Tuesday, July 31, 2007

Desak Abe letak jawatan

TOKYO 30 Julai – Beberapa akhbar Jepun hari ini menuntut Perdana Menteri, Shinzo Abe meletakkan jawatan kerana pengundi telah menolak agenda beliau selepas parti pemerintah kalah teruk dalam pilihan raya Parlimen semalam. Pemimpin konservatif itu sebaliknya enggan berbuat demikian dengan berkata, beliau percaya pengundi masih menyokong agendanya walaupun kekalahan semalam membolehkan pembangkang menguasai dewan tinggi Parlimen...(UM, 31/7/07).

Ulasan: Rakyat hakim negara. Rakyat berkuasa memilih kerajaan yang baik sekiranya rakyat pandai memilih dan tidak di rasuah untuk memilih kerajaan yang korup.

Musa tunggu laporan BPR pegawai kanan polis rasuah

KUALA LUMPUR 30 Julai – Polis tidak menerima sebarang laporan daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan polis di Bukit Aman disyaki menyalahgunakan kuasa serta gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga tidak mengambil sebarang tindakan atas dakwaan itu kerana jika dakwaan tersebut benar, BPR adalah agensi yang perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu...(UM, 31/7/07).

Ulasan: Kalau BPR mempunyai kuasa mutlak menyiasat (tidak di bawah Perdana Menteri) dan membawa ke mahkamah tanpa melalui Peguam Negara alangkah baiknya...

Mohamed Haneef akan saman kerajaan Australia

BRISBANE 30 Julai – Peguam bagi doktor India yang dibebaskan daripada tuduhan keganasan di Australia membayangkan kemungkinan anak guamnya itu akan memfailkan saman terhadap kerajaan Australia. Peguam Peter Russo juga berkata hari ini, Mohamed Haneef masih merancang untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Ogos ini terhadap keputusan Menteri Imigresen yang membatalkan visanya.
Haneef, 27, ditemukan semula dengan isteri dan anak perempuannya yang baru lahir di bandar kelahirannya di Bangalore, India semalam selepas hampir sebulan dipenjarakan di Australia kerana disyaki menyokong komplot serangan bom di London dan Glasgow, Scotland pada bulan lalu...(UM, 31/7/07).

Ulasan: Kita tidak pernah di didik untuk mendatangkan bencana kepada orang lain. Tetapi sikap Barat untuk sentiasa menguasai bumi menyebabkan hak orang lain di ketepikan dan di hina dan ini mengundang pelbagai masalah. 

Musa dakwa difitnah 'orang dalam'
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan percaya ada pegawai dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba menjatuhkannya dengan menuduh beliau terbabit dalam rasuah, menyalahgunakan kuasa dan bersekongkol dengan penjenayah...(BH, 31/7/07).

Ulasan: Bila hati kita tidak mampu di kawal, akan keluar segala yang sifat manusia yang kotor contohnya hasad, menjatuhkan kawan dll. Kena banyak baca amalkan artikel AA Gym mengenai manajemen hati....

Surat berisi peluru cuba dihantar kepada KPN

BINTULU: Kakitangan Pos Malaysia Bhd di sini menemui dua surat masing-masing mengandungi peluru dan ugutan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Bintulu, pagi semalam. Surat ugutan dan peluru yang dihantar itu dipercayai ugutan kumpulan gengster terhadap polis dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berikutan Ops Cantas Kenyalang yang dilancar empat bulan lalu...BH, 31/7/07).

Ulasan: Siapa kawal siapa? Apakah hidup ini kalau tunduk kepada ahli maksiat dan penjenayah? Berani kerana benar. Biar mati berprinsip.

Pervez Musharraf lepas tampuk tentera Pakistan
ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Pervez Musharraf akan mengundurkan diri daripada jawatan tertinggi tentera bagi memberi laluan kepada perjanjian yang dicapainya dengan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto selepas kedua mereka mengadakan pertemuan di Abu Dhabi minggu lalu, kata seorang menteri semalam...(BH, 31/7/07).

Ulasan: Adakah umat dan agama akan mendapat manfaat dari persengkololan dua orang ini? Rakyat perlu membuat tindakan yang proaktif, jangan hanya tunggu...

Monday, July 30, 2007

Ugut JPJ guna usus babi

JOHOR BAHRU: Kain alas meja dibakar, peralatan dirosakkan dan isi perut babi diletakkan di lokasi sekatan antara gangguan yang diterima Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang enam hari Ops Tutup yang bermula 23 Julai lalu.
Pengarah JPJ Johor, Rosli Ramli, berkata pada Rabu lalu, kain alas meja di sekatan jalan raya di Parit Bunga, Muar, dibakar manakala pada Khamis lalu, khemah dan peralatan JPJ dirosakkan di Simpang Renggam dan Tanjung Labuh, Batu Pahat…(BH, 30/7/07).

Ulasan: Selama ini tiada masalah dengan operasi JPJ...ada apa-apa ke?
Biar mati daripada negara di permainkan oleh towkay yang mempermainkan undang-undang. Jangan redha dengan rezeki haram.

UMNO perlu amalkan 4M – Najib
PEKAN 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat prinsip yang dipanggil 4M sebagai panduan kepada semua ahli UMNO di seluruh negara untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Empat prinsip tersebut ialah merapatkan barisan, menambah bilangan ahli, mesra rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat…(UM, 30/7/07).

Ulasan: Apakah sudah bertaubat daripada MERASUAH pengundi supaya mengundi BN/UMNO seperti amalan dalam pilihan raya yang sebelum ini?

Israel: Bekalan tentera AS naik 25%
BAITULMAQDIS 29 Julai – Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini berkata, Amerika Syarikat (AS) bersetuju meningkatkan bantuan pertahanan dan ketenteraan negara itu sebanyak 25 peratus, menjadikan jumlahnya RM102 bilion (AS$30 bilion) untuk 10 tahun akan datang. “Dalam mesyuarat terakhir saya dengan Presiden AS George W. Bush, kami bersetuju dengan bantuan sebanyak AS$30 bilion untuk 10 tahun akan datang, bermakna lebih tiga bilion setiap tahun bermula tahun depan,” katanya pada permulaan mesyuarat Kabinet minggu ini…(UM, 30/7/07).

Ulasan: Kasihan kepada rakyat AS terpaksa menyokong kerajaan haram Israel yang menduduki negara Palestin. Inilah nasib ramai rakyat terpelajar di permainkan oleh pemimpin politik yang di perkudakan oleh orang Yahudi yang berfahaman Zionist.

Bulgaria ‘khianat’, Libya minta bantuan luar

TRIPOLI 29 Julai – Libya akan meminta sokongan Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam perbalahan dengan Bulgaria berhubung “pengkhianatannya” ekoran tindakan negara itu memberi pengampunan kepada enam kakitangan perubatan yang dihukum penjara dalam kes kanak-kanak dijangkiti HIV.
Menteri Luar, Abdel Rahman Shalgham semalam mengutuk pengampunan yang diberikan oleh Presiden Bulgaria itu sebagai “pengkhinatan” dan tindakan menyalahi undang-undang. Mereka berenam telah dipindahkan ke Bulgaria dari Libya, Selasa lalu.
“Tahanan sepatutnya ditahan setibanya mereka (di Sofia) dan bukan dibebaskan dengan cara diraikan dan bertentangan dengan undang- undang,” kata Abdel Rahman kepada wartawan di Tripoli.…(UM, 30/7/07).

Ulasan: Silapnya kita kerana takutkan dan terlalu percayakan orang kafir.

Kementerian mahu rombak garis panduan, mudahkan tangani disiplin pelajar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata garis panduan sedia ada perlu dikaji semula supaya masalah sosial di kalangan pelajar dapat dikawal dengan kaedah pendisiplinan yang tidak terlalu terikat dengan pelbagai peraturan…(BH, 30/7/07).

Ulasan: Cukuplah pelajar dan bekas pelajar menjadi rosak akhlak kerana rotan di buang dari guru. Cuma perhatikan supaya guru tidak mengikut hati semasa menghukum. Hukum boleh tapi jangan mendera.

Hanya 13,000 kontraktor kelas F aktif
IPOH: Kementerian Kerjaraya mendapati kurang 13,000 daripada hampir kira-kira 40,000 kontraktor Kelas F berdaftar yang benar-benar aktif dan layak mendapat kontrak.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Zin Mohamad berkata, masalah itu berlaku disebabkan ada keluarga Bumiputera mempunyai sehingga lima lesen kontraktor Kelas F dan berkongsi alamat sama. “Tindakan mendaftar syarikat kontraktor kelas F untuk sebanyak mungkin ahli keluarga menyebabkan sebahagian besar lesen kontraktor berkenaan tidak aktif…(BH, 30/7/07).

Ulasan: Pastikan kontraktor kelas F di naikkan kelas selepas beberapa tahun (contoh 4 tahun) untuk mengelakkan sampai tua pun duduk dalam kelas F juga.

Pegawai bertindak 'pelindung'

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta, didakwa memainkan peranan sebagai ‘pelindung’ kepada sebuah syarikat perladangan di Sabah …(BH, 30/7/07).

Ulasan: Seronoklah berlakon di depan rakyat. Amboi pegawai kanan polis ada harta sampai RM27 juta… Pastikan rezeki adalah halal.

Mayat dalam peti sejuk
KUALA LUMPUR: Seorang pembeli rumah terkejut selepas mendapati kondominium yang baru dibelinya di Kondominium Bayu, Mont Kiara, di sini, menyimpan rangka manusia dipercayai mangsa bunuh tiga bulan lalu…(BH, 30/7/07).

Ulasan: Semakin lama Malaysia merdeka semakin banyak jenayah dan maksiat. Merdekakah kita?

Pengendali blog ditaja organisasi luar

PETALING JAYA: Pengendali dan penulis blog dibiaya organisasi luar negara hingga mencecah RM100,000 sebulan, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Beliau berkata, organisasi berkenaan menaja mereka dan membenarkan laman mereka menyiarkan pelbagai perkara sensitif oleh penulis blog tempatan dan luar negara…(BH, 30/7/07).
Ulasan: Seolah-olah orang luar tidak tahu menulis. 
Seolah-olah penulis bebas di luar UMNO tidak sayangkan negara yang adil dan sejahtera.

2 polis cedera bergelut dengan penyamun

PONTIAN: Polis mengepung sebuah rumah sebelum menahan tiga lelaki yang memecah masuk satu kediaman di Batu 24, Pekan Nanas, dekat sini, awal pagi semalam…(BH, 30/7/07).

Ulasan: Kita bangga kerana mempunyai pegawai polis yang cepat bertindak untuk kebaikan rakyat.

Wednesday, July 18, 2007

Kondom perisa sirih laris di India

NEW DELHI: Sebuah firma India melancarkan kondom berperisa paan atau sirih yang direka untuk membangkitkan rasa buah pinang yang kuat dan ramuan tembakau kunyah yang kemudian diludah oleh berjuta penduduk Asia Selatan, lapor akhbar semalam.
Syarikat Hindustan Latex Ltd. mensasarkan keluaran baru kondom itu terhadap pelacur, antara golongan paling terdedah dengan penyakit jangkitan seksual seperti AIDS, lapor akhbar Hindustan Times.

Ulasan: Jangan tertipu dengan perisa. Biasanya kondom di gunakan waktu berzina. Kembalilah kepada Kebenaran dengan menghindari zina. Isteri merasa lebih selesa dengan suami yang tidak berzina. Berzina menghina kaum wanita.


