bagi Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM)....
Ulasan: Nampaknya UMNO mengguna kuasa memecat bila sudah ia sudah nazak. Imbas kembali: Laporan Biro Pencegah Rasuah (BPR) oleh Dato Mazlan Harun, Selasa Ogos 5hb, 2008 berkaitan surat Kaptan (Bersara) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan. Surat yang bertarikh 11hb Julai 2008 itu mendedahkan salahguna kuasa pemilihan dan rasuah yang berlaku dalam pemilihan UMNO oleh Presiden UMNO, Dato Seri Abdullah sendiri. Sudah tiga bulan berlalu, masih tiada berita. Apa ulasan dari BPR (yang sudahkah bebas dari ketiak PM)?
Pendapatan negara mungkin terjejas penurunan minyak: PM
KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun dengan mendadak berikutan krisis ekonomi global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
“Sekiranya harga minyak turun mendadak, pendapatan akan terjejas kerana peratusan pendapatan dari minyak adalah tinggi.
"Jika pendapatan negara terjejas ia akan membawa kesan lain," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, di sini, malam tadi…
Ulasan: Selamat menyelamatkan pendapatan negara. Jangan hanya seronok bila ekonomi baik dan pendapatan berkembang.
Pendapatan negara mungkin terjejas penurunan minyak: PM KUALA LUMPUR: Pendapatan negara mungkin akan terjejas sekiranya harga minyak dunia turun deng
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. “Malah di bawah sistem ini, pelajar Melayu diberi pilihan untuk mempelajari bahasa tentunya murid-murid diwajibkan belajar bahasa ibunda mereka iaitu Mandarin bagi kaum Cina lain seperti Mandarin dan Tamil,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini…
Ulasan: Cadangan yang baik untuk masa depan yang indah. Tapi subjek Sains dan Matematik mesti diajar dalam bahasa Melayu kerana penggunaan Bahasa Inggeris hanya paksaan dari kerajaan Dr Mahathir dulu dan di teruskan oleh pemerintah BN yang kemudian tanpa sebarang kajian mendalam melibatkan pakar bahasa Melayu. Namun kita mengesyorkan supaya pengajaran bahasa Ingeris di pertingkatkan kualitinya.
PM arah peniaga turunkan harga
PUTRAJAYA 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) memastikan harga barangan di negara ini diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dan ia mestilah merupakan barangan kegunaan harian rakyat.
Sambil menyatakan rasa kesal dengan sikap liat sesetengah peniaga menurunkan harga barang setiap kali harga minyak diturunkan, Perdana Menteri secara sinis berkata, peniaga terbabit sewenang-wenang menaikkan harga barangan tanpa disuruh apabila harga minyak naik.
Menurut Abdullah, beliau telah memberitahu menteri berkenaan, Datuk Shahrir Abdul Samad bahawa harga barang-barang yang diturunkan oleh peniaga mesti barangan yang digunakan setiap hari.
Terkini: Kerajaan telah menurunkan harga minyak sebanyak enam kali sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia namun tiada tanda-tanda ketara para peniaga di negara ini menurunkan harga barang terutama bahan makanan.
Pada 17 November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta para peniaga mengambil langkah mengurangkan harga barangan selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya…
Ulasan: Siapa menang? Kerajaan yang semakin lemah bila ramai ahli politiknya berpaksikan rasuah.
Generasi muda jangan anjur program hiburan semata-mata
KUCHING 1 Dis. - Generasi muda di negeri ini dialu-alukan untuk merancang dan melaksanakan program berdasarkan inisiatif bagi membuktikan kreativiti mereka bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi dapat memberi faedah kepada umum.
Meskipun program yang mahu dilaksanakan itu bersifat hiburan, ia perlu disertakan dengan nilai-nilai keilmuan dan moral supaya program seumpama itu meninggalkan kesan yang positif kepada generasi muda pada masa ini…
Ulasan: Jangan persalahkan generasi muda saja. Generasi tua sewajarnya menunjukkan contoh tauladan yang baik terhadap generasi muda. Tapi semua kedudukan yang ada dalam kerajaan di pegang oleh generasi tua. Apakah semua program daripada semua kementerian dan semua jabatan kerajaan membawa kepada tamaddun yang lebih tinggi. Warna apa yang telah di semai?
Doctor sentenced for demeaning headscarf-wearing patients
Çakıcı, who filed a lawsuit against Eren, won the case after a six-month trial. The 10-month prison sentence given to the doctor was converted into a YTL 10,500 fine. Recalling the event, Çakıcı said: "I had anemia, and I went to Dr. Eren's office with my friend. He told us that we cannot enter the building with our attire. He then showed us his daughter's picture, saying that she is a contemporary person with contemporary attire. He prescribed some medicine for me, and he kept on criticizing us. He also told the nurse that he will not forget our faces. We almost burst into tears."…(http://www.todayszaman.com, 02 December 2008)
Comment: At last, the women in Turkey what they deserved. We agree with the MP from a secular party had brought the incident before Parliament and said there should be no discrimination against patients, calling the practice unethical and not acceptable. "In the commonly shared public sphere, our citizens, of course, will make their choices on how to dress, to wear a headscarf or not. No doubt about this. We have a consensus in society regarding that issue. Those who provide public services cannot interfere in this and cannot engage in discriminatory practices," he said.
Monday, December 01, 2008
Menteri India letak jawatan
Patil yang dikecam hebat oleh media kerana gagal menjamin keselamatan domestik menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Manmohan Singh hari ini…
Ulasan: Bayangan indahnya Malaysia kalau tindakan itu di ikuti oleh Menteri kita.
UMNO ambil tindakan laporan palsu politik wang
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Jawatankuasa Lembaga Disiplin akan mengadakan mesyuarat dalam jangka masa terdekat untuk memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terlibat.
Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati tiga suku daripada 900 hingga seribu laporan yang diterima adalah palsu, sekali gus berniat jahat untuk menjatuhkan individu yang dilaporkan.
