Wednesday, May 13, 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MENGELIRUKAN

Tajuk asal: Perintah digantung 

Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.

Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya?

Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
17 Jamadil Awal 1430 

http://zul4kulim.blogspot.com/

http://angkasanuri.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamah-rayuan-mengelirukan.html

Berikut ialah berita yang di bincangkan:

Zambry kekal MB Perak
PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal buat masa ini sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Hakim Datuk Ramly Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan tersebut.

Hakim Ramly ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, mahkamah menggunakan bidang kuasanya mengeluarkan perintah penggantungan tersebut berdasarkan kepada keunikan dan kepentingan situasi politik di Perak.

Beliau menyatakan, perkembangan di Perak bukan hanya melibatkan Zambry selaku Menteri Besar malah ia turut membabitkan keseluruhan perjalanan politik di negeri tersebut.

''Mahkamah menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu setelah berpuas hati bahawa perkembangan kes ini amat penting dan unik. Rayuannya akan didengar pada tarikh awal,'' ujar Hakim Ramly. 

Semalam, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, setelah hampir 18 jam keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan, Zambry memfailkan permohonan rasmi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 9.30 pagi ini agar perintah itu digantung sementara menunggu rayuan selesai.

Tindakan itu dibuat berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz semalam yang menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakilinya untuk menangguhkan perintah keputusan tersebut.

Permohonan itu ditolak setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu.

Selain permohonan penangguhan, Zambry hari ini turut memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Notis rayuan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Zul Rafique & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di ibu negara kira-kira pukul 9 pagi ini.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berhujah agar penangguhan perintah itu ditolak dan memohon mahkamah mengembalikan isu berbangkit ke Mahkamah Tinggi.

Beliau menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi sudah memberi laluan bahawa penangguhan boleh dibuat asalkan Zambry memfailkan permohonan secara bertulis di samping mengemukakan nas undang-undang yang berkaitan.

Sulaiman dalam hujahnya turut memohon agar satu tarikh awal ditetapkan untuk mendengar rayuan terhadap perintah tersebut bagi membolehkan ia diselesaikan segera.

''Jalan penyelesaian yang ada ialah menolak permohonan penangguhan atau mengembalikan ke Mahkamah Tinggi melainkan mahkamah berpendapat isu berbangkit sudah akademik kerana Zambry bukan lagi Menteri Besar Perak,'' ujar Sulaiman.

Menurut beliau lagi, Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melainkan setelah mendapat perkenan Sultan Perak yang mana ia pernah ditolak pada kali pertama permohonan dibuat.

Kata Sulaiman, jika mahkamah menetapkan tarikh awal, kemungkinan Sultan Perak akan menangguhkan perkenan baginda (agar Dewan dibubarkan) dan menunggu sehingga keputusan dikeluarkan.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry pula berhujah, perintah Mahkamah Tinggi itu perlu ditangguhkan segera bagi menyekat Mohammad Nizar memperoleh perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah bagi kerajaan Malaysia berhujah agar isu itu diselesaikan ke peringkat Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Beliau menyatakan, perkembangan politik di Perak memberi kesan kepada seluruh negara dan jika dilengah-lengahkan akan menimbulkan krisis yang berpanjangan.

Sementara itu di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersama-sama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Barisan Nasional (BN) memberitahu, keputusan itu menandakan kejayaan awal BN yang diperoleh berlandaskan kepada lunas undang-undang.

Menurut Mohd. Hafarizam, penangguhan itu dengan sendirinya menjadikan perintah semalam digantung manakala status quo Zambry serta barisan Exconya kekal.



Umno (Baru) ditubuhkan 1988 tapi sambut ulangtahun penubuhan yang ke 63 tahun

PELIK TAPI BENAR... Umno (baru) yang ditubuhkan tahun 1988 telah raikan ulangtahun penubuhannya yang ke 63 tahun.

Sudahlah nama pun dah tipu Melayu (kononnya parti Melayu, tapi nama pun omputih), sejarah penubuhan pun nak tipu Melayu jugak ke?

Patutlah Melayu yang menganut ajaran sesat Umno itu susah nak bukak mata. Sebab 25 jam sehari ditipu hidup2 oleh pemimpin Umno.

Umno yang berjuang untuk capai kemerdekaan dah tak ada la pakcik / makcik. Umno yang ada sekarang adalah Umno baru. Falsafah dan agendanya pun baru, dasarnya lagi lah baru.

Dulu Pakcik Makcik sokong Umno bagai nak rak sebab Umno pejuang bangsa, pejuang kemerdekaan (kononnya la), tetapi Umno sekarang dah berubah la Pak Cik Makcik.

Orang sekarang masuk Umno sebab nak rompak duit rakyat dan pembayar cukai. Orang masuk Umno sekarang ini sebab nak kaya, kuasa, buat dosa, maksiat, nak dapatkan perempuan, dan macam-macam tujuan (yang bukan baik).

Umno bukan lagi landasan perjuangan yang sesuai untuk Pak Cik dan Mak Cik. Tinggalkan saja kapal yang bakal karam itu. Ayuh sertai PAS dan Pakatan Rakyat.

http://pemudakemehe1.blogspot.com/

BN Macam Kucing Nampak Penyapu

Ketika PM Najib membebaskan tahanan ISA, dia berkata tindakannya itu menafikan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan suka menahan orang tanpa bicara. Itu juga menafikan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan BN zalim terhadap rakyat.

Maksudnya, BN memang baik dan bukan suka menahan orang di bawah ISA.

Apabila Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada Nizar, orang Umno pun berkata keputusan mahkamah itu membuktikan mahkamah negara ini adalah bebas dan adil. Tohmahan bahawa mahkamah menyebelahi BN yang berkuasa adalah tidak benar.

Maksudnya, BN tidak mengongkong mahkamah dan mahkamah kita adil.

Ketika Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihanraya lalu, BN berkata kemenangan itu membuktikan demokrasi di Malaysia adalah subur. Itu juga membuktikan bahawa tohmahan pembangkang bahawa SPR dikuasai BN adalah tidak benar.

Maksudnya, BN menjulang demokrasi dan SPR tidak menyebelahi BN.

Ketika Zambry diputuskan oleh mahkamah bahawa dia bukan MB Perak yang sah dan akan mengosongkan pejabat, blogger Umno berkata itu menafikan tohmahan Pakatan Rakyat bahawa Zambry gila kuasa dan dia bukan macam Nizar.

Maksudya, BN tidak gila kuasa dan MB BN adalah baik-baik belaka.

Soalan saya ialah:

   Sejak bilakah menteri BN pandai membebaskan orang daripada ISA?
   Sejak bilakah mahkamah kita bebas dan tidak tunduk kepada eksekutif?
   Sejak bilakah BN tidak berupaya mengongkong SPR?
   Sejak bilakah MB BN tidak gila kuasa?

Saya ada satu jawapan sahaja, iaitu 'sejak rakyat bangkit'. Semuanya kerana kebangkitan rakyat.

Tahanan ISA dibebaskan kerana desakan rakyat, mahkamah tidak berani mengikut telunjuk BN kerana ditekan oleh rakyat, BN tidak berani mengongkong SPR kerana himpunan rakyat dan MB BN tidak gila kuasa bila dia tahu dia akan diusung keluar oleh rakyat. 

Kalau ada blogger Umno tak percaya dengan jawapan itu, saya sarankan dan cadangkan kepada BN, ayuh, teruskan amalan itu. Tahan lebih ramai dalam ISA, kongkong mahkamah, kongkong SPR dan Zambry jangan turun. Selepas itu mari kita tengok apa jadi dengan BN. Kenapa? Kerana BN buat semua itu bukan kerana dia baik tetapi kerana dia takut.

Alaaah, macam kucing juga. Dia bukan tidak teringin dengan lauk goreng di atas meja tu, cuma tuan punya lauk pegang penyapu. Tak percaya, suruh tuan lauk tu letak penyapu. Tengok apa jadi!

Tak gitu ke sahabatku blogger Umno?

Dari: http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tuesday, May 12, 2009

Bir halal kelirukan masyarakat Islam

KUALA LUMPUR 11 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan penggunaan istilah bir halal kerana istilah tersebut dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, mereka telah menerima aduan daripada pengguna Islam mengenai bir halal yang dijual di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Pengguna Islam berasa kurang selesa tentang perkara ini kerana istilah bir halal yang digunakan agak keterlaluan.

“Kami mencadangkan satu garis panduan pengiklanan yang lebih ketat mengenai penjenamaan makanan dan juga minuman yang boleh menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Nirwandy, syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan bir halal tersebut perlu dilarang menggunakan penjenamaan bir halal untuk tujuan promosi di negara ini.

Ulasan: Musuh-musuh kita akan terus membuat helah supaya kita mengikut cara hidup mereka. Nanti di negara kita akan di penuhi kekeliruan dengan iklan bir halal, babi halal, judi halal, zina halal… Eloklah di hentikan sebelum ianya parah.

Alahai Pramugari MAS : Penerbangan Haji Bertudung, Penerbangan Biasa Buang Tudung

Oleh mankip

Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.

Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.

Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.

Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari. 

Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.

Mengapakah pramugari MAS mesti bertudung?

Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam. Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat. Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya. Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama?

Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.

Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam. Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia. Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Pramugari MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Pak Lah dan Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul! 

Sumber: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=19121

Ulasan: Jangan hanya bekerja untuk mendapat gaji bulanan tapi bekerjalah dengan mencari redha Allah. 

Preak Implications for Najib

What happened in Perak yesterday surely has major implications for Najib, the newly crowned PM. After all, he was the mastermind of the Perak BN takeover. After all, he was the one who has been lining up all of the machinery of the nations: the media, police, judiciary, royalty, and the state civil servants, against PR in order to impose his version of the truth. And he himself has been so confident in ‘the truth’.
1. That the latest development really took Najib by surprise is evident by the widely reported fact that up to the very day of the historic event he was still painting a picture of the truth versus falsehood, the good versus evil, with the truth and the good undoubtedly siding with BN.

2. That he gave up the post of the Perak UMNO state chief (which he assumed very briefly prior to the infamous takeover) in favour of his chosen MB, Zambry, is another indication that he is so confident in his version of the truth.

3. That he offered a (flimsy, ambivalent and vague) olive branch to the Pakatan is an indication that he did not know of things that would come his way.

4. That he was humiliated in Bukit Gantang and yet did not did derive any lessons is evident of his great imbecility.

5. Alas, Najib could not be farther than the truth, the High Court rules.

6. The new PM is seen to be NOT on top of the events in the nation.

7. The new PM is not the mover of events in the very land where his rule is supposed to reign supreme.

8. The PM is indeed just moved, in fact maybe baffled, by events surrounding him.

9. That the latest turn of event took place within the first 100 days of his rule is a blow so devastating for Najib.

10. That is unbecoming of a PM.  

While Pak Lah is well-known for doing mainly nothing, Najib is fast assuming the reputation of doing a lot of things , many of them blunders. Big blunders. Blunders that render a bigger man quitting his leadership role.  

But then, his mentor had once shown him the way in 1988, and poor Najib knows no better.  

The two episodes, in 1988 and 2009, just go to show that when a BN PM with no legal background take the helm of the country, all one can expect is constitutional and legal chaos. In 1988 it was already very bad. Yet, in 2009 what we have just seen is only the beginning...

AAR

Monday, May 11, 2009

Reformasi UMNO? Harapan kepada Pengkhianat.

Tajuk asal: Mengenang Sejarah Penubuhan UMNO, Reformasi Apa Yang Mahu Dilakukan Seandainya Pengkhianat Rakyat Yang Sama Terus Berkuasa !! 

Terkadang rasa macam terharu, tatkala mendengar kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak bahawa parti UMNO perlu melakukan perubahan pemikiran, politik dan pendekatan, termasuk cara berkomunikasi untuk kekal relevan memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Apa yang disarankan oleh Najib itu seolah-olah menunjukkan yang beliau kini sudah mula insaf dan memikirkan nasib rakyat. Namun, apakah transformasi dan reformasi yang dilakukan dalam UMNO itu akan tercapai agaknya?. Konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Najib juga dilihat "indah khabar dari rupa" dan ditolak oleh majoriti rakyat. 1Malaysia satu kenyataan yang dibuat tanpa isi kandungannya. Maknanya konsep itu dicipta oleh Najib "sesedap hatinya" sahaja, sedangkan apa yang tersurat di sebaliknya "nothing". Seolah-olah Najib cuba untuk mengaburi mata rakyat dengan satu konsep yang beliau sendiri tidak faham sebenarnya. Apa yang dilaung-laungkan itu hanya sekadar "retorik politik" semata-mata. Namun hakikatnya tetap sama, yang kerajaan UMNO dan BN hanya akan memberi perhatian, peruntukan dan kebajikan kepada puak-puak mereka sahaja. Dasar inilah yang telah digunakan sejak sekian lama. Buktinya jika rakyat yang tidak menjadi ahli UMNO dan menyokong BN dalam setiap kali pilihanraya maka mereka aka dicop sebagai pengkhianat bangsa dan negara. Seolah-olah hanya UMNO sahaja yang relevan buat orang-orang Melayu. Walhal mereka ini sebenarnya hanya asyik "syok sendiri" sejak dulu, kini dan selamanya.

Dalam pada itu Najib juga ada berkata, UMNO jangan terlalu bersandarkan kepada soal sentimen, ingatan nostalgia jasa dan bakti yang ditabur selama ini kepada bangsa serta negara. Beliau berkata, ini kerana persekitaran politik sekarang sudah berbeza dengan politik ketika UMNO mula ditubuhkan dahulu. Memang benar, UMNO dizaman Tuanku Abd Rahman dan ayahandanya sendiri, Tun Razak dilihat agak relevan untuk membela nasib orang Melayu dan rakyat Malaysia. Namun bermula era Mahathir, UMNO sudah hilang hala tujunya dan mula dilihat menjadi "duri dalam daging" kepada bangsa sendiri. Mereka yang berjuang dalam UMNO sudah nampak bahawa parti itu adalah "lubuk duit dan kemewahan". Maka, bila mereka memegang jawatan dan beroleh kuasa mulalah beralih arah. Daripada ingin membela dan membantu rakyat kepada mengumpul kekayaan peribadi yang tidak "cukup-cukup". Habis projek-projek kerajaan disapu bersih oleh puak-puak mereka. Dari kontrak ribu-ribu hinggalah juta-juta, semuanya dimonopoli oleh kaum kerabat, sanak saudara dan kroni-kroni mereka. Akhirnya rakyat terus merana, mana yang ada masalah air akan terus dibiarkan. Mana yang memohon tanah sekangkang kera akan terus dibiarkan. Mana yang memohon projek rumah rakyat termiskin akan terus dibiarkan. Mana yang memohon biasiswa atau peruntukan yang lain akan terus dibiarkan. Siapa yang mendapat segalanya, bukan rakyat tetapi puak-puak UMNO sendiri. Mereka yang tidak layak, berjawatan dan dari keluarga yang senang diberi tawaran menduduki rumah dan tanah.

Rakyat yang layak tidak dapat menikmati segala kemudahan yang dijanjikan. Kuasa dan suara rakyat hanya ditagih tatkala musim pilihanraya sahaja. Mereka akan disogok dan disuap dengan berbagai imbuhan untuk memancing undi. Akhirnya rakyat yang "buta huruf, mata dan hati" tertipu dek kebijaksanaan pemimpin seperti ini. Maka mereka akan terus ditipu sampai bila-bila dan selamanya jika UMNO terus berkuasa. Maka itulah rakyat harus disedarkan dari lamunan mimpi. Agar mereka tidak terus alpa dalam kepalsuan. Sudah cukup masanya untuk memberi kepercayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional memerintah negara ini. Tiada perubahan apa yang dapat dilakukan oleh mereka selagi pengkhianat rakyat yang sama terus berkuasa. Mengamalkan projek dan peruntukan suku-suku. Kerajaan yang hanya melayan puak-puak mereka sahaja untuk menikmati segala kemewahan dan hasil mahsul negara ini. Sebaliknya rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka akan ditindas, ditakut-takutkan serta diperlakukan sesuka hati. Segala istrumen kerajaan digunakan dengan sepenuh jiwa dan raga untuk membolehkan rakyat dicengkan oleh sekelumit kuasa dari orang yang "gila untuk berkuasa". Mereka melaungkan kononnya membela rakyat, tetapi hakikatnya rakyat terus terabai dan berada dalam paras kemiskinan. Sudah tiba masa untuk rakyat melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Yakinlah, kembalikan kuasa kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam perjuangan ini. Sampai bilakah kita harus ditipu dengan "reformasi 1Malaysia" yang disajikan oleh Perdana Menteri yang baru kali ini. Maka itulah, jika reformasi yang mahu dilakukan dalam UMNO masih lagi mengamalkan "aku aku mu mu" dan membelakangkan rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka. Hak-hak rakyat , wakil rakyat dan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terus dinafikan. Rakyat tidak dilayan sama taraf antara penyokong mereka dan penyokong lawan. Maka tunggulah zaman kejatuhan "Kerajaan Haprak" UMNO dan Barisan Nasional pasti akan tiba jua tidak berapa lama lagi.

[Sebagai permulaan, ayuh ! bangkitlah rakyat dan pengundi di DUN Penanti. Humbankan jauh-jauh keegoan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka beri projek ambil, beri wang ambil beri apa sahaja semuanya ambil. Tapi ingatlah, pangkah! pastikan pangkah Pakatan Rakyat. Mereka boleh membeli Wakil Rakyat seperti yang berlaku di Perak. Tetapi mereka akan merana bila berhadapan dengan suara rakyat. Maka itulah kita tidak hairan bila UMNO dan BN seolah-olah mahu lari dari kenyataan terpaksa berhadapan dengan sebuah pilihanraya kecil di negara ini. Jika senario ini berterusan, maka PDO juga yakin mereka juga akan gusar untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum akan datang diadakan. Atau mungkin juga pakatan antara BN dengan SPR akan diperkukuhkan dalam usaha untuk terus menipu serta membohngi rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini].

