Thursday, July 15, 2010

LCCT: Negara Nak Bangkrap, Namun Perangai UMNO Masih Tidak Berubah

Saya masih tidak percaya. Selepas Idris Jala memberitahu Malaysia sedang menghampiri bangkrap, kita dikejutkan dengan berita pemberian kontrak pembinaan terminal carrier kos rendah (LCCT) yang baru.

Akhbar The Edge bertarikh 5 Julai 2010 melaporkan kontrak pembinaan terminal LCCT baru (yang sekarang ini di terminal kargo) berjumlah RM1 billion. Akhbar yang sama melaporkan, Sunway Constructions telah membuat tawaran sebanyak RM750 juta untuk membina terminal yang sama.

Namun, kontrak akan diberikan kepada syarikat yang membuat tawaran RM1billion. Syarikat tersebut adalah BinaPuri, yang JV dengan UEM. Bina Puri adalah milik Syed Mokhtar yang ditadbir oleh keluarga YB Senator Tan Sri Datuk Tee Hock Seng, JP. UEM pula adalah syarikat UMNO yang telah di "bail-out" oleh Khazanah (duit rakyat) sewaktu UEM hampir bankrap pada 1997. 

Namun, Khazanah pula adalah di bawah penguasaan Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan, bermakna UEM masih kekal bawah penguasaan UMNO. 

MENGAPA BAZIR RM250 juta?

Saudara/ri pasti dapat melihat. Bagaimana mudahnya UMNO/BN membazir duit rakyat untuk mengkayakan UMNOPUTRA serta kroni2 mereka. 

Projek yang mampu diselesaikan dengan belanja RM750 juta, di berikan kepada syarikat yang membuat tawaran RM1 billion. 


Dalam keadaan ekonomi kita yang semakin menuju bangkrap, minyak yang semakin habis, Petronas yang semakin susut keuntungan, FELDA yang semakin bangkrap namun UMNO masih bermewah-mewah membelanjakan wang rakyat. 

Mereka seperti tiada belas kasihan kepada rakyat Malaysia yang bakal hidup dalam kesusahan yang amat perit sekiranya negara kita bangkrap. 

RM250 juta adalah satu jumlah yang tersangat banyak. Mengapa begitu mudah UMNO membazirkan wang rakyat sebegitu sekali?

Jelaslah, kalau rakyat Malaysia mahu menyelamatkan Malaysia dari bangkrap, maka WAJIBLAH UMNO itu dihumban ke Laut Cina Selatan.

Tulang Besi

Kematangan Zahid Jawab Isu Scorpene Jadi Tandatanya

Oleh Mak Bonda

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya. Malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira Euro1 bilion pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Sepertimana dilaporkan Bernama, ketika mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira Euro114 juta kepada sebuah syarikat di Malaysia.
"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," kata Ahmad Zahid baru-baru ini.

Jawapan Ahmad Zahid menggambarkan sikap tidak matang sebagai seorang Menteri yang sepatutnya peka dengan kegelisahan dan suara rakyat yang prihatin dengan isu rasuah membabitkan wang rakyat. 

Kita mengharapkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mengaku ‘mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi’ supaya ‘buat serupa cakap’ dan bukan ‘cakap tak serupa bikin’.

Adakah Ahmad Zahid mengharapkan rakyat akan menarik nafas lega mendengar kenyataan beliau mengenai kes kapal selam tak menyelam itu?
Kita ingin melihat sikap yang lebih telus, matang dan profesional daripada Menteri Pertahanan jika benar segalanya mengikut prosedur dan tiada ‘hanky panky’ dalam pembelian luar biasa yang menarik perhatian satu dunia itu. 
Apa yang ditakutkan beliau jika tiada apa yang ingin disorokkan daripada SPRM dan rakyat 1Malaysia?

http://biaqpila.blogspot.com/2010/07/kematangan-zahid-jawab-isu-scorpene.html

Ulasan: Ye ke? Seolah-olah wang rakyat boleh dibazirkan sesuka hati oleh kerajaan. Rupa-rupanya Kementerian Pertahanan menjadi lombong emas.

USA should declare independence from Israel

Americans should declare independence from Israel
Monday, 12 July 2010 18:59

When will the American public wake up to the fact that Israel controls America? If the public doesn't wake up, Israel will destroy America.

The US government is a hopelessly lost slave to Israeli dictates. The media wallows in abject servitude to Israel's shills at the helm of the major film studios, broadcasting companies, newspapers and magazines.

After the Israelis attacked the Gaza Freedom Flotilla, most of the world condemned Israel for their blatant piracy, murder of nine humanitarian activists and serious injuries to dozens more.

The Israelis lied just as they have lied for years about the threat of Palestinian children throwing stones at tanks. Those on board the flotilla's ships had only iron bars to try to defend themselves against heavily armed Israeli commandos.

What was the US government's reaction? They bowed and scraped to Israel's fabricated excuses.

One congressional representative, Mike Pence, literally said, “Israeli officials should tell us what they want us to do, and we'll support it”. As insane as that premise is, many US politicians and media accept it.

Veterans Today Senior Editor and political commentator Gordon Duff notes that it doesn’t take a genius to see that our current foreign policy is dictated by Tel Aviv:

The basis for accepting the supremacy of Israeli interests over that of the United States is holocaust guilt, calculated Islamophobia promulgated by pop culture, the impression of a strategic alliance with Israel that secures the United States and a belief that Israel is a bastion of democracy that was brutally attacked in 1967 by massed invading armies of Arabs bent on the genocide of Jews around the world.

For some strange reason, many Americans do feel guilt over the holocaust. Holocaust survivor Alexander Kimmel explained it as essentially a failed moral responsibility:

"The responsibility of those who, witnessing the senseless killings, did nothing to stop the killings or help the innocent victims." That he attributes to a general "anti-Semitism" on the part of both the public and the leaders of countries surrounding Germany.

The argument has, of course, been used to instil guilt in Americans who were just as oblivious to other terrible deeds. Victims of Stalinist terror have been estimated at between 20 million and 60 million. Americans feel no guilt over that.

There have been many other democides (murders of any person or people by a government, including genocide, politicide and mass murder), but only the constant reminders of the Jewish "holocaust" has been used to inspire guilt.

Duff hasn't explained what he means by "Islamophobia promulgated by pop culture" other than his later reference to how "the ADL [Anti-Defamation League] promotes negative racial and ethnic stereotypes of all Muslims as barbaric and often sub-human or untermenschen”.

Then there has been what Duff calls "the impression of a strategic alliance with Israel that secures the United States". It is beyond comprehension that anyone in the US government still believes such nonsense.

Americans must have their heads in the sand to continue to believe that "Israel is a bastion of democracy". Israeli political geographer Oren Yiftachel makes it clear that Israel is an ethnocracy that serves one ethnic group well and the other badly.

"An ethnocracy," he explains, is a regime promoting “the expansion of the dominant group in contested territory ... while maintaining a democratic façade." Yet Americans, with only a little knowledge of the facts, still refer to Israel as "the only democracy in the Middle East".

Instead of celebrating Independence Day with hot dogs, beans, beer, baseball and fireworks, Americans should wake up and declare independence from the dictates of Israel.

Paul J. Balles is a retired American university professor and freelance writer who has lived in the Middle East for many years.

Selangor bakal kekurangan tanah akibat perlombongan pasir

SHAH ALAM 13 Julai - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bimbang negeri ini akan berdepan masalah kekurangan tanah untuk aktiviti pembinaan dan perindustrian pada masa depan jika aktiviti melombong pasir di negeri itu tidak dikawal.

Beliau berkata, penduduk negeri ini daripada golongan miskin dan berpendapatan sederhana akan menghadapi masalah membeli kediaman kerana ketika itu harga rumah akan melambung tinggi.

"Jika tanah yang ada terutama milik kerajaan terus dibenarkan untuk dikorek bagi mendapatkan pasir, apa lagi yang tinggal pada masa depan.

"Selangor akan jadi negeri yang berlubang dan penduduk yang akan menanggung kesusahan," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Khir mengulangi desakannya agar kerajaan negeri menghentikan kerja-kerja melombong pasir di tanah milik kerajaan…

Ulasan: Dulu semasa berkuasa sejak merdeka,  apa yang UMNO tidak lakukan? Hak negeri dan negara jadi seolah-olah hak sendiri.  



Teras bantah FBI bersidang di Kuala Lumpur 
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras persidangan agensi perisik Amerika yang akan diadakan di Garden and Residences, Mid Malley, dekat sini pada 18 hingga 23 Julai ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) memberitahu, maklumat itu diperoleh daripada laman web FBI National Academy Associatites untuk Asia Pasifik yang diketuai oleh presidennya, SAC 1 Datuk Shahbudin Abdul Wahab.

"Teras membantah dengan keras persidangan ini diadakan di Malaysia yang melibatkan sebuah agensi risikan Amerika yang jelas mempunyai rekod menjadi dalang dalam pelbagai konspirasi untuk menjatuh pemimpin-pemimpin negara yang tidak sebulu dengan Amerika," katanya dalam satu kenyataan media.

Difahamkan, perhubungan FBI National Academy Associates dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula pada 1964 apabila SAC Kassim Ali menghadiri sesi FBI NAA itu buat kali ke-74 .

Sejak itu katanya, 58 pegawai polis kanan dari PDRM telah menghadhiri kursus yang dianggap sangat istimewa, antara yang turut hadir ialah bekas ketua polis negara, Tun Haniff Omar, kecuali 16 orang , yang lain dikatakan sudah bersara.

Mohd Azmi berkata, pihaknya amat kesal apabila mengetahui Malaysia telah menjalinkan hubungan kepolisian dengan FBI yang membuktikan perhubungan seperti ini dilakukan tanpa pengetahuan dan perbahasan di kalangan rakyat mahupun di Parlimen.

Justeru, Teras mendesak kerajaan menjelaskan kepada umum rasional mereka menjalinkan hubungan dengan FBI dan mahu kerajaan segera menghentikan perhubungan dengan FBI.

"Teras mendesak agar pihak kerajaan menjelaskan apakah rasional perhubungan PDRM dengan FBI selama ini, sejauh mana maklumat keselamatan negara diserah kepada FBI dan berapa perbelanjaan yang terlibat dalam latihan pegawai PDRM di FBI.

"Teras juga menuntut agar pihak kerajaan menghentikan perhubungan dengan FBI," katanya.

Menurut Mohd Azmi juga, Shabudin dalam kata-kata aluannya menyatakan bahawa persidangan itu disebut sebagai simbol kuasa dan hubungan rapat yang dapat dijalinkan dengan PDRM melalui FBI NAA Asia pasifik.

Persidangan berkenaan dipercayai ditaja oleh beberapa pihak termasuk Permodalan Nasional Berhad, Tourism Malaysia dan Public Bank Berhad.

Tegasnya juga, kerajaan bersikap hipokrit apabila menyatakan kedaulatan sendiri tetapi secara rahsia menjalinkan hubungan dengan Amerika.

"Tidak ada gunanya kerajaan menyatakan Malaysia mempunyai kedaulatan sendiri tetapi secara rahsia menjalinkan hubungan dengan kuasa perisik Amerika yang mempuyai agenda untuk mengawal pengurusan keselamatan negara.

Sebagai sebuah agensi perisikan Amerika yang utama selain CIA , katanya pelbagai rekod operasi melibatkan penyeludupan agen-agen perisik di seluruh dunia dilaksanakan untuk kepentingan Amerika.

Dua agensi paling berkuasa di Amerika iaitu FBI dan CIA terkenal di Amerika sendiri sebagai agensi yang merosakkan hak individu, hak kebebasan bersuara dan hak memilih pemimpin yang semuanya dilakukan atas nama keselamatan nasional.

