Monday, July 09, 2012

Kartun hina Presiden Mesir disiar dalam Harian Metro




BeritaOleh: amkns

"Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

Sphinx adalah sebuah patung besar berbentuk separuh manusia, dan separuh singa yang terdapat di Mesir, di Dataran Giza, tepi barat Sungai Nil, sekarang di dekat Kaherah.

Ini adalah satu dari beberapa patung terbesar di dunia yang terbuat dari satu batu utuh, dan dipercayai telah dibangun oleh Mesir Kuno pada milenium ketiga SM . Kata "sphinx" berasal dari bahasa Yunani (Sphinx, dari kata kerja sphingo) yang berarti mencekik, karena sphinx dari mitologi Yunani mencekik orang yang tidak dapat menjawab pertanyaan teka-tekinya.

Pada tulisan-tulisan abad pertengahan, nama balhib dan bilhaw yang menunjuk pada Sphinx dipergunakan, termasuk oleh sejarawan Mesir Maqrizi, yang menyarankan penyusunan bahasa Koptik, tapi istilah Arab-Mesir Abul-Hôl, yang diartikan sebagai "Bapa Teror (Pengganas)," lebih banyak digunakan. -wikipedia

Justeru itu apakah Harian Metro cuba untuk menyatakan bahawa Dr Mursi itu Bapa Pengganas?

greenboc.blogspot.com

Kartun hina Presiden baru Mesir: Metro dikutuk

Tindakan akhbar Umno, Harian Metro Sabtu (7 Julai) yang sungguh kurang ajar dan biadap tergamak menyiarkan karikatur pemimpin Islam Presiden Mesir Dr Muhammed Mursi, menimbulkan kemarahan umum terutama di facebook.

Dengan mendapat perhatian dan komen beribu-ribu ulasan itu, mereka berkata Mursi ialah pesiden yang berjuang menegakkan Islam di Mesir dan tidak sepatutnya disamakan dengan Firaun. Bagi mereka, ini menunjukkan betapa jahil dan bangangnya pelikis berkenaan dan pengurusan akhbar.

Seorang pengomen berkata, Mursi merupakan pemimpin yang menghafal al-Quran bagaimana disamakan dengan Firaun. Mereka juga berpendapat, bagaimana negara luar hormatkan negara kita sedangkan akhbar yang berkaitan dengan pemerintah negara ini sendiri tidak prihatin dan sensitif dengan kartun berkenaan. Ini satu penghinaan terhadap rakyat Mesir dan umat Islam.

selamatkanpahang.blogspot.com



http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=15392

Projek Tambahan LRT Ampang: BN lantik kroni





Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.


Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Dato’ Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).

Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:

1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;

2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;

3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;

4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;

5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan

6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.


Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.

Jika niat Dato’ Seri Najib Tun Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.

Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KeADILan


Sumber: fb 
Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

Ulasan: Mengapa pula lantik kontraktor yang tak lulus penilaian oleh perunding? Bila laporan tender oleh perunding TIDAK DIPAKAI oleh Lembaga Tender, kebiasaannya kos projek dan masa projek menjadi tak menentu. Biasanya menyebabkan pertambahan kos dan masa (time and time overruns). Kerajaan sewajarnya berusaha untuk jimatkan duit rakyat.

Wednesday, July 04, 2012

GEBENG DAN SANTAU RADIOAKTIF



Baca sampai faham.

GEBENG DAN SANTAU RADIOAKTIF

Naratif dan jalan cerita kilang santau radioaktif Lynas ini wajib didengar sekali lagi. Pada hemat saya, kisah santau di Gebeng ini bermula di zaman Abdullah Badawi. Hingga ke hari ini umum masih belum mengetahui siapa yang telah melobi pentabiran Abdullah Badawi untuk membawa masuk kilang santau ini. Tukang lobi ini pasti sedar bahawa dalam suasana pentabiran yang 'ngantuk' pasti tandatangan Abdullah dapat dilicinkan dengan senang untuk melecok pelulusan kilang santau ini.

Pentabiran Abdulah Badawi yang sibuk dengan pelbagai jenis koridor telah mengarahkan syarikat santau nadir bumi ini untuk menemui Menteri Besar, Idris Jusuh di Terengganu. Telok Kalung - kawasan indah di tepi laut - didaerah Kemaman telah dikenal pasti sebagai daerah yang amat sesuai untuk kilang santau radioaktif ini beroperasi.

