Tuesday, May 26, 2009

Bimbang trend kahwin lewat

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan bimbang terhadap trend lewat berkahwin di kalangan wanita dan lelaki yang dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang kepada negara.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika trend itu berlaku berterusan, impaknya kepada negara ialah tempoh kesuburan wanita menjadi pendek dan kesukaran mendapat anak.Menurutnya, perkahwinan tidak lagi menjadi keutamaan kepada wanita dan lelaki sebaliknya sanggup melewatkannya kerana terlalu mengejar kerjaya, melanjutkan pelajaran dan enggan terikat dengan institusi perkahwinan.''Umur minimum perkahwinan pertama untuk lelaki meningkat daripada 28.6 tahun pada tahun 2000 kepada 28.9 tahun pada masa kini.''Begitu juga dengan usia minimum perkahwinan wanita yang meningkat daripada 27.8 tahun pada tahun 2000 kepada 28.6 tahun masa kini,'' katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Institusi Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini hari ini…Ulasan: Berkahwin lambat walaupun telah ada pasangan? Permudahkan proses pernikahan dapat menjauhi pasangan dari zina. Kerajaan perlu tutup lorong atau lebuhraya ke arah maksiat. Semarakkan kempen bernikah awal elakkan zina. Serulah sesiapa sahaja supaya kembali mengamalkan Islam dalam hidup ini.

Politik huru-hara Perak: MB Rakyat vs MB Mahkamah

Tajuk asal: Mohammad Nizar lebih sesuai
IPOH 25 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memberikan gelaran 'Menteri Besar Mahkamah' kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana beliau yang lebih sesuai menerimanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, orang yang mula-mula mengheret isu itu ke mahkamah ialah Mohammad Nizar dan selayaknya gelaran itu diberikan kepadanya.

"Sebenarnya, yang sepatutnya 'tuan guru' (Nik Abdul Aziz) sebutkan 'Menteri Besar Mahkamah' itu ialah Nizar kerana yang menyerang dan membawa kes ke mahkamah itu bukan saya tetapi beliau yang melakukan proses itu.

"Jadi saya perbetulkan pandangan 'tuan guru' yang saya hormati kerana sebagai manusia biasa, dia buat silap juga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin yang menyifatkan beliau sebagai menteri besar mahkamah dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak…

Ulasan: Jangan lupa krisis/polemik huru-hara politik di Perak berlaku bila Najib sebagai Pengerusi Perhubungan BN Perak 'mencuri' 3 ADUN PKR & DAP dan mempersembah mereka sebagai 'kawan' BN di luar ADUN. Secara zahir, seolah-olah Najib cuci tangan, orang lain kena. Perlukah diri berkorban untuk BN/UMNO lagi?

Selangor sokong budaya perhimpunan haram

SHAH ALAM 25 Mei - Kerajaan negeri menyokong tindakan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan budaya perhimpunan haram di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya berpendapat perhimpunan seumpama itu tidak salah kerana ia salah satu cara menyatakan perbezaan pendapat mereka dalam sesuatu perkara. 

Katanya, dalam persekitaran global yang terbuka ketika ini, rakyat telah matang dari segi pendapat dan idea lebih-lebih lagi negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama. 

"Malah, dalam dunia komunikasi terbuka ini, mereka (rakyat) terdedah kepada pelbagai maklumat dan idea menerusi media yang tidak terhad. Oleh itu, kita tidak boleh lagi menutup mata dan telinga mereka," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini hari ini…

Ulasan: Berikan peluang kepada polis bertindak secara profesional tanpa gangguan dari orang politik BN/UMNO dalam mengeluarkan permit perhimpunan aman. Kemudian tugas polis menjaga keamanan perhimpunan itu. Kenapa polis kita tidak bertindak professional macam di Barat? Negeri maju mengizinkan perhimpunan aman. Negara yang tak berapa maju pula takut dengan perhimpunan aman yang banyaknya mempersoalkan keadilan di mana-mana lalu di namakan sebagai perhimpunan haram.

Kontraktor disenarai hitam

KOTA KINABALU 25 Mei - Kerajaan akan menyenarai hitam mana-mana kontraktor yang gagal menyiapkan projek-projek mega di Sabah mengikut jadual ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, tindakan itu wajar kerana kontraktor terlibat hanya merencatkan usaha pembangunan di negeri ini.

"Sebelum menyenarai hitam kontraktor-kontraktor tersebut, kita akan beri amaran dahulu. Selepas itu kalau masih tiada perkembangan kita gantung dan senarai hitam mereka.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan akan membuka tender semula untuk satu-satu projek yang gagal disiapkan mengikut jadual, tetapi cara ini akan memakan masa dan merugikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama di majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Sabah, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini…

Ulasan: Telah berpuluh kali perkara yang sama di sebut oleh pemimpin BN. Tapi bolehkah syarikat kroni di senaraihitamkan? Selagi BN memerintah agak sukar di laksanakan. Boleh bila pegawai kerajaan TIDAK lagi makan rasuah.  Selalunya bermula bila syor dari juruukur bahan JKR tidak di berikan perhatian. Sering terjadi, tiba-tiba kontraktor yang tak di kenali mendapat awad projek.

Monday, May 25, 2009

Patutlah Kita Masih Diketawakan Orang

“Saya tidak faham, bagaimana kita menilai dan mengatakan BN mempengaruhi keputusan mahkamah? Boleh kemukakan bukti? Saya juga bimbang jika kita terlalu beremosi sehingga menolak kebenaran dan mengatakan ia adalah palsu semata-mata kerana kebenaran itu tidak menyebelahi kita.

Kalau keputusan Mahkamah Rayuan itu menyebelahi Nizar, rasanya tentu melangit pujian yang kalian akan berikan. Saya fikir itu tidak adil dalam cara kita menilai. Penilaian seperti itu masih ada sentimen politik, emosi dan hawa nafsu.”


                                                               * * * * * * * * * * * 

Petikan di atas adalah sebahagian komen yang masuk ke dalam posting saya, “Angkara BN, Kita Kembali Ke Era Raja Mutlak”.

Benar, saya dan sekian banyak orang Pas akan berperasaan begitu. Bagi kami, ya, BN memang mempengaruhi keputusan mahkamah.

Cuba analisa soalan-soalan ini. Satu, salahkah kami berperasaan begitu? Dua, mengapa kami berperasaan begitu? Tiga, semenjak bila kami berperasaan begitu? Empat, bagaimana perasaan begitu boleh lahir?

Kami beremosi semata-mata? Kami tidak objektif? Orang Pas semuanya sekolah atap sahaja? Tidak faham dan tidak tahu mana yang benar dan mana yang salah? Kami ikut hawa nafsu, sentimen politik sahaja?

Aduh, patutlah negara ini masih begini.

Negara kita lambat kehadapan, tidak semaju Singapura, tidak sekuat Jepun, tidak segagah China, tahu kenapa? Kerana rakyatnya tiada jiwa melawan, tiada jiwa menentang, tiada jiwa konfrantasi. 

Patutlah orang Melayu masih terkebelakang. Dia diajar bersopan-santun sehingga miliknya yang sekangkang kera dirampas pun, dia masih bersopan-santun dan tidak bangun melawan. "Tak apalah, ambillah kami cari yang lain!" Akhirnya, orang Melayu semuanya ke hutan sebab tanah mereka dirampas orang.

Mereka yang menerima bulat-bulat keputusan Mahkamah Rayuan kemudian berkata, “Cukuplah, hentikanlah setakat itu sahaja. Terimalah dengan hati terbuka, itu takdir. Biarlah…, serahlah…” 

Bagi saya orang itu adalah lemah, tiada jiwa melawan, tiada jiwa berjuang. Orang itu hanya memikirkan keselesaan sendiri tanpa sanggup berpayah bersama masyarakat. Orang sebegini sanggup menyerahkan haknya kepada orang lain jikalau mempertahankan hak itu memerlukan kepayahan dan kesulitan.

Pernah dengar hadis ini? Nabi pernah menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki. Dia pun beredar sambil berkata, “Aku serahkan semuanya kepada Allah, dialah sebaik-baik penolong.” Nabi bersabda kepadanya, “Allah mencela orang yang lemah. Kamu mesti menjadi orang yang cerdik. Jangan menyerah kalah. Apabila telah habis iktiar kamu barulah kamu berkata seperti itu.”

Saya tidak mahu menghurai mengapa kami menegaskan, BN memang mempengaruhi keputusan mahkamah. Bacalah tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh peguam-peguam juga ahli-ahli akademik.

Dalam ilmu lojik Arab, adanya asap membuktikan adanya api. Adanya tahi unta membuktikan adanya unta. Tak mungkin kambing bertahikan unta. Terlalu banyak petunjuk yang membuktikan apa yang kami rasa itu.

Cuma, apa yang saya ingin katakan ialah, kalau kita ingin semaju orang lain, kita perlu membentuk jiwa melawan. Kalau rakyat negara ini ingin setanding rakyat negara lain, rakyat negara ini perlu memiliki jiwa melawan.

Lihat apa yang orang Cina ada. Kemudian, jawab soalan ini, "Mengapa mereka ada itu semua?" Lihat pula apa yang orang Melayu ada. Kemudian jawab soalan ini, "Mengapa orang Melayu tidak ada seperti orang Cina ada?"

Ini sekadar perbandingan bukan mengapi-apikan semangat perkauman.

Inilah kejayaan Umno selama 50 tahun memerintah negara ini. Menjadikan rakyat negara ini berjiwa hamba, berjiwa amah. Mereka berjiwa hamba sehingga sanggup melutut menyembah.

Ayuh Nizar, lawan terus dan jangan undur. Selepas Mahkamah Persekutuan, kalau kita gagal juga, kita gunakan pula mahkamah rakyat.

http://bongkarsauh.blogspot.com/2009/05/patutlah-kita-masih-diketawakan-orang.html

Ulasan: Lawan tetap lawan.

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? - Prof Dr Aziz Bari

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. "Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis," ujar Aziz lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, keputusan itu tidak terlalu memeranjatkan kerana sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat. Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Dato Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Dato Seri Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Dato Seri Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

"Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan," tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Dato Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa anih mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

"Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi", ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. "Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan".

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, "Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya".

Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. "Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya," kata Aziz. 

Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu membayangkan seolah-olah sultan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh perlembagaan. Katanya lagi, mahkamah telah meletakkan beban yang cukup berat untuk dipikul oleh Raja-Raja.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. "Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan".

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak. "Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif," ujarnya.

Punca : http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/05/mengapa-mahkamah-rayuan-bangkitkan-soal.html

Keputusan Mahkamah Rayuan diakui tepat?