Dari: http://pahangdaily.blogspot.com/

Kerajaan tak tagih ucapan terima kasih - Hishamuddin

10 May 2009 KL: Kerajaan tidak mengharapkan atau menagih ucapan terima kasih daripada pemimpin pertubuhan haram Hindraf P. Uthayakumar yang dibebaskan semalam dari tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. 

"Memang kita tak mengharapkan dia berterima kasih, kita pun tahu dia degil, mengoyakkan bajunya sebelum dibebaskan, dan fitnah macam-macam," katanya sebagai mengulas kenyataan Uthayakumar yang tidak akan berterima kasih kepada kerajaan yang membebaskannya.

"Saya nak ingatkan dia bahawa dia kini adalah rakyat biasa, bebas dari ISA tidak bermakna dia ada imuniti kepada undang-undang lain," kata Hishammuddin dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata, segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan Uthayakumar akan dibuktikan serta tindakan tegas akan dikenakan terhadap Uthayakumar sekiranya melanggar undang-undang sepertimana yang dilakukan orang biasa lain, " katanya.

Seramai 13 tahanan ISA yang ditahan sejak Dis 2007 dibebaskan semalam termasuk dua pemimpin Hindraf yang lain iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M. Manoharan, dan K. Vasantha Kumar.

Di KEPALA BATAS, PAS menyokong kenyataan bahawa beliau tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskannya daripada tahanan mengikut ISA.
"Saya setuju dengan Uthayakumar bahawa tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana penahanannya itu sebenarnya tidak perlu," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas merasmikan Konvensyen Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang hari ini. Bernama.

Ulasan: Rakyat sudah semakin cerdik. Rakyat sudah tahu bahawa ISA adalah undang-undang rimba yang banyaknya di gunakan untuk memerangkap pihak yang anti-kerajaan. Bila rakyat buat jenayah, polis sila tangkap dan dakwa. Tapi ada orang yang buat jenayah, tetapi polis tak tangkap dan tak didakwa. Kenapa?

Jangan terpengaruh budaya Barat

SRI AMAN 10 Mei - Golongan belia di negeri ini diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang bertentangan dengan amalan budaya dan adat resam masyarakat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri berkata, penerimaan budaya Barat yang keterlaluan oleh golongan belia akan menghakis identiti kaum sendiri, malah lama-kelamaan ia akan hilang pada masa hadapan.

Menurutnya, golongan ibu bapa perlu lebih prihatin serta menyemaikan nilai-nilai murni ke dalam diri anak masing-masing agar jati diri mereka tetap utuh sampai bila-bila.

''Kita begitu khuatir sekiranya anak muda pada hari ini begitu terpengaruh dengan budaya kurang sihat (Barat) kerana secara tidak langsung ia akan menghilangkan identiti kaum mereka sendiri.

''Golongan muda pada hari ini seharusnya menjadi pewaris bagi memelihara budaya dan adat resam kaum masing-masing agar negara ini masih mempunyai khazanah yang berharga untuk diperturunkan kepada generasi seterusnya," katanya di sini malam tadi…

Ulasan: Orang barat meninggalkan agama mereka mencari keseronokan duniawi. Akhirnya ramai mereka kembali mengamalkan agama yang dulunya mereka tinggalkan. Dalam pencarian kebenaran, ramai mereka berjumpa dengan Islam. Kita pula bagaimana?

Makanan tidak halal punca masalah sosial - Nooh

JOHOR BAHRU 10 Mei - Gejala sosial seperti mat rempit, ragut dan hubungan luar nikah di kalangan masyarakat yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini mempunyai kaitan rapat dengan faktor pengambilan makanan yang tidak halal.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata, bagi umat Islam, mereka sedar bahawa mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan wajib dalam apa jua aspek kehidupan, bermula daripada pemakanan hingga memperoleh pendapatan untuk menyara keluarga.

"Namun kelalaian mengikut nafsu dan kejahilan diri menyebabkan kita tidak menitikberatkan soal halal dan haram kerana makanan yang diambil untuk diri sendiri dan keluarga itu akan menjadi darah daging.

"Justeru, sekiranya kita mahu memperbetulkan kepincangan yang ada dalam sistem sosial terutamanya membabitkan generasi muda, ia perlu bermula daripada aspek yang paling asas termasuk makanan halal," katanya ketika berucap pada majlis lawatan di Pusat Penyembelihan Ayam (CPC) Pandan di sini, baru-baru ini.

CPC merupakan projek penswastaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan Mahabuilders Sdn. Bhd., melalui syarikat Triton Worldwide. 

Pusat berkenaan yang beroperasi 24 jam itu memiliki kapasiti menyembelih dan memproses ayam sebanyak 100,000 ekor sehari.

Pusat itu menyediakan perkhidmatan penyembelihan dan pemprosesan menggunakan mesin yang berteknologi dari Perancis dan mengikut garis panduan syarak apabila mematuhi peraturan syarak dengan menggunakan penyembelih yang bertauliah dari MAIJ.

Nooh berkata, mencari makanan yang halal dan bebas daripada subahat atau keraguan adalah sesuatu yang wajib bagi umat Islam kerana jika mereka memandang remeh soal halal dan haram pemakanan harian, dibimbangi akan mempengaruhi sahsiah dan keperibadian generasi akan datang.

Jelas beliau, makanan halal bukan sahaja membabitkan proses yang mengikut syarak semata-mata, tetapi juga mesti mempunyai aspek kebersihan dan tidak mendatangkan mudarat kepada manusia.

"Malah makanan yang dijamin halal mengikut syarak bukan sahaja dituntut kepada orang muslim, tetapi turut memberi banyak kebaikan kepada bukan muslim terutamanya dalam aspek pemakanan yang sihat dan berkhasiat.

"Ini kerana makanan yang halal itu adalah makanan yang bersih, baik dan selamat untuk dimakan," katanya.

Tambahnya, kajian secara saintifik telah membuktikan bahawa haiwan yang disembelih dengan cara yang betul seperti yang dituntut oleh hukum syarak mempunyai banyak kebaikan antaranya bebas daripada penyakit, tahan lama dan lebih sedap.

Ulasan: Jangan ikut sedap saja, tetapi ikutlah peraturan agama.

LPPKN hantar pasukan rancang jarak hamil

KUANTAN 10 Mei - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menghantar pasukan perubatan ke rumah-rumah terpilih melalui program Nur@rumah bagi memberi khidmat nasihat mengenai aspek perancangan keluarga dan menentukan jarak kehamilan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu diambil memandangkan masih terdapat pasangan suami isteri yang kurang memberi penekanan kepada aspek perancangan keluarga terutama jarak kehamilan…

Ulasan: Rajin berladang, tetapi tidak mahukan hasilnya…

Pembangkang perlu patuh perlembagaan

IPOH 10 Mei - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menasihatkan pemimpin pakatan parti pembangkang agar bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang jika ingin mendapatkan kembali kuasa bukannya mencetuskan kekecohan seperti bangsa tidak bertamadun.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, bangsa bertamadun yang maju adalah mereka yang bergerak dan hidup berteraskan kepada perlembagaan dan undang-undang…

Ulasan: Adakah anda telah menonton rakaman sidang ADUN Perak pada 7 Mei 2009? Kemudian berikan pendirian masing-masing, sama ada Pakatan Rakyat atau BN yang membuat angkara menafikan perlembagaan dan undang-undang yang ada. Dalam pilihan raya ke 13, jom kita mengundi parti selain yang membuat angkara seperti di atas.

ADILKAH Mahkamah Kita?

Tajuk asal: Jangan berharap Mahkamah adil 

11 Mei 2009, Mahkamah akan memutuskan sama ada Nizar atau Zambry Menteri Besar Perak yang sah.

Tanpa sebarang niat yang tak elok.. aku dapat rasakan keputusannya memihak kepada Zambry Kadir dari BN. Maapla kalau keterlaluan tapi semuanya dah diatur dah agar memihak kepada BN. Ia bersangkut ngan air muka depa..

Sultan secara resminya telah perkenankan Zambry dipermulaan isu..

Najib bukan main punya ranggi kata apa yang BN buat di Perak tu betoi..
Mahathir yang pada awainya tak setuju tapi la ni dah berlembut.. betoi tapi gopoh katanya..
Professor2 kangkung diupah buat ulasan depa tu betoi..
Peguam2 makan gaji gomen pun bersepah kata tindakan depa di Perak paling bertamadun..

1Malaysia tau, Ketua Hakim Negara adalah Ahli Umno..
1Malaysia tau, mana ada keadilan lagi buat Nizar..
1Malaysia tau, sistem kehakiman telah, sedang dan akan dilacurkan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi... bagi memastikan dinasti Mahajib terus berkuasa..

dari: http://shalehudin.blogspot.com/2009/05/jangan-berharap-mahkamah-adil.html

Ulasan: Rakyat sedang melihat permainan kotor BN...

