Thursday, July 22, 2010

Umno tenat, sanggup peralat mufti berbohong

Abdul Aziz Mustafa  

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.

"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.

"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.

"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".

"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya.

Ulasan: BN/UMNO akan buat apa saja untuk terus memerintah negara. Kita boleh mengubahnya dengan mengundi parti selain BN dalam pilihan raya umum nanti. Rakyat sememangnya berkuasa tapi selama in di perbodohkan oleh BN/UMNO.

Kuasa politik baru perlu ganti Umno

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 22 Julai: "Kekecewaan orang Melayu terhadap Umno sudahpun diketahui umum, sebab itu perlu ada politik baru di kalangan Melayu yang tidak rela membiarkan kepimpinan ini terus merosakkan bangsa dan negara."

Demikian maklum balas Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) petang tadi, mengulas rancangan 'Perpaduan Melayu' yang dipopularkan oleh beberapa pemimpin Umno belakangan ini.

Menurut beliau, budaya berpolitik yang diamalkan oleh Umno telahpun tergelincir dari landasan kebudayaan Melayu yang sebenar.

Katanya, perbincangan itu sudah tergelincir dari landasan yang sebenar kerana lebih untuk mempertahankan kepimpinan pemimpin dan parti politik tertentu walaupun mereka diketahui umum mengamalkan rasuah, pecah amanah, tidak menghayati keharmonian kaum dan tutup ruang demokrasi.

Sedangkan, katanya, kekuatan orang-orang Melayu yang sebenar adalah kembali berpegang teguh pada ajaran Islam.

"Kalau nak bincang tentang perpaduan Melayu, mengapa tidak pergi pada kekuatan sebenarnya, iaitu Islam," ujar beliau.

"Kekuatan Islam yang membentuk budaya orang-orang Melayu yang tinggi, tidak suka pada politik murahan dan pinggiran, amanah dan sangat menjaga maruah bangsa dari terjebak dengan politik yang tidak sihat."

Baginya, orang-orang Melayu seharusnya dididik dengan budaya berfikir yang lebih dinamik supaya tidak terperngaruh dengan anasir-anasir tidak sihat ciptaan pihak tertentu yang berkuasa.

Melihat pada kemusnahan budaya Melayu dalam Umno, beliau berkata, orang Melayu tidak perlu menunggu perpaduan Melayu melalui parti perkauman itu demi melakukan perpaduan mahupun perubahan dalam masyarakat.

Sebaliknya, perubahan paradigma dan budaya orang Melayu seharusnya diperkasakan melalui badan bukan kerajaan (NGO) berwajib serta dalam parti-parti alternatif yang popular di kalangan Melayu.

"Perubahan ini tidak perlu Umno, perpaduan atau perubahan ini sebenarnya perlu (kuasa politik) yang lain, perlu dibuat berperingkat di semua peringkat," tegasnya.

Beliau turut menolak formula popular di kalangan pemimpin Umno kononnya orang-orang Melayu seharusnya mendahulukan perpaduan Melayu melalui Umno walaupun segelintir kepemimpinan parti perkauman tersebut dilihat tidak berbudaya Melayu yang sebenar.

"Bukan Umno sahaja yang Melayu," tegasnya.

Ulasan: Selama 53 tahun UMNO memerintah Malaysia, yang hebatnya kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO. Islam masih lagi di perintah bukan yang memerintah negara. UMNO nak lagi 53 tahun? 


PAS : Tolak isu perpaduan, fokus 'sistem dua parti'

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari (gambar).

Ini kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang.

"PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno.

"PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga pakar perlembangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, rancangan tersebut yang kononnya untuk perpaduan Melayu itu wajar dipertikai.

"Persetan perpaduan Melayu kerana dalam Umno sendiri berpecah, elok Umno masuk PAS atau PKR," tegasnya.

Difahamkan, rancangan Umno tersebut mungkin setelah melihat minat masyarakat Melayu umumnya masih bersama Barisan Nasional, sedangkan masyarakat bukan Melayu lebih berminat pada PAS dan Pakatan Rakyat, sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dua tahun lalu.

Ekoran itu, beliau berkata, rancangan tersebut bakal mengukuhkan sokongan Melayu pada Umno BN, bukannya Pakatan Rakyat.

Melihat pada permainan itu, katanya lagi, rakyat umumnya mungkin bakal menolak PAS di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak sekiranya pemimpin PAS di negeri itu masih berminat untuk mengadakan 'pelan damai Umno-PAS' yang kononnya demi kepentingan Melayu.

Ini kerana, menurut beliau, kemenangan PAS serta Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan beberapa negeri umumnya adalah hasil sokongan masyarakat bukan Melayu.

"Yang teringin nak bekerja dengan Umno, lupa diri negeri-negeri Pakatan, termasuk Kedah, akan jatuh kerana orang bukan Melayu akan marah dengan PAS, ia perlu ingat," jelas beliau sambil menasihatkan PAS supaya kembali melihat pada lanskap 'politik baru' PRU12 lalu.

Pun begitu, beliau mengaku bahawa masyarakat Melayu di Kelantan pada pilihan raya umum lalu banyak membantu PAS dan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Dari segi yang lain, beliau berkata, imej PAS bakal dipandang serong oleh rakyat dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat sekiranya PAS terperangkap oleh rancangan terbaru Umno itu.

