Monday, May 23, 2011

Roboh atau kekal ikut laporan JKR

HULU LANGAT 22 Mei - Keputusan sama ada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini dikekalkan atau dirobohkan akan bergantung kepada siasatan teknikal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung bagaimanapun mengakui pemantauannya hari ini mendapati rumah itu yang terletak di lereng bukit yang curam dan sangat bahaya untuk didiami.

"Saya diberitahu rumah ini telah lama dibina iaitu melebihi 15 tahun. Ketika itu, undang-undang tidak mewajibkan kebenaran diminta untuk membina rumah di lereng bukit apatah lagi ini kawasan pedalaman yang kebanyakan tanahnya digunakan untuk pertanian.

"Tidak ada salahnya mereka membina rumah ini ketika itu lebih-lebih lagi ia adalah tanah persendirian. Cuma pada tahun lalu kementerian mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kerajaan tempatan agar pembinaan di lereng bukit menepati spesifikasi tertentu," katanya…

Ulasan: Bagaimana dengan bangunan kerajaan yang khabarnya tidak mendapat pengesahan dari Bomba dan tiada Sijil Kelayakan Menduduki ( CFO )?

Nasib kilang Lynas ditentukan hasil kajian pakar dilantik kerajaan

KUALA LUMPUR 22 Mei — Masa depan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang kini nampaknya bergantung pada hasil kajian pakar yang dilantik kerajaan untuk menilai semula aspek keselamatan projek itu.

Pada mulanya, Lynas Corporation Ltd. of Australia, pemilik kilang itu, merancang untuk menyiapkan pembinaan loji utamanya menjelang September ini.

Bagaimanapun, tarikh yang disasarkan itu kini menjadi persoalan kerana kerajaan akan membuat keputusan tentang masa depan Lynas hanya selepas menerima hasil kajian dan syor panel pakar berkenaan yang dijangka diserahkan kepadanya pada bulan depan…

Ulasan: Kesihatan rakyat: BN mengutamakan rakyat ATAU mengutamakan kroni?

Potong cerun tak ikut spesifikasi

HULU LANGAT 22 Mei - Pemotongan cerun yang tidak mengikut spesifikasi selain aktiviti penebangan pokok getah di atas cerun berkenaan dipercayai menjadi punca kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 nyawa di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, di sini, semalam. 

Menurut Penyelaras Program Bencana Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Tajul Anuar Jamaluddin, jangkaannya itu dibuat setelah meneliti sendiri keadaan di sekitar tempat kejadian itu pagi ini…

Ulasan: Pengalaman building disasters seluruh dunia menunjukkan kemalangan pembinaan cuma berlaku bila berlaku penyelewengan oleh manusia. Kerana undang-undang alam yang dijadikan Allah adalah exact. Eloklah bertanyakan pakar dalam hal yang kita tidak tahu. Sudah terjadi kemalangan tiada guna cakap.

Bunuh 20 penunjuk perasaan, polis Mesir dihukum mati

KAHERAH 23 Mei - Mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang anggota polis kerana membunuh 20 penunjuk perasaan, kali pertama hukuman seperti itu dijatuhkan kepada anggota keselamatan kerana membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan pada Januari hingga Februari lepas.

xxx xxxx didapati bersalah kerana menembak mati secara rawak 20 orang penunjuk perasaan dan mencederakan 15 yang lain untuk menangkis serangan rusuhan di balai polis pada 28 Januari lepas, salah satu kejadian berdarah semasa tunjuk perasaan diadakan…

Ulasan: Kerajaan yang adil tidak memberikan lessen kepada polis untuk membunuh rakyat. Jangan hanya ikut arahan tetapi timbang ikut rasa hati.

Wednesday, May 18, 2011

Mubarak akan minta maaf pada rakyat Mesir

KAHERAH 17 Mei - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan meminta maaf kepada seluruh negara dan memohon pengampunan tidak lama lagi, tiga bulan selepas beliau digulingkan dalam pemberontakan rakyat.

