Thursday, November 03, 2011

3 pemimpin BN gesa Putrajaya tak rayu, mansuh Seksyen 15 AUKU

Timbalan menteri, dua MP BN gesa Putrajaya tak rayu, mansuh Seksyen 15 AUKU
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
November 03, 2011

Khairy berkata Seksyen 15 AUKU kini telah menjadi “lapuk”. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan menteri menggesa Putrajaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan itu akan dibawa ke Kabinet, sebelum memutuskan sama ada perlu atau tidak kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Kata beliau, perbincangan teliti akan dibuat di peringkat kementerian, sebelum ia dibawa ke mesyuarat Kabinet, secepat mungkin.

Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Gan Peng Siew berpendirian bahawa Seksyen 15 AUKU perlu dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik.

Mereka juga menegaskan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.

“Boleh, dengan sendirinya,” kata Saifuddin pada sidang media di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Khairy menambah: “Dengan keputusan mahkamah itu, ia dah jadi lapuk.”

Sementara itu Gan berkata, “mahkamah sudah buat keputusan, Seksyen 15(5)(a) sudah tidak wujud. Mahasiswa boleh terlibat dalam politik.”....

Ulasan: Selamat menyelamatkan negara dari BN.

Kemenangan Nahdhah adalah kemenangan bagi Palestin - Ghanusyi

Selasa, 01 November 2011

GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah menghubungi Setiausaha Agung Parti Islam Nahdhah, Tunisia, Rasyid Al Ghanusyi melalui telefon untuk menyampaikan ucapan selamat atas kemenangan partinya dalam pilihan raya pertama selepas Revolusi di Tunisia.

“Saya sangat optimis masa depan Tunisia kelak akan cemerlang, menjadi lebih baik daripada sebelumnya, berdasarkan perjalanan pilihan raya secara adil sesuai dengan keinginan bangsa Tunisia yang rindukan kebebasan,” katanya.

Tambahnya, perubahan yang berlaku di Tunisia saat ini menjanjikan masa depan yang lebih baik terhadap permasalahan Palestin dan nasib bangsanya.

Ghanusyi sendiri dalam hal ini mengaitkan kemenangan partinya dengan Palestin.

“Sikap bertahannya para pahlawan di Gaza benar-benar telah memberikan inspirasi terhadap kebangkitan umat di setiap tempat,” ujarnya.

Menurut beliau, ketika ini umat sedang merayakan dua pesta besar iaitu pertama, pembebasan tawanan Palestin dari penjara Israel yang menyaksikan pihak Israel mengalah dengan permintaan Palestin, dan kedua, kemenangan Parti Islam Nahdhah dalam pilihan raya Tunisia.

Hasil keputusan daripada pilihan raya menunjukkan Parti Nahdhah memenangi hampir setengah daripada kerusi parlimen di Tunisia.

IKRAM tentang usaha kembalikan PPSMI

Selasa, 01 November 2011

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menentang usaha-usaha mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana yakin keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membatalkan PPSMI telah diasaskan kepada kajian dalaman kementerian, pakar-pakar tempatan dan kajian badan luar negara yang berwibawa yang mana semua kajian ini menunjukkan kesan negatif PPSMI melebihi manfaatnya.

Sebagai sebuah institusi yang membawa misi memperkasa pendidikan Islam, IKRAM sangat prihatin terhadap isu PPSMI yang sedang hebat diperkatakan sekarang dan berpandangan strategi pelaksanaan untuk menguasai bahasa asing bukan sepatutnya dengan mengorbankan kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu.

“Kami menyedari bahawa kepentingan dan keperluan menguasai bahasa-bahasa lain sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah dalam konteks pembangunan ummah dan tamadun bangsa serta negara,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Profesor Dr Omar Yaakob dalam satu kenyataan media.

“Kami yakin bahawa penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan tetapi cara meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui PPSMI bukan sahaja tidak mencapai matlamat bahkan akan merencatkan perkembangan pendidikan murid-murid terutama di luar bandar.”

Tegasnya lagi, IKRAM yakin bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat keputusan yang tepat ketika membatalkan PPSMI dan melancarkankan program Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Bagaimanapun katanya, cadangan untuk memberikan pilihan kepada sekolah untuk memilih sama ada menjalankan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris akan menimbulkan kecelaruan dalam Sistem Pendidikan Negara.

“IKRAM menyeru agar pihak Kerajaan bertegas serta mengambil langkah berhikmah dalam menentukan pendekatan dan strategi agar kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi dan Bahasa Ilmu terpelihara dan pada masa yang sama, penguasaan bahasa-bahasa utama yang lain dalam kalangan pelajar-pelajar tercapai.”

IKRAM merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khususnya pendidikan Islam bersepadu. Sejak penubuhan sekolah pertamanya pada tahun 1985, IKRAM kini menaungi rangkaian 34 buah sekolah swasta Islam pada peringkat rendah dan menengah yang dapat menampung 13,000 pelajar, lebih 1,000 orang pendidik serta berkhidmat untuk 20,000 orang ibu bapa di seluruh Malaysia.

IKRAM Selangor memandang serius program Kumpulan Hak Asasi terhadap Kemerdekaan Seksualiti LGBT

IKRAM Selangor memandang serius program Kumpulan Hak Asasi terhadap Kemerdekaan Seksualiti LGBT hari ini

2 November, 2011

IKRAM Selangor memandang serius usaha Kumpulan Hak Asasi manusia yang menganjurkan Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta hampir 20 NGO lain bagi mendapat pengiktirafan hak asasi manusia dalam kelakuan seksual lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT) di Malaysia

Selain menjadikan peruntukan hak asasi manusia yang dipegang UN, kumpulan ini juga menggunakan Convention "Crimes Elliminition of all Descriminations againts Women" -CEDAW UN antaranya terhadap kebebasan kelakuan seksual di Malaysia khusunya yang berkaitan hak-hak wanita. 

Bagi yang ingin tahu merujuk laman http:// un.org bahawa kenyataan CEDAW ialah "The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), adopted in 1979 by the UN General Assembly, is often described as an international bill of rights for women. Consisting of a preamble and 30 articles, it defines what constitutes discrimination against women and sets up an agenda for national action to end such discrimination."

Dalam artikel ini terdapat kenyataan tentang hak kebebasan manusia kaum wanita yang wajar seperti pekerjaan dan isu keganasan terhadap kaum wanita yang boleh diterima namun namun terdapat juga antaranya isu kebebasan manusia untuk mengamalkan lesbian, gay, bisexsual atau penukaran jantina sebagai hak yang tidak boleh dilekehkan, dihina atau diancam secara fizikal dsbnya. Mereka ini adalah manusia normal yang perlu diiktiraf dan tidak dipandang sonsang.

Kumpulan ini meskipun tahu pihak Kerajaan Malaysia tidak menerima pakai LGBT untuk diamalkan di negara ini, mereka tetap melakukan lobi berterusan meskipun mendapat tentangan masyarakat Muslim dan kumpulan agama lain.

Desakan mereka pastinya disokong secara langsung oleh Kumpulan Hak Asasi dunia yang menerima pakai CEDAW meskipun ada tuntutan CEDAW ada yang wajar khususnya dalam menentang keganasan seksual terhadap kaum wanita dan hak-hak mereka dalam masyarakat.

Sebarang respon negatif kerajaan pastinya akan menerima tekanan masyarakat antarabangsa khususnya kumpulan Hak Asasi Manusia. Kini kumpulan Hak Asasi sudah seperti tuhan yang menghalal dan mengharamkan sesuatu perkara. Mereka sudah berani mencabar kedaulatan agama Islam dan juga agama manusia yang lain.

Kumpulan ini mereka berselindung di sebalik CEDAW untuk kerajaan menghalalkan amalan lesbian, gay, bisexsual dan trangender atau penukaran jantina agar diterima pakai di Malaysia. Mereka beralasan kebebasan dan kemerdekaan seksualiti ini adalah dijamin oleh hak asasi dunia dan merupakan satu amalan yang fitrah kerana telah ramai yang melakukan dan selesa dengan amalan sedemikian.

Sekiranya kerajaan melayan kumpulan ini sudah tentu masyarakat malaysia khususnya umat Islam akan menjadi lebih keliru dan rosak sistem kekeluargaannya. Akan berlaku lebih banyak salah laku seksual walaupun ditentang hukum Islam dan fitrah. Mereka ini semakin berani kerana adanya dokongan padu oleh tokoh-tokoh NGO seperti Datuk Ambiga bekas Presiden Bar Council Malaysia

Program kali keempat sejak 2008 akan diadakan secara besar-besaran dan tahun ini program mereka dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011, "Queer Without Fear" bermula dari 1 Nov – 13 Nov, 2011, The Annexe Gallery, KL. Projek kesedaran kebebasan ini dianjurkan oleh Seksualitimerdeka.org

Oleh yang demikian masyarakat Islam hendaklah sedar, menyatakan pendirian tegas, menolak agenda jahat dan bangkit menentang agenda kumpulan ini agar masyarakat Islam dan masyarakat amnya terpelihara dari budaya barat yang akan menghancurkan nasab umat Islam dan negara yang mulia ini.

Shamsul Ma'arif Hj Ismail
YDP Pertubuhan IKRAM Selangor.

Sexual Freedom: The Fate of Pompeii

The Fate of Pompeii

Pompeii was the symbol of Rome’s moral degeneration. Just like the Prophet Lot’s (pbuh) tribe, the inhabitants of Pompeii, who had also strayed far from religious morality, chose a lifestyle contrary to the morals and life commanded by Allah. And so Allah punished them, just as He punished the Prophet Lot’s (pbuh) tribe. Every society that rebels against Allah inevitably is punished, either in this world or the next, for this is one of Allah’s laws. As Allah reveals: 

... You will not find any changing in the pattern of Allah. You will not find any alteration in the pattern of Allah. (Surah Fatir, 43)

Pompeii was destroyed when Mount Vesuvius erupted in 79 CE. Mount Vesuvius is the symbol of Italy, particularly the city of Naples. Dormant now for some 2,000 years, it is also known as the Mountain of Misfortune. Naples stands on the mount's western slopes, and Pompeii stands on its eastern slopes. This disaster struck Pompeii so suddenly that everything seems to have been frozen in time.