LHDN mampu kutip cukai RM69 bilion tahun ini
KUALA LUMPUR 17 Julai – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka mampu mencapai sasaran untuk mengutip cukai sebanyak RM69 bilion pada tahun ini.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sehingga semalam, cukai yang dikutip oleh LHDN berjumlah RM41.15 bilion, meningkat 11.5 peratus berbanding tahun lalu. Beliau berkata, peningkatan jumlah kutipan itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan berjaya menguruskan cukai individu dan syarikat swasta termasuk korporat secara cekap dan berkesan….

Ulasan: Kita sedih kerana meliputi cukai termasuk dari perusahaan haram. Apakah UMNO tidak faham walaupun telah di maklumkan berkali-kali?


Cuaca buruk punca nahas
KUALA LUMPUR 17 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, nahas membabitkan pesawat Nuri yang mengorbankan enam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan Genting Highlands dipercayai berpunca daripada faktor cuaca buruk.

Ulasan: 10 minit berlepas pun salahkan cuaca buruk. Nuri sudah sewajarnya di lupuskan. Atau alat pengesan cuaca di negara tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya?

Takziah kepada 6 perwira yang terpaksa berangkat menggunakan helicopter antik.
TUDM bila hendak tunjuk perasaan?


Malaysia bukan negara sekular – TPM
KUALA LUMPUR 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi.
“Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak,” katanya.

Ulasan: Dan masih jauh lagi untuk menjadi negara Islam. Sila lihat 10 Sebab mengapa Malaysia bukan negara Islam dalam http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=562 .


Pembangunan Kampung Baru perlu kekal identiti
KUALA LUMPUR 17 Julai – Orang ramai bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru, di sini bagi mengindahkan pemandangan dan kelancaran trafik tetapi mereka meminta agar ciri tradisional sebagai identiti perkampungan Melayu itu terus dikekalkan.
Menurut mereka, ciri tradisional itu penting bagi mengekalkan identiti warisan Melayu yang satu-satunya masih terdapat di tengah-tengah kepesatan pembangunan ibu negara….

Ulasan: Berdasarkan pengalaman di sana sini, jangan letakkan 100% kepercayaan kepada UMNO. Ada pemimpin UMNO sanggup jual projek kerana terpukau dengan kilauan duit. Berhati-hati dengan kehadiran politik UMNO di mana saja.


Kecewa iklan tv siar tingkah laku ‘budak biadab’
KUALA LUMPUR 17 Julai – Ibu bapa dan para pendidik melahirkan kebimbangan mereka akan kesan negatif iklan televisyen terhadap perkembangan tingkah laku kanak-kanak dan mendesak kerajaan supaya lebih tegas dalam penyiaran iklan yang boleh merangsang minda anak-anak untuk melakukan tabiat buruk….

Ulasan: Pepatah Cina menyebut ikan reput mulai dari kepalanya. Semua orang dewasa termasuk pemimpin politik UMNO kena berakhlak mulia di mana saja.


Perompak berjaya larikan Porsche dari balai polis
BUKIT MERTAJAM 17 Julai – Usaha tangga kejayaan. Mungkin pepatah ini menjadi pegangan kumpulan perompak yang gagal dalam cubaan mereka melarikan sebuah Porsche 911 Targa 4 semalam.
Kurang 12 jam selepas kegagalan pertama itu, kumpulan itu mencuba sekali lagi tetapi kali ini dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah iaitu tempat kereta itu disimpan untuk siasatan.

Ulasan: Kami benci rasuah…

200 aduan penyakit pekerjaan setiap tahun
PUTRAJAYA 17 Julai – Kira- kira 200 aduan melibatkan penyakit pekerjaan diterima oleh Kementerian Sumber Manusia setiap tahun. Menterinya, Datuk Seri Fong Chan Onn berkata, sebahagian besar kes melibatkan sektor pekerjaan yang berasaskan bahan kimia. Katanya lagi, kebanyakan pengadu mendakwa mengalami masalah seperti penyakit kulit, kanser, keracunan dan pernafasan akibat pendedahan kepada bahan kimia itu. “Ia berpunca daripada amalan pemilihan dan penggunaan peralatan perlindungan diri yang tidak betul sehingga kepada pembersihan serta pelupusannya. “Apa yang membimbangkan penyakit tersebut berlaku dalam tempoh empat hingga lima tahun selepas pekerja terbabit bekerja di sektor berkenaan,” katanya….

Ulasan: Selamatkan rakyat dari penyakit pekerjaan. Sila tukarkan mentaliti dunia ketiga yang bermudah-mudah dengan aspek keselamatan. Jadikan budaya keselamatan budaya kita.


Hasina, Khaleda diarah kemuka maklumat aset

DHAKA 17 Julai – Kerajaan sementara Bangladesh hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri menghantar maklumat mengenai kewangan mereka sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah. Setiausaha Pesuruhjaya Antirasuah, Mukhlesur Rahman berkata, Khaleda Zia dan Sheikh Hasina Wajed, yang ditahan berikutan dakwaan memeras ugut semalam, diminta menyediakan maklumat dalam masa seminggu…
Catatan: Sheikh Hasina, pemimpin Liga Awami. Khaleda mengepalai Parti Nasionalis Bangladesh (BNP).

Ulasan: Selamatkan negara kita dari rasuah. Rasuah bukan budaya kita.


Tuduhan rasuah: Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan
BUENOS AIRES 17 Julai – Menteri Ekonomi Argentina, Felisa Miceli meletakkan jawatan semalam selepas seorang pendakwa raya mengarahkan beliau memberi keterangan mengenai wang tunai RM217,600 (AS$64,000) yang ditemui di dalam bilik air pejabatnya.

Ulasan: Budaya yang baru bagi menteri-menteri kita. Budaya yang antik di pegang kini adalah tidak akan meletakkan jawatan walaupun apa terjadi. Mesti ada apa-apa kot?

Kari perkuat daya ingatan
WASHINGTON: Sekumpulan penyelidik Amerika Syarikat mendakwa kunyit yang juga kandungan utama juadah kari, berkemungkinan merangsang sistem sel daya tahan badan yang boleh mengatasi masalah Alzheimer - sejenis penyakit otak membabitkan daya ingatan lemah.

Ulasan: Back to nature.


‘Malaysia sama seperti Madinah’

MALAYSIA adalah negara Islam sama seperti Madinah kerana semua kaum diberikan kebebasan untuk menganut agama masing-masing dan kerajaan tidak meminggirkan orang bukan Islam dan minoriti lain di negara ini.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, berkata Malaysia bukanlah negara Islam ‘Daulah Islamiah’ seperti kerajaan Uthmaniah kerana ada beberapa elemen tidak dapat dipatuhinya.
Beliau berkata, untuk menjadi Daulah Islamiah, sesebuah negara itu perlu memastikan pemerintahnya mampu menunaikan segala janji kepada rakyat dan tidak menipu.

Ulasan: Sama hanya di sudut tertentu sahaja. Di negara kita rakyat perlu memastikan pemerintah menunaikan segala janji kepada rakyat dan tidak menipu dengan memilih kerajaan selain BN/UMNO.

Sekali kerajaan BN/UMNO kalah dalam pilihanraya, mereka akan menjadi lebih baik dan berhati-hati kerana rupa-rupanya rakyat menjadi semakin bijak memilih.


Putera Umno jelajah sekolah
TANJONG MALIM: Putera Umno sedia menjelajah ke semua sekolah di seluruh negara bagi memberi semangat dan motivasi supaya pelajar meninggalkan pelbagai amalan negatif. Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya mahu mendekati pelajar dan memberi motivasi supaya mereka bersikap positif serta memahami betapa susahnya nenek moyang mereka mendapat kemerdekaan.

Ulasan: Tapi sekolah itu bukan kepunyaan parti UMNO.

Tuesday, July 17, 2007

Panglima ATM doa kesan Nuri berjaya

KUALA LUMPUR 16 Julai – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mendoakan operasi mencari dan menyelamat helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama enam krewnya akan menemui kejayaan tidak lama lagi….

Ulasan: Amin. TUDM, TLDM dan tentera darat perlu minta kerajaan supaya cepat melupuskan helikopter Nuri yang telah menyebabkan ramai tentera kita yang terlatih kehilangan nyawa di dalam kemalangan sejak 30 tahun lalu.

Kepada orang tertentu: Jangan pula sibuk meminta komisyen untuk diri dan puak tertentu bila kerajaan putuskan pembelian helikopter baru seperti apa yang berlaku dalam pembelian kapal selam dari Peranchis yang semua tahu.

Pendidikan berkualiti julang martabat Islam
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pendidikan adalah cara utama untuk mengubah status sebahagian besar negara Islam yang masih mundur kerana rakyatnya tidak menguasai bidang ilmu. Perdana Menteri berkata, hanya dengan penguasaan ilmu umat Islam akan dapat mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam pada masa lalu.
Beliau berkata, kegagalan banyak kerajaan Islam menyediakan sistem pendidikan berkualiti kepada penduduknya menyebabkan dunia Islam hingga kini masih dicengkam kadar buta huruf yang tinggi hingga mengakibatkan mereka terus dibelenggu kemiskinan.

Ulasan: Belajar bukan hanya untuk bekerja mencari makan tetapi untuk menguasai ilmu. Di samping itu mesti prihatin dengan masyarakat dan politik negara. Barulah akan lahir generasi baru yang menguasai ilmu, sayang kepada rakyat dan boleh memimpin negara yang bebas dari rasuah.

Amah remaja dihukum pancung
COLOMBO: Seorang remaja Sri Lanka yang bekerja sebagai pembantu rumah di Arab Saudi dikenakan hukuman pancung selepas didapati bersalah membunuh bayi majikannya. Sebuah mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Rizana Nafeek pada 16 Jun lalu selepas mendapatinya bersalah dan memberinya tempoh sehingga semalam untuk merayu hukumannya.
Aktivis hak asasi manusia berkata, kematian bayi itu didapati akibat kemalangan….

Ulasan: Kenapa Saudi Arabia mengadili Rizana tanpa peguam bebas. Negara yang kaya sewajarnya melantik peguam untuknya. Jangan terlalu cepat menghukum.

Bush Desak Negara Arab Agar Dukung Abbas
Washington - Presiden AS George W. Bush, Senin, menelefon pemimpin Arab Saudi, Jordania dan Mesir guna mendesak mereka agar mendukung Presiden terkepung Palestina Mahmoud Abbas, demikian keterangan Gedung Putih….(Republika online 17/7/07).

Ulasan: Dalam apa saja, kita mesti bersatu dengan siapa saja di dalam melaksanakan keadilan bukan membela kezaliman. Mengapa Presiden Palestin bertindak di luar undang-undang dan perlembagaan Palestin. Ketahuilah bahawa kerajaan darurat yang di lantik adalah menyalahi undang-undang yang ada (ultra-vires).
Tapi kenapa Amerika Syarikat masih sayang kepadanya?

Friday, July 13, 2007

Kes Johari ditutup setelah siasatan penuh – TPM

KUALA LUMPUR 12 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharum dibuat setelah siasatan penuh dijalankan. Tegas Timbalan Perdana Menteri, dalam kes tersebut sudah tentu Abdul Gani berpuas hati bahawa tiada pendakwaan yang perlu diambil oleh Jabatan Peguam Negara terhadap timbalan menteri terbabit.

Ulasan: Tutup kes arahan Peguam Negara. Atau mahkamah buang kes kerana pendakwa gagal membuktikan kes. Senang saja peperangan rasuah gaya UMNO. Penjenayah biarkan bebas. BPR lebih baik di bawah Parlimen bukan di bawah PM. Bersama-sama kita menjauhi rasuah kerana RASUAH ADALAH HARAM.