Hasrat Mubarak itu dilaporkan oleh akhbar bebas al-Shorouk, hari ini dengan memetik sumber kerajaan Mesir dan Arab.

"Mubarak sedang merangka sepucuk surat yang akan disiarkan di saluran televisyen Mesir dan Arab, untuk memohon maaf bagi pihak dirinya dan keluarganya atas sebarang kesalahan yang dilakukan terhadap rakyat," lapor al-Shorouk.

Beliau juga akan memohon maaf 'kerana sebarang tindakan yang mungkin berpunca daripada maklumat salah yang disampaikan kepadanya oleh para penasihat beliau', menurut laporan itu.

Bekas Presiden Mesir itu dan isterinya, Suzanne kini ditahan di sebuah hospital di pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah selepas kedua-dua mereka mengalami serangan jantung semasa disoal siasat berhubung dakwaan rasuah…

Ulasan: Sewaktu diambang kekuasaan, ingatlah sama bahawa kita akan mati juga.

Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tidur di penjara

Strauss-Kahn tidur di penjara

NEW YORK 17 Mei – Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn tidur di dalam penjara Rikers Island malam tadi selepas hakim tidak membenarkan beliau diikat jamin berhubung dakwaan cuba merogol seorang pekerja hotel di bandar raya ini.

Diasingkan daripada banduan lain demi keselamatannya, Strauss- Kahn ditempatkan di bilik kurungan seluas 3.5 meter kali 4 meter dan diberi alas tidur, sebiji cawan, sabun, syampu dan ubat gigi.

Tiga malam sebelumnya, beliau tidur di sebuah bilik hotel dengan bayaran penginapan sebanyak AS$3,000 (RM9,000) semalam, dilengkapi bilik persidangan, bilik rehat, bilik mandi berdinding marmar dan sebuah bilik tidur yang serba mewah….

Ulasan: Ada orang yang seronok di penjara? Dunia adalah penjara bagi orang mukmin.

DNA babi: Jakim batal sijil halal syarikat bekal ramuan roti

PUTRAJAYA 17 Mei - Pengguna Islam dinasihatkan berhati-hati memilih makanan berasaskan roti, pastri dan kek di pasaran selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan permohonan sijil halal sebuah syarikat pembekal bahan tersebut.

Syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut dikesan membekalkan bahan ramuan tidak halal tersebut kepada beberapa pasar raya dan restoran terkenal di negara ini.

Pembatalan itu dibuat hasil Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan 12 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Bahagian Hab Halal Jakim memberitahu, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan tepung telur dan tepung susu (whole egg powder dan whole milk powder) yang digunakan oleh syarikat itu.

Menurutnya, berikutan pertemuan itu semua pemegang dan pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran syarikat itu diminta mengambil beberapa tindakan dengan segera.

"Pemegang dan pemohon baru sijil halal Jakim perlu menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka juga perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut kenyataan itu.

Ulasan: Mengapa kita menjadi bangsa pengguna? Galakkan anak-anak supaya menjadi usahawan dan menyelamatkan dari kemelut ini.

Disiplinkan pelajar asing

PUTRAJAYA 17 Mei – Jabatan Imigresen menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan kursus kesenian dan kebudayaan kepada pelajar warga asing bagi meningkatkan disiplin dan pengetahuan mereka tentang budaya hidup bermasyarakat di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Alias Ahmad berkata, penawaran kursus tersebut sedikit sebanyak akan membantu pihak berkuasa menangani masalah sosial yang ditimbulkan oleh warga asing terutama warga Afrika….

Ulasan: Selamat mendisipkan pelajar asing supaya negara dan rakyat tempatan tidak merana dengan kedatangan mereka.

Flat condong: Kerajaan P. Pinang digesa bertindak

GEORGE TOWN 17 Mei - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang digesa mengambil tindakan segera berhubung insiden rumah pangsa di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru di sini yang didakwa condong sejak empat tahun lepas.

