Wednesday, May 10, 2006

Fesyen penari jadi isu

KUALA LUMPUR: Fesyen ’tunjuk dada’ atau berkemban di kalangan penari Makyong dan artis tempatan menjadikan perbahasan Dewan Negara semalam agak hangat apabila beberapa anggota, terutamanya wanita bangkit mempersoalkan kewajaran pakaian itu.

Senator Datuk Dr Jins Shamsuddin: Inilah yang berlaku bila ada yang menggunakan ’dirty mind’ dalam menafsirkan nilai artistik seperti ini.
Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad: Dalam melihat persembahan Makyong, kita sepatutnya melihat gerak tari, jari-jemari dan ekspresi penari yang mempunyai maksud-maksud tertentu, bukannya melihat pada dada mereka.
Senator Sharifah Azizah Syed Zain: Adakah keindahan persembahan Makyong itu tidak cantik tanpa buka dada? Tidak bolehkah pakaian itu diubah kepada yang lebih Islam Hadhari?

Ulasan: Masalahnya menyentuh mengenai aurat yang wajib ditutup. Ada orang yang sudah terlalu biasa dengan membuka aurat menganggap perkara itu biasa pada hal itu luar biasa dari sudut agama kita. Kena belajar.

Alah bisa tegal biasa, bererti jangan biasakan diri dengan sesuatu maksiat, kerana ia menyebabkan iman lemah dan terlalu rendah tahap sensitiviti terhadap maksiat. Whatever had happened to us before,tolong jangan kotorkan anak-anak muda.

Apabila hati menjadi hitam...

Sky Chefs ke Asia Barat

LSG Sky Chefs-Brahim's Sdn Bhd (Sky Chefs), penyedia terbesar bagi makanan halal dalam pesawat, sedang berbincang membekalkan perkhidmatan kepada tiga syarikat penerbangan dari Asia Barat.
Pengerusi Sky Chefs, Datuk Ibrahim AHMAD BADAWI, berkata rancangan itu termasuk dalam pelan perluasan operasi syarikat yang kini mengendalikan 200 pusat penyediaan makanan dalam pesawat di seluruh dunia.
Beliau menyifatkan Sky Chefs yang menjana pendapatan RM300 juta tahun lalu sebagai perniagaan teras syarikat, walaupun baru terbabit dalam bidang katering sejak tiga tahun lalu. “Ketika ini, perniagaan berkenaan disediakan untuk angkatan tentera, pengurusan sekolah dan universiti tempatan,” katanya. Mengenai perniagaan pembabitan awalnya menerusi Dewina Food Industries Sdn Bhd (DFI), beliau berkata, perniagaan itu menjana perolehan RM45 juta tahun lalu dan dijangka meningkat kepada RM50 juta, tahun ini.

Ulasan: Dari Blog Roslan SMS Corner - Untuk rekod pada hari Pak Lah dilantik menjadi PM menggantikan Tun Dr M, pada hari itulah juga Brahim LSG Sky Chef Holdings Sendirian Berhad telah menandatangani kontrak sebagai pembekal katering penerbangan (in flight catering) untuk semua penerbangan keluar dari KLIA, termasuklah MAS.
Syarikat ini merupakan syarikat JV ataupun usahasama diantara kepentingan Lufthansa (penerbangan Jerman) dan Dewina Holdings Sendirian Berhad. 51 peratus dari saham syarikat ini dimiliki oleh DATUK IBRAHIM HJ AHMAD BADAWI, saudara PM kita…

Jom pulun sewaktu saudara kita jadi PM... Soalan: Boleh ke?
Kalau boleh, kena pastikan semua muamalah halal...
Mana perginya gula? -- Kementerian bingung sebab bekalan terputus di beberapa negeri

KUALA LUMPUR 9 Mei - Ke manakah perginya gula? Itulah soalan yang membingungkan pihak berkuasa setelah bekalan bahan itu di beberapa negeri, termasuk beberapa tempat di ibu kota kehabisan.