There are important lessons to be learned from Pompeii's fate. Historical sources reveal that before its destruction, Pompeii was a hotbed of vice and debauchery and was known for its widespread prostitution. Yet Mount Vesuvius wiped the city from the map in a single moment. Interestingly, despite its terrible eruption, nobody fled. It seems that the people were rooted to the spot, as if unaware of the tragedy. A number of couples have been found, among which are same-sex couples and young boys and girls. Some of the petrified human remains contain perfectly preserved facial features. Their general expression is one of surprise, for Pompeii was destroyed suddenly.

Allah gives an example of the people of a city: 

It was but one Great Blast, and [then] they were extinct. (Surah Ya Sin, 29).
  
 “My Lord, rescue me and my family from what they are doing.” Therefore We rescued him and all his family – except for an old woman who remained behind. Then We utterly destroyed the rest. (Surat ash-Shu'ara', 169-172).

http://www.harunyahya.com/books/faith/abraham_lot/abraham_lot_05.php – part of long article

Tarikh penubuhan Melaka 1262 bukan 1400

MELAKA 2 Nov. – Kerajaan negeri bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Menurutnya, beberapa peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua buku tersebut membuktikan bahawa penubuhan Melaka bukan pada 1400 seperti dikatakan oleh sarjana Barat iaitu dari Portugis yang juga bukan berdasarkan kepada fakta sejarah…

Ulasan: Dulu Melaka adalah Empayar. Bila keadilan terhadap rakyat dinafikan dan rakyat menghadapi kezaliman dari pemerintah, akhirnya Empayar akan mengecil. Sekarang hanya sebuah negeri kecil dalam Malaysia.



Kehebatan negara tiada tandingan - PM

MEKAH 2 Nov. - Perdana Menteri berkata, sokongan kerajaan yang kuat serta pengurusan yang cekap oleh pihak yang bertanggungjawab, menjadikan urusan umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan ibadah haji menjadi amat mudah serta efisien dan kehebatannya itu tidak dapat ditandingi negara lain di dunia….

Ulasan: Lebih hebat kalau kerajaan 


Seksualiti Merdeka 2011 kerja gila

KOTA KINABALU 2 Nov. - Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi agama lain termasuk Kristian.

Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim berkata, ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.

Katanya, pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditentang sekeras-kerasnya supaya ia tidak merosakkan akhlak semua lapisan masyarakat, terutama golongan belia yang mudah terpengaruh.

Menurut beliau, setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat.

“Amat jelas, menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadab dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan.

“Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing. Ini sangat melampau,” katanya yang dihubungi di sini hari ini….

Ulasan: Tuhan memusnah kaum Nabi Luth kerana terus melakukan perbuatan homoseks mereka. 

"Of all beings, do you lie with males, leaving the wives Allah has created for you? You are a people who have overstepped the limits." They said: "Lot, if you do not desist, you will be expelled." He said: "I am someone who detests the deed you perpetrate.” (Surat ash-Shu’ra, 165- 168)).

And Lot, when he said to his tribe: "Do you commit an obscenity not perpetrated before you by anyone in all the worlds? You come with lust to men instead of women. You are indeed a depraved tribe." The only answer of his tribe was to say: "Expel them from your city! They are people who keep themselves pure!" So We rescued him and his family-except for his wife. She was one of those who stayed behind. We rained down a rain upon them. See the final fate of the evildoers! (Quran, Surat al-A’raf, 80-84)

AS cari data risikan dari Twitter, Facebook

COLORADO SPRINGS 2 Nov. – Gelombang peningkatan kebangkitan rakyat di Afrika Utara dan Asia Barat yang setakat ini menyebabkan tiga kerajaan telah tumbang mendorong Amerika Syarikat (AS) untuk membangunkan garis panduan bagi mengumpul maklumat perisikan daripada rangkaian media sosial….

Ulasan: Berhati-hati menggunakan rangkaian media sosial. Elakkan memberikan maklumat yang tidak sewajarnya.

Gubal akta lindungi penyelamat

BEIJING 2 Nov. - Sebuah bandar di selatan China, Shenzen mempertimbangkan satu undang-undang untuk melindungi individu yang membantu orang tidak dikenali, daripada disaman ekoran kes membabitkan seorang kanak-kanak yang cedera diabaikan oleh 18 orang yang lalu-lalang.

Akhbar China Daily berkata, undang-undang tersebut akan melindungi individu yang berniat baik daripada dikenakan tindakan sekiranya usahanya gagal selagi tiada unsur-unsur kecuaian atau sabotaj.

Pembaharuan itu dibuat selepas kematian seorang kanak-kanak perempuan, Yue Yue, 2, yang dilanggar dua kali di selatan bandar Foshan pada bulan lalu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki sekadar melintasi kanak-kanak malang tersebut yang terbaring pengsan di atas jalan. Tindak-tanduk mereka dilihat menerusi video CCTV di tempat kejadian, sekali gus mengejutkan seluruh negara serta menimbulkan soal moral rakyat China.

Negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan Australia sudah mempunyai undang-undang melindungi penyelamat daripada disaman. Di Perancis, orang ramai boleh dihukum sekiranya gagal membantu individu yang dalam bahaya…

Ulasan: Negara kita, bagaimana?

Firma China, India cenderung beri rasuah

BERLIN 2 Nov. - Firma China dan Rusia berkemungkinan paling tinggi untuk memberi rasuah ketika melakukan operasi di luar negara, berdasarkan indeks terbaru 'Pemberi Rasuah' oleh sebuah badan anti-rasuah di sini.

Badan itu, Transparency International berkata, sektor paling banyak berlakunya penyelewengan adalah sektor pembinaan dan pemberian kontrak infrastruktur awam. 

Firma China dan Rusia berada di tangga terbawah iaitu masing-masing tempat ke-27 dan ke-28 dalam indeks 2011 yang diterbitkan hari ini.

Firma Belanda, Switzerland, Belgium, Jerman dan Jepun berada di tangga teratas manakala Britain dan Amerika Syarikat masing-masing di tangga kelapan dan kesembilan.

Malaysia, Hong Kong, Itali dan Afrika Selatan masing-masing berada di tangga ke-15 dengan indeks 7.6.

Badan anti-rasuah itu berkata, tiada satu pun daripada 28 negara yang ditinjau termasuk semua negara anggota Kumpulan 20 (G20) dilihat bersih sepenuhnya daripada rasuah dan hanya jumlah kecil negara berjaya membuat perubahan besar sejak indeks rasuah 2008…

Ulasan: Mengapakah kita sanggup menjatuhkan diri ke lembah hina apabila penerima rasuah? Siapa yang sebenarnya jadi lembu?


Melayu jahil bantah mansuh PPSMI

MELAKA 2 Nov. - Orang Melayu yang menentang keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dianggap sebagai jahil terhadap kegemilangan bahasa Melayu.

Tokoh budaya dan bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah A. Karim berkata, golongan tersebut tidak menyedari apa fungsi bahasa Melayu yang sebenarnya lambang jati diri bangsa.

"Di setiap negara di dunia ini masing-masing ada bahasa kebangsaan mereka sendiri tetapi kira orang Melayu begitu mudah mengetepikan bahasa ibunda dan mengagung-agungkan bahasa orang lain.

"Bagi saya, orang Melayu yang menentang keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini bukan sahaja jahil tetapi mereka juga mempunyai fikiran yang sempit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan persidangan antarabangsa karya Melayu agung Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini….

Ulasan: Manakah jiwa yang merdeka?

Jangan buang masa kaji semula PPSMI – Swee Tin

KLANG 2 Nov. – Penyair terkenal, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak agar pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikaji semula, hanya membuang masa kerana perkara itu dianggap telah selesai.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sepatutnya masa yang diambil oleh pihak berkenaan bagi membincangkan isu tersebut, digunakan untuk mencari jalan bagaimana hendak memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar.

“Saya rasa tidak perlu isu menjadikan PPSMI sebagai satu pilihan medium pengajaran kerana bahasa Melayu telah terbukti sejak sekian lama menjadikan pembelajaran lebih kondusif dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kami sebelum ini bersetuju dengan pemansuhan PPSMI dan pihak terbabit sepatutnya tidak perlu bersikap berbolak-balik dalam isu tersebut hingga meminta kerajaan menjadikan ia satu pilihan pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Seluruh Negara Membaca Serentak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur di sini, hari ini…

Tuntutan PAGE beri kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu

Tuntutan beri kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu

SHAH ALAM 2 Nov. – Tindakan pihak tertentu mendesak kerajaan supaya melaksanakan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara pilihan di sekolah bakal memberikan kesan yang ‘amat malang’ kepada perkembangan bahasa Melayu di negara ini. 

Merujuk desakan oleh Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) sebelum ini, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya timbul dalam keadaan kerajaan sedang berusaha memartabatkan kedudukan bahasa kebangsaan itu. 

Beliau berkata, keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI bukan hanya mengambil kira prestasi murid kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut, malah ia melibatkan aspirasi negara untuk membentuk jati diri, nasionalisme serta perpaduan menerusi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 

“Adalah satu yang amat malang jika ada pihak tertentu seperti PAGE yang dipimpin oleh orang Melayu sendiri menentang keputusan kerajaan (memansuhkan PPSMI) dan mereka juga memberi tekanan serta mengugut untuk tidak menyokong kerajaan jika tuntutan tidak dipenuhi. 

“Kerajaan dilihat telah melakukan yang terbaik dengan memansuhkan PPSMI demi satu agenda yang lebih besar iaitu pengukuhan perpaduan, nasionalisme, jati diri dan keperibadian rakyat negara ini dan dalam hal ini bahasa Melayu adalah instrumen yang paling sesuai,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi perbincangan panel Program Rapat 1Malaysia bersama warga pendidik daerah Klang di sini, hari ini. 

Turut menyertai sesi perbincangan panel itu ialah Timbalan Dekan Pusat Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian. 

Kok Seong tidak menolak kemungkinan pihak yang mendesak pelaksanaan PPSMI sebagai golongan yang tidak yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan. 

“Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah hebat dan pernah menjadi lingua-franca digunakan dalam pentadbiran, ekonomi, perundangan dan diplomatik di rantau nusantara. 