"PAS akan tersungkur serta dikenang sebagai tidak setia dan menikam dari belakang oleh rakan-rakan dalam Pakatan.

"Imej jangka panjang ini perlu PAS ingati, selain pengalaman dalam BN pada 1972 hingga 1977 lalu, landskap politik baru itu akan menelan PAS," tegas beliau.

Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tetap melakukan perubahan pada pilihan raya umum yang dijangka berlangsung tidak lama lagi walaupun PAS masih berminat dengan rancangan tersebut.

"PRU 13 cerah tapi kalau PAS masuk perangkap Umno, ia akan bungkus dan Umno akan hidup. Umno perlukan talian hayat," ujarnya lagi.

Sumber: Harakahdaily

Sepanyol tolak haram burqa

MADRID 21 Julai - Parlimen Sepanyol semalam menolak usul bagi mengharamkan kaum wanita di negara ini memakai penutup kepala yang hanya mendedahkan bahagian mata di tempat-tempat awam.

Bagaimanapun, kerajaan Sosialis menyatakan bahawa mereka akan membentangkan satu lagi usul bagi mengharamkan pemakaian burqa di dalam bangunan kerajaan berhubung isu agama, yang akan dibentangkan selepas cuti musim panas Parlimen.

Semasa Dewan Rendah membahaskan usul itu semalam, seramai 183 ahli Parlimen menentang usul pengharaman itu, manakala 162 yang lain menyokong, sementara dua lagi berkecuali.

Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Popular (PP) yang menyifatkannya sebagai sokongan kepada hak asasi wanita. Parti Sosialis turut menentang pengharaman itu...

Ulasan: Berikan kebebasan untuk wanita Islam memilih pakaian mereka.

Ahli UMNO kini 3.2 juta

KUALA LUMPUR 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang…

Ulasan: Ahli UMNO kebanyakan tidak tahu bahawa perjuangan bangsa Melayu telah di gunakan sebagai topeng untuk memperkayakan pemimpin-pemimpin UMNO melalui usaha yang tidak tidak sah. Pernah jumpa pemimpin UMNO yang miskin? Mari kita menolong UMNO dengan memberi undi kepada parti selain BN dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau BN menang, rakyat jadi susah - sama ada ahli UMNO atau bukan. Yang seronoknya mendapat kuasa ialah pemimpin-pemimpin parti kerana kuasa disalahgunakan untuk  membuat wang.

Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakan

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.

“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.

“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Sebelum ini Najib mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.

“Kita sentiasa terbuka (untuk berbincang dengan PAS mengenai perpaduan) tetapi jangan ada prasyarat dan terus menghina Umno dalam ucapan-ucapan mereka.

“Kalau nak berbincang janganlah kutuk antara satu sama lain,” katanya….

Ulasan: Sejak bila Mufti Perak menjadi jurucakap PM?

Perpaduan Melayu : Cubaan BN/UMNO alih isu negara

Perpaduan Melayu - taktik alih isu negara ! 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. 

Ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar. 

PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.

Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. 

Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun. PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. 

Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang. PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri. 

Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. 

Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini. Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion.

Jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura.

Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.

Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

http://politikbanjar.blogspot.com/2010/07/perpaduan-melayu-taktik-alih-isu-negara.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AlbanjariOnline+%28albanjari+online%29

Perpaduan Melayu: PAS Tidak Perlu Defensif

1. Sehari dua ini isu Perpaduan Melayu seperti "ibu pelaris" bagi media di pasaran . Pelbagai pandangan dan idea dapat dilihat ketika mengulas isu ini . Samaada melewati media arus perdana , media milik parti masing - masing ataupun di media baru [alternatif] .

2. Ada yang setuju 100% tanpa syarat , ada yang tidak setuju 100% tanpa ruang , ada yang setuju tetapi bersyarat .

3. Saya sendiri mempunyai pandangan peribadi dalam perkara ini dan saya jangka pandangan saya bertepatan dengan semangat perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Terdahulu telah saya nukilkan sebahagian pandangan saya melalui posting saya sebelum ini . 

[ Tetapi secara officialnya pandangan saya tidak mewakili parti secara rasmi ] . Justeru itu saya bersedia untuk berdepan dengan pandangan yang berbeza , penuh hormat dan sangka baik .

4. Asasnya saya dirikan pandangan itu bukanlah lahir dari congakkan idea tanpa saya meneliti dan memerhati suara orang ramai terutama mereka [ orang awam ] yang saya temui setiap kali selesai menyampaikan kuliah di masjid dan surau saban hari . Akhirnya rumusan yang saya buat ialah :

Ummat Islam mesti bersatu . Rata - rata ummat Islam ialah melayu . Secara mantiqinya ialah melayu mesti bersatu . Namun bersatu atas flatform atau premis Islam . Islam menjadi syarat . Justeru itu saya sangat tidak bersetuju dengan anjuran perpaduan tanpa syarat . Perpaduan itu hanya berjaya dan diredhai oleh Allah swt apabila diikat dengan syarat Islam.