Seorang penduduk, Roswadi Mat Saad, 39, berkata, sebuah blok di kawasan rumah pangsa itu condong akibat mendapan tanah yang berlaku apabila air memasuki bawah lantai unit di tingkat bawah ketika hujan.

"Kesannya dapat dilihat dari dekat, keadaan itu menyebabkan permukaan koridor di rumah pangsa berkenaan tidak rata, dan penduduk di blok berkenaan, terutama yang mendiami kawasan di tingkat bawah, terpaksa membaiki rumah mereka untuk mengelak air masuk ke dalam rumah," katanya di sini, hari ini…

Ulasan: Lantik perunding untuk menyiasat dan bawa kes itu ke mahkamah. Biasanya ada tangan-tangan yang bertangungjawab tapi pihak perunding memberikan kesahihannya.

Pertahankan khazanah keharmonian rakyat

Pertahankan khazanah keharmonian rakyat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 17 Mei – Keharmonian antara kaum di negara ini merupakan khazanah paling berharga yang perlu dipertahan dan diperkukuhkan oleh seluruh rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, asas kepada pengukuhan khazanah tersebut adalah dengan memelihara hubungan baik antara kaum serta saling menghormati kepercayaan yang dianuti setiap anggota masyarakat…

Ulasan: Tinggalkan parti yang menjaga hak masing-mangsa bangsa. Marilah kita sama-sama berfikir untuk menjaga kita bersama.



Dunia perlu cegah kelahiran 'Osama baru'

IPOH 17 Mei - Dunia perlu memikirkan langkah yang lebih besar dan menyeluruh bagi menghindarkan kelahiran lebih ramai 'Osama baru' yang boleh menggugat keamanan dunia…

Ulasan: Lebih ramai Osama baru akan lahir bila negara besar mendera sewenang-wenangnya negara miskin.

Maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di sini, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, bekas pegawai berusia 62 tahun itu difahamkan berpangkat asisten supritendan sebelum bersara, cuba melarikan diri menerusi tingkap hotel namun terjatuh di beranda tingkat lima hotel itu….

Ulasan: Bernikah lebih baik dari bermaksiat. Dapat pahala dan dapat berseronok secara halal.

Fahaman pluralisme, Islam liberal menyimpang

IPOH 17 Mei - Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang berakhir hari ini sepakat meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa aliran pemikiran Islam liberal dan pluralisme agama sebagai terkeluar daripada Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebarang penyebaran fahaman tersebut tidak seharusnya dibenarkan di kalangan ummah kerana umat Islam wajib bersifat eksklusif dan haram mencampuradukkan akidah serta ibadah Islam dengan agama lain.

"Dalam al-Quran itu sendiri pun telah mengatakan bahawa agama yang diterima Allah ialah Islam, tetapi itu tidak bermakna kita bermusuh dengan agama lain.

"Liberalisme misalnya mengatakan bahawa wahyu itu boleh ditafsir semula. Itu tidak boleh diterima kerana wahyu itu adalah daripada Allah.

"Yang kedua, tidak ada dalam ayat dalam al-Quran yang dipanggil tidak relevan, sebagaimana didakwa oleh golongan liberal yang berpegang kepada pendapat kemanusiaan. Mereka mengatakan hukum hudud sebagai tidak berperikemanusiaan walhal ia sebenarnya bertujuan untuk pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penutup Muzakarah Ulama dan Cendekiawan Islam 2011 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah….

Ulasan: Jalan terselamat ialah dengan mengamalkan Islam bila-bila masa pun seperti diamalkan oleh Rasul SAW dan sahabat RA iaitu dengan mengikut Quran dan Sunnah Rasul SAW. Hanya orang Islam yang jiwanya miskin yang menegakkan sesuatu yang baru, bid’ah, dalam Islam dan jelas itu sebenarnya tiada tempat dalam ajaran Islam. Rugi dan merosakkan diri sendiri dan orang lain.