“Dalam konteks moden, bahasa Melayu telah dibangun dan dimajukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) sejak 1956 lagi dan ia mampu berkembang sebagai bahasa ilmu. Malah, orang asing pun ketika ini dilihat yakin dan giat mempelajari bahasa kebangsaan ini di pusat pengajian di negara luar. 

“Ironinya di sini, golongan penutur bahasa Melayu dilihat tidak yakin terhadap kemampuan bahasa itu, ini amat malang untuk negara kita,” katanya.

Ulasan: PAGE sepatutnya malu kepada rakyat negara ini. Rupa-rupanya PAGE kalah di negara sendiri.

Seksualiti Merdeka: Semua pihak perlu main peranan

Seksualiti Merdeka: Peranan semua pihak sangat ditagih 
Muhammad Hilmi Mohd Hamdan, UIA  

Di saat ramai sibuk membantah dan membicarakan tentang kedatanagn artis gay Elton John ke Malaysia pada 22 November ini, masyarakat Malaysia hari ini digemparkan dengan kemunculan satu program bernama Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya queer without feer yang mencerminkan tuntutn mereka supaya aktiviti songsang dapat dilakukan tanpa takut. Program gila ini adalah program berkala yang diisi dengan seminar, kempen, pertunjukan poster dan lain-lain. Program ini juga mendapat sokongan dari beberapa NGO termasuklah Amnesty International Malaysia & Bar Council Malaysia Human Rights Committee. Lebih mengejutkan, mereka tanpa segan silu mewar-warkan slogan “ke arah Malaysia yang mesra LGBTIQ”. LGBTIQ ini adalah akronim bagi lesbians, gays, bisexuals, transgenders, intersex dan queer. 

Perkembangan ini sangat merunsingkan lebih-lebih lagi suasana sosial negara kita sekarang seolah-olah sangat membantu unutk misi mereka ini tercapai. Saya mempunyai beberapa pendapat tentang perkara ini:

1) Berhati-hati dengan golongan yang mengambil peluang dari barisan perjuangan hak asasi dan demokrasi. Kita dan mereka mempunyai misi yang sama iaitu ingin melihat hak asasi rakyat terjamin, tapi skop penilaian kita dan mereka berbeza pada menilai pengisian kepada hak asasi tersebut. Lantas, mereka menggunakan platform hak asasi untuk memperjuangkan agenda busuk itu. Pejuang hak asasi, tolong waspada dengan mereka. Walaubagaimanapun,sangat tidak bijak apabila ada orang yang mempertikaikan “kesucian” perjuangan hak asasi hanya kerana kewujudan golongan ini. Bagaimana mungkin kita hendak membakar sebuah bas, hanya kerana seorang penumpangnya yang membawa bom? 

2) Hujjah perlu dilawan hujjah. Kumpulan ini berhujjah bahawa mereka adalah komuniti minoriti yang berbeza dari orang lain atas dasar seksualiti dan jantina. Sebagaimana orang asli dianggap kaum minoriti kerana mereka berbeza berdasarkan susur galur keluarga, maka samalah juga dengan kumpulan LGBTIQ ini. Bukan mereka dipaksa untuk jadi begitu, tetapi mereka kononnya secara semulajadi dicipta mempunyai naluri yang bebrbeza dari naluri masyarakat umum. Hujjah sebegini boleh dilihat agak logik jika dinilai dari aspek hak asasi manusia. Maka, diharapkan para ulama’, pendakwah, cendendekiawan, ahli akademik, mahasiswa dan sebagainya dapat memikirkan hujjah yang sesuai untuk dikemukakan. Zaman sekarang adalah zaman orang menilai berdasarkan hujjah. Sekalipun ada akta yang termaktub dalam perlembagaan, tapi akta itu akan dipertikaikan jika kewujudannnya atas hujjah yang tidak jelas seperti Akta AUKU.

3) Ahli politk perlu bertindak segera. Isu ini tidak harus diambil peluang oleh mana-mana ahli politik untuk menunjukkan mereka adalah jaguh pejuang menentang maksiat. Setakat mengeluarkan kenyataan tanpa tindakan susulan tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Pelajar tadika pun boleh buat kalau setakat menulis blog kemudian membuant sidang akhbar mengecam program seksualiti merdeka. Jika pelawak Bob Lokman pun boleh dikenakan waran tangkap kerana tiada tauliah mengajar, bagaimana pula dengan penganjur Seksualiti Merdeka ini. Tidak adil jika anda menonjolkan sikap ke”jais”an anda hanya pada penceramah agama, tunjukkan juga pada mereka! 

4) Masyarakat dan mahasiswa perlu bimbing mereka. Tidak dinafikan, kebanyakan masyarakat memandang jijik kepada golongan ini. Perspektif ini harus diubah segera. Agama mengajar kita membenci pada maksiatnya, bukan kepada pelakunya. Apabila Lorong Haji Taib di Chow Kit dikenali sebagai lorong mak nyah, maka sesiapa yang pergi ke sana akan terus dicop sebagai mak nyak atau pelanggan mak nyah. Itulah doktrinisasi masyarakat kita. Maka semakin bermaharajalelalah mereka di sana. Mereka tak perlu membeli tanah untuk berkuasa di situ, tetapi pandangan masyarakat telah menyumbang “geran tanah” itu untuk mereka. Mereka perlu didekati, bukan dibenci dan dijauhi.  

5) Akhirnya, saya mengharapkan semua pihak terutama parti politik baik BN ataupun PR supaya tidak mempolitikkan isu ini. Isu ini adalah isu masyrakat dan agama, bukan isu “pergaduhan politik”. Jangan membunuh sensitiviti masyarakat pada isu ini dengan mempolitikkannya terutama Utusan Malaysia yang cukup terkenal dengan kerja ini. Cukuplah berapa banyak masalah ummat sebelum ini yang telah diabaikan oleh masyarakat gara-gara ahli politik cuba menjuarai untuk agenda politiknya. Meraka berkata, “ini isu politik, kami tak nak ambil tahu dan tak akan ambil tahu!”.

Tidak wajib lulus, Pendidikan Islam dianggap remeh

Mat Sabu, integriti dan perisytiharan harta

Ahmad Lutfi Othman  

Memang agak pedih menerima kritikan pedas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa isu integriti dan akauntabiliti seakan-akan tidak diberi perhatian utama oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah untuk menerajui kuasa di negeri-negeri tertentu.

Malah beliau membandingkan, negara-negara Barat jauh lebih ke hadapan dalam hal ini, sambil merujuk beberapa indeks penting seperti berkaitan demokrasi, antirasuah, keselamatan dan kebebasan akhbar. Kecenderungan pemimpin parti Islam yang menang di Tunisia, An-Nahdah, Raschid Ghanoushi untuk meneladani model ekonomi Sweden -- bukannya negara Islam -- turut dibangkitkan Mat Sabu.

Selepas menyemak indeks berkenaan, saya dapati memang ada pertalian rapat di antara ranking demokrasi dan korupsi, kecuali untuk Singapura. Lima negara teratas demokrasi, seperti Denmark, Sweden, Finland, New Zealand dan Switzerland juga menduduki posisi lima negara terbaik dari segi ranking antirasuah. (Malang sekali apabila negara-negara Islam tercorot jauh ke belakang).

Program negara kebajikan mereka juga dikenali seluruh dunia. Memang peratus peruntukan kebajikan buat rakyatnya daripada KDNK begitu tinggi, dan cukai yang dikenakan ke atas rakyatnya juga besar, tetapi saya kira dengan pengurusan kewangannya yang telus dan berhemah, pembayar cukai akan berlapang dada. (Sebenarnya kadar cukai di Malaysia, sama ada cukai korporat mahupun individu, tidaklah jauh berbeda dengan cukai di negara berkenaan).

Sedangkan negara kita saban tahun menyaksikan pembaziran dan salahguna berleluasa, antaranya ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan berterusan mengenai ketirisan puluhan bilion ringgit, maka pembayar cukai sentiasa memprotes dalam diam (dan mutakhir ini berani meledakkannya di petak undi). 

Lebih keras apabila Mat Sabu menujukan teguran langsung kepada sahabat-sahabatnya, dalam saf kepemimpinan Parti Islam, PAS sendiri. Beliau mahu teladan lebih unggul, terutama dalam urustadbir sumber negeri dan amalan integriti dizahirkan secara lebih meluas. Jangan sewenangnya ghairah menggunakan 'hak' untuk menikmati keistimewaan atas jawatan dalam kerajaan (yang digubal Umno-BN semasa mereka berkuasa); seharusnya budaya hidup sederhana dipraktikkan.

Sesungguhnya integriti tidak akan dicapai melalui undang-undang atau institusi formal semata-mata. Seseorang individu itu kekal mengamalkan prinsip dan nilai hidup unggul meskipun dihapuskan segala kekangan perundangan serta adat dan kebiasaan tertentu dalam masyarakat. Justeru, konsep ehsan dalam Islam merupakan jawapan terbaik. Cukup malang jika aktivis gerakan Islam boleh mengetepikan integriti selepas diuliti kekuasaan.

Kisah hidup Umar Abdul Aziz, seperti diungkapkan Dr Siddiq Fadzil, perlu ditelani pemimpin gerakan Islam: "Ditakdirkan Umar tampil pada zaman menggejalanya kehidupan materialistik. Beliau cukup menyedari gaya hidup bermewah-mewah adalah punca utama pelbagai kebejatan moral, sosial, politik dan ekonomi ... membuka ruang rasuah, penyalahgunaan harta awam.

"Untuk menutup ruang kebejatan itulah Umar berusaha mempromosikan gaya hidup sederhana dengan menampilkan diri dan keluarganya sebagai teladan yang hidup ... Memang tidak mudah melaksanakan langkah korektif apabila ia melibatkan kepentingan keluarga dan kerabatnya sendiri. ... 

"Keadilan sosial tidak hanya dikhayalkan .... direalisasikannya menerusi agenda pemerataan keadilan dan kesejahteraan, termasuk perapatan jurang kaya miskin."

Meneliti realiti di negara kita, saya semakin sedih terutama selepas membaca prakata buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International Malaysia: "Masyarakat Malaysia sudah terlalu lama bertolak ansur dengan rasuah. Kita menerima adalah tidak menjadi kesalahan untuk terlibat dalam rasuah asalkan kita sendiri memperoleh sesuatu atau merasa selesa.

