Wednesday, May 18, 2011

Hentikan perdagang wanita

Rohayu Rusli (sumber harakahdaily.net ) 

Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.

Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.

Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum. Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa. Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.

Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris. Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya. Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.

Rohayu Rusli,
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Ulasan: Muliakan wanita kita kerana emak kita juga wanita. Didiklah supaya mereka sedar lalu menjaga maruah mereka. Wanita bukanlah objek memuaskan seks lelaki.

Monday, May 16, 2011

Polis diseru bersama rakyat bantah Lynas

Harakahdaily  

KUANTAN, 16 Mei: PAS hari ini menasihatkan pihak polis untuk sama turun padang bersama-sama dengan rakyat untuk memprotes loji pemproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
 
“Kita memahami sebagai sebuah badan kerajaan, mereka terpaksa akur kepada kerajaan yang ada. 
 
Akan tetapi, kita amat berharap pihak polis yang sifatnya menjamin keselamatan rakyat dan negara, mereka juga sebenarnya patut turun padang bersama rakyat membantah projek yang mengancam keselamatan rakyat negara ini,” nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Empat orang rakyat Malaysia ditahan polis di sini semalam kerana membantah loji pemproses nadir bumi di Gebeng milik Lynas Corp, sebuah syarikat Australia yang bakal membawa bahan nadir bumi yang mempunyai kandungan sisa radioaktif Thorium ke negara ini mulai September depan.
 
Mereka yang ditahan termasuk Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan setiausaha penganjur, Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP.
 
Sebagai reaksi balas kepada tindakan polis tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan pasukan keselamatan untuk bertindak secara lebih adil ke atas rakyat yang mengadakan bantahan terhadap projek Lynas, sebuah projek syarikat asing di bumi sendiri, yang bukan dilakukan untuk berseronok tetapi disebabkan kebimbangan masa depan keselamatan mereka.
 
“PAS juga mengharapkan suatu mekanisma dikemukakan kepada rakyat yang membantah projek ini. Seperti memberikan kebenaran untuk mereka untuk mengadakan perhimpunan dan bantahan kerana ini adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan. 
 
Namun, pada waktu yang sama, mereka harus menghormati undang-undang dan peraturan yang ada,” tambahnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 
 
Menurut Tuan Ibrahim, hakikatnya rakyat hanya bangkit membantah sebuah syarikat asing yang lebih rela membina kilang pemprosesan nadir bumi di negara lain daripada negara sendiri, bahkan negara mereka sendiri tidak mahu menerima kembali sisa radioaktif yang didakwa Lynas tidak berbahaya dan tidak mengancam keselamatan manusia dan persekitaran.
 
“Kalau ianya tidak bahaya, boleh ke kita senaraikan tiga buah negara sahaja yang sedia terima sisa tersebut?” tanya beliau.

“Bahkan sisa thorium yang dikatakan boleh digunakan bagi menjadi sumber menjana tenaga nuklear sepatutnya ada negara akan sanggup mengambilnya secara percuma.”
 
Tegasnya, rakyat hanya membantah kerana kebimbangan mereka, apatah lagi kesan kepada kesihatan manusia dan persekitaran akibat sebuah kilang nadir bumi yang dikendalikan oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak, yang beroperasi pada tahun 1980-an dan 1990-an masih terpahat di minda rakyat.
 
“Sebagai contoh, kalau berlaku musibah akibat malapetaka alam, seperti banjir besar, tsunami dan kecuaian manusia, apakah jaminan keselamatan rakyat sekitar? Jika berlaku musibah, semua akan terkena, polis dan FRU juga akan terkena,” Tuan Ibrahim memberikan ingatan.
 
Kemarahan awam terus memuncak terhadap pembangunan kilang Australia Corp Lynas nadir bumi di Gebeng kerana kebimbangan terhadap keracunan radiasi tidak dapat dielakkan terhadap masyarakat dan lingkungan sekitarnya.  
 
Rakyat juga kelihatan kurang yakin dan percaya akan jaminan yang diberikan dari kerajaan dan Lynas bahawa operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah kerana kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas, bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu sumber utama radiasi - akan dibuang.
 
Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas dijangka akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Menurut pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan, jumlah tersebut adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu.
 
Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Hasil daripada tekanan bantahan rakyat, kerajaan telah mengarahkan Agensi nuklear PBB - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menubuhkan sebuah panel pakar untuk memberi nasihat mengenai potensi risiko radiasi dari kilang tersebut. 

Lynas kelihatan amat yakin terhadap panel bebas tersebut, dengan berkata bahawa kajian yang bakal dikeluarkan dipercayai tidak akan memberi kesan kepada jangkaan tarikh siap projek itu, iaitu September tahun ini.

Ulasan: Utamakan rakyat ATAU utamakan kroni, kesihatan rakyat diperjudikan? 


Tak payah ajak PAS, UMNO memang pecah belah

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Para pemimpin UMNO tidak perlu sibuk dengan usaha untuk membawa masuk PAS ke dalam BN kerana PAS tetap utuh dengan dasar perjuangannya yang suci sejak ditubuhkan dulu, berbanding UMNO yang mengamalkan dasar pecah belah. 

Sebaliknya, Umno perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berusaha ke arah itu bagi membolehkan Umno menilai diri sendiri yang selama ini penuh dengan pengkhianatan terhadap PAS yang juga dipimpin dan dianggotai orang-orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) berkata, masalah perpecahan dan perkelahian adalah masalah Umno sendiri dan ia ternyata berbeza sama sekali dengan PAS.

Menurut beliau, sebaliknya perjuangan politik PAS amat jelas sejak ditubuhkan dulu hingga selamanya yang tidak berkelahi dengan sesiapa termasuk bersama Umno, orang-orang Melayu serta kaum-kaum lain dan penganut-penganut agama lain.

Katanya, PAS adalah parti yang memperjuangkan prinsip-prinsip Islam yang tentunya merupakan prinsip-prinsip terbaik bagi seluruh manusia tanpa mengira kaum dan ia tentu berbeza sama sekali dengan perjuangan Umno.

"Jadi, berbalah itu memang cara Umno, bukan cara PAS. Kenapa pula dikatakan nak bawa masuk PAS ke dalam BN untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri. Sedangkan dalam PAS tak timbul itu semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam yang mengatakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam BN sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu….harakahdaily.net

Negara seribu fitnah

Benarlah seperti kata Plato “Rakyat yang kacau itu lahir dari pemimpin yang kacau” Masyarakat Malaysia sememangnya sudah lama kacau pemikirannya, fitnah, dendam, adu domba, korupsi menjadi hal biasa, oleh kerana terbiasa sehingga bagi siperlaku tidak sedikit pun merasa bersalah atau berdosa di atas perbuatannya. Malangnya semua perbuatan keji itu dimulai dari atas, oleh para pemimpin politik.

Lihat artikel ‘Negara seribu fitnah’ oleh Rossem. (http://demitinta.blogspot.com/2011_03_01_archive.html)

Palestinian Nakba: Forever a memory

Ben White

Palestinians around the world are marking the anniversary of the Nakba, the catastrophe that occurred when the state of Israel was established in 1948.

The scale of the devastation was overwhelming: four in five Palestinian villages inside the borders of the new state were ethnically cleansed, an act of mass dispossession accompanied by atrocities. Around 95 per cent of new Jewish communities built between 1948-1953 were established on the land of expelled, denationalised Palestinians.

Referring to these refugees, Israel's first Prime Minister David Ben-Gurion famously said that "the old will die and the young will forget". In fact, rather than "forgetting", the Nakba has become one of the central foundations for activism by Palestinians - and their supporters - around the world.

Why is the Nakba such a strong framework of analysis and action? Because rather than being an isolated historical event, it is an ongoing process of dispossession and colonial settlement. Over 60 years ago, actions taken by Israel's military and policies adopted by the legislature were designed to effect the transfer of land from Palestinian to Jewish ownership, removing as many of the former as possible.

Since then, right up to today, this is the same logic at work in Israel's regime over Palestinians between the Jordan River and the Mediterranean Sea. Just recently it was revealed that Israel had denied residency rights to 140,000 Palestinians in the West Bank, in what Israeli newspaper Ha'aretz described as a "demographic policy" whose "sole purpose is to thin out the Palestinian population".

One of the mechanisms Israel used to expropriate Palestinian land was the British Mandate-era "Land (Acquisition for Public Purposes) Ordinance". In 2010, the Knesset passed an amendment to this law that "confirms state ownership of land confiscated under this law, even where it has not been used to serve the original confiscation purpose". The Nakba is not finished.

The Nakba continues as Bedouin Palestinian citizens watch their homes demolished to make way for Jewish settlement and forests, and as Palestinians are kept off 77.5 per cent of the Jordan Valley, part of what Human Rights Watch has called a "a two-tier system for the two populations". This continuation of policies informed by the "spirit" of 1948 (in the words of Gideon Levy) is how Palestinians understand what is happening to a fragmented population, from al-Arakib to the hills of the West Bank. 

A Nakba-shaped analysis is a corrective to the discourse promoted through the official peace process, a framework of "negotiations" between "two parties" over a territorial "conflict". Liberal Zionists too, ignore the Nakba - beyond patronising displays of "empathy"; they need the Green Line of 1967 "so as to render all that lies beyond it as temporary conquest", exempting them from having to confront "the historic legacy" of the ethnic cleansing in 1948.

The centrality of 1948 is being embraced as part of a language and mode of resistance by Palestinians around the world. The fight of Palestinian citizens of Israel as a discriminated, segregated minority has evolved over the years - from emphasising "rights" to challenging the very legitimacy of a Jewish state. The BDS call, endorsed and driven by Palestinians under military occupation, aims to bring an end to the injustices that began with the Nakba.

This is what makes the Israeli government, and its apologists, so nervous: they know that 63 years on, contrary to Ben-Gurion's prediction, not only have subsequent generations of Palestinians remembered the Nakba, but their ongoing struggle for justice and equality is now understood and supported by growing numbers around the world.