Tajuk asal: Keputusan Mahkamah Rayuan diakui tepat

KUALA LUMPUR 24 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak diterima sebagai berada di landasan yang betul oleh pihak Queen's Counsel dari United Kingdom.


Kata Perdana Menteri, salah seorang ahli Queen's Counsel, Lord Lester yang diminta pandangan perundangan berhubung krisis di negeri itu berpendapat bahawa sistem kehakiman Malaysia berada di landasan yang betul.

"Pendapat oleh Mahkamah Rayuan itu dikongsi oleh pakar undang-undang peringkat antarabangsa seperti seorang Queen's Counsel bernama Lord Lester yang kita telah terima pendapat perundangannya.

"Kalau Queen's Counsel seperti Lord Lester boleh keluarkan pendapat kita berada di atas landasan yang betul seperti mana keputusan Mahkamah Rayuan, janganlah disalah-ertikan atau diberi pandangan negatif terhadap badan kehakiman negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di pusat membeli-belah IOI Mall di Puchong dekat sini hari ini…

Ulasan: Kenapa perlu BN merujuk kepada pakar undang-undang asing? Mungkin sebab pakar tempatan mempersoalkan tindakan Mahkamah Rayuan. Sila lihat Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? – Temuramah dengan Prof Dr Aziz Bari. Sila lihat juga artikel Do take the trouble to understand before you find fault with the judges of the Court of Appeal — NH Chan. 

Cara turun padang berbeza

BALING 24 Mei - Formula turun ke padang untuk mendekati rakyat yang digariskan oleh UMNO bagi menawan kembali hati rakyat negeri ini berbeza dengan cara turun ke padang yang diamalkan oleh para pembangkang.

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, apabila pemimpin pembangkang turun ke padang untuk bertemu rakyat, mereka hanya tahu bercakap dan menabur janji semata-mata.

"Lain halnya dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila mereka turun ke padang untuk bertemu rakyat.

"Kami datang bertemu rakyat untuk memberi peruntukan, bagi rumah dan kemajuan dan tidak pernah kami datang hanya untuk bersalam kosong," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis ramah mesra UMNO Bahagian Baling dan perasmian serentak Mesyuarat Agung UMNO cawangan itu di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini…

Ulasan: Pembangunan negara adalah tugas asas kerajaan pusat yang di lantik majoriti rakyat. Negara China pun hebat pembangunanya. Salam berisi dari Menteri pun bukan duit parti BN/UMNO tetapi duit rakyat yang di amanahkan kepada kerajaan. Sampai bila agaknya kerajaan BN akan berhenti menggunakan hujah bodoh yang membodoh-bodohkan rakyat?

Rampasan Kuasa di Perak : Justifikasi Najib

Saya tertarik dengan satu laporan Malaysian Insider hari ini berkaitan krisis Perak. Saya turunkan sebahagian laporan itu:

        Najib also took a swipe at PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who had questioned the           integrity of the judiciary after the Court of Appeal had overruled the High Court.

       "He himself tried to establish federal government by defections," he said, referring to                    Anwar's Sept 16 takeover plan.

        "So, the judiciary is right in saying it is legal," Najib concluded.


1. Najib sering menjadikan September 16 sebagai justifikasi rampasan kuasa di Perak.

2. September 16 tidak berlaku; oleh itu justifikasi itu hipotetikal dan penuh spekulasi.

3. Misalkan Anwar berjaya menarik AP dari BN menyertai PR shingga mencapai majoriti dalam Parlimen. Apa yang masih tidak jelas (dan menjadi spekulasi) bagaimanakah Anwar akan membentuk kerajaan?  

4. Dikelilingi oleh pakar perundangan dan (dia sendiri) kerap menjadi objek perundangan, tidak mustahil Anwar melakukan sesuatu yang berada dalam batasan perundangan.

5. Tidak mustahil Anwar membentuk kerajaan melalui undian tidak percaya kepada Kerajaan BN.

6. Bagaimanapun, itu semua hipotesis; tidak mungkin diketahui sama ada benar atau palsu, kerana Spetember 16 tidak berlaku.

7. Untuk Najib menjadikan September 16 justikasi menghalalkan tindakannya di Perak, suka diterima oleh akal yang waras.

8. Yang lebih menarik, laporan di atas memberi gambaran seakan-akan September 16 menjadi alasan perundangan bagi keputusan Mahkamah Rayuan.

9. Secara perundangannya, PR tidak mempersoalkan tentang pergerakan anggota Pakatan sehingga menjadikan kedudukan dalam Dewan Undangan mungkin memihak kepada BN. Tetapi PR mempersoalkan bagaimana kerajaan baru Perak dilantik?

10. Aneh, sekali, bagi Najib, apa yang Anwar 'mungkin lakukan pada September 16' itu sudah menjadi pemutus bagi Najib untuk kes perundangan yang agak berat. Sesungguhnya, itu satu penghormatan bagi Anwar.

AAR

Ulasan: PR tidak mengumpan dengan duit. Tapi dengan prinsip membela rakyat. Kalau ada satu sen dipersilakan PRSM siasat mengenai hal ini. BN/UMNO pula dengan wang berjuta seperti akuan bersumpah Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye  mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua ADUN dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008. PRSM sudah siasat hal ini? 

Friday, May 22, 2009

Polis tidak dakwa lima peguam

May 22, 09 Tiada sebarang dakwaan akan dikenakan terhadap lima peguam dan 15 orang lagi yang ditahan pada 7 Mei lalu kerana didakwa menyertai perhimpunan haram, demikian menurut polis hari ini.

Mereka dimaklumkan mengenai perkara itu ketika hadir melapor diri di ibu pejabat polis daerah Brickfields pagi ini.

Lima peguam itu - Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar - ditahan ketika cuba memberi bantuan guaman kepada kumpulan 14 orang yang ditahan mengadakan bantahan di depan balai tersebut.

Mereka, tidak termasuk seorang lagi yang ditahan bersama kumpulan peguam tersebut, ditahan sewaktu menyertai perhimpunan nyalaan lilin sebagai tanda sokongan kepada jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chun Huat.

Wong, juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), direman bawah Akta Hasutan di balai tersebut selepas menyeru orang ramai berpakaian hitam pada hari persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.

Pagi ini, peguam terbabit - kecuali Puspawati yang mengendalikan kes di Shah Alam - tiba di balai polis berkenaan kira-kira jam 10.10 pagi.

Mereka ditemani peguam masing-masing: Latheefa Koya, N Surendran dan Lim Chee Wei. Kira-kira 20 orang peguam lagi turut hadir untuk memberi sokongan…

Ulasan: Kenapa polis tidak dakwa? Apakah polis mahu menunjukkan kuasa terhad yang ada kepada peguam-peguam itu. Permainan ini seolah menguji siapa yang tahan di uji: Di tangkap polis dan di bebaskan tanpa pendakwaan. Kenapa polis suka sangat menggunakan wang rakyat?

Tiga konstabel polis ditahan disyaki rogol remaja Indonesia

22/5/09 KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes merogol seorang remaja warga Indonesia ditahan di Serdang, petang semalam.

Ketiga-tiga konstabel berumur 22 hingga 26 tahun itu yang bertugas di Balai Polis Serdang, ditahan sehari selepas remaja berusia 17 tahun tersebut membuat laporan polis.

Menurut laporan yang dibuat remaja terbabit, dia dirogol kirakira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Serdang.

Mangsa yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dipercayai pendatang tanpa izin.

Difahamkan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ketiga-tiga anggota polis itu hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut. –BERNAMA

Ulasan: Bila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara boleh terjadi terutama bila kita mempunyai sedikit kuasa. Kepada ketua polis – sila galakkan polis bujang supaya bernikah cepat kerana bernikah menundukkan nafsu. Walaupun mereka pendatang tanpa izin bukan bermakna kita mengambil peluang merogol mereka. Bila polis pun lakukan jenayah...

Thursday, May 21, 2009

Kekayaan calon Presiden Indonesia didapati meningkat

JAKARTA 20 Mei - Semua calon Presiden pada pilihan raya Republik Indonesia memiliki kekayaan yang meningkat dengan Megawati Soekarnoputri mencatat peningkatan ketara.

Megawati semasa bertanding pada pilihan raya Presiden pada 2004 mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM26 juta dan semasa pemeriksaan oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) semalam mendapati kekayaannya meningkat sebanyak RM18 juta kepada RM44 juta.

Jusuf Kalla pula mencatat peningkatan kekayaan kedua tertinggi daripada RM77 juta pada tahun 2004 kepada RM92 juta kali ini.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula memiliki kekayaan sebanyak RM2 juta pada 2004 dan meningkat kepada RM5 juta kali ini.

Pengisytiharan harta merupakan sebahagian prosedur yang harus dilalui oleh calon-calon yang ingin bertanding jawatan Presiden dan Naib Presiden pada pilihan raya Presiden Indonesia…

Ulasan: Patutlah ramai suka jadi Presiden terutama di negeri yang mundur. Minimum dapat tingkatkan kekayaan peribadi di atas nama menolong rakyat yang tertindas.
Bagaimana pula dengan kekayaan Perdana Menteri dan semua Menteri di Malaysia pula?

Kabinet Palestin dirombak

RAMALLAH 20 Mei - Sebuah kerajaan baru Palestin yang diketuai sekali lagi oleh Perdana Menteri pro-Barat, Salam Fayyad mengangkat sumpah jawatan semalam.

Kabinet baru itu mengangkat sumpah di hadapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bandar Ramallah, Tebing Barat.

Seramai 10 daripada 23 menteri adalah anggota Fatah, manakala selebihnya daripada pertubuhan lain.

Tidak ada seorang pun tokoh Hamas dilantik menganggotai Kabinet Palestin, yang telah berikrar tidak akan mengiktiraf kerajaan baru itu…

Ulasan: Yang kita tahu tiada pilihan raya. Mana datangnya kerajaan baru Palestin? Presiden nya pun dah lama habis tempoh. PLO dan Fatah, apa sudah jadi?

Wednesday, May 20, 2009

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; 

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; 

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; 

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; 

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; 

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; 

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; 

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; 

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; 

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; 

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; 

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; 

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. 

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Dari: http://kelakarsiot.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

Ulasan: Berhati-hati mencari kawan. Bawalah kawan ke syurga Allah.

Rasuah membimbangkan, indeks persepsi menurun

JOHOR BAHRU 19 Mei - Amalan rasuah di negara ini berada pada paras yang membimbangkan apabila persepsi masyarakat terhadap amalan itu menunjukkan penurunan dari setahun ke setahun.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, daripada skala 10 sebagai skor penuh, Indeks Persepsi Rasuah Malaysia berada pada skor 7.04 pada 2006, merosot kepada 6.76 pada 2007 dan turun 6.32 pada 2008.

