Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Thursday, March 10, 2011
Usia 51 tahun miliki 33 rekod jenayah
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10 pagi ketika memecah masuk rumah itu semasa penghuninya keluar bekerja…
Ulasan: Setengah abad berlalu, bila nak bertaubat?
Wednesday, March 09, 2011
Islam memartabat wanita, mengapa masih jahiliah?
8 Mac ialah Hari Wanita Sedunia. Tema pada tahun ini ialah: ‘Equal access to education, training and science and technology: Pathway to decent work for women’ (Peluang sama rata mendapatkan pendidikan, latihan, sains dan teknologi: Jalan meraih kerjaya yang baik kepada wanita). Temanya hanyalah sebahagian dari keseluruhan aktiviti hidup seorang wanita.
Dalam sejarah kemanusiaan, Adam sebagai manusia pertama di dunia didampingkan dengan Hawa. Zuriat berkembang. Lelaki dan wanita punya hak dan tanggungjawab yang ditetapkan Allah menurut fitrah kejadian mereka. Sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, wanita hanya menjadi alat memuaskan nafsu. Kalau berkahwin, lelaki boleh berkahwin seramai mungkin. Hak dan tanggungjawab diabaikan. Kalau tidak sayang, boleh dibiarkan tanpa bertali. Mahu mencari kemuliaan, anak perempuan ditanam hidup-hidup.
Ringkasnya, kehidupan di zaman jahiliah menjadikan wanita seperti hamba sahaja. Allah mengutuskan Nabi Muhammad SAW. Berlakulah perubahan dalam struktur masyarakat Arab. Antaranya aspek sosial berkaitan lelaki dan wanita, rumahtangga dan kekeluargaan. Lahir dalam Islam ini hukum-hakam yang begitu banyak berkaitan rumahtangga dan kekeluargaan seperti talaq, lian, ila, zihar, nafkah dan lain-lain. Kesemua hukum ini bermaksud menyusun dan membentuk sistem kekeluargaan dengan memberikan keadilan kepada suami dan isteri, lelaki dan wanita. Hak dan tanggungjawab dipertegaskan dalam kesemua hukum ini. Taqwa sentiasa disebut di dalam al-Quran mengiringi hukum talaq dan lain-lain, agar tindakan yang dibuat didasarkan kepada akal waras dan nilai pahala dosa, bukan emosi semata-mata yang kemudiannya menzalimi wanita.
Alangkah cantiknya hukum Islam ini yang telah mengeluarkan wanita dari lembah kehinaan, alat dan objek seks semata-mata dan menjadi bahan pemerdagangan manusia tidak bertamadun.
Selepas lebih 1,500 tahun, jahiliah moden meliputi kembali. Wanita bersedia menjadikan dirinya baha pemuas nafsu. Yang diiklankan kereta model baharu tetapi wanita berkain nipis dan jarang yang ditonjolkan. Pertandingan lumba kereta tetapi wanita tak cukup kain yang memegang payung. Filem seram tetapi aksi mandi basah yang kamera fokuskan. Berumahtangga tetapi isteri dijadikan sasaran dera dan melepas geram. Maruah wanita lebih murah dari barangan di pasar malam. Wanita membiarkan diri, tubuh dan maruah dieksploit oleh mereka yang tiada taqwa. Salah siapa?
Islam tidak menunggu Hari Wanita untuk berbicara tentang wanita. Al-Quran dan hadis membicarakan wanita sepanjang masa. Surah an-Nisa’, an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita. Perjuangan PAS menegakkan Islam dalam bentuknya yang syumul termasuklah keinginan memartabatkan wanita dengan ertikata sebenar, bukan dalam bidang pendidikan, kerjaya, sains dan teknologi sahaja.
Nik Nasri Malek,
Ketua Lajnah Ulama Pelapis,
Dewan Ulama PAS Terengganu.
Ini zaman suara raya rakyat
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mengajak semua ahli Dewan Rakyat supaya mengambil pedoman dari kebangkitan suara raya rakyat yang berlaku di seluruh dunia Islam.