Ben White is a freelance journalist and writer, specialising in Palestine and Israel. His first book, Israeli Apartheid: A Beginner's Guide, was published by Pluto Press in 2009, receiving praise from the likes of Desmond Tutu, Nur Masalha and Ghada Karmi.

http://english.aljazeera.net/indepth/opinion/2011/05/201151593642551148.html

Thursday, May 12, 2011

Jiran temui budak didera

TAMPIN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, ditemui jiran dengan kesan cedera di cuping telinga seperti digunting serta melecur di perut dan belakang badan, dipercayai didera ibu bapanya…

Ulasan: Jadilah jiran yang prihatin terhadap masyarakat.

Wanita 80 tahun kena rompak, rogol

NIBONG TEBAL: Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun trauma selepas dibelasah, dirompak dan dirogol lelaki yang memecah masuk rumahnya berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini, malam Isnin lalu…

Ulasan: Mari bersama-sama mendidik masyarakat supaya menghormati orang yang tua dari kita dam menjaga maruah wanita.

PAS bersama PR: UMNO rugi Melayu untung

PAS bersama PR, UMNO rugi Melayu untung 
Ustaz Idris Ahmad  

Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama PR, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara. Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno, mengangap Umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah Umno.

Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi koperat, melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah, wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhi dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang melayu senang, pemimpin umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni Umno.  

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Malahan negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus.

Sumber: harakahdaily.net 

Persediaan pilihan raya tumpuan sidang mesyuarat BN

KUALA LUMPUR: Persediaan pilihan raya umum ke-13 akan menjadi perkara utama yang akan dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) Jumaat ini kerana ia akan mengendalikan pilihan raya ''percubaan'' (dry run) tidak lama lagi. 

Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kertas kerja mengenai pilihan raya ''percubaan'' itu akan dibentang pada mesyuarat berkenaan kerana BN dijadual mengadakannya Julai ini…

Ulasan: Didoakan agar BN/UMNO kalah teruk dalam PRU13 nanti. Dapatlah juga rakyat merasa keadilan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara. Kepada pengundi: Selamat memilih calon yang berakhlak.

PAS wajar tinggalkan pembangkang demi kepentingan Melayu

KETUA Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, berkata demi kepentingan bangsa Melayu dan rakyat secara menyeluruh adalah wajar untuk PAS meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN)…

Ulasan: Silapnya UMNO sendiri. Dulu mempersendakan PAS. Kini seolah gila talak. Apakah PAS begitu kemaruk kuasa dengan mengharapkan ehsan UMNO? PAS nak kena sekali lagi kena tendang dari BN? Kita jumpa semula dan berunding mengenai kepentingan Melayu selepas UMNO kalah (maksudnya keluar dari singgahsana kuasa di Putrajaya) dalam pilihan raya umum nanti. Amiin.

Padah asmara isteri orang

KODIANG: Bahana memadu kasih dengan isteri orang, seorang lelaki hampir putus tangan akibat ditetak suami kekasihnya yang berang selepas mengetahui hubungan sulit mereka di sini, pagi kelmarin…

Ulasan: Wahai isteri, jagalah maruah. Wahai suami,....... 

Kesetiaan ahli UMNO akan diuji

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan menguji kesetiaan ahli UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 untuk menyerahkan mandat sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti memilih calon bertanding…

Ulasan: Semua kita sedang di uji oleh Allah dalam hidup kita. Bagaimana Allah melihat kita?



Anwar perlu sumpah nafi dakwaan?

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pihak yang didakwa melakukan kemungkaran melalui sumpah laknat perlu bersumpah sekiranya ingin menafikan dakwaan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, agama Islam menuntut pihak yang dituduh supaya melakukan sumpah laknat bagi menepis segala dakwaan buruk terhadap individu tersebut…

Ulasan: Mana mahkamah Syari’ah kita? Sumpah laknat tidak ikut syariat – Presiden IKRAM (http://www.malaysiaharmoni.com/v1/index.php/nasional/33-nasional/811-sumpah-laknat-tidak-ikut-syariat-presiden-ikram).

UMNO masih jenama tinggi

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih lagi menjadi jenama yang sangat tinggi nilainya dalam kalangan rakyat.

Tegas Presiden UMNO, tidak ada salahnya pada jenama UMNO melainkan kelemahan yang ada dalam kalangan ahli UMNO sendiri.

"Kita sudah ada cukup kekuatan dan jika kita bekerja kuat, mendahulukan rakyat dan bersetia pada parti, Insya-Allah pada tahun-tahun mendatang, ulang tahun perayaan UMNO akan terus kita sambut sebagai parti yang berkuasa di bumi yang bertuah ini," katanya…

Ulasan: Jenama yang tinggi tetapi isinya sudah rosak. Dr Mahathir kata UMNO sudah busuk sampai ke usus. 
 

Mengingati Umno: Umno Kini Hanya Ada Jasad, Tidak Ada Roh

Mengingati Umno
Mohd Sayuti Omar  

Umno Kini Hanya Ada Jasad, Tidak Ada Roh

Hari ini Umno yang dilahirkan hasil gabungan beberapa persatuan dan NGO telah genap 65 tahun. Generasi muda mungkin tidak sedar akan hal ini, bahawa Umno bukan satu entiti asal, tetapi ia adalah hasil gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu yang menentang Malay Union.

Umno adalah makhluk parasit yang menumpang nama atas tubuh sekumpulan orang lain.

Dalam erti kata lain Umno hanyalah nama yang bergantung kepada beberapa batang tubuh yang lain. Hakikat Umno itu sendiri tidak ada. Penyatuan membentuk Umno di atas satu semangat untuk menentang penjajah, selepas itu membentuk pemerintahan sendiri untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Kerana hakikat begitu maka siapa atau apa sebenarnya Umno itu boleh diragui. Diri Umno boleh dipertikaikan. Ia boleh dianggap sebagai hantu. Ia berbeza dengan Pas, yang lahir sebuah biro didalam Umno yang dianggotai oleh para alim ulama, ustaz dan tok lebai. Di sinilah Pas berupa, tebentuk ia lebih jelas daripada Umno. Perjuangan Pas itu tidak pernah lari dari maksud asal selari dengan kehendak agama dan aspirasi bangsa dan tanah air.

Sehebat mana Pas menyerang musuh tetapi parti itu masih mengawal aktiviti dan emosinya agar tidak melampau batas yang dimurih oleh agama dan dibeci oleh budaya bangsa.

Kerana parti yang dibina atas prinsip dan dasar Islam maka Pas tidak zalim dan melampau dalam menggalakan perjuanganya. Pas tidak menyalah gunakan kuasa dan bergerak di luar batas-batas keagamaan dan bangsa. Inilah bezanya Pas berbanding dengan Umno. Pas dikatakan kolot dan berfikiran sempit bila mengekalkan ciri-ciri itu, tidak mengapa kerana dengan kesempitan dan kekolotan itu Pas berjaya menjaga dirinya sebagai Islam dan Melayu.

Satu fakta penting mengenai Umno yang dilupai ialah, Umno tahun 1946 sudah tidak ada lagi. Ia mati pada tahun 1988 di tangan Mahathir. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang telah meninggalkan pakaian Melayunya. Kalau melihat pembawaan dan lagak ahlinya hari ini rupa diri Umno itu sendiri ia jauh berbeza. Ia persis sudah terbalik dari hadapan ke belakang dari belakang ke hadapan.

Hakikat ini disedari oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang nasionalis. Kerana itulah apabila Umno dimatikan tahun 1988, tengku Razaleigh berusaha menghidupkan Umno yang dibentuk atas semangat asal semangat 1946. Apabila hari ini Tengku Razaleigh kembali semula ke dalam Umno ia tidak bererti Umno sudah pulih, tetapi pengembalian itu kerana Tengku Razaleigh tidak dapat melupai keseronokan semasa dalam Umno. Umnolah yang meletakkan dia sebagai Menteri Kewangan bangsa Melayu pertama.

Umno dulu lebih harmoni dan profesional. Ahlinya di semua peringkat mementingkan persaudaraan. Umno dulu lebih bersifat keMelayuan yang tertib, tidak 'pongoh' dan tidak suka pakai kasut longgar. Kenyataan, cakap orang Umno dulu lembut, berlapik bukan seperti hari ini penuh dengan 'aji no moto' ego dan bongkok.

Boleh diperhatikan macam mana game politik yang berlaku hari ini. Macam mana Umno menyerang musuhnya Anwar Ibrahim. Apa yang kita tidak pernah terfikir, dilakukan terhadap Anwar. Ini bukan tuntutan dunia kepada perkembangan politik tetapi kerana makin kering dan pupusnya semangat Umno asal dan peri keUmnoannya.

Saya yakin sejahat-jahat Umno di zaman Tengku Abdul Rahman, Hussein Onn mereka tidak akan tergamak menyerang musuh sedemikian rupa sehingga sanggup meluka dan menitiskan darah kemaluan sesama sendiri. Semua perangai buruk Umno kini bermula selepas ianya dijaga dan dibentuk oleh Mahathir 1982. Pada saya orang yang memusnahkan tamadun Melayu dalam siasah ialah Mahathir Mohamad.

Hari ini Umno di tangan Najib yang nampaknya berminat meneruskan kesadisan yang diilahmkan Mahathir Mohamad. Mahathir masih menaungai politik Najib. Najib percaya kepada politik ala-ala Mahathir. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi cuba mengembalikan sifat Umno sebenar yang harmoni dan mahu menjalinkan persaudaran, tetapi Najib nampaknya tidak terliur kepada pendekatan Abdullah itu.

Sebab itulah Abdullah membebaskan Anwar kerana dia mahu pulihkan maruah orang Melayu yang dihitamarangkan leh Mahathir. Sayang usaha Abdullah itu dihalang sebegitu rupa oleh Mahathir sehingga Abdullah hanya sempat jadi PM sekadar empat tahun saja.