Semua pihak mesti kembali kepada Islam . Ayat al Quran yang menganjurkan perpaduan ummah ini telah wujud sejak awal sebelum lahirnya parti - parti politik dalam negara kita . Aus dan Khazraj satu bangsa yang bertelagah di bumi Madinah sejak puluhan malah ratusan tahun . Namun ia disatukan oleh Rasulullah saw dengan kalimah Toiyyibah Laa Ilaahaillallah .

Bangsa , material dan kuasa tidak boleh dijadikan premis kukuh untuk perpaduan ummah . Sayang bangsa namun binalah bangsa itu atas agama dan syariat Islam . Sayang material tetapi kawallah material itu dengan kawalan agama dan syariat Islam . Sayang kuasa tetapi bentuklah kuasa itu dengan acuan agama dan syariat Islam .
Seperkara lagi ialah , kalau kita bercakap soal perpaduan , kita tidak boleh hanya bercadang untuk bersatu sesama kita bangsa melayu atau ummat Islam sahaja , sementelah lah perpaduan sesama ummat Islam itu hukumnya wajib, tetapi juga mesti ada plan dan perancangan berperingkat untuk bersatu bagi semua bangsa dan kaum , juga berteraskan ajaran Islam [ dalam erti kata lain , melibatkan semua parti bukan antara PAS dan UMNO sahaja dan PAS sekali - kali tidak akan keluar dari PAKATAN Rakyat] . Samaada mereka menganut ajaran Islam [menjadi saudara baru] atau mereka kekal dengan agama mereka tetapi menerima dasar kebaikan dan keadilan yang dibawa oleh Islam .

5. UMNO hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita . Saya sarankan agar kita [ PAS ] tidak perlu menolak tawaran itu . Terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan , tetapi kita WAJIB letak syarat iaitu Islam . Kerana tanpa Islam , tawaran perpaduan itu sia - sia lantaran ia tidak mungkin dapat dibina dengan baik dan kukuh . Masih segar dalam ingatan saya malah selalu terngiang - ngiang di telinga saya , apabila al Mursyidul Aam PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan segala kerendahan dirinya berkata : "Kalau UMNO terima Islam, PAS ni tak ada pun tak apa !"

6. Dalam kenyataan lain pula , Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu mengulang pendiriannya : "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka, kita bubar PAS" cuma mungkin saya berbeza sikit dengan Tuan Guru dalam menyusun ayat tersebut . kalau boleh saya sebut: "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka , maka bubarlah UMNO , Jom sertai PAS" sebab , masa tu perjuangan UMNO dan PAS telah serupa dan sama . Kalau bubar PAS yang telah sekian lama dibina dengan sistem Islam dan tarbiyyahnya , ikhlasnya saya sebut ia akan merugikan masa kita , kerana membina UMNO baru yang belum memiliki sistem tarbiyyah islamiyyah , akan memakan masa yang lama untuk menjadikan ia mantap .

7. Saya sebut kepada umum dan juga wartawan yang bertanya , jika UMNO ikhlas dan serius mahukan perpaduan sebagaimana tawaran yang berikan , maka sewajarnya UMNO menerima syarat yang diberikan iaitu Islam . Apakah UMNO sukar untuk menerima Islam ? Apakah payah UMNO mahu menerima syarat Islam ? Bukankah pemimpin dan rata - rata ahli UMNO adalah beragama Islam ? Kita bukan letak syarat supaya UMNO bubarkan partinya , cuma kita minta supaya UMNO menerima Islam sebagai dasar perjuangan . Sukarkah begitu ? Kalau sukar , maka sukarlah kita ummat Islam mahu bersatu.

8. Saat itu , jangan lagi dituding PAS tidak mahu perpaduan ! PAS punca perpecahan ! dan sebagainya . Kerana kita mahukan perpaduan . Kita mahu supaya ummat melayu bersatu padu atas dasar Islam dan perjuangannya. Kerana nas al Quran pun kata begitu , bidalan orang - orang tua pun kata begitu . [ Bersatu teguh bercerai roboh ] . Masa tu , jangan sesiapa mengatakan PAS tidak mahu bersatu padu . Bahkan yang tidak mahukan perpaduan ialah UMNO semata - mata kerana tidak mahu menerima syarat mudah yang kita letakkan iaitu Islam .

9. Saya mendoakan agar UMNO menerima Islam . Apabila UMNO menerima Islam maka itu tali Allah yang akan mengikat kita menjadi satu dan kuat . Saya tidak suka UMNO bukan semata - mata kerana namanya UMNO , tetapi kerana dasarnya yang tidak Islam malah banyak perkara bertentangan dengan Islam . Selama UMNO tidak menerima Islam , maka selama itu saya tidak boleh suka dan tidak boleh sokong UMNO . Bukan saya tidak mahu sokong UMNO tetapi saya TIDAK BOLEH sokong UMNO kerana ia tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya .

10. Jika UMNO insaf dan kembali kepada dasar dan prinsip Islam lalu menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya . Melaksanakan al Amru bil Makruf dan an Nahyu anil mungkar yang menjadi sebahagian teras syariat Islam dan berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di dalam negara ini , maka pada waktu itu saya berjanji , saya akan sokong perjuangan UMNO .