Pemimpin sokong Umno perlu tegas tangani cabaran
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno bersependapat dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob supaya pemimpin Umno tegas dalam mendepani isu sensitif yang mencabar orang Melayu bagi mengelak parti pembangkang dan ahli komponen Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan daripada sikap ‘berlembut’ yang ditunjukkan.
Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, berkata sudah sampai masa orang Melayu perlu bertegas berikutan sejak kebelakangan ini, semakin banyak pihak cuba mempertikai dan menyentuh soal keistimewaan orang Melayu.

Ulasan: Setelah 50 tahun berlembut, baru terfikir untuk tegas semula? Apakah UMNO merayu rakyat supaya tak serik-serik memilih lagi UMNO? Apakah UMNO hendakkan 50 tahun lagi untuk membebaskan bangsa Melayu walaupun sudah tidak punya apa-apa kerana sikap UMNO selama ini.

Campur tangan politik DAP dibidas
PUTRAJAYA: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas campur tangan politik DAP dalam soal disiplin di sekolah hanya untuk kes tertentu dan tidak pernah mengambil tahu kes yang membabitkan kematian seorang pelajar Melayu di Ampangan, Seremban pada 2005.

Ulasan: Menteri tidak perlu bidas DAP mengenai pembelaannya kepada bangsa tertentu di Malaysia kerana mungkin itu cara DAP bekerja. Sebagai menteri adalah lebih prihatin kita meliputi semua rakyat tak mengira bangsa (dan parti apa jua pun).

Tetapi adakah semua pemimpin UMNO pernah mengambil tahu kes yang membabitkan kematian seorang pelajar Melayu di Ampangan, Seremban pada 2005? Berapa ramai pemimpin UMNO yang ambil berat tentang rakyat Melayu yang: papa kedana, terlibat dengan maksiat, dadah dsbnya dan betul-betul berbuat sesuatu untuk menanganinya? Atau pemimpin politik UMNO asyik memikirkan harta kekayaan?

Thursday, July 12, 2007

AKP can no longer enjoy gov't facilities during campaigning

ANKARA - Elections bans set by the Supreme Election Board (YSK) will enter force tomorrow, the Anatolia news agency reported yesterday.
According to bans published by the Official Gazette, opening and groundbreaking ceremonies will no longer be held beginning July 12, and the prime minister and ministers will not be able to use vehicles allocated to them by the state.(Turkish Daily News, 11/7/07).
N.B Election in Turkey is on 22 July 2007.

Comment: Have we learned good things from others? The same thing happens in India. How about our country?

Azalina says Muslim sportswomen need not cover up

PUTRAJAYA (July 11, 2007): Malaysia's Youth and Sports Minster, a Muslim woman with a martial-arts black-belt, likes to lead by example: she does not wear a headscarf and insists that Muslim sportswomen do not have to cover up either.
Datuk Azalina Othman Said, 43, believes women offer the best chance of glory for a modern Muslim nation hungry for sporting success - but in trying to encourage more girls to take up sports, she is quietly holding the line against conservative Islam…(Reuters via http://newskini.cjb.net/)

Ulasan: Actually there is valid reason to give our own reasons for things that have decided by Allah subhanna wa ta ala and His Messengger s.a.w. Allah subhanna wa taala said in the Holy Quran, Surah Al-Ahzab 33, verse 36, ''It is not for a believer, man or woman, when Allah and His Messenger have decreed a matter that they should have any option in their decision. And whoever disobeys Allah and His Messenger, he has indeed strayed in a plain error.'' Just DO it!


Pemuda UMNO buat aduan rasmi
CYBERJAYA 10 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menyiarkan gambar palsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan seorang wanita kononnya Altantuya Shaariibuu dalam laman blognya baru-baru ini.

Ulasan: Carilah kerja lain untuk membantu perkasakan rakyat Melayu. Tidak perlu untuk bodek kerajaan kerana Tian Chua sudah mengaku salah.

Kekalkan perpaduan kaum – PM
PUTRAJAYA 11 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perpaduan mesti terus menjadi matlamat pembangunan negara agar Malaysia menjadi sebuah negara yang selamat serta mempunyai bangsa yang maju dan berjaya.

Ulasan: Jangan atas nama perpaduan, rakyat Melayu hilang keistimewaan yang telah di gariskan dalam perlembagaan. Selama ini UMNO memerintah negara, semakin perkasakah rakyat Melayu di bumi Melayu ini? Atau semakin lemah?


BPR diarah tutup siasatan kes Johari
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menutup siasatan terhadap Datuk Johari Baharum berhubung dakwaan menerima rasuah RM5 juta bagi membebaskan beberapa tahanan Ordinan Darurat 1969. Gani berkata, tiada apa-apa keterangan yang boleh mengaitkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu dengan sebarang kesalahan rasuah.

Ulasan: Beberapa penjenayah telah pun bebas dan BPR di arah supaya siasatan rasuah di tutup. Kenapa tak beri masa yang lebih panjang atau BPR tak pandai buat kerja cepat? Dan kenapa di tutup pada hal the crux of the case ialah penjenayah telah pun bebas? Apakah akan wujud negara Malaysia yang bebas rasuah? Berdasarkan pengalaman lama, selagi UMNO memerintah, tak mungkin,
Kalau di China.."Corrupt elements will be thoroughly investigated no matter who they are, how high their post, or how deep they hide, and there can be no appeasement or softness," The People's Daily, voice of the ruling Communist Party, said on Wednesday in its report on Zheng's execution. "Whoever dares to spurn the state's laws and commit such outrages will be harshly punished by party rules and national law," the paper said.
Kita?


Shebaa Farms milik Lubnan

BAITULMAQDIS: Seorang pelukis peta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) buat pertama kali mengenal pasti bahawa Shebaa Farms yang dikuasai Israel adalah milik Lubnan, kata seorang pegawai kanan Israel kepada AFP semalam.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meminta Israel untuk menyerahkan wilayah bergolak itu kepada badan dunia berkenaan, kata pegawai yang enggan mendedahkan nama sambil menambah bagaimanapun ditolak negara Yahudi itu.

Ulasan: Memang dasar negara haram Israel, merampas tanah jiran.

Makanan punca ramai remaja sakit jantung
KUALA LUMPUR: Penjualan makanan tidak berkhasiat di kantin sekolah dikesan antara punca meningkatnya penyakit berkaitan jantung di kalangan golongan muda.
Presiden Persatuan Perubatan Sedunia (WMA), Datuk Dr N Arumugam, berkata kebanyakan makanan di kantin sekolah mempunyai kandungan garam dan gula berlebihan yang memudaratkan kesihatan pelajar.

Ulasan: Peniaga dapat untung, pelajar jadi sakit. Peniaga dan pelajar perlu di ajar tentang makan berkhasiat supaya kedua-dua pihak sama-sama menang.

Warga Singapura liat bayar cukai tanah
SEREMBAN: Warga Singapura yang memiliki hartanah di sekitar bandar dan kawasan peranginan di negeri ini dikenal pasti antara kumpulan pembayar cukai tanah yang liat melaksanakan tanggungjawab itu sehingga menyebabkan kerajaan negeri menanggung tunggakan berjuta ringgit.

Ulasan: Di Singapura, everything is fine - tak patuh kena denda. Kenapa kita begitu lunak dengan mereka sehingga menyusahkan kita?

Umno perlu berani lawan isu cabar hak orang Melayu
KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka.

Ulasan: Selama 50 tahun UMNO memerintah negara ini kenapa UMNO semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu? Kerana sayangnya, keris UMNO hanya berbisa dengan sesama Melayu. Pemimpin UMNO takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Wednesday, July 11, 2007

Tragedi berdarah di Masjid Merah

ISLAMABAD 10 Julai – Operasi tentera Pakistan menggempur Masjid Lal yang turut dikenali sebagai Masjid Merah di tengah bandar raya ini, awal hari ini bagi menyelamatkan beratus-ratus wanita dan kanak-kanak mencetuskan pertempuran sengit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang.
Kira-kira 50 anggota kumpulan militan dan lapan askar disahkan terbunuh sementara 15 lagi anggota tentera cedera. Pihak berkuasa mengepung masjid itu sejak 3 Julai lalu. Insiden di Masjid Merah itu adalah rentetan ketegangan yang meletus di Islamabad sejak beberapa bulan lepas apabila para pelajar melancarkan kempen antipelacuran dan mendesak dikuatkuasakan undang-undang Islam.

Ulasan: Sayangnya negara Islam setakat ini (kecuali Iran) hanya hebat bila berdepan dengan rakyat. Segala kekuatan senjata dan fizikal dihalakan kepada rakyat Muslim tetapi duduk di bawah ketiak negara maju lain. Tak ubah seperti apa yang telah berlaku di dalam Peristiwa Memali 1985. Seolah-olah tidak ada cara yang lebih baik untuk selesaikan masalah berbangkit.

Beli Sukhoi bukan kerana negara terancam – Najib
KUALA LUMPUR 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pembelian 18 pesawat pejuang pelbagai fungsi Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia tidak bermakna keselamatan negara kini terancam. Sebaliknya, kata beliau, pembelian tersebut adalah satu proses pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mempertahankan ruang angkasa negara selaras dengan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ulasan: Kita beli berdasarkan kemampuan dan kehendak kita. Cuma jangan beli kerana mendapatkan komisyen seperti apa yang terjadi dalam kes pembelian kapal selam untuk TLDM. Cara mudah untuk mencuri wang rakyat. Di sebalik keselamatan negara pun ada orang yang ambil peluang untuk menambahkan wang haram.

334 remaja maut kemalangan sehingga Mei
KUALA LUMPUR 10 Julai – Seramai 334 remaja berusia 16 hingga 20 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Golongan penunggang serta pembonceng pada usia itu mencatatkan kematian tertinggi iaitu kira-kira 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan di negara ini.
Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, punca utama peningkatan jumlah kemalangan dan kematian melibatkan golongan muda itu adalah sikap pemandu yang negatif, cuai dan suka memandu laju. Nooryah memberitahu, sehingga Mei lalu, seramai 1,502 penunggang dan pembonceng motosikal terbunuh.

Ulasan: Sayangilah nyawa anda. Jom bersama-sama berdoa supaya mati di jalan Allah membela agama Islam.

Peniaga bumiputera di KLCC makin tertekan
KUALA LUMPUR 10 Julai – Kira-kira 12 peniaga bumiputera di Suria KLCC kini semakin tertekan apabila pihak pengurusan pusat beli-belah terkenal itu menaikkan sewa tapak lebih 50 peratus setiap tiga tahun.
Pemilik premis Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah ketika dihubungi berkata, banyak tekanan diberikan oleh pihak pengurusan Suria KLCC yang bertujuan untuk mengusir mereka. Jelasnya, peningkatan kadar sewa sebanyak kira-kira RM15,000 setiap tiga tahun jelas menekan peniaga bumiputera di pusat beli-belah itu.
‘‘Bayangkan dari sewa sebanyak RM14,000 sebulan enam tahun lalu kini telah meningkat menjadi RM43,000 sebulan.
Dia juga kesal kerana pertemuannya dengan pihak pengurusan tertinggi Petronas untuk membincangkan perkara tersebut tidak mendatangkan sesuatu yang positif.
‘‘Sayangnya, aduan daripada seorang peniaga bumiputera yang bermasalah hanya dipandang mudah dan diserahkan kepada pengurus Suria KLCC yang bukan berasal dari negara ini untuk menyelesaikannya,’’ ujarnya.

Ulasan: Baru 50 tahun merdeka, apa sudah jadi? Selagi UMNO berkuasa, kekuatan bangsa Melayu akan pupus kerana, di ketahui umum, pagar makan padi.