Di sini, kalau Najib terus bermain dengan banyak api yang dinyalakan Mahathir dalam poltiik bagi mengekalkan kuasanya, dibimbangi beliau tidak akan terdaya melawan api. Apa yang terbaik dibuat Najib ialah banyak menggunakan pendekatan diplomasi. Buanglah taktik-taktik jahat yang hanyir itu kerana ia tidak sesuai dengan selera orang Melayu. Percayalah kejahatan tidak akan berjaya mengatasi kebaikan.

Kalau kita benar, kebenaran itu akan hadir tanpa kita menimbulkan kejahatan orang lain! Apakah setelah Umno berusia 65 tahun yang sudah kehilangan roh akan dipakaikan semula dengan samping dan selendang Melayu untuk mengembalikan roh ke dalam jasad Umno? [wm.kl. 3:15 11/05/11]

Lynas Gebeng: Masalah rakyat China akan jadi masalah rakyat Pahang?

China now produces 97 per cent of the world’s rare earths — a group of 17 obscure minerals with varying levels of radioactivity — vital to the manufacture of the some of the most popular consumer products such as flat-screen TVs, iPhones and energy-saving fluorescent lightbulbs.

AFP reported two days ago that Beijing was starting to clean up its rare earths industry by closing illegal mines, setting tougher environmental standards and restricting exports in a sudden keenness to burnish its green credentials even as it maintains its chokehold on the global market.

In the article, the international news agency placed two-thirds of the Chinese supply being processed in mineral-rich Baotou on the edge of the Gobi Desert.

The article described farmers living near the 10-sq-km expanse in northern China as suffering from a slew of health problems including cancer, which the residents blamed on toxic waste leaching into the groundwater and poisoning everything grown in their homeland.

Malaysia’s underwent a similar experience 20 years ago, when radioactive waste left behind by the Asian Rare Earth (ARE) plant was blamed for the area’s high cancer rate and newborns with birth defects…

Source: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysia-inviting-chinas-plight-with-lynas-plant-says-fuziah/

Wednesday, May 11, 2011

16 nelayan terapung di laut empat jam

DUNGUN: Terapung di laut dengan hanya berpaut pada tong ikan selama empat jam di tengah kegelapan selepas bot mereka karam dipukul ombak tetap menjadi pengalaman menakutkan bagi 16 nelayan dari Kampung Kuala Abang di sini, walaupun sebahagian sudah lebih 15 tahun mencari rezeki di laut.  

Menceritakan detik cemas kira-kira 15 batu nautika dari Kuala Dungun, kelmarin, tekong bot, Mazlan Abdullah, 47, berkata ribut barat tiba-tiba melanda dan empat pukulan ombak besar menyebabkan bot pukat jerut mereka karam kira-kira jam 3 pagi.  

"Hanya Allah saja yang tahu ketakutan kami, tapi saya gagahi dan bertindak cepat untuk memastikan semua awak-awak berkumpul dalam satu kumpulan bagi mengelak mereka hanyut dan lemas. Dalam kegelapan malam, saya melaungkan nama awak-awak supaya berenang dan membuat satu kumpulan sambil berpegangan tangan...

Ulasan: Alhamdulillah. Bersyukur kerana Allah telah menyelamatkan mereka. Hanya Allah yang tahu ketakutan mereka sewaktu itu.

Tentera berang tembak kereta isteri bawa kekasih

KOTA KINABALU: Akibat terlalu marah selepas melihat isterinya menaiki kereta dengan seorang lelaki, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya dua das tembakan ke arah kereta berkenaan, di Kilometer 25, Jalan Kota Kinabalu-Papar, di Kinarut, dekat sini, pagi semalam...

Ulasan: Wahai isteri,  jangan menduakan suamimu. Wahai suami, jangan berzina. Mari hidup beragama.

6.2 juta hidap dua penyakit diabetes & darah tinggi

6.2 juta hidap dua penyakit
Pesakit diabetes, darah tinggi berusia 30 tahun ke atas meningkat 

KANGAR: Seramai 6.2 juta penduduk negara ini berusia 30 tahun ke atas menghidap dua penyakit tidak berjangkit (NCD) utama, iaitu diabetes dan darah tinggi yang menjadi penyebab utama kematian pramatang. 
 
Mengikut Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS) 2006, seramai 1.4 juta penduduk Malaysia dianggarkan menghidap diabetes dan selebihnya 4.8 juta darah tinggi atau hipertensi. 
 
Malah, rekod NHMS menunjukkan kes diabetes di kalangan penduduk Malaysia dewasa berusia 30 tahun ke atas meningkat 79 peratus, iaitu daripada 8.3 peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006. 

“Kes darah tinggi turut mencatat meningkat kepada 42.6 peratus pada 2006, berbanding hanya 32.9 peratus yang direkodkan 10 tahun sebelum itu,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai…

Ulasan: 20 tahun pertama mula bekerja...makan & minum semewahnya. 20 tahun kedua...menghabiskan sumber untuk mengubat penyakit kronik yg dihidapi. Gabbage in, garbage out. Apa-apa pun, eloklah jaga kesihatan. Kesihatan ialah kecantikan anda.

Sedia runding walaupun rakyat tidak suka?

BAITULMAQDIS: Israel tidak menolak mengadakan rundingan dengan kumpulan Palestin, Hamas walaupun sentimen rakyat negara Yahudi itu tidak memihak kepada pertemuan sedemikian…

Ulasan: Berhati-hatilah Hamas kerana perjanjian Oslo hanyalah menguntungkan Israel. Utamakan agama, negara dan rakyat.

Perompak hilangkan diri 25 tahun ditangkap

SAN JUAN 2011/05/11: Seorang lelaki yang melarikan sejumlah wang rompakan AS$7 juta yang turut mencatatkan sejarah rompakan terbesar di Amerika Syarikat berjaya ditangkap di Puerto Rico, hari ini selepas 25 tahun waran tangkap dikeluarkan terhadapnya...

Ulasan: Carilah rezeki yang halal. Menjadikan hidup lebih tenang.

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan?

Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri 
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri...

Ulasan: Berikan kebebasan kepada akhbar untuk melaporkan yang benar. Patutlah rakyat tidak suka membaca Utusan.


What does 'freedom' mean?

Does the eagle want to swim in the sea,

Restricted by the sky?

Does the fish want to dance on the wind,

Not enough river to explore?

Yet the sky is freedom for the bird

But death for the fish,

The sea is wide for the fish

bBut will engulf the bird.

We ask for freedom but freedom to do what?

We can only express our nature as it was created.

The prayer mat of the earth is freedom,

Freedom from slavery to other than the One,

Who offers an shoreless ocean of love to swim in

and a horizon that extends to the next life,

Yet we chose the prison and call it freedom.

http://zharifalimin.bcomlogspot


Pengundi muda mempengaruhi keputusan pilihan raya Singapura

Kemerosotan mandat yang diterima oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum ke-16 Singapura pada Sabtu lalu daripada 66.6 peratus undi kepada 60.1 peratus undi, menggambarkan dengan jelas suara golongan muda di republik itu yang mahukan perubahan.

Bagaimanapun Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang lebih dikenali sebagai MM Lee oleh rakyat negara itu, melihat senario itu daripada sudut yang berlainan dengan menyifatkan generasi baru Singapura tidak menghargai segala pembangunan yang dibawa oleh PAP sehingga negara itu berada pada tahap sekarang…

Ulasan: Kebanyakan negara di dunia bimbang dengan generasi pengundi. Kerana mereka mengutamakan kebebasan, kebenaran dan ketelusan. Most governments in the world are afraid of new generation of voters. Because they love freedom, truth and transparency. Sayonara MM Lee because Singapore did not belong to him and family.

AS diberi kebenaran siasat 3 isteri Osama?

WASHIINGTON 10 Mei - Pakistan dilihat bersedia membenarkan Amerika Syarikat (AS) menyoal siasat tiga isteri Osama bin Laden yang berada bersama ketua rangkaian al-Qaeda itu ketika dia dibunuh oleh komando AS dalam satu serangan pada minggu lalu…

Ulasan: Beranikah Pakistan berbeza pegangan dari AS?

Fosil cengkerang Zaman Dinosaur ditemui

KUALA LIPIS 10 Mei - Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui fosil cengkerang dipercayai berusia antara 200 hingga 250 juta tahun di tapak pembinaan perumahan Taman Emas, di sini semalam…

Ulasan: Sebelum mati ciptalah sejarah untuk menolong agama Allah.

Doa ibu paling mustajab

KULA LUMPUR 10 Mei - Golongan wanita yang bergelar ibu diingatkan supaya sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan untuk kesejahteraan anak-anak kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.

Perkara itu diamalkan sendiri oleh ibu kepada Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd. Noah yang mengakui tidak putus berdoa siang dan malam untuk kejayaan anak-anaknya.

''Doa ibu paling kuat, di samping saya sentiasa sembahyang tahajud di malam hari berdoa untuk anak-anak,'' jelas Tun Rahah ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan di sini hari ini…

Ulasan: Doakan supaya anak sentiasa menyokong kebaikan dan tidak menyokong mungkar.

Acara dalam bahasa Melayu

COPENHAGEN 10 Mei – Acara-acara antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia mungkin akan dikendalikan dalam bahasa Melayu sepenuhnya pada masa akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Ulasan: Setelah hampir 54 merdeka, kita masih tidak berkeyakin diri untuk menganjurkan acara-acara antarabangsa dalam bahasa kita. Seronok betul menjadi penjajah yang terus dipandang tinggi oleh bekas jajahannya. Merdekakah jiwa kita?

Bahasa Melayu terus dianaktirikan

KUALA LUMPUR 10 Mei - Sikap segelintir rakyat negara ini yang mengagungkan penggunaan bahasa Inggeris dilihat tiada penyudahnya.

Kali ini, tindakan pemilik premis yang mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa rojak pada papan tanda mereka dilihat semakin berleluasa…

Ulasan: Mengapakan kita yang sudah berminat untuk menguatkuasakan peraturan. Negara kita, tanggungjawab kita.