Disini, saya mencadangkan agar warga Terengganu dan rakyat Malaysia memberi tabik penghormatan dan berterima kasih kepada Idris Jusuh. Sebusuk-busuk Idris Jusuh, dia juga memiliki hati nurani yang baik. Selama tiga tahun kertas cadangan pembukaan syarikat santau ini terdampar di meja MB. Tiga tahun cadangan ini tidak dipedulikan. Yang Berhormat Idris Jusuh sedar tentang bahaya dan malapetaka yang akan menimpa warga Terengganu jika kilang ini dibenarkan beroperasi. Justeru, Idris Jusuh tidak ambil pot dan tidak melayan sang pelobi ini.

Kerana gagal di Terengganu, maka sang pelobi telah beralih ke Pahang. Menteri Besar Adnan Yacob yang memiliki bahasa tangan yang cekap, melihat syarikat santau ini sebagai peluang yang baik. Dua minggu sebelum PRU12 yang lalu, MB Pahang ini telah membenarkan Lynas Corporation Ltd, syarikat cari gali nadir bumi yang beribu pejabat di Australia untuk membuka kilang memproses nadir bumi di kawasan perindustrian Gebeng Pahang.

Semua ini belaku tanpa diketahui ramai. Semua ini berjalan dengan senyap lagi sunyi. Projek diluluskan ketika seluruh rakyat Malaysia sedang sibuk berkempen untuk pilihan raya. Kemudian rakyat Malaysia sibuk pula merayakan kejayaan Pakatan Rakyat. Dalam senyap-senyap ini, rupa-rupanya satu 'bom jangka' yang bernilai RM2.5 bilion sedang dipasang di Gebeng.

Untuk memahami apa dia nadir bumi, kita wajib kembali 30 tahun ke belakang. Pada tahun 1979, kerajaan telah meluluskan kebenaran kepada syarikat Asian Rare Earth Sdn Bhd untuk membuka kilang di Bukit Merah Perak. Syarikat ini juga bergerak dengan licik dan bijak.

Syarikat Mitsubishi Chemical Industries milik Jepun ini telah bersubahat dengan Lembaga Urusan Tabung Haji. Usahasama ini bertujuan untuk mengolah persetujuan agar orang Melayu senyap - jangan bersuara - kerana ada syarikat agama Islam, mereka akan bertimbun-timbun membuat duit.

Pada tahun 1982 warga daerah Papan di Parit, Perak telah mula sedar bahawa kawasan mereka telah dipilih untuk menanamkam sisa dari loji kilang ini. Kilang ini beroperasi di Kampong Baru Bukit Merah. Kawasan perumahan masyarakat China dan Syarikat Tabung Haji dipilih secara strategik. Tabung Haji dipilih untuk menyedapkan hati orang Melayu. Bukit Merah dipilih kerana kawasan perumahan orang China. Inilah strategi licik yang dirancang dengan rapi oleh syarikat santau radioaktif dari Jepun ini.

Apa sebenarnya nadir bumi? Orang Melayu awal-awal dahulu memanggil ini amang - satu panggilan yang salah. Logam bijih nadir bumi tersimpan dalam perut bumi dan perlu digali untuk mendapatkannya. Manakala amang ditemui bersama bijih timah. Logam nadir bumi ini diperlukan untuk bateri, mentol lampu, ipone, bom cerdik dan boleh digunakan dalam pelbagai teknologi terkini.

Bijih logam ini tidak merbahaya. Ianya bukan santau. Tetapi apabila logam ini diproses akan muncul sama thorium dan uranium. Dua bahan ini wujud bersama nadir bumi ini. Sisa-sisa dari memproses logam inilah yang mengandungi santau radioaktif.. Santau thorium dan santau uranium amat bahaya untuk manusia, binatang, tanaman dan untuk muka bumi ini.

Kenapa saya menulis dan menggunakan 'santau' dihadapan perkataan radioaktif. Ini bertujuan untuk memberi ingatan kolektif kepada orang Melayu. Masyarakat Melayu selama ini telah dibebalkan dari memahami bahaya kilang Lynas ini. Media Melayu telah membodohkan orang Melayu tanpa memberi mereka pengetahuan yang betul tentang santau ini. Justeru, dengan menggunakan perkataan 'santau' maka diharapkan orang Melayu akan sedar bahawa radioaktif ini memiliki watak seperti santau.

Santau dalam budaya pemahaman orang Melayu boleh bergerak melalui angin. Santau juga boleh bergerak didalam air. Justeru santau dan radioaktif ini memiliki watak dan ciri-ciri yang sama. Apabila radioaktif ini dikahwinkan dengan perkataan santau ini, diharapkan masyarakat Melayu yang selama ini dibodohkan akan dapat memahami marabahaya dihadapan mereka.