Ini, katanya kerana dunia pada hari ini sudah berubah di mana zaman penguasa memberi amaran kepada rakyat supaya mengikut telunjuknya sudah berakhir.
Katanya, zaman kerajaan menjadi penguasa sudah berakhir dalam dunia Islam.
“Ini zaman suara raya rakyat. Kita perlu hadam bahawa dalam arus ini, rakyat yang memberi amaran kepada penguasa, bukannya penguasa menakut-nakutkan rakyat dengan ugutan dipenjara, dihadapkan ke mahkamah atau digantung dari Parlimen,” ujarnya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat petang semalam.
Justeru itu, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan semua badan yang bertanggungjawab perlu mengambil pedoman dari kebangkitan rakyat di Timur Tengah.
Tambahnya, jangan sampai pilihanraya umum hanya memuncakkan kemarahan rakyat dan kerajaan yang dipilih di saluran peti undi ditumbangkan oleh rakyat tidak sampai dua bulan selepas pilihan raya, kerana kerajaan yang dipilih dengan cara manipulasi undi adalah kerajaan yang tidak sah di mata rakyat.
Beliau menambah, dalam masa tiga tahun Parlimen Kedua Belas berlangsung, dengan kehadiran wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat satu persatu tindakan Barisan Nasional yang membelakangkan rakyat dihentikan.
Katanya, bermula dengan desakan supaya pengenalan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan ditangguhkan sehinggalah beberapa syarat yang membela rakyat dicapai dahulu, sehinggalah pemansuhan judi bola yang cuba dilaksanakan secara senyap-senyap oleh Barisan Nasional.
Menurutnya, kematangan rakyat Malaysia yang dizahirkan di peti undi pilihanraya tiga tahun lalu membuka lembaran baru dalam sejarah negara kita.
“Dewan Rakyat pada hari ini adalah dewan yang diperkasakan dengan suara rakyat. Kehadiran wakil-wakil dari Pakatan Rakyat memberi makna kepada fungsi dan perjalanan Dewan Rakyat, bukannya dewan kosong yang jarang dikunjungi wakil-wakil Barisan Nasional sebelumnya,” ujarnya.
Pun begitu, katanya Barisan Nasional tetap mengintai ruang untuk menggunakan Dewan Rakyat pada hari ini bagi menutup suara rakyat.
Menurutnya, apabila wakil-wakil rakyat mempersoalkan kewajaran membelanjakan ratusan juta ringgit untuk membayar syarikat asing yang ada kaitan dengan perisikan Yahudi bagi menjalankan kempen-kempen kerajaan, Ketua Pembangkang dan tiga wakil rakyat digantung.
“Dalam suasana itu, kita kembali bersidang dengan hikmah yang jelas untuk dihayati. Suara rakyat yang dilambangkan oleh 8 Mac akan terus berkumandang di Dewan Rakyat tidak kira apa helah yang akan digunakan Barisan Nasional selepas ini,” ujarnya.
Beliau menambah, tempoh dua bulan sejak dewan ditangguhkan akhir tahun lalu menyaksikan perubahan mendadak dunia.
Katanya, penggal ketiga ditangguhkan dalam suasana dunia Islam di Timur Tengah masih di bawah telunjuk diktator-diktator yang telah berkuasa berdekad-dekad lamanya.
“Sewaktu dewan ditangguhkan dulu, tidak ada seorang pun yang berada di dalam dan di luar dewan ini, hatta mereka yang sering melawat ibu kota-ibu kota Timur Tengah pun akhir-akhir ini, yang dapat menduga bahawa diktator-diktator ini boleh ditumpaskan oleh rakyat mereka dalam masa sesingkat dua bulan,” katanya.
Beliau berkata, Hosni Mobarak ada segala-galanya di mana seluruh sistem negara dan kerajaan berada dalam genggamannya, semua bentuk tentangan yang boleh mencabarnya telah dicantas dan aktivis politik yang tidak disukainya dipenjarakan sewenang-wenangnya.
Tambahnya, corong-corong televisyen secara berterusan menyiarkan saban hari imej-imej seorang diktator yang harus ditakuti dan diikuti rakyatnya.