Tuesday, May 10, 2011

Justice and Freedom for Osama bin Laden

Monday, May 9,2011 15:34 
IkhwanWeb 

The Muslim Brotherhood condemned the assassination of Osama bin Laden stressing that every person who is accused of a crime has the right to be put on trial. 

The MB is the best organized and most influential opposition group in Egypt and has a legacy of decades of social service and advocacy for the Egyptian people. Maintaining a tolerant and ethical stance on political issues, the MB has successfully merged Islamic principles into modern day politics and was a significant support throughout the January 25 Revolution. The MB has reiterated, before and after the demise of Bin Laden, that Al-Qaeda does not represent Islam. 

The Brotherhood was repressed under the Mubarak regime for decades and has now emerged as a significant political force, ready to participate in parliamentary elections later this year. In the wake of the revolution, the MB has called for national unity, urging the end to sedition and acting as a unifying force between Egypt 's Muslims and Christians. Calling for justice and the will of the people, the Brotherhood maintains the rights of all citizens to stand equal before the law and likewise calls for national autonomy and sovereign rights. Basing its stances of Islamic ethics, the MB does not support the role of international forces overtly assassinating any person without trial.

The MB believes in democracy based on Islamic reference, rejects violence and terrorism, and calls for the Western world to stop linking Islam with terrorism and to correct the erroneous image that has been intentionally promoted for a long time, especially after the 9/11 attacks.

The Brotherhood sees that problems in the Middle East are best solved by the citizens of that region and that the US should not interfere in their internal affairs. 

http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28539


MB: By Protecting Revolution, Egypt will Progress 
Monday, May 9,2011 15:19 
IkhwanWeb 

Speaking to Muslim Brotherhood members in North Cairo deputy chairman for the Muslim Brotherhood Khairat el Shater outlined the group’s approach concerning Egypt’s future and its progress.

According to el Shater it was clear that there was much work ahead for Egypt to restore its glory however with optimism and goodwill all obstacles will be overcome. He reminded the audience that the problems which the group faced by the former regime should no longer exist hence decisions will be made differently.

He called on all to participate in the advancement of Egypt adding he had confidence that the Egyptian people in general and the MB in particular are interested in doing what is right to protect the country. Outlining tasks el Shater, noted that following the revolution emphasis should be made on what he described as working on the renaissance of Egypt as a civil state based on Islamic references, business growth and development and the increased progress of the MB on all levels.

“Together”, he said “Now that the former regime has been toppled we have a responsibility to enlist our values in the effort to secure Egypt for all Egyptians regardless of religion and to leave behind the legacy that makes it easier for future generations”.

Referring to the Imbaba Church attacks he stated that there is no question that the only guarantee to get out of the economic crisis, political deadlock and sectarian tension caused by what he believed were remnants of the former regime; is to remain vigilant and stand in the face of it and not be led by these attempts to create chaos and strife.

Regarding rumors circulated concerning inner tension between the leaders and the younger generation el Shater explained that these were untrue and that the leaders welcomed dialogue and that in fact numerous meetings have been held with the youths. He cited that the leaders were open to proposals by the group’s youths reminding the audience that any developmental project was not an overnight affair and that realistically speaking changes would need for at least 4-6 months before they are noticed.

He slammed reports and stories spread by the media which aimed at distorting the group’s image but ascertained the group was able to overcome such gossip. He stated that while the MB is going through a transformation phase the group’s decisions although may vary in consensus will respect that of the leader following their democratic Shura Councils.

With regard to the newly established Freedom and Justice party he confirmed that the party will be independent from the MB concentrating on politics but will coordinate with it. He added that it is not a religious or theocratic party, but rather a civil party with an Islamic background that adheres to the constitution.
http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28538

US oh US: Is Killing Bin Laden Doing Justice?

Is Killing Bin Laden Doing Justice?

By Peter Lavelle 

When US President Barack Obama announced that American security forces had killed Osama bin Laden, he added: 'Justice has been done.'

But the United States and its allies fighting the so-called “War on Terror” have no grounds to use the word “justice” when comes to committing acts of violence. A mass murderer has been murdered by other mass murderers. “Terrorist No. 1” is gone, but rest assured the bloodletting will continue.

Obama went on to say: “The death of Bin Laden marks the most significant achievement to date in our nation's effort to defeat al-Qaeda.” It is amazing that the US president is claiming achievements at this time. Yes, the man allegedly behind the suicide hijack attacks of September 11, 2001, is no more. But what of the other “achievements”?

Afghanistan remains occupied, with the war going badly and no end in sight. What did Afghans do to the US and the “coalition of the willing” to deserve this unwanted, murderous and very unjust occupation? Seeking to destroy a handful of al-Qaeda operatives and leaders has turned Afghanistan into a long-term failed state – not to mention an enormous drain of blood and treasure.

Then there is Iraq – illegally invaded, a victim of an unnecessary civil war, and today on the brink of breaking apart into three mini-states. What did the Iraq people do to the US and the coalition to deserve all this deprivation? The pathetic irony is here that it was the US, through commission and omission, which introduced al-Qaeda to Iraq.

Pakistan reels from violence every day because of the “War on Terror”, as the US and its allies rain death and destruction on innocent civilians in pursuit of al-Qaeda. And we are told that Pakistan is an important strategic ally of the United States! As in Libya, the received “wisdom” is that we have to kill people in order to save the people.

The “War on Terror” is also invoked to justify denying millions of Arabs the trappings of democracy and a life with dignity. Dictators and autocrats of all shades are protected and coddled by the West until they become a geopolitical liability. In the cases of Saudi Arabia and Bahrain, the West leaves its lofty values at the door, preferring oil over people’s rights.

Democratically-elected Hamas is labelled a terrorist group because the people of Gaza voted the “wrong way”. Today Gazans live in a vast prison camp, illegally blockaded by Israel. In Lebanon Hezbollah is the largest and most popular democratic entity in the country, but because it won’t genuflect to Washington’s “War on Terror”, it is also designated a terrorist group.

Two other notable “achievements” of the “War on Terror” are the prison at Guantanamo Bay and the imprisonment of Wikileaks suspect Bradley Manning. Osama bin Laden never ceased pointing out the hypocrisy of the West. What Gitmo stands for – serious human rights violations up to and including torture – and the outrageous persecution of Private Manning surely had Bin Laden smiling until his last breath.

We are told that as Obama was making his historic announcement White House staffers were raucously celebrating, singing patriotic songs and chanting US slogans – essentially gloating. What is there to gloat about? Bin Laden had long ago become a phantom. His worldly existence hardly mattered anymore – though it was a wonderful excuse for the West to continue its neo-colonial projects in Arab lands.

Osama Bin Laden’s legacy will endure with us a very long time. The al-Qaeda franchise is well established and can be copied again and again. These are murderous groups of people, outdone only by the murderous Western interventionists – a deadly embrace if there ever was one.

Bin Laden once said: “I swear not to die but a free man.” Today millions of Arabs are saying the same thing. But there is an important difference. The Arab Spring has no need of Bin Laden and al-Qaeda, or of Western-backed dictators and military interventions. The killing of Bin Laden doesn’t change this calculus one bit. The Arab Spring is what I call justice.

Peter Lavelle is the host of RT’s debate programme “CrossTalk”. He contributed this article to PalestineChronicle.com. (This article was first published in Moscow News: www.moscownews.ru.)
http://www.palestinechronicle.com/view_article_details.php?id=16835

Saturday, May 07, 2011

Jihad perangi rasuah omong kosong Umno BN?

PARIT BUNTAR, 7 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata jihad perangi rasuah yang lancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini adalah kenyataan berunsur politik dan pembohongan baru demi mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

Muhyiddin dipetik sebagai berkata untuk memerangi rasuah secara menyeluruh, sewajarnya gejala ini dibendung sehingga ke akar umbi.

“Rakyat tidak akan lupa dengan bukti berupa dokumen mengenai komisen RM400 juta pembelian pesawat dari Russia, Sukhoi yang diberi kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan komisen sejumlah RM520 juta (100 juta Euro) kepada Abdul Razak dalam pembelian dua kapal selam untuk Kementerian Pertahanan,” kata Idham ketika ditemui di sini.

Tambahnya, BN berbohong kepada rakyat untuk berusaha memerangi amalan rasuah dengan jihad dan mengaku ia merupakan prioriti BN sedangkan ianya adalah omongan kosong semata-mata.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menegaskan rakyat perlu didedahkan dengan rasuah besar yang berlaku dalam negara oleh BN di mana perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbilion dollar itu dimeterai oleh Datuk Seri Najib sendiri selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

“Pembelian dua kapal selam itu jelas wujud elemen rasuah, dan hingga hari ini Najib masih belum membersihkan namanya dari tuduhan kemungkinan wujud rasuah berjumlah RM520 juta untuk dua kapal selam tersebut,” katanya yang juga Adun Titi Serong.

Katanya, Umno BN adalah sinonim dengan amalan rasuah yang diketahui umum oleh rakyat, tetapi bersorak kepada rakyat bahawa mereka pejuang sejati menentang rasuah.

Beliau menambah, walaupun tidak dinafikan tindakan dilakukan kepada pengamal rasuh namun biasanya yang akan ditangkap kemudian dibicara adalah rasuah yang bernilai ribuan ringgit.

“Amat malang di negara ini apabila kes rasuah yang melibatkan pemimpin dalam BN bernilai ratusan juta dibiarkan begitu sahaja.

“Saya yakin rakyat tidak semudahnya boleh menerima pembohongan dari pimpinan tertinggi negara dalam isu ini. Rakyat perlu bijak menilai perbuatan pemimpin BN yang sentiasa berlakon dan berhelah untuk menipu rakyat,” ujarnya.

dari harakahdaily.net

Osama: Kenapa Najib bergembira bersama Amerika?

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.

Bagi beliau, Najib cuba menguatkan lagi penguasaan geo-politiknya untuk memahami satu fakta yang terang lagi bersuluh bahawa 'Osama dan keganasan adalah hasil ciptaan AS.'

Selain Dr Dzulkefli, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan Najib yang berkata, dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama.