Akhirnya . UMNO hanya berdepan dengan syarat mudah untuk menjayakan tawaran perpaduannya itu . Syarat yang saya maksudkan ialah ISLAM . Bagi pihak PAS pula , saya sarankan agar tidak perlu defensif dengan isu perpaduan melayu yang rata - ratanya adalah ummat Islam . Bukan sahaja Dato' Harussani bahkan siapa jua boleh mengusahakan usaha murni mewujudkan perpaduan ummat Islam dalam negara kita selama mana syarat Islam itu menjadi prinsip . Kerana segala usaha hanya menjadi murni dan mulia jika kerana Islam . Kalau tidak menerima Islam ini sebagai syarat , segala cita - cita untuk bersatu itu berkecai . Orang putih kata : No Islam No talk!

Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 02:21  
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/perpaduan-melayu-pas-tidak-perlu.html

Wednesday, July 21, 2010

4 universiti kekal status universiti penyelidikan negara

PUTRAJAYA 20 Julai - Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) boleh mengekalkan status sebagai universiti penyelidikan negara untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, keputusan pengekalan status itu berdasarkan hasil audit ke atas keempat-empat universiti itu terhadap pencapaian dalam tempoh tiga tahun lalu dari tahun 2007 hingga 2009. 

"Secara keseluruhannya keempat-empat universiti penyelidikan itu menunjukkan impak besar ke atas pencapaian bidang penyelidikan negara dan penghasilan modal insan.

"Pencapaian mereka turut merentasi empat aspek yang diukur iaitu modal insan, penerbitan, paten serta hak harta intelek (IPR) dan penjanaan pendapatan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan kementerian sekali gus melancarkan Buku Kajian Kes Bersepadu Program Perakaunan dan Kajian Hala Tuju Bidang Pengajian di sini hari ini…

Ulasan: Jangan sampai kemasukan pelajar kursus sarjana muda di kurangkan/di anaktirikan kerana kesemua universititersebut adalah universiti yang menggunakan wang rakyat dan di tubuhkan untuk mengeluarkan anak bangsa yang berpengetahuan.

Israel's Separation Wall - A Health Hazard

By Stephen Lendman

7-19-10

In July 2004, the International Court of Justice (ICJ) ruled the Separation Wall illegal, saying its route inside the West Bank, and associated gate and permit system, violated Israel's obligations under international law, ordering the completed sections dismantled, and "all legislative and regulatory acts relating thereto" repealed or rendered "ineffective forthwith." 

The ICJ also mandated reparations for the "requisition and destruction of homes, businesses, and agricultural holdings (and) to return the land, orchards, olive groves, and other immovable property seized," obligating member states to reject the illegal construction and demand Israel comply with international law. 
  
Most nations ignored the ruling. Israel defied it and continued building, now 61% finished, another 8% under construction, and the remaining 31% planned but not begun. When completed, its expected to be over 800 km, twice the length of the Green Line, four times as long as the Berlin Wall, and in some places twice as high on about 12% of stolen Palestinian land, its erection devastating the people affected. 
  
Based on its current route, about 33,000 Palestinians with West Bank ID cards in 36 communities will be located between the Wall and the Green Line, in the so-called Seam Zone along with most East Jerusalemites. Another 126,000 in 31 communities will be surrounded on three sides, and 28,000 more in nine communities entirely, with a tunnel or road connection to the West Bank, requiring hard to get permits to access. 
  
In July, the UN's Office for the Coordination of Humanitarian Affairs released a Special Report titled, "The Impact of the Barrier on Health," especially patient and staff access to East Jerusalem's specialized medical facilities (unavailable in Gaza or the West Bank) because of the Wall's intrusive route and associated permit/gate system. 
  
Restricted Access to Land and Livelihoods 
  

Since October 2003, Palestinians "have been obliged to obtain 'visitor' permits to access" their own Seam Zone farmland, also called a "closed military area," another way Israel confiscates land, a recent military order keeping residents of four villages off their land. Beit Ula's mayor said farmers had to evacuate over five square km and abandon their equipment to make way for Separation Wall construction. 
  
To access any restricted areas, including their own property, Palestinians must submit documents proving a "connection to the land" to satisfy security considerations. Entry, by permit only, is then channelled through official access points, gates or other checkpoints, 57 open daily, seasonally or on a seasonal/weekly basis with unannounced closures possible anytime. 
  
Most open only during olive harvest season, and for limited daytime periods, farmers required to leave by late afternoon or early evening, denied needed time to plough, prune, fertilize, control weeds and pests, harvest, and live freely. 
  
Because of the permit system, the difficulty getting them, the gates and other checkpoints, and limited working hours, agriculture and rural livelihoods have suffered, especially in the northern West Bank from 2006 - mid-2009 where permit issuance "sharply decreased." 
  
In January 2009, "closed area" designation extended south to Ramallah, Hebron, and parts of Salfit, Bethlehem and Jerusalem. Previously, farmers only needed ID cards. Now they need permits. For example, 470 Hebron area farmers applied during the 2009 olive harvest season, 100 of them denied, in contrast to 2008 when about 1,500 farmers worked freely. 
  
