Thursday, May 25, 2006

Defisit tunai TNB berkurangan RM2b

TENAGA Nasional Bhd (TNB) menjangkakan defisit tunainya akan menurun dengan ketara kepada RM2.3 bilion daripada RM4.3 bilion tahun depan berikutan semakan semula kadar tarif elektrik.

Ulasan: Inilah jadinya kalau syarikat besar pun berfikir serupa dengan peniaga pasar malam iaitu kenaikan kos sentiasa ditanggung oleh pengguna. Kalau rugi atau untung sedikit, naikkan harga. Bila untung banyak, senyap makan sorang-sorang…
Rupanya sama saja – semua melihat kepada kocek pengguna.


MB tak mahu tanah lapang jadi korban

BAHAU: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan meluluskan lagi permohonan membangunkan kawasan lapang, terutama padang awam atau padang sekolah di negeri ini bagi tujuan pembangunan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ulasan: Eloklah di ikuti oleh pak menteri di peringkat pusat dan Menteri Besar di setiap negeri. Jangan tengok tanah lapang sebagai lombong emas buat duit. Kerajaan di pilih oleh rakyat mestilah amanah untuk menjaga dan memakmurkan negara.


Dewan Negara: Selaras harga minyak ikut pasaran dunia

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyelaraskan semula harga minyak di stesen minyak jika harga bahan api di pasaran dunia turun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Katanya, kerajaan pada dasarnya mahu mengurangkan subsidi dan jika harga minyak dunia turun, harga minyak di pam perlu diselaraskan supaya keuntungan ini dapat dikembalikan kepada pengguna.

Ulasan: Kita tunggu dan lihat. Tapi kalau berdasarkan rekod pengalaman lama pemerintahan BN, tepuk dada sendiri.


‘Kenaikan tidak membebankan rakyat’

KUALA LUMPUR: Beberapa pihak, termasuk ahli Dewan Negara dan persatuan pengguna menyifatkan kenaikan purata 12 peratus kadar tarif elektrik sebagai adil kerana mengambil kira kemampuan golongan berpendapatan rendah.

Ulasan: Kalau hendakkan kerajaan baru yang perihatin kepada rakyat, pilihlah parti alternatif didalam pilihan raya depan. Kita perlu beri kerajaan baru selama satu penggal akan kenalpasti penyelesaian cara baru selain dari kaedah tradisional iaitu menaikkan harga. Let’s try…


Tiada alasan harga barang naik: Khalib
KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan semalam, tidak sepatutnya menyebabkan peningkatan harga barang kerana bekalan elektrik hanya menyumbang kira-kira lima peratus daripada kos operasi sesebuah perniagaan.
Presiden merangkap Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Che Khalib Mohamad Noh, berkata tarif baru hanya membabitkan kenaikan minimum terhadap kos keseluruhan operasi peniaga.

Ulasan: Kalau syarikat besar ikut cara pemikiran syarikat kecil, jangan mengajar syarikat syarikat kecil. Seronoklah boleh tekan pengguna…


Bukan Islam masuk Pas helah politik

PASIR PUTEH 24 Mei - Perubahan sikap kepimpinan Pas sehingga mula sanggup membuka keahlian kepada bukan Islam hanya helah politik kerana terdesak untuk mencari peluang menguasai pemeritahan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah berkata, langkah itu adalah sebahagian strategi baru bagi mendapat mandat untuk memerintah sehingga boleh menghalalkan perkara yang pernah `diharamkan' parti itu sejak sekian lama.

Ulasan: Memang pun setiap parti berdaftar di Malaysia berniat menguasai pemerintahan. Pemerintahan Islam terbukti telah memberi kemakmuran, keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Oleh itu jangan risau…


7,000 kilang di Selangor berpotensi cemarkan alam sekitar - JAS

KUALA LUMPUR 24 Mei - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akhirnya membuka mulut dengan membuat satu pendedahan - terdapat kira-kira 7,000 buah kilang di Selangor yang berpotensi menjadi pencemar alam sekitar.

Namun, JAS juga turut memberi justifikasi. Pihaknya hanya mempunyai 100 penguat kuasa di negeri itu yang perlu menangani masalah tersebut. Nisbahnya ialah 1:70.
Daripada jumlah 7,000 kilang itu, lebih 2,900 disahkan menghasilkan buangan toksik berbahaya. Selebihnya dikenal pasti menyebabkan pelbagai bentuk pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Ulasan: Elakkan negara dari tercemar sepatutnya bermula lebih dari 10 tahun lalu. Alasan boleh dicari. Yang penting kalau tak sayangkan negara sila berhenti supaya orang yang sayangkan negara boleh laksana kerja.