“Tindakan akan diambil ke atas mereka yang terlibat. Selepas meneliti semua laporan itu, tiga suku daripada aduan itu adalah tidak benar. Kepada yang didapati bersalah, Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menentukan hukuman yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis program bersama rakyat `membaik pulih Sungai Chuau dan menambah populasi kelah’ di sini hari ini…
Ulasan: Pertama kena bersihkan UMNO dari rasuah. Kedua kena didik orang UMNO supaya hati jadi bersih dan tidak cintakan dunia melebihi akhirat.
Abdullah harap siasatan politik wang dalam UMNO selesai sebelum Mac
Ulasan: Apakah semudah itu UMNO akan bertindak?
Pejabat baru PM Thai ditawan
BANGKOK 25 Nov. – Penunjuk perasaan antikerajaan mengepung pejabat sementara Perdana Menteri, Somchai Wongsawat di lapangan terbang lama, Don Muang di pinggir Bangkok untuk hari kedua hari ini, dalam usaha nekad untuk menumbangkan kerajaan.
Ribuan penunjuk perasaan berpakaian kuning menguasai Don Muang, tempat Somchai dan Kabinetnya menjalankan pentadbiran selepas aktivis menduduki Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri sejak Ogos lalu…
&
Krisis di Thailand makin meruncing
BANGKOK 26 Nov – Krisis politik di Thailand semakin meruncing dengan penunjuk perasaan antikerajaan terus mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada hari ketiga hari ini, selain dicemari dengan kejadian tembakan dan beberapa letupan bom…
Ulasan: Tahniah kepada rakyat Thailand yang sanggup mati demi mencari pemimpin yang bersih.
Yim Pek Ha didapati bersalah cederakan Nirmala Bonat
KUALA LUMPUR 27 Nov. — Suri rumah, Yim Pek Ha, 40 hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan mencederakan pembantu rumahnya dari Indonesia, Nirmala Bonat, dengan menggunakan seterika dan air panas, empat tahun lalu.
Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan dilakukan sendiri oleh wanita dari Indonesia seperti yang didakwa oleh Yim…
Ulasan: Sampai hati bangsa Malaysia mendera pembantu rumah. Apa halnya pembantu rumah yang menjadi perempuan simpanan kepada majikan lelaki atau anak2 lelaki. Berhati-hatilah bila kita ada pembantu rumah…
Selangor tolak cadangan Pas haram jual arak
SHAH ALAM 26 Nov. - Usaha Pas Selangor untuk memperkenalkan peraturan membataskan jualan minuman beralkohol berkuat kuasa Januari depan tidak kesampaian apabila cadangan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas alasan penduduk di negeri itu terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa akhbar-akhbar berbahasa Cina menyebut Pas melalui anggota-anggotanya yang menyertai ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam di Selangor.
Menerusi laporan dalam laman web tersebut, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disebut sebagai PBT pertama di Selangor yang meluluskan usul berkenaan yang bakal berkuat kuasa Januari depan…
Ulasan: Sekiranya kita sayangkan rakyat terutamanya kanak-kanak sebagai generasi baru masa depan eloklah hentikan jualan alkohol di restoran, kedai runcit dan kedai serbanika 24 jam dan pasaraya dan pasar hyper kerana ia tidak perlu. Biarkan peminat-peminat arak susah sedikit mencarinya.
Jangan campur urusan polis - Musa
Beliau berkata, sebagai contoh, ada di kalangan mereka yang menghantar surat kepada polis meminta supaya dikurangkan saman kepada orang awam atas pelbagai kesalahan.
"Malah terdapat juga sesetengah mereka yang berjumpa dengan pegawai polis dengan membawa 100 saman dan meminta kami supaya membatalkannya berikutan pesalah tidak mampu untuk membayar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pertama Forum Kelima Jenayah dan Kepolisan, Memperbetulkan Persepsi Tentang Peningkatan Kadar Jenayah dan Mengembalikan Keyakinan Masyarakat Pada PDRM di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini…
Ulasan: Laksanakan undang-undang seadanya tanpa layanan istimewa kepada sesiapa hatta kepada PM. Persepsi masyarakat kepada polis bergantung kepada apa yang di laksanakan oleh polis.
125 maut serangan di Mumbai
MUMBAI 27 Nov. – Seramai 125 orang terbunuh, manakala 287 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas dua buah hotel mewah, hospital, stesen kereta api dan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di bandar raya ini sejak malam tadi.
Setakat ini, masih belum jelas siapakah dalang di sebalik kejadian itu, namun Perdana Menteri, Manmohan Singh menyalahkan kumpulan pejuang Islam di kawasan sempadan sebagai suspek utama.
Kumpulan kecil militan lengkap bersenjata melepaskan tembakan rambang dan melontar bom dalam serangan ke atas kedua-dua hotel mewah tersebut, sebuah hospital dan sebuah stesen kereta api sejak lewat malam tadi serta sebuah kafe popular yang kerap dikunjungi pelancong asing…
Ulasan: Hebat kerana perancangannya tidak di hidu oleh pemerintah. Kenapa orang awam menjadi mangsa? Kumpulan militan selalunya menjadi hanya field operators dan selalunya di bekalkan senjata oleh pihak lain yang mengambil untung hatta membunuh rakyatnya sendiri..
149 kes rogol babitkan remaja
SEREMBAN 27 Nov. - Sebanyak 149 kes rogol membabitkan golongan remaja dilaporkan berlaku di negeri ini sepanjang tahun lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd. Samad Ibrahim (BN-Sri Menanti), daripada jumlah itu, 93 kes melibatkan mangsa berumur di bawah 16 tahun manakala 27 suspek berusia di bawah 18 tahun.
Beliau berkata, daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 58 kes diikuti oleh Port Dickson (24 kes), Jempol (23 kes), Kuala Pilah (18 kes), Tampin (13 kes), Rembau (lapan kes) dan Jelebu (lima kes).