Selamat Hari Ibu Altanshagai A/L Altantuya!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Bayangkan jika hari ini Altantuya masih hidup. Anaknya, Altanshagai Munkhtulga, 6 tahun, pasti akan mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada Altantuya yang mungkin diucapkan dalam Bahasa Khalkha (Bahasa Kebangsaan Mongolia), Bahasa Inggeris atau siapa tahu dalam Bahasa Melayu, jika Altantuya yang telah menganut agama Islam dengan nama Aminah Abdullah itu tinggal di Malaysia.

Tapi kini Altanshagai Munkhtulga telah menjadi anak yatim selepas ibunya diletupkan hingga terburai segala isi perut, daging dan tulangnya oleh bahan peledak C4. Siapa pembunuhnya dan siapa perancang pembunuhan yang dilakukan secara yang paling biadap dan tidak siuman itu sehingga kini tidak diketahui, kerana mahkamah enggan membongkarnya.

Kini Altanshagai tidak sempat mengucapkan selamat hari ibu, walaupun barangkali terlalu rindu untuk mengucapkannya. Kini Altanshagai kesepian dari belaian mesra seorang ibu yang dibunuh kejam bagi menyembunyikan satu rahsia besar.

Jika saya tahu bagaimana cara untuk menghubungkan saya dengan Altanshagai, ingin sekali saya memohon maaf kepadanya pada hari ini, kerana kegagalannya mengucapkan "Selamat Hari Ibu" adalah disebabkan oleh keganasan manusia berwatak haiwan yang dilahirkan di negara ini yang telah mengambil nyawa ibunya.

Maafkan rakyat Malaysia Altanshagai kerana membiarkan ibumu dibunuh kejam di negara ini. Maafkan kami rakyat Malaysia Altanshagai kerana tidak berdaya untuk membawa perancang sebenar kematian ibumu ke muka pengadilan. Namun kami percaya akan tiba suatu hari cerah kebenaran akan tersingkap jua dan sejarah akan mencatatkan kematian Altantuya akhirnya terbela.

Oleh: pendikar gunung kriang
http://pendikargunung.blogspot.com/

Ulasan: Detik-detik hitam noda akan terus mengejar kita...

Friday, May 08, 2009

Beri Saja Buku Undang-undang Itu Kepada Beruk Di Zoo Taiping!

Penunggang motosikal akan disaman kerana tidak pasang lampu siang hari. Mengikut undang-undang, walau pun hari panas terik, lampu motosikal wajib dipasang. Mengapa wajib pasang? Itu undang-undang.

Pakai tali pinggang keledar belakang adalah wajib. Gagal memakainya akan disaman. Mengapa wajib pakai? Itu undang-undang.

Tidak boleh berhimpun ramai-ramai. Berhimpun ramai-ramai tanpa permit boleh ditangkap. Mengapa tidak boleh? Itu undang-undang.

Pembayar cukai mesti membayar cukai tepat pada masanya. Kalau lewat boleh dikenakan denda termasuk sita. Mengapa mesti bayar cepat? Itu undang-undang.

Letak kereta perlu bayar. Kalau tak bayar pemandunya akan disaman. Mengapa boleh disaman? Itu undang-undang.

Hari ini barulah rakyat boleh memahami makna undang-undang. Undang-undang itu ialah ‘apabila rakyat boleh dijerut leher mereka’. Jerut leher rakyat marhaen dengan undang-undang. Usah fikir undang-undang itu gila atau tidak. Yang penting, buat undang-undang dan carilah alasan untuk undang-undang itu. Untuk keselamatan, misalnya. 

Tapi bila yang langgar undang-undang itu adalah orang ‘gila kuasa’, maka buku undang-undang menjadi ‘kertas pembalut belacan’ saja.

Peduli apa undang-undang, asalkan aku boleh berkuasa. Peduli apa undang-undang, asalkan hatiku puas.

Kalau begini jadinya, kerajaan BN Perak selepas ini boleh bakar saja semua buku undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Jangan bungkus belacan kerana kalau dibuat bungkus belacan, buku undang-undang itu masih berguna. Bakar terus.

Atau, kalau buku undang-undang itu tidak mahu dibakar, hadiahkan saja kepada beruk di Zoo Taiping supaya buku undang-undang itu boleh dimanfaatkan oleh Hakim Beruk.

Dari: http://bongkarsauh.blogspot.com/

Ulasan:  Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan bukanlah pegangan orang yang baik. Sikap orang baik ialah sentiasa merujuk kepada kebenaran.

 

Sivakumar dikurung 'satu konspirasi'

oleh Jimadie Shah Othman

Speaker DUN Perak yang digugurkan V Sivakumar berkata beliau dikurung dalam sebuah bilik persalinan selepas dibawa keluar dari DUN Perak semalam.

“Ini satu bentuk tahanan. Mereka kunci pintu,” katanya, sambil menyifatkan persidangan itu - yang tidak diiktirafnya - sebagai “konspirasi” yang melibatkan banyak pihak.

“(Konspirasi) ini jelas hendak jatuhkan Speaker (Sivakumar). Jika ini bukan konspirasi, saya tidak tahu apakah maknanya konspirasi,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini.

Turut hadir, tokoh popular DAP Lim Kit Siang dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Menyifatkan insiden semalam sebagai memalukan, kesemua mereka bergambar sambil memegang kertas bertulis “malu” dalam pelbagai bahasa.

Di penghujung sidang media berkenaan, mereka turut menayangkan rakaman beberapa insiden kekecohan di dalam dewan persidangan yang penuh drama dan emosi selama enam jam.

Sivakumar turut menyuarakan kekesalannya terhadap tindakan bentara yang tidak menurut perintahnya, sebaliknya meminta beliau keluar dewan.

Beliau berkata, bentara datang kepadanya dan berkata: “YB Adun Tronoh (Sivakumar), saya minta tuan keluar daripada dewan. Arahan daripada Speaker (baru, lantikan BN).”

Menteri besar BN Datuk Zambry Abd Kadir semalam mengusulkan R Ganesan, bekas ADUN Sungkai, sebagai pengganti Sivakumar pada sesi pagi di tengah-tengah bantahan semua 27 ADUN Pakatan Rakyat sebelum dewan dibuka secara rasmi oleh Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah.

Sivakumar menegaskan, persidangan DUN Perak semalam “tidak pernah bermula” kerana sejak awal lagi beliau memaklumkan, dewan hanya akan bersidang apabila Zambry dan enam exconya - yang telah digantung - keluar.

Beliau membacakan beberapa peruntukan dalam peraturan tetap dewan bagi membuktikan prosiding itu sebagai “bukan persidangan”.

Dalam sidang media yang sama, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Ko Ham menyifatkan tindakan polis dan sekumpulan pegawai DUN mengeluarkan Sivakumar dari dewan sebagai penafian hak ADUN tersebut.

“Walaupun Sivakumar bukan Speaker, beliau tetap seorang ADUN yang berhak duduk di dalam dewan,” katanya.

Setiausaha parti itu Nga Kor Ming pula mendakwa, “terdapat beberapa samseng tanpa pas (kebenaran)” telah masuk ke dalam dewan dan “memukul wakil rakyat dan speaker”.

“Malaysia sebagai pengerusi CPA (Persatuan Parlimen Komanwel) tahun 2008, tetapi dalam tanah air kita sendiri pula berlaku kejadian speaker dewan dan wakil rakyat dipukul dengan kekerasan.

“Tindakan BN yang membenarkan pihak polis dan beberapa samseng tanpa pas memasuki dewan dan memukul wakil rakyat dan speaker adalah satu perkara yang tidak pernah berlaku (dalam sejarah negara) dan menjatuhkan maruah negara kita,” katanya.

Beliau menambah, mereka akan mengadukan perkara tersebut kepada polis, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan badan antarabangsa, termasuk CPA.

Sementara Lim pula meminta seluruh rakyat menyimpan gambar insiden Sivakumar dibawa keluar dari dewan semalam sebagai “rekod berlakunya hari yang buruk dan memalukan” dalam sejarah negara.

Belau turut menyelar penangkapan 69 orang - termasuk 10 ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat - oleh polis sejak pagi semalam sebagai “salah guna kuasa” kerana sepatutnya polis menumpukan perhatian kepada kejadian jenayah yang berlaku. – Mkini

Dari : http://perakexpress.com/www/?p=2888

Ulasan: Hebat sungguh Perak. Dulu JWW Birch mati di Perak. Ghee Hin dan Hai San bergaduh berebut dunia di Perak. Kini pula Perak ada 2 MB, 2 pasukan Exco dan 2 Speaker. Agak-agaknya sempurnalah hajat BN/UMNO. Moga di jauhkan situasi negeri ada 2 Raja.

Macam-macam boleh berlaku bila BN/UMNO berselindung di sebalik lencana pasukan polis. Renungkan bila polis sudah tidak taatkan BN/UMNO lagi. Sememangnya bukanlah tugas polis menjaga parti BN/UMNO kerana polis di bayar gaji oleh rakyat. Cantiknya negara bila polis bertindak secara profesional tanpa pilih kasih.