Oleh itu, sejarah Amerika sarat dengan skandal yang dikaitkan dengan dua agensi itu termasuk insiden asasinasi Kennedy, kegagalan membunuh Fidel Castro; bom Oklahoma City; pembunuhan beramai-ramai Waco Texas dan 9/11.

Umno demam: Lepas tuduh PAS sesat, pelawa pulak

Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya….

Ulasan: Lebih baik UMNO jadi pembangkang yang baik, daripada menjadi kerajaan yang suka rasuah.

UMNO tidak lemah hingga perlukan kerjasama Pas - Najib

PUTRAJAYA 14 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan Pas.

Perdana Menteri dan Presdien UMNO itu berkata, Pas harus menghormati UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata, tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan UMNO dalam hal tersebut.

"Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden UMNO (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.

"Saya cuma nak nyatakan bahawa UMNO memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini….

Ulasan: Kekuatan UMNO ialah mengamalkan rasuah. Kelemahannya menteri-menteri termasuk PM tak mengisytiharkan diri bersih dari noda di mahkamah. 

Tuesday, July 13, 2010

Pemimpin yang…bertelinga satu, berlidah dua

Buah ranum pada tangkai;

 bahasa gugur dari hati, 

sekali janji, sekali nafi;

 sekali pancang, sekali pincang,

iktibar apakah semua ini? 

Lalu pemimpin angkuh berkata

…Aku apa peduli, kalaupun Shakespear turun ke bumi! 

Jangan berikan undi, pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang 

…bertelinga satu, berlidah dua.

– Datuk A. Samad Said 

Serang flotila: Israel akui berlaku kesilapan

TEL AVIV 13 Julai - Israel mengaku berlaku kesilapan di peringkat pegawai kanan ketika komando zionis menceroboh flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza, tetapi tindakan komandonya melepaskan tembakan ketika operasi masih dianggap wajar.

Siasatan dalaman yang dijalankan oleh pihak berkuasa negata itu mendapati: “Berlaku kesilapan di pelbagai peringkat dalam membuat keputusan, termasuk di peringkat pegawai kanan, yang menyumbang kepada berlakunya insiden itu tidak seperti yang kami harapkan.” 

“Dalam siasatan itu kami dapati terdapat beberapa kesilapan profesional berhubung risikan dan proses membuat keputusan,” kata jeneral bersara, Giora Eiland kepada wartawan di Tel Aviv, ketika membentangkan hasil sisatan pihak tentera Israel itu, yang turut meneliti bagaimana maklumat mengenai operasi itu boleh terdedah.

Eiland dilantik mempengerusikan panel siasatan berhubung serangan itu dan memulakan tugasnya pada 7 Jun lalu, tepat seminggu selepas komando Israel melancarkan serangan ke atas kapal bantuan dari Turki yang membawa lebih 600 aktivis kemanusiaan.

Dalam serangan itu, sembilan warga Turki termasuk seorang warga Amerika ditembak mati dan ramai yang lain cedera termasuk sembilan komando Israel. – AFP

Ulasan: Tidak pelik bagi sebuah negara haram menjadi lanun di perairan antarabangsa dan membunuh 9 jiwa sukarelawan dan ramai yang cedera. Let's boycott Israel.

Mulyani perangi rasuah di Bank Dunia

WASHINGTON 12 Julai - Bekas Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati yang membina reputasinya sebagai orang yang kuat memerangi rasuah, kini mahu melakukan perkara yang sama di Bank Dunia tanpa menyekat dana untuk pembangunan.

Sri Mulyani,47, berkata, pengalamannya di tanah air mengajar beliau cara untuk menjalankan pembaharuan dalam ekonomi pasaran yang sedang berkembang dan untuk menentukan waktu yang sesuai bagi meminta bantuan luar.

Kemahiran tersebut dijangka memberi kelebihan kepada beliau sebagai Pengarah Urusan baru di Bank Dunia.

Pada 2008, Majalah Forbes menyenaraikan Sri Mulyani sebagai seorang wanita paling berpengaruh di dunia kerana kempen pembaharuan yang dilaksanakan di Indonesia termasuk memecat pegawai korup dan menjalankan serbuan rahsia ke atas kakitangan bagi memastikan mereka berkhidmat dengan jujur…

Ulasan: Pemimpin-pemimpin negara mundur dan sedang membangun wajar melihat kekayaan negara adalah hak rakyat yang mesti dijaga sebaiknya bukan hak peribadi untuk di habiskan secara membazir.


Malaysia dihuni warga tua?

KUALA LUMPUR 12 Julai - Kadar kelahiran bayi di Malaysia dijangka terus menurun sehingga ke paras bawah dua peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya faktor melengahkan perkahwinan dan sukar mengimbangi antara kerjaya dan keluarga terus berlaku. 
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seia Kie berkata, situasi itu membimbangkan kerana ia akan menyebabkan struktur kependudukan negara menuju kepada peningkatan golongan warga tua.

"Ketika ini peratusan kadar kelahiran bayi adalah 2.2 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2000. Angka itu akan terus menurun di bawah dua peratus pada 2030.

"Peningkatan warga tua berbanding golongan muda bukan sahaja akan memberi kesan kepada pertumbuhan penduduk tetapi juga daya maju negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penduduk, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini hari ini…

Ulasan: Bila kita tinggalkan agama maka akan azab lambat laun akan datang. Berkahwinlah cepat-cepat kerana rezeki kehidupan hak Allah semata.


Libyan ship will continue to Gaza

Weeks after the deadly raid on a Turkish aid flotilla, a Libya-sponsored ship is heading with aid to Gaza.

Organisers of a Libya-sponsored aid ship have said they will continue their attempt to break the naval blockade of the Gaza Strip, despite Israeli claims that the vessel would instead sail to Egypt.

Yousseuf Sawani, a director of the Gaddafi International Charity and Development Foundation, told Al Jazeera that there were no plans for the Al-Amal to dock at the port El-Arish.

"This is definitely a part of the campaign against the ship, a campaign of distortion, but we are definitely heading towards Gaza, because that is where aid should be heading to," he told Al Jazeera.

"This is a purely humane mission, it is neither provocative nor hostile," he said….

Comment: The world is watching and will boycott the aphartied Israel for  having done injustices to fellow Palestinians since its inceptions (1948).

Monday, July 12, 2010

100 kem tentera dinaik taraf dengan kerjasama SPNB

MELAKA 11 Julai - Kementerian Pertahanan akan menaik taraf 100 kem tentera melibatkan 5,000 unit perumahan anggotanya di seluruh negara melalui kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia membabitkan perbelanjaan kira-kira RM33.5 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menurutnya, projek tersebut dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

''Projek menaik taraf kem-kem ini merupakan kesinambungan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan terdahulu yang mahu kebajikan angkatan tentera sentiasa terjaga," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini hari ini….

Ulasan: Agak sukar untuk menyatakan ‘jual atas angin’ tidak berlaku dalam projek kerajaan Malaysia. Berdasarkan rekod BN yang lama, begitulah. Kecuali kerajaan kita memang terbukti anti-rasuah dan SPRM di bawah Agung atau di bawah Parlimen.

Perlu wakil media Malaysia di Gaza untuk maklumat lebih tepat

KUALA LUMPUR 11 Julai - Wakil media Malaysia perlu ditempatkan di Gaza, Palestin bagi membolehkan segala maklumat yang diterima mengenai keganasan dan penderitaan penduduk di sana tepat dan tiada penyelewengan.

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail , 26, berkata, Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada media asing kerana kebanyakannya dikawal Israel dan sekutu kuat rejim tersebut, Amerika Syarikat (AS).

"Sehubungan itu, perlu ada wakil media dari negara ini yang ditempatkan di Gaza untuk mengetahui keadaan sebenar di negara tersebut seterusnya melaporkan apa yang berlaku untuk pengetahuan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertajuk Kebebasan Flotila-Pengalaman sempena persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ashwad dan seorang lagi krew Astro Awani, Shamsulkamal Abdul Latip, 43, berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki pada 23 Mei lalu sebelum ke Pelabuhan Antalya dengan menaiki kapal Mavi Marmara untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bagaimanapun, kapal misi bantuan kemanusiaan itu diserang komando Israel sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 19 aktivis terkorban dan 30 lagi cedera.

Ashwad berkata, media negara ini juga boleh berperanan membongkarkan kekejaman sebenar Israel sekiranya berada di Gaza.

"Apa yang dilakukan itu merupakan usaha memberi kesedaran kepada dunia tentang kekejaman sebenar rejim zionis terhadap rakyat Palestin seterusnya membangkitkan semangat untuk menentang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya ada misi seterusnya ke Gaza, pihak penganjur perlu menyediakan sistem telekomunikasi satelit yang membolehkan rakaman secara langsung dibuat pada bila-bila masa.

"Jadi, masyarakat dunia boleh menyaksikan secara langsung sekiranya kapal dalam perjalanan ke Gaza itu diserang oleh tentera Israel," katanya.

PBB tidak upaya selesai isu Palestin, AS hanya boneka Israel

PBB tidak upaya selesai isu Palestin, AS hanya boneka Israel - Halliday

KUALA LUMPUR 11 Julai - Bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Denis J. Halliday berkata, pertubuhan dunia itu tidak lagi berupaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Palestin berikutan sekatan berterusan Israel ke atas negara Arab tersebut.

Katanya, keadaan itu disebabkan lima negara anggota Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, United Kingdom, Perancis dan China kini tidak berminat menyelesaikan isu tersebut sebaliknya hanya mahu menjaga kepentingan negara masing-masing.

Justeru, katanya, suara dan kemahuan 192 negara anggota lain Perhimpunan Agung PBB yang berusaha mewujudkan keamanan di bumi Palestin tidak akan dilayan serta diambil kira oleh lima kuasa itu. 

Menurutnya, selagi lima negara itu tidak mahu menyelesaikan masalah penduduk Palestin dengan bersungguh-sungguh, keamanan di negara Arab berkenaan tidak akan kesampaian. 

Lebih memburukkan keadaan, jelasnya, kuasa terbesar dunia iaitu AS yang kini diterajui Presiden Barack Obama hanya merupakan boneka kepada kuasa-kuasa perniagaan dan kompleks ketenteraan negara itu yang kebanyakannya diterajui oleh tokoh-tokoh berasal dari Israel.

"PBB kini tiada kekuatan, tiada keberanian, tiada kemahuan, tidak berani dan tiada ketua yang boleh mengepalai negara-negara anggota (menyelesaikan isu Palestin)," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk Kebebasan Flotilla-Pengalaman Saksi sempena Persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara anjuran Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) di sini hari ini.

Halliday menambah, bagi menyelesaikan isu Palestin, semua kuasa dunia dari Timur termasuk negara dari Amerika Latin dan Sahara kini perlu berpadu tenaga memecahkan kuasa Barat terutama lima negara Majlis Keselamatan PBB itu….

Ulasan: Merdeka bermula  diri sendiri. Ada yang merdeka zahir, tetapi minda terjajah.

Israel tidak akan henti propaganda

KUALA LUMPUR 11 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan dunia bahawa pencetus peperangan, negara haram Israel yang disokong penuh Amerika Syarikat (AS) tidak sesekali menghentikan propaganda bahawa musuh utama Barat adalah Islam.

Tegas beliau, Zionis yang mengawal media antarabangsa juga tidak pernah sekali pun menghentikan usaha jahat mereka menghancurkan orang Islam di seluruh dunia dalam pelbagai cara.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak yang mencintai keamanan perlu sentiasa berwaspada dan bersedia melawan sebarang usaha jahat yang dilakukan pencetus peperangan untuk mencipta satu lagi peperangan sama ada dengan Iran, Syria atau mana-mana negara.

"Kita mesti berusaha membentuk kerjasama keamanan lebih meluas, seterusnya mendedah dan melawan sebarang usaha jahat pencetus peperangan ini.