''Kerajaan negeri memandang serius terhadap gejala rogol di kalangan remaja dan sentiasa berusaha membendungnya," jelasnya semasa menjawab soalan Datuk Zainal Abidin Ahmad (BN-Sungai Lui) pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari ini.
Abd. Samad berkata, pendekatan bersepadu berasaskan ajaran Islam merupakan satu kaedah paling berkesan bagi menangani gejala tersebut.
Selain itu ujar beliau, tapisan serta kawalan yang ketat perlu dilaksanakan terhadap media massa, cetak dan elektronik untuk mengelakkan remaja terpengaruh dengan unsur-unsur lucah.
Katanya lagi, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di negeri ini diminta mengambil inisiatif yang lebih serius terhadap isu rogol melibatkan remaja….
Ulasan: Rogol kebanyakannya melibatkan pemain utama iaitu lelaki. Kerajaan terutama persekutuan sepatutnya serius menutup jalan kearah zina secara paksa (rogol) dan sukarela ini. Jangan hanya bercakap tapi laksanakan sesuatu yang bermakna kerana kerajaan memegang kuasa membuat undang-undang dan laksanakan. Kalau benar kenapa masih sama dan bertambah kes zina? Apalah makna berkuasa tetapi tidak menggerakkan rakyat supaya menjauhi zina?
Mubarak: Ikhlas berpolitik atasi politik wang
Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sebagai langkah pertama, setiap peringkat di dalam UMNO perlu menanam kesedaran yang tinggi tentang bahayanya amalan politik wang atau rasuah politik terhadap masa depan parti…
Ulasan: Ikhlas berpolitik mesti datang dari hati yang bersih yang sukakan negara yang bersih, telus dan bebas.
Tambah nilai diri - Abdullah
PUTRAJAYA 25 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin negara akan mencapai lebih banyak kejayaan jika setiap rakyatnya mempunyai keazaman kuat untuk menambah nilai diri masing- masing.
Tegas Perdana Menteri, dengan menjadikan usaha menambah nilai sebagai budaya meneroka ilmu sedia ada dan baru, ia sekali gus bakal membuka peluang kepada rakyat untuk mengecapi kejayaan lebih gemilang.
''Kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan dan saya berpegang kuat bahawa manusia mempunyai kekuatan untuk menjadi kreatif…
Ulasan: Cakap dan buat sekaligus.
Asid benzoik dalam mi
PULAU PINANG 25 Nov. - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan wujud penggunaan asid benzoik secara haram dalam pelbagai jenis mi yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, penggunaan asid tersebut dikesan pada mi kuning, hor fun dan kuetiau di 30 gerai yang menjual barangan itu di beberapa lokasi di negeri ini…
Ulasan: Sudah hampir 30 tahun, CAP bercakap perkara yang sama iaitu untuk kesejahteraan pengguna. Tetapi sayangnya pemantuan yang lemah dari pihak kerajaan yang kita lantik menjaga ehwal kita dan nampaknya mengutamakan pengilang atau pihak peniaga. Inilah kesan bila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna duduk di bawah satu bumbung. Kerana kemajuan ekonomi sanggup mengorbankan rakyat. Kita mohon pisahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri daripada Hal Ehwal Pengguna.
Wanita pam bayi ke dalam tandas
LONDON 25 Nov. - Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di Cardiff bahawa dia tidak sedar dia telah melahirkan dan secara tidak sengaja mengepam bayi tersebut ke dalam tandas.
Claire Jones memberitahu, dia tidak menyangka sakit perut yang dialaminya ketika itu adalah tanda-tanda untuk melahirkan.
Menurut Jones, dia tahu dia sedang hamil hasil hubungan dengan rakan sekerjanya namun tidak menyangka akan melahirkan ketika dia mengalami sakit perut yang disangkanya hanya cirit-birit biasa.
Katanya, dia hanya sedar dia sudah melahirkan apabila terlihat kaki bayi di dalam mangkuk tandas...
Ulasan: Anak zina kebiasaannya terbiar kerana itulah antara sebab Islam melarang melakukan zina iaitu hubungan seks tanpa nikah yang sah. Dimana pun zina juga hanya merosakkan maruah dan menzalimi wanita.
Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Nik Aziz
KOTA BHARU - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.
"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam…
Ulasan: Ruginya bila tidak menerima Islam di dalam kehidupan yang sementara ini walau sehebat mana pun kita.
President Gül hasn’t knocked on the top court’s door
Since he was elected to the post on Aug. 28, 2007, President Abdullah Gül has never once applied to the Constitutional Court to annul a package adopted by Parliament, unlike his predecessors, including the previous resident of Çankaya, Ahmet Necdet Sezer, who filed 26 applications to the Constitutional Court… (http://www.todayszaman.com, 25/11/08).
Comment: A great leader will not do unimportant things.
Tuesday, November 25, 2008
Bank Negara turun kadar faedah 0.25 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara dalam mesyuaratnya semalam memutuskan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) bank pusat itu kepada 3.25 peratus daripada 3.5 peratus.
OPR adalah penanda aras yang digunakan bank di negara ini untuk menetapkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing dan penurunan itu bakal mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar peminjam…
Ulasan: ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba, di batalkan mulai sekarang (Khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah). Negara kita, sayangnya, masih sayangkan riba. Jangan hanya seronok bekerja di Bank Negara.
Ahli Umno diminta tidak hukum calon
BANGI: Ahli Umno diminta tidak 'menghukum' calon yang bertanding pemilihan Umno Mac tahun depan sebelum mereka didapati bersalah terbabit dalam rasuah, politik wang atau salah guna kerana ia akan menjejaskan peluang mereka dalam pertandingan.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penghakiman menerusi media dikhuatiri menyebabkan ahli mudah menjatuhkan hukuman bersalah, walhal mereka perlu menjalani proses siasatan…
Ulasan: Kalaulah UMNO bertegas sedari dulu, tentu budaya rasuah dalam politik UMNO tidaklah seserius sekarang.