Gagasan Islam Hadhari disokong
PUTRAJAYA: Anggota Akademi Fikah Islam Antarabangsa (IIFA) menyokong gagasan Islam Hadhari yang dicetuskan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana ia mampu membuka mata dunia, terutama Barat berhubung konsep keterbukaan dalam Islam.
Sehubungan itu, Malaysia sebagai pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) disaran memperkenalkan Islam Hadhari di seluruh dunia sebagai pendekatan terbaik dan ideal dalam pentadbiran negara Islam, selain mengubah persepsi negatif barat terhadap Islam.


Ulasan: Rasulullah s.a.w. hanya membawa risalah Islam kepada umat manusia tidak Islam Hadhari. Kenapa takutkan kuasa Barat? Semak semula iman kepada Islam.

Muslim diingat usah bergantung import
KUALA LUMPUR: Negara Islam mengimport terlalu banyak bahan makanan menunjukkan rakyat dan bangsa di sesebuah negara itu lemah sehingga menyebabkan mereka sentiasa berasa tidak selamat setiap kali berdepan suasana kegawatan.

Ulama: Kita ghairah untuk hidup seperti dunia maju. Tidak ada negara maju yang bergantung kepada import bahan makanan. Kita ingat kita boleh makan besi bila terjadi kegawatan. Pertanian negara mesti di berikan keutamaan.
Kenapa kita suka sangat dengan makanan import?

Acara ambang merdeka tak dibenar: Rais
PUTRAJAYA: Semua acara persendirian tidak dibenar diadakan di Kuala Lumpur ketika sambutan detik kemerdekaan negara ke-50 pada malam 30 Ogos ini bagi membolehkan rakyat memberikan sepenuh tumpuan meraikan sambutan rasmi di Dataran Merdeka.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata sebarang penganjuran acara ambang merdeka termasuk di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tidak dibenarkan.

Ulasan: Kalau di beri izin, berdasarkan pengalaman lalu ramai yang akan berZINA di malam itu. Menyambut kemerdekaan dengan berzina? 

BPR buka 1,317 kertas siasatan tahun lalu
BADAN Pencegah Rasuah (BPR) membuka 1,317 kertas siasatan sepanjang tahun lalu dengan 730 kes atau 55.43 peratus masih disiasat, manakala 44.57 peratus atau 587 kes sudah diselesaikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ulasan: Bukan hanya menghiburkan hati rakyat mengenai berapa kertas siasatan yang di buka untuk penyiasatan tetapi juga siapa high profle yang terlibat. Juga pastikan: Sila beri laluan bebas untuk BPR menyiasat dan Jabatan Peguam Negara jangan berpilih dalam melaksanakan keadilan. Jangan sampai negara kita penuh dengan perasuah.

Padah amal diet Barat
WASHINGTON: Wanita China selepas menopaus yang mengikut diet ala-Barat dengan makan daging dan manisan berlebihan berdepan risiko tinggi mendapat kanser payu dara berbanding pemakanan tradisional iaitu sayur dan soya, menurut satu kajian.
Kira-kira 3,000 wanita di Shanghai menghidap barah, separuh daripada mereka diserang kanser payu dara kerana cara pemakanan itu, kata penyelidik yang menulis dalam jurnal Epidemiologi Kanser, Penanda Biologi dan Pencegahan.

Ulasan: Jangan tertipu dengan cara hidup Barat. Kita mempunyai cara hidup yang tersendiri dan unggul.

China hukum mati bekas ketua kawalan makanan
BEIJING: Bekas ketua ubatan dan makanan China menjalani hukuman mati semalam, lapor media tempatan yang menyifatkannya sebagai simbol rasuah negara itu.
Zheng dijatuhi hukuman mati lewat Mei lalu selepas didapati bersalah menerima 6.5 juta yuan (RM2.89 juta) dalam bentuk rasuah sebagai pertukaran meluluskan beratus ubatan, sesetengahnya terbukti berbahaya.

Ulasan: Curi telur ayam ada hukuman, di setengah-setengah negara terutama yang belum maju curi wang rakyat kenapa di biar bebas?

Internet blamed for Shanghai teen pregnancies
BEIJING (Reuters) - Nearly half of the pregnant teens in China's financial hub, Shanghai, met their partners on the Internet, state media said on Tuesday.
Zhang Zhengrong, a doctor who oversees the city's first-aid hotline for pregnant teens, said 46 percent of the more than 20,000 teenage girls who called the hotline over the past two years said they had had sex with boys they met on the Internet.
Zhang blamed the situation on adult Web sites, videos and books and appealed to parents, teachers and society at large to pay more attention to sex education.

Ulasan:  MARI SAMA-SAMA KITA JAYAKAN KEMPEN ANDA BIJAK JAUHI ZINA ANJURAN JIM.
Kerajaan tolong tutup jalan-jalan kepada zina.
Dari akhbar…Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berkata sedihnya gejala zina pada masa kini dilihat seolah-olah semakin berleluasa.

Katanya, ada antara pelaku melakukannya tanpa segan silu serta seakan tidak takut dengan hukuman atau balasan terhadap perbuatan keji itu.

Dr Harlina berkata, walaupun zina dilakukan dengan kerelaan pasangan terbabit, perbuatan itu adalah salah dan lebih buruk, perbuatan itu membawa banyak kesan negatif dalam masyarakat dan keluarga serta individu itu sendiri.

Katanya, Islam sendiri melarang keras zina melalui, firman Allah bermaksud: ‘Dan janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.’ - (Surah al-Israk, ayat 32).

“Zina bukan hanya dilihat haram dari sudut hukum agama, tetapi juga kesan yang akan dibawanya pada masa depan…..

Tuesday, July 10, 2007

Projek paip minyak Kedah ke Kelantan sukar, babitkan kos tinggi

KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pembinaan saluran paip bagi menyalurkan minyak dari utara ke Pantai Timur Semenanjung dijangka sukar kerana ia merentas banjaran gunung dan melibatkan kos yang tinggi.
Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, beberapa syarikat yang mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina saluran paip itu perlu meneliti pelbagai perkara sebelum memulakan projek tersebut.

Ulasan: Sukar itu masalah yang perlu di selesaikan oleh perunding dan kontraktor dan kos yang tinggi adalah masalah klien. Sepanjang yang kita tahu, projek pembinaan saluran paip bagi menyalurkan minyak dari utara ke Pantai Timur Semenanjung itu itu bukan projek kerajaan. Atau tiba-tiba kerajaan pun mahu tumpang sekaki atau memberikan projek kepada kroni dan anak-anak. Kerajaan sila pastikan projek tersebut melepasi EIA.

Siar gambar palsu Najib, Altantuya kena tindakan
KUALA LUMPUR 9 Julai – Pengendali laman blog yang menyiarkan gambar palsu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bersama Altantuya Shaariibuu boleh didenda RM50,000 atau penjara.
Pengarah Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Adelina Iskandar berkata, hukuman tersebut diperuntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Ulasan: Apakah undang-undang di wujudkan untuk manfaat pemimpin sahaja? Macam mana rakyat yang tertindas?

Air terjun Kampung Perlis dibersih
PULAU PINANG 9 Julai – Sehari selepas ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak berpuas hati dengan keadaan air terjun Kampung Perlis, Bayan Lepas di sini, kerja membersih dan mengorek semula pasir yang memenuhi kolam takungan air terjun itu bermula hari ini.

Ulasan: Lagi sekali air terjun Kampung Perlis menjadi sensasi. Tak cukupkah dengan sekali PM tegur? PM bukan saja menjaga air terjun Kampung Perlis tetapi juga semua air terjun di negara ini di samping menjaga negara supaya taat kepada Allah dan di dalam redhaNya.


Lelaki ulang-alik 150km sehari maut dirempuh kereta
ALOR STAR 9 Julai – Seorang lelaki yang berulang-alik 150 kilometer setiap hari menunggang motosikal ke tempat kerja, maut apabila terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 65.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Kobah, dekat sini pagi ini. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi ketika mangsa, Abdul Halim Sulaiman, 42, yang tinggal di Kampung Setoi, Kuala Ketil, Baling dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) cawangan Pendang, dekat sini.


Ulasan: Semoga Allah menerima ruhnya di kalangan orang beriman. Setiap hari berlalu bermakna kita semakin hampir dengan kematian kita. Cuma kita yang tidak sedar kerana sibuk dengan mengejar dunia.


Tuntutan sivil RM5.2 bilion terhadap bekas Presiden Suharto
JAKARTA 9 Julai – Pendakwa raya Indonesia hari ini memfailkan tuntutan sivil terhadap bekas Presiden Suharto bagi menuntut kira-kira RM5.2 bilion (AS$1.54 bilion) sebagai ganti rugi dan dana-dana milik kerajaan yang didakwa dicuri ketika tempoh pemerintahan beliau selama 32 tahun. Pendakwa raya Dachamer Munthe berkata, kes tersebut telah difailkan di Mahkamah Daerah Selatan Jakarta. “Ini bukanlah kes jenayah rasuah tetapi merupakan tuntutan sivil. “Kami hanya mahu wang itu dikembalikan kerana ia akan dapat digunakan untuk membangunkan negara,” kata Dachamer.
Dokumen mahkamah menunjukkan pendakwa raya menuntut Suharto membayar balik RM1.5 bilion (AS$441 juta) yang didakwa dicuri dan RM3.78 bilion (AS$1.1 bilion) lagi sebagai ganti rugi.

Ulasan: Rupa-rupanya pemimpin negara pun boleh di dakwa mencuri wang kerajaan (rakyat). Kalau mencuri satu biji telur ayam ada hukuman tertentu, inikan pula mencuri wang rakyat. Selamat berlaku adil kepada semua.


Makin ramai remaja terbabit kes rogol
KUALA PILAH: Pembabitan remaja dalam jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 96 kes dilaporkan berlaku sepanjang tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berkata statistik itu menunjukkan jenayah rogol membabitkan remaja adalah jenayah kekerasan kedua tertinggi selepas pergaduhan sebanyak 106 kes.

Ulasan: Pemimpin semua peringkat di negara kita kena fikir kenapa ramai remaja terbabit kes rogol? Itu belum lagi yang terlibat dalam zina dan membuang/membunuh bayi secara haram. 

Sepatutnya kerajaan pastikan semua lorong (jalan atau pun lebuh raya) kearah yang menuju kepada zina (sukarela atau pun di paksa iaitu rogol) di tutup. Jangan hanya bercakap macam ahli politik pembangkang, kerajaan sepatutnya gunakan kuasa pemerintahan untuk bertindak mengembalikan keamanan negara.

Along guna alamat palsu sukar kena tindakan
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan sukar mengambil tindakan terhadap ceti haram atau along yang dikesan menggunakan alamat palsu, syarikat tidak didaftarkan selain nombor sukar dihubungi, kata Setiausaha Parlimen kementerian, Dr S Subramaniam…

Ulasan: Khabarnya PDRM hebat boleh menyelesaikan kes-kes yang hebat.. Gunakan kehebatan untuk menggempur penjenayah. Tiada guna dan tiada berfaedah menunjukkan kehebatan kepada rakyat.

Elak bergantung pekerja asing
KUALA LUMPUR: Pengusaha tempatan termasuk peladang dan pengusaha industri diminta tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing bagi mengurangkan kadar jenayah membabitkan kumpulan berkenaan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, sehingga kini hampir dua juta pekerja asing berada di negara ini dan kehadiran mereka akan menyukarkan pihak berkuasa untuk memantaunya.

Ulasan: Bila sudah ramai pekerja asing akan mendatangkan masalah terutama dari sudut social dan jenayah. Yang rugi dalam semua aspek ialah rakyat.