"Justeru, kita sering menutup mata terhadap perlakuan rasuah dalam semua bentuk, dan tidak mengendahkan soal kurangnya akauntabiliti dan urus tadbir dalam urusan menerajui sumber negara, asalkan pemimpin politik berupaya memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat, meskipun tidak sebanyak mana atau tidak setimpal sekalipun berbanding dengan ketirisan yang berlaku.
"

Mungkin ada baiknya difirkan secara mendalam cadangan seorang rakan yang mahukan setiap calon PAS dalam PRU13 membuat pengisytiharan harta, iaitu salah satu elemen penting untuk mengekalkan integriti. "Kita sudah berkuasa di beberapa negeri, dan ramai pemimpin yang memegang jawatan kerajaan. Tanpa perlu diminta, biarlah kita menunjukkan teladan dengan secara sukarela membuat perisytiharan aset, agar nampak kita berpegang dengan ketelusan dan transparensi," hujahnya.

Di Amerika Syarikat, calon-calon yang bertanding akan meneliti borang perisytiharan sesama sendiri dan menjadikannya isu jika ada calon yang hidup mewah di luar kemampuannya. Borang yang menghendaki perisytiharan tentang sumbangan dan perbelanjaan kempen juga tidak terkecuali.

Jika ada calon mendakwa hanya menerima sumbangan sederhana tetapi menaiki jet sewa dan tinggal di hotel mewah, maka calon saingan akan menjadinya isu. Terdapat juga kumpulan masyarakat sivil yang memeriksa borang dan laporan tentang ahli politik yang membuat perisytiharan meragukan.

Wajar sekali pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sedaya mungkin membuktikan bahawa dengan keterbatasan ruang lingkup yang ada, mereka secara jujur mahu mempraktikkan segala amalan mulia yang dilaungkan. Akhlak, integriti dan etika menjadi budaya hidup dalam menerajui amanah rakyat. 

Kelak akan tampil menyerlah perbedaan nyata sosok tubuh dan perwatakan seorang ahli politik Pakatan Rakyat (khususnya PAS) dengan Barisan Nasional, setelah terbukti berjaya melepasi godaan kuasa yang menggila itu.

Tidak wajib lulus, Pendidikan Islam dianggap remeh

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran itu menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri.

Menurutnya, meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar.

Katanya, murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek itu.

“Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai exam oriented, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam?” tanya beliau dalam kenyatan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.

Ujarnya, DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah.

“Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari,” katanya.

Dasar itu, ujarnya menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.

Justeru, katanya DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar itu terhadap masa depan generasi muda negara.

Menurutnya, sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja di samping gejala sosial yang akan meningkat.

Tambahnya, golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram.

“Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi.

“Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah,” ujarnya…

Ulasan: Orang Islam jadi hebat bila berpegang teguh kepada Islam.

Jangan sampai polis dianggap pelindung BN

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Polis perlu cekap bertindak terhadap pencetus provokasi sebagaimana mereka agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Idris berkata, sedangkan banyak peristiwa-peristiwa yang bersifat provokasi dimulakan oleh penyokong Umno antaranya demo memijak kepala lembu di Shah Alam.

Begitu juga, ujarnya demo menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam, pakaian dalam wanita dan usung keranda di Pulau Pinang.

Menurutnya, sudah berpuluh-puluh demo yang diadakan seolah-olah mereka dilesenkan walaupun ia boleh membawa kepada kekacauan kaum.

Terbaru, tambahnya demo Mat Rempit di Pulau Pinang yang dikaitkan dengan seolah-olah kerajaan Pakatan meminggirkan Melayu.

“Syukur kepada Allah kerana penyokong Pakatan tidak melatah kerana tahu bahawa ini adalah perangkap,” katanya kepada Harakahdaily.

Sepatutnya, kata beliau polis kena cekap bertindak semacam polis agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kerana ia cukup merbahaya kepada perpaduan kaum.

Tegasnya, polis mesti bersifat profesional di dalam menegakkan undang- undang dan keadilan.

Beliau berkata, polis perlu menjaga keselamatan negara bukan keselamatan BN.

“Siapa sahaja melanggar undang-undang sila bawa ke muka pengadilan tanpa memilih bulu.

“Jangan sampai imej polis dipandang sebagai pelindung kepada BN,” ujarnya.

Wednesday, November 02, 2011

Malaysia court rejects politics ban for students

A Malaysian court ruled yesterday that a law banning college students from political activities was unconstitutional, in a move hailed by the ban’s opponents as a landmark decision. 

Students have long campaigned for a repeal of the 1971 Universities and University Colleges Act (UUCA), which bars them from joining political parties and trade unions, saying the ban violates human rights and free speech. 

Malaysia’s Court of Appeal ruled that the law contravened constitutionally protected freedom of expression. 

“This is a landmark decision... the net effect is that students are free to participate in political activities now,” lawyer Ashok Kandiah, who represented four former political science students in challenging the ban, said. 

The ruling comes as speculation mounts that Prime Minister Najib Razak will soon call elections in which his long ruling coalition and the political opposition are both expected to court increasingly vocal youth voters...

http://www.gulf-times.com/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=467649&version=1&template_id=45&parent_id=25

BN oh BN : 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ di Perak

Rakyat wajib kenang 1,000 hari ‘rampasan kuasa’
Muhammad Faeez  

IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak.

Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

“Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi...

Pertubuhan agama anggap penganjuran tidak selari nilai-nilai suci agama

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama menentang keras penganjuran Seksualiti Merdeka yang mahu memperjuangkan hak golongan homoseksual berlandaskan hak asasi manusia.

Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Aidit Ghazali berkata, semua pihak perlu membantah sekeras-kerasnya penganjuran program tersebut kerana ia suatu yang jijik, luar tabie dan tidak selari dengan nilai-nilai suci agama.

“Program ini bukan setakat barah kepada negara malah boleh dianggap satu musibah kerana perjuangan mereka yang mahu menghalalkan hubungan golongan-golongan tersebut sememangnya bertentangan dengan agama dan nilai moral.

“Mereka yang anjur program ini adalah golongan yang menipu diri sendiri kerana ia langsung tidak mencerminkan moral masyarakat di negara ini.

“Jadi, saya menyeru semua persatuan agama termasuk agama-agama lain, pihak media dan orang ramai agar membantah penganjuran tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan dengan program itu yang dianjurkan oleh Majlis Peguam, Amnesty International Malaysia dan Justice For Sister.

Program berkenaan akan mengadakan beberapa aktiviti seperti bengkel, forum, pameran dan persembahan seperti Drag Queens.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Noor berkata, program tersebut adalah satu provokasi yang boleh menimbulkan ketegangan terhadap masyarakat negara ini kerana majoritinya tidak pernah bersetuju dengan pendirian golongan tersebut.

“Malah saya difahamkan di Amerika Syarikat (AS) iri hanya enam daripada 50 buah negeri yang mengiktiraf golongan-golongan ini. Ia jelas menunjukkan majoriti masyarakat dunia tidak menghalalkan perkara yang menentang undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, semua pihak tanpa mengira agama perlu menentang dan mengecam penganjuran aktiviti tersebut yang boleh menjejaskan pembangunan modal insan golongan muda khususnya.

“Penganjur perlu menarik balik program tersebut dan sekiranya mereka berkeras, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang yang ada.

Timbalan Pengerusi Hindu Sanggam Wilayah Persekutuan, P. Chandiran menegaskan kerajaan harus memainkan peranan penting dalam mengekang program seumpama itu.

“Jelas dan nyata program itu bertentangan dengan budaya dan kehidupan masyarakat kita. Jadi kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan berkaitan agar penularan gejala itu dapat dibendung.

“Tidak mustahil sekiranya gejala ini tidak ditangani segera ia akan menjadi barah di kalangan masyarakat kita di masa hadapan,” ujarnya.

Ulasan: Mengapa pula kita di sebelah Timur tiba-tiba berperangai seperti manusia Barat?

Seksualiti Merdeka 2011: Kembalilah kepada fitrah

Nasrudin Hassan at-Tantawi  

Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya "Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka

Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan Human Right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt Tuhan yang mencipta manusia.l

Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi…

Seksualiti Merdeka: Bukan bebas tapi babas

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka.

“Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah SWT selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar).

Beliau mengulas mengenai program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program itu kononnya berteraskan perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Sekilas pandang, kata Nasrudin mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

“Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan human right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah yang mencipta manusia,” tegasnya kepada Harakahdaily…

Majlis Peguam harus peka dengan sensitiviti peguam Muslim

Noorazmir Zakaria  

Saya melihat Bar Council Malaysia acap kali terlepas pandang dengan bertindak tanpa mengambil kira sensitiviti ribuan ahlinya yang juga terdiri daripada Peguam-peguam yang beragama Islam.

Contoh yang terbaru adalah dalam perihal sokongan secara terbuka Bar Council Malaysia dalam kempen "SEKSUALITI MERDEKA".

Agama Islam secara terang-terangan mengharamkan homoseksual, baik yang bergelar gay mahupun lesbian di mana pengamal homoseksual ini dilaknat sekeras-kerasnya oleh agama Islam.

Namun, ia bukan bermakna saya menentang hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing sepertimana yang dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya, saya sedar agama-agama lain juga tidak menyokong kepada sesuatu perkara yang boleh mengharu-birukan institusi kekeluargaan dan menambahkan barah kepada moral masyarakat.

Malah, terdapat pendapat di dalam agama Kristian sendiri yang mengatakan perhubungan homoseksual adalah suatu dosa di mana ia dinyatakan di dalam ajaran-ajaran seperti Roman Catholic Church, Eastern Orthodox Churches, Methodist Churches dan lain-lain lagi.

Justeru, atas faktor apakah Bar Council Malaysia menyokong kempen yang sebegini tatkala banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan?

Saya sebagai salah seorang Peguam yang berdaftar dengan Bar Council Malaysia melihat tindakan Bar Council Malaysia sebegini mencerminkan sikap tidak profesional Bar Council Malaysia yang membelakangkan kehendak ribuan ahlinya yang beragama Islam.