Berbanding dengan masyarakat China dimana media Tionghua cukup arif menerangkan bahaya santau ini. Juga masyarakat China di Papan dan di Bukit Merah telah pernah menjadi mangsa santau radioaktif ini. Mereka telah melihat anak-anak mereka lahir cacat. Mereka telah melihat ramainya anak-anak mereka yang tinggal dikawasan pembuangan sisa kilang di Bukit Merah telah mendapat barah leukemia.

Masyarakat China, 30 tahun dahulu telah bangun menentang kilang Asia Rare Earth di Papan. Perjuangan yang panjang ini akhirnya berjaya apabila mahkamah mengarahkan kilang ini ditutup pada tahun 1994.

Hari ini - 30 tahun kemudian - duit rakyat Malaysia sebanyak RM 300 juta telah digunakan untuk membersihkan tempat simpanan sisa nadir bumi ini. Kilang ini telah dimusnahkan, tetapi sisa santau ini akan terus wujud untuk beratus-ratus tahun. Pada ketika ini, kawasan ini telah menjadi kawasan larangan yang dipagar. Tetapi santau radioaktif masih lagi boleh bergerak melalui udara dan air. Towkay Jepun ini telah telah selamat pulang untuk berendut dengan Geisha di Tokyo. Yang tinggal menerima padah ialah warga Bukit Papan.

Orang ramai pasti menjadi hairan dan pelik. Jika santau radioaktif ini merbahaya, kenapa Menteri Besar Pahang dan kerajaan Malaysia memberi kebenaran kepada Lynas Corporation Ltd untuk mendirikan kilang nadir bumi yang terbesar dalam dunia?

Ada macam-macam teori yang tersebar dari mulut ke mulut, kenapa kilang santau ini dibenarkan beroperasi. Seperti biasa, Pak Cik Nelayan dan Mak Cik Nasi Lemak di Gebeng akan berkata "...ada yang dah buat duit..." Siapa yang buat duit dan dari mana duit ini datang tidak pula jelas. Tapi inilah labon cerita orang-orang kampong.

Apa yang terbukti sahih ialah syarikat Australia ini pasti akan membuat duit kerana selama 12 tahun ianya TIDAK perlu membayar cukai. Ini sebahagian dari penjanjian yang telah diikat. Kenapa syarikat ini tidak membayar cukai? Hanya Sang Patin dalam Sungai Pahang sahaja yang maha mengetahui.

Selain dari berita pelik - tak bayar cukai ini - ada lagi satu berita yang amat-amat pelik. Biasanya Jabatan Alam Sekitar perlu membuat kajian sebelum apa-apa projek diluluskan. Entah kerana Berok mana yang amat berkuasa, sehinggakan laporan dari Jabatan Alam Sekitar ini tidak diperlukan untuk kilang santau ini. Bunyinya memelikan, tetapi inilah tanda Malaysia Boleh.

Semua yang berlaku ini telah diperhatikan secara desas-desus oleh orang-orang kampong di sekitar Gebeng, Balok dan Cherating. Kilang ini letaknya tidak berapa jauh dari pantai Cherating dan pantai Balok. Cherating terkenal dengan Club Med-nya manakala Balok adalah kawasan yang pantainya menjadi idaman warga kota di hujung minggu. Orang kampong dan nelayan di Balok hanya berlabon kosong, kerana mereka tidak arif dalam hal santau-menyantau.

Akhirnya, berita kilang santau di Gebeng ini 'meletup'. Pada bulan Mac dan Jun 2011, akhbar The New York Times yang amat berpengaruh di Amerika telah membocorkan berita loji terbesar dalam dunia ini sedang dibuat. Tiba-tiba Lynas menjadi buah mulut bukan sahaja di Malaysia, malah melimpah ke Australia dan ke seluruh dunia.

Dengan tidak semena-mena harga nilai tanah mula merundum di Kuantan. Tiba-tiba kelihatan banyak tercacak papan tanda - to rent or to sell - di hadapan rumah-rumah mewah di Kuantan. Berita dari akhbar Amerika ini menjadikan warga Kuantan dan sekitarnya gelisah.