"Kebimbangan tinggi masyarakat sehingga menyebabkan indeks persepsi rasuah yang semakin buruk, dipengaruhi kemunculan banyak kes tangkapan, aduan dan siasatan pada tahun lalu.

"Amalan rasuah ini tidak boleh dihapuskan tetapi kita boleh kurangkan dengan mendadak menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk lebih agresif menangani gejala ini," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Pertandingan Debat Perdana Integriti Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2009 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Indeks rasuah dinilai daripada tahap 10 bagi prestasi paling cemerlang dan tahap satu bagi prestasi paling lemah.

Kajian berkenaan pada tahun lalu melibatkan lebih 15,000 responden yang mewakili isi rumah, penjawat awam dan sektor swasta.

Mohd. Tap berkata, persepsi amalan rasuah tinggi secara tidak langsung menjejaskan imej negara di mata dunia apabila pelabur luar enggan datang ke Malaysia.

Katanya, kesan paling ketara apabila ketiadaan pelabur luar akan menghalang kewujudan industri baru untuk membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada tenaga tempatan…

Ulasan: Mahu tidak mahu terpaksa berdepan dengan fakta yang semua orang tahu tapi tidak banyak di perkatakan: Kerajaan BN/UMNO pencetus budaya rasuah di negara kita. Kalau pegawai kerajaan Melayu tidak menerima rasuah alangkah indahnya negara ini.

Dilarang hadir selama setahun

SHAH ALAM 19 Mei - Selepas Perak, Selangor pula nampaknya bakal menjadi tumpuan apabila bercadang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun.

Tindakan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor yang bermesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim.

Jawatankuasa itu mendapati bekas Menteri Besar Selangor tersebut bersalah terhadap tiga pertuduhan kerana membuat kenyataan menghina kewajaran mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) menerusi kenyataan di media dan laman blognya.

Chang Khim berkata, DUN akan disyorkan menggantung Mohamad Khir enam bulan bagi setiap pertuduhan tersebut. Selain itu, kesemua elaun dan keistimewaan yang diterimanya sebagai Ahli Dewan Negeri (ADUN) juga dicadang digantung untuk tempoh tersebut.

Bagaimanapun berbeza dengan di Perak, Chang Khim berkata, hukuman terhadap Mohamad Khir hanya akan dikenakan jika syor tersebut diterima pada sidang DUN Julai ini.

''Syor itu dilakukan setelah jawatankuasa berkenaan mendapati Mohamad Khir bersalah kerana tidak menghadiri pendengaran awam yang dikendalikan oleh Selcat pada Mac lalu.

"Semua syor hukuman itu akan dibentangkan pada sidang DUN sebelum sebarang keputusan diambil,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Bangunan Annex di sini…

Ulasan: Itu baru satu kes. Banyak lagi laporan lama PRSM kalau di buka siasatannya. Yang bersalah akan di hukum seadil-adilnya di bawah PR.

KDN perlu tegas tangani Hindraf - Khir

SHAH ALAM 19 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta bertegas termasuk menahan semula pemimpin pertubuhan haram Hindraf, P. Uthayakumar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terus mempermainkan undang-undang negara.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, tindakan itu perlu sebagai langkah melindungi kedudukan undang-undang dan menjaga kestabilan rakyat di negara ini…

Ulasan: KDN perlu tegas dengan semua jenayah tak kira siapa.

BN tak 'sponsor' mana-mana calon bebas

19 May 2009 KL: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menaja mana-mana calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan. 

Bercakap dalam sidang akhbar Ibu Pejabat Umno di sini, tengah hari ini, beliau berkata BN adalah parti berprinsip dan tidak akan terjebak dengan permainan politik pembangkang. 

Semalam, mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memutuskan BN tidak meletakkan calonnya bertanding di Penanti. 

Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Petaling Jaya, malam tadi berkata, pembangkang mungkin menghadapi calon Bebas yang ditaja Umno di Penanti. / BHM

Ulasan: 1. BN parti yang berprinsip? Atau sentiasa melanggar prinsip? Bila BN mencuri 3 ADUN PR Perak pun berprinsip itu tandanya matinya demokrasi di negara ini. 
2. BN telah lama bermain di alam politik yang tidak rata. Berhati-hatilah Pakatan Rakyat supaya jangan akan terjebak dengan permainan politik BN. 
3. Pemenang Penanti nanti akan di umpan menyertai BN?

Bukan takut tapi protes – Khairy

KOTA KINABALU 19 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam pilihan raya kecil di Penanti pada 31 Mei ini bukan kerana takut kalah, tetapi protes terhadap pembangkang yang memperalatkan sistem demokrasi di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, tidak timbul soal gentar kerana jika BN meletak calon di Penanti, tindakan itu menunjukkan BN menyokong pembangkang dalam memperlekeh demokrasi.

“Kita tidak perlu bertanding, ini (pilihan raya) agenda pembangkang, ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihan raya.

“Adalah lebih bermaruah untuk tidak bertanding kerana saya rasa kita mempertahankan maruah kita dengan tidak ambil bahagian dalam pilihan raya kecil yang memperlekeh institusi demokrasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sabah yang pertama di Bangunan UMNO negeri di sini hari ini….

Ulasan: PR atau dulunya Barisan Alternatif pernah memboikot Pilihanraya Kecil DUN Batu Talam atas alasan SPR berat sebelah, tidak telus, menyalahgunakan kuasa dan sebagainya. Akhirnya PRK itu dilangsungkan dengan BN ditentang oleh calon Bebas, Ng Chee Pang yang berhadapan dengan calon BN Abdul Aziz Md Kiram (http://mutaligat.blogspot.com/2009/05/boikot-pilihanraya-dulu-pr-protes-kini.html). Juga lihat http://malaysia-baru.blogspot.com/2007/01/pas-keadilan-boikot-pilihan-raya-batu.html

Setakat ini perangai SPR mengikut kerajaan Pusat iaitu tidak berubah pun. Oleh sebab itulah rakyat melihat bahawa BN memboikot PRK Penanti kerana takutkan rakyat akan menghukumnya. Rakyat telah di zalimi berpuluh-puluh tahun di bawah BN.
 

BN ada asas kukuh tidak tanding di Penanti?

PUTRAJAYA 19 Mei - Barisan Nasional (BN) mempunyai asas-asas kukuh apabila membuat keputusan tidak bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk parti pembangkang.

''Keputusan sudah dibuat oleh BN, mereka (pembangkang) boleh kata apa saja.

''Kita ada asas-asas kukuh dan sebab musabab kenapa kita buat begitu," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan dengan para sasterawan negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita berhubung dakwaan pembangkang bahawa BN 'tidak berani' untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Ditanya sama ada keputusan itu akan memberi kesan negatif terhadap BN, beliau menafikannya. 

Ini kerana, jelas beliau, BN akan bertanding pada pilihan raya umum yang diadakan pada setiap lima tahun.

Mengenai keputusan tersebut yang mungkin akan dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk terus 'membelasah' BN, Muhyiddin memberitahu, ia sememangnya sudah menjadi sifat semulajadi mereka…

Ulasan: Memang BN mempunyai asas kukuh kerana takut dikalahkan lagi dan lagi setelah ramai rakyat sedar kebobrokan BN/UMNO sepanjang memerintah negara. Apakah BN sudah jadi baik lalu tidak mahu membelasah parti pembangkang? Selama ini peranan tradisi media massa kerajaan BN ialah untuk membelasah parti pembangkang.

Sila lihat juga http://malaysia-baru.blogspot.com/2007/01/pas-keadilan-boikot-pilihan-raya-batu.html

Tuesday, May 19, 2009

UMNO Ibarat Kapal Yang Hampir Karam

UMNO suatu ketika dulu dianggap sebagai parti keramat, parti yang menyelamatkan bangsa melayu. Tanpa UMNO, tiadalah Melayu. Itulah falsafah orang Melayu pada beberapa dekad yang lalu. Zaman sekarang yang serba moden, falsafah itu sudah tidak lagi digunakan, cuma mungkin diamalkan oleh sesetengah orang yang berotak kemetot. Yang masih setia rata-ratanya terdiri daripada pengundi di saluran 1. Dahulu parti ini disokong kuat oleh orang Melayu, sehinggakan parti saingannya, yang juga merupakan parti Melayu, iaitu PAS, gagal menyaingi popularitinya.

Ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PAS ketika dulu kurang mendapat sambutan, terutamanya di sebelah negeri Pantai Barat dan juga Selatan. Pernah Mohamad Sabu menceritakan semasa berceramah di Negeri Sembilan pada tahun 80-an dulu, "tukang bagi ceramah 5 orang, yang dengaq 3 orang,". Di Johor pula, sampai peringkat Almarhum Ustaz Fadzil Noor berdoa, "semoga tumbuhan dan pokok kayu beriman kepada Allah, kerana manusia sudah tak mahu lagi beriman," kerana jumlah pokok yang mendengar ceramah melebihi jumlah hadirin! Namun, itu semua berlaku pada waktu dulu. Parti UMNO ada pasang surutnya. Pernah mengalami kekalahan di dalam PRU pada tahun 1969, 1990, dan 1999. Tapi oleh kerana terlalu lama berkuasa, mereka merasakan negara ini beserta hasil mahsulnya milik mereka sejak dari dulu hingga ke cucu cicit.

Benih-benih penyelewengan beserta korupsi bermula pada zaman Madey, PM ke-4. Lahir pula kronisme, nepotisme, amalan politik wang, yang kemudiannya membarah sehingga hari ini, dan sukar untuk dibendung atau dihapuskan. Bermula pada zaman itulah mahkamah, polis, BPR, dan lain-lain menjadi talibarut pemerintah. Amalan demokrasi pula semakin ditindas. Dan semua perkara negatif ini berkembang dan bertambah ketara semenjak kemenangan besar UMNO/BN pada 2004, dan di bawah pemerintahan Dollah Badawi. Segala kepincangan yang berlaku di dalam negara ini, bermacam-macam isu, barang naik, indeks jenayah meningkat, menyebabkan rakyat sudah mula menjauhkan UMNO/BN. Tengok sajalah rasuah beserta politik wang yang berlaku di dalam UMNO menjelang Perhimpunan Agung. Calon yang didapati mengamalkan politik wang dibenarkan bertanding, serta masih lagi kekal menjadi Ketua Menteri.