"(Flotila) Rachel Corrie dan Mavi Marmara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan telah membuka dan menunjukkan jalannya. Kita perlu teruskan momentum dan semangat waja ini. Kita perlu terus mendesak semua negara tidak menjadi hipokrit daripada berterusan menyokong Israel.

"Israel tidak boleh dibiarkan meneruskan tindakan jahat dan ganas yang wujud seolah-olah seperti sebuah negara Aparteid
. Seperti mana seluruh dunia tidak boleh menerima tindakan orang kulit putih Afrika Selatan, ia juga tidak boleh dibenarkan berlaku ke atas Palestin," katanya….

Ulasan: Right is might. 

Menang kes saman Hospital

Bekas juruanalisis kanan bank menang kes saman Pusrawi

KUALA LUMPUR 9 Julai - Bekas juruanalisis kanan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mengalami kerosakan otak selepas menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. (Pusrawi), hari ini memenangi kes samannya selepas mahkamah mendapati defendan cuai semasa pembedahan empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Patail yang membenarkan tuntutan Roslan Mohd. Ali, 47, dengan kos bagaimanapun tidak menetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh pihak defendan sebaliknya memerintahkan Timbalan Pendaftar menaksir jumlahnya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Abdul Wahab (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut memerintahkan supaya setiap defendan membayar RM20,000 sebagai kos guaman kepada Roslan selaku plaintif.

Sepanjang perbicaraan, beliau mendengar keterangan daripada empat saksi plaintif termasuk isterinya, Rosemah Ibrahim, 47; dan Pakar Anestesiologi dan Penjagaan Kritikal, Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Alex Delilkan serta empat pakar dari Pusrawi selaku saksi defendan.

''Syukur Alhamdulillah. Syukur kerana mahkamah dapat memberikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Saya tidak dapat melelapkan mata malam tadi mengenangkan kes ini,'' ujar Rosemah sambil menangis teresak-esak ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. 

Roslan yang juga bekas pengurus sukan di Ibu Pejabat BSN, Jalan Ampang di sini mengalami kecacatan otak kekal setelah menjalani pembedahan di hospital itu pada 2 September 2006 untuk mengubati sakit belakang yang dialaminya.

Ekoran itu, plaintif pada 2 Februari 2007 melalui peguamnya, Cheow Wee telah memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk berjumlah RM500,000 selain ganti rugi am atas dakwaan defendan melakukan kecuaian.

Plaintif menamakan Pusrawi, pakar bius, Dr. Ainy Md. Aris serta dua pakar ortopedik, Dr. Mohd. Ismail Maulud bersama Dr. Didi Indra Tjahya sebagai defendan pertama hingga keempat.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, dalam pembedahan itu, defendan kedua, ketiga dan keempat secara bersama atau berasingan telah melakukan kecuaian yang mengakibatkan tiub pembekal oksigen terkeluar daripada saluran pernafasan.

Akibat kejadian itu, otak plaintif gagal berfungsi dengan normal hingga menyebabkannya seperti 'bangkai bernyawa' yang memerlukan penjagaan berterusan sepanjang hidup.

Rosemah dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini berkata, kejadian tersebut berlaku akibat tiub endotracheal yang membekalkan oksigen semasa pembedahan tersasar keluar daripada saluran pernafasan Roslan.

Ulasan: Kalau sudah buat silap, lebih baik mengaku dari awal. Hospital termasuk hospital pakar mesti menyemak prosedur keselamatan di patuhi. Jangan hanya suka mengenakan bayaran hospital yang tinggi….

KALAU ANWAR EJEN/ALAT CIA, BN PULA APA?

Anwar dituduh sebagai alat atau ejen CIA oleh media arus perdana berdasarkan tulisan seorang penulis blog barat yang menuduh Anwar bersifat demikian. Dalam keadaan terkapai-kapai Umno/BN mencari apa sahaja hujah dan fakta untuk memburuk-buruk Anwar bagi mencari ‘political mileage’. Dalam usaha mereka untuk mempertahankan diri kerana terbukti mengambil APCO sebagai penasihat mereka, Umno/BN terpaksa menuduh Anwar menjadi Ejen/Alat CIA bagi menggambarkan bahawa sebenarnya Anwarlah kawan baik dan talibarut Yahudi bukannya Umno/BN.

Pelbagai cerita direka untuk menghalalkan fitnah mereka. Kalau mereka boleh memfitnah Anwar dalam kes liwat pertama dahulu tidak mustahil mereka akan membuat apa juga fitnah untuk mengaburi mata rakyat. Liwat dan zina pun mereka boleh tuduh (tuduhan/fitnah berat di sisi Islam) apalah sangat dengan tuduhan ejen/alat CIA sudah tentu mereka tidak kisah untuk melakukannya. Halal dan Haram bukannya mereka ambil kira. 

Utusan Malaysia semalam meneruskan serangan terhadap Anwar Ibrahim dalam laporannya - kali ini akhbar itu memetik tulisan seorang penulis blog - yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Dalam edisi Ahadnya - Mingguan Malaysia - memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog -Culture of Life News- seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar." Ternyata tidak ada bukti konkrit boleh mengaitkan Anwar dengan tuduhan sebagai Ejen/Alat CIA.

Apa yang pasti sehingga ini Umno/BN gagal menafikan secara jelas bahawa mereka membelanjakan RM78 juta untuk APCO menaikkan imej Umno/BN dan pemimpinnya. Malah di dalam parlimen sendiri Umno/BN tidak dapat menafikannya apabila ditanya oleh Ahli Parlimen PR.

Oleh kerana gagal menjawab isu ini maka Umno/BN mencari helah untuk sebaliknya menuduh Anwar sebagai alat atau ejen CIA. Bagi blog ini mudah sahaja untuk menangani isu ini heret Anwar ke muka pengadilan jika benar beliau seorang pengkhianat dan pembelot kepada Negara dengan menjadi ejen atau alat CIA.

Selepas ini sudah pasti lebih banyak fitnah dan tuduhan akan dilemparkan kepada Anwar bagi memburuk-burukkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Bukan Anwar sahaja tetapi semua pimpinan PR akan menghadapi tuduhan dan fitnah semacam ini.
Semua ini sebenarnya merupakan dalil dan tanda bahawa Pilihanraya Umum semakin hampir dan kita mesti bersiap siaga untuk meneruskan program mendekati dan memenangi hati rakyat.

http://mutaligat.blogspot.com/2010/07/kalau-anwar-ejenalat-cia-bn-pula-apa.html

Ulasan: BN/UMNO akan membuat berbagai tuduhan asalkan BN tetap berkuasa di Malaysia ini. Apakah kita mahu yang kerajaan Malaysia yang cekap menyerang dan menuduh orang tanpa bukti?

Bila UMNO serang dan fitnah, petanda PRU nak sampai

Serang dan fitnah, tanda tanda PRU nak sampai 

Depa bukan serang pihak Pakatan Rakyat secara saja saja. Depa bukan fitnah pimpinan Pakatan Rakyat suka suka. Tapi itu adalah petanda bahawa Pilihanraya Umum hampir tiba.

Tengok saja apa yang telah dipopularkan oleh talibarut talibarut mereka. Anwar alat Yahudi, Anwar ejen CIA, Anwar talibarut Yahudi, Nik Aziz sesat, Haji Hadi kafirkan orang dan DAP menentang keras pembentukan negara Islam Malaysia dan lain-lain, semua itu adalah skrip yang di'filem'kan semula bila menjelang Pilihanraya.

Lagi? Media alternatif ditarik permit atau tidak diperbaharui permit penerbitan, diberi amaran, di beri kata dua dan sebagainya, itu juga petanda PRU mungkin diadakan dalam masa terdekat. Depa berharap dengan tindakan ala diktator begitu maka PR tidak mempunyai medan untuk menjawab dan mempertahankan diri dari fitnah BN. PR nanti akan putus hubungan dengan penyokong dan orang ramai dibawah.

Jadi semua orang mesti bersedia untuk menghadapi PRU. Ahli dan penyokong Pakatan mesti diberi kesedaran peluang menjatuhkan BN kini datang lagi. Pendokong Pakatan juga mesti memastikan semua ahli keluarga, jiran dan sanak saudara mendaftar menjadi pemilih berdaftar.

Setiap kita punya peranan untuk mengubah minda lapok menyokong BN kepada menyokong dan mengundi PR pada pilihanraya umum akan datang. CERITAKAN PADA SELURUH RAKYAT TENTANG KEBOBROKAN, RASUAH, KEZALIMAN, PENYELEWENGAN DAN PENINDASAN SERTA LAIN-LAIN PERKARA YANG DILAKUKAN UMNO. Dedahkan keburukannya membiarkan negara ditangan orang yang hanya tahu merosakkan.

Kefahaman kepada rakyat menjadi amat perlu agar tidak terpalit sekali dengan dosa maksiat pemerintahan Umno yang tidak pernah insaf dan sedar untuk kembali kepada Islam dan demokrasi tulen.

http://shalehudin.blogspot.com/2010/07/serang-dan-fitnah-tanda-tanda-pru-nak.html

Ulasan: Rakyat sudah jelak dengan KEBOBROKAN, RASUAH, KEZALIMAN, PENYELEWENGAN DAN PENINDASAN SERTA LAIN-LAIN PERKARA YANG DILAKUKAN UMNO? Kita mampu MENGUBAHNYA dengan mengundi parti selain dari BN.

Gaza: Jangan letak harapan tinggi pada Najib

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Rakyat wajar tidak meletak harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu Gaza walaupun beliau disokong Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana, beliau berkata, usul 'Selamatkan Gaza' yang dibawa oleh Najib ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Rabu lalu ditolak mentah oleh dunia, termasuk Amerika Syarikat sendiri.

"Sepatutnya dengan firma pelobi yang dekat dengan Yahudi dan Amerika ini, Najib bolehlah pengaruhi PBB," ujar beliau malam tadi dalam majlis 'Sembang Santai Bersama YB Sempena Pertandingan Akhir Piala Dunia' di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kegagalan Najib itu mungkin disebabkan sikap sambil lewa Kuala Lumpur sendiri melobi negara-negara yang sependapat berhubung isu kemanusiaan Gaza sebelum usul tersebut dibahas dalam kolokium PBB.

Katanya lagi, Najib sepatutnya perlu membawa usul tersebut bersama-sama Turki serta beberapa negara yang lantang mempertikan tindakan zionis Israel di wilayah bergolak itu.

Dengan berbuat demikian, katanya lagi, akan mengukuhkan keyakinan dunia terhadap usul yang dibawa oleh Kuala Lumpur.

"Kenapa tak ajak Turki dan yang lain sekali bersama kita," soal beliau sambil mempertikai iltizam politik Najib…

Ulasan: Aksi menjadi bukti. Bukan hanya cakap.

Najib dicurigai serah tanah kepada Singapura

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dicurigai rakyat selagi beliau sendiri enggan menjelaskan tujuan sebenar tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar diserahkan kepada kerajaan Singapura.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, selagi Najib tidak menjelaskan mengapa tanah itu diserahkan kepada Singapura, selagi itu rakyat terus sangsi dengan kabinetnya.

Beliau yang juga Ketua Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat berkata, tindakan Najib yang seakan menjual kedaulatan negara itu akhirnya banyak menimbulkan kesedaran rakyat, khususnya kaum Melayu sendiri.

Pun begitu, beliau berkata, jentera pemuda PAS khususnya di negeri Johor tidak wajar bergantung pada isu tersebut semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS negeri sepatutnya menggandakan program bersama rakyat dengan turut mendedahkan kegiatan Najib menggalakkan campur tangan Singapura dalam perlaburan di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) belakangan ini kepada rakyat.

