Sunday, December 04, 2011

UMNO sedia kembalikan maruah?

Sedia kembalikan maruah



KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap Perhimpunan Agung UMNO 2011 berjaya menggambarkan parti itu kini bersatu dan ampuh serta bersiap sedia mengembalikan kedudukannya sebagai parti bermaruah dan bermartabat...

Ulasan: Parti bermaruah dan bermartabat ialah parti yang tidak main RASUAH.

111.5 juta pelancong sumbang RM34.7 bilion

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Jumlah pelancong domestik tahun lalu mencecah 111.5 juta orang dan ia telah menyumbangkan RM34.7 bilion kepada pendapatan negara…

Ulasan: Pendapatan asalkan bukan yang haram.

Saturday, December 03, 2011

How Libyan exiles in Britain helped to bring down Gaddafi

Earlier this month I noted that Al-Jazeera English was giving a voice to African investigative journalists.

As part of that initiative, the channel is about to screen a series of three documentaries about the Libyan revolution.

Gaddafi: The End Game tells the inside story of the dictator's fall through the eyes of a group of people who joined the struggle from exile in Britain.

The series kicks off with the story of 30-year-old Ibrahim El-Mayet and his father, Abduladim, as they take a convoy of ambulances from the UK across Europe, through Tunisia, and into Libya.

They meet up with Abdelbasset Issa, a property developer from Croydon, whose group they then help to arm and train for the final assault on Tripoli.

Anne Reevell, the producer and director, also filmed Libya's leadership-in-waiting in Tunisia, which included Abdurrahim el-Keib, now Libya's prime minister. He was interviewed on the night that marked the beginning of Tripoli's rebellion.

Reevell says: "When the uprising began, the Libyan diaspora struggled with what it meant for them and how they should react... How far should they go in helping? Was their help welcome? Was their exile about to end, and at what cost?

"I was able to film with a small group of Libyans from the UK and got to know them well. Gradually, as the months passed, their determination that Gaddafi must go transformed them into revolutionaries."

The series begins with The long road to Tripoli on 8 December. A second part will be screened on 15 December and the third instalment,State of denial, will be shown on 22 December.

Sources: Al-Jazeera/Moonbeam Films

Pakistan tolak berurusan dengan AS?

ISLAMABAD 29 Nov. – Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani menolak untuk menjalankan ‘urusan seperti biasa’ dengan Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas satu serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membunuh 24 tenteranya, Sabtu lalu.

Sabtu lalu, seramai 24 anggota tentera Pakistan terbunuh dekat sempadan Afghanistan dalam serangan udara NATO, sekali gus mendorong Islamabad menghentikan penghantaran bekalan kepada NATO di Afghanistan. – Reuters…

Ulasan: Kerana mencari redha AS, rakyat dan tentera terkorban. Carilah redha Allah.

Mesir 'lulus' ujian demokrasi

KAHERAH 29 Nov. - Mesir hari ini menyifatkan pilihan raya pasca revolusi sebagai kejayaan untuk demokrasi ketika lebih ramai pengundi turun membuang undi, mengatasi jangkaan awal mengatakan ia akan diboikot.

"Kelahiran Mesir yang baru," isytihar akhbar Al-Akhbar hari ini iaitu pada hari kedua mengundi selepas ramai dilihat hadir membuang undi dalam keadaan aman, semalam.

"Rakyat telah melepasi ujian demokrasi," tulis akhbar bebas harian, al-Shorouk pada berita utamanya.

Pemimpin kerajaan tentera turut melahirkan kegembiraan mereka melihat kepada sambutan rakyat…

Ulasan: Bagaimana dengan Malaysia? Sampai rakyat kena turun jalan memprotes pilihan raya yang tidak berapa BERSIH. Malulah menjadi kerajaan melealu pilihan raya yang tidak BERSIH. Apakah penambahbaikan seperti anjuran PSC akan tertunai dalam PRU terdekat?


Hanya UMNO jalan penyelesaian?

KUALA LUMPUR 29 Nov. - UMNO adalah jawapan kepada penyelesaian segala keresahan orang Melayu akan kemungkinan kuasa politik mereka kekal jika pembangkang secara berterusan menyerang institusi-institusi Melayu.