Seharusnya Bar Council Malaysia sedar bahawa setiap tindakannya yang menyokong kempen sebegini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada para Peguam yang berada di bawah naungannya. Tatkala keluar berita sebegini, rata-rata masyarakat akan menunding jari kepada kami sebagai Peguam Muslim umpamanya kami menyokong kempen sebegini dan kami tidak sensitif dengan agama Islam. Tidakkan Bar Council Malaysia sedar bahawa kami malu berhadapan dengan masyarakat apabila kami turut dipersalahkan walaupun hakikatnya kami tidak bersetuju dengan tindakan Bar Council Malaysia menyokong kempen sebegini?

Kesimpulannya, Bar Council Malaysia harus lebih peka dengan kehendak ahli-ahlinya dan bukannya “syok sendiri” demi kepentingan peribadi. Bar Council Malaysia harus lebih merakyat dengan peguam-peguam di bawahnya dan peka dengan kehendak para Peguam secara keseluruhannya, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam.

Ulasan: Ke arah manakah Majlis Peguam Malaysia (Bar Council Malaysia) akan membawa ahlinya dan masyarakat Malaysia?

Seksualiti Merdeka undang kemusnahan moral

KOTA BHARU, 2 Nov: Penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 disifatkan pemuda Kelantan bakal membawa padah dan kemusnahan moral generasi muda di negara ini.

Sehubungan itu Pemuda PAS Kelantan membantah sekeras-kerasnya program berkenaan yang dianjur beberapa pertubuhan NGO bermula 1 hingga 13 November.

Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaakub berkata, penganjuran program seperti itu menggalakkan hubungan sejenis yang ditentang bukan sahaja oleh Islam bahkan semua agama di dunia.

“Ini merupakan satu langkah permulaan terhadap pemusnahan besar-besaran moral dan akhlak rakyat di atas nama kebebasan hak asasi.

“Kami menjunjung tinggi hak asasi manusia selagi mana ia tidak merosakkan suasana dan nilai-nilai murni masyarakat secara keseluruhannya serta tidak bertentangan dengan syariat Islam,” katanya di sini.

Program yang dikenali Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear berlangsung di The Annaxe Gallery.

Program itu difahamkan berteraskan perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Mohd Nuri berkata, kerajaan sewajarnya bertindak tegas menghalang perhimpunan dan gerakan seperti itu.

“Kami percaya sebagaimana kerajaan menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai lalu dan membuat penangkapan besar-besaran sebelum perhimpunan tersebut berlangsung, kerajaan juga boleh bertindak serupa terhadap penganjur Seksualiti Merdeka,” ujarnya.

Menurutnya kegagalan kerajaan bertindak tegas terhadap penganjur membuktikan ia mendapat lampu hijau sepenuhnya daripada kerajaan Malaysia.

Ulasan: Negara kita menuju  kemurkaan Allah kalau kita redha dengan program maksiat. Selamatlah negara kita dengan mencegah maksiat.

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jijik dan keji. Itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, program tersebut langsung tidak membawa faedah malah hanya menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

"Kita minta mereka senaraikan apa faedah yang ada dalam program ini dan mengapa tidak pernah bercadang untuk melaksanakan program yang mampu mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram)…

Selamatkan generasi muda - Rais

OXFORD 1 Nov. - Malaysia akan menggesa masyarakat antarabangsa melalui pendekatan kerjasama untuk menyelamatkan generasi muda dan generasi akan datang daripada menjadi seseorang yang tidak bermoral dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang rendah. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu antara beberapa pandangan yang akan dikemukakan oleh Malaysia pada Persidangan London mengenai Ruang Siber yang bermula Selasa.

Katanya, Malaysia akan turut mengemukakan pandangan berhubung undang-undang yang tidak seharusnya dianggap sebagai penapisan, merangkumi undang-undang yang sedia wujud, iaitu undang-undang kenegaraan dan undang-undang antarabangsa…

Ulasan: Selamatkan generasi muda..dan tua.

Kabinet akan bincang AUKU dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi akan membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) ke Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan keputusan daripada jemaah menteri sama ada kes tersebut wajar dirayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya. 

"Kita menghormati keputusan mahkamah tetapi dalam proses undang-undang, saya percaya kita ada satu lagi peluang untuk pergi ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya akan berbincang untuk menentukan sama ada kita perlu lalui atau merayu keputusan itu atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) akta berkenaan yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, berdasarkan pindaan AUKU 2009, ia perlu difahami bahawa terdapat peruntukan di dalam akta berkenaan yang tidak membenarkan para pelajar menjadi ahli kepada mana-mana parti politik…

Ulasan: Kenapa kerajaan BN benar-benar mahukan AUKU?

AUKU: Indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur

Afiq M Noor, Lawyers for Liberty  

Belum pun reda dengan kejayaan gerakan mahasiswa menekan Universiti Islam Antarabangsa untuk menarik balik penggantungan Prof. Dr Abdul Aziz Bari baru-baru ini. Mahkamah Rayuan telah mencatatkan satu lagi sejarah dalam gerakan mahasiswa apabila telah mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 bercanggah / ‘ultra-vires’ dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Dato’ Hishamudin Yunus di dalam penghakiman bertulisnya menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) akan memandulkan daya fikir kritikal dan sihat para mahasiswa. Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis. Mahkamah Rayuan juga secara tidak langsung telah mengiktiraf hak-hak kebebasan asasi sebagai struktur asas dan roh di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Demonstrasi Baling, penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya dan Kempen Anti-Tunku adalah antara kenangan manis dalam sejarah gerakan mahasiswa.

Bahkan ramai yang memegang tampuk kepimpinan negara hari ini datangnya dari gerakan mahasiswa. Merasakan mahasiswa dan gelombang kebangkitan mereka mampu menggugat dan mencabar kerajaan pemerintah, maka satu undang-undang digubal untuk mengawal dan menyekat pengaruh mahasiswa , dan itulah AUKU yang ada pada hari ini.

Universiti yang sepatutnya menjadi pusat pembiakan dan percambahan pemikiran telah terjejas teruk dan telah lari dari matlamat asalnya. Para ahli akademik dibisukan dan dijahit mulut mereka dari menjalankan tanggungjawab mereka. Kesan AUKU bukan sahaja dirasai oleh para mahasiswa bahkan keseluruhan warga universiti turut sama terjejas. Para ahli akademik dihilangkan taringnya.

Mana ‘speakers corner’? Mana demonstrasi mahasiswa? Semuanya hilang ditelan waktu. Para mahasiswa telah menjalani proses indoktinisasi terancang dan pembodohan berstruktur oleh pihak universiti dan parti pemerintah untuk satu jangka waktu yang cukup panjang.

Pemikiran kritis dan perbincangan tentang idea sudah hilang. Bagi mereka, mahasiswa yang baik dan berjaya ialah apabila dia dapat lulus dengan cemerlang, tidak melawan dasar universiti dan kerajaan dan mendapat pekerjaan yang baik. Mahasiswa yang sentiasa mencabar dasar universiti dan bersikap kritikal terhadap dasar-dasar kerajaan adalah contoh mahasiswa yang gagal atau terlalu terpengaruh dengan pembangkang.

Mahasiswa adalah sub-set kepada satu kumpulan besar masyarakat. Setiap isu yang timbul, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dan selaku warga terpelajar, mereka sebenarnya menggalas tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat dan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa gerakan mahasiswa adalah agen semak dan imbang yang cukup berkesan.

Teori dan idea yang ditadah di dewan kuliah hanya berguna sekiranya berjaya diterjemahkan dalam tindakan. Bak kata Prof Ungku Aziz: “Belajar sambil mencabar. Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang. Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin. Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar”

Hidup Mahasiswa!

Tuesday, November 01, 2011

Liga Arab kemuka pelan tamatkan krisis Syria. Mana OIC?

Liga Arab kemuka pelan tamatkan krisis Syria

DOHA 31 Okt. – Liga Arab semalam mengemukakan pelan yang meliputi ‘langkah-langkah konkrit’ bagi menamatkan pertumpahan darah di Syria dan menjangka Presiden Bashar al-Assad memberikan jawapan hari ini.

Assad sementara itu memberitahu televisyen Rusia semalam, beliau bersedia bekerjasama dengan pembangkang.

Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad bin Jassem al-Thani memberitahu wartawan selepas mesyuarat di sini semalam, sebuah jawatankuasa menteri-menteri Liga Arab ‘mempersetujui cadangan serius untuk menghentikan pembunuhan dan segala bentuk keganasan di Syria’…

Ulasan: Tak mungkin diktator akan memerintah berterusan bila telah menghiris hati rakyat. Mana Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)? Jaga umat atau jaga kerusi masing-masing?

Kementerian Kesihatan Indonesia senaraikan jamu sebagai ubat rasmi

JAKARTA 31 Okt. - Sesuai dengan galakan penggunaan ubat-ubatan tradisional oleh kerajaan, 14 hospital di Indonesia dan 30 pusat kesihatan masyarakat di Jawa Tengah menggunakan jamu sebagai antara ubat rasmi.

Menteri Kesihatan, Endang Rahayu Sedyaningsih berkata, penggunaan jamu akan diperluaskan di hospital lain secara berperingkat-peringkat.

Kajian menunjukkan 49.53 peratus penduduk Indonesia berusia 15 tahun ke atas mengambil jamu secara rutin dan daripada angka itu 4.36 peratus mengambilnya setiap hari, katanya.

''Di Afrika, 80 peratus penduduknya bergantung kepada ubat tradisional.

''Kita berharap kepercayaan pengguna terhadap jamu akan dijadikan sebagai cabaran oleh para pengeluarnya untuk meningkatkan pengeluaran ubat-ubatan tradisional yang selamat, berkesan dan bermutu bagi manfaat perkhidmatan kesihatan,'' katanya ketika merasmikan seminar ASEAN mengenai perubatan tradisional di Solo, Jawa Tengah, hari ini.

''Kementerian Kesihatan sedang melakukan penyelidikan ilmiah di Tawangmangu, Jawa Tengah untuk mencari ubat dari bahan-bahan tradisional bagi empat penyakit iaitu kencing manis, lipid, tekanan darah tinggi dan gout,'' ujarnya. - BERNAMA

Thailand kemuka bajet RM93b pulih banjir

BANGKOK 31 Okt. – Kerajaan Thailand menimbangkan pelan pemulihan melibatkan belanjawan berjumlah 900 bilion baht (RM93 bilion) berikutan banjir buruk yang melanda banyak kawasan di negara ini.