UMNO sekarang ini mempunyai Ketua Pemuda yang rasuah, dan tidak terpilih menganggotai kabinet. UMNO semakin suram, terutama sayap Pemudanya. Gagal menambat hati pengundi muda, yang majoritinya lebih cenderung kepada parti haluan kiri. Pemuda UMNO tidak lagi segah seperti mana zaman Dato' Harun Idris dan juga pada zaman Anwar Ibrahim pada tahun 80-an (foto). Mohd Ali Rustam, dibuktikan rasuah, dan tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, tetapi PM masih lagi membenarkannya mengetuai negeri Melaka. Di mana maruah UMNO Melaka? Berketuakan seorang perasuah.

UMNO sekarang ini sudah tidak relevan, Kalau dahulu, di mana-mana Pilihanraya Kecil, pasti mereka akan menang, sekarang, tengok sajalah, semenjak kalah teruk pada PRU ke 12, mana-mana PRK di adakan di semenanjung, BN pasti akan menemui kekalahan. Sekarang tidak mahu bertanding di Penanti, takut kalah. Bekas tahanan ISA, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, baru saja mengugut mahu letakkan jawatan, cepat-cepat kerajaan membebaskannya daripada ISA, takut PRK diadakan di sana pula. Isu Elizabeth Wong, ADUN Bukit Lanjan, mana ada lagi pemimpin UMNO yang menyuruh dia meletakkan jawatan, kerana bimbang akan berlaku pula PRK di sana! Di Perak? Mereka akan sedaya upaya memastikan agar DUN tidak dibubarkan, walaupun pemimpin Gerakan, beserta Timbalan Presiden MCA Chua Soi Lek, dan juga bekas pemimpin UMNO sendiri, Ku Li bersetuju agar DUN dibubarkan.

UMNO sudah menuju ke zaman kehancuran, mereka sudah tidak lagi mahu diterima oleh rakyat. Menunggu masa saja untuk ditalkinkan. Bahtera yang gah satu ketika dulu sudah bocor di sana-sini, dan akan tenggelam pada bila-bila masa, umpama kapal Titanic!

Dari: http://reformisjalanan.blogspot.com/2009/05/umno-ibarat-kapal-yang-hampir-karam.html

Ulasan: Sesuatu parti boleh datang dan pergi. Yang penting negara dan RAKYAT sentiasa mendapat manfaat dari kewujudan ssesuatu parti. Bila sesuatu parti tetap hidup tetapi menyusahkan negara dan rakyat, maka kita tentulah terlalu sudi melepaskannya pergi dan karam. 

Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia

Semalam telah selesai membaca buku Cabaran Berbasikal Mengelilingi Dunia yang di tulis oleh Wira Daratan Dato’ Hassan Nawawi Abd. Rahman yang di terbikan pada 2003 di Shah Alam oleh Rhythm Publishing Co. Sdn. Bhd. Pengembaraan beliau dan adiknya mengambil masa 389 hari (4/1/01- 27/1/02) meliputi 18 buah negara sejauh 26,565 km.

Dalam perenggan terakhir di muka surat 276, pengarangnya menulis: Alhamdulillah, kini harapan dan impian sudah jadi kenyataan. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia akan mencipta sejarah sendiri dalam bidang yang diminati, asalkan ada impian dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh. Tiada ada yang mustahil bagi orang yang berkata “Saya boleh”.

Ulasan: Asalkan niat dan caranya baik. Kemerdekaan pun bermula dari dalam diri rakyat yang asalnya terjajah menyebabkan penjajah tidak lagi mendapat tempat dan mereka terpaksa balik ke negara asal. Kita boleh mengalahkan BN/UMNO dan menggantikannya dengan kerajaan yang lebih baik yang prihatin kepada rakyat kalau kita ada impian dan sanggup berusaha bersungguh-sungguh.

Perompak panik van bawa wang RM4 juta tiba-tiba terkunci

KUALA LUMPUR 18 Mei - Kegembiraan tiga penjenayah yang melarikan sebuah van keselamatan yang dipercayai membawa sejumlah besar wang tunai tidak bertahan lama, apabila kenderaan itu berjaya dikunci oleh sistem keselamatan automatiknya.

Penjenayah terbabit hanya sempat melarikan kenderaan itu sejauh beberapa ratus meter dari lokasi rompakan sebelum sistem keselamatan kenderaan diaktifkan menyebabkan ia terhenti dan terkunci secara automatik di Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras di sini hari ini.

Bagaimanapun, kesemua suspek berjaya meloloskan diri. 

Polis bagaimanapun setakat ini belum dapat menentukan sama ada suspek dapat melarikan wang tunai dalam van itu atau sebaliknya….

Ulasan: Gunakan kreativiti akal kita untuk mencari rezeki yang halal. Merompak adalah haram.

Contohi Sabah haram import babi

KUALA LUMPUR 18 Mei – Langkah mengharamkan pengimportan babi dan semua produk haiwan itu bagi mengawal penularan wabak selesema babi -influenza A (H1N1) - ke seluruh negara perlu dilaksanakan secara konsisten oleh semua kerajaan negeri.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, tindakan kerajaan Sabah untuk mengharamkan import babi dan semua produk haiwan itu perlu dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Semua pihak perlu bertindak secara proaktif untuk mengawal penularan wabak influenza A (H1N1) di negara ini jika terdapat bukti kukuh menunjukkan virus itu berpunca daripada babi.

“Langkah-langkah yang bertujuan melindungi keselamatan rakyat harus dilaksanakan secara telus sebelum wabak tersebut mengorbankan nyawa rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Sabah mengharamkan import babi dan semua produk haiwan itu sebagai langkah mengawal wabak influenza A (H1N1) menular ke negeri itu.

Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Yahya Hussin berkata, notis larangan itu sudah dihantar kepada semua syarikat pengimport makanan sejuk beku yang berkuatkuasa pada 28 April lalu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, larangan tersebut termasuk import produk babi dalam tin dari Semenanjung dan Sarawak.

Marimuthu berkata, golongan pengguna boleh memilih berhenti makan daging babi dan produk haiwan itu buat sementara waktu dan menggantikannya dengan makanan lain sebagai langkah berjaga-jaga.

“Lagi pun mereka tidak akan mati kerana tidak makan daging babi,” ujar beliau…

Ulasan: Eloklah tinggalkan makan daging babi kerana berbagai penyakit yang di bawanya. Kata orang, apa yang kita makan mempengaruhi kelakuan kita. 

Sultan tidak boleh singkir Nizar

KUALA LUMPUR 18 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak boleh menyingkirkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin daripada jawatan Menteri Besar memandangkan beliau memegang jawatan tersebut bukan atas perkenan baginda.

Sebaliknya, menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Menteri Besar yang dilantik bersama barisan Exco kerajaan negeri adalah bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, ini jelas terkandung dalam Perkara 16 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) yang menyatakan bahawa sekiranya Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota DUN, beliau harus meletakkan jawatan barisan Exco tersebut atau Menteri Besar boleh meminta baginda membubarkan DUN.

''Berdasarkan Perkara 16 subseksyen (2),(5),(6) dan (7) UTKP, adalah jelas bahawa sebaik sahaja Menteri Besar dilantik, beliau bertanggungjawab kepada DUN dan bukan kepada yang lain.

''Maksudnya, dengan pelantikan tersebut, Menteri Besar memimpin negeri melalui barisan Exco dan menasihatkan baginda berhubung hal ehwal negeri seperti yang termaktub di bawah Perkara 18(1) Perlembagaan negeri Perak,'' katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu menyatakan demikian dalam penghakiman bertulis setebal 78 muka surat yang diperoleh pihak media hari ini.

Pada 11 Mei lalu, beliau membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam keputusan tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selaku responden untuk menangguhkan perintah perisytiharan itu sehingga rayuan didengar.

Rayuan Zambry yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada Khamis ini.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakimannya juga menyatakan, walaupun Sultan Perak selepas menemui anggota DUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah membuat pengadilan yang Zambry mendapat sokongan majoriti, baginda tidak sepatutnya berpendapat bahawa Mohammad Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

''Satu alasannya ialah pernyataan 'dalam pengadilannya' tidak digunakan dalam Perkara 16(6) perlembagaan tersebut,'' ujar beliau.

Menurut hakim tersebut, pengadilan atau pendapat peribadi Sultan Perak adalah tidak relevan kepada tafsiran Perkara 16(6) UTKP, selain daripada alasan bahawa Exco kerajaan negeri seharusnya bertanggungjawab kepada DUN.

''Ia adalah mengikut logik pada peruntukan Perkara 16(5),16(2)(a) dan 16(6) UTKP malahan Perkara 16(6) memerlukan DUN yang menentukan sama ada mereka mempunyai kepercayaan atau tidak kepada Menteri Besar sebagai ketua Exco kerajaan negeri,'' ujar beliau.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga menyatakan jika dakwaan Zambry mendapat kepercayaan majoriti selepas memperoleh sokongan daripada tiga lagi ADUN adalah benar dan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN, mengapa Zambry tidak memohon perkara yang sama.

''Mengapa responden (Zambry) yang mewakili BN tidak memohon perkenan baginda untuk mengadakan sidang khas DUN supaya usul undi tidak percaya boleh dibuat dan diterima terhadap pemohon (Mohammad Nizar).

''Dengan cara itu, ia lebih menepati amalan dan prinsip demokrasi,'' kata beliau.

Di akhir penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut membenarkan permohonan peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar untuk tidak meneruskan tuntutan ganti rugi, taksiran serta diadakan inkuiri dan perintah kos.

Ulasan: Sultan hanya lantik MB tapi tak boleh singkir MB. Itulah yang rakyat faham selama ini. Nampaknya rakyat lebih faham kerana mereka rajin membaca pandangan pakar. 

Tiada calon di Penanti

KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.

Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. 

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.

Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan…

Ulasan: Baguslah dengan BN tidak menyertai PRK ini duit rakyat tidak di bazirkan dengan merasuah pengundi seperti yang berlaku sebelum ini. Rupa-rupanya BN takut juga dengan apa yang di istilahkan mereka sebagai helah Pakatan Rakyat. 

Tapi keADILan serta Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan helah BN/UMNO seperti yang di ceritakan dalam http://pendikargunung.blogspot.com/: 'Tapi PR jangan seronok sangat Umno tak bertanding. Umno parti lama, macam orang tua, banyak tipu daya. Hai...hang tau dak depa tak bertanding, tapi depa main 'baling batu sembunyi tangan', tau" 

"'Baling batu sembunyi tangan'?. Maksud hang?", tanya saya. 

"Depa akan taja calon bebas, kempen untuk calon bebas, biayai kempen untuk calon bebas dan iklankannya di TV, macam calon Umno juga. Orang Umno akan diseru pilih calon bebas tajaan Umno. Mungkin menang tu tidak, tapi kalau calon bebas ni dapat undi ribu-ribu itu dah kira baik, tau. Lepas pilihanraya selesai Umno akan kata: tengok, PKR dengan bebas pun terkial-kial untuk menang, majoriti tak banyak! Akhbar-akhbar akan buat analisis pengaruh PKR semakin merosot, makin ramai yang menolak PKR di Pulau Pinang!", katanya.'