Usaha banteras politik wang perlu keazaman politik - Najib
Diminta mengulas komen bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai isu politik wang dalam parti itu, Najib percaya beberapa langkah tambahan dapat diperkenalkan untuk membanteras gejala politik wang dalam pemilihan UMNO…
Ulasan: Usaha banteras politik wang perlu keazaman politik dan di ikuti dengan CONTOH. Ramai tak sanggup menjadi CONTOH bila terpaksa berpisah dengan wang yang selama ini di dalam UMNO di kejar habis-habisan. Politik hanya jalan pintas untung bolot khazanah negara di sebalik perjuangan membela bangsa, agama dan negara.
Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak…
Ulasan: Biarkan pasaran menentukan harga minyak. Tidak perlu mempertahankan syarikat yang tidak tidak efficient dan tidak effective. Syarikat yang hendak berniaga di sini, mestilah hebat.
PBB tak percaya jaminan Israel
GAZA: Sekatan Israel terhadap Gaza dianggap membahayakan 750,000 penduduknya serta menyebabkannya dikutuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak yakin dengan jaminan rejim Zionis itu bahawa ia sedia membenarkan bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin itu.
Israel mengambil tindakan menutup laluan masuk ke Semenanjung Gaza bagi pekerja agensi bantuan dan wartawan sejak awal November lalu selepas mendakwa serangan roket Palestin dilancarkan dari kawasan itu, lapor stesen televisyen Aljazeera dan sumber berita lain…
Ulasan: Sikap orang terhadap kita bergantung di atas akhlak kita. PBB pun tak percaya jaminan Israel. Malunya sesebuah negara bila jaminannya sudah tidak dipercayai lagi.
Friday, November 21, 2008
Razak Baginda: Henti fitnah Najib
Pada sidang akhbarnya di Hotel Maya di sini hari ini, beliau berkata, dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mengenali atau pernah menemui Altantuya adalah tidak benar.
“Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan isterinya. Mereka yang menyebarkan fitnah tidak pernah mengeluarkan bukti yang kukuh kerana sememangnya tidak ada bukti.
“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran. Hari ini saya ingin jelaskan seperti mana keterangan saya kepada polis, Najib tidak terlibat,” katanya pada sidang akhbar selama hampir 45 minit itu yang sesak dengan wakil media tempatan serta asing...
Ulasan: Rakyat lebih suka kalau hal Najib di putuskan oleh mahkamah. Kenapa sampai susah sangat hendak mengadap hakim? Bukankah pegangan di mana-mana kita sepatutnya ialah berani kerana benar.
Pertandingan kuatkan Wanita - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Pengesahan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu dan melawan penyandangnya, Tan Sri Rafidah Aziz akan menjadikan sayap parti itu bertambah kuat.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertandingan itu menunjukkan UMNO sedang melalui proses pendemokrasian yang tidak pernah dilihat sejak penubuhannya...
Ulasan: Tapi bagaimana pula UMNO Lelaki? Semua peraturan dibuat untuk menghalang pertandingan dan menggalakkan budaya rasuah politik dalam UMNO. Politik UMNO hanya tempat buat duit bila memegang jawatan politik tapi bermula dengan menabur duit @ memberi rasuah untuk mempengaruhi undi perwakilan. Semua orang tahu itulah mentaliti orang politik UMNO kini. Yang di kejar hanya pangkat dan harta benda/wang. Apabila orang yang cintakan dunia menjadi pemimpin, habis kekayaan negara di kautnya...
Friday, November 14, 2008
Keputusan UPSR lebih baik
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus calon yang mencapai keputusan sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya...
Ulasan: Untuk dapat A dalam keadaan biasanya pelajar mesti dapat markah 80% dan ke atas. Tapi umum maklum bahawa sudah lama kerajaan menggunakan naik turun graf untuk pemarkahan. Menteri Pelajaran pun orang politik UMNO. Untuk menjaga kedudukannya, tidak pelik keputusan peperiksaan pun di politikkan. Kita tahu sebab itulah gaya tidakan orang UMNO. Walaupun begitu, tahniah kepada pelajar-pelajar dan keluarga dan guru yang berbakti sehingga betul-betul dapat 80% dalam UPSR. Selamat berjaya dan bersamalah kita mengubah gaya politik di Malaysia.
Johor ambil alih dua loji air diurus Singapura
KOTA TINGGI 13 Nov. - Dua loji di Johor yang diuruskan oleh syarikat milik Singapura akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri apabila Perjanjian 1961 mengenai pembekalan air mentah ke negara jiran itu tamat pada 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar negeri, Tan Kok Hong berkata, penyerahan itu adalah berdasarkan perjanjian kerana urusan bekalan air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri akan memperincikan proses penyerahan loji itu kerana apabila tiba tahun 2011, maka loji-loji itu akan diserahkan semula kepada Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Pemantauan Air Sedunia Peringkat Kebangsaan di Air Terjun Kota Tinggi di sini hari ini.
Johor mempunyai 42 loji rawatan air dengan dua daripadanya iaitu Loji Sungai Skudai dan Loji Sungai Johor diuruskan oleh syarikat milik Singapura, Public Utilities Board (PUB).
Selain PUB, tiga lagi pengendali loji adalah syarikat tempatan dengan majoritinya iaitu 26 buah loji diuruskan oleh Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH).
Berdasarkan Perjanjian 1961, Singapura boleh mendapat 80 juta gelen air sehari dari kawasan tadahan Pulai, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor hingga 31 Ogos 2011.
Kedua-dua negara mempunyai satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian 1962 yang membenarkan Singapura mendapatkan 50 juta gelen sehari dari Sungai Johor hingga 28 September 2061…
Ulasan: Selamat kembali. Tapi Sungai Skudai sudah tercemar oleh oleh sikap kita termasuk juga kilang-kilang di hulunya. Air dari gunung masih kepunyaan Singapura...