Sementara itu, pusat bandar raya Bangkok yang dilindungi dengan rangkaian tambak dan benteng beg pasir dijangka terselamat daripada banjir apabila air pasang yang naik di Sungai Chao Phraya sejak beberapa hari lalu surut hari ini, paras air di hulu sungai menurun dan cuaca beransur-ansur baik.

Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mencadangkan pelan 900 bilion baht itu pada satu mesyuarat khas Kabinet semalam, lapor akhbar The Nation, hari ini…

Ulasan: Musibah yang melanda memerlukan kontraktor yang memulihkan keadaan. Jangan sampai diawad projek tapi projek tak jalan.

Perkhidmatan monorel Arafah-Mina siap sepenuhnya

MEKAH 31 Okt. - Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Mekah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Penolong Pengurus Stesen Arafah 1, Yuszaini Mohd. Yusop berkata, pada musim haji tahun lepas, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus.

"Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf," katanya kepada Bernama di sini.

Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 November bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Mekah menuju ke Padang Arafah pada 4 November dan bermalam di sana.

Yuszaini adalah seorang daripada 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang dipinjamkan bertugas dengan Mekah Metro.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen melibatkan tiga lokasi utama iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina (setiap tempat mempunyai tiga stesen), dengan jarak 20 kilometer.

Yuszaini berkata monorel sepanjang 300 meter mempunyai 12 gerabak dengan 60 pintu, mampu membawa antara 3,500 dan 4,000 penumpang setiap perjalanan.

Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup.

Beliau berkata, kepakaran yang dimiliki kakitangan KTMB dalam mengendalikan sistem pengangkutan serupa di Malaysia mendapat kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Mekah Metro.

Kumpulan wartawan dari negara-negara Islam turut dibawa meninjau persiapan untuk menerima jemaah haji dari seluruh dunia di Padang Arafah.

Khemah-khemah telah didirikan untuk menempatkan jemaah mengikut benua dan negara. 

— BERNAMA.

Ulasan: Pentingnya orang Islam menguasai teknologi. Bukan hanya jadi negara kaya.


Najib, Rosmah berlepas ke Arab Saudi tunai ibadah haji

SEPANG 31 Okt. - Lebih 1,000 orang membanjiri Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, untuk menghantar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ibadah haji ke tanah suci Mekah.

Najib yang akan berada di Mekah sehingga 9 November ini ditemani isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan adiknya Datuk Mohamed Nazim Tun Razak…

Ulasan: Semoga Allah menerima ibadah haji Datuk Seri dan Datin Seri. Balik nanti, jadilah PM yang takutkan Allah. Dan Datin Seri jadilah isteri yang solihah.

Program Elton John jelas maksiat

Itu program maksiat – Shahril Azman

KUANTAN 31 Okt. - Dewan Pemuda Pas Pahang mempertahankan pendirian membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands, 22 November depan.

Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata, Pas hanya melontar pandangan kerana konsert itu bukan sahaja tidak sesuai dengan budaya negara ini malah boleh disifatkan sebagai program maksiat.

“Nabi Muhammad SAW ada menyebut sesiapa yang melihat kemungkaran perlu mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu dengan tangan, ubah dengan lidah dan jika tidak mampu dengan lidah, ubah dengan hati.

“Ubah dengan hati ini bermakna membenci dan dalam konteks konsert tersebut kita (Pas) anggap ia program maksiat dan untuk apa kita hendak sokong program yang membawa konsep maksiat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ekoran kenyataannya membantah penganjuran konsert Elton John, 64, di Genting Highlands itu, Shahril Azman dikritik pelbagai pihak, termasuk oleh beberapa laman blog.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin ketika mengulas bantahan itu turut menasihatkan Pas supaya ‘jangan tiru Taliban’ sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Mengulas lanjut, Shahril Azman berkata, sebagai parti dakwah, Pas akan berusaha untuk menyelamatkan umat Islam daripada terjerumus ke arah melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina.

Membenarkan konsert tersebut bukan sahaja mendorong berlakunya perkara yang boleh menyebabkan zina, malah katanya, ia seolah-oleh menggambarkan Malaysia membenarkan budaya songsang di negara ini.

“Kita (Pas) tidak kata Malaysia akan jadi seperti Britain yang mengiktiraf perkahwinan sejenis, tetapi membenarkan konsert itu seolah-olah kita mengiktiraf golongan sedemikian yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata, budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular dan merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam. 

“Budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini,” katanya.

Mengulas mengenai kritikan ke atasnya, Shahril Azman berkata, dalam menyatakan kebenaran, itulah risiko yang perlu ditanggung.

“Malah dalam menyatakan kebenaran, Rasulullah sendiri pun dikatakan gila oleh mereka yang sebelum ini pernah menyanjung baginda.

“Yang kata dan kritik saya bantah konsert Elton itu saya percaya orang itu seseorang yang minat kepada hiburan, semoga Allah berikan hidayah kepada mereka,” katanya.

Ulasan: Jangan serik. Teruskan membantah program maksiat dalam negara kita.

Mahathir patut nasihat Petronas keluar zakat

TEMERLOH, 31 Okt: PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat.

“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya…

Ulasan: Tun Mahathir  telah bersara sebagai PM pada 31 Okt. 2003 setelah 22 tahun. Tak sampai sebulan selepas beliau telah dilantik sebagai penasihat Petronas.  Bilakah Tun M akan menasihatkan Petronas supaya membayar zakat?

10 hari pertama Zulhijjah....

Sewaktu 10 hari terakhir Ramadan lalu, saya terkesan dengan pesanan seorang ustaz, bahawa selain mengejar keberkatan di bulan puasa, jangan pula lupa kesempatan terbaik untuk mengabdikan diri kepada Allah pada bulan Zulhijjah.

Selepas mendengar siaran radio Ikim, pagi 1 Zulhijjah lalu, isteri saya turut mengingatkan hal sama, merujuk tazkirah penceramah jemputan. "Jangan hanya tumpu kepada kerja Harakah sampai ke subuh, tapi tak sempat solat malam," ingatnya sentiasa.

Untuk berkongsi ilmu dengan pembaca, saya cuba membelek buku-buku agama, tetapi tidak terjumpa yang dicari. Alhamdulillah, sebaik melayari laman web zaharuddin.net, saya terpandang bahan yang cukup bermakna:

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan Nabi s.a.w: "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu. " Allah SWT berfirman: "Demi fajar dan hari-hari yang sepuluh" (maksud Al-Fajr: 1). 

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. Ia juga disebut Nabi: Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hamba-Nya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini." 

Dr Zaharuddin Abd Rahman seterusnya menghuraikan amalan-amalan utama yang digalakkan sepanjang 10 awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya: 

1. Zikir: Iaitu memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sohih Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu." (maksud Al-Hajj: 28)

Ibn Abbas r.a. mentafsirkan erti "hari-hari tertentu" adalah 10 hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa: Amat digalakkan berpuasa pada 1-9 Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi bersabda: "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah." (Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w. juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.


4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

5. Bertakbir: Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Ali k.w. menunjukkan bahawa permulaan takbir iaitu bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tashriq.

6. Menyembelih korban.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/6286-pencuri-pilih-anjing-penjaga

Pencuri pilih anjing penjaga

Ahmad Lutfi Othman  

Laporan Ketua Audit Negara masih diperdebatkan. Pendedahan terhadap salahlaku kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tertentu terus mendapat perhatian ramai. Seminggu dua ini rakyat Malaysia asyik bermain dengan angka dan fakta yang dikutip daripada laporan itu.

Khabarnya akhbar-akhbar berbahasa Cina menampilkan isu ini secara besar-besaran selama beberapa hari berturut-turut. Sekali gus ia menenggelamkan "gegak-gempita" belanjawan 'one-off' Najib Razak. Sememangnya, sejak dahulu, laporan media Cina lebih bebas dan objektif. Beruntunglah masyarakat Tionghua berbanding pembaca Melayu, yang sentiasa diperbodohkan akhbar-akhbar utama berbahasa kebangsan!

Isu kelewatan pembentangan laporan audit, yang tertangguh dua minggu daripada tarikh Bajet 2012, masih belum terjawab. Mungkin kerajaan bimbang laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding belanjawan yang diakui Muhyiddin Yassin sebagai bajet pilihan raya.

Selain itu, amalan mengemukakan laporan kepada jemaah menteri sebelum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong turut ditimbulkan. Justeru, ramai mula mempersoalkan tahap kebebasan Jabatan Audit Negara -- yang terletak di puncak piramid akauntabiliti kewangan -- daripada pengaruh parti pemerintah.

Menurut buku panduan Asas-Asas Panduan Integriti, terbitan Institut Integriti Malaysia dan UNDP, jabatan audit yang tidak bebas seolah-olah seperti menyuruh si perompak melantik pengawal keselamatan.

Dalam buku Strategi Membanteras Korupsi, terbitan Transparency International Indonesia, ditekankan jika jabatan audit dapat dipengaruhi parti pemerintah, ia ibarat meminta pencuri memilih anjing penjaga. Sedangkan yang diperlukan adalah audit yang kuat dan efektif, yang merupakan teman yang sangat berharga bagi pemerintah dan rakyat untuk mengurangi pemborosan dan penyelewengan besar-besaran.

"Negara memerlukan anjing penjaga kewangan yang pandai menyalak dan menggigit," buku itu memetik artikel dalam Economic and Political Weekly, India.

Ia turut menegaskan, agar benar-benar efektif, Jabatan Audit Negara harus bebas mengelola anggaran perbelanjaannya sendiri dan menerima serta menugaskan tenaga-tenaga staf yang profesional. Biasanya ada tenaga profesional dan berpengalaman yang dapat ditarik daripada sektor swasta, apa lagi jika gaji yang ditawarkan menarik.