Helah baru pembalak haram mesti disekat: Azmi
KUALA LUMPUR: Agensi penguat kuasa Jabatan Perhutanan di setiap negeri diminta meningkatkan tahap kecekapan, selain lebih berwaspada dalam menangani masalah pembalakan haram berikutan pelbagai taktik baru digunakan penjenayah terbabit sejak kebelakangan ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata siasatan mendapati modus operandi pihak berkenaan sering berubah bagi mengelak dikesan, selain sukar dijangka.

Ulasan: Biasanya di negara luar, dalam hal jenayah yang sukar di bendung, rasuah memainkan peranan. Pegawai kerajaan yang tidak jujur biasanya bergantung di poket penjenayah. Kalau itu berlaku dalam negara kita, macam mana jenayah mahu di bendung?

Pemuda mahu pupuk pelapis
BANTING: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan orang Melayu dan Umno supaya tidak melepaskan amanah menjaga kepentingan bangsa kepada orang lain kerana pembangkang tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab itu.

Ulasan: Selama ini pun orang Melayu bergantung penuh kepada UMNO, tapi rupa-rupanya pagar makan padi di atas nama perjuangan Melayu. Pemimpin UMNO dan kroni sibuk mengaut kekayaan dan harta sementara masih berkuasa.Rakyat semakin cerdik dan melihat. Rakyat akan bertindak membetulkan mana yang silap demi orang Melayu.

Golongan liberal Islam bimbang kesan fatwa
RIYADH: Tindakan seorang ulama berpengaruh Arab Saudi, Sheikh Saleh al-Fozan mengeluarkan fatwa melabelkan golongan liberal sebagai bukan Muslim sebenar, mencetuskan debat berhubung usaha pembaharuan di negara konservatif Islam berkenaan. Fozan dikatakan mengeluarkan fatwa itu sebagai memenuhi permintaan yang antara lainnya berkata: “Tindakan mengisytiharkan diri sebagai Muslim liberal sememangnya sesuatu yang bercanggah (dengan Islam). Sehubungan itu seseorang itu perlu bertaubat kerana berfikiran sedemikian demi memastikan mereka menjadi Muslim sejati.”
Mengikut fatwa itu, liberal dirujuk kepada ‘kebebasan yang tidak terikat kepada batasan Syariah Islam, menolak undang-undang Islam khususnya membabitkan wanita.
“Mereka yang mahukan kebebasan berlandaskan peraturan ciptaan manusia sebenarnya bertindak melawan peraturan ditetapkan Allah.”

Ulasan: Satu-satunya jalan hidup redhai Allah ialah mentaati Allah mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. Apabila sesuatu itu jelas mentaati Allah dan mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w., tugas kita ialah LAKSANAKAN SAJA. Just do it.

Friday, July 06, 2007

Turkish government wins court challenge to electoral reforms

ANKARA - Turkey's Constitutional Court Thursday rejected demands to annul government reforms introducing the election of the president by popular vote, a major victory for the Islamist-rooted ruling party. The court's deputy head Hasim Kilic said a simple majority of the 11 judges on the panel ruled against the demand by Turkey's current president and the main opposition party to cancel the package of constitutional amendments. "Six of our judges ruled that there was nothing unconstitutional about the reform package," Kilic told reporters here. "The package is still in force."… (AFP, 5/7/07).

Ulasan: Berilah peluang kepada rakyat yang semakin cerdik untuk memilih kerajaan dan presiden yang baik untuk negara. Selamat memilih kerajaan yang bebas rasuah. Semoga rakyat Malaysia pun sedemikian.


MTUC tidak didalangi pembangkang
KUALA LUMPUR 5 Julai – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan bahawa kesatuan itu tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi dalam memperjuangkan gaji minimum RM900 sebulan dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta. Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, beliau bersama barisan tertinggi kesatuan memperjuangkan kedua-dua isu itu bukan bertujuan untuk berkempen pada pemilihan MTUC yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebaliknya, jelas beliau, MTUC yang mempunyai keahlian kira-kira 500,000 orang telah memperjuangkan perkara itu sejak 10 tahun lalu.

Ulasan: Asalkan yang menang ialah rakyat yang tertindas.


Alam sekitar WPI perlu dilindungi – PM
JOHOR BAHRU 5 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan semua yang terlibat dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar melindungi alam sekitarnya.

Ulasan: Selamat menjaga alam sekitar seluruh negara. Bukan hanya WPI. Jangan jadi macam Pasir Gudang, yang di rancang hebat, tapi pencemaran yang teruk. Sila tanya penduduk Pasir Gudang, klinik berdekatan dan pakar pencemaran..


Kerajaan sedia beri kerakyatan kepada Mariam: PM
JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) berkata, kerajaan sedia memberi kerakyatan Malaysia kepada Mariam Johari, 86, yang terkandas di Korea Selatan selepas mengikut seorang lelaki ke negara itu, 64 tahun lalu.

Ulasan: Kerajaan sepatutnya menyayangi warganegara kita di mana saja.


Kontrak 4 kantin kotor ditamat
KUALA LUMPUR: Empat pengusaha kantin, masing-masing dua di Kelantan dan Kedah, ditamatkan kontrak mereka serta-merta selepas didapati gagal menepati kriteria kebersihan ditetapkan sehingga berlaku keracunan makanan di kalangan pelajar.

Ulasan: Sayangilah anak-anak pelajar sekolah. Jangan hanya berniaga saja tetapi ambil kira kebersihan. Tunaikan hak kepada sebagai pembeli kerana tiap-tiap hari membawa duit untuk kepada peniaga.


Harga beras naik 10 sen
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga beras putih tempatan, wangi dan basmati yang diimport antara lima hingga 10 sen sekilogram serta 20 sen bagi beras pulut tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan harga komoditi itu di pasaran antarabangsa.
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dalam kenyataan semalam berkata harga beras import pelbagai gred secara purata meningkat antara 10 hingga 100 peratus sejak 2005.
Ulasan: Akhirnya kerajaan BN terpaksa mengaku kalah (secara senyap-senyap?) kerana telah dua kali menaikkan harga petrol dan diesel, elektrik dan air membuka ruang kepada syarikat menaikkan harga barangan yang terpaksa di bayar oleh rakyat. Rakyat telah faham dari awal lagi drama ini.


Kikis sikap mudah minta maaf

PUTRAJAYA: Pemimpin Umno perlu mengikis sikap mudah meminta maaf yang hanya merugikan bangsa Melayu dan menghilangkan maruah parti sebagai pelindung orang Melayu, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo.

Ulasan: Selama ini pemimpin Umno mudah minta maaf kepada rakyat bukan Islam menyebabkan orang lain mempersoalkan hak istimewa orang Melayu seperti di berikan di dalam perlembagaan negara. Tetapi pemimpin Umno sukar minta maaf kepada pemimpin pembangkang Melayu walaupun telah jelas kesilapannya menyebabkan kedudukan pemimpin UMNO sekarang bukan lagi pelindung orang Melayu. Kehebatan pemimpin UMNO hanya sebagai pagar yang makan padi.

Thursday, July 05, 2007

Hamas mampu tadbir Gaza

DAMSYIK: Pembebasan wartawan Britain, Alan Johnston, adalah mesej kepada dunia bahawa Hamas mampu mengekalkan keselamatan dan kestabilan di Semenanjung Gaza, kata pegawai kanan pergerakan itu semalam…(BH, 5/7/07).

Ulasan: Cuma Amerika dan Israel yang tak faham begitu kerana mereka memang memusuhi gerakan yang istiqamah untuk bebaskan Palestin dari penjajah sebenar.

Pelajar dakwa dibelasah senior

ALOR STAR: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Kepala Batas dekat sini, cedera selepas dibelasah sekumpulan kira-kira 20 pelajar senior di kawasan sekolah mereka, semalam..(BH, 5/7/07).

Ulasan: Kalau betul-betul berani, satu lawan satu. Tapi berunding lebih baik daripada bergaduh fizikal. Kadang-kadang kita mudah mengikut undang-undang rimba dengan menggunakan kekuatan fizikal. Belajar untuk berunding adalah lebih baik.

Tuesday, July 03, 2007

Israel sokong Mahmoud, tak hirau Gaza

RAMALLAH: Israel mengumumkan sokongannya kepada kerajaan Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas di Tebing Barat dan sudah memindahkan dana cukai berjumlah berjuta dolar kepada pentadbiran baru Palestin.
Ini sekali gus bermakna, Mahmoud boleh membayar gaji kepada pekerja secara penuh untuk kali pertama dalam tempoh setahun, kecuali kepada mereka yang bekerja dengan Hamas di Gaza. Kerajaan beliau juga menukar cuti hujung minggu bagi sektor awam dari Khamis dan Jumaat kepada Jumaat dan Sabtu, bagi menyesuaikannya dengan jadual kerja negara Barat.

Ulasan: Mari kita berfikir: Presiden Palestin Abbas di puji habis-habisan oleh penjajah Palestin, iaitu Israel dan kawan baik Israel, Amerika. Israel dan Amerika cukup menuduh yang buka-bukan terhadap Hamas. Agak pelik. Mesti ada agenda besar di sebalik drama ini. Agak-agak 5 juta pelarian Palestin di seluruh dunia akan mendapat haknya kembali ke Palestin melalui Presiden Abbas? Dan perlantikan kabinet baru oleh Abbas yang di kenali emergency cabinet adalah tidak sah kerana melanggar perlembagaan Palestin.

617 kakitangan awam ditahan BPR
DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, 617 kakitangan awam pelbagai jabatan ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana kesalahan rasuah manakala 304 kakitangan awam dikenakan tindakan mahkamah sepanjang 2005 hingga April tahun ini.

Ulasan: Biasanya ikan busuk bermula dari kepala kata peribahasa China. Rasuah bermula dengan ahli politik parti pemerintah di mana saja menunjukkan contoh buruk. Sila beri laluan bebas supaya BPR boleh siasat siapa saja. Kalau memang tidak mengamalkan rasuah, tidak perlu takut kepada sesiapun.

Jangan hanya tangkap anak-anak ikan dan ikan bilis tetapi LUPA ikan jerung. Takut sebab mereka jerung? Kes high profil bila nak adili?

Khidmat percuma Puspakom
PUTRAJAYA 2 Julai – Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memberikan pemeriksaan secara percuma selama sebulan kepada semua kereta persendirian yang menjalani pemeriksaan di pusat tersebut untuk proses pindah milik kenderaan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, bagaimanapun mulai 1 Ogos depan, bayaran RM30 akan dikenakan untuk proses berkenaan sebagaimana dipersetujui oleh Kabinet sebelum ini.

Ulasan: Tahniah kepada kerajaan kerana menaikkan bayaran di Puspakom. Tapi kenapa bila syarikat rugi poket rakyat juga tanggung. Waktu buat untung, senyap saja dan buat tak kenal rakyat.

Semoga dengan naik bayaran kita tidak mahu dengar rasuah di Puspakom yang terpaksa di bayar oleh pelanggan sekiranya tidak mahu masalah sewaktu pemeriksaan. BPR eloklah menyiasat. Tak tahu? Hmmm…

1 bilion maut akibat rokok abad ini
BANGKOK: Satu bilion penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan rokok pada abad ini kecuali jika kerajaan di negara kaya dan miskin bersikap lebih serius dalam mencegah tabiat merokok, kata pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ulasan: Terima kasih kepada ulama yang mengharamkan rokok. Arak pun haram juga, kenapa sampai banyak kilang arak di negara kita?

Friday, June 29, 2007

Tiada bukti sogok di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR 28 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO tidak menemui sebarang bukti kukuh berlaku sogokan wang dan salah laku dalam pemilihan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, 9 September lalu. Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, lembaga itu tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli parti berhubung dakwaan tersebut…(UM, 29/6/07).