Mesir, katanya diperintah dibawah undang-undang darurat sejak tahun 1967 di mana dalam pilihanraya parlimen 2010 yang berlangsung serentak dengan sidang dewan ini Disember lalu, partinya menang 95% dari semua kerusi parlimen yang dipertandingkan.
“Makanya, tidak ada sesiapa pun yang boleh menyangka sebulan selepas itu Hosni Mobarak hilang tampuk pemerintahan dan dalam sekelip mata, Mesir yang ada hari ini adalah Mesir yang cukup berbeza,” katanya.
Beliau menambah, Hosni Mobarak, isterinya dan keluarga terus menghilangkan diri seperti mana Ben Ali dan isterinya dan keluarga; pada waktu rakyat Mesir bangkit menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban.
Katanya, diktator-diktator yang sekian lama berkuasa ini tenggelam dalam sekelip mata di tengah-tengah gelombang suara rakyat yang tidak boleh dihentikan oleh sesiapa pun.
“Apakah Hosni Mobarak tidak menguasai setiap aparatus kerajaan, tentera dan polis? Apakah pengendalian pilihanraya tidak dipesongkan supaya partinya menang besar dalam pilihanraya terbaru?
“Apakah Hosni Mobarak membenarkan sekelumit ruang pun bagi media melaporkan secara adil dan terbuka?” soalnya.
Namun, ujarnya apabila suara rakyat sudah menjadi suararaya, semuanya akan tenggelam.
Katanya, keputusan pilihan raya yang diadu-domba akan hanyut bersama-sama pimpinan bobrok yang tidak pernah serik mencari manipulasi untuk menghalalkan penipuan di peti undi.
“Sebab itu, penggal Dewan Rakyat kali ini perlu memandang serius perkembangan tidak sihat bersabit manipulasi pilihanraya dan ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang semakin dipersoalkan.
"Selepas tsunami 8 Mac, kegilaan untuk memanipulasi perjalanan pilihanraya demi menjamin kemenangan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi,” katanya.
BN menang pilihanraya kerana demokrasi tempang
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Politik Malaysia tidak sewajarnya dikongkong untuk terus berada dalam kerangka lama seperti sekarang oleh parti memerintah, tetapi sepatutnya diwarnai dengan nafas baru bagi membolehkannya menuju kematangan.
Dalam sistem demokrasi, semua parti-parti politik yang berada di dalam sesebuah negara itu sepatutnya turut dibela oleh parti memerintah kerana jika tidak, demokrasi dalam negara terbabit akan menjadi tempang.
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria menegaskan, Kerajaan BN yang didominasi Umno selaku tulang belakangnya tidak pula mengambil pendekatan itu dalam pentadbiran negara ini, sehingga menjadikan setiap kemenangan BN dalam sesuatu pilihanraya dilihat terhasil dari perjalanan demokrasi tempang.
Menurut beliau, bukti paling nyata boleh dilihat dari cara Umno BN bertindak dalam pilihanraya sehingga para pemimpinnya sanggup mempergunakan segala jentera kerajaan untuk melaksanakan kempennya, pada hal semua jentera kerajaan bukan kepunyaan parti memerintah, tetapi milik rakyat.
Katanya, selain itu, Umno dan BN masih terus memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pendekatan termasuk dengan menyekat kebebasan akhbar dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara.
"Dengan pendekatan seperti itu, demokrasi di Malaysia pasti menjadi tempang dan ia tentunya amat merugikan rakyat. Dengan itu juga demokrasi di Malaysia bukannya memberi ruang kepada rakyat menikmati erti demokrasi sebenarnya, tetapi menuju demokrasi jalan raya (dengan mengadakan demonstrasi)," katanya.
Berucap selaku ahli panel forum Persidangan Kebangsaan, Demokrasi dan Pilihanraya; Prospek dan Cabaran Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 di Universiti Malaya (UM), di sini, semalam, beliau turut mengimbas beberapa demonstrasi yang diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini.