Malah, sekiranya jabatan audit dikira masih bebas dan berwibawa sekalipun, apakah yang rakyat boleh harapkan daripada siri pendedahan tentang kes-kes salahlaku terutama yang berpunca daripada perolehan perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi itu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar sendiri pernah membangkitkan kelemahan ketara ini pada 9 Oktober 2005: "Rakyat Malaysia diacah-acah dengan laporan Ketua Audit Negara tentang salah urus dan kedudukan kewangan dalam sektor awam ... Dalam sesetengah kes, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya siasatan lebih lengkap dijalankan. Persoalannya, siapa yang akan menyiasat ... dan bertanggungjawab kepada siapa?

"... wujud sinisme bahawa tindakan berani Ketua Audit Negara itu tidak akan mengubah apa-apa. Perkara ini kemudiannya akan dilupakan dan pesalah akan mengulangi perbuatan mereka. Bukankah masalah ini pernah berlaku sebelum ini? Adakah sesiapa yang telah dikenal pasti dan dihukum atas kepincangan terang-terangan ini, pada tahun lepas, atau pada tahun-tahun sebelumnya ...?"

Mengenai respons Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka membuka fail bagi menyiasat 36 kes salahlaku seperti didedahkan laporan audit baru-baru ini, saya bersetuju dengan rumusan Lau Weng San, Setiausaha Organisasi DAP Selangor.

"Bagaimana rakyat boleh mengharapkan SPRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah apabila kes-kes yang telah dilaporkan sejak lima tahun yang lalu pun belum lagi diambil tindakan oleh SPRM?" tegas Adun Kampung Tunku itu.

Blogger terkenal, A Kadir Jasin turut menyentuh laporan audit: "Kelemahan pengurusan kewangan awam, biar sekecil mana pun, tidak boleh dipandang remeh, apatah lagi dalam suasana kewangan negara yang semakin terhad dan mencabar." Beliau mengaitkan hal itu dengan kegagalan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) Perdana Menteri.

"Apatah lagi, Perdana Menteri sendiri, sebagai Menteri Kewangan, adalah ketua turus kewangan negara. Jadi, kalau ada autoriti mutakhir yang perlu dipersalahkan kerana kelemahan pengurusan kewangan awam, hendak tidak hendak, orang itu adalah Perdana Menteri sendiri kerana beliau adalah Menteri Kewangan," tulisan Kadir dipetik.

Tambahnya, "elok disebutkan yang dua daripada agensi yang akan disiasat Jawatankuasa Akaun Awam Dewan Rakyat (PAC) -- ekoran Laporan Ketua Audit Negara -- terletak di bawah Kementerian Kewangan iaitu Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri."

Dalam pada itu, saya segera teringat perbualan bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, pagi Jumaat lalu, di Petaling Jaya. Bukan kali pertama beliau melahirkan kerisauannya, malah ia diluahkan dalam ketiga-tiga pertemuan mutakhir saya dengannya, dalam tempoh sebulan ini.

Tema bicaranya adalah soal integriti, yang baginya, seperti dipandang enteng, termasuk oleh aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk parti Islam PAS. "Saya bimbang jika sesama rakan Pakatan pun, dalam aspek integriti sewaktu mentadbir kerajaan negeri, kita tertinggal dek DAP," katanya.

"Masyarakat Barat lebih serius menjunjung prinsip mulia itu. Integriti, akuantabiliti, perangi rasuah dan budaya berhemat membelanjakan wang rakyat, cukup dijaga mereka. Malang sekali, kita jauh terkebelakang. Paling sedih apabila kita tidak memanfaatkan kesempatan sepenuhnya sewaktu berkuasa untuk menunjukkan teladan unggul itu," ujarnya, sambil meminta saya menekankan hal ini dalam tulisan-tulisan saya.

Mat Sabu mahu teladan unggul peribadi mulia, Nabi Muhammad s.a.w., ketika berkuasa di Madinah, yang berjaya mengislamkan lebih suku juta umat, berbanding tidak sampai 500 orang di Makkah, dijejaki rahsianya. Bagi beliau, kejayaan itu adalah kerana tarikan contoh gemilang Nabi yang ditunjukkan baginda semasa memerintah.

"Soalnya, apa yang kita lakukan sewaktu diberi amanah ketika berkuasa? Apakah ia makin membuatkan masyarakat bukan Islam tertarik dengan agama suci ini, atau bagaimana" soalnya.

II. Pengundi Melayu

Era Umno-BN makin menghampiri nokhtah. Sekurang-kurangnya itulah tanggapan aktivis Pakatan Rakyat. Lambat atau cepat BN akan beralih daripada takhta kuasa. Namun, bagi saya, persoalannya, apakah ia dapat ditumbangkan dalam PRU13 ini, atau kita terpaksa menanti 5 tahun lagi?

Faktor masa cukup penting dan begitu kritikal. Sekali peluang terlepas, situasi boleh berubah. Kesempatan yang ada mungkin tidak datang lagi.

Dalam kolum sebelum ini saya menyentuh isu media baru yang memecahkan monopoli maklumat. Soalnya (banyak sangat pertanyaan), apakah dengan penguasaan maklumat maka secara automatik ia turut merubah persepsi rakyat, khususnya pengundi Melayu, terhadap BN?

Dikatakan talian hayat Umno kini bergantung kepada peneroka Felda, kampung tradisi, undi pos dan masyarakat Bumiputera Sabah/Sarawak. Bahasa mudahnya, terikat kuat dengan sentimen orang Melayu-Islam.

Ya, bagaimana penerimaan pengundi Melayu di wilayah berkenaan kepada PAS? Maaf, saya masih menaruh curiga sebelum berani meramalkan perubahan besar bakal berlaku.

III. 10 hari pertama Zulhijjah

Sewaktu 10 hari terakhir Ramadan lalu, saya terkesan dengan pesanan seorang ustaz, bahawa selain mengejar keberkatan di bulan puasa, jangan pula lupa kesempatan terbaik untuk mengabdikan diri kepada Allah pada bulan Zulhijjah.

Selepas mendengar siaran radio Ikim, pagi 1 Zulhijjah lalu, isteri saya turut mengingatkan hal sama, merujuk tazkirah penceramah jemputan. "Jangan hanya tumpu kepada kerja Harakah sampai ke subuh, tapi tak sempat solat malam," ingatnya sentiasa.

Untuk berkongsi ilmu dengan pembaca, saya cuba membelek buku-buku agama, tetapi tidak terjumpa yang dicari. Alhamdulillah, sebaik melayari laman web zaharuddin.net, saya terpandang bahan yang cukup bermakna:

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan Nabi s.a.w: "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu. " Allah SWT berfirman: "Demi fajar dan hari-hari yang sepuluh" (maksud Al-Fajr: 1). 

Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. Ia juga disebut Nabi: Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hamba-Nya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini." 

Dr Zaharuddin Abd Rahman seterusnya menghuraikan amalan-amalan utama yang digalakkan sepanjang 10 awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya: 

1. Zikir: Iaitu memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar. Ia bersumber hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sohih Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya: "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu." (maksud Al-Hajj: 28)

Ibn Abbas r.a. mentafsirkan erti "hari-hari tertentu" adalah 10 hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa: Amat digalakkan berpuasa pada 1-9 Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa. Nabi bersabda: "Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah." (Riwayat Muslim)

Nabi s.a.w. juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.


4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

5. Bertakbir: Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Ali k.w. menunjukkan bahawa permulaan takbir iaitu bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tashriq.

6. Menyembelih korban.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/6286-pencuri-pilih-anjing-penjaga

Kemelut PPSMI bukti kerajaan BN lemah

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan.

“Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

"Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Kecelaruan dasar BN, kata beliau telah mengakibatkan negara negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku,” kata beliau.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan rakyat bahawa keputusan terbaru kerajaan untuk memansuhkan PPSMI masih boleh berubah.

“Rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang,” sindir beliau.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.

"Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam Inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," tegas beliau.

Bashar al-Assad: I won't waste my time with Syrian opposition

Bashar al-Assad, the Syrian president, has said he will not "waste his time" talking about the body leading the opposition against him, as senior members of the group accused him of scaremongering to protect his embattled regime. 

In an exclusive interview with The Daily Telegraph, President Assad dismissed the Syrian National Council, a broad front bringing together most of his main opponents. 

"I wouldn't waste my time talking about them," he said. "I don't know them. It's better to investigate whether they really represent Syrians." 

He insisted that anti-government demonstrators were being paid and were motivated by money….

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast/syria/8858667/Bashar-al-Assad-I-wont-waste-my-time-with-Syrian-opposition.html

Comment: A dictator will never share the power until it is too late.

US double standard: Gaddafi bad, Karimov good

The US shows its hypocrisy by accusing "tyrants" of human rights abuses while not owning up to supporting dictators.

Ted Rall, 29 Oct 2011 16:55 

"After four decades of brutal dictatorship and eight months of deadly conflict, the Libyan people can now celebrate their freedom and the beginning of a new era of promise," President Obama said last week. The capture and death of Muammar Gaddafi prompted him and other US officials to congratulate the Libyan people on their liberation from a despot accused of terrible violations of human rights, including the 1996 massacre of more than 1200 prison inmates. 

The kudos was as much for the US itself as Libya's victorious Transitional National Council. After all, the United States played a decisive role in Gaddafi's death. First President Obama put together the NATO coalition that served as the Benghazi-based rebels' loaned air force. When the bombing campaign was announced in February, Gaddafi's suppression of the human rights of protesting rebels was front and centre: "The United States also strongly supports the universal rights of the Libyan people," Obama said at that time. "That includes the rights of peaceful assembly, free speech, and the ability of the Libyan people to determine their own destiny. These are human rights. They are not negotiable. They must be respected in every country. And they cannot be denied through violence or suppression." (No word on how police firing rubber bullets at unarmed, peaceful protesters at the Occupy movement in Oakland, California, fits into that.)

And in the end, it was reportedly a Hellfire missile fired by a Predator drone plane controlled by the CIA - in conjunction with an attack by a French fighter jet - that destroyed the convoy of cars Gaddafi and his entourage used to try to escape the siege of Sirte, driving him into the famous drainage pipe and into the hands of his tormentors and executioners.

US officials and media reports were right about Gaddafi's human rights record: It was atrocious. They cautioned the incoming TNC to make human rights a priority: "The Libyan authorities should also continue living up to their commitments to respect human rights, begin a national reconciliation process, secure weapons and dangerous materials, and bring together armed groups under a unified civilian leadership," Obama said. (No word on how Gaddafi's execution fits in to that.)  