Dedah segera demi kredibiliti polis

KUALA LUMPUR 17 Mei - Kredibiliti pihak polis akan terus terjejas jika masih teragak-agak untuk mendedahkan identiti pelaku dalam rakaman video seks sedangkan seseorang telah dikaitkan dengan skandal itu.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, polis akan dituduh mempunyai kepentingan politik jika terus bermain 'tarik tali' memandangkan video seks itu sudah menjadi isu nasional…

Ulasan: Jangan sampai RAKYAT jadi tidak lagi percaya kepada polis kita.

Dukacita Israel tembak kapal bantuan kemanusiaan

OXFORD 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Israel menembak kapal bantuan kemanusiaan, MV Finch yang ditaja Malaysia pada awal pagi Isnin lalu sebagai tanda kezaliman rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.

Sambil melahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu, Perdana Menteri menegaskan, tembakan tidak boleh dilepaskan terhadap kumpulan yang membawa bantuan kemanusiaan daripada orang awam tambahan pula tidak bersenjata, walaupun untuk tujuan amaran.

Menurut beliau, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin meskipun menghadapi banyak halangan dan rintangan.

“Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis minum teh dengan penuntut-penuntut Malaysia di sini semalam.

Najib mengulas insiden kapal itu yang dipintas dan diserang oleh tentera laut Israel semasa tiba di perairan berhampiran Rafah, Mesir.

MV Finch yang membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza, diserang pada pukul 6.54 pagi waktu Jordan (kira-kira pukul 11.54 pagi waktu Malaysia)…

Ulasan: Bantulah warga Palestin yang 63 tahun didera oleh Israel. Insya Allah kita tidak akan berhenti membantu Palestin selagi Israel mendera warga Palestin.

Pembangkang pandang sinis Kuan Yew berundur

SINGAPURA 15 Mei – Keputusan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong untuk berundur daripada Kabinet disambut dengan sinis oleh pembangkang di negara ini.

Pemimpin Parti Pembaharuan, Kenneth Jeyaretnam yang juga anak lelaki kepada tokoh pembangkang veteran, mendiang J.B. Jeyaretnam menyifatkan keputusan tersebut sebagai kempen perhubungan awam, lebih-lebih lagi kerana dua bekas Perdana Menteri itu akan terus menganggotai Parlimen.

“Keputusan itu hanya kempen perhubungan awam untuk menunjukkan seolah-olah ada pembaharuan tetapi sebenarnya terpulang kepada pengundi sendiri untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai langkah tersebut,” kata Jeyaretnam, hari ini.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Chee Soon Juan yang pernah menjalani hukuman penjara dan membayar denda selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Kuan Yew sebelum ini berkata, bekas Perdana Menteri itu patut ‘bersara sepenuhnya dari arena politik’.

“Meninggalkan terus arena politik akan benar-benar menandakan lembaran baru bagi politik di Singapura dan untuk demokrasi mula mencapai kemajuan yang tergendala selama ini,” kata Soon Juan.

Pengendali laman web sosiopolitik bebas, www.littlespeck.com, Seah Chiang Nee, bagaimanapun berkata, perubahan akan tetap berlaku berikutan pengunduran kedua-dua bekas Perdana Menteri itu daripada Kabinet.

“Daripada satu segi, orang tidak lagi akan berasa bimbang diri mereka sentiasa dipantau atau diancam dengan tindakan saman,” katanya.

Penganalisis politik percaya keputusan Kuan Yew, 87 dan penggantinya selepas itu, Chok Tong, 70, boleh membuka laluan kepada pembaharuan berikutan keputusan terburuk yang dicapai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum pada 7 Mei lalu.

Langkah kedua-dua veteran politik itu dipercayai didorong oleh keputusan pilihan raya yang mendedahkan kemarahan mendalam rakyat terhadap PAP dan mengesahkan hasrat golongan muda Singapura untuk melihat sistem politik lebih terbuka yang meliputi mekanisme sekat dan imbang.