Kumpulan masyarakat sivil dan beberapa NGO alam sekiar mula membuat bantahan. Kisah kilang santau Lynas mula didengar di Parlimen. Kerajaan Barisan Nasional yang semakin mengecut sokongon dari para pengundi menjadi gelabah. Sekali lagi orang ramai teringat akan mangsa kilang Rare Earth di Bukit Merah. Kegelishan dan ketakutan orang ramai ini telah diterjemahkan kepada beberapa tunjuk perasaan menentang kilang santau Lynas.

Seperti biasa kerajaan mula menjalankan beberapa taktik untuk mengolah persetujuan dan mententeramkan hati penduduk di Gebeng dan Kuantan. Tiba-tiba arahan diberikan untuk membuat kajian oleh Jabatan Alam Sekitar. Agensi Nuklear Malaysia juga memberi pandangan. Jawatankuasa Khas Parlimen juga ditubuhkan. Semua ini tidak meyakinkan penduduk di Gebeng dan Kuantan bahawa kilang santau ini tidak merbahaya. Penduduk di Gebeng dan Kuantan melihat semua ini sebagai sandiwara.

Pada 26 Februari tahun ini, seramai 20,000 anak semua bangsa dari seluruh Malaysia telah datang untuk bersetia kawan dengan warga Gebeng. Ini adalah satu perhimpunan anti-Lynas yang paling besar pernah diadakan di Kuantan. Gerakan anti-Lynas yang disusun oleh Himpunan HIjau.

Mereka telah juga bekerjasama dengan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu. Berpuluh ribu penyokong Himpuan Hijau telah sama berdemo dengan penyokong Bersih 3.0.

Perdana Menteri Najib Razak sedar bahawa sokongan dari pengundi Cina semakin merosot. Gerakan anti-Lynas ini sedang membarah dan sedang mengancam banyak kerusi DUN dan Parlimen di Pahang.

Ketika tulisan ini sedang digarap, kerajaan Barisan Nasional telah memberikan lesen sementara kepada Lynas Coperation Ltd dengan syarat, sisa dari kilang ini akan dibawa pulang ke Australia, atau syarikat ini menyediakan satu kawasan yang selamat dimana sisa santau radioaktif ini akan ditanamkan.

Untuk sementara waktu ini, dengan pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi, mustahil kilang santau ini akan beroperasi. Jika kilang ini mula beroperasi bermakna Najib Razak ingin membunuh diri. Ini kerana Pakatan Rakyat secara terbuka telah menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, kilang santau ini akan ditutup.

Kelihatan pertempuran antara pemegang saham syarikat Australia ini dengan warga Gebeng 'terhenti' untuk sementara. Tetapi persoalan hakiki masih belum di jawab. Jika kilang santau nadir bumi ini selamat, mengapa kerajaan Australia tidak membenarkan kilang ini dibuka di Australia sendiri. Walhal, Australia, sebuah benua memiliki kawasan tanah yang beratus kali ganda luasnya dari Malaysia.

Inilah soalan hakiki yang amat menakutkan warga di Gebeng. Inilah mimpi ngeri yang membuatkan ramai warga Kuantan mula ingin berpindah. Soalan ini belum mendapat jawapan yang tuntas. Malah soalan ini juga memerlukan jawapan untuk seluruh warga Malaysia.(TT)

Ulasan: Pilihlah parti yang boleh diharap. Biarlah BN pencen dari memerintah Malaysia.

The Camel Hump Hijaab - Shaytaan's New Favorite Fashion


A different Perspective:
---> ! ATTENTION SISTERS ! <---

The Camel Hump Hijaab - Shaytaan's New Favorite Fashion

The 'Camel Hump' is a new style of hijaab where the hair is worn in a bump/bun/clip/scrunchy at the back or on the top of the head below the scarf, giving height and definition, similar to a hump like a camel. You could also compare it to the head of an alien.

It was reported that the Prophet (صلى الله عليه وسلم) said:

“There are two types of the people of Hell that I have not seen yet: men with whips like the tails of cattle, with which they strike the people, and women who are clothed yet naked, walking with an enticing gait, with something on their heads that looks like the humps of camels, leaning to one side. They will never enter Paradise or even smell its fragrance, although its fragrance can be detected from such and such a distance.” (Narrated by Ahmad and by Muslim in al-Saheeh).