Hypocrisy reigns

Yet, in the very same week, the United States was cozying up to another long-time dictator - one whose style, brutal treatment of prisoners, and notorious massacre of political dissidents is highly reminiscent of the deposed Libyan tyrant.

Like a business that maintains two sets of records, one for the tax inspector and the other containing the truth, the United States has two different foreign policies. Its constitution, laws and treaty obligations prohibit torture, assassinations, and holding prisoners without trial. In reality there are secret prisons such as Guantánamo. Similarly, there are two sets of ethical standards in America's dealing with other countries. Enemies are held to the strictest standards. Allies get a pass. This double standard is the number-one cause of anti-Americanism in the world.

In yet another display that exposes US foreign policy on human rights as hypocritical and self-serving, US Secretary of State Hillary Clinton traveled to Uzbekistan to establish closer ties with the Central Asian republic's president-for-life, Islam Karimov. Even as her State Department was ballyhooing the bloody conclusion of Gaddafi's 42-year reign as a victory for freedom and decency, the former First Lady was engaged in the cynical Cold War-style of one of the worst human rights abusers in the world.

In the human rights brief on Karimov, one major highlight is Central Asia's Tiananmen Square, the 2005 massacre of between 750 and 1250 peaceful demonstrators at Andijan, a southern town along the restive border with Kyrgyzstan, near the ancient Ferghana Valley. Karimov personally ordered Uzbek militia, Interior Ministry troops and regular army units to surround a square and gun down the protesters, then travelled to the site in order to witness the carnage. A few dozen people managed to escape, scrambling across a border crossing. Shocked Kyrgyz sentries, who had a view of the killing orgy, admitted the refugees. Uzbek troops chased the escapees into Kyrgyzstan, dragged them back and executed them on the Uzbek side of the bridge.

Prior to Andijan, the Clinton and Bush Administrations had a cozy relationship with Karimov, overlooking such untidy matters as the Uzbek leader's habit of boiling political dissidents to death (more on that later), in light of the perceived high strategic value of his country. Uzbekistan has huge energy reserves and a unique placement. (Uzbekistan is the only state in Central Asia that borders all the others. It also borders Afghanistan. In 1979, the Soviets invaded Afghanistan via the Uzbek town of Termiz.) Tashkent is the region's biggest city, complete with its own metro system, European-standard international airport and daily nonstop flights to New York-infrastructure that became invaluable after America's 2001 invasion of Afghanistan. US and NATO paid Karimov for the right to build airbases.

After Andijan, the US gave into pressure by international human rights organisations to pull back. Covert aid continued, however. The airbases, including one known as Karshi-Khanabad (K2) were technically "closed" (though the personnel and activities continued). In late 2005 the US imposed low-grade trade sanctions. 

That's all in the past now. In September 2011 Secretary Clinton lifted the sanctions, saying that the Karimov regime was "showing signs of improving its human rights record and expanding political freedoms". As a goodwill gesture in advance of Clinton's trip last week, Uzbek authorities released Norboi Kholjigitov, a human rights advocate jailed since 2005 on charges widely believed to have been politically motivated. Kholjigitov is said to be near death after years of abuse in prison.

One step forward, two steps back. One week before Clinton's arrival an Uzbek court found BBC journalist Urunboy Usmonov guilty of conspiring with Hizb ut Tahrir, an Islamist group that serves as an all-purpose national bugaboo (along with the Islamic Movement of Uzbekistan, a Tajik-based organisation with alleged links to the Afghan Taliban). The specific charge: "Failing to report on Hizb's activities." Usmonov received a three-year suspended sentence. He claimed to have been beaten and tortured in prison. The same day, newspaper reporter Makhmadyusuf Ismoilov, in jail since late last year for "insult and defamation" of Karimov, was subjected to a large fine and banned from journalism.

In Tashkent, a US State Department official described Karimov's most outrageous excesses as "a thing of the past". In this case, the past isn't merely prologue - it's ongoing. 

According to a 2010 report by Human Rights Watch:

"New research by Human Rights Watch reveals that the Uzbek government continues to intimidate and harass the families of Andijan survivors who have sought refuge abroad. The police regularly summon them for questioning, subject them to constant surveillance, and threaten to bring criminal charges against them or confiscate their homes. School officials humiliate refugees' children. Five years after the massacre, on May 13, 2005, people suspected of having participated in or witnessed the massacre are still being detained, beaten, and threatened. The sentencing on April 30 of Diloram Abdukodirova, an Andijan refugee who returned to Uzbekistan in January, to ten years and two months in prison, shows the lengths to which the government will go to persecute anyone it perceives as linked to the Andijan events."

These Soviet-style persections did not prevent President Obama from personally calling Karimov last month on the occasion of Uzbekistan's 20th year of independence.

Karimov is one of three Central Asian strongmen (along with Emomali Rahmon of Tajikistan and Nursultan Nazarbayev of Kazakhstan) who have retained absolute power since independence from the Soviet Union in 1991. He presides over an autocracy whose level of corruption and dysfunction is staggering - even by dismal regional standards. All media is state-controlled. Opposition parties are banned. With substantial reserves from the Caspian Sea oil bonanza and by some measures the world's largest reserves of natural gas, Uzbekistan has the means to provide a comfortable living for all of its citizens. However, a tiny coterie of businessmen connected to the regime diverts nearly all of the proceeds of the nation's patrimony to numbered accounts overseas, leaving most of the population unemployed and in abject poverty.

Local militia (military police) are unpaid. So they pay themselves. They terrorize citizens with random raids, murders and countless checkpoints where motorists are shaken down. While arriving to visit a friend in the Uzbek capital of Tashkent a couple of years ago, I observed a dead body on the curb of the road in front of his apartment building. The man had been struck and killed by a hit-and-run driver several days earlier. His body was in a state of advanced decomposition in the 120-degree heat, but no one had called the cops. No one dared.

New strategy 

As noted above, there are many reasons for the US to coddle the Uzbek dictator. But President Obama is especially focused on one. "The object of Obama's interest is the 'Northern Distribution Network, the Central Asian roads over which diesel and other US military supplies now increasingly travel [into Afghanistan]," writes Russell Zanca in Foreign Policy. "The administration is correct in thinking that NDN, as it is known for short, will run more smoothly through secular Uzbekistan than supplies have moved through Pakistan. But a question for practitioners of realpolitik is why the US considers it necessary to validate the unpopular Uzbek leadership now that it is politically expedient to do so."

It also prompts another question. The US is scheduled to withdraw from Afghanistan by 2014. If they're really leaving, why do they care so much about the NCN? Is a soon-to-be abandoned supply route worth dealing with a man like Karimov?

The dichotomous US approaches to Gaddafi and Karimov - kill one, pay millions to the other - were pointed out in an eerily-prescient Uznews.net piece published on February 22, 2011, at the commencement of the NATO air campaign in Libya.

"The regime of Muammar Gaddafi in Libya is using the whole power of its armed forces, including artillery, air forces and foreign mercenaries, to crush the ongoing protests in the country; Uzbek President Islam Karimov used similar tactics in Andijan in 2005," reported Uznews. "The developments in Libya are reminiscent of the government crushing of a rally in Andijan on 13 May 2005. Gaddafi, like Islam Karimov, is not allowing foreign journalists into the country, blocking the internet and telecommunications and calling protesters 'terrorists'. He appeared on national television yesterday and called foreign news channels 'dogs'. Like Karimov, he is not considering negotiations as an option and is not willing to fulfill even parts of demands of protesters; he is offering a bloodbath instead … Like in Libya now, according to Uzbek opposition leaders, Uzbek authorities also hired foreign mercenaries: one of them was Tajik Colonel Makhmud Khudoyberganov, who was living in Uzbekistan after a failed coup d’état in Tajikistan in 1998."

Surely Secretary Clinton read her own State Department's recent report on Uzbekistan, which accuses the Karimov regime of "Instances of torture and mistreatment of detainees by security forces; incommunicado and prolonged detention; arbitrary arrest and detention; denial of due process and fair trial; restrictions on freedom of speech, press, assembly, and association; governmental control of civil society activity; restrictions on religious freedom including harassment and imprisonment of religious minority group members; and government-compelled forced labour in cotton harvesting."

""But we have also learned over the years that after a while, after you've made your strong objections, if you have no contact, you have no influence."

Hilary Clinton on countries with poor human rights records

"Amnesty International and other groups have documented specific cases. In the summer of 2002, Amnesty International reported, Fatima Mukhadirova, a 62-year-old Tashkent shopkeeper, was sentenced to six years of hard labour after denouncing the government for the death of her son, Muzafar Avozov, in a Tashkent prison," says a May 1, 2005 report in The New York Times. "An independent examination of photographs of the body, conducted by the University of Glasgow, showed that Mr Avozov died after being immersed in boiling water, human rights groups reported. The examination said his head had been beaten and his fingernails removed."

According to Uzbeks, live boiling was a common practice.

Roadblocks ahead


"The relationship between the US and Uzbekistan is problematic," the 2005 Times article quoted a Human Rights Watch official as saying. "It can be useful that the US is powerful enough to push for certain concessions. That being said, the US should not be saying that Karimov is a partner, is an ally, is a friend. The US should send the message that Uzbekistan won't be considered to be a good ally of the United States unless it respects human rights at home."

During Clinton's trip to Tashkent last week, she defended the US policy of engagement. "I can assure you that we have raised all of the human rights issues in Uzbekistan and elsewhere," she said in Dushanbe, Tajikistan, another country with a poor human rights record. "But we have also learned over the years that after a while, after you've made your strong objections, if you have no contact, you have no influence."

Clinton didn't say why contact and influence were good for Karimov's Uzbekistan, but not Gaddafi's Libya.

Ted Rall is an American political cartoonist, columnist and author. His most recent book is The Anti-American Manifesto. His website is rall.com.

http://english.aljazeera.net/indepth/opinion/2011/10/2011102775111437925.html

Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti inidiperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka atas yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco). –Malaysiakini. 

Ulasan: Malaysia bertuah kerana mempunyai pelajar yang berani membawa kes ini ke mahkamah. AUKU patut di mansuhkan.