“Keputusan (untuk berundur) mencerminkan langkah pertama ke arah pembaharuan PAP secara serius, satu transformasi daripada generasi ke generasi,” kata profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura, Bridget Welsh.

Welsh berpendapat Kuan Yew sepatutnya sudah bersara lama sebelum ini kerana beliau dilihat sudah terputus hubungan dengan rakyat Singapura kontemporari. – AFP

Ulasan: Akhirnya Kuan Yew akan pergi kerana Singapura buka hak mutlaknya. Selamatlah wahai orang muda mengendalikan negara anda tanpa menyusahkan jiran-jiran anda. 

Hentikan perdagang wanita

Rohayu Rusli (sumber harakahdaily.net ) 

Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.

Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.

Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.

Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum. Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa. Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.

Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.

Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.

Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris. Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya. Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.

Rohayu Rusli,
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Ulasan: Muliakan wanita kita kerana emak kita juga wanita. Didiklah supaya mereka sedar lalu menjaga maruah mereka. Wanita bukanlah objek memuaskan seks lelaki.

Monday, May 16, 2011

Polis diseru bersama rakyat bantah Lynas

Harakahdaily  

KUANTAN, 16 Mei: PAS hari ini menasihatkan pihak polis untuk sama turun padang bersama-sama dengan rakyat untuk memprotes loji pemproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
 
“Kita memahami sebagai sebuah badan kerajaan, mereka terpaksa akur kepada kerajaan yang ada. 
 
Akan tetapi, kita amat berharap pihak polis yang sifatnya menjamin keselamatan rakyat dan negara, mereka juga sebenarnya patut turun padang bersama rakyat membantah projek yang mengancam keselamatan rakyat negara ini,” nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Empat orang rakyat Malaysia ditahan polis di sini semalam kerana membantah loji pemproses nadir bumi di Gebeng milik Lynas Corp, sebuah syarikat Australia yang bakal membawa bahan nadir bumi yang mempunyai kandungan sisa radioaktif Thorium ke negara ini mulai September depan.
 
Mereka yang ditahan termasuk Setiausaha Publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan setiausaha penganjur, Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP.
 
Sebagai reaksi balas kepada tindakan polis tersebut, Tuan Ibrahim menasihatkan pasukan keselamatan untuk bertindak secara lebih adil ke atas rakyat yang mengadakan bantahan terhadap projek Lynas, sebuah projek syarikat asing di bumi sendiri, yang bukan dilakukan untuk berseronok tetapi disebabkan kebimbangan masa depan keselamatan mereka.
 
“PAS juga mengharapkan suatu mekanisma dikemukakan kepada rakyat yang membantah projek ini. Seperti memberikan kebenaran untuk mereka untuk mengadakan perhimpunan dan bantahan kerana ini adalah hak yang dijamin oleh perlembagaan. 
 
Namun, pada waktu yang sama, mereka harus menghormati undang-undang dan peraturan yang ada,” tambahnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. 
 
Menurut Tuan Ibrahim, hakikatnya rakyat hanya bangkit membantah sebuah syarikat asing yang lebih rela membina kilang pemprosesan nadir bumi di negara lain daripada negara sendiri, bahkan negara mereka sendiri tidak mahu menerima kembali sisa radioaktif yang didakwa Lynas tidak berbahaya dan tidak mengancam keselamatan manusia dan persekitaran.
 
“Kalau ianya tidak bahaya, boleh ke kita senaraikan tiga buah negara sahaja yang sedia terima sisa tersebut?” tanya beliau.

“Bahkan sisa thorium yang dikatakan boleh digunakan bagi menjadi sumber menjana tenaga nuklear sepatutnya ada negara akan sanggup mengambilnya secara percuma.”
 
Tegasnya, rakyat hanya membantah kerana kebimbangan mereka, apatah lagi kesan kepada kesihatan manusia dan persekitaran akibat sebuah kilang nadir bumi yang dikendalikan oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak, yang beroperasi pada tahun 1980-an dan 1990-an masih terpahat di minda rakyat.
 