Menegaskan komitmen itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008…

Ulasan: Kalau niat betul-betul hendak bela orang Melayu, sila bersihkan UMNO daripada rasuah dan pemimpin UMNO yang sukakan rasuah dan menyelewengkan duit rakyat yang menyebabkan selama ini Melayu hina di bumi sendiri.

Wednesday, November 30, 2011

Saidina Abu Darda' dan pemuda yg melepak

Saidina Abu Darda' RA pernah pula melihat sekelompok pemuda duduk-duduk di pinggir jalan. Mereka ngobrol/berbual2 sambil melihat orang-orang yang lalu lalang.

Abu Darda' menghampiri mereka dan berkata kepada mereka,
“Hai anak-anakku! Tempat yang paling baik bagi orang muslim adalah rumahnya.
Di sana dia dapat memelihara diri dan pandangannya.
Jauhilah duduk duduk di pinggir jalan dan dipasar-pasar, karena hal itu menghabiskan waktu dengan percuma.”

Tuesday, November 29, 2011

Selenggara jalan tidak dipantau

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kerja-kerja menurap dan menyelenggara jalan raya yang tidak dipantau secara serius oleh pihak berkuasa bertanggungjawab menyebabkan ia dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus berkata, kerja itu perlu diteliti dan dipantau secara serius kerana ia menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya selain meningkatkan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan.

“Justeru, pihak berkenaan perlu membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian ditetapkan bagi mengelak berlaku kerosakan berulang,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini...

Foto pra-perkahwinan pasangan Islam haram

JAKARTA 28 Nov. - Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini…

Ulasan: Elakkan membuat maksiat kerana ini akan menjejaskan kebahagiaan rumah tangga yang akan dibina.

Penduduk Mesir mengundi

KAHERAH 28 Nov. – Rakyat Mesir hari ini keluar mengundi pada pilihan raya Parlimen pertama negara ini, selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam satu pemberontakan pada Februari lalu.

Di Kaherah, pengundi beratur panjang di luar pusat-pusat pengudian sebelum ia dibuka, satu petanda luar biasa yang ditunjukkan orang ramai yang berminat dengan politik selepas berdekad-dekad menunjukkan sikap acuh tidak acuh.

“Saya mengundi untuk kebebasan. Kami telah lama hidup seperti hamba. Kini kami mahukan keadilan dan kebebasan,” kata Iris Nawar, 50, di daerah Maadi, pinggir bandar Kaherah.

Parti-parti Islam yang diiktiraf secara rasmi selepas kejatuhan Mubarak, dijangka menang besar dalam pilihan raya tiga pusingan itu yang akan berlangsung sehingga 10 Januari ini.

Parlimen baru perlu membentuk satu jawatankuasa untuk merangka Perlembagaan baru sebelum pilihan raya Presiden yang akan diadakan pada akhir Jun tahun depan. – Agensi..


Pilih semula Barisan Nasional - Najib

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memilih semula Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya setiap program transformasi yang dirancang oleh kerajaan sejak dua setengah tahun yang lalu dapat diteruskan….

Ulasan: Jangan hanya anggap hanya BN yang boleh memerintah Malaysia sampai hari kiamat. Cukuplah BN memerintah negara sejak merdeka. Kini kita ada pilihan untuk bertukar kerajaan. Ke arah kerajaan pusat Pakatan Rakyat yang membenci rasuah dan membenci penyelewengan wang rakyat.

Thursday, November 24, 2011

Muhyiddin minta rakyat Kedah tak ulangi kesilapan?

Muhyiddin minta rakyat Kedah tak ulangi kesilapan

SUNGAI PETANI 24 Nov. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini...

Ulasan: Dia datang dengan beribu janjinya. Pakat2lah jaga negeri hampa.

Wednesday, November 23, 2011

ErdoÄŸan tells Assad to draw lessons from fate of Gaddafi, Hitler

Turkish Prime Minister Recep Tayyip ErdoÄŸan has called on embattled Syrian leader Bashar al-Assad to step down for the sake of his own people and the region, reminding him of the tragic end of Adolf Hitler and ousted Libyan leader Muammar Gaddafi.
 
ErdoÄŸan said during his Justice and Development Party's (AK Party) parliamentary meeting that “for the welfare of your own people and the region, just leave that seat.”