Thursday, May 07, 2009

BN rampas kuasa di Perak lagi...

Ganeson dilantik sebagai Speaker
IPOH 7 Mei - Bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganeson dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang baru tetapi V. Sivakumar masih tetap enggan berganjak dari tempat duduk speaker.
&
Sidang DUN Perak bersambung, ketegangan berulang
IPOH 7 Mei - Sidang Dewan Undangan Negeri Perak disambung semula pukul 12.20 petang dan V. Sivakumar meminta Datuk R. Ganeson yang baru dilantik sebagai Speaker supaya keluar dewan. - Utusan

Ulasan: Perak yang menghairankan: Mula-mula dengan seorang MB dan Exco asal. Kemudian selepas kudeta oleh BN, ada MB kedua. Kemudian di lantik Exco kudeta. Sekarang pula ada 2 orang Speaker. Kasihan mahkamah kena buat homework lagi untuk menyelesaikan krisis perlembagaan di Perak angkara BN. Percayalah BN akan buat apa saja untuk mengekalkan kuasa. Dunia dan 1Malaysia sudah tahu angkara siapa sebenarnya...

HAPPY BIRTHDAY AMEENA ALTANTUYA SHAARIIBUU

Tajuk Asal: HAPPY BIRTHDAY AMEENA SHAARIIBUU

Salam 2 all.

Hari ini Rabu 06 Mei 2009 bersamaan 11 Jamadil Awal 1430 adalah hari ulangtahun kelahiran ke 31 Altantuya Shaariibuu (jika Altantuya masih hidup).

Beliau lahir pada hari Sabtu tanggal 06 Mei 1978 bersamaan dengan 28 Jamadil Awal 1398.
Namun ditakdirkan beliau mati dibunuh pada hari Khamis malam Jumaat di Puncak Alam, sewaktu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan.

Altantuya, berusia 29 tahun semasa itu. Beliau dibawa daripada rumah Abdul Razak Baginda di Bukit Damansara oleh 3 orang anggota UTK. Daripada situ beliau dibawa ke Bukit Aman. 2 orang anggota UTK tersebut kemudian membawa Altantuya ke Puncak Alam. Setibanya disana, Altantuya terlihat senjata MP5 yang dibawa. Dalam keadaan ketakutan, Altantuya merayu supaya dia jangan dibunuh. Dia merayu yang dia punya dua anak kecil. Dia merayu yang dia beragama Islam.. Janganlah bunuh saya saudara seagama. Dalam keadaan ketakutan Altantuya sampai terkencing. Namun rayuan wanita muda ibu dua anak kecil ini tidak dihiraukan. Dua tembakan dilepaskan ke kepala Altantuya menyebabkan dia rebah dan mati.

Mayatnya kemudian dipikul dan ditelanjangkan. Kemudian alat peletup C4 dibalut ke tubuh yang tidak bernyawa itu. Wayar ditarik sehingga ke kereta. Suis dipasang dan..boom..berkecai mayat ibu muda bernama Altantuya Shaariibuu di malam Jumaat sayyidul ayyam dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah..

Tiga orang dihadapkan ke Mahkamah iaitu Abdul Razak Baginda, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan membunuh Altantuyaa. Setelah perbicaraan, Abdul Razak Baginda yang mengaku punya hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Kedua anggota elit UTK tersebut bagaimanapun dipanggil membela diri dan akhirnya disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya dan dikenakan hukuman gantung sampai mati. Mereka kini sedang dalam proses rayuan ke Mahkamah Rayuan yang mungkin mengambil masa bertahun sebelum dibicarakan. Sekiranya tewas di Mahkamah Rayuan mereka berhak merayu ke Mahkamah Persekutuan pula. Perbicaraan juga akan mengambil masa bertahun. Sekiranya tewas di Mahkamah Persekutuan, mereka berhak memohon pengampunan daripada Sultan Selangor. Baginda berhak untuk samada menolak permohonan tersebut, atau pun memilih untuk mengampunkan mereka. Itu hak mutlak Sultan Selangor. Seluruh proses tersebut, dari rayuan ke pengampunan, akan mengambil masa bertahun-bertahun.

Mungkin masa itu Professor Shaariibuu Setev, ayah Altantuya sudah pun mati. Mungkin kita masa tu pun dah bertongkat kerana sakit pinggang kerana umur dah tua. Mungkin masa itu Abdul Razak Baginda pun sudah bergelar Doktor dengan ijazah PhD yang sedang beliau ambil sekarang. Mungkin masa itu kita pun dah lupa siapa dia Altantuya Shaariibuu. Mungkin masa itu kita pun dah lupa siapa dia Cif Inspektor Azilah Hadri atau Koperal Sirul Azhar Umar, apatah lagi wajah mereka tidak pernah dilihat dimata umum kerana ditutup litup dengan kemas dan rapat. Mungkin..mungkin..mungkin.. Segala macam kemungkinan boleh berlaku..

Mungkinkah masa itu kita sudah punya kerajaan baru..mungkinkan masa itu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri..

Ataupun Anwar dok merengkok dalam penjara bersama Azilah & Sirul setelah disabit dengan pertuduhan yang dibawa oleh Saiful. Mungkin Anwar nanti dok minum kopi dan main carrom bersama mereka.. ;)
mungkin..mungkin..mungkin..

Apapun, apa yang jelas ialah kes Altantuya membuktikan Islam sudah mati di bumi bertuah Malaysia Al Hadhari ini.
Teliti sahaja fakta berikut:
Hakimnya Islam..namanya Mohd Zaki Md Yaasin. Namanya Muhamad saperti nama Nabi..ayahnya bernama Yaasin..macam nama satu surah popular dalam Al Quran yang dimalamjumaatkan oleh kaum Melayu tanpa jemu sejak dulu kini dan selamanya....

Pendakwaraya nya bernama Tun Abdul Majid..namanya sama dengan asma-ul-husna..antara nama ALLAH. Beliau mendapat Tun warisan bukan bergelar, kelak nanti beliau dianugerah darjah Tun maka namanya Tun Tun Abdul Majid..beliau juga beragama Islam..

Barisan para peguam juga ramainya yang beragama Islam..Ahmad Zaidi Zainal Abidin, Kamarul Hisham, Hazman Ahmad dan lain-lain. Dengar cerita ada diantara mereka sempat mengerjakan umrah sebelum kes bermula..

Kesemua OKT beragama Islam..Abdul Razak Abdullah, namanya mengandungi asma-ul-husna.
Azilah Hadri..namanya seakan-akan islam hadhari yang dislogankan kerajaan Badawi..
Sirul Azhar Umar..siapa tidak kenal sahabat kabir Saidina Umar..siapa tak tahu universiti Al Azhar..

Mangsa..Altantuya Shaariibuu..menurut lapuran polis yang dibuat dan keterangan sumber yang dipercayai..Altantuya dikenali dengan nama Ameena Shaariibuu. Malahan Penyiasat Persendirian K.Bala Subramaniam juga menyebut nama Altantuya dengan nama Ameena dalam surat akuan sumpahnya.. Ada maklumat menyebut Altantuyaa telah memeluk agama Islam semasa di Korea..

Anggota-anggota polis yang terpacak dalam Mahkamah..yang tak pernah jemu melaungkan kalimah baanguuuuuun tiap kali YA Hakim masuk dan keluar Mahkamah..juga beragama Islam..

Anggota dan warden penjara yang penuh setia berulang alik membawa kesemua OKT dari Penjara Sg. Buloh ke Mahkamah Tinggi Shah Alam tiap kali perbicaraan..mereka semuanya beragama Islam..

Dan kesemuanya duduk bertapak dibumi bertuah yang dipanggil Islam Hadhari negara contoh seantero dunia..

Hakimnya Islam..
Pendakwanya Islam..
Peguamnya Islam..
OKTnya Islam..
Mangsanya Islam..
Polisnya Islam..
Wardennya Islam..
Negaranya dikatakan Islam..

Tetapi undang-undang yang dilaksana dan diamal adalah undang-undang kafir..
Seksyen 302 Kanun Kesiksaan adalah undang-undang yang diimpot masuk daripada negara India oleh penjajah British la'natullah hi 'alaih dan disumbat kekerongkong umat Islam untuk diamal..
Sedang disana ada ayat Al Quran yang qat'ii dan jelas memerintahkan umat Islam melaksanakan qisas dalam kes-kes bunuh..(AlBaqarah:178)

Al Quran yang melayu talaqikan tiap pagi..
Al Quran yang melayu tadaruskan tiap Ramadhan..
Al Quran yang melayu musabaqahkan tiap tahun..
Al Quran yang melayu hias cantik dalam almari cermin..

Cuma satu sahaja..
Al Quran yang melayu tak 'amalkan dalam kehidupan..
Al Quran yang melayu malu nak perjuangkan..
Al Quran yang melayu rasa tak sesuai dilaksanakan..
Al Quran yang melayu kata akan menambahkan sup tangan..
Al Quran yang melayu kata akan mengurangkan batu untuk dibuat pembangunan..
Al Quran yang melayu kata hanya sesuai diframekan..
Al Quran yang dikata over my dead body kalau nak dilaksanakan..