Friday, May 15, 2009

Kembalikan hak biasiswa bumiputera

Tajuk asal: Kembalikan hak biasiswa bumiputera - Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan bersikap tegas dengan mengembalikan sepenuhnya hak biasiswa bumiputera.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, langkah itu wajar agar kepentingan bumiputera sentiasa terpelihara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Sambil menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah angkuh dan buta perlembagaan, beliau berkata, kerajaan 'sudah banyak bertolak ansur' khususnya dalam pemberian biasiswa.

''Kenyataan (Tee Keat) berkenaan juga hanya mementingkan politik kaum semata-mata. Sudah cukup sebelum ini hak biasiswa JPA bumiputera dicabul dengan pembahagian 51-49 peratus.

''Berapa banyak pun kerajaan bertolak ansur dengan kaum Cina, India dan lain-lain, mereka tidak akan berterima kasih atau undi Barisan Nasional (BN) lagi,'' kata beliau dalam kenyataannya yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Kenyataan berkenaan mengulas kenyataan Tee Keat dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa kerajaan akan menilai semula kriteria pemilihan bagi biasiswa JPA. 

Tee Keat berkata, mesyuarat akan diadakan di antara pemimpin parti komponen BN, Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara hari ini. 

Tee Keat menambah, MCA mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut. 

Tambah Ibrahim, UMNO akan hilang sokongan orang Melayu sepenuhnya jika terus bertolak ansur.

''Jika kerajaan tidak hormati hak istimewa orang Melayu, Perkasa juga akan mula turun ke jalan raya macam pertubuhan haram Hindraf.

''Jika kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak lama, akan dibebaskan dan tidak payah berterima kasih,'' katanya.

Jelas Ibrahim, ramai anak Melayu kini yang layak mendapat biasiswa, namun tidak menerima biasiswa tersebut.

Ulasan: Eloklah orang Melayu turun ke jalanraya menunjukkan kemarahan kita kepada UMNO. Satu lepas satu hak keistimewaan orang Melayu telah di gadaikan (betray) oleh UMNO sepanjang UMNO memerintah negara semata-mata untuk menarik sokongan parti komponen BN. Walhal banyak perkara telah di persetujui bersama oleh etnik-etnik warganegara Malaysia suatu masa dulu. Kini mereka – kaum/etnik lain terutamanya orang Cina - mempersoalkannya satu lepas satu. Apa yang akan tinggal untuk bangsa Melayu kini dan seterusnya? 

Nampaknya hak mereka bertambah satu demi satu di berikan oleh UMNO yang tamakkan kuasa dengan betray bangsanya sendiri. Hak keistimewaan yang mereka ada tak terjejas bahkan semakin bertambah. Mereka sudah agak mewah walaupun mereka berkata macam-macam keistimewaan yang mereka tiada. Berkongsilah sedikit, jangan tunjuk lokek sangat.
 

Kita sedia berdepan dengan rakyat - Najib

14 May 2009 Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk pilihan raya baru di negeri Perak sekiranya itu yang diputuskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagaimanapun menegaskan, soal sama ada pilihan raya negeri itu perlu diadakan atau tidak ia tertakluk kepada perkenan Sultan Perak.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya hari Khamis.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Najib yang juga Pengerusi BN mengadakan pilihan raya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu.

“Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya,” kata Anwar…. http://www.klpos.com/news/2009/05/14/2.html

Ulasan: Rakyatlah yang menjadi hakim dalam sesuatu pilihan raya kalau benar di laksanakan secara BERSIH dan ADIL. Ada sesuatu yang tak kena bila rakyat di anggap sebagai musuh...

SPRM pantau politik wang PAS?

Tajuk asal: SPRM pantau politik wang

KUALA LUMPUR 14 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertindak tegas termasuk menahan mana-mana individu yang mengamalkan politik wang menjelang Muktamar Agung Pas pada Jun ini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya sentiasa bersedia dan memantau isu membabitkan politik wang mana-mana parti dan akan menyiasat jika terdapat laporan mengenainya.

Setakat ini, menurutnya, tiada laporan diterima mengenai penglibatan para perwakilan dan ahli Pas dalam isu politik wang.

"Jika ada laporan dibuat (mengenai politik wang), SPRM pasti akan bertindak dan mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini...

Ulasan: Terima kasih kepada susah payah SPRM. Ambillah tindakan tegas kepada mana-mana ahli yang terpengaruh dengan rasuah seperti yang telah merosakkan imej UMNO. Bila lagi nak bawa ahli UMNO yang terlibat politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini ke mahkamah? Malaysia tentunya akan lebih bahagia tanpa rasuah.

Tidak perlu pilihan raya baru

CYBERJAYA 14 Mei - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang bagi menentukan siapakah yang layak menjadi Menteri Besar melalui usul undi tidak percaya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pilihan raya tidak perlu diadakan bagi menamatkan kebuntuan kemelut politik yang berlarutan di negeri itu sejak Februari lalu. 

''Jika Barisan Nasional (BN) benar-benar mempunyai majoriti, mereka boleh membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar atau kerajaan, kemudian kerajaan baru, boleh ditubuhkan.

"Jadi mengapa perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru kerana rakyat sudah berasa perit dengan pilihan raya," katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk, Malaysia - Ekonomi Berasaskan Ilmu Pengetahuan pada majlis pasca program Sidang Kemuncak Penyumberan Luar Asia-Pasifik (APOS) 2009 di sini hari ini…

Ulasan: Kemelut politik Perak berlaku bila Najib menyangka kerajaan Pakatan Rakyat mudah di tumbangkan melalui pintu belakang. So far semuanya jadi blunders. Mengapakah tidak perlu untuk mengadakan satu pilihan raya yang baru? Nampaknya BN/UMNO takut di hakimi rakyat. Rakyat sebenarnya sudah berasa perit dengan helah penipuan BN/UMNO. Lebih baik pulangkan hak rakyat Perak memilih kerajaan baru melalui pilihan raya SEMULA.  

Takutkan Allah

Janganlah kamu takut kepada manusia dalam urusan Allah

tetapi

takutlah kamu pada Allah dalam urusan manusia.

Dari: http://shalehudin.blogspot.com/

Polis vs Hero

Setiap helaian kertas yang dihasilkan adalah atas nama keamanan. Perjuangan yang setakat ini yang saya mampu terjemahkan kepada kalian.

Apa terjadi di Perak, adalah seperti kelas darjah 1. Comel, kelakar, geram semua wujud. Rampas-merampas. Polis bertindak keras. Rakyat ditindas. Memang panas. 

Keamanan apa lagi yang harus dipercayai? Kerana harapan dan mimpi yang ada, ternyata lerai. Mahkamah pun hanya atas nama mahkamah kerajaan. Bukan mahkamah atas nama mahkamah. Biar rakyat menjadi hakim.

Saya mencari hero. Ada hero disebalik suara kita. Cuma berbalam.

Rakyat kita digari suka-suka oleh polis. Saya sukar untuk menghormati polis sedemikian meskipun atas arahan pihak atasan. Polis itu berhak untuk tidak mengikut arahan sedemikian. Takut hilang kerja? Takut hilang kawan? Takut hilang jawatan?
POLIS BANGUNLAH DARI MIMPI.

Saya menghormati polis yang benar merasai dirinya adalah polis. Polis yang menjaga keamanan,kedamaian, tanpa berat sebelah dan bisa bergelar hero Malaysia.
POLIS BANGUNLAH DARI GARI YANG MENGGARI HATIMU.

Punca: http://gadisreformasi.blogspot.com/2009/05/polis-vs-hero.html

Prof Aziz Bahri: Sidang 7 Mei Tidak Sah - malaysiakini

Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara.

Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti.

Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.

Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman.

Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN pada 5 Februari. Sebelum itu polis juga menghalang sidang DUN Perak Mac lalu sehingga ia terpaksa diadakan di bawah pokok.

Paling menyedihkan, kata Aziz lagi, sebagaimana sidang bawah pokok 2 bulan yang lalu, sekali lagi polis memainkan peranan yang utama.

Sebelum itu kita mendengar bagaimana Ketua Polis Negara sendiri dalam kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat mengakui yang mereka tidak boleh masuk dewan. Anehnya di Perak ada pula undang-undang lain yang mereka pakai.

"Apa yang polis lakukan ialah pencerobohan dan jenayah. Tetapi kita tak boleh buat apa-apa kerana kita bergantung kepada polis. Ini kes pagar makan padi," katanya kesal.

Cara menyelesaikan krisis Perak ialah dengan membubarkan DUN kerana keadaan menjadi semakin teruk dan Kerajaan haram pimpinan Dato Seri Dr Zambry akan terus menghadapi masalah dan terpaksa bergantung kepada istana dan polis untuk berfungsi.

Aziz berkata hanya kerajaan diktator yang berfungsi begitu dan dalam sistem demokrasi kerajaan hidup dan tegak berdasarkan sokongan rakyat, bukan atas bantuan polis dan mahkamah. Hanya golongan fasis sahaja tidak percaya dengan pilihanraya. Mereka akan mengambil tindakan ganas dan di luar kebiasaan untuk berkuasa.

"Apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli DUN di Perak adalah respons yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk oleh BN sendiri kalau mereka melaluinya. Dengan itu adalah tidak adil untuk menuduh mereka ganas, liar dan sebgainya sedangkan kita tahu bagaimana mereka dilayan oleh polis dan pihak sekretariat kerajaan negeri," jelasnya.

http://perisik-rakyat.com/2009/05/prof-aziz-bahri-sidang-7-mei-tidak-sah.html

Thursday, May 14, 2009

We have never heard Mandela and Ghandi doing these...

These were the two great legends of humanity.

The two legends fought for justice with firmness, fairplay and with due respect to legal and democratic process.

We have never heard of the two great legends grabbing and strangling a legally appointed sitting speaker out of a sitting assembly!

We have never heard of the two great legends holding on to power in total disregard of the voices of the majority of the voters and the people!

We have never heard of the two great legends claiming to be the sitting leader despite a Judge of the High Court declaring otherwise!

We have never heard of the two great legends clinging on to power and position despite knowing very well the majority of voters rejected him!

I have never heard of the two great legends so scared of taking their position to the people to give them the mandate to be their leader!

These were two great legends of humanity before us. 

They are not the great "demo-crazy" who are so crazy for power & position to the extent of strangling and dragging the assembly speaker without due regard and respect for the due process of law and principles of democracy.