الحمد للہ
امام مسلم رحمہ اللہ تعالی نے صحیح مسلم میں نبی صلی اللہ علیہ وسلم سے حدیث بیان کی ہے کہ نبی صلی اللہ علیہ وسلم نے فرمایا : ( دوقسمیں جہنمی ہیں میں نے انہیں دیکھا نہیں ، کچھ مردوں کےپاس گاۓ کی دموں جیسے کوڑے ہوں گے جن سے وہ لوگوں کو ماریں گے ( اوردوسری قسم ) اوروہ عورتیں جو کپڑے پہننے کے باوجود بھی ننگیں ہونگي وہ مائل ہونے والی اوردوسروں کو اپنی طرف مائل کرنے والی ہونگی ان کے سربختی اونٹوں کی کوہان جیسے اونچے ہونگے ، یہ دونوں نہ توجنت میں داخل ہونگی اور نہ ہی اس کی ہوا کو پائيں گي ) ۔
اس حدیث میں یہ بہت سخت اور عظیم وعید ہے اور حدیث میں جوکچھ بیان ہوا ہے اس سے بچنا واجب اورضروری ہے ۔

By adopting this style, not only are we letting down Allah, the umma, and ourselves, but we are destroying our akhira, our afterlife, for what? To look like a camel? An alien?

We need to remind ourselves, what is the purpose of hijaab, why are we wearing it? Purify your intentions and reflect. Do you want to be a trial for the brothers? What are you worth my sisters? You set your own worth and quality. May Allah guide us all ♥

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151035461593466&set=a.97505433465.88609.97317838465&type=1&theater

PM terkejut PAS pentingkan parti berbanding haji....


Utusan Melayu - PM terkejut Pas pentingkan parti berbanding haji. Pas utamakan fardu kifayah berbanding fardu ain.

Ulasan saya - Wah, PM kita dah mula tiru Dr Muhammad Morsi la.

Tapi DS (Dato Sri), jika fatwa DS bahawa jika sebahagian rakyat Mesir keluar mengundi dan menghasilkan keputusan, maka gugurlah kewajiban mengundi ke atas rakyat lain yang tak mengundi diterima pakai di Mesir, alamat kekallah regim Mubarak memerintah!

DS, fatwa mengundi adalah fardu kifayah tu pakai untuk orang UMNO je lah. Itu lebih baik daripada fatwa mufti 'duniawi' Wilayah Persekutuan bahawa mengundi tu urusan duniawi saja.
dari fb: 
Nik Mohamad Abduh


Najib ‘mati kutu’ untuk bubar parlimen – Aziz Bari


Rabu, 4 Julai 2012

MELAKA: Pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang berkeadaan ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN. 
"Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya ‘mati kutu’ untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen.

"Segala perancangan dan tindakan Umno BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN," ujar Abdul Aziz yang sekarang menjadi ahli politik sepenuh masa.

Justeru, beliau berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.

"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat," katanya dalam majlis ceramah di Taman Indah dekat sini malam tadi.

Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau berkata ia sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri.

"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdebat dengan Anwar.

"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk," katanya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470690499627252&set=a.269692606393710.78782.100000589172092&type=1&theater

Ulasan: Negara kita wajar belajar dari Turki dan Indonesia. Di sana, suatu tarikh pilihan raya umum telah ditetapkan setahun lebih awal. Kalau di negara maju, itu sudah lama diamalkan. Bila PR jadi kerajaan baru di Malaysia perkara itu boleh dilaksanakan. Itu hanyalah salah satu kebaikan bila pilihan raya negara kita jadi BERSIH. Untuk itu, bersama-sama kita tinggalkan pangkah BN. Kita UBAH dengan pangkah SELAIN BN.

Keganasan politik: Pakatan Rakyat anjur penubuhan JK Bersama


Pakatan Rakyat menggesa supaya sebuah jawatankuasa bersama ditubuhkan untuk
menangani masalah peningkatan kegansan politik yang semakin membimbangkan.

Pemimpin DAP, Ronnie Liu berkata insiden keganasan politik telah mencapai tahap "yang menakutkan" dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan sudah menjadi seperti satu perkara biasa.

Beliau mengambil sebagai contoh kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz sama ada Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana didakwa menderhaka.

"Beberapa NGO telah menganjurkan supaya sebuah jawatankuasa
bersama ditubuhkan dengan dianggotai ahli politik daripada kedua-dua belah pihak, bagi menyelesaikan masalah tersebut, dan kita bersetuju dengan mereka," kata Liu yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor, semalam.

ADUN Meru, Abdul Rani Osman juga mengadu bahawa berbelas-belas laporan polis telah dibuat terhadap insiden keganasan politik tetapi tidak membawa sebarang hasil.

Ini termasuklah satu laporan mengenai insiden Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dikatakan diserang dari belakang oleh seorang aktivis PERKASA di Teluk Bahang pada hari Ahad.