Ulasan: Kita beri peluang kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan polis menyiasat. Orang awam sila beri kerjasama. Orang politik jangan masuk campur…

Tuesday, May 09, 2006

Pak Lah issues directive to all Barisan reps to toe the line

KUALA LUMPUR: Toe the line. This is the order from Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to all Barisan Nasional legislators when it comes to voting in Parliament.
The Prime Minister’s order puts paid to an appeal by a group of Barisan MPs yesterday to allow them to vote in Parliament according to their conscience on matters that do not affect the Government’s legislative position.
Abdullah, who is also Umno president, said this sort of voting was not possible for Barisan MPs because they must abide by party rules.
“Everyone knows the rules and not only must they understand them, they must also abide by them,” he said. “There will not be any leniency (on the rules) or exception to anyone to do whatever he or she wishes,’’ he said.

When pointed out that democracies in developed countries such as the United States allowed representatives to support an Opposition motion, Abdullah replied: “We have our own democracy. We have survived on the basis of what we have been practising before, and we will continue with this practice.”

“That has not caused us to suffer any kind of problem. I still believe party discipline is very important, and all party members have to observe it.’’

Ulasan: Sorry, BN don’t ask for your conscience. That’s democracy BN-style. No wonder.

Bekalan gula dijamin mencukupi

PUTRAJAYA 8 Mei - Bekalan gula di negara ini masih mencukupi bagi menampung keperluan pengguna dan industri makanan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal.Beliau berkata, beberapa pengilang utama gula negara ini turut memberi jaminan bekalan bahan tersebut tidak terjejas langsung.Menurut beliau, faktor utama kehabisan bekalan gula di beberapa kawasan di utara Semenanjung terutama di Kedah berpunca daripada kegiatan menyorok bekalan di kalangan peniaga.

Ulasan: Ada 3 perkara yang perlu dijelaskan...
1. Sebagai pengguna kita kena sungguh-sungguh cuba kurangkan penggunaan dan kearah langsung tiada menggunakan kerana ia mendatangkan berbagai masalah kesihatan. Ingatlah : Dua jenis RACUN yang berwarna putih yang kita selalu bawa balik kerumah untuk makan keluarga tersayang – GULA dan GARAM. Tanya doktor sekiranya tidak percaya...
2. Sebagai pengusaha hebat, sepatutnya kita kurangkan penggunaan gula dan garam dalam produk yang kita hasilkan.
3. Kerajaan tolong pantau kegiatan menyorok bekalan di kalangan peniaga.

Monday, May 08, 2006

Pelan terbaru pembangunan Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Cadangan terbaru pelan pembangunan semula Kampung Baru di sini, akan diserahkan kepada Perdana Menteri selepas ia tertangguh beberapa tahun kerana kegagalan menyelesaikan beberapa isu teknikal khususnya berhubung pemilikan tanah.

Ulasan: Buatlah asalkan halal. Tetapi awas jangan tertipu dengan jerat orang yang cintakan dunia.

Israel guna coklat bunuh pejuang Palestin

BAITULMAQDIS 7 Mei - Agensi perkhidmatan rahsia Israel, Mossad telah berjaya membunuh seorang lelaki Palestin yang disyaki perampas pesawat dengan memberikannya coklat Belgium yang diracun selama enam bulan pada lewat 1970-an.
Rancangan pembunuhan tersebut didedahkan secara terperinci dalam buku berjudul Striking Back yang menunjukkan kecanggihan usaha pembunuhan terancang Israel.

Ulasan: Dalam perjuangan, jangan percayakan musuh dan berhati-hati dengan kawan yang membelot..

Mepes rekaan Zulkifli bantu usahawan IKS

RAWANG 7 Mei - Kreativiti pencipta tempatan, Zulkifli Haron, 47, pemilik Zull Design Autotronic, terserlah lagi apabila berjaya mereka bentuk mesin pelbagai isian (Mepes) untuk mengisi cecair ke dalam botol seperti minuman, kicap dan sos secara automatik - dengan harga mampu milik.

Ulasan: Orang kita pun boleh…kalau kita benar-benar hendak.

Pelayar wanita terpantas dunia tiba di Pulau Duyong

KUALA TERENGGANU 7 Mei - Kapal layar Trimaran B&Q yang dikemudi pelayar wanita terpantas dunia, Dame Ellen MacArthur selamat tiba di Pulau Duyong di sini setelah seminggu mengharungi Laut China Selatan dari Hong Kong.
Jarak perjalanan yang diambilnya sepanjang cabaran itu ke Terengganu adalah sejauh 1,920 kilometer atau 1,200 batu melalui perairan Hong Kong, Vietnam dan Thailand.