Wednesday, May 24, 2006

Gadis lulusan IPT jadi GRO

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara semalam mendedahkan ada gadis kampung yang berpendidikan tinggi menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan gadis urut pada waktu malam bagi meraih pendapatan tambahan lumayan.

Ulasan: Satu lagi rahsia umum. Rakyat sudah lama tahu cerita ini, tapi kenapa kerajaan yang kita pilih melalui pilihan raya MASIH LAGI tak mahu tutup jalan-jalan kearah maksiat? Well, kalau kita atau nafsu kita sukakan sesuatu, tidak mungkin kita melarangnya.
Paling kurang: Haramkan wanita Melayu menjadi GRO.


5 beradik diberhentikan sekolah

JITRA: Seorang bapa dari Kampung Pulau Kecil, Tunjang, dekat sini terpaksa menghentikan persekolahan lima anaknya kerana tidak mampu menanggung mereka disebabkan kemiskinan.
Peniaga ubat tradisional, Ahmad Harun, 46, terpaksa membuat keputusan itu dengan berat hati kerana pendapatan kira-kira RM200 sebulan tidak mampu menyekolahkan anaknya.

Ulasan: Semua jiran, peniaga dan orang kaya berdekatan, pegawai daerah, dan wakil rakyat sewajarnya membantu orang yang miskin. Menteri Besar Kedah sila pantau.
Pengedar ubat tradisional mungkin boleh edarkan ubatan keluaran En. Ahmad Harun. Boleh cuba E-dagang?



Wanita dijangkiti Aids tuntut RM3.25 juta

ALOR STAR: Wanita yang dijangkiti Aids melalui pemindahan darah di Hospital Jitra enam tahun lalu, semalam mengurangkan tuntutan ganti ruginya daripada Kerajaan Malaysia kepada RM3.25 juta, berbanding RM100 juta sebelum ini.
Tuntutan yang merangkumi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan itu difailkan oleh peguamnya, Jagdeep Singh Deo di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Jagdeep ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pengurangan jumlah tuntutan bukan bermakna anak guamnya, Bashah Mustaffa, 52, beralah, tetapi tetap berpegang kepada pendirian bahawa satu ganti rugi yang munasabah perlu diberikan sebagai pengajaran supaya kecuaian serius seumpama itu tidak berulang.
Sebelum ini, Bashah dan suaminya, Halim Hamid, 53, yang juga plaintif kedua memohon ganti rugi RM100 juta kerana disuntik darah tercemar HIV ketika menjalani pemindahan darah di Hospital Jitra, pada 29 April 2000.

Ulasan: Terlalu banyak kes yang berlaku tanpa pembalasan yang wajar semata-mata kerana kita rakyat yang miskin. Kita bersama-sama doa supaya kes ini menang di mahkamah sebagai pengajaran supaya kecuaian serius seumpama itu tidak berulang. Ingatkah peneroka Felda yang mati beberapa bulan sebelum ini? Lawan tetap lawan.


Pas Kelantan dibidas

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pas Kelantan dibidas kerana menggunakan kaum wanita untuk mempromosi program dinar emas dan dirham perak yang didakwa mereka akan diperkenalkan di negeri itu.

Ulasan: Yang tak betul, sila betulkan. Tapi jangan terlupa, yang penting laksanakan penggunaan dinar emas dalam ekonomi. Barulah USA kelamkabut sebab wang dollar nya tidak laku…

Tuesday, May 23, 2006

Israelis aim to sue Ahmadinejad (BBC, Monday, 22 May 2006, 18:17 GMT 19:17 UK)

Mr Ahmadinejad has made a series of strong anti-Israel comments
A group of Israeli diplomats wants to sue Iran's President Mahmoud Ahmadinejad for incitement to genocide.

Lawyers are preparing to send a file on Mr Ahmadinejad, who has repeatedly called for the destruction of Israel, to the International Court of Justice.
Among those backing the move are former Israeli ambassadors to the UN and the US and a former cabinet minister.
They say Mr Ahmadinejad's comments have broken a 1948 UN genocide convention, to which Iran is a signatory.