Dalam kejadian itu, kata Rani, pihaknya telah mengambil gambar dan mengenal pasti penyerangnya, namun tiada tuduhan dikenakan terhadapnya.

"JikA seorang ketua menteri boleh diserang sedemikian rupa, bayangkan bagaimana rakyat biasa akan dilayan," kata Rani, yang juga ketua PAS Selangor.

Satu lagi insiden lain yang dibangkitkan oleh wakil-wakil Pakatan itu, ialah perbuatan melontar telur dan batu sewaktu satu ceramah di kawasan pilihan raya Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, serta serangan terhadap dua pemimpin DAP di Klang, sehingga terpaksa dirawat di hospital.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470679516295017&set=a.269692606393710.78782.100000589172092&type=1&theater

Ulasan: Duit rakyat digunakan untuk bayar gaji polis kita. Bukan duit BN. sudah sewajarnya polis balik kepada tugas basic iaitu menjaga keselamatan  semua warga kita berdasarkan undang-undang kita.

Regim BN terpaksa PENCEN jika.....

Regim BN akan ditamatkan jika 70% pengundi baru menolaknya


Selasa, 3 Julai 2012

Kenyataan Mahathir baru-baru ini seperti "Pengundi Cina adalah faktor penentu" dalam PRU13 dan "PRU13 akan didalangi isu perkauman" menunjukkan bahawa beliau dan BN kini semakin bimbang akan majoriti 3 juta pengundi baru akan membuat keputusan muktamad menolak BN dan mengakhiri 55 tahun BN bermaharajalela dengan kronisme, korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Dewasa ini menampakkan generasi rakyat Malaysia yang sedang bangkit untuk menentang gaya politik lama dari era Mahathir (gambar kiri). Kita melihat ini dalam pergerakan Reformasi dalam 1998. Kita melihat kebangkitan ini dalam tsunami politik PRU 2008 yang telah mengaut negeri-negeri yang diperintah BN iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta menafikan kuasa dua pertiga di parlimen.

Kita melihat kebangkitan ini dalam perhimpunan BERSIH yang pertama pada 10 November 2007. Kita melihat kebangkitan ini dalam BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. Dan kita menjadi saksi dalam perhimpunan 28 April 2012 yang memperlihatkan ratusan ribu anak bangsa Malaysia yang berlainan kaum, latar belakang dan umur membanjiri jalanan sekeliling Dataran Merdeka untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan adil.

Kejayaan perhimpunan BERSIH 3.0 yang dicemari keganasan polis terhadap peserta dalam perhimpunan aman itu nampaknya telah mengugat kedudukan dan keyakinan Perdana Menteri Najib Razak dalam menetapkan tarikh pilihanraya sebelum bulan Julai walaupun beliau "berasa" yakin akan kemenangan BN dalam 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Tiada keraguan lagi, demonstrasi yang bersejarah ini, telah menyebabkan Mahathir lebih rimas akan kehilangan kuasa BN di Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang. Ini mungkin menjadi penjelasan kepada percubaan beliau baru-baru ini untuk menghidupkan kembali taktik gaya lama Mahathirisme "pecah dan tawan" (divide and conquer) dalam mengungkitkan senario yang tidak relevan dan yang sudah lapuk dalam mencetus konflik perkauman pada zaman politik di mana semua rakyat Malaysia - tua dan muda; lelaki dan wanita; Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan; Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh - bersatu padu untuk tuntutan - pilihan raya yang bebas dan adil, menentang korupsi, untuk mempromosikan keselamatan awam,untuk memelihara dan memulihara persekitaran kita.

Kini wujud tiga juta pengundi yang disenaraikan dalam senarai daftar pemilih yang baru semenjak pilihanraya umum 2008. Keperluan untuk mendaftar ini dimotivasikan oleh kemungkinan perubahan politik dalam pilihan raya yang akan datang. Mereka ini merangkumi hampir satu perempat daripada 13 juta pengundi dalam senarai daftar pemilih semasa. Kira-kira 60% daripada pengundi ini berumur kurang daripada 60.

Jika 60% daripada pengundi baru ini membuang undi menolak kerajaan BN, Pakatan Rakyat akan memenangi sebanyak 100 kerusi parlimen, jika corak pengundian masih dikekalkan. Jika 65% daripada pengundi baru ini membuang undi menolak kerajaan BN, PR akan memenangi 110 kerusi, 2 kerusi kurang daripada majoriti keseluruhan. Jika 70% daripada undi adalah yang menolak BN, maka ia akan meraih 123 kerusi parlimen kepada PR yang cukup untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya.