“Assad is showing up and saying he would fight to the death. For God's Sake, against whom will you fight? Fighting against your own people is not heroism, but cowardice. If you want to see someone who has fought until death against his own people, just look at Nazi Germany, just look at Hitler, at [Benito] Mussolini, at Nicolae Ceausescu in Romania,” he said. “If you cannot draw any lessons from them, then look at the Libyan leader who was killed just 32 days ago in a manner none of us would wish for and who used the same expression you used.”

The prime minister referred to Assad's remarks over the weekend, when the Syrian leader defiantly vowed to fight and die if needed as an Arab League deadline for his government to stop its lethal crackdown on protesters expired with 20 more people killed.

Condemning Monday's attack on three buses carrying returning Turkish pilgrims to Turkey passing through Syria, ErdoÄŸan called on Assad to find the perpetrators of the attack as well as those responsible for earlier attacks on Turkish missions in Syria. ErdoÄŸan has grown increasingly critical of the Syrian regime and said last week that the world must urgently “hear the screams” of Syria and do something to stop the bloodshed...

Comment: A reminder from your neighbour.


Tiga parti umum tubuh kerajaan baru Tunisia

TUNIS 22 Nov. - Tiga parti utama Tunisia secara rasmi mengumumkan perjanjian perkongsian kuasa semalam, 10 bulan selepas bekas Presiden Zine el Abidine Ben Ali digulingkan.

Hamadi Jebali yang merupakan Setiausaha Agung Parti Ennahda, parti yang memperolehi undi majoriti dalam pilihan raya bulan lalu, dilantik menjadi Perdana Menteri manakala jawatan utama lain seperti Presiden dan Pengerusi Dewan Perhimpunan akan dibahagikan antara dua parti sayap kiri.

Moncef Marzouki dari Kongres bagi Parti Republik (CPR) akan menjadi Presiden dan dan Mustapha Ben Jaafar dari Parti Ettakatol akan mempengerusikan Dewan Perhimpunan untuk mendraf Perlembagaan baru.

Seramai 217 anggota dewan baru akan berhimpun buat pertama kalinya hari ini bagi mengesahkan tiga jawatan itu.

Dewan Perhimpunan didominasi oleh Parti Ennahda, parti yang diilhamkan oleh Ikhwan Muslimin dengan memiliki 89 kerusi, sementara Parti CPR dan Ettakatol masing-masing mempunyai 29 dan 22 kerusi perwakilan. – AFP

Ulasan: Bekerjasama untuk keadilan rakyat.

Tiada niat langgar peraturan

KUCHING 22 Nov. - Penganjur Miss Borneo 2011 tidak berniat untuk melanggar peraturan apabila menerima penyertaan lima gadis Islam dalam pertandingan ratu cantik itu baru-baru ini.

Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) memanggil lima peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam untuk sesi kaunseling selepas dikatakan berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu…

Ulasan: Atau nak melihat kesungguhan kita mempertahan maruah kita?

Amaran jual lesen kepada warga asing

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peniaga-peniaga tempatan yang menjual lesen perniagaan mereka kepada warga asing akan berdepan dengan tindakan tegas.

Beliau berkata, pihak berkuasa yang turut membiarkan warga asing berniaga tanpa ada penguatkuasaan juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan sewajarnya.

Ulasan: Kenapa orang kita mudah mengambil jalan pintas untuk berjaya? Usaha sendiri akan menjadikan kita lebih berpengalaman. Bukan hanya tahu jual lesen.

Tiada laporan polis terhadap Tun Dr. Ling Liong Sik?

Tiada laporan polis terhadap Liong Sik

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Tiada sebarang laporan polis yang dibuat khusus terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik sehingga ke hari ini berhubung dakwaan penipuan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pegawai penyiasat, Supritendan R. Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, laporan khusus daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penipuan yang didakwa dilakukan juga tidak dibuat terhadap Liong Sik…

Liong Sik, 67, dibicarakan atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ulasan: Tun pun menipu wang rakyat juga?

Amah ke Malaysia 1 Disember 2011

BALI 16 Nov. - Selepas tertangguh selama lebih dua tahun, Malaysia dan Indonesia hari ini memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) bagi membolehkan penghantaran semula pembantu rumah mulai 1 Disember ini.