In the Ramallah governorate, most farmers objected, refusing to apply. As a result, six of 10 gates and checkpoints remain virtually deserted, a similar situation in the Jerusalem area where only seven farmers got permits, the others also refusing. 
  
Lack of Seam Zone Emergency Medical Care 
  
The Wall and gate system affect thousands of farmers and their ability to access medical care any time, especially for emergencies, those at night particularly worrisome when gates are closed until scheduled openings. Further, vehicle restrictions require transportation by horse, mule or tractor, causing delays and long detours over rugged terrain. 
  
Since 2003, about 10,000 northern West Bank residents in closed areas have needed permits to live in their own homes and reach hospitals, health clinics, schools, workplaces, friends and relatives. Doctors, ambulances, mobile teams and other health professionals are also impeded from reaching the sick or injured. 
  
Barta'a straddles the Green Line in the northern Wadi Ara region near Jenin. Council member Abu Rami, responsible for coordinating with Israeli authorities, lost his mother at a checkpoint because security guards ordered her ambulance sent back. As a result, he relates to others in need saying: 
  
"I deal almost daily with cases of sick people who need to cross the checkpoint. Anyone who cannot walk needs special coordination with the Israelis as well as anyone who has to cross (at) night when (it's) closed. Expectant mothers leave the village weeks before (giving) birth, just to make sure (they can) reach the hospital in time." What used to be a 15-minute drive to Jenin, now takes about an hour or longer. 
  
"I know the procedure and I have all the telephone numbers," he said. Yet, "I could not even save my own mother." 
  
Access to East Jerusalem Hospitals 
  
Its six hospitals provide most specialized care to West Bank residents, unavailable to most Gazans under siege, including dialysis, oncology, open-heart surgery, neurosurgery, neonatal intensive care, eye surgery, and rehabilitation for handicapped children. 
  
Restricted access began prior to the Wall's construction. In 1993, Israel required permits for non-East Jerusalemites, including for medical care. At the time, doctors needed permission from the Palestinian Ministry of Health's Referral Abroad Department (RAD) to access hospitals. If granted, the convoluted procedure required patients to arrange appointments, RAD or the hospital then needing Israeli Civil Administration permits to keep them.. 
  
The combination of illness and stress waiting for permit issuance or denial is further complicated when multiple visits or operations are required. In addition, males aged 15 - 30 are often denied for security reasons, and parents are impeded from getting treatment for sick children or family members. 
  
Permits are also invalid during closure periods - 50 occurring from April 2009 - March 2010 for "security alerts" or Israeli holidays, and unannounced ones can occur any time. 
  
Before the Wall's construction, permits were enforced at checkpoints and random spot checks. However, they weren't required to access Jerusalem, especially on foot. Since 2007, however, West Bank residents may only do so through three of 14 checkpoints at Qalandiya, Gilo and Zaytoun - the procedure time-consuming and challenging, especially during rush hours when queues are long, resulting in delays up to two hours or more. 
  
Nonetheless, nearly half of all patients (over 19,000 or 365 a week) were referred to East Jerusalem hospitals for specialized care, up from 26% in 2006, despite vehicles with Palestinian license plates denied entry through checkpoints, creating added hardships for the sick, those unable to walk, or do it easily. 
  
The Wall also affects East Jerusalemites, residing in neighborhoods like Kafr'Aqab and the Shu'fat Refugee Camp, now separated from the city. In addition, delays impede ambulances from reaching these communities, a serious problem when emergencies arise.  
  
Also for patients needing same day access, the required procedure involving the Palestinian Red Crescent Society (PRCS) to request permission from the Israeli District Coordination Office (DCL). If gotten, then for authorization through a specific checkpoint, and back-to-back ambulances, West Bank ones denied Jerusalem entry. 
  
Even then, delays are common. In 2009, PRCS recorded 440, including ambulance denials, mostly for Jerusalem. Medical staff are also impacted, despite special permit stamps once facilitating passage through any checkpoint. However, what used to be 15-minute trips now take two hours or longer, and if checkpoints are closed or queues especially long, they're interminable, now worse since November 2008 after Israel implemented new restrictions, obliging West Bank staff working in East Jerusalem to enter through three designated points. 
  
Only doctors may use them all, not nurses or other staff. They must cross on foot and use public transportation to reach hospitals, resulting in long delays and occasional denials, severely disrupting efficient operations and the health of patients. 
  
Medical students are also affected, about 160 in their fourth, fifth and sixth years of study at Al Quds medical school, eligible for training at East Jerusalem hospitals. About 90% live in the West Bank so need permits to access training in pediatrics, neonatology, surgery, cardiology, internal medicine and other areas - available only in East Jerusalem. 
  
Yet in June 2010, Al Quds medical school reported that 11 students were denied permit renewals, preventing their essential training. 
  