Comments: If a nation that has a DIGNITY looks at what it is doing: Remember that in 2004 the court ruled that parts of Israel's West Bank "security barrier" that ran through Palestinian land were illegal; Sharon is wanted by the Hague; too many resolutions against Israel passed by the UN but to no avail. Shame on you.

10 tahun baru bertindak -- JAS Selangor siasat syarikat jongkong perak lupus sisa secara haram

KLANG 22 Mei - Kira-kira 48 jam lalu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Datuk Ch'ng Toh Eng meminta bukti berhubung pendedahan Utusan Malaysia mengenai 16 buah syarikat di negeri itu yang menjalankan aktiviti pelupusan sisa aluminium secara haram.
Tetapi hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memberitahu mereka sedang menyiapkan kertas siasatan bagi mendakwa sebuah syarikat pengeluar jongkong perak di Sungai Janggut, Kuala Selangor kerana beroperasi tanpa lesen dan melupus sisa aluminium secara haram.
Malangnya walaupun langkah itu dilihat `satu ketegasan' tetapi kilang tersebut hakikatnya sudah beroperasi selama 10 tahun - satu tempoh yang cukup panjang untuk `satu aktiviti haram'.
Ini baru sebuah kilang, bagaimana dengan kilang-kilang lain yang masih belum dikenakan tindakan biarpun sudah dikatakan terbukti melakukan aktiviti tersebut?
Di mana silapnya? Kenapa selepas 10 tahun, baru sekarang hendak bertindak? Apakah segala aktiviti haram hanya akan dicegah setelah ia didedahkan oleh media?


Ulasan: Pihak yang menjaga alam: menteri, exco dan Jabatan Alam Sekitar tolonglah jaga negara kita supaya sepi dari pencemaran alam sebagai amanah untuk kita serahkan kepada anak cucu kita. BPR minta tolong pantau.

Peniaga dan orang politik jangan cemarkan alam sekitar.

Monday, May 22, 2006

Lebih 100,000 sokong akta antipornografi

JAKARTA: Lebih 100,000 umat Islam mengadakan perarakan di ibu negara republik itu untuk menyokong cadangan undang-undang antipornografi yang menurut pengkritik bakal menghakis imej sekular negara paling ramai penduduk Islam di dunia itu.
Penunjuk perasaan yang tiba dengan bas, mewakili masjid dan kumpulan Islam konservatif, turut menggesa Parlimen segera meluluskan undang-undang itu yang akan mengharamkan perbuatan bercium di khalayak ramai, tarian seksi, sajak, lukisan, foto dan filem mengghairahkan.

Ulasan: Kalau kita sayangkan anak muda kita – our youth everywhere - di seluruh dunia, mahu tidak mahu kita perlu sokong akta antipornografi walaupun dimana kita berada. Kalau tidak, lambat-laun pornografi akan mengambil semua tempat di keliling kita diatas nama atau di sebalik nama seni, budaya, keindahan, kebebasan, pemodernan dan sebagainya. Negara maju di Barat dan di Timur sudah lama merana angkara sampah kemajuan ini. Kita?

Kenapa orang Islam tidak diberikan hak untuk amalkan agama Islam? Apakah menjadi terhina kelompok minoriti Kristian, Hindu dan Buddha bila meninggalkan pornografi? Tanya kepada hati yang merindukan Tuhan.

Ulasan dari kawan yang hadir di Jakarta: Program tu bernama Aksi Sejuta Ummat, yang hadir ada dekat 500,000-an. Meriah dan momen umat bersatu...

Friday, May 19, 2006

BN jamin masa depan lebih baik: PM

KUCHING: Menjelang pengundian Pilihan Raya Sarawak ke-9 esok, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat negeri ini memberi mandat penuh kepada Barisan Nasional (BN) bagi menjamin masa depan lebih baik.

Ulasan: Masa depan tentunya lebih baik sekiranya kita hidup mengamalkan Islam setepatnya.

Faktor geografi punca liputan 100% sukar - Telekom

ALOR STAR 18 Mei - Telekom Malaysia Bhd. (TM) hari ini menjelaskan faktor geografi menjadi antara punca utama syarikat gergasi telekomunikasi negara itu sukar memberi perkhidmatan liputan 100 peratus kepada pelanggannya.

Ulasan: Jangan guna alasan lama. Perkukuhkan R& D. Peniaga seperti TM kena fikir style orang berniaga...

Makin ramai lelaki berpoligami di Indonesia

JAKARTA: Amalan poligami yang dianggap ‘taboo’ atau terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di Indonesia kini sebaliknya semakin banyak diamalkan di negara paling ramai penduduk Muslim di dunia itu.