Akhbar Berita Harian (gambar kiri) yang dikawal Umno juga secara terbuka menolak pandangan itu apabila menyiarkan satu rencana bertajuk "Tiada jaminan kematian Osama penamat keganasan global".

Bahkan, akhbar Umno sendiri, Utusan Malaysia juga nampaknya bertembung pandangan dengan Najib dalam isu ini.

Para pemimpin pertubuhan Islam juga menolak pandangan simplistik dan bodek Amerika Najib itu.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan. 

“Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri,” kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

“Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

“Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan,” kata Sheikh Abdul Halim. 

Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.

“Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim,” tegas mereka.


PM membodek Amerika

“PM terlalu 'membodek' AS dan Obama. Islam menolak sebarang keganasan. Namun, kita kena faham mengapa keganasan terus berlaku?” bidas Dr Dzulkefly (gambar) dalam ulasannya mengenai hal ini.

Menurut Dr Dzul, terdapat dua penyebab utama kezaliman AS iaitu dalam bentuk polisi dan tindakan.

“AS pembekal WMD (weapon of mass destruction – senjata pemusnah besar-besaran) serta terus membekalkan senjata tercanggih dengan penyelidikan mereka termasuk kepada Iraq (Saddam), Israel dan lain-lain merupakan punca kezaliman akibat daripada tindakan.

"Ketidakadilan polisi pula berlaku khasnya di kawasan Timur Tengah dan Palestin juga merupakan salah satu bentuk kezaliman AS,” terangnya lagi.

Najib sepatutnya, kata Dr Dzul peka dengan hati-budi dan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah dan Palestin, di mana kezaliman terhadap negara-negara Islam di sana dibiarkan berterusan oleh kuasa-kuasa di Barat.

“Berdekad Barat mengizinkan kezaliman. Inilah punca segalanya,” ujar beliau. “PM sepatutnya kata - dunia tidak akan selamat kalau Amerika masih bersikap dwi-standard menyokong keganasan di Timur Tengah dan Palestine walaupun Osama dibunuh.”

Selain itu, Dr Dzul berkata Najib juga harus bertanya balik kepada Obama, “Bukankah Osama anak didik Amerika? Mengapa Osama berpaling tadah selepas tamat blok Russia?”, di mana menurutnya ia adalah disebabkan sikap dwi-standard AS sendiri.

Sekiranya Najib ingin menjadi juara umat Islam, Dr Dzul menasihatkan beliau supaya jangan bertindak semata-mata kerana ingin membodek Obama dan AS untuk kerana mahu diundang ke White House dan merenungkan siapa penaja kezaliman yang sebenarnya di dunia ini.

“Malangnya apabila ada pemimpin negara umat Islam yang membodek AS kerana mahu diundang ke Rumah Putih. Tindakan ini amat mengaibkan umat Islam.

"PM kalau mahu jadi juara umat Islam, jangan bertindak 'membodek’ Obama-AS. Jangan berbolak-balik! PM perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dengan kadar segera bagi menjaga sensitiviti umat Islam,” nasihat Dr Dzul.

Persoalan yang harus direnungkan semua umat Islam

Sebagai pemimpin Islam, patutkah Najib mengeluarkan kata-kata begitu, atau lebih tepat lagi, adakah Najib terlupa bahawa dirinya seorang Islam dan juga seorang pemimpin yang majoritinya Islam ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata akan menyinggung sensitiviti umat Islam sedunia?

Ataupun, itu sememangnya jiwa Umno seperti yang dinyatakan oleh MCA tempoh hari, apabila parti tersebut menyuruh PAS membuang perjuangan Islamnya sekiranya ingin menerima jemputan Umno menyertai Barisan Nasional (BN)?

Jikalau Umno masih ingat akan perjuangan Islam, sepatutnya MCA sudah lama melenting untuk keluar daripada BN.

Adakah ini bermakna MCA, yang kebelakangan ini telah semakin menunjukkan belang anti-Islamnya, masih sanggup berada dalam BN sehingga kini semata-mata kerana mereka 100% yakin dan pasti bahawa Umno sudah tidak berpaksikan lagi pada Islam dalam segala tindak-tanduknya?

Ulasan: Antara Israel, Amerika Syarikat dan Osama siapa telah 60 tahun lebih mendera warga Palestin di bumi mereka sendiri?


Sumpah laknat tidak ikut syariat – Presiden IKRAM

SERDANG – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan bahawa sumpah laknat yang digunakan untuk membuktikan tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang, tidak mengikut prosedur pembuktian jenayah dalam Islam. Beliau menegaskan perkara tersebut ketika ditemuramah Malaysia Harmoni mengenai sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Adullah di Masjid Bandar Baru Sentul baru-baru ini.

“Sumpah laknat itu tidak mengikut prosedur pembuktian jenayah dalam Islam, mempermainkan prosedur perundangan Islam.”

Menurut beliau yang juga bekas pensyarah bidang Ekonomi Islam, pengkhususan bidang Fiqh, Usul Fiqh dan Siasah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), perundangan Islam dalam hukum qazaf telah menetapkan bahawa tuduhan zina atau liwat terhadap seseorang mesti dibuktikan dengan empat orang saksi. Jika gagal membawa saksi, orang yang menuduh akan dikenakan sebatan 80 kali dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya.

“Dalam qazaf, (yang menuduh) tidak boleh bersumpah, kena bawa empat saksi. Kalau tidak, (yang menuduh) boleh dirotan 80 kali.”

Beliau menambah, sumpah laknat atau mubahalah yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah berkaitan dengan aspek akidah iaitu cabaran kepada pengikut Nasrani supaya sama-sama bersumpah bagi membuktikan dakwaan mereka adalah benar di sisi Allah subhanahu wataala tentang Nabi Isa alahissalam secara khusus. Laknat Allah akan ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta dalam dakwaan mereka menerusi sumpah tersebut.

Menurut beliau lagi, sumpah laknat yang dilakukan Datuk Eskay bercampur aduk antara mubahalah dengan qazaf, antara aspek akidah dengan jenayah tuduhan berzina. Ia tidak boleh diguna pakai dalam perundangan Islam. Mubahalah dan qazaf mempunyai prosedurnya masing-masing.

“Setiap kes (dalam Islam) ada prosedurnya yang tersendiri,” tegasnya.

http://www.malaysiaharmoni.com/v1/index.php/nasional/33-nasional/811-sumpah-laknat-tidak-ikut-syariat-presiden-ikram

Datuk Seri Ir Dr Judin teraniaya: Rekod hitam 120 tahun JKR

PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim, ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR.

Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil.

Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi.

"Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau.

Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin.

Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'.

Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.

"Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut? Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab.

"Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab. Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini? Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab.

Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera.

"Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi.

"Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi.

Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja."

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/3153-judin-teraniaya-rekod-hitam-120-tahun-jkr

Henti politik hina, selamatkan maruah rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Para pemimpin dan ahli-ahli parti Pakatan Rakyat serta lebih 80 NGO, hari ini sebulat suara menzahirkan kemarahan mereka terhadap perkembangan dan krisis ekonomi, sosial budaya dan politik kotor yang semakin parah di tanah air.

Mereka dengan tegas mengutuk penularan gejala politik yang tidak sihat, budaya memfitnah dan mengaibkan seorang musuh politik, sehingga mengakibatkan maruah masyarakat dan seluruh negara telah tercela, malah semacam dijadikan tebusan untuk memenuhi nafsu serakah politik pihak tertentu.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka amat kesal kerana penyebaran bahan lucah dalam bentuk amat menjijikkan, ditambah pula dengan usaha penyebarannya secara meluas dalam media massa, sudah sampai ke tahap menjadi barah negara.

Menurut beliau, perkembangan tidak sihat itu jika tidak dibanteras akan mengakibatkan seluruh masyarakat menjunam ke gaung kehinaan.

Katanya, mereka ingin menegaskan bahawa rakyat Malaysia sudah mual dan sangat tersinggung terhadap mereka yang terlibat dalam kehinaan mengaibkan keperibadian seseorang, tidak kira siapa pun beliau, semata-mata hanya kerana bernafsu untuk mengekalkan kuasa.

"Rakyat Malaysia belum pernah dihadapkan dengan politik sehina seperti yang berlaku sekarang. Malah persaingan politik sepanjang mencapai kemerdekaan 53 tahun lalu tidak pernah mencecah ke tahap politik kotor dan jahat keterlaluan seperti yang sedang dipaparkan sekarang," katanya.

Ketika berucap pada perhimpunan aman Hari Amarah Rakyat di dataran Masjid Negara dan di hadapan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), di sini, hari ini, beliau menyuarakan kekesalannya dengan penyebaran secara sengaja bahan-bahan lucah itu.

"Ia ternyata bertujuan untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat, sehingga menyebabkan rakyat terpaksa melihat bahan murahan yang menghina pemikiran dan nilai budaya keseluruhan warga Malaysia," katanya.

Perhimpunan aman itu dianjurkan oleh Gerakan Saf Anti Rasuah (Saf) dan turut disertai parti-parti politik serta lebih 80 NGO termasuk Teras, Shura, Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy), Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Perhimpunan yang turut mendapat kerjasama Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah) bagi membantah gejala politik fitnah dan lucah di tanah air itu diadakan selepas solat Jumaat, dengan disertai lebih 1,000 orang dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Rozan, ketika berucap turut menzahirkan kemarahannya kerana ketika rakyat perlu berfikir jernih dan matang untuk memacu pembangunan negara segara secara sihat dan beradab, pemimpin negara pula membiarkan budaya politik lucah untuk menjadi santapan rakyat setiap hari.

"Akibatnya, persoalan-persoalan pokok negara yang sepatutnya ditumpu kini berkecai oleh politik murahan dan menjijikkan," katanya.

Manakala Pengerusi Saf yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid ketika berucap menyuarakan kekesalannya dengan seluruh institusi awam dan swasta dalam negara termasuk polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Agama Islam, institusi kehakiman, Menteri Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, Perdana Menteri.