Monday, November 10, 2008
Bekas KSU bebas tuduhan bersubahat tipu dana Ketengah RM9 juta
Ulasan: Sudah habis khazanah negara RM9 juta tapi tiada siapa di pertanggungjawabkan. Pelik. Apakah senang hidup mereka yang menipu rakyat dan diri sendiri? Untuk kebahagiaan hidup duniadan akhirat carilah rezeki yang halal.
Muhammad dakwa pencalonannya disekat
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba menyekat pencalonannya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO bagi memastikan beliau tidak dapat bertanding pada pemilihan Mac depan…
Ulasan: Kehebatan UMNO sebagai komponen terbesar BN kerana seolah-olah berada di luar wilayah pihak polis dan BPR. Tentulah lebih senang di uruskan sekiranya sebarang pertubuhan tunduk kepada undang-undang Malaysia.
Calon politik wang diketahui
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Lembaga Disiplin UMNO melalui khidmat pemantau yang diwujudkan telah berjaya mengenal pasti calon-calon yang menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan politik wang sepanjang tempoh pemilihan parti yang berlangsung sejak bulan lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, calon-calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden didapati menggunakan khidmat pengurus, perayu dan pelobi atau 3P untuk mendapatkan pencalonan…
Ulasan: Kasihan UMNO kerana tak habis-habis di belit oleh wang. Wang sebagai pelaburan untuk beli undi perwakilan, dapat undi buat wang. Kepemimpinan adalah sebenarnya tanggung jawab, bukan tiket untuk buat duit dengan menghabiskan khazanah negara melalui perniagaan kroni.
BPR yang setakat ini lebih berwibawa berbanding Lembaga Disiplin UMNO perlu di beri kuasa menyiasat penyalahgunaan kuasa dan amalan politik wang dan membawa kes itu ke mahkamah. Semua rakyat suka melihat negara sifar rasuah. Bagaimana UMNO?
Anak bekas menteri, dua lagi bebas tuduhan bunuh
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Seorang anak bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan dua penganggur dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh Dr. T. Ariaratnam di kliniknya di Bangsar lima tahun lalu.
Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali membebaskan Lee Jun Ho, 27, Choy Chin Chuan dan Nor Adzlan Idris masing-masing berusia 25 tahun tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Beliau memutuskan demikian selepas mendapati terdapat lompang dalam kes pendakwaan terutama kegagalan memanggil dua orang saksi utama, iaitu kakitangan klinik tersebut yang melihat kejadian berkenaan…
Ulasan: Saksi utama tidak di panggil, apa kerja pihak pendakwaan? Pegawai penyiasat khabarnya terlatih. Tetapi?
Bimbang kedudukan Melayu tercabar
KUALA KANGSAR 5 Nov. - Perasaan bimbang mengenai kedudukan orang Melayu yang sudah tercabar di negaranya sendiri merupakan faktor utama Gabungan Melayu Perak (GMP) menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ini kerana semua perkara yang berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan termasuk kontrak sosial telah mula dipertikaikan, sekali gus mengancam kedudukan pribumi di negara ini.
Beliau berkata, mereka juga telah mula mengungkit Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang termasuk di dalamnya mengenai keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu.
"Baru-baru ini ada yang mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang. Saya rasa perkara ini tidak perlu diungkit lagi kerana semua ini telah termaktub dalam perlembagaan.
"Oleh itu, kami berpendapat kita perlu taat setia kepada Sultan serta berdiri teguh mempertahankan kedaulatan, institusi kesultanan, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," katanya…
Ulasan: Malaysia terletak di Nusantara atau juga di sebut Kepulauan Melayu. Mereka yang mengatakan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang di persilakan bercermin muka dulu.
Henti guris Melayu
KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.
Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini, baginda menegaskan, apa yang penting pada masa ini ialah menjaga kepentingan rakyat yang telah memilih kerajaan.
Titah baginda, ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu…
Ulasan: Kepada orang politik dari semua parti yang ada yang kerap mengguris hati orang Melayu, eloklah mencari jalan lain untuk menjadi hero negara dan bukan hanya hero etnik tertentu tanpa mengguris hati sesiapa pun.
Polis terpaksa guna kekerasan
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan sehingga membunuh dua ahli Geng Ah Took di Sungai Long, Kajang awal pagi ini, sebagai membalas tindakan ganas kumpulan itu menembak ke arah mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tindakan itu perlu diambil bagi mempertahankan diri dan melindungi anggota dan pegawainya daripada berhadapan dengan maut…
Ulasan: Rakyat boleh faham kerana itu dalam kes jenayah. Tetapi yang di persoalkan lagi dan lagi rakyat ialah bila PDRM menggunakan kekerasan di luar kes jenayah, umpamanya terhadap perhimpunan aman rakyat yang mahukan pilihan raya di negara ini yang bebas dan adil.
Wednesday, November 05, 2008
Sidang Dewan Rakyat ditangguh, pembangkang desak bajet baru
Usul itu dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang inginkan penjelasan mengenai Bajet 2009 yang diluluskan dan mendakwa ia tidak serupa dengan apa yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, September lalu…
Ulasan: Najib mengambil kesempatan penggulungannya mengumumkan peruntukan RM7 bilion kesejahteraan. Lain pula gulungannya. Maklum baru sangat menjadi Menteri Kewangan tapi tak mengalah, tak mahu layan pertanyaan dari MP lain. Bila nak buat ucapan penangguhan Bajet 2009? Atau ertinya Bajet 2009 sudah jadi outdated? Lihat berita di bawah:
Pakej kesejahteraan rakyat rakyat
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM7 bilion daripada penjimatan subsidi minyak untuk membiayai pelbagai langkah tambahan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dalam menghadapi suasana ekonomi global yang semakin getir.