“Sebagai contoh, kalau berlaku musibah akibat malapetaka alam, seperti banjir besar, tsunami dan kecuaian manusia, apakah jaminan keselamatan rakyat sekitar? Jika berlaku musibah, semua akan terkena, polis dan FRU juga akan terkena,” Tuan Ibrahim memberikan ingatan.
 
Kemarahan awam terus memuncak terhadap pembangunan kilang Australia Corp Lynas nadir bumi di Gebeng kerana kebimbangan terhadap keracunan radiasi tidak dapat dielakkan terhadap masyarakat dan lingkungan sekitarnya.  
 
Rakyat juga kelihatan kurang yakin dan percaya akan jaminan yang diberikan dari kerajaan dan Lynas bahawa operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah kerana kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas, bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu sumber utama radiasi - akan dibuang.
 
Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas dijangka akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Menurut pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan, jumlah tersebut adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu.
 
Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Hasil daripada tekanan bantahan rakyat, kerajaan telah mengarahkan Agensi nuklear PBB - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menubuhkan sebuah panel pakar untuk memberi nasihat mengenai potensi risiko radiasi dari kilang tersebut. 

Lynas kelihatan amat yakin terhadap panel bebas tersebut, dengan berkata bahawa kajian yang bakal dikeluarkan dipercayai tidak akan memberi kesan kepada jangkaan tarikh siap projek itu, iaitu September tahun ini.

Ulasan: Utamakan rakyat ATAU utamakan kroni, kesihatan rakyat diperjudikan? 


Tak payah ajak PAS, UMNO memang pecah belah

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Para pemimpin UMNO tidak perlu sibuk dengan usaha untuk membawa masuk PAS ke dalam BN kerana PAS tetap utuh dengan dasar perjuangannya yang suci sejak ditubuhkan dulu, berbanding UMNO yang mengamalkan dasar pecah belah. 

Sebaliknya, Umno perlu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum berusaha ke arah itu bagi membolehkan Umno menilai diri sendiri yang selama ini penuh dengan pengkhianatan terhadap PAS yang juga dipimpin dan dianggotai orang-orang Melayu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) berkata, masalah perpecahan dan perkelahian adalah masalah Umno sendiri dan ia ternyata berbeza sama sekali dengan PAS.

Menurut beliau, sebaliknya perjuangan politik PAS amat jelas sejak ditubuhkan dulu hingga selamanya yang tidak berkelahi dengan sesiapa termasuk bersama Umno, orang-orang Melayu serta kaum-kaum lain dan penganut-penganut agama lain.

Katanya, PAS adalah parti yang memperjuangkan prinsip-prinsip Islam yang tentunya merupakan prinsip-prinsip terbaik bagi seluruh manusia tanpa mengira kaum dan ia tentu berbeza sama sekali dengan perjuangan Umno.

"Jadi, berbalah itu memang cara Umno, bukan cara PAS. Kenapa pula dikatakan nak bawa masuk PAS ke dalam BN untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri. Sedangkan dalam PAS tak timbul itu semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama semalam yang mengatakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berazam untuk membawa masuk PAS ke dalam BN sebagai usaha menyatupadukan orang Melayu….harakahdaily.net

Negara seribu fitnah

Benarlah seperti kata Plato “Rakyat yang kacau itu lahir dari pemimpin yang kacau” Masyarakat Malaysia sememangnya sudah lama kacau pemikirannya, fitnah, dendam, adu domba, korupsi menjadi hal biasa, oleh kerana terbiasa sehingga bagi siperlaku tidak sedikit pun merasa bersalah atau berdosa di atas perbuatannya. Malangnya semua perbuatan keji itu dimulai dari atas, oleh para pemimpin politik.

Lihat artikel ‘Negara seribu fitnah’ oleh Rossem. (http://demitinta.blogspot.com/2011_03_01_archive.html)