Turut dikesali seluruh Jamaah Menteri Kabinet, institusi mufti, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, media massa awam dan swasta kerana kini berada dalam kedudukan sangat tercemar, akibat kehilangan wibawa dan integriti untuk bertindak menangani isu politik lucah.

Katanya, mereka menyatakan kemarahan mereka kerana pihak berkuasa dilihat bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan amalan jijik itu, tanpa tindakan segera menangani isu penyebaran bahan lucah berdasarkan undang-undang sedia ada.

"Kami menyatakan kemarahan kami lantaran pihak berkuasa yang diberikan mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf yang diperuntukkan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan sehingga kini tidak dilaksanakan.

"Apakah yang menyebabkan pihak yang berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton sahaja kepada jenayah dilakukan secara jelas itu," tegasnya yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Malaysia (Shura).

Beliau menegaskan, mereka merasakan kemarahan rakyat adalah wajar kerana bukan sahaja agensi yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang Islam kini dilihat mandul, malah integriti dan wibawanya pun turut terjejas.

"Kami menzahirkan kemarahan kami kerana isu politik lucah ini sudah diabsahkan sebagai budaya politik yang akan diwarisi oleh generasi muda yang bakal mengambil alih kepimpinan negara," ujarnya. 

Sebelum itu, beberapa orang pemimpin NGO ketika berucap turut menzahirkan kekesalannya kerana pernyataan ulama yang menegur supaya pihak berkenaan menghentikan amalan mengaibkan peribadi seseorang tidak diendahkan sama sekali oleh mereka yang terbabit.

Malah lebih parah lagi, ia disemarakkan pula oleh media arus perdana yang bertindak biadab dan menonjolkan budaya jahiliah kepada seluruh rakyat di dalam dan di luar negara.

Ucapan mereka turut diselang-seli dengan pelbagai laungan kutukan terhadap Umno dengan kata-kata "Hancur Umno" dan ucapan-ucapan lain, termasuk kutukan terhadap media tertentu yang turut memainkan peranan menyebarkan budaya politik fitnah dan lucah di dalam negara.

Sementara setelah penyerahan memorandum yang mengandungi tuntutan 10 perkara kepada pihak Jawi dilakukan, Dinsman turut menyuarakan kekesalannya dengan membacakan sajak.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hassan yang turut menyertai perhimpunan itu bersama sekitar 300 rakan pelajarnya, ketika berucap menzahirkan perasaan mualnya dengan budaya politik hina di tanah air sekarang.

"Kami selaku generasi muda dan golongan pelajar tidak boleh menerima sekali-kali budaya politik hina, jijik, lucah, fitnah seperti sekarang dan mendesak agar semua itu dihentikan segera demi kepentingan negara," tegasnya.

Sempena himpunan aman itu, turut kelihatan pelbagai sepanduk yang dipamerkan oleh para peserta yang kesemuanya mengutuk keras budaya politik fitnah, lucah yang sedang berlaku dengan berleluasa di tanah air kita sekarang.  

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3152-henti-politik-hina-selamatkan-maruah-rakyat-

Sunday, April 17, 2011

`Rasuah’ yang kian kabur di Sarawak!

sted

Oleh: jinbukitridan

"Menurut kamus Dewan Bahasa katanama `Rasuah’ membawa maksud “ tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
* Meminta/Menerima Rasuah
* Menawar/Memberi Rasuah
* Membuat Tuntutan Palsu
* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Persoalan utamanya di sini ialah apakah pemberian ratusan juta ringgit dalam tempoh kempen pilihanraya Sarawak itu patut diklasifikasikan sebagai `rasuah’? Jika tidak ada Pilihanraya Negeri berlaku kita percaya durian runtuh ini tidak akan tiba-tiba turun dengan banyak sekali dalam tempoh yang singkat. Bukankah pemberian secara mendadak dalam apa jua namanya ini oleh golongan yang berkepentingan dalam sesuatu pilihanraya boleh dinamakan sogokan atau rasuah untuk mengundi mereka dalam proses pilihanraya?

Bantuan sana bantuan sini , projek sana projek sini dalam keadaan rakyat ingin menilai parti manakah lebih baik!

Jika keadaan ini terus dibenarkan atau tidak dipedulikan oleh seluruh rakyat kita percaya fenomena ini akan menjadi satu kebiasaan yang seakan tidak bersalahan dengan etika walhal ianya terang-terang menyalahi hukum agama. Mengambil kesempatan atas golongan yang tersepit oleh mereka yang mempunyai kuasa! Akhirnya rakyat di negara kita pada suatu masa kelak akan menagih habuan segera dalam bentuk material dan wang ringgit dari pihak yang ingin membawa perubahan atau kemajuan kepada negara.

Rasuah itu perbuatan yang hina lagi keji tapi lebih keji lagi jika kita sebagai warganegara tidak berusaha membendungnya. Rasulullah s.a.w mengutuk keras perbuatan ini antaranya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim , dari Thauban r.a Rasululllah s.a.w bersabda yang bermaksud “ Rasulullah melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara keduanya”

Kita amat memohon pihak SPRM mengambil pendirian tegas dan mengeluarkan garis panduan yang jelas berhubung perkara keji ini.


Ulasan: Beranikah SPRM melawan boss?

Wednesday, April 06, 2011

Pakatan Rakyat menolak penubuhan suruhanjaya diraja

KUALA LUMPUR 5 April - Pakatan Pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya diraja berhubung isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini. 

Pada sidang akhbar dihadiri lebih 15 Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, usaha itu tidak perlu kerana personaliti di dalam video tersebut masih lagi kabur tanpa mendapat pengesahan daripada polis.

Apatah lagi katanya, perkara tersebut terlalu remeh untuk dibincangkan melalui penubuhan suruhanjaya itu yang hanya perlu ditubuhkan sekiranya mempunyai kes-kes besar.

"Kami tidak akan sama sekali menyertai atau menyokong penubuhan suruhanjaya itu. Pakatan pembangkang berpendapat polis seharusnya mengambil tindakan menahan mereka yang terlibat dalam penyebaran video itu berpandukan kepada laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

"Jika timbul usaha menubuhkan suruhanjaya itu oleh BN, kami akan terus menentang. Kami hanya akan menerima jika penyebar video ini ditahan dan diambil tindakan iaitu sesuatu yang belum dibuat sehingga ke hari ini. Laporan polis yang perlu dirujuk bukannya buat keputusan dalam isu ini," katanya.

Ditanya tidakkah beliau mahu tahu siapa yang berada dalam video itu, Karpal menjawab: " Isu itu tidak langsung timbul tetapi apa yang perlu penyebar video ini harus ditahan.''

Ulasan: PDRM: Jangan biarkan negara hancur kerana politik lucah dan politik rasuah.

Rooney MU terima padah hambur kata-kata kesat

LONDON - Persatuan Bola Sepak England (FA) melarang penyerang Manchester United, Wayne Rooney beraksi dalam dua perlawanan ekoran tindakannya menghambur kata-kata kesat di depan kamera semasa pasukan Red Devils menang 4-2 ke atas West Ham di Upton Park….

Ulasan: Negara maju masih menghormati tatasusila walaupun dalam permainan. Politik kita sudah hancus?

Female activitists demonstrate what won’t kill you will make you stronger

With the ousting of the dictator Mubarak and the toppling of his tyrannical regime tribute must be given to the daughters, mothers, sisters and wives of members of the Muslim Brotherhood who undoubtedly engaged in unconditionally supporting their other half who spent years behind bars simply for fighting for a cause…http://www.ikhwanweb.com/article.php?id=28338

Ulasan: Terima kasih kerana membantu rakyat menjatuhkan diktator.


Indian 'living god' in critical condition: hospital

HYDERABAD, India (AFP) – One of India's best-known spiritual leaders, famous for his apparent miracles and long list of influential followers, is on life support in a southern hospital, officials said on Tuesday.

Satya Sai Baba, 85, who has devotees in more than 100 countries, was admitted to a hospital funded by his organisation in the town of Puttaparthi with lung and chest congestion on March 28…

Ulasan: Semuanya akan hujungnya kembali kepada Maha Pencipta, Allah SWT yang mencipta kita dan setiap makhluk dengan membawa amal yang dibuat dalam hidup ini. Miracles dan pengikut akan ditinggalkan.

Rakyat makmur tekad BN...atau makmurkan kroni?

Rakyat makmur tekad BN

Manifesto pastikan Sarawak jadi negeri terkaya di Malaysia 

KUCHING: Dalam usaha mendapatkan semula mandat pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang bermula hari ini, Barisan Nasional (BN) menjadikan janji, ikrar dan pencapaian BN untuk rakyat Sarawak sebagai intipati utama manifesto parti yang dijadual dilancarkan di sini, petang ini. 
 
Dengan mengajak rakyat di Bumi Kenyalang bersama-sama memajukan Sarawak, manifesto kali ini membawa tema ‘Rakyat Makmur, Kehidupan Selesa, Negeri Aman – Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN’….

Ulasan: Selamat memilih calon yang BERAKHLAK. Nak cari menantu pun kena pilih baik-baik. Inikan pula nak berikan negeri kepada mereka. Negeri kaya boleh jadi bangkrap silap-silap pilih pemimpin. Minyak, balak dan tanah akan habis dikerumuni kroni kalau tak kena gaya.

Obama & Guantanamo

Obama ketika mula menjadi Presiden pada 2009 berjanji untuk menutup Guantanamo dalam tempoh setahun, dengan menggambarkan kem tahanan itu sebagai simbol bagi segala pencabulan dalam ‘perang menentang keganasan’ yang dilancarkan oleh Presiden terdahulu, George W. Bush.

Namun, perbicaraan berprofil tinggi yang dirancang untuk Sheikh Mohammed dan empat lagi suspek anggota al-Qaeda itu di Guantanamo (akan dibicarakan oleh sebuah tribunal tentera di Teluk Guantanamo, Cuba dan bukan di sebuah mahkamah sivil di New York) menunjukkan Obama sudah berputus asa untuk menutup kem tahanan tersebut dalam tempoh terdekat ini.