"Najib minta kita (PAS) dan rakyat bersikap terbuka dalam isu WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) ini, sedangkan motif beliau berbaik dengan Singapura tidak pula didedahkan kepada kita dan rakyat," kata beliau…..

Ulasan: Teluslah sekarang untuk mengelakkan prasangka dari bukan-bukan.

Friday, July 09, 2010

Pengurusan Hidup

Masa berlalu cepat
Dulu si manis 17
Kini pernah jadi si manis 17

Kita menjadi semakin berumur
Sepatutnya kita semakin matang
Menyusun hidup

Umur yang telah digunakan?
Bilang lilin pada kek
Umur yg tinggal?
Kontrak hidup yg tiada syarat mesti hidup besok

Dia akan datang bila-bila masa
Untuk perjalanan selepas mati
Bersediakah aku?

Miranda Cosgrove artis remaja terima bayaran tertinggi

LOS ANGELES 8 Julai - Bintang iCarly, Miranda Cosgrove kagum dengan bintang-bintang Hollywood, walaupun dia sendiri merupakan remaja paling popular dan berpengaruh melalui kemunculannya dalam beberapa rancangan televisyen.

Kini selebriti berusia 17 tahun itu terlibat merakamkan suaranya untuk salah satu watak dalam filem animasi 3D, Despicable Me yang dijadual ditayangkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) Jumaat ini…

Ulasan: Apa-apa pun, biar rezeki kita halal.

Aktivis antirasuah Indonesia diserang

JAKARTA 8 Julai - Seorang aktivis antirasuah terkemuka di Indonesia diserang hari ini, dua hari selepas bom-bom petrol dilontar ke pejabat majalah Tempo berikutan penyiaran laporan mengenai rasuah dalam pasukan polis republik ini...

Ulasan: Hanya negara mundur dan kuran maju mencintai rasuah.

Modal insan pemangkin kemajuan negara - Pak Lah

BATU PAHAT 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kemajuan negara akan terus bertitik tolak daripada kekuatan tenaga modal insan dalam menggerakkan pembangunan secara kreatif dan inovatif…

Ulasan: Pekerja beragama tidak akan menipu.

Ada lagi yang sayangkan PPSMI yang telah dimansuhkan?

PAGE harap SK diberi pilihan laksana PPSMI

PUTRAJAYA 8 Julai - Setelah genap setahun kerajaan memutuskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) masih menaruh harapan sekolah aliran kebangsaan diberi pilihan bagi meneruskan dasar itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh kumpulan pelobi pendidikan itu dalam memorandum kedua mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak…

Ulasan: Apa gunanya kita merdeka?

Swasta sumbang RM25j jaya bulan kemerdekaan

KUALA LUMPUR 8 Julai – Syarikat-syarikat swasta menyumbang sebanyak RM25 juta bagi menjayakan pelbagai program sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 tahun ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumbangan tersebut adalah dalam pelbagai bentuk termasuk perkhidmatan dan kebendaan…

Ulasan: Perlulah ikhlas bukan untuk dapat kontrak kerajaan masa akan datang atau terpaksa kerana mendapat layanan istimewa dalam kontrak kerajaan lalu.

Pelajar pelacur: Berhenti sekolah sebelum kes terbongkar

Dua pelajar sindiket pelacuran berhenti sekolah sebelum kes terbongkar

MELAKA 8 Julai - Dua daripada tiga pelajar yang dipaksa menjadi pelacur oleh satu sindiket yang beroperasi di dua buah hotel bajet di bandar raya ini telah berhenti bersekolah sebelum kes itu dibongkar….

Ulasan: Tertipu dengan keseronokan yang sekejap sehingga akhirnya menipu diri sendiri. Fikir istana hati.

Polis perlu ambil serius laporan rogol, cabul

KOTA KINABALU 8 Julai - Polis perlu mengambil serius dan menjalankan siasatan segera ke atas laporan berkaitan rogol dan cabul ke atas wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini penting bagi memastikan hak wanita terbabit dipelihara dan dihormati.

"Di negara ini, kita tidak akan bertoleransi terhadap sebarang kes berkaitan rogol, cabul atau apa sahaja kes seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek berjumlah RM40 juta bagi menjayakan program 1Azam di sini hari ini.

Shahrizat diminta mengulas laporan polis seorang gadis berusia 20 tahun yang mendakwa dicabul oleh seorang bekas pegawai kanan polis bergelar Datuk dalam satu kejadian di pusat hiburan dua tahun lalu….

Ulasan: Ingatlah PDRM (Polis DiRaja Malaysia) bukan PRDM (Polis Raja Di Malaysia). Keadilan hanya ada SATU. Rakyat mahukan melihat keadilan samarata berlaku di negara ini.

Polis perlu ambil serius laporan rogol, cabul

KOTA KINABALU 8 Julai - Polis perlu mengambil serius dan menjalankan siasatan segera ke atas laporan berkaitan rogol dan cabul ke atas wanita.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini penting bagi memastikan hak wanita terbabit dipelihara dan dihormati.

"Di negara ini, kita tidak akan bertoleransi terhadap sebarang kes berkaitan rogol, cabul atau apa sahaja kes seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek berjumlah RM40 juta bagi menjayakan program 1Azam di sini hari ini.

Shahrizat diminta mengulas laporan polis seorang gadis berusia 20 tahun yang mendakwa dicabul oleh seorang bekas pegawai kanan polis bergelar Datuk dalam satu kejadian di pusat hiburan dua tahun lalu….

Ulasan: Ingatlah PDRM (Polis DiRaja Malaysia) bukan PRDM (Polis Raja Di Malaysia). Keadilan hanya ada SATU. Rakyat mahukan melihat keadilan samarata berlaku di negara ini.

Tiada lesen judi sukan muktamad

KUALA LUMPUR 8 Julai - Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) adalah muktamad.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini menegaskan ia selari dengan pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada 25 Jun lalu….

Ulasan: Rakyat minat dan suka sukan tapi terbukti kerajaan BN/UMNO suka judi yang diharamkan oleh semua agama. Alhamdulillah kerana rakyat kita menolak judi menyebabkan hasrat BN/UMNO musnah. Kerajaan sewajarnya menyelamatkan rakyat bukan kroni.

Video amanat Najib menyentuh hati pelajar baru UUM

KUALA LUMPUR 8 Julai - Beribu-ribu penuntut baru yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bulan ini bertuah apabila menerima suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Amanat Perdana Menteri itu disampaikan melalui rakaman video yang ditayangkan semasa sesi pendaftaran di IPTA seluruh negara termasuk di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini….

Ulasan: Pelajar baru dan pelajar lama serta staf IPT akan terkedu melihat PM merayu undi di Sibu. Lihat video Bukti Jelas Najib Merasuah Rakyat Dan Cabuli Pilihanraya
http://www.youtube.com/watch?v=ZjhwupWIp7s atau lain-lain.

Kontraktor baru bersih runtuhan Stadium Sultan Mizan

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kontraktor baru telah dipilih bagi pembersihan runtuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu dalam tempoh lima bulan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

"Ia memerlukan masa kerana kerjanya amat rumit. Kita tidak mahu apabila mereka mengalihkan runtuhan tersebut ia akan merosakkan struktur stadium itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Festival Gamelan Sedunia 2010 di sini hari ini.

Menurutnya lagi, kontraktor baru yang dipilih hanya akan menjalankan kerja pembersihan manakala kontraktor untuk kerja membaik pulih hanya akan dipilih selepas kerja pembersihan dibuat.

"Kami juga akan membincangkan kos-kos membaik pulih tersebut setelah kerja-kerja pembersihan selesai dibuat," tambahnya.

Bumbung stadium tersebut runtuh pada Jun tahun lepas, selepas disiapkan pada Mei 2008, dengan kos RM270 juta.


Kontraktor baru untuk pembersihan itu diputuskan oleh Lembaga Tender Negeri yang bermesyuarat dua hari lepas namun nama syarikat belum didedahkan kerana masih belum terima tawaran.

Mengenai tindakan terhadap kontraktor sebelum ini yang gagal menyiapkan kerja-kerja dalam tempoh yang ditetapkan, Mazlan menjawab: "Tindakan yang diambil adalah seperti mana dalam kontrak". - Bernama

Ulasan: Kalau tak cermat, wang rakyat di bazirkan lagi. Sampai bilakah semua pihak akan menghormati wang rakyat di negara ini?

Laman sosial punca tertinggi cerai

Laman sembang punca tertinggi cerai 

NEW YORK 7 Julai - Perkongsian maklumat yang berlebihan melalui laman sembang sosial telah menyebabkan banyak berlakunya kes penceraian di Amerika Syarikat.

Akademi Peguam Perkahwinan Amerika berkata, 81 peratus daripada ahlinya telah menggunakan atau berhadapan dengan bukti-bukti yang dipetik daripada Facebook, MySpace, Twitter dan rangkaian laman sosial yang lain termasuk YouTube dan LinkedIn dalam tempoh lima tahun lalu.

"Kami turut mengendalikan beberapa kes yang agak melucukan,"

''Ia merupakan perkara biasa pernah saya kendalikan,'' kata Presidennya, Linda Lea Viken.

Menurut Viken, Facebook adalah punca utama menukarkan realiti virtual menjadi kes drama penceraian sebenar, katanya.

Beliau berkata, 66 peratus tinjauan yang dijalankan oleh peguam mendapati facebook menjadi sumber bukti dalam talian, diikuti dengan MySpace sebanyak 15 peratus dan Twitter, lima peratus...

Ulasan: Kita berkawan tetapi hanya berdasarkan kebenaran sahaja.


Adik beradik berguh kerana harta pusaka?

Adik beradik jutawan Ambani berdamai selepas sengketa 5 tahun

MUMBAI 7 Julai - Jutawan adik beradik Ambani yang berseteru, hari ini mengikat perjanjian untuk merangka pelan pengembangan, setelah memutuskan untuk menamatkan permusuhan selama lima tahun dalam perebutan untuk menguasai empayar perniagaan yang ditinggalkan bapa mereka.

Mukesh, 54, dan Anil, 51, berdamai Mei lalu dalam perbalahan yang tercetus berhubung pembahagian kuasa ke atas konglomerat besar yang ditinggalkan bapa mereka, Dhirubhai yang meninggal dunia pada 2002 tanpa sebarang wasiat.

Sepanjang perselisihan, adik-beradik itu tetap tinggal di bawah satu bumbung, di tingkat yang berbeza, di sebuah rumah agam di Mumbai bersama ibu mereka...

Ulasan: Pastikan kita mendidik anak-anak dengan agama.


Polis sembunyi fakta kes rogol wanita Penan?

KUCHING 7 Julai - Polis negeri ini menegaskan, pasukan itu tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta mengenai kes rogol wanita kaum Penan di kawasan Baram, Miri, seperti didakwa sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam.

Pesuruhjayanya, Datuk Mohmad Salleh berkata, dakwaan bahawa polis tidak melakukan sebarang siasatan atau menjalankan tugas sambil lewa sama sekali tidak benar.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menjadi mangsa supaya tampil untuk memberi kerjasama.

"Malah sehingga hari ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian seperti yang didakwa itu.

"Jika benar ada kes rogol, mangsa perlu datang membuat laporan dan kita (polis) pasti akan melakukan siasatan, tidak timbul kata polis cuba menyembunyikan fakta atau bertugas sambil lewa.

"Bukan dengan cara pergi ke Parlimen dan selepas itu menyerahkan memorandum atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi-Agensi Persekutuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan portal Malaysiakini mendakwa tujuh mangsa Penan dirogol pembalak di Baram.

Ulasan: Kepercayaan orang kepada kita selalunya timbul dari sikap kita juga. Sayangnya tak ramai orang yang sanggup menyemak diri sendiri. Siapa di belakang pembalak-pembalak itu? Kekayaan atau kuasa? Siasat bukan siat-siat. 