Ulasan: Jadilah kita tukang tengok apa yang berlaku di depan mata kita kita. Sampai bila? Jom kita menjadi orang yang melakukan paling baik…

Syarikat import palsukan harga kenderaan RM20j sebulan

BUKIT KAYU HITAM 7 Mei - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mengesan satu kes pemalsuan harga kenderaan oleh sebuah syarikat pengimport kereta mewah di negara ini melibatkan nilai cukai sebanyak RM20 juta sebulan.

Ulasan: Bagus kerana berjaya mengesannya. Semoga keadilan di negara ini sampai ke hujungnya, iaitu dihukum seadilnya.

Isu Shahrir: BBC adakan mesyuarat khas Isnin

KUALA BERANG 7 Mei - Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC) akan mengadakan mesyuarat khas dengan Datuk Shahrir Samad pada Isnin ini, bagi merayu beliau menarik balik keputusan meletakkan jawatan sebagai pengerusi kelab itu.
Shahrir kelmarin mengambil tindakan drastik meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi BBC kerana kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ulasan: Kepada Datuk Shahrir (dan semua): Selamat pertahankan prinsip. Apa guna ramai kawan kalau tidak punya integriti. Sokonglah kebenaran kerana kebenaran bukan kerana ia datang dari mulut tertentu.

Prinsip BN kekal - PM -- Ahli Parlimen kerajaan tidak dibenar sokong usul pembangkang

SEPANG 7 Mei - Prinsip Barisan Nasional (BN) yang tidak membenarkan Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota. Itulah ingatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran peletakan jawatan Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Parlimen Barisan Nasional (BBC), Datuk Shahrir Samad yang cuba `menongkah arus' daripada prinsip itu Selasa lalu.
Kata Perdana Menteri, perkara itu adalah keputusan parti dan merupakan satu prinsip yang perlu disokong oleh semua.

Ulasan: Terima kasih kerana memberitahu prinsip yang di pegang oleh BN. Rupa-rupanya pendirian BN tersangat jauh berbeza dengan Islam. Islam mengajar kita, dan begitulah kita dibesarkan, supaya berpegang kepada mana yang betul tak kira dari siapa datangnya. Seperti kata-kata Saidina Ali r.a. supaya memerhatikan ma qala (apa yang di perkatakan) BUKAN man qala (siapa yang bercakap).

Terimalah kebenaran kerana ia kebenaran bukan kerana siapa memperkatakannya.

Thursday, May 04, 2006

58th Israel Independence Day

Israelis have begun celebrations around the country to mark their country's 58th Independence Day.

Ulasan: Mahu tidak mahu kena terima kenyataan bahawa sudah 58 tahun rakyat Palestin, tidak kira agama Islam atau Kristian, menderita dalam berbagai cara dan menjadi pelarian di negara sendiri melalui Perjanjian Balfour 1917.

Sejak Perang Dunia I, kerajaan British sebagai kuasa besar (Great Power) pada waktu itu terlalu suka mewujudkan negara Yahudi di Palestin sekaligus menyokong cita-cita Zionist. Dan sampai kini, negara besar dan kuat khususnya Amerika Syarikat di perkudakan oleh negara kecil, Israel untuk kepentingannya. Rupa-rupanya kuat tapi boleh dikudakan.

Bantulah perjuangan untuk rakyat Palestin hidup bebas merdeka setakat yang mampu dan berdoa supaya Allah beri kemenangan kepada mereka. Tunggu…lawan tetap lawan.

Plat JJJ 1 terima tender RM151,000

KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran kenderaan JJJ 1 menerima tawaran tender RM151,000, iaitu yang paling tinggi pernah dicatatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar berkata, pemilik kenderaan sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan berikutan persepsi nombor seumpama itu membawa tuah dalam hidup mereka.

Ulasan: Dulu sibuk nak beli kereta, kini sibuk habiskan masa dan wang untuk beli nombor yang cantik mengikut cita rasa sendiri. Jangan habiskan masa untuk dunia yang sementara ini. Asalkan halal, guna untuk perkara yang di redaiNya...