Astaghfirullah hal 'adheem..

Altantuya @ Ameena Shaariibuu sudah pergi meninggalkan kita dalam keadaan yang tragis..
Sekiranya benar Ameena Shaariibuu sudah memeluk Islam..moga ALLAH mengampuni dan merahmati Allahyarhamah dan meletakkan beliau dalam golongan solehah..

Matinya Ameena..
bersamanya matilah Islam..(di bawah kerajaan BN - editor)

Selamat Hari Jadi Ameena..
Innalillah kepadamu Islam..

Zulkifli Bin Noordin, Ahli Parlimen Kulim B.Bharu

Khamis, 11 Jamadil Awal 1430

06 Mei 2009

dari: http://zul4kulim.blogspot.com/

Ulasan: Hairannya pihak imigresyen kita tiada rekod kemasukannya ke negara kita. Sesiapa yang berkonpirasi memadam maklumat eloklah datang ke muka.

Wednesday, May 06, 2009

Malaysia komited perkenal keindahan Islam

KUALA LUMPUR 5 Mei - Malaysia komited memperkenalkan keindahan Islam sebenar supaya masyarakat antarabangsa khususnya Barat tidak lagi memandang serong terhadap agama suci itu yang selama ini sering dikaitkan dengan keganasan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk memberi sumbangan ke arah itu kerana Islam tidak pernah menganjurkan keganasan sebaliknya menitikberatkan perpaduan, kasih sayang dan keharmonian.

Justeru katanya, pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 oleh pihak Pertubuhan Antarabangsa Pendidikan, Kebudayaan Saintifik Islam (ISESCO) boleh dijadikan medan terbaik untuk mengubah persepsi golongan terbabit mengenai Islam.

"Selama ini ramai di kalangan orang bukan Islam di negara-negara Barat berpandangan Islam ini ganas. Kita harus memberi sumbangan untuk memperbetulkan tanggapan ini kerana Islam bukan seperti mana yang mereka gambarkan.

"Islam adalah agama yang menganjurkan perpaduan dan berkasih sayang dan ini jelas disebutkan dalam al-Quran dengan maksudnya 'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai','' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kuala Lumpur Kota Kebudayaan Islam 2009 di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Jangan hanya sibuk menganjurkan perpaduan, kasih sayang dan keharmonian tetapi mestilah juga berpegang teguh kepada agama Islam dari segala bidang zahir dan batin sama ada. Begitu juga dalam bernegara. Sampai bila kita taat melaksanakan dan mengamalkan undang-undang kafir..

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.

Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.

Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Umar Al-khattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.

Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari...

&

Pecat: Imam dibayar pampasan
Jimadie Shah Othman | May 6, 09 12:22pm
Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji.

Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50.

Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa." 

"Mengikut peruntukan Seksyen 12(2) dan Seksyen 1391) akta yang sama, tuan (Syamsul) layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis," surat itu dipetik...

Ulasan: Di harapkan ustaz bersabar kerana itulah jalan dakwah kita memberikan pesanan untuk pemerintah. 

7 Mei: Merakyatkan Raja Atau Menobatkan Perampas Kuasa?

Apabila Web Istana Kinta dikritik hebat gara-gara peristiwa rampasan kuasa di Perak kira-kira 3 bulan lepas, saya adalah antara orang yang sangat tidak selesa dan kecewa. Saya kecewa kerana institusi Raja diperhina dan diperlekeh oleh mereka yang tidak memahami prinsip Raja Berpelembagaan. Saya telah suarakan kegusaran saya itu di dalam blog ini dan saya juga turut menulis membela institusi Raja dalam web Istana Kinta.

Saya percaya rakyat Perak masih menghormati institusi Raja dan menyayangi Raja-Raja kita. Yang pernah tercatat dalam sejarah selalu mempermainkan, menghina dan memperlekehkan institusi Raja hanyalah UMNO dan ia berlaku berulang kali sejak zaman Tun Razak, zaman Dr Mahathir dan zaman Pak Lah memegang tampuk kuasa. Rakyat Perak memerhatikan apa yang berlaku sekarang bukanlah salah Raja, tetapi salah pemimpin-pemimpin politik gila kuasa yang sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan kuasa. Mereka sanggup mencolek ADUN, menimbulkan suasana panik serta kecoh dan akhirnya merampas kuasa dari pimpinan yang direstui rakyat. Ketika Raja-Raja kita bertindak dengan begitu cermat dan amat low profail, pemimpin-pemimpin politik gila kuasa ini pula berlagak seperti 'Raja segala Raja' yang menentukan arah pemerintahan sesebuah negeri dan negara.

7 Mei nanti satu lagi peristiwa penting akan berlaku dan sekali lagi institusi Raja diperhatikan rakyat apabila Sidang DUN Perak berlangsung pada tarikh itu. Sukar diramalkan apa yang bakal berlaku pada tarikh itu. Apa yang akan dilakukan oleh Speaker, apa yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Rakyat (Nizar) dan Menteri Besar Kudeta (Zambry) dalam sidang DUN menjad tanda tanya yang menarik mata dan telinga Satu Malaysiai terarah ke Ipoh.

Sesuatu yang juga menjadi tanda tanya esok ialah apakah isi kandungan ucapan Sultan yang dijangka diwakili oleh Raja Nazrin Shah. Perdana Menteri Najib Tun Razak akhir-akhir ini terlalu teruja dengan ungkapan merakyatkan pemimpin. Jika dalam konteks Perak, merakyatkan pemimpin bermakna pemimpin harus memahami inspirasi rakyat, keluh kesah rakyat dan apa yang rakyat fikirkan. Apa yang rakyat Perak dambakan tidak sukar difahami kerana ia telah diterjemahkan dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang sebelum ini di samping hasil beberapa kajian pendapat umum yang jelas tidak percaya lagi kepada kepimpinan BN dan inginkan DUN Perak dibubarkan. Justru jika Raja Nazrin ingin dilihat sebagai Raja yang dihormati, baginda boleh memasukkan idea 'merakyatkan Raja' dalam ucapan baginda. Sesuai dengan keluh kesah rakyat Perak, baginda di akhir ucapannya boleh mengistiharkan DUN Perak dibubarkan. Jika ini dilakukan baginda - membubarkan DUN Perak esok - pasti institusi Raja lebih dihormati dan baginda akan sentiasa diingati kerana bersedia untuk merakyatkan Raja.

Namun segalanya esok di tangan baginda Raja. Raja boleh meletakkan diri baginda supaya kelihatan merakyatkan Raja atau baginda juga boleh terus mempertahankan pemerintahan BN yang dilihat berkuasa dengan kaedah yang tidak demokratik itu. Jika kepimpinan BN terus dipertahankan dalam ucapan Raja, rakyat tidak dapat melakukan apa-apa. Pemimpin-pemimpin BN selama ini sentiasa menampakkan diri mereka sebagai Raja Segala Raja dan jika kuasa BN terus dipertahankan maka Sidang DUN akan menyaksikan kejayaan BN yang akan terus berlagak melebihi kuasa Raja-Raja. BN kini dilihat rakyat Perak sebagai perampas kuasa dan jika terus berkuasa bermakna usaha menobatkan perampas kuasa di persada pemerintahan negeri akan terus tercatat dalam tinta hitam sejarah Perak.

Oleh: pendikar gunung kriang (http://pendikargunung.blogspot.com/)

7 MEI DINANTIKAN OLEH SELURUH DUNIA

7 Mei mungkin menjadi satu tarikh yang akan dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia malah mungkin seluruh dunia. Ini kerana tarikh tersebut bakal menyaksikan pencerobohan dan pencabulan undang-undang dan sistem demokrasi di Malaysia.

Setelah BN merampas dan merompak kuasa dari Kerajaan PR Perak dengan cara yang tidak bertamadun dan menghalang Sidang DUN diadakan sebelum ini, pada 7 Mei ini BN sekali lagi membuat onar. Kali ini mereka membelakangkan Speaker dengan menghantar notis untuk mengadakan sidang DUN dengan menggunakan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha DUN yang telah digantung tugasnya oleh Speaker.

Speaker seolah-olah menjadi patung dan tidak mempunyai apa-apa kuasa. Malah mereka juga menafikan semua kuasa yang ada ditangan Speaker dengan sesuka hati tanpa apa-apa justifikasi yang munasabah dan konkrit.

Maka 7 Mei ini bakal menyaksikan suatu lagi peristiwa tragis dan dramatik dalam sistem demokrasi di Malaysia apabila BN dengan jelas membelakangkan semua peraturan DUN dan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.
Tidak mustahil suatu hari nanti BN akan melanggar semua peraturan dan undang-undang kerana bagi mereka negara kita ini seolah-olah negara yang mereka pusakai turun temurun.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com/2009/05/7-mei-dinantikan-oleh-seluruh-dunia.html

Ulasan: Sehingga kini, Perak adalah satu-satunya negeri dalam dunia yang ada 2 Menteri Besar dan 2 Exco. Malaysia Boleh versi BN.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENYATU NEGARA

Pernyataan Akhbar oleh Sasterawan Negara
Siaran akhbar Sasterawan Negara mengenai isu bahasa penyatu bangsa dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, di Rumah PENA pada 5 Mei 2009.
Mereka diwakili oleh Prof. Muhammad Haji Salleh dan Datuk A. Samad Said.