Final Comments 
  

Long before Separation Wall construction began in 2002, West Bank and East Jerusalem residents suffered horrifically under what Israeli Professor and Coordinator of the Israeli Committee Against House Demolitions (ICAHD) Jeff Halper calls a "Matrix of Control" comprised of: 
  
-- illegal settlements on expropriated land; 
  
-- closed military zones; 
  
-- exclusively Jewish industrial parks and other development; 
  
-- control of all natural resources, including aquifers; 
-- checkpoints and other barriers; 
  
-- control of border crossings; 
  
-- exclusively Jewish bypass roads; 
  
-- national parks; 
-- a nightmarish bureaucracy, requiring permits for free movement within and outside the territory, home and other construction, agriculture, business licensing, and more; 
  
-- a repressive military occupation enforced by intimidation, violence, home invasions, arrests, torture, and targeted assassinations; and 
  
-- the Separation Wall, severely impacting normal West Bank/East Jerusalem life, on 12% of expropriated Palestinian land when completed, isolating communities, farmers from their fields, the sick from medical care, children from school, workers from jobs, and families from friends and relatives - intrusive, outrageous, illegal, and essential for global outrage to expose, denounce, and demand stoppage, demolition, and ICJ mandated reparations for the "requisition and destruction of homes, businesses....agricultural holdings....orchards, olive groves....other moveable property," and return of stolen land. 
  
Stephen Lendman lives in Chicago and can be reached at lendmanstephen@sbcglobal.net. Also visit his blog site at sjlendman.blogspot.com and listen to cutting-edge discussions with distinguished guests on the Progressive Radio News Hour on the Progressive Radio Network Thursdays at 10AM US Central time and Saturdays and Sundays at noon. All programs are archived for easy listening. 
  
http://www.progressiveradionetwork.com/the-progressive-news-hour/. 
http://www.rense.com/general91/isse.htm

Zionism - Trojan Horse Of The West

By Greg Reese

7-20-10

For centuries the West has attempted to get a foothold in the Middle East. They finally succeeded in 1948 when the state of Israel supplanted the land formerly known as Palestine. Virgil wrote of how the Greeks were able to enter the city of Troy hidden in a huge wooden gift horse, similarly, the great nations of the western world successfully claimed the gateway to the Middle East by way of Zionism. 

The flag which flies over Israel is not a Jewish flag, but a Zionist one, and to understand Israel is to understand Zionism. Although the desire to occupy Zion, or Jerusalem, dates back to the crusades, Zionism of today was born in Europe in the late 1800s. Zionists believe that the land of Palestine was decreed by God to the Jews alone and that this land is "non-transferable to others even in part" (Palumbo. 1990:15). As far as the Arabs who have been living there for centuries, the Zionists teach that it was the will of God to expel them from their homes and take back the land. These Zionists were white Europeans; however, their belief was that they were direct descendants of the Biblical Israelites from millennial past. In the 1880s Zionists began emigrating to Palestine where they lived on the shores of Jaffa. In 1909 the foreign intruders officiated that the name be changed from Jaffa to Tel Aviv and that it would be a purely Jewish city. In 1914, the Turks made enemies of the Arabs when they aligned with the Germans and occupied Arab lands. Great Britain took this opportunity to gain favor and helped the Arab tribes to fight the Turks back across the Turkish border. 
  
Having gained an Arab alliance, Great Britain spoke loudly of a future Unified Arab nation while quietly assisting in the Zionist emigration of European Jews into Tel Aviv. Showing support for the Zionists, the British government mandated Tel Aviv to be a national home for the Jewish people and wrote that it be clearly understood that "nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of the existing non-Jewish communities in Palestine" (Johnson. 1946:13). Meanwhile, the Zionist settlers exuberantly celebrated biblical stories of Arab slaughter - the locals were getting edgy. 
  
In 1929 Germany, Zionism was accepted by high ranking members of the Nazi party who shared the Zionist goal of exporting every German Jew to the future Jewish state of Palestine. While every other political organization was outlawed in Germany, the Nazis assisted Zionism in gaining national attention and they soon increased their numbers by four hundred percent. This led to the largest emigration into Palestine to date. Baron Von Mildenstein was Nazi liaison to the Zionists and he found that their goals were very similar; the Germans hoped to purify their homeland for the Aryan race and the Zionists hoped to create their own wholly Jewish homeland in Palestine. He wrote strong praise for the Zionist objectives and of the hard work happening in Palestine - "The soil has reformed him. This new Jew will be a new people" (Boas. 1980:37). When Adolf Hitler officially came to power in 1933, while Zionism was still allowed to operate its migration to Palestine, it became an escape from the monstrous mechanisms of depopulation later employed by the Nazi party. 
  
With the end of World War Two came the terrible images of Germany's final solution which caused great empathy and consideration for the Jews. The Zionists took this moment to gather support for their plans in Palestine. In November of 1947 they successfully lobbied the United Nations to split Palestine into two states thereby creating the state of Israel and turning thousands of Palestinians into refugees. 
  
Zionism is and always has been a political ideology and prior to World War Two it was considered to be an extremist one. With the creation of the state of Israel came the illusion that Zionism and Judaism are united. This illusion makes possible a great power of deception; when one criticizes the politics of Israel he is often accused of being a racist, this conditions society to keep their objections silent allowing the state to operate beyond reproach. 
  
Not only does this silence allow for the continued annihilation of the Palestinian people, but the confusion of it also manifests misguided prejudice towards Jewish people worldwide. Without an open discussion, justice will never be realized, irrational emotions will always prevail, and peace will forever remain intangible. Only with truth will this calamity find resolve. 
  