(modified from http://zul4kulim.blogspot.com/'s 13 Mei 2009 post)  

Ulasan: Sayangnya setakat kita tahu bahawa Mahatma Gandhi meninggal duniabukan sebagai  Muslim. Nelson Mandela setakat ini belum lagi Muslim. Ya Allah kami lalai mendakwahkan agamaMu. Maafkan kami ya Allah.

DBP disaran anjur 'Perayaan Bulan Bahasa Melayu'

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Selepas berjaya mencetus pelbagai kelainan di Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan pula kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan perayaan Bulan Bahasa Melayu. 

Katanya, perayaan itu boleh diadakan sempena kempen Bulan Bahasa yang diadakan setiap tahun. 

"Ini penting bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan penggunaan bahasa ibunda (Melayu) dalam setiap aspek kehidupan harian rakyat. 

"Selain itu bahasa Melayu juga wajar diperkasakan di sekolah-sekolah bagi memastikan ia dapat diwarisi kepada generasi akan datang," katanya pada pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP, Dato' Termuzi Abdul Aziz baru-baru ini...

Ulasan: Banyak acara yang boleh di fikirkan untuk mengembalikan bahasa Melayu ke persada penggunaan kini setelah hampi-hampir tewas di negara sendiri.

Kubu Umno di Johor semakin retak!

KOTA BHARU, 14 Mei (Hrkh) - Umno kini hanya mampu berkubu di Johor bagi meneruskan kelangsungan politik di negara ini. 

Apabila kubu itu berjaya diroboh bermakna Umno akan lenyap di semenanjung. 

Namun kini ternyata Umno tidak lagi kebal di Johor apabila Pakatan Rakyat berjaya bertapak kukuh pada pilihan raya umum lalu. 

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, perubahan pola politik di Johor semakin jelas sekarang apabila rakyat mulai sedar terhadap perkembangan politik negara…

Ulasan: Air di tempat tinggi akan merintis jalan untuk turun ke sungai dan ke laut. Lambat-laun kebenaran akan menang juga mengalahkan kebatilan. 

Paus Benedict sokong negara Palestin

BAITULAHAM, Tebing Barat 13 Mei - Paus Benedict XVI hari ini menyeru ke arah mewujudkan negara Palestin dan meminta golongan muda agar menolak godaan 'keganasan' dalam rangka lawatan pertamanya ke Tebing Barat.

"Pihak kami menyokong hak orang anda untuk penubuhan negara Palestin di tanah milik nenek moyang kamu, selamat dan aman dengan jirannya di dalam sempadan yang diiktiraf secara antarabangsa," kata beliau dalam ucapan alu-aluan di sini yang dipercayai oleh penganut Kristian sebagai tempat kelahiran Nabi Isa.

Ketua gereja Roman Katolik itu berucap selepas melintas pos kawalan di tembok pemisah kontroversi setinggi lapan meter milik Israel yang mengepung Baitulaham dan membentuk sebahagian sempadan yang didakwa negara Yahudi itu sebagai penting demi keselamatannya namun dilihat penduduk Palestin sebagai simbol rejim aparteid.

Dalam kunjungan lapan hari beliau ke sini, Paus mengulangi seruan ke arah keamanan bagi tanah yang dianggap suci oleh tiga agama utama dunia yang berdepan dengan keganasan selama berdekad-dekad.

"Saya secara khusus meminta masyarakat antarabangsa untuk menggunakan pengaruhnya bagi mencari penyelesaian," kata beliau lagi….

Ulasan: 60 tahun Palestin di jajah oleh Israel. Berusahalah sedaya upaya kita supaya negara Palestin merdeka. Dengan semangat yang kuat, Palestin boleh jadi hebat.

Didikan agama jalan terbaik atasi maksiat

SEREMBAN 13 Mei – Pendidikan agama secara berterusan dilihat satu cara terbaik bagi mencegah masalah individu terjebak dengan pornog rafi. 

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Mizan Maulud berkata, melalui pendi dikan yang berkesan terhadap pemikiran masyarakat, beliau yakin masalah itu dapat diatasi.

Namun, beliau juga mengakui, terdapat pelbagai kekangan dari pada masyarakat yang tidak menga mbil berat soal ini, walaupun ia jelas membawa implikasi negatif yang mampu meruntuhkan sesebuah institusi.

“Jika kita lihat teknologi Internet sekarang ini, sesiapapun boleh me layari laman web tanpa mengira lapisan umur selagi mereka mem punyai pengetahuan asas dalam bi dang komputer.

“Memang agak sukar bagi kita untuk mengekang semua laman web ini memandangkan berjuta-juta laman web berada di seluruh dunia menawarkan perkhidmatan bagi ‘kaki porno’ ini,” katanya ketika di hubungi Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Kerajaan BN sepatutnya arahkan pihak penyedia perkhidmatan internet (ISP) supaya menutup saluran web lucah. Kalau betul-betul hendak, kerajaan boleh laksanakan. We have the technology and the resources. Kalau tidak, akan berlakulah maksiat angkara dari internet lagi dan lagi…

Program tarbiah untuk pasangan bermaksiat

KUANTAN 13 Mei - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan memperkenalkan program tarbiah terhadap pasangan Islam yang ditahan kerana melakukan maksiat antaranya dengan membawa mereka melawat rumah mayat.

Timbalan Pengarahnya, Ghazali Abdul Aziz menegaskan, usaha sedemikian dianggap lebih berkesan daripada hanya memberi kuliah atau penerangan untuk menyedarkan mereka daripada terus bergelumang dalam kegiatan maksiat.

''Program kesedaran menerusi kuliah dan penerangan dilihat kurang berkesan dan kita mahu mereka melihat sendiri keadaan orang yang meninggal dunia sekali gus menyedarkan bahawa hidup di dunia bukan untuk berseronok semata-mata," tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Dewan JAIP di sini hari ini.

Ghazali menegaskan, selain rumah mayat, pelaku maksiat juga akan dibawa menziarahi pesakit kronik di hospital dan rumah orang tua bagi meningkatkan kesedaran.

''Golongan yang terlibat dalam program tarbiah ini bukan sahaja yang terbabit dalam maksiat seksual, tetapi juga dalam kes perjudian dan ajaran sesat," jelasnya.

Menurut beliau, program tarbiah itu akan dijalankan oleh Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat yang pertama ditubuhkan di negeri ini.

''Buat masa ini, briged ini hanya ditumpukan di daerah Kuantan dan akan diperluaskan ke daerah lain tidak lama lagi," katanya.

Beliau menjelaskan, pasukan briged itu tidak terlibat dalam operasi penangkapan maksiat, sebaliknya bertindak sebagai pemberi maklumat dan menjalankan program susulan terhadap mereka yang ditahan melakukan perbuatan sumbang itu.

''Selama ini, kita memberi penekanan kepada penguatkuasaan dan hukuman ke atas pelaku maksiat tanpa tindakan susulan untuk menyedarkan mereka," katanya.

Mengenai dengan briged itu, tambah beliau, selain pegawai agama, ia akan dianggotai oleh polis, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Rukun Tetangga (RT).

''Kita juga mempelawa individu yang prihatin terhadap masalah sosial supaya menyertai briged ini. Kita akan memberikan pakaian seragam dan kad keahlian kepada mereka yang berminat," katanya.

Ghazali menjelaskan, briged tersebut tidak terbabit dalam operasi pencegahan maksiat bagi mengelakkan sebarang tuduhan penyalahgunaan kuasa sebagaimana pernah berlaku terhadap sebuah pasukan yang ditubuhkan di Selangor sekitar tahun 90-an lalu.

Ulasan: Terima kasih kerana mewujudkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat. Pada waktu yang sama rakyat tertanya-tanya mengapakah kerajaan tidak menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menutup jalan-jalan kearah maksiat tetapi melebarkannya menjadi lebuh raya maksiat? Kerajaan BN sepatutnya MALU kerana 50 tahun memegang kuasa tapi maksiat semakin menjadi.

Skandal PKFZ: PAC panggil bekas menteri

KUALA LUMPUR 13 Mei - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak menolak kemungkinan memanggil seorang bekas menteri untuk memberi keterangan berhubung skandal pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada pihak itu tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid bagaimanapun berkata, pihaknya hanya berbuat demikian jika siasatan mendapati wujud keperluan untuk mendapatkan keterangan lanjut daripada bekas menteri terbabit. 

"Kalau perlu, PAC boleh panggil sesiapa saja," katanya ketika menjawab soalan pemberita mengenai kemungkinan itu pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar berkaitan kualiti audit di sini hari ini.

Projek PKFZ yang menelan belanja besar menimbulkan tanda tanya terutama apabila harga pembelian tanah mencecah RM1.088 bilion dan mengambil kira tempoh pembayaran balik 15 tahun pada kadar faedah 7.5 peratus setahun, kos keseluruhan pembelian tanah meningkat kepada RM1.807 bilion.

Kos keseluruhan PKFZ ialah RM4.6 bilion setelah mengambil kira pembelian tanah, kerja-kerja pembangunan dan faedah 7.5 peratus bagi bayaran tertangguh selama 10 tahun.

Tambah Azmi, pihaknya akan memanggil Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) untuk memberi kenyataan berhubung perkara itu.

Jelasnya, siasatan pihak beliau terhadap PKFZ terhenti sebelum ini kerana PKA terpaksa melalui proses pengauditan. 

Beliau berkata, Proton Holdings Bhd. (Proton) pun memberi penjelasan berhubung tindakannya menjual pegangan saham dalam syarikat pengeluar motosikal Itali yang mengalami kerugian, MV Agusta kepada PAC.

"Saya bagaimanapun tidak diizinkan memaklumkan kepada media melainkan laporan itu masuk ke dalam Parlimen dulu," katanya.

Jelas beliau, hasil laporan berkaitan urus niaga Proton dan beberapa laporan lain lagi akan dibentang dalam sesi Parlimen yang seterusnya yang dijadual pertengahan bulan depan.

Proton menjual 57.75 peratus kepentingan dalam MV Agusta pada harga 1 Euro (RM5.14) tiga tahun lalu….

Ulasan: Dulu pembangkang terbitkan cerita skandal itu, tapi kerajaan buat tak kisah. Beri peluang duit itu betul ghaib baru hendak tanya. Itu cara BN bekerja bila melibatkan orang-orangnya. Elok selepas itu serahkan kes itu kepada PSRM. Mungkinkah itu berlaku? 