Keputusan itu diambil pada hari sama Obama mengumumkan rancangan untuk bertanding semula pada pilihan raya Presiden 2012, dan juga menyusuli keputusan Mahkamah Agung AS, awal semalam untuk menolak tiga rayuan oleh tahanan Guantanamo yang membantah penahanan mereka tanpa tempoh ditetapkan.

Ulasan: Demikianlah Presiden USA…yang kalah di tangan Kongres . Once Barack Obama vowed to 'change the world'. Still Jews will have the upperhand. 

Rumah haram Yahudi

BAITULMAQDIS 5 April - Majlis Perbandaran Baitulmaqdis semalam meluluskan pembinaan 942 rumah baru di Gilo, sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di bahagian paling timur bandar ini.

Keputusan itu dibuat menjelang pertemuan antara Presiden Israel, Shimon Peres dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, hari ini…

Ulasan: Terasa betul orang Israel merendah-rendahkan Presiden AS.


Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 5 April: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi precedent bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia…

Ulasan: Masalah bermula bila berpolitik yang tak kisahkan agama.

Tuesday, April 05, 2011

Libya 'ready' to discuss reforms

Libya is ready to negotiate reforms, such as elections or a referendum, but only its own people can decide whether Muammar Gaddafi should stay on as leader, a government spokesperson has said.

"We could have any political system, any changes: constitution, election, anything, but the leader has to lead this forward. This is our belief," Musa Ibrahim, the Libyan information minister, told reporters on Tuesday.

Ulasan: Ikutilah kisah yang akan sejarah dunia mengenai pemimpin yang semakin hilang ketaatan rakyat. Siapa yang sepatutnya bersyukur: Pemimpin ATAU rakyat? Cukuplah 42 tahun mendera rakyat. Doakan supaya rakyat diutamakan melalui keadilan.

Sebagai Muslim, KITA menolak fitnah video itu

Sebagai seorang Muslim, saya menolak fitnah video itu 
http://muqabalah2009.blogspot.com/  

1-Sebagai seorang muslim, saya diajar oleh Islam agar perspektif dan pemahaman saya dibina di atas peringatan dari al-Quran dan al-Sunnah. Mungkin sahaja dakyah-dakyah dari punca lain kelihatan boleh menyakinkan, ada logiknya. Tetapi sebagai seorang muslim, saya wajib meluruskan kefahaman saya mengikut peringatan al-Quran dan as-Sunnah, saya wajib menghadapkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya mengikut qiblat petunjuk tersebut. Sekiranya saya memalingkan wajah hati dan pertimbangan perasaan saya ke arah selainnya, kefahaman agama saya itu sudah tentu tersasar; semoga Allah menyelamatkan kita semua dari kebinasaan itu.

2- Saya mengharapkan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan perspektif dan pemahaman dari yang akan saya sebutkan ini akan membetulkan apa-apa yang bengkok dalam kefahaman saya. Apa yang penting ialah kita sama-sama menjunjung tinggi kebenaran yang diajar oleh agama kita. Kita mahu faham mengikut faham agama, kita mahu hidup di atas kehidupan beragama, kita mahu mati berpegang dengan agama, kita mahu dibangkitkan di kalangan ummat yang teguh beragama. Saya saya mengharapkan pendirian saya ini tidaklah berasaskan atau dipengaruhi oleh sokongan saya kepada mana-mana individu, parti politik atau lain-lain kepentingan serta perkiraan duniawi; tetapi hanya semata-mata tulus mengikut apa yang saya faham dari ajaran Islam itu sendiri.

3- Saiyyidina Huzaifah Radiyallah 'anhu mengatakan : "orang ramai telah bertanya Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam daripada kebaikan; sedangkan saya bertanya tentang keburukan. Saya telah mengetahui yang kebaikan akan mendahului saya. Saya bertanya: Ya Rasulullah: "adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan?". Rasulullah bersabda: "Wahai Huzaifah, hendaklah engkau mempelajari Kitabullah 'Azza wa Jalla. Dan hendaklah engkau ikut apa yang ada padanya".Rasulullah mengulanginya sebanyak 3 kali. Huzaifah bertanya sekali lagi : "Adakah selepas kebaikan ini akan terjadi keburukan"?". Baginda bersabda:
" (akan berlaku) fitnah yang membuta dan menulikan (yakni manusia menjadi buta daripada melihat kebenaran dan menjadi tuli dari mendengar kebenaran dan nasihat)". Padanya terdapat penyeru-penyeru di atas pintu-pintu neraka ( menyeru kepada kesesatan yang akan mengelincirkan manusia ke dalam neraka). Maka jika engkau mati , wahai Huzaifah mengigit akar kayu (berseorangan mengasingkan diri dari kumpulan membuat fitnah)lebih baik bagi engkau draipada mengikut salah seorang daripada mereka".

Huzaifah menanyakan Rasulullah tentang sifat penyeru-penyeru di atas pintu neraka tersebut. Rasulullah bersabda:
"Ya, mereka sekulit (satu bangsa) dengan kita dan mereka bertutur dengan bahasa kita"

Matan (text) hadith ini mempunyai sedikit perbezaan dalam riwayat-riwayat yang berlainan. Sebahagian ulama memahamkan fitnah yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam itu telah berlaku di zaman salaf (awal Islam). Bagaimanapun pengajaran dari hadith ini sentiasa kekal benar dan bermanafaat. Agakan saya , keadaan masyarakat kita hari ini juga mendapat tempias yang kuat dari apa yang diterangkan oleh Rasulullah; zaman yang penuh dengan fitnah, seakan-akan membuta dan menulikan manusia dari melihat sesuatu isu mengikut neraca Islam kerana kuatnya desakan dan asakan dari penyeru-penyeru yang berada di atas pintu neraka itu! Mereka itu sekulit dan sebahasa denga kita! Subhanallah!

3- Allah menyebut dalam al-Quran:
"Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuyan beriman, kemudian(daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar" (al-Buruj:10)

Apa yang berlaku sekarang ini memang termasuk dalam perbuatan fitnah, seperti usaha-usaha terancang untuk mengaibkan sesaorang serta keluarganya, menyumpah seranah dengan pelbagai gelaran yang menjijikkan sehinggakan dalam media yang dibaca oleh kanak-kanak.

Mereka datang dengan tuduhan demi tuduhan. Belum selesai yang pertama. mereka datangkan tuduhan kedua. Apa sebenarnya yang mereka mahukan? Yang nyatanya mereka menimbulkan fitnah ke atas peribadi dan keluarga tertentu, mereka menimbulkan fitnah kepada masyarakat dan tanahair, mereka telah mengaibkan negara di mata dunia.

4- Allah berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang datang dengan 'ifik' (menuduh Saiyyidatina Aishah terlibat dalam zina ) ialah dari kumpulan kamu sendiri. Jangan kamu mengiranya sebagai keburukan bagi kamu, bahkan ianya kebaikan bagi kamu. Tiap-tiap orang dari mereka menanggung dosa yang dilakukan, sementara orang yang berperanan penting daripada mereka, baginya azab yang besar pula (sepadan mengikut peranan). Ketika kamu mendengar berita itu, mengapa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik dengan sesama mereka sendiri? Dan berkata: Ini adakah ifik (pembohongan) yang jelas-nyata". (Surah an-Nur: 10-11)

Inilah sikap yang al-Quran mengajar kita. Kita bersangka-baik terhadap sesama Islam sehingga terdapat bukti-bukti yang nyata (beyond doubt) sebagaimana yang diajar didalam agama kita.

Katakan walaupun tuduhan terhadap seseorang itu betul dan menepati kenyataan, hanyalah terdapat sedikit keraguan dan ianya tidak memenuhi piawaian syara', lalu kita tolak tuduhan itu kerana bersangka baik terhadap sesama Islam, insya Allah kita masih harapkan pahala 'bersangka-baik' itu daripada Allah.

Sekiranya kita membenarkan tuduhan ke atas orang Islam, apa lagi menyebarkan-luaskan tuduhan tersebut, sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu adalah pembohongan semata-mata. Walaupun sekan-akan terdapat unsur-unsur yang boleh menyokong tuduhan tersebut. Maka apa yang kita akan dapat? Kecuali kita mendapat kemurkaan dari Allah dan janji azab neraka yang teramat pedih.

5- Allah menyebut perbuatan homosexual di kalangan kaum Saiyyidina Nabi Lut 'Alahi as-Salam. Allah merakamkan bahawa merekalah yang pertama kali dalam sejarah manusia terlibat dalam salahlaku ini. Allah menyebutkan:

Dan Lut , ketika baginda berkata kepada kaumnya: "Adakah kamu mendatangi kejahatan yang belum pernah dibuat oleh sesiapapun di alam ini?. Sesungguhnya kamu mendatangi sesama lelaki bukan perempuan, bahkan kamu adakah kaum yang melampau"(al-'Araf:8--81).

Allah juga merakamkan tabiat pelaku sumbang ini semenjak sewal itu, yang mereka tidak mempunyai keinginan nafsu kepada perempuan. Allah menyebut tentang tabiat mereka ini, ketika para malikat yang menyerupai lelaki mendatangi Saiyyidina Lut kerana menyampaikan perintah Allah agar baginda keluar dari negeri yang akan ditimpa azab itu.

Datang kepada Saiyyidina Lut, kaumnya dengan bersegera, sedangakan sebelumnya mereka memperbuat kejahatan. Nabi Lut berkata; " Wahai kaumku, mereka ini anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (untuk dinikahi). Maka bertaqwalah kepada Allah, dan jangan kamu malukan aku pada tetamuku, tidakkah ada di kalangan kamu orang yang cerdik? Mereka menjawab: " Sesungguhnya engkau telah tahu yang kami tidak berhajat sebenar-benarnya kepada anak-anak perempuan engkau, dan engkau sesungguhnya mengetahui apa yang kami mahukan" (Hud: 78-79)

Allah menyatakan suatu tabiat yang ghalib (norm) bagi orang yang bernafsu kepada sesama lelaki yang mereka tidak berselera kepada perempuan semenjak zaman Saiyyidina Lut itu lagi. Dan banyak keadaan sekiranya mereka berkahwin dengan perempuan sekalipun, mereka gauli isteri secara mereka gauli sesama lelaki.