Gadis tinggal bersama 100 ekor ular berbisa

KOTA BHARU 7 Julai - Keberanian seorang gadis, Puteri Aryani Saiful Yuzah, 24, tinggal bersama 100 ekor ular berbisa menarik perhatian pengunjung Pameran dan Pertunjukan Ular 2010 yang sedang diadakan di Perbadanan Muzium Kelantan di sini.

Puteri Aryani akan tinggal bersama ular berkenaan dalam bilik kaca berukuran kira-kira empat meter persegi selama 12 jam sehari bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam selama sebulan bermula semalam sehingga 6 Ogos ini…

Ulasan: Asalkan menutup aurat dan jaga solat waktu.

Suhakam siasat projek Istana Negara?

Kementerian sedia bantu Suhakam siasat projek Istana Negara

BACHOK 7 Julai - Kementerian Kerja Raya sedia membantu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk memasuki tapak pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur sekiranya kontraktor terbabit enggan membenarkan anggota suruhanjaya itu berbuat demikian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, beliau akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membantu wakil Suhakam masuk ke tapak tersebut untuk melakukan siasatan mengenai layanan terhadap pekerja asing, tetapi perkara itu perlu dimaklumkan secara rasmi kepada pihak kementerian terlebih dahulu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah bagi membantu suruhanjaya itu kerana siasatan yang hendak dilakukan akan membawa kebaikan kepada semua.

"Tapak itu memang di bawah seliaan kontraktor tetapi boleh minta kebenaran. Seandainya ada masalah untuk masuk kawasan itu, saya boleh minta supaya JKR bagi bantuan.

"Bagi kami tiada masalah untuk Suhakam masuk ke tapak itu bagi tujuan yang baik," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bachok di sini malam tadi. 

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bachok, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Sebuah portal berita semalam melaporkan beberapa anggota termasuk Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam tidak dibenarkan masuk ke tapak pembinaan Istana Negara ketika cuba menyiasat dakwaan pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Lawatan ke tapak projek tersebut dilakukan berikutan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 27 Jun lalu mengenai layanan buruk yang diterima oleh pekerja binaan di tapak projek tersebut...

Ulasan: Bila ada masalah pelanggaran undang-undang, agensi kerajaan diberi kebebasan untuk masuk tapak anytime.

Malaysia sedia beli senjata China

KUALA LUMPUR 7 Julai – Kementerian Pertahanan sedang mempertimbangkan untuk memperoleh lebih banyak senjata dari China di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian kini lebih terbuka berhubung dasar pembelian senjata dan China merupakan salah sebuah negara pembekal yang sedang diteliti bagi memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)…

Ulasan: Beli berdasarkan spefikasi yang sebenar dan TANPA sebarang komisyen.

PM ingatkan media elak sensasikan isu politik

Perdana Menteri ingatkan media elak sensasikan isu politik

KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pengamal media supaya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat serta negara secara keseluruhan dalam setiap laporan yang disiarkan.

Perdana Menteri berkata, adalah suatu perkembangan yang tidak sihat sekiranya media terlalu mensensasikan isu-isu politik sehingga mengetepikan kepentingan masyarakat dan negara….

Ulasan: Dedahkan penyelewengan yang berlaku dalam negara tanpa pilih bulu supaya parti politik mesti menunjukkan akhlak terbaik dalam memimpin negara ini. 

Bila PM beri duit raya kepada peneroka Felda....

Duit raya untuk 112,635 peneroka 

TANJUNG MALIM 7 Julai - Seramai 112,635 peneroka tanah rancangan Felda di seluruh negara mendapat khabar gembira pada sambutan Hari Peneroka 2010 hari ini apabila Perdana Menteri memberikan jaminan pemberian 'duit raya' pada tahun ini.

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak itu spontan disambut tepukan gemuruh oleh lebih 10,000 peneroka yang menghadiri majlis tersebut. 

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, beliau hanya akan membuat pengumuman mengenai jumlah duit raya itu pada minggu pertama bulan Ramadan…

Ulasan: Najib bagi, kita ambi.l Tetapi kita terus mengundi parti yang tidak mengamalkan RASUAH. 

Mengapa Terminal LCCT baru sampai RM 1bilion?

http://www.malaysiawaves.com  

Saya telah mendapat email dari kawan saya. Di dalamnya beliau memberi “scan copy” artikel dari The Edge bertarikh 5 Julai 2010. Artikel tersebut bertajuk RM1 Billion LCCT On The Cards for Bina Puri.

Antara bahagian artikel yang menarik perhatian saya adalah:

The JV beats the likes of heavyweights MRCB and Sunway Construction Sdn Bhd. According to a report by OSK Research, Sunway had submitted the lowest bid of about RM750 million to RM850 -million for the LCCT building on a design-and-build basis.

TERJEMAHAN BEBAS: JV (Bina Puri Holdings Berhad dan UEM Group Berhad) tersebut Berjaya mengalahkan MRCB and Sunway Contructions (pemain2 besar dalam industri ini). Mengikut OSK Research, Sunway telah menawarkan tender dengan harga paling murah, yakni RM750 juta ke RM850 juta bagi pembinaan Terminal Syarikat Penerbangan Kos Rendah (LCCT) berdasarkan kaedah cipta dan bina

Mengikut artikel yang sama, projek pembinaan Terminal Kos Rendah di KLIA ini telah diberikan kepada syarikat kerjasama antara Bina Puri Holdings Berhad dan UEM Group Berhad. UEM Group adalah syarikat milik UMNO yang sekarang ini dimiliki sepenuhnya oleh Khazanah Nasional selepas UEM hamper bankrap pada tahun 1997-98.

Pemberian projek ini diberikan oleh Malaysian Airports Sdn Bhd yang mana MASB ini dimiliki oleh Khazanah Nasional. Khazanah Nasional pula dimiliki sepenuhnya oleh Kementrian Kewangan di mana Pengerusi Khazanah Nasional adalah Dato Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Keputusan memberikan projek kepada Bina Puri-UEM dibuat oleh MAB yang berada di bawah kawalan dan kuasa Menteri Kewangan, Dato Najib Tun Razak?

RM150-RM250 JUTA LEBIH TINGGI DALAM KEADAAN NEGARA HENDAK BANGKRAP?

Baru hari tu sahaja Idris Jala menyatakan bahawa Malaysia sedang menuju kebankrapan kalau subsidi tidak dipotong.

Yang menghairankan, apabila subsidi kepada rakyat disarankan untuk dipotong, Dato Najib boleh memberikan kontrak RM150juta-RM250juta lebih tinggi.

Harus diingat, RM150-RM250 juta ini adalah DUIT RAKYAT dan bukan duit UMNO.
Juga, mana mungkin Sunway Constructions menawar harga RM750 –RM850 juta tanpa membuat keuntungan? Dengan kata lain, dengan tawaran RM 750-RM850 juta pun, Sunway Contructions mampu membuat keuntungan. Dari maklumat yang saya dapat, keuntungan yang bakal didapati oleh Sunwar Constructions adalah dalam jumlah RM100-200 juta.

Dengan kata lain, “untung atas angin” yang bakal dibuat oleh JV Bina Puri-UEM ini adalah dalam julat RM300-RM400 juta.

Ertinya RM300-RM400 juta bakal melayang dengan begitu sahaja kepada kroni dan UMNOPUTRA.

Pada waktu yang sama, Idris Jala suruh buang subsidi pada rakyat.
Kelak, apabila subsidi kepada rakyat dibuang, Malaysia akan jadi macam Indonesia. Makan tengahari di gerai tepi jalan pun kena keluar duit RM10-15 sekali makan. Saya tahu perkara ni sebab saya sendiri sedang alaminya.

Dalam rakyat menderita kenaikan harga barang, Dato Najib boleh pula beri kontrak RM150-RM250 juta lebih tinggi dari harga sebenar kepada syarikat kroni UMNO.
Kalau macam ni, tak payah tunggu 2019, lagi 5 tahun Malaysia akan bankrap macam Indonesia.

Itulah falsafah pembangunan UMNO: Apabila untung kroni sapu. Bila rugi rakyat tanggung.

Biar pape asal gaye, yop. Macam FELDA buat bangunan di Segitiga Emas dalam keadaan berlaku kelebihan ruang pejabat untuk disewa di Kuala Lumpur. Sememangnya sungguh FELDA nak bangkrap angkara UMNO.

Tawaran Sunway Constructions adalah “design and build”. Dengan kata lain, Sunway bukan sahaja akan membina terminal LCCT tersebut, mereka juga akan mereka-cipta rupa bentuk terminal LCCT yang baru ini.

Cara ini adalah cara yang paling mahal bagi mana-mana syarikat pembinaan kerana mereka bentuk bangunan akan memakan kos yang sangat tinggi dan kerap kali ianya akan berubah mengikut cita rasa pelanggan. Pun begitu, tawaran Sunway tidak melebihi RM850 juta.

Tidak sabar menunggu alasan yang akan diberikan oleh Menteri Kewangan member kontrak LCCT kepada syarikat yang member tawaran yang mahal dan menolak yang tawaran yang murah.

Ulasan: Pelaksanaan sistem reka-bina di Malaysia setakat ini membuktikan  sistem sangat MERUGIKAN rakyat kerana kosnya tinggi dan lewat siap. Ini pula di berikan kepada kontraktor kroni dengan harga tender yang tertinggi. Pada hal tender terendah dari MRCB-Sunway Contructions JV yang terbukti kedudukan kewangan yg stabil dan berpengalaman dari sudut teknikal. Sistem reka-bina sangat digemari oleh kroni orang besar-besar. Lagi dan lagi, wang rakyat dibazirkan tanpa perlu. Rakyat boleh mengubahkan keadaan ini dengan tidak lagi mengundi kerajaan yang gemarkan RASUAH dalam pillihan raya umum selepas ini.

Najib mahu rakyat buta maklumat sebelum PRU 13

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 7 Julai: PAS melihat Perdana Menteri selaku Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempergunakan sepenuhnya kuasa dalam kerajaan untuk menyekat media-media Pakatan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris ahmad berkata, media rasmi komponen Pakatan merupakan sumber maklumat alternatif rakyat khususnya bagi para ahli dan penyokong untuk mengetahui segala kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan serta kelemahan pentadbiran BN.

Baginya, isu Suara Keadilan menyiarkan berita bertajuk "Felda Bankrap" dimanipulasikan sepenuhnya bagi membuka ruang membunuh media berkenaan.

Para peneroka pula, ujarnya diseru berdemo dan menteri BN dalam Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan seluas-luasnya ruang untuk rakyat menunjukkan kemarahan kepada Suara Keadilan.

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi KDN berusaha untuk mengharamkan media berkenaan, akhbar Harakah pun kena juga manakala Roket sentiasa diperhatikan.

Sehubungan itu, tegasnya PAS menuntut supaya pihak KDN perlu meletakkan garis panduan yang jelas antara berita yang menjejaskan ketenteraman parti dengan ketenteraman negara kerana dua perkara itu berbeza…

Ulasan: Rakyat kita kini sudah celik dan sudah pandai dan tidak suka di butakan dan di dungukan oleh kerajaan BN/UMNO. Rakyat kini melihat kerenah BN sibuk membahagikan khazanah negara melalui usaha yang tidak sah dan rakyat akan mengundi Pakatan Rakyat (PR) selepas ini.

Kapal selam kita rosak lagi dan LAGI?

KD Tunku Abd Rahman di pelabuhan kerana bermasalah 
Harakahdaily  

PETALING JAYA, 7 Julai: Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi dan terpaksa berlabuh di pelabuhannya di Teluk Sepanggar, lapor The Malay Mail hari ini.

Akhbar itu melaporkan, masalah yang belum dikenalpasti itu dikesan selepas kapal selam itu menjalani ujian air tropikal bulan lepas.