Ini adalah satu mimpi ngeri bagi Mahathir dan BN - bahawa pengundi yang baru mendaftar dan pengundi baru akan menghayun kepada Pakatan Rakyat kerana pengundi alaf baru ini mahu mengakhiri korupsi, kronisme dan penyalahgunaan kuasa oleh BN selama 55 tahun.

Watak yang akan dimainkan oleh pengundi yang baru mendaftar ini lebih signifikan lagi oleh kerana kewujudan "pengundi hantu" yang telah dimasukkan nama mereka dalam senarai daftar pengundi di dalam apa yang dijangkakan sebagai pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Negara ini.

Saya menyeru kepada tiga juta pengundi baru untuk mengetuai perubahan yang diimpikan ini bagi semua anak bangsa Malaysia untuk membuang undi untuk pilihan raya yang bebas dan adil, untuk membuang undi menentang politik Mahathirisme "pecah dan tawan" (divide and rule politics), untuk membuang undi perubahan dan untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia dan untuk mengakhiri 55 tahun kronisme, korupsi dan penyalahgunaan kuasa di bawah BN.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang  selaku Ketua Parlimen DAP merangkap ahli parlimen Ipoh Timur.



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470268209669481&set=a.269692606393710.78782.100000589172092&type=1


Ulasan: Demi negara dan rakyat bersama-samalah kita mengundi parti SELAIN BN dalam pilihan raya nanti. PR terbukti bercermat untuk guna duit rakyat. Selamat tinggal BN yang telah LAMA merosakkan demokrasi di negara kita melalui merasuah pengundi, mencuri duit rakyat, bermewah-mewah dan membudayakan rasuah dalam negara dan mengamalkan kronisme. Selamat BERSARA wahai BN.

Wednesday, June 13, 2012

WHO Peringatkan Bahaya Penyakit Seks Baru (Gonorrhea Baru)


"Superbug" ini sudah kebal menghadapi percobaan berbagai obat.

RABU, 13 JUNI 2012, 14:48 WIB
Karlina Octaviany

Ilustrasi Bakteri (ecoliblog.com)
VIVAnews - Penyakit Menular Seksual (PMS) telah menginfeksi jutaan orang setiap tahun berkembang menjadi kebal obat. Organisasi  kesehatan, World Health Organization (WHO) memberikan peringatan bahaya penyakit ini tidak bisa disembuhkan. Penyakit ini menyebar dengan cepat hingga menguasai benua Eropa.

Organisasi kesehatan PBB ini meminta pemerintah dan dokter untuk mengawasi gonorrhea jenis baru yang tidak bisa diatasi antibiotik ini. Infeksi bakteri ini bisa menyebabkan resiko mandul hingga bayi lahir mati. Bayi yang lahir dari ibu penderita gonorrhea memiliki peluang 50  persen mengalami infeksi mata parah yang berujung pada kebutaan.

"Organisme ini pada dasarnya mengembangkan kemampuan kebal terhadap setiap pengobatan yang kami berikan untuk melawannya," ujar ilmuwan WHO spesialis penyakit menular seksual, Dr. Manjula Lusti-Narasimhan.

Kelompok obat-obatan antibiotik yang sudah tidak mempan ini termasuk cephalosporins. Obat ini menjadi harapan terakhir untuk pengobatan gonorrhea.

"Selama beberapa tahun, penyakit ini menjadi kebal terhadap semua pilihan pengobatan yang kami miliki saat ini," ujar Manjula ketika menggelar pemberitahuan resmi kampanye WHO untuk melawan  penyakit ini.

Manjula mengatakan panduan terbaru ditujukan agar ilmuwan segera mempercepat pencarian obat baru. Gonorrhea dulu mudah diobati setelah ditemukan penisilin.

Menurut riset kesehatan tubuh global, gonorrhea telah menginfeksi 106 juta orang setiap tahun. Penyakit ini juga membuka peluang infeksi
penyakit lain, seperti HIV.

"Ini bukan masalah Eropa atau Afrika. Ini masalah dunia," ujar Manjula seperti dilansir dari Daily News.

Ilmuwan meyakini konsumsi antibiotik berlebihan atau kesalahan obat menambah kemampuan menakjubkan bakteri gonorrhea untuk beradaptasi. Penyakit ini sudah mencapai posisi gangguan super atau "superbug".

Bakteri bisa bertahan dari pengobatan antibiotik karena mutasi. Kondisi ini membuat mereka kebal dan cepat menyebarkan gen dalam proses percepatan seleksi alam.