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENYATU NEGARA

Kami, penerima Anugerah Sastera Malaysia, ingin menyambut usaha Kerajaan menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia dalam rancangan 1Malaysia yang baru diperkenalkan. Sudah sampai waktunya kita bergerak ke depan dengan langkah dan arah yang sama.

Di negara-negara yang rakyatnya bersatu, seperti di Kanada, Amerika, Australia, Jepun, Korea dan China, bahasalah yang menjadi alat penyatu. Bahasa itu memberi metafora bangsa yang dikongsi oleh semua suku dan ras. Bahasa bersama membenarkan penduduknya berhubungan antara satu sama lain dengan halus dan canggih dan sama-sama memimpikan bangsa yang besar.

Bahasa adalah dasar keapda kebudayaan, sekiranya kita menggunakan bahasa Inggeris maka budaya yang akan tercipta adalah budaya yang dipancarkan oleh bahasa itu, mungkin dengan sedikit salutan budaya tempatan yang berbagai-bagai.

Bagi membina ilmu yang berpadu, kita juga memerlukan sebuah bahasa yang canggih, yang berkembang berterusan. Bahasa Melayu yang sudah matang ini dibina untuk ribuan tahun oleh nenek moyang kita, dan kita sudah memperbarui dedikasi kita kepadanya pada tahun 1957, dengan Kemerdekaan Tanah Melayu, dan setelah itu sebagai Negara Malaysia. 

Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi suatu alat komunikasi dan medium bagi mendapatkan ilmu, tetapi terkandung di dalamnya cara berfikir, konsep alam, nilai masyarakat serta ilmu tradisional, agama dan budaya Melayu/Malaysia dan juga jati diri, khususnya yang terjalin dalarn semua jenis sastera, 1isan dan tulisan. Dengan memberi tempat yang lebih dominan kepada bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terdinamik maká kita merampas kemungkinan bahasa kebangsaan kita daripada menjadi bahasa besar dan serba boleh. 

Sementara itu kita diingatkan kepada suatu kajian oleh Open University di London yang meramalkan bahawa dalam 30 tahun bahasa Melayu akan menjadi bahasa keempat terbesar di dunia. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita dewasa ini supaya memupuk bahasa yang tua lagi indah ini supaya bila sampai pada waktunya bahasa ini sudah benar-benar menjadi bahasa dunia.

Di sebalik kajian ini juga kita mendapati bahawa bahasa Inggeris tidak lagi akan menjadi hahasa pertama di dunia, malah hanya mendapat tempat ketiga, iaitu selepas Mandarin dan Sepanyol.

Berikut adalah di antara hujah mengapa bahasa Melayu harus kembali dijadikan bahasa matematik dan sains, malah bahasa ilmu di sekolah dan universiti:

1. Tujuan pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia boleh dibaiki dengan kaedah mengajar yang lebih berkesan dan suatu sikap terhadap bahasa yang lebih sihat. Sekiranya kita merujuk kepada pengalaman negeri Belanda maka kita akan menemui contoh bagaimana bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman hanya diperkenalkan pada peringkat sekolah menengah. Tetapi oleh kerana cara pengajaran yang baik dan berkesan, maka selepas tamat sekolah menengah pelajar-pelajar ini sudah boleh bercakap dan menulis dalam bahasa-bahasa ini dengan baik, iaitu lebih baik daripada pelajar Malaysia bercakap bahasa Inggeris, walaupun pelajar Malaysia telah belajar selama 11 atau 13 tahun. Kita juga mungkin perlu merujuk kepada model pengajaran bahasa di Denmark, Sweden dan Norway yang bangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri tetapi dapat menggunakan bahasa antarabangsa lain dengan fasih. Oleh sebab itu contoh kita seharusnya bukan Singapura, tetapi Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland.

2. Pemegang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan. Suasana ilmu adalah faktor penting yang menggerakkan mereka kepada kejayaan peringkat tinggi.

3. Beberapa masalah yang dihadapi di negara kita bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negara yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi nampaknya kucar-kacir pentadbiran serta ekonomi dan ilmunya. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi.

4. Sekiranya kita tidak mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kepada semua bidang ilmu maka kita, terutama kerajaan BN, akan dituduh dalam sejarah sebagai pemusnah bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang lama, dan dahulu sudah menjadi lingua franca di rantau Asia Tenggara. Dan untuk beberapa dekad selepas kemerdekaan, bahasa Melayu sudah bangun dan menjadi kuat semula, hinggalah diturunkan darjatnya oleh kerana arahan supaya bahasa Inggeris dijadikan alatan mengajar ilmu di bidang matematik, sains dan teknologi.

5. Dengan keputusan ini dan penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang-bidang terpilih dewasa ini maka dengan sendirinya kita telah mencipta dua jenis warganegara Malaysia: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

6. Kami menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas, relevan dan kemaskini. Kami tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa MaIaysia kita perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak pupus.

Sekiranya kita bandingkan warganegara Malaysia dengan warganegara Thailand atau Indonesia, rakyat Malaysia tidak terbukti sebagai dapat menguasai bahasa kebangsaannya, tidak bangga dengan budayanya dan tidak jelas jati dirinya. Sebabnya adalah kerana sastera dan budaya tidak menjadi mata peIajaran penting, dan oleh itu kurang diendahkan.

Bersama pengajaran bahasa Melayu yang teratur dan rapi pelajar harus diperkenalkan kepada karya-karya penting sastera Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah secara wajib. Inilah yang dilakukan di semua negara Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea. Hanya di Malaysia anak-anak, dan sekarang ini orang dewasa, tidak pernah mengenali atau membaca karya agung leluhur mereka seperti Sulalatus al-Salatin, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis, yang banyak melukis sejarah bangsa serta nilai-nilai dan juga jati dirinya. 

Banyak lagi hujah yang dapat kami tuliskan. Tetapi hujah-hujah yang telah diturunkan ini, kami rasa adalah mencukupi.

Datuk A Samad Said
Prof. Muhammad Haji Salleh
Datuk Sahnon Ahmad (uzur)
Datuk Abdullah Hussein (uzur)
Datuk Noordin Hassan (uzur)

5 Mei 2009
Rumah PENA, Kuala Lumpur.

Sumber: http://profabdullah1.wordpress.com/

5 sasterawan negara tolak PPSMI

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya.

Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini.

Alasan-alasan itu, antaranya:
Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa                       Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India          dan Bangladesh.
Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan.

Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan sains teknologi dan kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial - bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.

Buang gelaran rasmi

Sebagai menguatkan bantahan mereka, dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan".

"Oh, memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad.

Sementara Muhammad pula berkata: "Kalau diperlukan saya akan sampai ke sini juga, ditempat yang diperlukan. Saya merasakan tragedi ini bukan tragedi orang lain, tetapi tragedi (kepada) saya."

"Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh bahasa Perancis misalnya.

"Cuba sentuh bahasa Inggeris, bahasa Scotland misalnya, apa akan berlaku?" soalnya.

"Dalam satu dunia tamadun, menteri tak ada hak menukar bahasa. Hanya bangsa itu sahaja berkumpulan mempunyai hak menukar bahasa itu. Orang lain tidak ada hak menukar bahasa itu."

Surat kepada PM

Muhammad juga menafikan dakwaan beliau lambat tampil memperjuangkan pemansuhan PPSMI, berbeza dengan A Samad sebelum ini yang lebih ke depan.

"Pertamanya, kalau tidak di depan televisyen atau suratkhabar, saya ini tidak berapa terpilih. Tetapi hal ini telah kita kerjakan dari awal lagi.

"Saya pernah siapkan surat kepada (bekas perdana menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), kejar beliau di Putrajaya, beri surat itu.

"Tidak ada apa-apa (tindakan). Sewaktu saya di Tokyo, (saya) faks dari Tokyo. Lepas itu, macam-macam (tindakan) yang dikerjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan menurut jejak A Samad untuk berkempen di pentas politik dan pada pilihanraya kecil demi memperjuangkan pemansuhan PPSMI, Muhammad berkata:

"Boleh kempen, tetapi saya bukan orang politik. Intelektual juga ada tempatnya. Biarlah kita profesional. Yang pandai berpolitik itu, silakan," katanya, seorang penulis terkenal dengan esei budaya.

Tiga lagi sasterawan negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Akan terus lawan

A Samad menambah, kesemua sasterawan negara "akan terus berlawan" memperjuangkan pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing.

"Kita tidak boleh harap semua sasterawan negara membuat kerja yang sama. Tujuan dan matlamat sama, tetapi caranya lain.

"Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," kata pengarang itu yang terkenal dengan novel Salina.

Sementara itu, mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI.

"Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut.

"Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."

Muhammad pula berkata, ruang perbincangan dengan menteri terbabit masih terbuka. Bagaimanapun keputusan yang dibuat hendaklah melibatkan kehendak rakyat terbanyak.

Pertikai meja bulat

Muhyiddin semalam berkata kajian badan bebas mendapat hasil berlainan dengan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya kerana pesertanya tidak bercakap berdasarkan fakta dan bukti.

Mengulas kenyataan menteri itu, Muhammad mempertikaikan kesimpulan yang dibuat oleh kementerian tidak sama dengan butiran perbincangan meja bulat.

"Waktu saya menghadirinya, hampir 80 peratus tak bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Tetapi akhirnya disimpulkan bahawa orang bersetuju.

"Saya masih ingat, yang bersetuju (ketika) itu hanyalah pegawai bank yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan dan seorang lagi ibu kepada anak yang sedang bersekolah.

"Yang lain semua tidak bersetuju. (Wakil masyarakat) India dan Cina pun semua tidak bersetuju. Jadi, macam mana kesimpulan (boleh) jadi begini?" katanya.

Kejutkan dunia sastera

Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera tanah air dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.

Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003.

Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.

Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.

Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor.

Sumber: http://zul4kulim.blogspot.com/


Sasterawan negara sepakat tolak PPSMI

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Malah dua daripada mereka yang hadir pada sidang akhbar hari ini iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan.

Muhammad mengakui apa yang lebih penting adalah bahasa Melayu perlu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu di sekolah dan universiti demi masa depan bahasa itu sendiri.

"Kita tidak menentang penguasaan bahasa Inggeris kepada anak-anak kita tetapi kaedah pembelajaran yang perlu diperbaiki supaya lebih berkesan.

"Kerajaan perlu merujuk kepada model pengajaran bahasa dari negara Denmark, Sweden, Norway, Belanda dan Belgium yang pengajarannya lebih baik walaupun pelajaran bahasa Inggeris hanya mula diperkenalkan di sekolah menengah,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar bersama mengenai bantahan terhadap PPSMI yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Rumah Pena di sini.

Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang PPSMI ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain. 

Bagaimanapun mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. 

Mereka berlima merupakan Sasterawan Negara yang masih hidup daripada sembilan sasterawan yang menerima anugerah tersebut.

Muhammad menambah, kerajaan perlu sedar pemenang Anugerah Nobel bukannya dari negara yang mengamalkan bahasa Inggeris sebaliknya berasal dari negara seperti Perancis, Jerman dan Sepanyol.

"Bagi menjadi sebuah negara maju, ia bukan berpunca akibat kurangnya penguasaan bahasa Inggeris tetapi ia bergantung kepada budaya kerja yang rapi dan berdisiplin,'' katanya.

Beliau turut mempertikaikan kesimpulan yang diperoleh Kementerian Pelajaran tidak sama dengan butiran perbincangan.

"Semasa perbincangan, hampir 80 peratus tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tetapi kesimpulan yang diberikan berlainan sama sekali,'' jelasnya.

Muhammad dan rakan-rakan juga akan menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran secepat mungkin bagi membincangkan isu itu.

"Jalan perbincangan masih ada melalui apa yang diumumkan oleh Muhyiddin hari ini bahawa dia telah mengarahkan kajian mengenai PPSMI dilanjutkan,'' katanya.

Bagi A. Samad, beliau bimbang dengan keputusan penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih itu akan menciptakan dua jenis warganegara Malaysia pada jangka masa panjang.

"Pertama, mereka yang menguasai bahasa Inggeris dan bidang sains dan teknologi sementara kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera atau sains sosial,'' katanya.

Dalam masa sama, beliau bersama rakan-rakan yang lain mengakui akan terus berjuang mengenai isu pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing.

"Kita akan menyedarkan ahli politik dan rakyat bahawa jika mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri,'' ujarnya.

Politeknik, kolej komuniti wajib adakan pilihan raya kampus

MELAKA 5 Mei - Semua 27 politeknik dan 39 kolej komuniti induk di seluruh negara diwajibkan menganjurkan pilihan raya kampus bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia bagi mendedahkan kira-kira 86,000 pelajar politeknik di seluruh negara terhadap bidang politik dan demokrasi menerusi pilihan raya.

Menurutnya, pada masa ini, hanya 13 politeknik menganjurkan pilihan raya kampus bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang kebiasaannya diadakan pada Julai dan Ogos setiap tahun.

Sehubungan itu, tegas beliau, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan sesuai terhadap mana-mana politeknik atau kolej komuniti yang gagal mematuhi arahan tersebut…

Ulasan: Jangan sampai mengganggu pilihan raya pelajar seperti berlaku di universiti awam. Biarlah pilihan raya jadi bersih dan adil. Apalah gunanya melahirkan pemimpin pelajar yang hanya mengampu kerajaan?


Tuesday, May 05, 2009

Tokoh Islam - Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi

Salam 2 all,
Saya ingin berkongsi dengan sdr/i petikan ucapan Sahibus Samahah Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi baru-baru ini.

Kita mengenali Syeikh Dr. Yusof Al Qaradhawi sebagai ulama' tersohor didunia Islam hari ini. Semasa mudanya beliau belajar di Universiti Al Azhar Mesir. Kemudian beliau mengajar di Al Azhar. Semasa itu beliau bergiat aktif didalam pergerakan Ikhwanul Muslimin, sehingga ke tahap mengangkat senjata berjihad menetang rejim Israel la'natullah hi 'alaih.

Disebabkan kelantangan beliau mempersoalkan kefasikan pemerintah rejim di Mesir, Syiekh Dr. Yusof Al Qaradhawi telah dikenakan tindakan buang negeri dan persona non grata. Beliau kemudiannya menetap dan menjalankan kegiatan da'wahnya di Qatar sehingga kini. Beliau adalah antara tokoh ulama' yang sangat dibenci oleh rejim Israel, Amerika dan kerajaan-kerajaan dinegara umat Islam kerana keberanian beliau memperkatakan perkara yang haq..

(Untuk lebih mengetahui sejarah beliau sila baca buku "Perjalanan Hidupku:Dr Yusuf Al Qaradhawi" yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu terbitan Pustaka Al Kautsar, Jakarta, Mei 2003).

Dr. Yusuf Al Qaradhawi ni sekarang sudah agak berumur. Beliau lahir pada 09 Sept 1926, beliau kini berumur 85 tahun hijrah (83 tahun masehi). Kesihatannya pun tidak berapa menggalakkan, beliau kini hidup diatas kerusi roda.

Tapi apa yang membuat saya terharu dan terpegun dalam ucapan beliau baru-baru ini. Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi menyatakan bahawa sebelum menutup mata, hanya sat sahaja cita-ciat beliau; ini adalh teks terjemahan ucapan beliau:

"Saya hanya mempunyai satu sahaja cita-cita sebelum dipanggil Ilahi. Saya kepingin sangat mahu ke Gaza bumi Palestin. Disana saya ingin sangat menemui tentera rejim Israel la'natullah, dan saya ingin sangat menembak mati mereka seramai yang mungkin. Dan saya tidak takut sekiranya pesawat canggih rejim Israel datang dan mengebom saya hingga berkecai, kerana saya terlalu ingin berjumpa ALLAH dalam keadaan syahid. Saya sangat cemburu dengan sahabat-sahabat saya Almarhum Assyahid Syeikh Hassan Al Banna, Assyahid Syeikh Yaasin, Assyahid Syeikh Ahmad Rantissi yang mereka semuanya dapat bertemu ALLAH dalam keadaan badan berkecai kerana syahid ditangan musuh-musuh ALLAH. Moga ALLAH mengabulkan doa dan impian saya yang terakhir ini".

Saya hanya mampu menitiskan airmata mendengar dan menghayati rintihan dan doa Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi ini. Dalam keadaan umur yang lanjut dan kesihatan yang tak mengizinkan, beliau masih mempunyai semangat jihad yang tinggi.

Alangkah baiknya kalau agamawan-agamawan dan ilmuan-ilmuan Islam dalam negara kita ini mempunyai semangat yang sama. Ni apa yang kita tengok telatah dan kelaku 'ilmuan-'ilmuan dan agamawan-agamawan kita yang terlalu sibuk dengan berpolitik, sibuk dengan nak berebut jawatan, sibuk dengan agihan habuan sehingga rela diperkuda dan dijadikan lembu yang dicocok hidung oleh golongan yang berkepentingan sehingga nak bercakap pasal Islam pun dah tak berani. Apa lagi nak mempertahankan Islam..sehingga kita lihat Islam hari ni diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mereka yang sudah sedia membenci Islam. Sehingga bersekongkol sebantal dengan kafir harbi dihalalkan atas nama politik ghonimah..

Moga ALLAH melahirkan lebih banyak ulama'-ulama' berjiwa besar saperti Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi..ameen..

dari: Zulkifli Bin Noordin, http://zul4kulim.blogspot.com/