Ulasan: Susah rakyat hendak terima kecuali kita berikan kerja menyiasat kepada pakar iaitu PDRM dan BPR dan jangan ganggu mereka. Kerajaan belanja banyak untuk menjadi pakar penyiasatan tiba-tiba perkhidmatan mereka tidak di perlukan mungkin kerana mereka terlalu pakar dan di takuti. Itulah UMNO yang berlakon di depan rakyat.


Konsert Pancaindera di Bera tawan 20,000 pengunjung
TIDAK pernah mengecewakan! Begitulah gambaran yang paling sesuai diberikan kepada kejayaan konsert bergerak Pancaindera Mingguan Malaysia.
Selepas Port Dickson, Negeri Sembilan dan Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, tiba pula giliran Laman Kerayong di Bera, Pahang diserbu lebih 20,000 pengunjung malam Sabtu lalu. Malah, menambahkan kemeriahan malam yang penuh bersejarah itu dengan kehadiran masyarakat orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bera….…(UM, 29/6/07).

Ulasan: Akhbar yang benar-benar bertanggung jawab terhadap rakyat tidak perlu membawa hiburan yang melalaikan kepada rakyat di ceruk negara kerana sudah cukup di asak oleh pelbagai media. Sebenarnya tak perlu bawa sampah pembangunan kepada rakyat.

Abdullah gesa rakyat bendung gejala sosial
KUALA LUMPUR 28 Jun – Masyarakat perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membendung masalah sosial yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan kerajaan sahaja tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah seperti alkoholisme, gengster dan bunuh diri yang kian meningkat dan membimbangkan…(UM, 29/6/07).

Ulasan: Tanya apakah kerajaan saya telah buat untuk membendung gejala sosial dalam negara. Ada kuasa kenapa tidak laksanakan segera. Rakyat telah menunggu 50 tahun....

Wednesday, June 27, 2007

Gengster Singapura, orang berpengaruh terlibat jenayah di Johor

JOHOR BAHRU 26 Jun – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mendedahkan kumpulan gengster dari Singapura terbabit dalam kegiatan jenayah terancang di Johor. Menurutnya, kumpulan gengster dari negara jiran itu merupakan salah satu daripada tujuh kumpulan gengster yang dikenal pasti bermaharajalela di Johor…(UM, 27/6/07).

Ulasan: Bila polis mengagungkan gengster, rakyat semakin serba salah. Kalau sudah takut dengan gengster, berhentilah menjadi polis. Biar rakyat menjaga keselamatan diri masing-masing. Mari kita lihat siapa yang menang: polis, gengster atau rakyat?


1,274 anggota polis kawal Selatan Johor
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mengumumkan penambahan anggota di Selatan Johor kepada 1,274 orang bagi mencapai nisbah satu anggota bagi 650 penduduk berbanding 1:1,500 sekarang…(UM, 27/6/07).

Ulasan: Gaji polis sudah naik. Keselamatan rakyat bagaimana?


Mariam dakwa kedutaan tak layan permohonan
JOHOR BAHRU: Wanita Melayu yang dibawa dari Malaysia ke Korea Selatan lebih 60 tahun lalu, dilayan seperti ‘bola’ dan tidak diendahkan apabila cuba mendapatkan kerakyatan negara ini di Kedutaan Malaysia di Seoul…(BH, 27/6/07).

Ulasan: Kedutaan Malaysia sewajarnya sayang kepada warganegara kita. Jangan buat tak kisah kerana kamu makin gaji duit rakyat Malaysia. Kalau Israel menyayangi semua orang Yahudi dan menjadi tabiatnya membawa balik ke Israel. Kita?


Eric Chia dibebas
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja Steel), Tan Sri Eric Chia Eng Hock, semalam dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah RM76.4 juta pada 1994. Hakim Mahkamah Sesyen, Akhtar Tahir memerintahkan Chia, 74, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya. Beliau berkata, kegagalan pihak pendakwa memanggil dua saksi penting, termasuk seorang warga Jepun, selain pertuduhan yang bercanggah dan mengelirukan, mencacatkan kes mereka…(BH, 27/6/07).

Ulasan: Terima kasih pihak pendakwa kerana melepaskan Eric Chia. Rupa-rupanya tidak susah membebaskan dari tuduhan dengan pihak pendakwaan buat lebih kurang, menyebabkan hakim mendapati kes itu lemah dan buang kes. Ada kes-kes yang lain yang sama?

Carilah rezeki yang halal lebih baik dan di redhai Allah.

Friday, June 22, 2007

Bangladesh jails corrupt politician

An anti-corruption court in Bangladesh has sentenced a former minister to 13 years in jail for amassing wealth through illegal means, the first conviction of a government leader since a crackdown began this year.
More than 170 political figures including Tareque Rahman, Khaleda's elder son and political heir, have been detained in the anti-corruption hunt aimed at cleaning up politics before elections expected late next year.
http://english.aljazeera.net/NR/exeres/785F34D7-0FEA-4C08-9BC3-2EB2775B44D1.htm

Ulasan: Satu hari nanti negara kita akan benar-benar bebas selepas merdeka. Bila akhbar akan melaporkan Malaysia memenjarakan ahli politik yang rasuah…

28 web pelaburan Internet ditutup
KUALA LUMPUR 21 Jun – Sehingga kini 28 laman web pelaburan cepat kaya tempatan yang dikesan menjalankan aktiviti pasaran modal dan sekuriti tanpa kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak lagi boleh diakses di Internet…(UM, 22/6/07).

Ulasan: Kenapa lambat sangat di tutup? Kalau pihak kerajaan menutup laman lucah lagi bagus dan di alu-alukan. Tapi apakah itu boleh terjadi kerana negara masih di kekuasaan BN/UMNO?

Harga ayam naik 65 sen sekilo
KUALA LUMPUR 21 Jun – Harga runcit ayam daging tanpa kaki, kepala dan mempedal (super) di seluruh negara dinaikkan 65 sen sekilogram mulai esok.
Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengumumkan, harga ayam super kini dijual RM6.70 sekilogram berbanding RM6.05 sebelum ini…(UM, 22/6/07).

Ulasan: Terima kasih kerana menyokong BN. Bila harga naik, semua orang kena. Cara terbaik untuk pastikan BN menolong rakyat bila jadi kerajaan Malaysia: Jangan undi BN kali ini. Bila kalah, BN akan semak semula kesalahan-kesalahannya sewaktu menang selama ini. 

Jadilah kerajaan Malaysia yang jujur, untuk menangi hati rakyat bukan dengan merasuah pengundi.


Bekas Presiden Iran nafi bersalam dengan wanita
TEHERAN 21 Jun – Bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami hari ini menyangkal keras tuduhan beliau melanggar undang-undang Islam dengan berjabat tangan dengan wanita semasa lawatannya ke Itali bulan lalu.…(UM, 22/6/07).

Ulasan: Kenapa pula pemimpin kami sibuk hendak bersalam dengan wanita?

Tambang haji musim ini kekal
KUALA LUMPUR: Tambang untuk mengerjakan haji pada musim ini kekal pada kadar tahun lalu walaupun pelbagai kos, khususnya pengangkutan dan penginapan di Tanah Suci kini semakin meningkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata kadar tambang itu dapat dikekalkan kerana Tabung Haji bersetuju menambah subsidi yang diberikannya kepada bakal haji daripada RM37 juta musim lalu, kepada RM50 juta tahun ini.
“Kita memutuskan supaya Tabung Haji mengekalkan kadar tambangnya bagi membantu meringankan beban ditanggung kira-kira 26,000 bakal jemaah yang dijadual berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat itu musim ini.

Ulasan: Atau merasuah rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum? BN berharap untuk menang lagi untuk memimpin negara dengan merasuah rakyat untuk mengundi BN/UMNO. Kalaulah orang Melayu sedar siapa sebenarnya pagar makan padi?

Tabung Haji sebagai syarikat yang menguruskan bakal jemaah haji yang terbesar sudah tentu dapat untung banyak, makan setahun pun tak habis. Tak pandai nak buat untung tanpa menaikkan harga tambang adalah mentaliti syarikat jual pasar malam. Kos syarikat perlu di kecilkan, baru untung tanpa perlu mengganggu pelanggan.


Tiga sekolah sukan RM240 juta dibina
KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran akan membina tiga lagi sekolah sukan membabitkan kos RM240 juta, dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh sukan negara.
Tiga sekolah sukan itu dirancangkan di Perlis, Pahang dan Sabah, sebagai tambahan kepada Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), Johor dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Selangor.

Ulasan: Anak-anak kita akan bersukan dan jadi ahli sukan sepanjang hidup mereka? Tak kemana, pergi bersukan di luar negeri pula sibuk melancong, duit rakyat habis, balik orang lain bawa medal.
Bersukan itu berpadan-padan untuk sihat tubuh badan tapi bukan sibuk menjadi sukan negara cuma.

Thursday, June 21, 2007

Enam kereta kebal PT91 tiba Ogos

KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebanyak enam buah kereta kebal utama (MBT) PT91 buatan Poland yang dibeli oleh kerajaan pada tahun 2002 dijadualkan tiba Ogos ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, keenam-enam MBT itu merupakan kumpulan pertama daripada 48 buah yang dibeli oleh kerajaan lima tahun lalu…(UM, 21/6/07).

Ulasan: Kalau pembelian kapal selam ada komisyen yang menggemparkan dunia, apa cerita kereta kebal PT91? Orang yang cintakan dunia biasanya tidak kasihkan tanah air sendiri.

Malaysia hanya miliki 10 peratus tenaga mahir
JASIN 20 Jun – Percayakah anda bahawa Malaysia yang sudah merdeka selama 50 tahun dan berpenduduk 26 juta orang sebenarnya hanya memiliki 10 peratus sahaja tenaga mahir tempatan? Itulah hakikatnya yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Romli Hassan dan menurutnya, jumlah tenaga mahir paling kritikal adalah dalam bidang industri, pembinaan dan pembuatan. Menurut beliau, jumlah itu jauh berkurangan jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan yang mahu memiliki sekurang- kurangnya 54 peratus tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2020…(UM, 21/6/07).

Ulasan: Negara ini untuk maju dengan lebih cepat terlalu bergantung kepada buruh asing. Kebanyakan mereka datang dengan tangan kosong dan akan balik dengan pengalaman bekerja sebagai pekerja mahir. Tinggallah Malaysia dengan masalah sosialnya dan tenaga kerja yang tak mahir.

AS pecah belahkan Palestin dan lakukan apa sahaja halang penyatuan Fatah, Hamas
DUBLIN 20 Jun – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter semalam berkata, Washington melakukan kesilapan dasar apabila menyokong kumpulan Fatah di Tebing Barat dan mengenakan sekatan bantuan ke atas Gaza. Katanya, tindakan Washington itu lebih kepada usaha memecahbelahkan penduduk Palestin dan bukannya membawa kedamaian di rantau Asia Barat. Carter yang dalam lawatan di sini berkata, AS dan Israel telah berusaha “melakukan segala-galanya untuk menghalang Fatah dan Hamas bersatu.” “Akhir-akhir ini AS telah memberi bantuan ketenteraan kepada Fatah untuk menumpaskan Hamas di Gaza. “Fatah tidak boleh berjaya kerana para pejuang Hamas mempunyai komitmen tinggi selain disiplin yang kuat,” tegas Carter. …(UM, 21/6/07).