Antaranya termasuklah demonstrasi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan oleh parti-parti politik dengan kerjasama beberapa NGO, sebagai saluran untuk rakyat bersuara dan menyampaikan pandangan, akibat rasa tidak puas hati rakyat setelah pelbagai saluran disekat oleh pihak pemerintah.
"Jadi dengan itu, himpunan Bersih yang akan diadakan Jun nanti pasti tidak dapat dielakkan dan penyertaan rakyat pasti akan bertambah," katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat menasihati Umno BN agar melihat kembali segala tindakan yang telah dilakukan terhadap rakyat selama ini bagi membolehkan sistem demokrasi di negara ini menjadi segar sejajar dengan kehendak rakyat.
Beliau juga turut mengingatkan parti memerintah agar turut mengambil iktibar dari kebangkitan rakyat di Mesir dan Libya, akibat kealpaan kerajaan dalam menghidupkan demokrasi di negara terbabit, sehingga menyebabkan rakyat sudah tidak tertahan lagi untuk keluar beramai-ramai di jalan raya lalu mengguling kerajaan yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.
Menjawab pertanyaan beberapa orang peserta yang antara lain turut menyentuh tentang kaitan politik dan agama, beliau menjelaskan, peranan PAS dalam mewarnai politik negara ke arah perubahan yang diingini rakyat sejajar dengan kehendak Islam sepatutnya turut dilihat dari sudut yang positif oleh parti memerintah dan pelbagai pihak.
Begitu juga dengan kemunculan dan peranan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sepatutnya turut dipandang sebagai penyumbang penting ke arah perubahan dan kesegaran politik negara, bagi membolehkan rakyat negara ini menjadi lebih matang dalam politik seperti di negara-negara maju.
Namun, akibat keengganan kerajaan menerima hakikat itu, rakyat terus diperbodohkan dari segala segi termasuk berkaitan pinjaman PTPTN untuk para pelajar yang turut dikenakan interest.
"Dulu interest yang dikenakan sehingga 4 peratus dan kemudian dikatakan dihapuskan, tetapi sebenarnya hanya dikurangkan sahaja menjadi 1 peratus, sehingga menjadikan rakyat berhutang kepada kerajaan sebanyak tidak kurang RM40,000 juta," jelasnya.
Dalam hal ini, menurutnya, kerajaan tidak sepatutnya mengenakan interest, tetapi memberikan biasiswa kepada pelajar dan itulah antara perkara yang akan dilakukan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jika diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara ini menerusi PRU Ke-13 nanti.
Forum tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL). Ia diadakan di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM dan turut melibatkan dua ahli panel lain yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah.
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman yang bertindak selaku moderatornya ternyata mempunyai kemampuan tersendiri menghidupkan forum tersebut, sehingga memaksa ratusan peserta yang memenuhi dewan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing sehingga berakhirnya forum.
Sumber: harakahdaily
Empat peratus bayar saman trafik?
Ini bermakna, sejak tempoh pemberian diskaun dilanjutkan selama 10 hari bermula Selasa lalu lalu, purata 117,000 saman dibayar sehari bagi enam hari pertama tempoh lanjutan diberikan. Namun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memberi amaran tidak melanjutkan tempoh pembayaran dengan diskaun itu dan tindakan senarai hitam akan berkuat kuasa mulai Jumaat ini…
Ulasan: Sekiranya kita merasa tertindas dengan tindakan kerajaan itu, eloklah kita bayar dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum nanti.
Saya tak halalkan: Nik Aziz
2011/03/08 KOTA BHARU: Meskipun akur dengan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, namun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pilihan raya itu sebagai tidak adil apabila mendakwa UMNO tidak bertanding sebagai sebuah parti, tetapi kerajaan.
Berikutan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau sebagai pemimpin PAS tidak menghalalkan dunia akhirat kepada mana-mana menteri yang menyalahgunakan kuasa demokrasi ketika kempen pilihan raya berkenaan berlangsung.
“Saya sebagai pemimpin PAS tidak halal pada mana-mana menteri, mana-mana kuasa menyalahgunakan kuasa demokrasi, saya tak halal dunia akhirat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Keputusan pilihan raya kecil DUN Kerdau kelmarin menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 apabila memperoleh 5,060 undi berbanding lawannya dengan 2,336 undi.
Bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, calon BN iaitu Roslan Ahmad menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 apabila memperoleh 5,962 undi berbanding lawannya dengan 2,319 undi.
Ditanya mengenai kekalahan PAS di kawasan orang Melayu pada pilihan raya kecil itu, Nik Aziz menegaskan, tidak kira sama ada kawasan itu majoriti Melayu atau sebaliknya, tetapi apa yang penting ialah sebuah parti harus bertanding sebagai parti, bukannya kerajaan.
“Saya tak kira (kawasan) Melayu atau apa, saya kira adil atau tidak sebuah parti melawan sebuah kerajaan... mana boleh, biar tunjuk gentleman.
“Keputusan itu terimalah ia sebagai keputusan... tengok berita kelmarin, ada seorang UMNO masuk PAS kemudian tukar jadi UMNO semula sebab mendapat tekanan, saya dapat laporan macam-macam tekanan berlaku, mana ada (dalam) demokrasi (menggunakan) tekanan, macam rakyat ini belum akil baligh, macam budak, kena tekan dan bagi projek,” katanya.
Ulasan: Terbukti di seluruh negara bertahun-tahun BN/UMNO melakukan memancing undi dengan rasuah. Sebenarnya BN/UMNO merosakkan jiwa perjuangan rakyat. Bukan pangkah sesuatu parti kerana kesenangan material tetapi kerana menyelamatkan duit rakyat.
Like father, like son
LONDON -- “The enemy of yesterday is the friend of today... [It] was a real war, but those brothers are free men now.” Thus spoke Saif al-Islam Gaddafi in March 2010, referring to the leaders of the Libyan Islamic Fighting Group (LIFG), an armed organization that had attempted to assassinate his father, Muammar Gaddafi, three times in the mid 1990s.
This may seem surprising. A few days ago, the very same man promised Libyans a “sea of blood” if his father’s regime was toppled. Indeed, Saif al-Islam, an elegant, soft-spoken graduate of the London School of Economics, has now become a prime suspect in massive crimes against humanity.
People like me, who study the tactics of Arab dictatorships and the causes of their persistence, are less surprised, if at all, by this turn of events. Arab authoritarian regimes, unlike others that have given way to democracy, are incapable of self-reform; they have, however, mastered the tactics needed to prolong the life spans of their aging despotisms.
Creation of a Hydra-headed security apparatus, mass murder of opponents (both real and imagined), widespread torture and sustained censorship and repression are some of the common tactics used by Gaddafi, former Egyptian President Hosni Mubarak, former Tunisian President Zine el-Abidine Ben Ali, Syrian President Bashar al-Assad and other Arab autocrats.
But Gaddafi’s regime became an international pariah mainly for a series of terrorist plots abroad, not for crimes against humanity committed against Libyans. Oil interests and the regime’s “dovish” face in recent years successfully extended its life.
Gaddafi’s dovish period coincided with the rise to prominence of his second son, Saif al-Islam and his sister Ayesha, the latter becoming a goodwill ambassador for the United Nations. Saif cultivated a reputation for being a “reformer:” he called for a national-reconciliation process with opposition groups, supposedly liberalized the media, supported charity and development initiatives and most importantly became a face that the West could talk to.
The two public fronts for those initiatives were Libya Tomorrow and the al-Gaddafi Foundation for Development. Behind them, however, Libyan Military Intelligence, headed by Abdullah al-Sanosi, was giving conditional support and setting the general direction for their activities.
The “reforms” proposed by Saif al-Islam included releasing some political prisoners, especially those, like the LIFG, who declared their allegiance to Gaddafi’s regime. But concrete steps leading to government transparency and accountability, such as inquiries into oil wealth and state expenditures, or serious investigation of crimes against humanity, were all beyond his will and imagination.
Despite the cosmetic nature of the “reforms,” other regime factions, most notably those led by Saif al-Islam’s brothers Mutassim, al-Sa’adi, and Khamis, challenged them. Behind the brothers were other security agencies: the Internal Security Forces, the Revolutionary Committees, and, to a lesser extent, the Jamahiriya Security Apparatus (Foreign Intelligence).