Sejak itu, kapal selam itu kekal di pelabuhan berkenaan.

Februari lalu, sebuah media melaporkan, kapal selam itu mengalami kelemahan teknikal sehingga menyebabkan ia tidak boleh menyelam selama tiga bulan.

Kapal itu hanya mula menjalani ujian air tropikal mulai 20 Februari lalu.

KD Tunku Abdul Rahman telah tauliahkan awal tahun lepas selepas menjalani ujian selama dua tahun di Perancis.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak telah selamat tiba 2 Julai lalu.

Malaysia membeli kedua-dua kapal selam itu dengan harga RM3.4 billion pada tahun 2002 daripada pembina kapal selam milik Perancis dan Sepanyol, DCNS and Navantia.  

Pelbagai isu telah didakwa berlaku dalam pembelian ini sehingga Mahkamah Perancis telah membuka siasatan ekoran laporan dari Suaram Malaysia.

Joseph Breham, salah seorang peguam Perancis yang memfailkan aduan kepada mahkamah Paris mengenai rasuah pembelian kapal selam Scorpene ini berada di Kuala Lumpur April lalu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai laporan rasuah dalam pembelian oleh kerajaan Malaysia itu.

Breham, yang bertindak bagi pihak anakguamnya, Suara rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia, dijangka akan berbincang lebih lanjut dengan Suaram dan lain-lain pihak mengenai kes ini.

Menurut akhbar Asia Sentinel, Brehman akan menyiasat pembelian yang dibuat oleh kerajaan Malaysia ini. Ia dikatakan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri dan berlaku pada tahun 2002 iaitu ketika Najib adalah Menteri Pertahanan.

Akhbar itu melaporkan, kes ini melibatkan bayaran rasuah bernilai US$151.1 dalam bentuk komisyen kepada syarikat rakan PM, Abdul Razak Baginda.

Ulasan: Komisyen dah di agih-agihkan antara kroni, tapi kapal selam tak juga boleh  menyelam. Selagi kerajaan BN memerintah,  wang rakyat terus menjadi mangsa.

Wednesday, July 07, 2010

Yahudi kuasai 42% Tebing Barat

TEL AVIV 6 Julai - Pendatang haram Yahudi dan pertubuhan mereka menguasai kira-kira 42 peratus daripada kawasan tanah di Tebing Barat, walaupun kawasan penempatan haram Yahudi hanya menguasai satu peratus daripada wilayah Palestin tersebut.

Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'tselem dalam laporannya hari ini berkata, meskipun kira-kira 66 peratus daripada kawasan penempatan haram ditakrifkan sebagai terletak di atas 'tanah kerajaan', namun tanah itu diperuntukkan bagi penempatan haram menerusi manipulasi dalam mentafsirkan semua undang-undang relevan di Tebing Barat.

Laporan berjudul By Hook and by Crook: Israel's Settlement Policy in the West Bank mendapati, dengan mengambil alih tanah tersebut, mereka yang bertanggungjawab terhadap penempatan haram Yahudi telah memperalatkan 'undang-undang antarabangsa dan tempatan, arahan tentera Israel dan undang-undang Israel sendiri secara sinis'....

Ulasan: Sejak 1948, kerajaan sanggup menzalimi rakyat Palestin. Right is Might.

Bogel: Wajarkah tindakan Arja Lee ?

KUALA LUMPUR 6 Julai - Pelakon Arja Lee yang berbogel dalam adegan mandi filem ... Dalam Botol dilakukan dengan kerelaannya sendiri.

Penerbit filem berkenaan, Raja Azmi Raja Sulaiman berkata, kesediaannya berbuat demikian semata-mata kerana mahu menghayati watak berkenaan.

Dalam pada itu, pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Hashim Minhat berkata, perbuatan berbogel di dalam filem boleh ditakrifkan sebagai perbuatan sumbang di khalayak awam.


"Walaupun pelakon itu mendakwa dia berbogel atas tuntutan kerja atau kerana seni, tetapi berbogel di hadapan orang lain itu tetap haram, berdosa. Aurat lelaki dari pusat ke lutut, jadi tetap kena tutup aurat.

"Tidak kira walaupun hanya ada seorang sahaja yang bersama dia (ketika melakonkan babak berkenaan), ia tetap berdosa. Tambahan pula ini filem. Ia akan ditayangkan kepada orang awam," katanya.

Menurutnya lagi, pelakon tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam jika adegan itu dirakamkan di ibu kota.

Pelakon Rosyam Nor pula berkata, selain bertentangan dengan agama Islam, adegan berbogel dalam filem tidak sepatutnya berlaku dalam industri perfileman tanah air seperti yang ditetapkan LPFM.

Bagi Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pula berkata, biarpun pengarah dan pelakon mempunyai kebebasan berkarya tetapi mereka harus menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Timur khususnya rakyat Malaysia.

"... Dalam Botol diterbitkan untuk tontonan rakyat Malaysia. Hampir keseluruhan penonton filem Melayu adalah orang Melayu beragama Islam. Sebab itu mana-mana penerbit atau pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa agama Islam dan KDN," katanya.

Ulasan: Carilah rezeki yang halal.

Jangan berat sebelah, elak rasuah - Idris

KUALA LUMPUR 6 Julai - Kakitangan kerajaan perlu mengelak daripada bertindak berat sebelah selain mengutamakan 'surat cadangan' atau kabel apabila meluluskan sesuatu projek atau perkara-perkara berkepentingan yang ditulis oleh golongan berpengaruh seperti Menteri dan Ahli Parlimen.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, tindakan itu merupakan salah satu gejala rasuah dan hanya mengundang gejala negatif selain menjejaskan kualiti dan kredibiliti tadbir urus korporat di negara ini…

Ulasan: Bersetuju kerana itu begitulah amalan antik kerajaan BN/UMNO selama memerintah negara.

PKR cuba cabar KDN? - TPM

PAGOH 6 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu terus menerbitkan lidah rasminya, Suara Keadilan sebagai cubaan mencabar dan ingkar kepada undang-undang negara...

Ulasan: Kalau tak setuju, bawalah kes supaya Mahkamah membuat keputusan yang adil(?).

'Media jangan rosak fikiran masyarakat'

SHAH ALAM 6 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati pengamal media supaya tidak merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat dengan menyiarkan cerita yang direka-reka dan tidak benar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak ada masalah jika syarikat media condong kepada mana-mana pihak tetapi berita yang disiarkan mesti mempunyai kredibiliti dan integriti, bukannya karut, berunsur fitnah atau rekaan semata-mata...

Ulasan: Pengamal media sewajarnya adil dan bebas hatta dari kongkongan kerajaan.

Pelacur pelajar sekolah

MELAKA 6 Julai - Sindiket pelacuran melibatkan pelajar sekolah menengah di dua hotel bajet di bandar raya ini yang dipercayai beroperasi sejak Mei lalu, tumpas di tangan polis semalam…

Ulasan: Jagalah diri sementara ada.  Anda menzalimi diri sendiri bila anda menjadi pelacur.

Gadis Penan terus diperkosa pembalak

PSG: Gadis Penan terus diperkosa pembalak: Mana polis

Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. 

Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.

Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

Menurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.

Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.

PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.


Diperkosa pembalak

Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.

Ketujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum pernah membuat laporan sebelum ini.

Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa…..http://www.malaysiakini.com/news/136541

Ulasan: Ada apa-apa ke sampai polis tak boleh selesaikan masalah rogol dan cabul oleh pembalak di negara kita? Rakyat memilih kerajaan BN selama ini untuk menjaga kepentingan rakyat. Pelik tapi benar, sampai polis pun tak boleh buat apa. Dikala rasuah membelit masyarakat menyebabkan rakyat marhaen menjadi mangsa. Bila kerajaan sudah tak jaga kepentingan rakyat, maka rakyat boleh mengubahkan keadaan ini dengan menyokong dan mengundi parti selain dari parti BN dalam sebarang pilihan raya mulai sekarang.

Tuesday, July 06, 2010

Pelajar asing diberi PR

PUTRAJAYA 5 Julai - Kerajaan sedang mengkaji untuk menawarkan pemberian status pemastautin tetap (PR) kepada pelajar luar negara yang ditawarkan biasiswa oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai tarikan untuk terus kekal berkhidmat dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pendekatan itu membolehkan kepakaran pelajar-pelajar tersebut diterjemahkan untuk pembangunan negara dalam pelbagai bidang sama ada di sektor awam mahupun swasta…

Ulasan: Syarat yang berakhlak saja.

Turkey: Israel MESTI minta maaf

ANKARA 5 Julai - Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel melainkan rejim Zionis itu memohon maaf atas tindakan komandonya menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada Meli lalu, sehingga menyebabkan sembilan warga Turki terkorban.

Hubungan akan diputuskan kecuali Israel memohon maaf atau menerima keputusan siasatan antarabangsa berhubung serangan pada 31 Mei lalu ke atas Flotila Pembebasan menuju ke Gaza, kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu yang dipetik oleh akhbar Hurriyet hari ini.

Turki sehingga kini menuntut siasatan antarabangsa dijalankan berhubung insiden tersebut tetapi Davutoglu tidak menolak peranan suruhanjaya siasatan Israel sendiri bagi menyiasat serangan itu.

"Jika suruhanjaya itu memutuskan serangan tersebut tidak wajar dan jika mereka memohon maaf, tindakan sedemikian sudah memadai," katanya.

Sebaliknya, jika Israel enggan memohon maaf, ia perlu membenarkan siasatan antarabangsa yang saksama dijalankan berhubung insiden itu, katas Davutoglu.

Beliau tetap berkeras menuntut rejim Zionis itu membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa.

Davutoglu juga berkata, Turki telah menutup ruang udaranya kepada semua pesawat tentera Israel sebagai tindak balas terhadap serangan itu…

Ulasan: Negara yang merdeka wajib mempertahankan warganya yang tidak bersalah.

Rogol: Lelaki dipenjara 7 tahun, 2 sebatan

SHAH ALAM 5 Julai - Seorang pekerja kilang simen sengaja menunggu kekasihnya pulang dari sekolah dengan alasan kononnya membantu menghantar pelajar tingkatan empat itu pulang ke rumah, tiga tahun lalu.

Xxxx xxxx xxxx, 29, bagaimanapun mempunyai niat tidak baik apabila melencong ke rumah sewa dengan tujuan melampiaskan nafsu syahwatnya terhadap gadis itu.

Apabila mangsa enggan, dia bukan sahaja ditampar malah turut diugut oleh teman lelakinya itu.

Selepas dibicarakan dengan lapan saksi pendakwa dan tertuduh sendiri tampil memberi keterangan membela diri, dia hari ini dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan dua kali selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Hasbi Hasan memerintahkan hukuman penjara terhadap Mohamad Ezad berkuat kuasa mulai hari ini selepas tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan….

Ulasan: Kalau sudah suka, nikahlah dulu… Seronok dapat, pahala pun dapat.

Ahli baru UMNO perlu lalui proses penelitian

KUALA LUMPUR 5 Julai - Penelitian terhadap latar belakang ahli UMNO yang baru perlu dilakukan di peringkat cawangan dan bahagian sebelum diterima menganggotai parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun pada dasarnya seseorang itu mendaftar untuk menjadi ahli UMNO kerana meyakini perjuangannya, penelitian perlu juga dilakukan.

Katanya, mustahil seseorang itu menyertai parti yang tidak disukainya dan pada masa sama sukar juga mengenal pasti sama ada ahli-ahli berkenaan mengundi Barisan Nasional (BN) atau parti lain pada pilihan raya…

Ulasan: UMNO nampaknya cuma menerima pak turut dan pak sanggup saja. Tidak lagi berpeluang mengubah dari dalam. UMNO akan mati kering kerana ketiadaan generasi pelapis yang baik-baik.