Tiga anggota polis tindakan khas didakwa rompak

KUALA LUMPUR 14 Mei — Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap pertuduhan merompak secara berkumpulan, April lalu.
xxx, 32; xxxx, 27; dan xxxx, 28; yang kini digantung tugas, didakwa merompak lapan buah telefon bimbit pelbagai jenis, cermin mata, minyak wangi, wang tunai RM320, sebentuk cincin emas, seutas rantai leher emas, dan seutas rantai tangan perak.
Terdapat seramai lapan orang mangsa yang berumur antara 16 dan 40 tahun dan di antara mereka ada yang bersaudara dan ada yang masih belajar. 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di No 115, Jinjang Selatan Tambahan, Sentul, pada 11 malam, 11 April lalu….

Ulasan: Bila polis melakukan jenayah, rakyat jadi huru-hara. Eloklah PDRM siasat mengapa perkara seumpama berlaku. Apakah disiplin polis semakin menurun atau gaji polis tak cukup?

Nik Aziz tolak kerajaan perpaduan bersama Umno

KOTA BHARU, 13 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno. 

Beliau berkata, PAS sudah hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana penipuan yang dilakukan semasa PAS berada dalam kerajaan Perikatan pada 1974. 

"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan. 

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978. 

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini. 

Beliau sekali lagi mengulangi analoginya diibarat PAS menolak kereta lama Umno-BN, setelah enjin kereta itu hidup, kereta itu berjalan meninggalkan PAS di belakang yang sudah terpalit asap dan lumpur. 

Mengenai Deklarasi Perpaduan Nasional yang baru dicetusnya, beliau berkata PAS ada penawarnya bagi menjalin hubungan dengan Umno dengan syarat dasar parti itu ditukar daripada kebangsaan kepada Islam. 

"Sekiranya Umno menukar dasarnya dengan persetujuan daripada cawangan dan negeri-negeri kepada Islam maka PAS akan menyokong. 

"Tidak ada sebab kita hendak melawan dasar dan perjuangan Islam. Kami melawan sekarang kerana Umno membawa jalan sesat," katanya. 

Beliau juga berkata, Umnolah punca kekalutan dalam politik di negara ini kerana mereka hanya mementingkan bangsa, sedangkan Islam milik sejagat. 

Menyentuh suasana politik di Perak yang semakin kalut katanya, biarlah rakyat yang menjadi hakim bagi memilih seseorang Menteri Besar. 

Namun katanya kini sudah terbalik pula apabila mahkamah yang menjadi hakim memilih ketua kerajaan. 

"Saya hairan di Malaysia nampaknya ada pihak-pihak tertentu yang menjadi dalang kepada wujudnya suasana kalut ini," ujar beliau. 

Ditanya mengenai konsep '1 Malaysian' yang diuar-uarkan Perdana Menteri sekarang katanya, BN hanya mencedok apa yang telah dilaksanakan PAS. 

Menurutnya PAS membawa dasar perjuangan Islam sehingga masyarakat Cina dan India sudah menerima konsep tersebut seperti yang berlaku di Kelantan sekarang. 

"Di Kelantan, kita ada wakil masyarakat bukan Melayu dalam kerajaan bagi menghubungkan mereka dengan bukan kaum Islam," ujarnya. 

Sementara itu, seorang usahawan Kenny Chua, 53 berkata, keluarganya mendapat perlindungan di kediaman Menteri Besar Kelantan, Dato' Asri Muda semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969. 

Menurut beliau, bapanya Chua Say Paw pernah memberitahu PAS satu hari nanti akan berjaya memerintah Kelantan sekiranya mereka mengambil berat masyarakat bukan Islam seperti yang berlaku sekarang. - mj/mks. _

Ulasan: Sudah terang lagi bersuluh bahawa perjuangan UMNO kini sudah tidak lagi relevan. Cukuplah sekali di gigit. Semoga Allah ganjarkan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Dato' Asri Muda kerana telah menunjukkan contoh yang baik memberi perlindungan kepada keluarga Cina semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Bukan sekadar budi baik di kenang jua tetapi juga mendapat Allah memberikan pahala.

Wednesday, May 13, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Tajuk asal: Ucapan Dr Azzam Tamimi semasa “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis”.

“Semasa kamu melelapkan mata pada malam nanti, tanya diri kamu, apakah yang kamu telah lakukan untuk Palestin ?”

-Dr Azzam Tamimi, 9 Mei 2009, PWTC, KL , Malaysia.

Ku Li Latest Appeal

Tajuk asal: The courts cannot solve Perak crisis – Ku Li
KUALA LUMPUR, May 12 — The Perak crisis is a tragic comedy of errors and bad political judgement that reflects a failure of political leadership. As it continues to spin out of control, it damages our democratic system of governance.

For all intents and purposes, one of our most prosperous and developed states has been reduced to a failed state, with a possibly illegal state government in place. This is a condition that can propagate outwards to the rest of the country.

I stated at the beginning of this crisis that by our Constitution, a change of government can only be brought about by democratic means, which is to say, through the ballot box or through a formal vote of confidence in the elected Legislative Assembly. 

These are the constitutionally mandated means by which the people decide on their government. Any other means of changing the government is unconstitutional and undemocratic, and subverts the basis upon which we are a civilised society.

We now have reason to fear the loss of the people’s confidence in the Constitution, in democracy and in our constitutional monarchy.

Responsible political leadership must support rather than destroy the confidence of the people in these practices and institutions. In particular, powers reserved for the Legislative Assembly, which represents the sovereign will of the people, cannot be taken away under any circumstances by anyone.

This foundational constitutional principle has been affirmed by the Court. We are all sworn to uphold it. Those who do not understand or accept this principle have no place in government.

Some issues can be solved by a court of law, but the Perak crisis is not one of them. The back and forth events of the past week demonstrate this fact abundantly.

The Perak crisis cannot be solved by a decision of the Court because it is at heart a political rather than a constitutional problem. There is really no doubt about what the Constitution says.

What is now unclear as a result of an ugly series of manoeuvres is whether Perak has a legitimate government, and there is only one way to resolve that issue.

Perhaps our political leadership has not understood how important it is that the people’s voice must prevail, and be seen to prevail, in the choice of their government.

The only solution to the Perak crisis now is for the State Legislative Assembly to be dissolved and free and fair elections held. At this stage there is no other way to restore both public confidence and constitutional legality to the Perak state government, and by extension to our entire system of government.

Our survival as a democratic and constitutional monarchy depends on our acceptance of the judgment of the people as expressed in free and fair elections. Any attempt to circumvent that judgement betrays the basic principles and values upon which our nation and incidentally, UMNO itself, stand.

I appeal for wisdom and a broader concern for the wellbeing of our country.

Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang.

Damage Control by Najib

It is natural that when one is threatened, one will fight back. This is the case with Najib. Having been dealt a serious blow the day before, he now stages a series of moves to gain the upper hand again. Mind you, this is just part of a pattern of behaviour by Najib, one which reveals the the malaise of denial syndrome and miscalcuations. While he marches through with his great blunders, Perak - and the nation - will sink deeper into a constitutional and political quagmire.

1. By declaring that it is all up to Zambry to 'solve the crisis' (read 'clear the mess'), he seeks to cleanse his hands, hence rise above the whole 'tragic comedy' (as Ku Li aptly puts it).

2. That Zambry compares himself to Mahatma Gandhi, Nelson Mandela, and Martin Luther King is a sign that he is asked to own the problem, hence absolves Najib of further perception of collaboration.

3. The hastily made declaration by a one-man panel Appeal Court provides more questions than answers, but it serves as a breathing space for Najib while everybody becomes utterly confused.

3. The panel at the Appeal Court comprises one man, and he is the most junior of the all Appeal judges.

4. The stay of execution is permanent, not interim.

5. What does the stay really mean? [My naive view: It surely cannot mean to overule the High Court ruling that Zambry has been an illegitimate MB all this while. So if this is true, the status quo should put Nizar back in his rightful MB seat. I maybe very wrong, but the confusion over the meaning is something which, I suppose, will go into the books of all future Law students.]

6. Najib's strategy may look clear if one casts the whole mess onto the backdrop of his proposition to move discussions [over the crisis] with PR.

7. If he gets his way, then he will be able to rise above the situation.

8. How PR responds to his moves is something everyone should be anxiously watching.

9. But things might not go the way Najib would like to.

10. And time is running very fast as Perak sinks deeper into the sinkhole.

As the end of the day, the whole nation will be able to judge Najib for what he is; if he succeeds to provide order to the chaos, then he is truly a political genius.  

AAR

Ulasan: Selamat membuktikan 1Malaysia melalui perbuatan...


Dasar HEP universiti, kolej digubal

Kementerian kumpul pandangan, luahan rasa mahasiswa terhadap kerajaan 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi tidak menolak kemungkinan menggubal satu dasar khusus berkaitan Hal Ehwal Pelajar (HEP) selaras dengan cita rasa dan harapan mahasiswa untuk bersuara serta menyatakan pandangan terhadap kerajaan. 

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata perkara itu hanya akan ditentukan selepas beliau mengumpul semua cadangan, pandangan serta luahan rasa pelajar menerusi program Misi "Menyelami Minda Pelajar" (3M). 

Katanya, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) juga perlu memberi sepenuhnya ruang kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan tanpa terikat dengan agenda institusi berkenaan. 

"Saya tidak menolak kemungkinan membentuk satu dasar (HEP) yang bersifat lebih mesra pelajar. 

"Kita perlu menghormati mahasiswa dan jangan melayan mereka seperti pelajar sekolah dan melabel pembangkang apabila mengkritik kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Misi 3M bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kediaman Siswa UTM di Setapak Jaya di sini, semalam…

Ulasan: Mansuhkan AUKU kerana negara akan terus di selubungi dengan pemimpin baru yang hanya pandai membodek.

Hormati keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak di Perak termasuk ahli politik dan penyokong mereka bertenang serta menghormati keputusan Mahkamah Rayuan berhubung status jawatan Menteri Besar negeri itu. 
Polis turut meminta orang ramai tidak terikut-ikut atau terpedaya dengan beberapa khidmat pesanan ringkas SMS yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menggugat ketenteraman awam. 
Menerusi kenyataan di sini, semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah bagi memastikan sistem keadilan dilaksana…

Ulasan: Polis pun sepatutnya neutral, tidak masuk sebelah mana. Janganlah di belakang lencana polis ialah BN/UMNO. Disebut semula bahawa rakyat suka kalau kalau polis bersifat profesional dan tidak pilih kasih. Gaji polis pun di bayar dengan duit rakyat BUKAN duit UMNO/BN.