Ulasan: Alhamdulillah. Cuma pemerintah kena cari jalan untuk mendidik rakyat semua supaya menjadi bertaqwa supaya poligami tidak di salahgunakan.

Elak buat uji kaji politik

SIBU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta pengundi di Sarawak tidak membuat uji kaji dalam pilihan raya negeri Sabtu ini dengan memilih pembangkang kerana ia boleh menjejaskan masa depan penduduk negeri ini.

Ulasan: Cara biasa pemerintah yang sedia ada berkempen. Rakyat mesti sanggup berpindah paradigma untuk mendapat yang baru dari kerajaan baru yang selain BN. Berikan masa satu penggal iaitu 5 tahun akan datang kepada kerajaan baru. Kalau tidak ada perubahan atau tidak patuh kepada janji dan mengamalkan rasuah seperti BN sekarang, rakyat berhak TUKAR kerajaan dalam pilihanraya akan datang. Tidak ada masalah.

Rakyat tentu tahu bahawa parti-parti alternatif adalah parti berdaftar di Malaysia dan selama ini menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan selamat untuk di berikan peluang.

Wednesday, May 17, 2006

Pressure on multi-faith Malaysia (BBC)

Tuesday, 16 May 2006, 23:59 GMT 00:59 UK

Malaysia is considering its multi-cultural credentials after a crowd of Muslims on Sunday broke up a meeting called to defend the rights of religious minorities.
The country's leaders condemned the disturbances, but the BBC's Jonathan Kent in Kuala Lumpur says non-Muslims feel increasingly beleaguered.

Comments: All non-Muslims rights are given under the written constitution of Malaysia. But just give our rights to practice Islam the way it should in our community ONLY. So far this has been denied by our government.

‘Hati-hati perkara sensitif elak konflik’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan semua pihak berhati-hati serta bersikap sederhana dalam perkara sensitif seperti agama bagi mengelak ketegangan, pergaduhan atau konflik.
Perdana Menteri menegaskan, setiap rakyat Malaysia mesti terus belajar dan mendidik diri mereka apabila membincangkan isu sensitif serta tahu mengawal diri ketika bercakap dan bertindak.

Ulasan: Setakat ini orang yang berkepentingan dalam golongan minoriti dilihat bersungguh-sungguh mencuba sedaya upaya dengan berbagai cara supaya golongan majoriti mengikut mereka. Pelik.

Padahal Islam berpegang kepada asas iaitu tidak memaksa sesiapa pun untuk menjadi Muslim.

Ketiadaan toleransi di negara Muslim

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam, semalam diberitahu masih wujud banyak keadaan tiada toleransi agama dan pelanggaran hak asasi manusia di negara Islam.

Profesor Sejarah dan Rektor Universiti Islam Negara Syarif Hidayatullah, Jakarta, Azyumardi Azra, berkata di kebanyakan negara Islam, kebebasan wujud amat terhad sama ada dari segi politik atau agama.

Ulasan: Sebab utama: Tidak mengikut ISLAM yang sebenarnya. The real Islam.

Kes khalwat paling banyak

KHALWAT dan berdua-duaan adalah kes yang paling tinggi dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Universiti dan kolej Universiti (Auku) 1971.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata sejak 1971 hingga awal tahun ini sebanyak 381,735 kes membabitkan khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib.
"Tindakan tatatertib juga dikenakan kepada pelajar yang terbabit dalam kes sosial lain seperti penyelewengan, mencuri, membawa nota masuk ke dewan peperiksaan dan meniru dalam peperiksaan," katanya menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusof di Dewan Negara, semalam.

Ulasan: KHALWAT dan berdua-duaan adalah kes yang paling tinggi: Rakyat patut menyalahkan kerajaan undian rakyat selama ini YANG TIDAK MENUTUP pintu-pintu kearah terjadinya khalwat di dalam dan di luar IPT. Bagaimana pelajar berzina dan mengandung tanpa nikah?

Sepatutnya kita memantau dan mengawal ini daripada berlaku kepada bakal pemimpin kita. Sesuatu perlu dilakukan supaya semua pelajar IPT menjadi warga dunia dan akhirat yang baik.

Kerajaan bina jejambat RM250 juta

JOHOR BAHRU 16 Mei - Kerajaan akan membina sebuah jejambat sepanjang 800 meter menghubungkan Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang baru di sini, ke Tambak Johor.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, jejambat setinggi 13 meter itu yang merentasi jejambat Tanjung Puteri sedia ada, akan dibina dengan kos RM250 juta.