When I visited Tripoli in March 2010 for a “national reconciliation” conference, the conflicting statements given by Saif al-Islam and security officials surprised me. The head of Internal Security Forces, Colonel al-Tuhami Khaled, another principal suspect in the crimes currently being committed against Libyans, refused to call the process a “reconciliation.” For him, it was “repentance from heresy.”
Given the recent wave of uprisings, it is more evident than ever that any “reform” initiatives undertaken in the Arab world previously were aimed only at sustaining repressive dictatorships and escaping punishment for criminal abuse of power. The reform “debate” within these regimes boiled down to a struggle between different branches of the security-military apparatus over the best way to preserve the status quo.
Arabs, of course, have known for years that their rulers were beyond reform. That is why, in order to have a chance to catch up with the rest of the free, developed world, many of them are now risking their lives to remove those regimes. What is happening today in the Arab world is history in the making, written in the blood, sweat and tears of the victims of decades of violent repression.
When asked by a journalist what I would like to say to Saif al-Islam if I were ever to meet him again, I replied, “I hope to see you in the International Criminal Court beside Mubarak and Ben Ali.” Millions of Arabs of my generation and younger would probably give the same answer if asked what should become of the men who controlled their present and sought to destroy their future.
*Omar Ashour is a lecturer in Middle East politics and director of the Middle East Graduate Studies Program at the Institute of Arab and Islamic Studies, University of Exeter. He is the author of “The De-Radicalization of Jihadists: Transforming Armed Islamist Movements.” © Project Syndicate 2011.
Tuesday, March 08, 2011
Pesta rasuah BN di Kerdau dan Merlimau
oleh Wan Nik Wan Yussof
Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:
1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).
3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).
4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).
5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.
6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).
7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).
8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).
9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).
10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).
11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.
12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).
13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).
14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.
15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).
Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.
Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!
Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.
Ulasan: Demikianlah BN mengumpan benda kepada pengundinya. Rasuah laksana kanser. Apa yang dapat diharap dari BN/UMNO untuk mencegah rasuah dari menguasai negara?
Adv Premium inside
Ikut SKIMA?
Tiada jalan pintas. Kalau lari dari SKIMA tentu fail. Gagal. Maaf..kerana hidup ini hanya sekali.
Tiada repeat@ulang tahun. Soalan-soalan pun dah tahu@bocor. Tak pass juga?
US is failing in Afghanistan successfully
Ulasan: Bagi kita di luar medan perang, teruskan berdoa supaya mujahidin menang.
Tunisia interim leaders dissolve secret police agency
Ulasan: Polis rahsia menopang kerajaan zalim. Mereka menggunakan gaji daripada wang rakyat utk menekan rakyat. Selamat mendapat kebebasan wahai saudaraku warga Tunisia. Alhamdulillah.
Saudi Arabia bans protest rallies
Ulasan: Akhirnya rakyat akan mewarisi semua negara..yg berlandaskan keadilan, kebebasan (bukan negara polis/tentera), ketelusan dan anti-penyelewengan & rasuah.
Selamat Hari Wanita Sedunia
Ulasan: Maaf cakap, tidak bermakna apa-apa selagi wanita dijadikan cuma sebagai objek seks untuk lelaki. Wanita akan dihormati bila wanita betul2 sayang akan dirinya dan tahu nilai dirinya. Menjaga dirinya hanya khusus untuk husbandnya. Sanggup berkorban rasa dengan berkata : No....not until our wedding nite. Then lelaki akan hormat wanita seperti lelaki menghormati emaknya.
Negara Maju vs Rasuah
Rasuah laksana kanser.
Ada siapa2 pernah jumpa pesakit kanser (stage 4) yang sihat & segar bugar?
Begitulah negara yang dicemari rasuah.
Bicara kes pecah amanah bekas Presiden Perancis bermula
PARIS 7 Mac - Perbicaraan bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac yang didakwa pecah amanah bermula hari ini dengan peguamnya dijangka cuba menangguhkan perbicaraan berkenaan atas landasan prosedur.