Menggulung perbahasan Bajet 2009 Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri menegaskan, langkah tambahan itu yang meliputi projek rumah rakyat hingga pendidikan prasekolah sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin tentang kesejahteraan rakyat…
Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS)
Ulasan: Tahniah kepada Barack Obama yang menang dan menjadi Presiden AS. Eloklah membawa dunia ke arah perubahan yang di harapkan oleh rakyat dunia yang cintakan KEBEBASAN dan KEADILAN. AS boleh menjuarai dunia dalam hal-hal yang baik. Gunakan kekuatan dan kepintaran yang ada untuk menjuarai keamanan global.
Sekiranya ternyata Obama takut membuat perubahan, ruginya Obama dan AS sendiri kerana apa yang boleh rakyat sedunia yang cintakan KEADILAN, harapkan dari seorang yang bersungguh-sungguh akan menyokong Israel. Apalah gunanya menjadi orang terkuat di dalam dunia di mata dunia tetapi hidup terpenjara menjadi hanya pelakon dalam kocek lobi Yahudi. Pihak lobi Yahudi di Amerika Syarikat tidak se bodoh mana kerana ramai presiden AS yang sebelum ini pun tidak berdaya merdeka dari belitan mereka. Sila baca buku yang di tulis oleh Henry Ford (1863–1947), pengasas Ford Motor Company, bertajuk THE INTERNATIONAL JEW - THE WORLD'S FOREMOST PROBLEM.
Pencalonan umpama pasport - Syed Hamid
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan kejayaannya mendapat cukup pencalonan untuk jawatan Naib Presiden UMNO seperti 'pasport' yang membuka peluang kepada ahli-ahli parti itu untuk menilai dirinya pada pemilihan Mac depan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, kelayakan itu juga membuktikan keyakinan ahli-ahli parti kepada khidmatnya selama ini…
Ulasan: Yang sedihnya, ada orang mendapat pencalonan melalui politik wang (rasuah). Kesian UMNO yang terperangkap di dalam rasuah.
Pemuda ancam terjun elak ditangkap khalwat
KOTA BHARU 4 Nov. - Orang ramai di sini gempar pagi ini apabila seorang pelajar institusi pengajian tinggi mengancam terjun bangunan bagi mengelak ditangkap oleh anggota pencegah maksiat kerana dipercayai berkhalwat.
Pemuda berusia 21 tahun itu dikatakan cuba terjun dari bumbung sebuah hotel bajet di Jalan Pengkalan Chepa hingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat dipanggil bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi pemuda itu bersama pasangannya, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini, telah memecahkan siling untuk melarikan diri ke bumbung hotel berkenaan…
Ulasan: Pelajar biasanya belajar dari kita yang tua yang menunjukkan akhlak tidak baik.
Thursday, October 30, 2008
Ingatan kepada hakim
Beliau menegaskan, tindakan drastik termasuk disingkirkan daripada badan kehakiman boleh dikenakan kepada mereka serta pegawai kehakiman yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan bersungguh-sungguh.
‘‘Kita harus ingat gaji kita dibayar daripada kocek rakyat. Jika merasakan tidak mampu memberi khidmat terbaik (mungkin kerana beban kerja terlalu berat atau gaji tidak memadai), kita ada pilihan.
“Pilihannya sama ada terus memikul beban demi kepentingan awam atau meninggalkan jawatan masing-masing atas kepentingan peribadi,” katanya…
Ulasan: Hakim jangan makan rasuah dan mengampu. Sebenarnya hakim negara adalah rakyat. Gaji semua menteri dan staf kerajaan adalah menggunakan wang rakyat. Jangan belot kepada rakyat.
(Perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi diselubungi kontroversi kerana rekod beliau sebagai ahli Umno dan peguam serta beberapa jawatan penting dalam parti itu. Begitu juga dengan lonjakan bagaikan roket ke jawatan penting institusi kehakiman Negara. Dalam masa setahun, Zaki meluncur dari seorang peguam terus dilantik ke Mahkamah Persekutuan melepasi jawatan Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rayuan. Beliau kemudian di naikkan ke Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudian kini ke Ketua Hakim(Minda Editor, Suara Keadilan, 29 Okt – 5 Nov 2008, ms 6)). Harapnya UMNO lenyap lagi cepat...
Bekas Gabenor Bank Indonesia dihukum penjara
JAKARTA 29 Okt. - Bekas Gabenor Bank Indonesia (BI), Burhanuddin Abdullah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Anti Rasuah atas kesalahan rasuah bernilai AS$10.3 juta (RM36.8 juta), hari ini.
Burhanuddin dituduh menggunakan dana bank tersebut untuk merasuah anggota Parlimen dan mengupah peguam bagi mempertahankan para pegawainya yang dituduh melakukan rasuah.
Tertuduh juga dikenakan denda sebanyak 250 juta rupiah.
Burhanuddin berkhidmat di bank itu dari tahun 2003 sehinggalah beliau digantikan pada awal tahun ini…
Ulasan: Kedudukan seseorang adalah sebenarnya satu dugaan dari Allah. Perlu sentiasa bersabar dalam ketaatan dan menjauhi maksiat.
Presiden Maldives tewas pilihan raya
MALE 29 Okt. - Presiden Maldives selama 30 tahun hari ini mengaku kalah kepada bekas aktivis politik yang beliau penjarakan berulang kali kerana memperjuangkan demokrasi di kepulauan tropika di Lautan Hindi ini.
Kesemua 179,343 undi telah dikira dan Mohamed "Anni" Nasheed mendapat 54.2 peratus undi berbanding 45.8 peratus yang diperoleh Presiden Maumoon Abdul Gayoom yang juga pemimpin paling lama memerintah di Asia.
Kemenangan Nasheed dalam pilihan raya pelbagai parti pertama negara itu menggambarkan pahit maung yang dilalui seorang aktivis yang merupakan pengkritik kuat Maumoon serta perjuangan demokrasi yang menyaksikannya didakwa 27 kali dan dipenjara atau diusir ke pulau terpencil selama enam tahun…
Ulasan: Semoga Maldives dalam redha Allah.