Ulasan: Penyatuan Fatah dan Hamas adalah perkara yang sukar di terima oleh Amerika dan Israel. Bila kita berkelahi sesama sendiri dengan bantuan musuh, siapa yang rugi? Fatah sewajarnya melihat ke dalam dirinya sejauh manakah idealisma perjuangan di pertahankan atau perjuangannya sudah habis tarikh luput.

Operasi AS, Pakistan gagal sekat pengaruh Al-Qaeda
SYDNEY 20 Jun – Rangkaian Al-Qaeda dipercayai berjaya mengukuhkan kedudukan di pedalaman sempadan antara Pakistan dan Afghanistan walaupun Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan giat melancarkan operasi di kawasan itu.
Ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia, Paul O’Sullivan berkata, beliau juga percaya rangkaian itu semakin memperluaskan pengaruhnya pada peringkat global.
Katanya, peningkatan serangan pengganas dan kemunculan komplot sejak serangan 11 September 2001 membuktikan kumpulan itu mampu menjalankan kegiatan mereka…(UM, 21/6/07).

Ulasan: Mereka merancang dan Allah pun merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Konsep Islam Hadhari elak salah faham dunia
MALAYSIA semalam menawarkan pengalamannya memberi kefahaman mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam menerusi konsep Islam Hadhari, untuk dikongsi dan dipelajari bersama oleh negara lain dalam usaha mengelakkan salah tanggapan terhadap agama itu…(BH, 21/6/07).

Ulasan: Kenapa mesti guna istilah baru iaitu Islami Hadhari pada hal Allah redha dengan Islam sebagai agama kita.

252 nahas kerana tayar celup
SEBANYAK 252 kes kemalangan jalan raya akibat penggunaan tayar lusuh atau botak serta tayar celup berlaku antara tahun 2000 hingga 2004, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Douglas Uggah Embas. Beliau berkata, perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukkan masalah tayar lusuh atau botak menjadi penyumbang tertinggi kemalangan berkenaan…(BH, 21/6/07).

Ulasan: Mengapa kerajaan beri izin perniagaan tayar celup? Kalau dah tahu kereta pakai tayar lusuh atau botak serta tayar celup, pandulah cermat dan jangan laju.

Wednesday, June 20, 2007

AS tarik balik sekatan Palestin

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden George W Bush menarik balik sekatan ekonomi dan diplomatik dikenakan sejak 15 bulan lalu ke atas kerajaan Palestin selepas Presiden Mahmoud Abbas menubuhkan Kabinet darurat tanpa pembabitan Hamas.
Langkah menyambung semula bantuan langsung kepada kerajaan Palestin yang dilanda krisis kewangan meruncing menyusul tindakan Mahmoud membubarkan kerajaan perpaduan diketuai Hamas....(BH, 20/6/07).

Ulasan: Israel dan Amerika cukup bergembira bila Hamas di kalahkan oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Presiden Mahmoud Abbas bukanlah presiden yang bebas kerana beliau adalah dari kumpulan Fatah yang pernah memerintah Palestin sebelum ini.
Rupa-rupanya ada kumpulan yang sanggup amalkan prinsip Machiavelli, sanggup bersekongkol dengan pihak musuh umat Islam untuk mengalahkan Hamas, kerajaan yang di pilih rakyat melalui pilihan raya bebas, di atas nama Palestin. Sepatutnya bukan kumpulan mana menang tapi yang penting ialah Palestin bebas dari penjajahan.


Najib nasihat wakil rakyat jaga perlakuan
KUALA LUMPUR 18 Jun – Jaga tutur kata dan perlakuan. Itulah nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Parlimen dan Senator daripada Barisan Nasional agar mereka berhati-hati ketika berbahas semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara...(UM, 19/6/07).

Ulasan: Jaga tuturkata dan perlakuan di mana sahaja. Ini penting terutama sebagai pemimpin rakyat.


Syarat baru jual kereta terpakai
PUTRAJAYA 19 Jun – Semua kereta persendirian yang bertukar tangan akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) berkuat kuasa 1 Julai ini....(UM, 20/6/07).

Ulasan: Seronoklah Puspakom buat duit bila kita nak beli kereta terpakai. Kami harap supaya jangan kami rakyat dhaif pun kena rasuah seperti pemeriksaan kenderaan komersial. Tolonglah semak rasuah di Puspakom. Rasuah adalah kanser masyarakat kita.



Pelancongan: Bumiputera hanya ‘menang sorak’
KUALA LUMPUR 19 Jun – Pengusaha pelancongan bumiputra hanya menikmati kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan pendapatan berjumlah RM36 bilion yang diraih dalam sektor pelancongan pada tahun lepas...(UM, 20/6/07).

Ulasan: Orang Melayu selama ini di ajar oleh UMNO supaya menang sorak. Itulah style perniagaan orang UMNO. Yang penting, nama kita gah ke mana-mana walau pun orang lain yang dapat untung. Orang lain asal berniaga walau pun nama tidak di kenali dan yang penting jual dan jual.


Sejak jadi pengantin baru saya selalu diusik – PM
MOSCOW 19 Jun – ‘‘Sejak menjadi pengantin baru, saya selalu diusik,” itulah antara kata-kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika majlis meraikan beliau anjuran Kedutaan Malaysia di sini malam tadi...(UM, 20/6/07).

Ulasan: Lebih baik di usik bila sudah kahwin, daripada tak di usik walau pun tak kahwin.


Dewan Rakyat: Firma ali baba disekat


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyenarai hitam syarikat Bumiputera jika melanggar syarat pemilikan ekuiti dengan menggunakan nama Bumiputera sebagai ahli lembaga pengarah, sedangkan ia sebenarnya dimiliki bukan Bumiputera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Raman Suliman, berkata tindakan tegas itu boleh diambil jika mempunyai bukti kukuh. "Jika ada pihak tampil memberikan maklumat, kerajaan akan menyenaraihitamkan syarikat berkenaan. Syarikat itu akan dihalang untuk mengambil bahagian dalam tender dan halangan lain," katanya ...(BH, 20/6/07).

Ulasan: Maklumat macam itu susah nak di dapati jadi bila akan selesai? Rakyat terkebil-kebil melihatnya ada tapi macam tak ada. Inilah hasil pemerintahan di bawah BN/UMNO selama ini.


Kadar bayaran Puspakom naik 1 Julai
PUTRAJAYA: Kadar bayaran enam jenis pemeriksaan kenderaan perdagangan dan persendirian di semua 64 Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara dinaikkan RM10 hingga RM15 mulai 1 Julai ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapa, berkata kenaikan berkenaan wajar berikutan peningkatan kos operasi seperti bayaran utiliti, upah buruh, tukaran wang asing dan operasi di cawangan Puspakom...(BH, 20/6/07).

Ulasan: Kenapa pula KP JPJ bercakap bagi pihak Puspakom?
Bayaran di naikkan, rasuah di Puspakom menurunkah? Siasat jangan tak siasat. Bebaskan negara dari rasuah.

Wednesday, June 13, 2007

PM: Gandingan ulama, umara berjaya majukan negara

BANGI 12 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, gandingan ulama dan umara (pemimpin) yang terbukti berjaya membawa kemajuan kepada negara sejak 50 tahun lalu akan terus dipertahankan. Perdana Menteri berkata, gabungan tenaga dua golongan itu yang telah menjadi amalan sejak negara mencapai kemerdekaan akan dipereratkan lagi kerana ia terbukti berkesan bagi membolehkan rakyat berbilang kaum hidup dengan aman…(UM,13/6/06).

Ulasan: Selepas merdeka, umara (pemerintah) dari kerajaan Perikatan/UMNO dan kemudiannya BN/UMNO hanya memandang sepi terhadap ulama. Agama jarang di jadikan asas ukuran dalam mentadbir negara. Hasilnya boleh nampak di depan mata kita: Rokok, dadah, zina, judi dan rasuah makin banyak dan menghimpit negara kini.

Gandingan ulama dan umara tidak pernah berlaku di negara ini kerana umara lebih leka dengan model-model pembangunan berasaskan materialsm.


Pengiklan digesa guna Bahasa Malaysia
KUALA LUMPUR 12 Jun – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menggesa para pengiklan menggunakan Bahasa Malaysia untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan produk kepada masyarakat…(UM,13/6/06).

Ulasan: Terasa kini bagai tinggal di London kerana kebayakan iklan dalam bahasa Inggeris. Merdekakah kita?


Lantikan jawatan Ketua Polis perlu tapisan BPR, Tatatertib PDRM
KUALA LUMPUR 12 Jun – Pelantikan pegawai kanan polis untuk jawatan Ketua Polis negeri perlu melalui prosedur tapisan yang ketat dan siasatan terperinci terhadap calon terpilih oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Urusetia Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM)…(UM,13/6/06).

Ulasan: Janganlah pilih calon yang sukakan RASUAH. Pesan datuk nenek supaya jauhilah rasuah kerana Allah mengharamkan memberi dan menerima rasuah.


Sejuta wanita Malaysia gemuk


PUTRAJAYA: Lebih sejuta wanita berusia antara 25 hingga 64 tahun (18.8 peratus) di negara ini dikategorikan sebagai gemuk, sekali gus terdedah kepada risiko mengalami pelbagai penyakit kronik, termasuk serangan jantung, kencing manis dan strok.
Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan tahun lalu mendapati 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G, iaitu gebu, gempal dan gemuk dengan wanita mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata kajian itu mendapati bilangan penduduk gemuk di Malaysia kini kedua paling ramai di Asia Tenggara dengan mencatat masing-masing 19 wanita dan 14 lelaki bagi setiap 100 orang.
“Jika satu masa dulu orang yang gebu, gempal atau gemuk mungkin dikatakan sihat dan sejahtera, tetapi kini tidak lagi. Kegemukan sebenarnya adalah permulaan kepada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes serta strok…(BH, 12/6/07).

Ulasan: Rajin-rajinlah bersenam dan sila beri perhatian kepada apa yang kita makan. Selalunya: Garbage in, garbage out.


Pelancong punca lambakan majalah: Johari
KUALA LUMPUR: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) tidak menolak kemungkinan lambakan majalah dari China, termasuk yang berunsur seks dan tidak sesuai dengan nilai masyarakat negara ini berlaku kerana peningkatan bilangan pelancong dari negara itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata pelancong itu mungkin menjadi sasaran sebagai pelanggan oleh pihak tertentu yang menyeludup masuk majalah itu.

Ulasan: Termasuk juga kemungkinan rasuah yang di gunakan untuk melembikkan peraturan yang tegas dan keras.


Remaja bazirkan wang dengan ‘SMS sampah’

KUALA LUMPUR: Kerajaan bimbang semakin ramai remaja menyalahgunakan kemudahan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit dengan menghantar dan menerima ‘SMS sampah’ yang hanya membazirkan wang.
Remaja juga dikatakan leka dengan kemudahan teknologi multimedia yang kebanyakannya berunsurkan hiburan seperti pemain mp3, pemain disk mini, muzik, klip video ringkas dan kamera.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata generasi muda tidak harus terlalu ghairah serta terpengaruh dengan unsur tidak sihat dalam menikmati perkembangan teknologi yang mengutamakan hiburan semata-mata.

Ulasan: Jadilah pengguna yang bijak.


Keledek ganti tembakau di Pantai Timur 2010
BACHOK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan pengeluaran ubi keledek negara mencapai hingga 300,000 tan setahun menjelang 2010.