Kedua-dua pihak juga bersetuju dengan beberapa pindaan yang akan menjaga kebajikan pembantu rumah dan majikan termasuk potongan gaji oleh majikan, bayaran dikenakan oleh agensi, kursus dan cuti mingguan…

Ulasan: Elakkan menjadikan pembantu rumah kita sebagai gundik, isteri tidak rasmi; bini gelap. Isteri sewajarnya lebih berhati-hati dalam perkara ini.

Friday, November 11, 2011

A Road to Mecca

More than 80 years ago, one man crossed the frontline between the Muslim world and the West - we retrace his journey.

In A Road to Mecca, filmmaker George Misch sets out to explore the frontline between the Muslim world and the West. His guide for this journey is a man from the past - somebody who, 80 years earlier, crossed all boundaries between countries, cultures and religions.

Leopold Weiss was born a Jew on the edge of the former Austro-Hungarian Empire in 1900. But his story would unfold far away in the deserts of Arabia.

Feeling restless and unhappy in Europe, in 1922 Weiss accepted an uncle's invitation to join him in Jerusalem. But what began as a family visit soon turned into a life-changing journey.

Weiss enjoyed the hospitality of the Arabs he met in the Middle East and was enchanted by their lifestyle. With the passion of an explorer, he began to travel across the region.

His travels and encounters nurtured in him a sense that Zionism was causing a great injustice to the Palestinian Arabs. In Jerusalem, he got into heated arguments with the leaders of the Zionist movement and began to feel at a greater distance from the religion of his ancestors than ever before.

"Islam should be presented without any fanaticism. Without any stress on our having the only possible way and the others are lost. Moderation in all forms is a basic demand of Islam." -  Muhammad Asad.

As he discovered the Muslims of the Middle East, Weiss also discovered Islam - studying the Quran and finding not only the answer to the spiritual emptiness he had felt but also an alternative to the materialism of Europe's Roaring Twenties. In Saudi Arabia, Weiss felt truly at home, writing: "I am no longer a stranger."

In 1926, he converted to Islam and changed his name to Muhammad Asad. Full of enthusiasm, he embarked upon his first pilgrimage to Mecca.

Curious to get to know other Muslim communities, in 1932 Asad left Saudi Arabia - travelling to Turkistan, China and Indonesia. In India, he met poet and philosopher Muhammad Iqbal. Iqbal dreamed of creating a separate Islamic state as a solution to the bloodshed between Indian Muslims and Hindus. Iqbal's vision of Pakistan quickly became Asad's own dream.

Asad campaigned for the creation of Pakistan by writing books, giving public lectures and hosting radio programmes. He also drafted the outline for an Islamic constitution in which equal rights for women were secured.

In 1951, Asad became Pakistan's envoy to the United Nations. But to his dismay he was forced out of the position after just one year. Deeply disappointed, he turned his back on politics, deciding instead to write his autobiography in the hope that it would promote better understanding between Muslims and the West. The Road to Mecca quickly became a bestseller.

By 1970, Asad had grown increasingly concerned that the Quran was being misinterpreted and misused for political goals. This motivated him to undertake his biggest challenge: a new translation of and commentary on the Quran. He settled in Morocco and estimated that it would take him four years to complete. Seventeen years later it was finished. He dedicated it to "people who think".

"Every age requires a new approach to the Quran for the simple reason that the Quran is made for all ages. It is our duty to look for deeper meanings in the Quran in order to increase our knowledge and experience. The Quran wants your intellect to be always active and trying to approach the message of God. God himself dedicated this book to people who think." - Muhammad Asad.

Despite the fact that Asad today has a loyal following among those who share an interest in his writings and an intellectual affiliation with him, his translation was not embraced by all. Rumour has it that there were even book burnings of Asad's Quran.

Emotionally and financially exhausted, he withdrew to Europe - settling in Spain in 1987. He planned to revise his translation once more but old age and prolonged illness prevented him from completing it. On February 20, 1992, he died, alone and secluded.

http://www.aljazeera.com/programmes/aljazeeraworld/2011/10/2011102095616528352.html


Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC

Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 9 Nov: PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Selain itu, penyelewengan juga terbukti memalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat.

"Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan.

"Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC.

"Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya.

Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC.

Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009.

Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan.

"Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya.

Ulasan: Mana SPRM? Mana Shahrizat? Wajarkah Menteri berbohong? Wajarkah pembohongan dilakukan di Parlimen? Mana Speaker? Yang bersalah perlu dihukum.