Tidak sangka rakan sanggup culik bayi
KUANTAN 29 Okt. - Seorang suri rumah yang bayinya diculik semalam, tidak menyangka rakannya tergamak melakukan perbuatan itu semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Mangsa, Zaiton Awang, 37, juga tidak menyangka rakannya berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang ahli sindiket menculik bayi di negeri ini…
Ulasan: Berhati-hati adalah lebih baik daripada menyesal di kemudian hari.
Wednesday, October 29, 2008
Lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata pendaftar tidak boleh mencatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf iaitu anak-anak luar nikah, kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 299…(BH, 29/10/08).
Ulasan: Kebiasaannya seseorang perempuan mengandung dan melahirkan tanpa bapa yang sah adalah angkara zina, persetubuhan tanpa nikah yang sah, yang merosakkan zuriat manusia zaman berzaman. Sewaktu di buai nafsu tidak ramai yang meninggalkan zina. Keseronokan hanyalah sekejap. Kita anak halal jangan sampai bertanggung jawab terhadap kelahiran anak haram. Anda Bijak Tidak Berzina. Apakah ada pemimpin BN/UMNO yang mengambil berat dengan moral generasi pelapis ?
Pelajar maut cuba bantu mangsa ragut
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut ketika cuba menolong seorang wanita mangsa ragut, apabila motosikalnya diterajang peragut terbabit, di Jalan Kinabalu, berhampiran Menara Daya Bumi, di sini, awal pagi ini.
Ketika kejadian jam 5.40 pagi, mangsa yang juga pekerja sambilan sebuah restoran makanan segera sedang berehat apabila melihat mangsa cuba diragut seorang lelaki…(BH, 29/10/08).
Ulasan: Semoga Allah membalas jasamu. Jangan biarkan jenayah bermaharajalela.
Pendatang asing bawa malaria ke Pulau Pinang
GEORGETOWN: Pendatang asing dikesan sebagai punca utama yang membawa kepada peningkatan bilangan kes malaria di negeri ini kepada 134 kes dalam sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 54 kes tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata sebanyak 114 kes atau 85 peratus daripada 134 kes adalah dari kalangan pendatang asing.
Beliau berkata kes membabitkan mereka yang bekerja di sektor pertanian dan pembinaan dan hampir semuanya membabitkan pendatang tanpa izin dari Myanmar…(BH, 29/10/08).
Ulasan: Syorkan supaya diadakan pemeriksaan yang lebih ketat untuk menyelamatkan masalah masuk ke negara kita.
K
Tunda beli Eurocopter
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu akan membolehkan perbelanjaan pembelian yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion disalurkan untuk projek lain yang boleh memberi faedah secara langsung kepada rakyat tanpa kerajaan membuat sebarang pinjaman baru…
Ulasan: Kalaulah semua orang lurus dan soleh memang betullah bila PM berkata, “Saya tidak percaya berlaku penyelewengan kerana pemilihan Eurocopter dilakukan melalui tender terbuka dan banyak syarikat terlibat.” Tapi pemerintahan BN selama ini, semenjak merdeka, melahirkan ramai manusia yang cinta dunia, asalkan dapat apa pun jadi terutama menghabiskan wang rakyat. Eloklah di siasat habis-habisan sebelum menyerahkan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang rakyat tahu betapa liciknya dulu.
Pemilikan ekuiti Melayu hanya 19 peratus
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pencapaian bumiputera dalam pemilikan ekuiti syarikat senaraian awam setakat ini baru mencapai 19 peratus, jauh daripada 30 peratus yang disasarkan sewaktu Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kerajaan pada 1970.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, sehubungan itu cadangan agar syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dimansuhkan tidak boleh diterima sama sekali.
‘‘Sebelum mengutarakan cadangan begitu, pihak-pihak berkenaan harus mengkaji kedudukan ekonomi kaum Melayu dan bumiputera terlebih dahulu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Meraikan Kejayaan GiatMara di sini hari ini…
Ulasan: Inilah hasil kerja UMNO yang kita selama memegang pucuk kuasa di Negara kita. Tiga puluh tahun terbazir sedangkan pemilikan ekuiti Melayu hanya 19 peratus. Kebanyakan yang kaya dan banyak harta ialah pemimpin politik UMNO. Terbukti kalau pemimpin cinta dunia, habis duit Negara.
Pelajar maut digilis trem
JOHOR BAHRU 28 Okt. – Kegembiraan satu keluarga menyambut Deepavali di Teluk Danga dekat sini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang anggota keluarga mereka maut digilis trem.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan St. Joseph di sini dipercayai terjatuh daripada tempat duduknya sebelum digilis satu daripada dua gerabak trem itu dan cedera parah di kepala…
Ulasan: Apakah amalan keselamatan dari syarikat yang menyediakan trem? Fikirkan menuntut pampasan kerugian supaya tidak berlaku lagi di masa depan
.
Melamin dalam makanan ternakan?
BEIJING 28 Okt. - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini menggesa China supaya mendedahkan jika melamin yang ditemui dalam produk tenusu, turut digunakan dalam makanan ternakan dan makanan lain.
Pegawai Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, Zhang Zhongjun berkata, kebimbangan meningkat mengenai bahan kimia itu turut digunakan dalam ternakan seperti ikan dan daging, selepas ia dikesan dalam telur ayam yang dijual di Hong Kong.
Katanya, Kementerian Pertanian China sedang menyiasat kemungkinan melamin turut digunakan dalam makanan ternakan.
Ulasan: Angkara menipu untuk mengejar keuntungan dengan memasukkan melamin ke dalam makanan bagi meningkatkan kandungan protein dilakukan oleh pengeluar produk tenusu. Hasilnya membahayakan pengguna dan merosakkan imej syarikat kita. Pengguna membayar tapi produk yang membahayakan diri.