Bibliography 
Boas, Jacob. "A Nazi travels to Palestine." History Today. 1980. London. January. p33-38 
Johnson, Julia. Palestine: Jewish Homeland?. 1946. New York: H.W. Wilson. 
Palumbo, Michael. Imperial Israel. 1990. London: Bloomsbury.


http://www.rense.com/general91/zhorse.htm

Hishammuddin dedah strategi 3S pembangkang

KOTA MARUDU 20 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mendedahkan strategi pakatan pembangkang dikenali 3S bertujuan mengukuhkan kembali pengaruh politik pakatan tersebut yang semakin longgar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, strategi 3S tersebut merujuk kepada mempertahankan Selangor, serang Sabah dan serang Sarawak…

Ulasan: Selamat negara dari terus dijajah BN/UMNO. Rakyat boleh lihat sendiri selama ini permainan biasa orang politik UMNO di sebalik nama perjuangan bangsa, mereka kumpulkan harta melalui cara yang tidak sah. Undilah parti yangtidak mengamalkan rasuah (wang).


Kampung Baru milik Melayu : Jaga muslihat licik UMNO

KUALA LUMPUR 20 Julai – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menegaskan hak milik tanah di Kampung Baru akan kekal 100 peratus di tangan orang Melayu.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru berdasarkan nisbah 60:40 bagi bumiputera dan bukan bumiputera hanyalah cadangan awal untuk sewaan, pajakan dan pemilikan unit di pembangunan bertingkat sahaja.

Jelasnya, cadangan nisbah berkenaan bukan pemilikan tanah golongan bukan Melayu di Kampung Baru.

“Memang benar bahawa pada suatu ketika dahulu tanah-tanah di Kampung Baru tertakluk kepada Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 yang membolehkan golongan bukan Melayu menghuni dan memiliki hartanah di kawasan itu.

“Bagaimanapun, kini hampir semua tanah di MAS telah dikeluarkan hak milik iaitu menjadi tanah beri milik di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. 

‘‘Justeru segala urusan hak milik tanah Kampung Baru perlu dibuat mengikut peruntukan KTN 1965 yang ditadbir oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL). 

“Selain itu, walaupun tanah di Kampung Baru bukanlah Tanah Rizab Melayu tetapi ia mempunyai sekatan kepentingan yang hampir sama dengannya iaitu tanah yang diberi milik ini tidak boleh diduduki atau dipindah milik kepada golongan bukan Melayu,” katanya….

Ulasan: Bolehkah dipercayai UMNO lagi dan lagi?

Tambahan: Apa hak Nong Chik isytihar status tanah Kg Baru? 
Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan hampir kesemua tanah di Kampung Baru sudah dikeluarkan hak milik dari senarai Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 ke bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen mempersoalkan tatacara penukarkan atau pengeluaran status hak milik tanah di Kampung Baru kerana selama ini semua penduduk di situ dan satu negara tahu bahawa tanah di Kampung Baru adalah tertakluk kepada Enakmen MAS 1950.

Katanya, kenyataan menteri itu bahawa enakmen berkenaan juga sudah tidak releven juga amat meragukan kerana tidak ada sebarang rekod pemansuhan enakmen tersebut di Parlimen atau sidang Dun Selangor.

“Apa hak beliau untuk mengisytiharkan ketidakrelevenan enakmen berkenaan. Beliau hanya seorang menteri senator, dan kuasa Parlimenlah untuk menentukan kedudukan enakmen ini masih releven atau tidak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur dan statusnya berbeza dengan tanah-tanah rizab Melayu yang lain.

Bagi sebarang pemansuhan enakmen dan akta, beliau berkata ianya perlu dibawa ke parlimen atau dewan yang mula-mula mewujudkannya sebelum diisytiharkan sebagai tidak releven atau dimansuhkan.

“Apabila menteri Umno ini menyatakan hampir kesemuanya sudah diletakan di bawah KTN, itu bermakna masih ada lagi yang kekal di bawah Enakmen MAS sekaligus membuktikan bahawa enakmen MAS masih releven,” ujarnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan Nong Chik supaya membuat penafsiran undang-undang dengan betul dan menyatakan fakta sebenarnya kepada penduduk.

Menurutnya lagi, penduduk patut tahu bagaimana tanah mereka boleh bertukar status dan apakah jaminan undang-undang bahawa tanah mereka setaraf dengan tanah rizab Melayu di bawah akta KTN.

Baginya, hanya kerana ingin mendesak penduduk mengadaikan tanah mereka untuk projek mega berbilion ringgit, menteri menghamburkan fakta-fakta yang kucar-kacir.

Tambahnya, malah menteri itu juga baru sahaja menarik balik cadangan 60:40 untuk pembangunan Kampung Baru yang ternyata ditentang hebat ramai pihak.

Dasar yang longgar, persedian dan perancangan yang tidak jelas, katanya membuktikan bahawa menteri itu sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu buat kepada Kampung Baru.

“Beliau tidak tahu bentuk pembangunan apa yang sesuai, melainkan mahu membeli tanah penduduk dengan harga yang murah dan kemudiannya membina rumah-rumah kondo dan lot-lot perniagaan yang berharga ratusan ribu untuk dijual kepada bukan Melayu dan pelabur asing,” ujarnya.