Hanya 480 bas ekspres selamat

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan, hanya 480 daripada lebih 52,000 bas ekspres yang beroperasi di negara ini ketika ini memenuhi piawaian keselamatan penumpang seperti ditetapkan kerajaan pada 2007. 
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, masih banyak syarikat bas ekspres tempatan belum menukar badan bas mengikut piawaian R66 ECE (Suruhanjaya Ekonomi Eropah) yang diwajibkan kerajaan sejak 2007. 
Katanya, pematuhan piawaian R66 ECE bagi bas baru diwajibkan kerana struktur bumbung yang kuat mampu mengurangkan risiko kematian ketika kemalangan…

Ulasan: Sudah tahu membahayakan penumpang, kenapa masih lagi di benarkan? Tunggu bila berlaku lagi kemalangan, sebut lagi perkara yang maklum. Persoalannya: Siapa ikut siapa?

Biarlah apa orang nak kata

Oleh Zaidi Mohamad (Berita Harian)

Bagi Intan Ladyana hidupnya bukan untuk orang lain, akur lumrah dunia anak seni yang ada kala dipuji, ada kala dikeji 

TIGA tahun mengorak langkah sebagai anak seni, masih ada pihak yang meragui bakat seni gadis kacukan Melayu dan Thailand bernama Intan Ladyana ini. 

Tidak benar jika ada yang mengandaikan dakwaan sebegitu menjadi kudis buat dirinya kerana hakikat sebenarnya, gadis berusia 26 tahun ini tidak mempedulikannya. Malah, dia terus kuat berjuang mengatur langkah untuk sampai ke tahap sekarang. 

Baginya dia hidup bukan untuk orang lain dan lumrah bergelar manusia ataupun selebriti, ada kalanya dipuji dan begitulah sebaliknya. 

"Saya sedar bukan senang untuk memuaskan hati dan perasaan orang. Saya sudah malas nak ambil 'pot'. Orang yang sudah lama dalam bidang seni pun dikutuk, inikan pula saya yang masih baru. 

"Saya hanya mengikut aturan hidup dan apa yang saya lakukan demi mencari duit meneruskan kehidupan mendatang. Saya pun tak menganggap diri sudah popular atau paling mudah untuk berlagak diva," pintasnya pada awal perbualan…(BH, 12/5/09).

Ulasan: Janganlah hanya mencari duit tapi carilah rezeki halal. Carilah pekerjaan lain yang halal dan lebih baik. Ramai yang telah tertipu di dalam dunia seni, dunia selebriti yang di penuhi gemerlapan yang mengasyikkan. Manusia lain menjadi saksi terhadap apa yang kita lakukan di dunia. Selamat kembali ke alam nyata.

Tangani gejala rempit - TPM

KUALA LUMPUR 12 Mei – Gejala mat rempit yang semakin membimbangkan perlu segera ditangani sebelum ia merebak menjadi ‘wabak’ yang mengundang pelbagai masalah lain dalam masyarakat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, untuk tujuan itu, satu pendekatan jangka panjang yang holistik perlu dirangka bagi mengawal gejala ini melalui penglibatan pelbagai pihak termasuk anggota masyarakat…

Ulasan: Fenomena ragut bermotosikal semakin berleluasa di dalam negara kita.
Perbuatan yang jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini selalunya menjadikan wanita sebagai mangsa mereka.
Baru-baru ini terdapat kes dimana ibu yang sedang hamil telah meninggal setelah terjatuh dari motosikalnya setelah begnya di ragut oleh mat rempit.
Di masa yang sama, pihak polis masih gagal untuk membendung gejala ini dari terus berleluasa.
Di dalam arena politik pula, perilaku pemimpin Umno/BN adalah lebih terus dari mat rempit.
Mereka sanggup melanggar undang-undang untuk meragut dan merampas hak orang lain dengan cara yang tidak sah.
Malah, berbanding mat rempit yang menjadi musuh polis, Umno pula menggunakan polis untuk melaksanakan misi jahat mereka ini.
Peristiwa rampasan jawatan speaker di Dewan Undangan Negeri Perak sudah cukup membuktikan joint venture Umno/BN-Polis untuk bersekongkol melakukan kerja terkutuk ini. Pasukan Polis yang terlalu sibuk berpolitik telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat.

dari http://lordazaab.wordpress.com/2009/05/10/perilaku-ubn-lagi-teruk-dari-mat-rempit/

Malaysia jadi tempat lambakan sayuran tiada kualiti

KOTA KINABALU 12 Mei - Malaysia masih menjadi tempat lambakan sayuran dan buah-buahan import yang tidak berkualiti kerana ia dapat diterima dengan mudah di negara ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz berkata, kebanyakan sayuran dan buah-buahan import itu tidak diterima di pasaran negara pengeksport kerana kualitinya yang rendah.

''Salah satu puncanya adalah kerana kita masih belum menguatkuasakan sepenuhnya peraturan 3P iaitu Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.

''Tanpa penguatkuasaan peraturan 3P itu juga, menyebabkan kita masih mengimport berasaskan harga yang ditetapkan negara pengeksport dan tidak mempunyai kuasa untuk membetulkan keadaan itu," katanya…

Ulasan: Bagaimana pula dengan kandungan racun insecticide dan pesticide? Menggunakan tanaman organik lebih selamat.

Perlu ada sikap saling hormat

KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakatan pembangkang dan kerajaan perlu mempunyai sikap saling hormat-menghormati jika kedua-dua pihak mahu bekerjasama bagi menangani kemelut politik di Perak. 

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau sehingga kini tidak dapat mengesahkan kemungkinan akan ada kerjasama seumpama itu kerana belum melihat syarat-syarat yang ditetapkan pihak pembangkang.

''Saya tidak tahu apa syaratnya. Ini (mengadakan kerjasama) bergantung pada syarat yang ditetapkan pihak pembangkang.

''Bagaimanapun, paling penting ialah untuk kita hormat antara satu sama lain. Kita perlu menghormati hak pembangkang dan pihak pembangkang juga perlu menghormati hak kerajaan," katanya…

Ulasan: Jangan setakat cakap berdegar-degar, buktikan melalui perbuatan. Terjadinya krisis perlembagaan  di Perak pun bila BN/UMNO tidak menghormati kerajaan yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU 12 lalu.

Prime Ministerial slogans

In the light of yesterday’s events, I couldn’t help recalling all the slogans we have had over the years whenever a new prime minister took office.

Under Mahathir, it was “Bersih, Cekap, Amanah” (Clean, Efficient, Trustworthy).

Under Abdullah Badawi, it was “Work with me, not for me” and “Cemerlang, Gemilang, Terbilang” (Excellence, Glory, Distinction).

And now under Najib, it is “1Malaysia, people first, performance now”.

These slogans or tag-lines would make any advertising agency or public relations firm proud.

But what we have seen over the years is the the actual performance or delivery failing to match the rhetoric and sloganeering. This has invariably led to the masses adapting the slogans to reflect the reality around them, for instance, “Democracy first, elections now.”

Punca: http://anilnetto.com/malaysian-politics/prime-ministerial-slogans/#more-11662

Ulasan: Selama ini BERSIHkah pilihan raya kita?

DAHULUKAN RAKYAT...... BUBAR DUN PERAK!!!

Perak oh Perak.... pi mai, pi mai tang tu jugak. Back to square one..... Apa nak jadi tak tau ler.... Rasa macam malas dah nak sentuh isu politik Perak ni. Rasa macam nak termuntah.... Sebenor nyer.... macam-macam rasa ada...!!! Getik, menyampah, meluat, geram, sedih, fed up.... tapi sebagai anak jati Perak, teman tak boleh patah semangat tetapi mau tak mau terpaksa menaruh harapan yang rakyat Perak akan menang juga akhir nyer..... insyaAllah!!

Semalam.... baru Mahkamah buat keputusan yang YB Nizar adalah MB Perak yang sah. Gumbira hati ku tak terkata tapi dalam pada tu..... rasa cuak tetap ada.... kerana tau-tau jer ler UBN.... Tambahan pulak, demer boleh buat rayuan dan dalam keadaan imej dan reputasi sistem kehakiman yang boleh dipersoalkan..... orang kata, harap tu ada, percaya tidak ler seratus peratus. Tapi... bila orang semua seronok, teman pun tumpang ler sekaki.....

Alih-alih...... hari ini udah lain pulak ceriter nyer.... udah terbalik kot sekali lagi!!! Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan si Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah, sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara itu. Tak ke giler babi nama nyer... Sahabat teman MSK kata.... Perak dah jadi Perak Darul Chipsmore. Betoi kata dia tu.... Now he's MB, now he's not...... hi..hi...hi...hi...hi..!!!! Al-gila babi betoi!!

Walau pun sekejap jer Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan Perak.... bergoyang jugak ler lutut demer. UBN...UBN... punya ler nakkan kuasa... sanggup huru-harakan negeri Perak.... sanggup gunakan semua instrumen kerajaan.... sanggup memalukan istana Perak..... Semua nyer ini kerana giler sangat yang teramat sangat......nakkan kuasa. Tak jantan langsung... aw..aw..aw!!! Tak pikirkan kehendak rakyat..... usah ler komer dengor bohong dan labun serta temberang si Najib tu..... Apa kata nyer... rakyat didahulukan...... Kepala hotak komer, rakyat didahulukan??? Usah banyak cakap ler, retorik semata-mata......

Cer komer tengok Pakatan Rakyat pulak.... se jer kata dapat balik kuasa, agenda utama demer ialah hendak jumpa raja dan minta DUN Perak dibubarkan. Semua ini untuk kembalikan semula kuasa kepada rakyat..... bukan demer nak terus pegang dan berpaut pada kuasa. Ini ler baru dikatakan, rakyat didahulukan.....Tak macam komer..... giler kuasa, rakyat..... mampusss pi la!!!

Tapi tak pe..... kita masih percaya yang Allah bersama-sama pihak yang benar. Insya Allah... ada ler hikmah nyer tu... Lambat laun, kebenaran akan terserlah juga. So... kepada semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat..... jangan ler gundah gulana sangat.... terus berdoa dan bermunajat kepada Allah. Eleh.... kita dah biasa dengan keadaan macam ni..... udah lali dengan permainan mahkamah di Malaysia Boleh.... Betoi tak??? So... jangan susah hati , jangan sedih-sedih sangat... Relax....!!!

Apa yang teman boleh katakan pada komer semua..... bersabor ajer ler. Tengok esok atau lusa, kut-kut ada pulak berita gembira... mana ler tahu kan???

Dari: http://motherof3mohd.blogspot.com/2009/05/dahulukan-rakyat-bubar-dun-perak.html

MENTERI BESAR HARAM DIBENARKAN JALANKAN TUGAS MENTERI BESAR HALAL

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

 Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;

Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau (seperti Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Nizar (bukannya Zambry) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut, Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi. Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang (iaitu Nizar). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman (stay of execution of judgment) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini (12 Mei) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik (special circumstances) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman (dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman (judicial review) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi .

Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Nazri adalah Menteri besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Dari: http://peguampas.blogspot.com/