Arkib Negara akan dakwa jabatan musnahkan rekod

PULAU PINANG 5 Julai - Arkib Negara akan mengambil tindakan tegas terhadap agensi dan jabatan kerajaan yang dikenal pasti gagal mematuhi standard pengurusan rekod seperti yang diperuntukkan dalam Akta Arkib Negara 2003.

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil berkata, peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan sejak awal tahun lalu dan pihaknya tidak teragak-agak mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah jika terbukti standard itu masih gagal dipatuhi. 

Katanya, meskipun kesedaran mengenai kepentingan menguruskan rekod semakin meningkat, masih terdapat pihak yang tidak mematuhi malahan bertindak sambil lewa apabila memusnahkan rekod jabatan masing-masing tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Arkib Negara. ''Jika sabit kesalahan, akta ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan…. 

Ulasan: Tolong siasat siapa padam rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Siasat jangan tak siasat. Atau Altantuya adalah pendatang haram? 

Arkib Negara akan dakwa jabatan musnahkan rekod

PULAU PINANG 5 Julai - Arkib Negara akan mengambil tindakan tegas terhadap agensi dan jabatan kerajaan yang dikenal pasti gagal mematuhi standard pengurusan rekod seperti yang diperuntukkan dalam Akta Arkib Negara 2003.

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil berkata, peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan sejak awal tahun lalu dan pihaknya tidak teragak-agak mendakwa mereka yang terlibat di mahkamah jika terbukti standard itu masih gagal dipatuhi. 

Katanya, meskipun kesedaran mengenai kepentingan menguruskan rekod semakin meningkat, masih terdapat pihak yang tidak mematuhi malahan bertindak sambil lewa apabila memusnahkan rekod jabatan masing-masing tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Arkib Negara. ''Jika sabit kesalahan, akta ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan…. 

Ulasan: Tolong siasat siapa padam rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Siasat jangan tak siasat. Atau Altantuya adalah pendatang haram? 

Malays to lose political power if remain divided'

Jul 5, 10

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin reminded the Malays that they face the possibility of losing political power if they continue to be divided…

http://www.malaysiakini.com/news/136496

Ulasan: Kita bersatu untuk tegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan bukan untuk tegakkan kroni & rasuah.

Sesat: Salahuddin cabar Shafie Apdal debat

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyediakan pentas terbuka untuk berdebat berhubung status PAS atau Umno yang sepatutnya dianggap sesat.

"Saya cabar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini untuk berdebat secara terbuka, biar rakyat, kita (PAS) atau Umno sesat," tegas beliau di Lobi Parlimen, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna sepatutnya menjawab dakwaan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman secara berhujah, bukannya dakwaan kosong seperti yang dibuatnya semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria pula mempersoalkan dasar sekularisme serta nasionalisme yang diperjuangkan oleh Umno sendiri.

"Kalau PAS parti ajaran sesat, kita tengok sumber PAS itu al-Quran, as-Sunnah, ijmak serta qias.

"Kalau itu dikatakan sesat, Umno ini bagaimana," soal beliau sambil menuntut Shafie menunjukkan perkara yang sesat menurut Perlembagaan PAS.

Dalam perkembangan yang sama, Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Johor dilaporkan membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak bertanggungjawab menteri terbabit.

Pada suatu kenyataan, Mazlan turut menyifatkan kenyataan menteri terbabit sebagai biadap dan keterlaluan pada sebuah parti politik yang sah berdaftar di tanah air, seperti PAS.

Ini kerana, beliau berkata, menteri itu celupar mendakwa PAS hanya mementingkan kemenangan kerusi Dun dan Parlimen, berbanding kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau bertindak seperti Salahuddin, iaitu bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan Shafie berhubung kepincangan urus tadbir Felda.

Ulasan: Kalau jantan, marilah berdebat, bawa hujah dan fakta.

Kenyataan Shafie Apdal bahaya, tidak bertamadun

Harakahdaily.net 

JOHOR BAHRU, 6 Julai: Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman menganggap ucapan Naib Presiden Umno, Datuk Mohd Shafie Apdal berhubung PAS sesat sebagai kenyataan yang sangat merbahaya, biadab serta tidak bertamadun.

Katanya, kenyataan Shafie itu jelas menunjukkan kedangkalannya selain tidak dapat menerima kenyataan bahawa PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah beberapa negeri pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

“Beliau mungkin tidak menyedari bahawa PAS yang ditubuhkan secara sah pada 1951 telah disertai hampir 1 juta ahli berdaftar sehingga hari ini dan jumlah ini tidak termasuk para penyokong PAS yang berada di luar parti terutama di kalangan bukan Islam,” ujarnya.

Tambahnya, dakwaan beliau bahawa PAS parti ajaran sesat jelas telah menyimpang dari realiti sebenar yang berlaku sebaliknya dakwaan itu hanya memperjelaskan lagi kegusaran serta ketakutan beliau selaku pemimpin tertinggi Umno apabila rakyat mula menolak Umno BN mutakhir ini.

Justeru, ujarnya bagi mengembalikan sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada Umno BN, maka Shafie terpaksa mengeluarkan kenyataan yang sangat dangkal dan berniat jahat itu, meski pun bakal mengundang padah dan petaka kepadanya dan Umno.

“Jika Shafie mendakwa PAS parti ajaran sesat, apakah beliau berani menyatakan bahawa kesemua ahli PAS juga sesat,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Balai Polis Sentral, dekat sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Mazlan meminta polis menjalankan siasatan berhubung kenyataan Shafie itu kerana ia sangat merbahaya selain boleh menimbulkan pandangan negatif orang ramai terhadap PAS dan juga ahli-ahli PAS.

“Kenyataan beliau ini juga dibimbangi akan menyesatkan serta memesongkan akidah umat Islam yang mungkin terdorong dengan prasangka yang tidak bersandarkan kepada maklumat yang sebenar.

“Kita juga mendesak Shafie memohon maaf secara terbuka serta menarik balik tuduhan yang sangat jahat ini, sekiranya beliau enggan berbuat demikian dalam masa terdekat ini maka kita akan terus membuat laporan polis ke atas beliau di seluruh negara,” tegas Mazlan lagi.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut ketika merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya di Dewan Raya Kampung Pertanian Kulaijaya, Sabtu lalu.

Ulasan: Jangan tuduh sebarang tuduh, bawalah bukti. 


Monday, July 05, 2010

End modern-day slavery in our homes

Irene Fernandez
Jul 2, 10

A Malaysian employer, Chen Pei Ei was acquitted of the murder of her domestic worker. The employer was freed because the key witnesses who were her family members had disappeared and the police could not find them. 

Meanwhile, a 15-year-old teenager was sentenced to be detained under the pleasure of the Pahang sultan for murdering her employer more than a year ago. The psychiatrist report produced in court stated that her mental level was “below that of normal teenagers”. 

In the first case, a domestic worker's life was taken away brutally and no one was made accountable. And a child is sentenced and punished for the murder of her employer. These two cases raise serious issues on Malaysia's legal system of justice and employment of domestic workers in the country. 

The judge in Chen Pei Ei's trial was right in pointing out the weaknesses of the police and prosecution in not making sure that the witnesses are reachable. Was there collusion or advice given to enable freedom from the crime for the Malaysian employer? 

In the employment of domestic workers, Malaysia continues to fail in providing protection. The government does not go beyond lip service on labour laws amendments for increased protection of domestic workers. 

Domestic workers work in isolated individualised work places and in the private domain. Their passports are held by the employer. They do not have any days off and cannot change their employer according to the work permit issued. 

Indonesian domestic workers earn shamefully low wages – between RM400 and RM600 per month – despite working very long hours. They do not get their wages for six months or more as deductions are made to repay the exorbitant recruitment fees charged by recruitment agencies. 


The work conditions and tasks are undefined and thus many of them not only take care of babies and household chores but also cook and even take care of the elderly. 

The current system of employment supports this form of slavery. And it is worrying that Malaysian employers want to uphold such form of slavery as many have lobbied for no changes in law, no off days and no to domestic workers holding their own passports. 

The Malaysian employer being freed gives a perception that now employers can get away with murder because their will be no witnesses. 

However, the story is not the same for the domestic worker as she has no one to turn to for help, nor can she leave since she is trapped and “imprisoned” within the walls of her employer's home without passport, off days and money. 

In the case of the teenage domestic worker, why is not the agent, the employers and the Home Ministry being made accountable for trafficking in child labour? Why is she sentenced? 

How was approval given for her employment? The Home Ministry knows that large numbers of children are recruited to work as domestic workers and yet give approvals. 

The government has created a good public relations exercise in relation to human trafficking. However, in terms of combating trafficking, it is dismal and disturbing. The servitude and modern-day slavery on domestic workers in the country is clear and is institutionalised. 

We continue to place foreign domestic workers at risk without rights protection. This form of slavery will only lead to more violence and abuse of the workers with impunity. 

There is a loud battle cry for justice from the most marginalised and vulnerable groups of women workers but it continues to fall on the deaf ears of authorities and employers because the ears are given to calls for profit and political gain. 

In order to gain justice, it becomes more clear that we need change. 

The writer is Tenaganita director.

Ulasan: Bersopan santunlah dengan pembantu rumah anda. Jangan mendera mereka. Jangan berzina dengan mereka.

SPRM Bermain Helah, Elak Siasat Najib

Sunday, 04 July 2010

Altantuya Shariibuu dikatakan membantu urusan perolehan kapal selam Scorpene, dan menuntut wang komisyen yang dijanjikan kepadanya oleh rakan karib Presiden Umno terbabit, Abdul Razak Baginda. 

(TV Selangor) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disyaki cuba melengah-lengahkan siasatan keatas akuan bersumpah yang mengaitkan Presiden Umno Najib Abdul Razak kepada wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat berpandangan SPRM tidak perlu berselindung disebalik alasan mahkamah tidak akan menerima keterangan yang diambil di luar negara kerana umum sedia maklum suruhanjaya tidak berdaya untuk menyiasat skandal membabitkan Najib dan kaum kerabat beliau.

Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata rakyat tidak berminat untuk mendengar alasan, kerana agensi penyiasatan jenayah seperti SPRM dibayar gaji oleh pembayar cukai untuk membongkar akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendedahkan perselingkuhan antara Presiden Umno terbabit dan Altantuya, serta kronologi kejadian yang membawa kepada pembunuhan wanita Mongolia itu.

SPRM dilaporkan membatalkan hasrat untuk mengambil keterangan bekas anggota Cawangan Khas itu di London pada saat-saat akhir. SPRM berbuat demikian diatas nasihat Pejabat Peguam Negara.

Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga dilaporkan mengalu-alukan pembatalan tersebut atas alasan ia membazirkan wang rakyat.

Shamsul Iskandar Md Akin melahirkan kekesalan diatas kenyataan tersebut dan berkata bukan tanggungjawab SPRM untuk bimbangkan kesusutan Perbendaharaan Negara atau apakah keterangan PI Bala akan diterima mahkamah atau tidak.

"SPRM telah membuat pembohongan yang nyata, menunjukkan mereka perkakas pemerintah. Kita mahu SPRM yang lebih tegas, menyiasat skandal ini secara mendalam. Pada saya mereka cuba berhelah dan melengah-lengahkan siasatan, dan sehingga kini saya tidak mendengar sebarang usaha serius dari SPRM," tegas Shamsul.

Altantuya Shariibuu dikatakan membantu urusan perolehan kapal selam Scorpene, dan menuntut wang komisyen yang dijanjikan kepadanya oleh rakan karib Presiden Umno terbabit, Abdul Razak Baginda.

Wanita cantik ala-model ini ditembak dan diletupkan dengan bom peledak kegunaan tentera oleh Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Korporal Sirul Azhar Umar dari cawangan elit Unit Tindakan Khas PDRM.