Lebih 11,000 subkontraktor rugi RM1b ditipu – Perkem
KUALA LUMPUR 28 Okt. - Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia (Perkem) mendedahkan lebih 11,000 subkontraktor mekanikal, elektrik dan elektronik (MEE) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sejak 1987 kerana menjadi mangsa ditipu kontraktorkontraktor utama.
Sehubungan itu, banyak projek binaan dan pemasangan MEE terbengkalai di seluruh negara disebabkan para subkontraktor tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan.
Presidennya, Mohsen Hasbollah berkata, kontraktor utama yang terlibat didapati bersikap terlalu tamak dan tidak membayar hasil kerja yang dilaksanakan subkontraktor yang dilantik itu.
Katanya, perkembangan itu amat membimbangkan dan ia menyebabkan banyak subkontraktor terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak mempunyai pusingan modal dan tidak mempunyai keuntungan…
Ulasan: Jangan mungkir janji. Kalau tabiat pembelit dan susah bayar hutang lebih baik jangan jadi kontraktor. Bayar yang seperti apa yang di janjikan pada tempohnya. Kita seronok berniaga tapi sukar bayar hutang, lambat laun akan perniagaan tutup dan kena jawab di akhirat.
Tuesday, October 28, 2008
Poligami panjang umur
Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.
Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali…(BH, 24/10/08).
Ulasan: Apa pun kita kena terima bahawa poligami adalah Sunnah Rasulullah s.a.w., dan di amalkan dengan jayanya oleh kebanyakan sahabat-sahabatnya. Memang Sheikh Abdul Qadir Jailani dalam hidupnya lambat berkahwin iaitu semasa umurnya 40 tahun tetapi berkahwin 4 sekaligus.
SMS ugut tak sihat
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan perbuatan itu tidak seharusnya dilakukan sesiapa saja kerana calon yang hendak bertanding mesti menzahirkan amalan demokrasi sihat…
Ulasan: Sila buat laporan pihak polis dan berikan peluang kepada PDRM untuk menyiasat kalau betul-betul sayangkan negara kita.
Saham bir dibantah
BANGKOK: Beratus-ratus orang mengambil bahagian dalam demonstrasi di luar bursa saham Thailand semalam bagi membantah rancangan pembuat bir terbesar negara itu menyenaraikan sahamnya di pasaran.
Mereka percaya, tindakan itu akan menggalakkan lebih ramai penduduk mengambil minuman keras…
Ulasan: Bir itu sejenis arak (intoxicant). Arak adalah punca segala kejahatan seperti maksud Hadith Rasulullah s.a.w yg maksudnya : “Khamar adalah punca kejahatan”.
Friday, October 24, 2008
Lembaga Disiplin diberi mandat sepenuhnya
KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO memberi mandat kepada Lembaga Disiplin parti bagi menangani gejala politik wang yang berlaku dalam tempoh kempen pemilihan parti kali ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan permintaan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Lembaga Disiplin baru-baru ini supaya membanteras politik wang dengan tegas…
Ulasan: Kalau ahli sudah melanggar undang-undang negara, sila buat laporan polis dan kalau perlu BPR. Mengapa kita biarkan ahi-ahli melanggar undang-undang?
Kabinet bakal dirombak – PM
BEIJING 23 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet ekoran perubahan pucuk pimpinan MCA baru-baru ini…
Ulasan: Memberi isyarat aku masih berkuasa walaupun sekejap.Bina masjid Cina di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) hari ini mencadangkan agar kerajaan membina sebuah masjid Cina di pusat bandar Kuala Lumpur dengan segala aktivitinya termasuk kuliah dan khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Mandarin.
Menurutnya, masjid seperti itu yang terdapat di Surabaya, Indonesia iaitu Masjid Cheng Ho yang dibina khas untuk masyarakat Cina Islam, haruslah dibina mengikut senibina Cina. ‘‘Saya usulkan pendekatan dakwah ini kerana terdapat ramai masyarakat Cina di negara ini dan ramai yang telah memeluk agama Islam tetapi tidak ada masjid Cina untuk memenuhi keperluan golongan tersebut.
‘‘Saya mencadangkan agar masjid itu dibina di tapak Penjara Pudu yang berdekatan dengan Bukit Bintang kerana ia dikelilingi oleh masyarakat Cina,” katanya semasa membahaskan Bajet 2009…
Ulasan: Islam sebagai agama Allah untuk semua manusia.
Majlis Fatwa putuskan pengkid haram
KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.
Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.
‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.
‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad…
Ulasan: Telah lama kita tahu bahawa Islam melarang orang lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan pula di larang menyerupai lelaki. Janganlah kekeliruan pemahaman dan kebanggaan semasa bersama kumpulan menyebabkan kita menolak kebenaran. Ingatlah bahawa Allah akan membicarakan kita secara bersendiridi di depan seluruh manusia lain di hari kiamat nanti.
Jangan sakiti hati kaum lain
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan hati kaum lain kerana ia akan menjejaskan usaha kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ingatan itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap rakyat kembali berpegang kepada prinsip asas iaitu warganegara Malaysia tidak kira kaum, agama atau budaya mesti dihormati…
Ulasan: Tetapi ini selalunya berpunca dari orang politik yang sudah kecewa dan harapkan sokongan segera dari rakyat. Bukan rakyat.
PAC bincang isu Eurocopter 29 Oktober
NILAI 23 Okt. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan mesyuaratnya pada 29 dan 30 Oktober ini bagi mengkaji secara terperinci segala isu yang berkaitan dengan pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri…
Ulasan: Khabarnya untuk sebuah helicopter Eurocopter, Brazil bayar hanya RM83j. Kita pula bayar RM193j dan tidak dapat pemindahan teknologi. Yang kena jawab kepada RAKYAT kerana menghabiskan WANG RAKYAT ialah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan bekas Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi. Sekarang jadi Menteri Kewangan pula. Apa pula akan jadi kalau menjadi Perdana Menteri selepas ini?