Chirac, 78, merupakan tokoh paling popular Perancis walaupun menjadi bekas presiden pertama dibicarakan, selepas didakwa menggunakan wang rakyat untuk membayar gaji pekerja partinya ketika menjadi Datuk Bandar Paris antara 1977 dan 1995.
Beliau kebal daripada sebarang pendakwaan ketika menjadi Presiden antara 1995 dan 2007, namun kes berkenaan yang menyaksikan penyandang jawatan Menteri Luar, Alain Juppe didapati bersalah, akhirnya dikenakan terhadapnya…
Ulasan: Kebal untuk menghabiskan duit rakyat? Siapa yang melakukan kesalahan, akan tanggung risiko.
Penunjuk perasaan depan KDN Mesir diserang
Kumpulan itu menyerang penunjuk perasaan semasa demonstrasi di ibu pejabat agensi keselamatan Mesir, dipercayai kali pertama lelaki bersenjata yang berpakaian biasa dikerahkan untuk menyuraikan aktivis pembaharuan di tengah Kaherah sejak Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.
Insiden malam tadi yang menyebabkan 15 orang cedera tidak ubah seperti serangan ke atas penunjuk perasaan di Dataran Tahrir oleh kumpulan lelaki yang mengaku setia kepada Mubarak semasa pemberontakan 18 hari yang membawa kepada penyingkiran beliau.
Sejak pengunduran Mubarak pada 11 Februari lalu, aktivis mendesak supaya pembaharuan lebih luas dilaksanakan, termasuk rombakan besar-besaran terhadap pasukan polis.
Askar Mesir yang terus berkawal sejak pemberontakan meletus telah melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan penunjuk perasaan, yang melarikan diri tetapi diserang oleh kumpulan lelaki yang mereka gambarkan sebagai samseng…
Ulasan: Mesir Baru atau Mesir Lama? Yang lama tidak suka yang baru.
Pilihan raya Singapura sebelum Jun?
Pemerhati dan penentang kerajaan berkata, penetapan tarikh pilihan raya yang kena pada waktunya, pembentangan bajet mesra rakyat baru-baru ini dan penyempadanan semula kawasan Parlimen adalah sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan kemenangannya…
Ulasan: Turki tentunya mendahului Singapura kerana mengisytiharkan 2011 sebagai tahun pilihanraya yang telah di ketahui umum. Rupanya walaupun maju tetapi kerajaan Singapura tak cukup telus.
Martabatkan bahasa Melayu peringkat global
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran PABM 2011 membolehkan negara di luar nusantara mengenali dan menguasai bahasa Melayu yang dituturkan di kebanyakan negara Asia Tenggara…
Ulasan: Tapi pendidikan negara senget mencintai bahasa penjajah. Begitulah Malaysia oh Malaysia di bawah UMNO.
Dedah rahsia pertahanan negara, gugat kredibiliti ATM
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keupayaan pertahanan negara adalah rahsia yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya…
Ulasan: Betul tapi jangan jadi punca untuk pihak tertentu menyelewengkan peruntukan duit rakyat di atas nama komisyen dan sebagainya. Khabarnya Kementerian Pertahanan laksana telaga minyak.
Waspada kapsul gelatin BABI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, banyak pengeluar produk kesihatan yang terdapat di pasaran masih belum mengemukakan permohonan sijil halal kepada Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna Islam supaya menyemak dahulu tanda halal bagi produk-produk berkenaan dengan Jakim atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan sebelum menggunakannya.
"Selain itu, mereka juga perlu berwaspada terhadap produk kesihatan yang menggunakan kapsul gelatin kerana dibimbangi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi," katanya pada sidang akhbar berkaitan isu pensijilan halal terhadap gelatin di sini hari ini.
Laporan akhbar Khamis lalu menyatakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati tiga daripada 15 sampel produk farmaseutikal tempatan menggunakan kapsul gelatin mengandungi DNA babi…
Ulasan: Mari kita gunakan ubat yang halal sahaja.