Tanpa kita menolak kemungkinan terjadi apa yang di luar kebiasaan, tetapi apabila ianya berlaku di luar kebiasaan, maka kita perlu hujjah yang jelas dan kenyataan yang terang bagi menyalahi kebiasaan perkara yang ghalib.

Tuduhan ke atas DSAI meliwat, kemudian tuduhan dia berzina dengan pelacur perempuan adalah tuduhan yang mengatasi kebiasaan yang telah disebut oleh Allah sendiri. Tuduhan itu pula datangnya daripada orang-orang yang terlalu sukar untuk kita mengatakan mereka itu sebagai orang yang adil, thiqah dan tidak fasik; orang yang diterima kesaksian mereka. Tentang syarat kesaksian itu dari orang yang adil di dalam syara agama kita. Sekiranya tuduhan itu datang dari orang-orang fasiq, kita sebagai penganut Islam tidak dapat menerimanya dengan begitu sahaja tanpa penelitian yang rapi. Kita juga tidak boleh membenarkan penuduh-penuduh yang fasiq itu bermahara-lela sesuka hatinya, hukuman mesti dijatuhkan ke atas mereka.

6-Berdasarkan pertimbangan sebegini, pertimbangan yang saya fahami dari petunjuk umum al-Quran dan as-Sunnah, yang saya junjung mengatasi 'bahan-bahan bukti' yang masih mempunyai keraguan, andaian-andaian yang difikirkan munasabah untuk mengiyakan tuduhan tersebut , maka saya didorong oleh keimanan saya kepada kesempurnaan ajaran Islam menolak kesahihan tuduhan ke atas DSAI berdasarkan video itu atau yang seumpama dengannya.

Saya cuba memahami perspektif mereka (termasuk rakan-rakan) yang berusaha untuk mengatakan memang DSAI yang beraksi dalam video tersebut. Saya ikuti hujjah yang dibawa termasuk oleh rakan saya, Kickdefella. Kickdefella sebagai contoh memberi justifikasi, kenapa image lelaki di dalam video itu agak berisi berbanding DSAI, katanya distortion itu boleh berlaku kerana perubahan ratio axis x-y pada frame . Dia juga berdasarkan pergerakan watak di dalam video itu yang katanya menyerupai pergerakan DSAI. Kalau kita secara ikhlas bertanya kenapa ratio axis x-y itu terubah sehingga menimbulkan kekeliruan, kenapa ianya berlaku kerana video itu datangnya dari pihak yang mahu mensabitkan kesalahan DSAI, bukan dari pihak yang cuba menafikan penglibatan DSAI. Kita juga tertanya bagaimana rapatnya hubungan Kickdefella sehingga dia dapat mengenali gerak DSAI terutama dalam berkeadaan yang sedemikian. Kita tidak boleh memastikan seorang yang gerakannya sopan ketika biasa, akan bergerak secara tertib dan sopan ketika dalam posisi sebegitu. Apa yang disebut sebagai keyakinan oleh Kickdefella hanyalah sekadar peringkat telahan tidaklah sampai kepada peringkat yakin. Ianya pada peringkat waham, syak atau zan, bukan peringkat ilmu, bukan peringkat yakin dalam takrifan syara'.

Apa yang kita pasti dengan yakin ialah DSAI mempunyai sejarah sakit tulang-belakang, kita juga masih melihat ada ketika beliau memakai girdle untuk menyokong tulang-belakangnya untuk mengurangkan kesakitan, kadang-kadang kita masih perasan jari-jari beliau sembab membengkak kerana kesan sampingan 'pain-killer'. Untuk mensabitkan hal-hal ini yang saya sebutkan ini, saya sanggup menjadi saksi di dunia dan di akhirat tentang kebenarannya. (walaupun mungkin sahaja dikatakan DSAI hanya berlakun dalam semua keadaan ini). Dengan mengetahui hal-hal yang yakin ini, agar sukar untuk kita padankan dengan tuduhan yang DSAI beraksi rancak dalam video tersebut , tidak sebagai seorang yang pernah sakit tulang belakang ataupun berusia lebih 60 tahun.

7- Dalam pada itu, ini bukan bermaksud sekali-kali yang saya menyetujui pendirian-pendirian DSAI dalam beberapa perkara. Saya bukan setakat menolak sebahagian daripada gagasannya bahkan saya menentang gagasan tersebut. Saya menentangnya berdasarkan kefahaman yang saya fahami dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Saya tidak menentang atau menyokongnya berdasarkan kepentingan parti atau politik, semoga saya diperlihatkan Allah akan kebenaran sebagai kebenaran serta diberi kekuatan untuk menjayakannya, semoga saya diperlihatkan kebatilan sebagai kebatilan serta diberi kekuatan untuk menolaknya.

Ingin sentiasa saya ulangi doa orang yang beriman di kalangan pengikut Nabi Musa 'Alahi as-Salam:

’Mereka berdoa: "kepada Allah , kami bertawakkal, Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah kumpulan yang zalim.Dan selamatkan kami dengan Rahmat engkau daripada tipu-daya orang-orang kafir" (84-85 Surah Yunus)

 

Penyiaran video di YouTube langkah awal ke arah kebenaran?

KUALA LUMPUR 4 April - Rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang yang dimuat naik ke laman YouTube hari ini disifatkan sebagai langkah awal dalam usaha mencari kebenaran berhubung kes itu.

Ketika mengulas pendedahan berkenaan, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, ia juga bakal menjawab banyak persoalan di sebalik isu video seks itu terutama identiti individu di dalam rakaman tersebut.

"Rakyat kini boleh menilai sendiri siapa individu yang terlibat dan sekiranya benar seperti apa yang disebut-sebut sebelum ini, maka ia merupakan satu malapetaka besar kepada politik negara, orang Melayu dan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini…

Ulasan: Seolah-olah ada pihak yang tidak berkeyakinan kepada PDRM untuk menyiasat dan tidak berkeyakinan kepada Mahkamah samaada Mahkamah biasa dan Mahkamah Syari’ah. Menuduh zina termasuk dosa besar dalam Islam. Orang yang menuduh sewajarnya mengemukakan bukti di Mahkamah BUKAN melalui video yang disebarkan seluruh dunia. Di mana maruah negara kita KINI?

Friday, April 01, 2011

Tsunami bawa rahmat di Aceh?

Musibah bawa rahmat di Aceh?
"DAMAI itu Indah." Itulah ungkapan yang boleh dilihat pada kain rentang di setiap persimpangan jalan di Banda Aceh.

Ungkapan itu seolah-olah pemberi semangat kepada penduduk wilayah itu untuk melupakan malapetaka alam yang berlaku pada pagi 26 Disember 2004. 

Malapetaka bernama tsunami yang melanda Aceh mengorbankan ratusan ribu jiwa. Sampai hari ini ia menjadi satu trauma yang sukar dilupakan terutama bagi mereka yang kehilangan anggota keluarga yang dikasihi…

Ulasan: Jangan sampai tsunami datang lagi. Sesungguhnya Allah SWT tidak zalim. Kepada yang belum kena tsunami, ingatlah semua makhlukNya adalah dibawah perintahNya. Kita sebenarnya begitu fragile yang memerlukan rahmatNya untuk hidup.

Al-Azhar: Pelajar wajib duduki peperiksaan bahasa Arab

KUALA LUMPUR 1 April – Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir diwajibkan mengikuti peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga tahap iaitu cemerlang, sederhana dan lemah.

"Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar, manakala calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta mengikuti kelas bahasa Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di universiti itu di Kaherah.

"Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas bahasa Arab di kolej (maahad) bahasa Arab Universiti Al-Azhar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini..

Ulasan: Tidak rugi mendalami bahasa Rasulullah, bahasa Quran, bahasa syurga. Kepada bakal ulama dan ustaz/ustazah: Anda akan menjadi pelita yang menerangi umat nanti.

SEDIH : Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar”

Jumlah anak luar nikah di Selangor ”sangat besar” - Dr Hasan
SHAH ALAM 1 April – Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah ”sangat besar” dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (Pas-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Hassan berkata, bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata, JAIS tidak mempunyai jumlah penguat kuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini. – Bernama

Ulasan: Bersama-samalah mendidik rakyat terutamanya remaja dan belia supaya menjauhi ZINA. Kalau sayangkan diri, kena hebat menjaga diri: jangan berzina. Kenapa perempuan sanggup menyerahkan badannya kepada seseorang lelaki tanpa ikatan nikah? Kalau dah tak tahan, bernikahlah dulu. No, not before nikah. Lebih aman dan selamat bernikah, kemudian kalau tak sesuai boleh bercerai daripada berzina tanpa nikah. Jaga manimu untuk yang halal saja. Itulah erti sayangkan diri. Anda bijak jauhi zina. 

Menteri Luar Libya letak jawatan

LONDON 31 Mac – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menerima satu lagi tamparan apabila Menteri Luar, Mussa Kussa tiba di Britain lalu memberitahu pegawai-pegawai di sini bahawa beliau meletakkan jawatan dan tidak mahu lagi mewakili rejim di Tripoli…

Ulasan: Baguslah kerana meninggalkan kerajaan Ghaddafi yang terbukti kejam mendera rakyat. Bersama-samlah menegakkan kerajaan yang adil mencintai rakyat.

BN guna pendekatan berhemah

MUAR 31 Mac - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berhemah dan strategi kerja yang berkesan bagi meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak 16 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara asas yang perlu dilakukan adalah untuk mempertahankan kuasa di negeri itu dan memperluaskan lagi agenda pembangunan bagi manfaat masyarakat secara menyeluruh…

Ulasan: Utamakan rakyat. Bukan kroni. Tidak mengamalkan rasuah? Sama-samalah kita melihat kebolehan BN mengkotakanya.