Berkas pantau gejala sosial

SUNGAI PETANI: Gejala sosial di kalangan masyarakat pada masa ini, terutama remaja, memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya. Tanggungjawab membentuk peribadi remaja hari ini bukan saja terletak di bahu pihak berkuasa atau kerajaan malah semua lapisan masyarakat.

Ulasan: Gejala sosial dirasakan oleh semua terutama sekali ibubapa dan orang lain yang menderita akibatnya. Tapi pihak berkuasa atau kerajaan bertanggung jawab supaya menjaga remaja di luar rumah, kerana kuasa yang ada pada ibubapa adalah terhad. Semua Menteri dan semua jentera kerajaan kena strict supaya remaja kita menjadi warganegara dunia dan akhirat yang hebat.

Iran beli beras Thai, Vietnam

BANGKOK: Iran merancang membeli beras dari Thailand dan Vietnam sebagai persediaan kemungkinan dikenakan sekatan ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung program nuklearnya, kata pengeksport Thai semalam.

Ulasan: Pesanan kepada Malaysia – jangan sekali-kali lupa pertanian walaupun kita nanti sudah menjadi negara maju… Negara maju bukan kerana infrastrukturnya tapi pemikirannya.

Ahli Parlimen ‘ganggu’ kes rampas kayu bergergaji

PUTRAJAYA: Seorang Ahli Parlimen dikatakan ‘mengganggu’ Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berhubung kes rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia di Sungai Linggi, Melaka, baru-baru ini.

Ulasan: Janganlah tunjuk kekuatan dengan mengganggu staf kerajaan yang sedang melaksanakan kerja berdasarkan undang-undang yang ada. Wakil rakyat yang benar-benar mewakili rakyat tidak akan belot kepada negara. Sebagai pemutus undang-undang (law-maker) ikutlah undang-undang yang ada. Kalau tidak puas hati, sila buat undang-undang baru…

2,608 biawak, kura-kura cuba diseludup ke Thailand dirampas

KOTA BHARU 3 Mei - Sebanyak 2,172 ekor biawak dan 436 kura-kura bernilai RM56,488 yang dipercayai cuba diseludu ke negara jiran dirampas oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan di Kampung Che Latif, Jalan Kuala Besar, di sini awal pagi ini.

Ulasan: Bersyukur kepada Allah kerana kita sebagai umat Islam diharamkan memakan binatang-binatang itu yang dipercayai akan dipasarkan ke restoran makanan eksotik di negara jiran.

Tentu aman dan nyaman kalau kita amalkan Islam hatta binatang pun…

Dr. Mahathir diminta tidak campuri urusan negara

KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkotakan janjinya untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran negara selepas bersara.

Ulasan: Amboi sedap cakap mentang-mentang jadi Menteri. Seorang demi seorang Menteri berani melepaskan kata-kata tersebut bila kehabisan modal untuk menghadapi hujjah yang dibawa oleh bekas PM.

Sebagai rakyat biasa (bukankah rakyat hakim negara?) siapa saja boleh bercakap untuk pastikan negara di dalam landasan yang betul.
Ingat bahawa kerajaan tidak semesti pandai dalam semua perkara (you can have everything except brains)… Lebih-lebih lagi BN yang terlalu lama memerintah Malaysia. Rakyat semua tahu siapa yang siakap senohong gelama ikan duri sewaktu pilihan raya…

Kasino dan pusat perjudian di Pulau Jerejak?

PULAU PINANG 3 Mei - Alasannya ialah untuk menarik lebih ramai pelancong asing memandangkan Pulau Pinang hanya mempunyai dua sumber ekonomi iaitu pembuatan dan pelancongan.

Ulasan: UMNO diam saja? Nanti anak cucu orang kita akan merempat menjadi pekerja bawahan pusat perjudian di negara sendiri.. Dalam perkara yang diharamkan oleh Allah secara jelas pun kita bersusah payah untuk teroka juga?

Jangan libatkan diri dalam perkara-perkara yang diharamkan walaupun jelas akan untung berton-ton duit. Kebanyakannya melibatkan ketagihan seperti judi, arak dan zina sebagai contoh. Pemimpin kena fikir bagaimana negeri dan negara kita boleh maju tanpa sebarang sampah kemajuan…