Ulasan: Semoga projek di awadkan kepada kontraktor yang betul layak, bukan kroni sesiapa dan boleh siap tanpa sebarang masalah daripada kontraktor dan perunding yang sepatutnya cukup profesional.

Zulhasnan serah balik nombor WPA 1

PUTRAJAYA 16 Mei - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique mengambil keputusan untuk menyerahkan kembali nombor pendaftaran WPA 1 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan kontroversi berhubung perkara itu, baru-baru ini.

Ulasan: Kalau menteri pun pulun nak dapat nombor plat yang dianggap cantik (ye ke?) macam rakyat yang kaya, apa akan jadi kepada rakyat miskin selama ini.
Biarlah orang kafir yang mempercayai tuah nombor tertentu kerana kita sebagai orang Islam meletakkan rezeki di tangan Allah.

Istilah asing di Putrajaya ditukar ke bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 16 Mei - Istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya akan ditukar ke bahasa Melayu dalam tempoh terdekat ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong Look berkata, ketika ini tumpuan diberikan kepada beberapa istilah asing seperti Precint, Boulevard, Promenade dan Parcel.

Komen: Rupa-rupanya Putrajaya belum lagi merdeka…walaupun di negara sudah lama merdeka. Merdeka bermula dari minda. Selamat merdeka…

Tuesday, May 16, 2006

2 tahun hidu najis ayam

ALOR GAJAH: Seramai 40 keluarga di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru, di sini terpaksa menghidu bau busuk dari sebuah premis memproses najis ayam untuk dijadikan baja di kampung mereka sejak dua tahun lalu.

Ulasan: Majlis daerah – tolong-tolonglah tengok. Apa guna peraturan dan undang-undang kalau bukan untuk menikmati kehidupan yang bebas dari bau tahi ayam di negara kita. Kena pastikan hak majoriti di jaga.

Dead baby in cistern

PASIR GUDANG 16 May 2006 : Thinking that the foul stench in a toilet was caused by a dead rat, a cleaner was shocked when instead she found the bloated body of a newborn in a cistern. "There had been numerous complaints from shoppers since last Saturday about the stench," said the cleaner, who wished to remain anonymous.
Yesterday, about 10.30am, a shopper told her that the water looked red after she flushed the toilet.

Ulasan: Inilah contoh sampah kemajuan yang terpaksa di tanggung masyarakat kerana kerajaan negara kita yang tidak secara serius menutup ruang-ruang ke arah maksiat angkara seks bebas bermula dari pergaulan bebas.

At the Dewan Negara yesterday: Massage parlours 'a front for prostitution'

16 May 2006 THE message on massage parlours was clear yesterday: They are little more than a front for female and male prostitution. Senator Datin Dr Nik Azizah Nik Yahya had fellow senators nodding when she said that some massage parlours offered more than the kneading of tired muscles.

Ulasan: Semua orang tahu perkara yang sudah lama berlaku: Open secret. Sayangnya kenapa pemimpin politik kerajaan TAK MAHU BERTINDAK MENGHALANGNYA?
Gunakanlah kekuasaan yang rakyat berikan melalui undi setiap kali pilihan raya untuk mengindahkan Malaysia dari maksiat. Rakyat Malaysia: pilihlah wakil rakyat yang bencikan maksiat…

Power rates up ‘very soon’

KUALA LUMPUR 16 May 2006: Tenaga Nasional Bhd (TNB), will be allowed to raise electricity rates "very soon", said Energy, Water and Communications Minister Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.
TNB, which produces two-thirds of peninsular Malaysia’s power, had warned that a tariff hike was vital for its financial future.
TNB needs higher tariffs to cover rising operating costs as it cannot generate enough cash from its business to do this. It is also seeking ways to increase sales and cut costs to reduce its debt of RM30 billion.

Ulasan: Bertepatan dengan singkatan kata BN = Barang Naik. Naikkan lagi apa yang patut sementara menjadi kerajaan supaya rakyat menjadi LEBIH JELAS bahawa kerajaan yang ada tidak lagi membantu rakyat.

Bila untung kurang, rakyat kena bayar. Bila untung hebat, rakyat dapat bonus dari TNB. Cara senang ialah menekan pengguna via kerajaan. Kenapa fikir guna mentaliti peniaga pasar malam?



A