PI Bala dalam akuannya mendedahkan beliau digesa dan cuba disogok supaya menarik-balik akuan yang mengaitkan Presiden Umno terbabit kepada wanita Mongolia itu oleh salah-seorang ahli keluarga Najib.

“Dalam kes PI Bala ini,terdapat bukti yang nyata,terdapat pengakuan,terdapat juga affidavit,terdapat pengakuan video Balasubramaniam sendiri yang memberitahu secara jelas yang memberi wang untuk menutup kes ini”

Abdul Razak Baginda dikatakan menemui pegawai yang bertanggungjawab kepada keselamatan Najib, DSP Musa Safri sebelum kejadian bunuh itu. Timbalan Komander UTK ACP Mastor Mohd Ariff di mahkamah sebelum ini mendedahkan anggota UTK dilatih hanya untuk mengikut arahan pegawai atasan mereka.

Megat Najmuddin berkata, Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa. 

Ulasan: Sewajarnya PSRM dibawah Parlimen atau di bawah Agung. Jadi senanglah PSRM nak buat kerja.


Amalkan semangat berpasukan TOLAK PARTI RASUAH

PEKAN 4 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pemimpin dan ahli UMNO mencontohi pasukan yang mengamalkan semangat berpasukan yang tinggi dalam kejohanan Piala Dunia untuk mencapai kejayaan.

Tegas Perdana Menteri, tanpa semangat sepasukan yang tinggi, pasukan bola sepak yang dianggap pilihan, boleh ditewaskan oleh pasukan bukan pilihan berikutan amalan saling bekerjasama dan memahami antara satu sama lain…

Ulasan: Bila parti sudah di cemari dengan rasuah, rakyat perlu berikan undi kepada parti yang tidak rasuah. PSRM elok di letak bawah Parlimen atau Agung.

Siap sedia hadapi PRU-13, kembalikan semula keyakinan rakyat

BANGI 4 Julai – Semua ahli serta pemimpin UMNO di setiap peringkat diminta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti tersebut.

Justeru Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu semua pihak dalam UMNO bermuhasabah, insaf, sedar selain berusaha merapatkan semula barisan supaya kebangkitan semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, rakyat harus diberikan mesej bahawa UMNO dan BN masih merupakan parti yang terbaik dan bukannya parti daripada pakatan pembangkang….

Ulasan: Rakyat boleh melihat sendiri keburukan yang telah di lakukan BN/UMNO. Mari kita menuju fajar baru dengan mengundi parti selain dari parti BN.

Perompak maut ditembak pengawal keselamatan

PENDANG 4 Julai - Sekumpulan empat perompak bertemu buku dengan ruas apabila seorang daripada mereka maut selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah kedai emas di pekan Tanah Merah, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, tiga lagi rakan penjenayah tersebut bagaimanapun sempat melarikan diri bersama sejumlah barang kemas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, pada mulanya, suspek yang terkena tembakan itu cuba diheret oleh rakan-rakannya untuk melarikan diri.

Katanya, namun pengawal itu melepaskan satu lagi das tembakan dan mengakibatkan suspek terbunuh.

Menurutnya, suspek kemudian ditinggalkan di dalam kedai tersebut sebelum rakan-rakannya melarikan diri ke arah Tobiar dengan menggunakan kereta Honda Civic berwarna perak…

Ulasan: Carilah rezeki yang halal.

Dua menteri kanan Perancis letak jawatan

PARIS 5 Julai - Dua menteri kanan Perancis yang sebelum ini dikritik kerana menggunakan beribu euro duit rakyat untuk menyewa jet peribadi dan membeli cerut meletak jawatan hari ini…

Ulasan: Di negara maju menteri letak jawatan sebelum kesnya di bawa ke mahkamah. Di negara yang perasan maju, tak pernah dengar sebegitu, bahkan akan mempertahankannya sampai mati kerana jawatan bererti cara untuk buat wang secara tidak wajar.

Friday, July 02, 2010

PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL

Kenyataan Media 

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010
17 Rejab 1431

PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.

IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam. Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan. Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.  

Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran. Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya. IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga. 

Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.

Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad 
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Ulama terkenal hanyut, mampukah ulama muda?

oleh Mutaligat  

Ramai ahli dan penyokong PAS mencabar ulama muda yang menyertai Umno supaya menghapuskan budaya rasuah/politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO selama ini.

Selain itu mereka juga mahukan Ulama' muda mengubah perlembagaan Umno dan dasar perjuangan Umno dari nasionalis dan pragmatis kepada dasar Islam.

Dan juga jangan lupa, ulama' muda mesti dapat mengubah seluruh pemimpin Umno supaya komited dengan tuntutan agama khususnya bab menutup aurat dan akhlak.

Seperti kemasukan ulama-ulama sebelum ini seperti Yusof Nor, Hamid Othman, Nakhaie Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Abdullah Md Zin, Mashitah, Jamil Khir dan lain-lain mereka hanya duduk dalam Umno/Barisan Nasional (BN) dan tidak boleh hendak berbuat apa.

Kalau ulama dan Ustaz yang terkenal tidak mampu mempengaruhi sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan di semua peringkat macamana dengan Ulama muda tersebut, mampukah mereka mengubah Umno/BN.

Ulasan: UMNO dulu pernah berpresidenkan seorang yang memiliki Ijazah Pengajian Islam dari Universiti Malaya tetapi tidak boleh berbuat apa-apa bila UMNO sudah ketagih dengan politik wang (rasuah).

AS beri suaka politik kepada pembelot Hamas

SAN DIEGO 1 Julai - Seorang hakim mahkamah Imigresen semalam memberi kelulusan sementara terhadap permohonan suaka politik anak kepada pengasas Hamas yang belot dengan menjadi pengintip bagi rejim Zionis.

Keputusan tersebut dibuat setelah kerajaan Persekutuan menggugurkan kebimbangan bahawa Mosab Hassan Yousef adalah suspek pengganas terhadap Amerika Syarikat.

Mosab, 32, disambut oleh sekumpulan kecil penyokong semasa meninggalkan pusat tahanan Imigresen di mana prosiding tersebut berlangsung dalam kawalan keselamatan yang ketat.

Dia mendakwa dirinya akan dibunuh jika diusir pulang kerana telah mengintip Hamas untuk agensi perisikan Israel, Shin Bet dan kini murtad setelah memeluk agama Kristian.

''Saya akan terus melawan ideologi di sebalik pengganas kerana saya tahu bagaimana mereka berfikir,'' katanya kepada pemberita.

''Saya tahu ini adalah bahaya sebenar yang dihadapi kebebasan, kemerdekaan dan kemanusiaan,'' tambahnya...

Ulasan: Bila sudah meninggalkan Islam, masih adakah kebebasan, kemerdekaan dan kemanusiaan? Yang tinggal hanyalah memperhambakan diri kepada selain Allah.

Felda dicadang punyai rizab RM1 bilion

KUALA LUMPUR 1 Julai - Generasi Wawasan Generasi Felda (GWGF) mencadangkan kepada Felda supaya mempunyai sekurang-kurangnya rizab bernilai RM1 bilion setiap masa agar status kewangannya tidak dimanipulasikan mana-mana pihak.

Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail berkata, langkah ini membolehkan ia lebih senang dipantau serta tidak mudah bagi mana-mana pihak sesuka hati membuat tafsiran kewangan Felda sehingga mewujudkan suasana kurang senang di kalangan warga Felda…

Ulasan: Bila ada kejutan barulah berfikir utk memajukan Felda yang selama ini dianggap sebagai cash cow oleh orang-orang tertentu.

NGV Tech mungkin bina kapal perang TLDM

KUALA LANGAT 1 Julai - Kerajaan mempertimbangkan untuk memberi peluang kepada syarikat pembinaan kapal bumiputera, NGV Tech Sdn. Bhd. yang memiliki limbungan di Kampung Sijangkang di sini bagi membina kapal-kapal perang kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysi (TLDM) dan agensi-agensi maritim lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peluang tersebut mungkin ditawarkan berikutan syarikat berkenaan telah membuktikan kejayaannya membina kapal-kapal untuk banyak syarikat di seluruh dunia dengan keseluruhan kontrak mencecah berbilion ringgit sejak beroperasi di Terengganu 10 tahun lalu…

Ulasan: Biar dapat kontrak tanpa ada rasuah. Biar kita hebat tanpa rasuah.

Pemaju perlekeh mahkamah

PULAU PINANG 1 Julai - Umpama Israel merampas tanah milik penduduk Palestin! Begitu gambaran sikap pemaju yang cuba mengusir sekali gus merampas rumah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini semalam.

Pengerusi Persatuan Penduduk kampung berkenaan, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, mendakwa tindakan tersebut dibuat tanpa mendapat kebenaran mahkamah.

Jelas beliau, Mahkamah Majistret George Town mengeluarkan perintah penghakiman pada 7 Disember tahun lalu supaya penduduk mengosongkan rumah masing-masing tetapi mereka…

Ulasan: Bila rasuah menjadi raja dalam negara, kuasa akan berpihak kepada siapa yang ada lebih duit dan tentunya rakyat akan menderita. Mari kita mengundi calomn yang berakhlak.

257,000 sijil kelahiran TANPA BAPA

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.

“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda…

Ulasan: Cuma seorang perempuan yang melahirkan tanpa sentuhan lelaki iaitu Maryam dan cuma seorang manusia yang di lahirkan tanpa bapa iaitulah Nabi Isa/Jesus. Semua kelahiran tanpa bapa berlaku di negara kita ini berlaku sewaktu kerajaan BN/UMNO memegang kuasa. Tidak mungkin pemimpin negara dan negara iaitu ADUN dan AP (ahli parlimen) yang tidak berakhlak akan bersungguh-sungguh menangangi krisis moral ini. Please do something concrete.

Jangan percaya Anwar?

KUALA LUMPUR 1 Julai - Amerika Syarikat (AS) dan pembuat polisi negara kuasa dunia itu didesak supaya menghentikan hubungan baik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa sebagai seorang yang tidak mengenang budi.

Sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservertif, Rachel Motte berkata, pendirian Anwar dalam isu perkauman dan polisi antarabangsa sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kepentingan politik peribadinya…

Ulasan: Kerajaan BN dan konco-konconya nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk mematikan karier politik DS Anwar sejak beliau di pecat dari UMNO oleh Dr Mahathir kerana beliau berupaya memimpin rakyat untuk menjadikan BN sebagai parti pembangkang di negara ini. Kalau Anwar dan pemimpin PR tidak boleh di percayai, siapa lagi dalam BN yang boleh dipercayai?

Nilai sendiri perjuangan Anwar

KUALA LUMPUR 1 Julai - Rakyat perlu menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembang-kang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha menjernihkan hubungannya dengan pemimpin Yahudi Amerika Syarikat (AS), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Ulasan: Tak habis-habis pemimpin BN/UMNO mencuba untuk membunuh karier politik DS Anwar. Kalau kita yang kena, dah tentu mati. Tapi rakyat faham bahawa Anwar membawa cita-cita baru politik yang berteraskan keadilan dan telus. Mengapa kerajaan BN masih tak mahu berhentikan kontrak dengan APCO, syarikat Yahudi yang terang-terang menyokong Israel.

Pasangan kekasih maut di bahu jalan

SAO PAULO 2 Julai - Pasangan kekasih yang memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengadakan hubungan seks maut selepas kereta itu dilanggar sebuah trak, kata polis.

Jurucakap polis, Liliane Nascimento berkata, ketika melalui jalan berkenaan, pemandu trak itu tidak dapat melihat kereta pasangan itu di bahu jalan kerana kabus tebal.

Kedua-dua pasangan itu mati serta-merta di tempat kejadian. – AP

Ulasan: Kalau tak berupaya menahan nafsu, nikahlah dulu. Seronok boleh dan pahala pun dapat.