Ulasan: Selamatlah petani dari menanggung dosa kerana menghasikan rokok yang membawa kepada berbagai penyakit seprti yang di buktikan oleh penyelidikan sains. Terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Tuesday, June 12, 2007

Pengendali kapal selam terima insentif tinggi – Najib

KOTA KINABALU 11 Jun – Pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terbabit mengendali dua buah kapal selam pertama negara, Scorpene menerima elaun insentif antara paling tinggi dalam perkhidmatan angkatan tentera…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Walaupun pengendalinya akan hidup dan mati dengan kapal selam itu dan akan menerima elaun insentif antara paling tinggi dalam perkhidmatan angkatan tentera tetapi ingatlah bahawa itu adalah terlalu KECIL berbanding dengan pembayaran komisyen pembeliannya (baca: rasuah).

Pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM530 juta) nyata sekali teramat mahal. Orang ramai berhak mengetahui siapakah sebenarnya yang mendapat durian runtuh ini? Sebagaimana didedahkan oleh Far Eastern Economic Review pada tahun 2002, Perimekar Sdn. Bhd. Akan menerima 8% dari jumlah kontrak dalam masa 6 tahun akan datang. Menurut penerbitan tersebut, Perimekar dimiliki 100% oleh Ombak Laut, syarikat milik Razak Baginda dan rakan-rakannya. Ombak Laut kemudian menjual 40% dari syarikat Perimekar kepada LTAT dan sebuah syarikat berkaitan (anwaribrahimblog.com/?p=412).

RM530 juta adalah terlalu banyak untuk ‘technical evaluations’ or ’sound negotiation skills’.
Rupa-rupanya dalam hal keselamatan negara pun ada orang sempat buat duit haram!


Pendapatan bawah RM1,200, potong gaji di bawah SSPN
KUALA TERENGGANU 11 Jun – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan supaya kerajaan mewajibkan kakitangan awam atau swasta yang berpendapatan di bawah RM1,200 sebulan membuat potongan gaji di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail berkata, potongan gaji sekurang-kurangnya RM20 sebulan itu adalah sebagai simpanan jangka panjang untuk mengurangkan beban apabila anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sepatutnya melaksanakan tugas memberikan pinjaman kepada pelajar IPT warganegara. Kenapa sibuk menyusahkan ibubapa pula. Ibubapa tahu apa yang perlu cari sebagai tambahan selain pinjaman PTPTN. Apa sudah jadi kepada biasiswa untuk pelajar Melayu seperti terkandung di dalam Perlembagaan negara. Tolong semak kalau sayangkan bangsa.


Minggu Malaysia di London berjaya promosikan negara
LONDON 11 Jun – Program Minggu Malaysia tahun ini telah berjaya menyampaikan mesej mempromosikan Tahun Melawat Malaysia selain menyebarluaskan sambutan kemerdekaan negara ke-50 dan menyemarakkan seni serta kebudayaan Malaysia.

Ulasan: Orang lain tidak perlu pun menyambut kemerdekaan kerana mereka tidak pernah terjajah. Maaf, kehebatan kebudayaan Malaysia hanya di atas pentas. Di belakang pentas dan turun pentas rupa-rupanya kita lebih Inggeris daripada orang Inggeris. Apakah kita juara di pentas saja?


Penjaga kebun getah ditemui mati ditetak
PULAU PINANG 11 Jun – Seorang penjaga kebun getah ditemui mati dengan 10 kesan tetakan di bahagian badan, dipercayai dibunuh lima warga Myanmar menggunakan parang di sebuah dusun durian di Bukit Gambir, Sungai Nibong di sini awal pagi ini…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Kerajaan BN mengizinkan pekerja asing bekerja di sini, rakyat Malaysia yang menjadi korbannya. Terima kasih kerajaan BN kerana menyusahkan rakyat. Terima kasih kerana menyusahkan polis dan mahkamah dan penjara…


Pilihan raya Parlimen Mesir bertukar ganas
KAHERAH 11 Jun – Pilihan raya untuk dewan tertinggi Parlimen Mesir hari ini bertukar menjadi ganas apabila seorang lelaki terbunuh dalam pergaduhan antara penyokong parti memerintah dengan calon bebas di luar pusat mengundi di utara Delta Nil…(UM, 12/6/07).

Ulasan: Perkara ini biasanya terjadi apabila kerajaan yang ada terlalu lama memegang tampuk pemerintahan dan tidak pernah kalah sebelum ini. Mereka rasa negara dan undi rakyat adalah milik mutlak mereka. Tidak pelik pelbagai jentera kerajaan di salah guna untuk memberikannya kemenangan untuk memerintah lagi. Penipuan, merasuah pengundi, menakut-nakutkan pengundi melalui samseng dan menyalahgunakan polis dan tentera. Di Malaysia pun perkara hampir sama terjadi. Fikir dan cari jawapannya.


JPA dedah pegawai kena tindakan
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyiarkan nama pegawai dan kakitangan kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan kuasa atau melakukan kesalahan tata tertib, di dalam akhbar tempatan.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Ismail Adam , berkata langkah untuk menyiarkan nama kakitangan awam yang melanggar etika itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan yang sudah diambil terhadap mereka.
Pelaksanaan cadangan itu, katanya, sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran yang telus dan memberi tumpuan serius terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian. …(BH, 12/6/07).

Ulasan: Teruskan apa yang di anggap elok, TERMASUK menteri dan orang politik yang melanggar undang-undang negara. Yang seronoknya pemegang saham akhbar (siapa?) kerana mendapat duit iklan.


Pasangan maut kereta terhumban 70 meter
SUNGAI PETANI: Hasrat sepasang kekasih bertunang akhir tahun ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Lencongan Timur dekat sini, malam kelmarin…(BH, 12/6/07).

Ulasan: Islam hanya mengiktiraf nikah sebagai ikatan untuk hidup berkasih sayang dan bersama-sama. Dalam Islam, kekasih atau tunang tidak menghalalkan hubungan sesama. Kalau sudah berkenan sangat dan tidak boleh menjaga hukum agama, eloklah nikah cepat-cepat. Boleh pahala dan berseronok pun dapat.


JKR tubuh Bahagian Juruukur Bangunan


KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menubuhkan Bahagian Juruukur Bangunan bagi memeriksa setiap bangunan kerajaan selepas siap dibina untuk memastikan semua spesifikasi dan skop kerja dipatuhi kontraktor serta subkontraktor mengikut perjanjian…(BH, 12/6/07).

Ulasan: Buatlah apa saja asalkan dua perkara perlu di hindarkan kalau mahukan profesional yang efektif: 1.Rasuah 2. Campur tangan orang politik.



























 

Monday, June 11, 2007

Minggu Filem Malaysia 3 bulan sekali di Britain dicadang

LONDON 10 Jun – Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang meneliti kemungkinan mengadakan Minggu Filem Malaysia di Britain setiap tiga bulan berikutan sambutan menggalakkan terhadap tujuh filem yang ditayangkan di sini selama empat hari bermula 6 Jun lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pengurusan Odeon Cinema di Covent Garden yang menayangkan lima daripada filem tersebut menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang bertanggungjawab menganjurkan Minggu Filem Malaysia yang berakhir semalam…(UM, 11/6/07).

Ulasan: Seolah-olah masyarakat maju di Barat merindui sangat filem kita yang berkiblatkan Barat. Apa yang masih tinggal pada kita?


1.3 juta pelajar IPTA, IPTS menjelang 2010
KUALA LUMPUR 10 Jun – Kemasukan pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) meningkat dari 4.5 peratus semasa tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) kepada 16.9 peratus untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran Bahagian Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) juga mengalami purata kadar pertumbuhan yang meningkat iaitu dari 5.5 peratus kepada 6.7 peratus bagi tempoh yang sama. …(UM, 11/6/07).

Ulasan: Baguslah semoga rakyat menjadi cerdik dan tidak lagi mengundi BN/UMNO.


Lambakan majalah asing berleluasa
KUALA LUMPUR: Hampir 300,000 naskhah majalah termasuk yang mengandungi unsur lucah dan bertentangan dengan nilai masyarakat negara ini, dibawa masuk secara haram dari China, serta dijual secara terbuka di pasaran tempatan, setiap bulan..(BH, 11/6/07).

Ulasan: Bila berurusan dengan saudagar China, perkara yang perlukan perhatian ialah kebiasaannya kewujudan rasuah dalam pelbagai bentuk yang selalunya melembikkan peraturan dan penguatkuasa yang keras. Rasuah adalah di haramkan oleh semua agama. Tapi tidak mungkin BN/UMNO boleh hapuskan rasuah di bumi kita kerana rakyat sudah beri amanah kepada BN/UMNO memerintah negara selama 50 tahun tapi sayang penuh dengan rasuah BN/UMNO. Ertinya rakyat kena tukar kerajaan baru…
Terbaru: Kebanjiran majalah asing: Perketat penguatkuasaan
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah kebanjiran bahan penerbitan asing di negara ini kerana ia boleh menghakis nilai murni masyarakat...(BH, 12/6/07).

Tarik 100,000 pelajar asing sukar dicapai
JOHOR BAHRU 10 Jun – Usaha Kementerian Pengajian Tinggi menarik 100,000 pelajar asing ke Malaysia pada 2010 berkemungkinan besar tidak tercapai selagi beberapa kelemahan ketara tidak diatasi segera oleh universiti awam tempatan. Menurut Education Service Coordination International (M) Sdn. Bhd. (ESCI), syarikat yang terbabit membawa masuk pelajar asing ke Malaysia, beberapa kelemahan kritikal dikenal pasti terutamanya membabitkan universiti tempatan, seperti sistem penyampaian yang lemah sehinggalah kepada masalah taktik promosi yang ketinggalan…(UM, 11/6/07).

Ulasan: Pelajar asing sewajarnya berakhlak baik di negara kita. Pelajar kita pun serupa. Jangan hilang arah lupa tanggung jawab mendidik anak Malaysia bila selalu berfikir untuk buat untung.


Boleh berpurdah di kampus
KAHERAH: Mahkamah Agung Mesir memutuskan bahawa sebuah universiti di Kaherah (Universiti American) tidak berhak melarang wanita memakai purdah ketika berada di kampus, kata seorang pegawai mahkamah dan peguam dalam kes terbabit…(UM, 11/6/07).

Ulasan: Pemakaian purdah adalah hak setiap wanita yang mahu dan bila terjadi fitnah. Tanya pakar apa makna fitnah.


Studies say death penalty deters crime
What gets little notice, however, is a series of academic studies over the last half-dozen years that claim to settle a once hotly debated argument — whether the death penalty acts as a deterrent to murder. The analyses say yes. They count between three and 18 lives that would be saved by the execution of each convicted killer…(AP, 11/6/07).

Ulasan: Baliklah kepada cara Islam menghukum kerana itulah keadilan yang Allah redha.


Mahkamah Tinggi: Tandatangan 1,000 ibu
SHAH ALAM: Beberapa wakil media di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menerima salinan mengandungi tandatangan 1,000 ibu di Mongolia yang menuntut supaya kematian jurubahasa dan model sambilan, Altantuya Shaariibuu, 28, dapat dibela dengan adil. Dalam kandungan surat itu, mereka secara sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pembunuh Altantuya hingga menyebabkan dua anak mangsa berada dalam keadaan kesepian seumur hidup..(BH, 11/06/07).

Ulasan: Sebagai rakyat kita sewajarnya pastikan keadilan tertegak dalam semua kes di mahkamah bukan hanya di dalam kes-kes tertentu. Kita tak mahu melihat keadilan di laksanakan berpilih-pilih.

Tentu kita masih ingat yang selalu kita dengar, kata Nabi, "Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."...Maka dikala itu kata Usamah, "Aku melihat adanya urat di dahi Nabi, ketika marahnya Nabi apabila hak ALLAH cuba dicabuli." Inilah sifat yang mesti kita contohi. Memanglah kita sesama kita boleh bersenyum dan bergurau senda, tetapi dalam bab hukum, kita kena berTEGAS. Dari: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=22293