Katanya lagi, tawaran pembangunan oleh menteri itu sebenarnya belum begitu memuaskan hati penduduk dan DPPWP menasihatkan agar beliau tampil dengan satu perancangan dan penjelasan yang lebih konrit lagi di masa depan agar hak penduduk Kampung Baru tidak tergadai begitu sahaja.

Pemandu teksi warga asing kuasai Lembah Klang?

KUALA LUMPUR 20 Julai – Dianggarkan kira-kira 5,000 pemandu teksi warga asing kini beroperasi di sekitar Lembah Klang tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, jumlah tersebut amat membimbangkan kerana pelbagai kesan negatif akan timbul termasuk menyekat mata pencarian pemandu teksi tempatan.

‘‘Kami memandang serius masalah ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna dan banyak aduan yang diterima daripada pengguna melibatkan pemandu warga asing.

Ulasan: Selalunya peraturan hanya menjadi sampah bila rasuah bermaharajalela.

Sokong satukan Melayu tanpa berpihak mana-mana parti

PUTRAJAYA 20 Julai – Usaha Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menyatukan orang Melayu tanpa berpihak kepada mana-mana parti perlu disokong dan diberi keutamaan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahib berkata, dalam konteks itu adalah tidak adil sekiranya menuduh tokoh agama itu sebagai mencampuri urusan politik sedangkan beliau adalah mufti yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan agama.

Tegasnya, kekuatan umat Islam kini bergantung kepada perpaduan orang Melayu supaya ia tidak dilihat lemah sehingga tidak mampu melaksanakan sebarang keputusan komprehensif.

‘‘Kenapa bukan Melayu boleh bersatu walaupun berbeza fahaman parti politik?

‘‘Dalam hal ini, saya yakin Melayu perlu bersatu dan semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian bagaimana mahu Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah sehingga boleh mengorbankan hak istimewa orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini...

Ulasan: Tunggulah selepas UMNO/BN kalah  dalam PRU ini. Elok juga kekalahan mengajar politikus UMNO supaya berakhlak. Jangan termakan jerangkap samar yang dipasang sewaktu menghampiri PRU kini. Kalau UMNO/BN menang lagi, cerita menyatupadukan akan menghilang seperti dulu.

Bila PAS masuk perangkap....harganya terlalu mahal untuk melihat Islam di menangkan dalam negara in.

Siapa biaya The Malaysian Insider?

KUALA LUMPUR 20 Julai – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendedahkan bagaimana penaja portal berita propembangkang The Malaysian Insider, telah menggunakan wang yang diperoleh daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan…

Ulasan: Asalkan puncanya halal dan caranya tidak bercanggah dengan peraturan dan perlembagaan negara.

Tuesday, July 20, 2010

Rosmah proposes a Wisma Wanita in every state

KOTA KINABALU - The wife of the prime minister, Datin Seri Rosmah Mansor, today opened the Sabah Wisma Wanita here and asked the Finance Ministry to consider allocating funds for a similar building in every state. 

She said such buildings could be the launch pad for development and welfare programmes for women in the states…

Ulasan: Masa untuk cadangkan projek kerajaan. Kroni suka hati. Biar subsidi rakyat di hapuskan asalkan kroni dapat projek juta2.

Tiga Penjenayah Kes Samun Di Pendang Ditahan

ALOR SETAR: Tiga penjenayah yang terlibat dengan kes samun di sebuah kedai emas di Pekan Tanah Merah, Pendang pada 4 Julai lepas telah ditangkap polis dalam beberapa siri tangkapan yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Seremban baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dalam tangkapan itu, dua orang wanita turut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan itu yang turut menyamun di Gemas, Negeri Sembilan, Batu Kurau dan Sitiawan di Perak serta di Pendang, Kedah….

Ulasan: Carilah rezeki yang halal.

Ke Mana Pergi Subsidi Kami?

"Suara" rakyat di Wilayah Selatan akan diambil kira: Abhisit

2010/07/20 BANGKOK: Perdana Menteri Thailand,Abhisit Vejjajiva berkata kerajaannya akan mengambil kira "suara" rakyat di wilayah selatan yang bermasalah, dalam undang-undang baru yang akan diluluskan Parlimen, tidak lama lagi. 

Beliau mengakui bahawa pendekatan seumpama itu adalah penting untuk memastikan isu yang telah lama berlarutan di tiga wilayah itu - Narathiwat, Yala dan Pattani - akan diselesaikan. 
 
"Dengan undang-undang baru yang akan diluluskan, kerajaan akan mendapatkan input terus daripada penduduk tempatan di wilayah selatan," katanya. 
 
Abhisit berkata demikian ketika bercakap kepada 14 wartawan dari negara-negara Asia yang menghadiri program media di sini (dari 18-24 Julai) di pejabatnya semalam. 

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah melancarkan semula gerakan bersejata pada Januari 2005 menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam itu iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat.

Ulasan: Kerajaan Thai sewajarnya berlaku adil terhadap umat Islam. Kezaliman hanya akan kepada kekacauan.