"Masalah kebal ini sering dihadapi pengobatan antibiotik. Tapi, gonorrhea jenis baru ini begitu cepat beradaptasi karena dia memiliki kemampuan memilah potongan DNA dari bakteri lain," ujar Manjula.

"Jika bakteri ini tidak mengakibatkan begitu banyak menyebabkan kerusakan, maka akan menyenangkan mempelajari organisme ini," ujarnya menambahkan.

Kekebalan melawan cephalosporins kali pertama dilaporkan di Jepang. Tapi, baru-baru ini juga telah terdeteksi di Inggris, Australia, Perancis, Swedia dan Norwegia. Negara-negara ini justru memiliki sistem kesehatan yang berkembang sangat baik. Ada kemungkinan penyakit jenis baru yang kebal cephalosporins juga beredar di tempat lain.

"Ini mungkin hanya puncak gunung es," ujar Prof. Catherine Ison yang memantau program pengawasan nasional untuk pengobatan gonorrhea kebal di Inggris dan Wales.

Menurut Ison, kemudahan mendapatkan antibiotik yang dijual bebas di beberapa negara Asia menjadi salah satu alasan kekebalan penyakit meningkat.

"Dokter di Inggris kini beralih menggunakan kombinasi antibiotik dalam waktu yang lebih lama untuk melawan kekebalan gonorrhea," ujar Ison yang bekerja untuk Organisasi Perlindungan Kesehatan Inggris.

WHO yang berbasis di Jenewa, Swiss menginginkan negara memperketat peraturan dalam penggunaan antibiotik. Negara juga diharapkan meningkatkan sistem pengawasan agar batasan masalah dapat ditentukan.

Pendidikan seks yang lebih baik juga diperlukan. Menurut Manjula, penggunaan kondom yang tepat bisa menjadi langkah efektif untuk menghentikan penularan.

"Kami tidak akan bisa menyingkirkan penyakit ini sepenuhnya. Tapi, kami bisa membatasi penyebarannya," ujar Manjula.

Studi lanjutan masih dilakukan untuk melawan penyakit ini. Anda bisa melakukan usaha pencegahan infeksi dengan mempraktikkan seks yang aman.

http://us.teknologi.vivanews.com/news/read/324738-who-peringatkan-bahaya-penyakit-seks-baru?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Ulasan: Janganlah SESEKALI berzina. Biar nikah dulu dengan pasangan yang BERAGAMA.

PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR


Kenyataan Media Bersama

SHURA dan MAPIM
10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR 

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar, iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan, Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM
 








Amalan mazhab sesat: politik suku agama suku

bila agama terasing dari politik...maka bolehlah rasuah masa pru/prk.. 
bila agama terasing dari politik...maka bolehlah reka fitnah politik.. 
bila agama terasing dari politik...maka bolehlah guna pengundi hantu.. 
bila agama terasing dari politik...maka bolehlah sebar fitnah politik.. 
bila agama terasing dari politik...maka bolehlah tipu sana tipu sini..
 


Ulasan: Islam mencakupi sistem yang hidup yang syumul.

Khasiat daun kesum



Daun kesum memang tidak asing dikalangan masyarakat Melayu.  Ia sering dicampurkan kedalam laksa dan masakan asam pedas.  Selain mengenakkan makanan, adakah anda tahu bahawa ia mengandungi banyak khasiat.  Diantara khasiatnya adalah :

1.  Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu mambantu memulihkan masalah makanan tidak hadam di dalam perut.  Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak.



2.  Air dari daun kesum yang ditumbuk jika disapukan di kepala,  mampu mengatasi masalah kelemumur.

3.  Daun kesum kaya dengan beta kerotina, vitamin A, vitamin C dan bahan galian seperti kalsium, kalium dna fosforus.

4.  Sifat semulajadinya yang beraroma boleh digunakan untuk menghasilkan pati minyak yang dipercayai berpotensi tinggi dalam industri wangian dan perisa.

Bebas denggi dengan tanaman pengusir nyamuk



Untuk menghalau nyamuk, kebanyakan dari kita menggunakan penyembur nyamuk.  Ia hanya bersifat sementara kerana apabila kesan dari penyembur nyamuk itu habis, masalah nyamuk akan kembali menghantui diri.  Oleh itu disini saya ingin berkongsi dengan anda cara menghalau nyamuk cara berterusan dan lebih alami dan baik untuk kesihatan dan ketenangan fikiran.

Ada beberapa jenis tumbuhan yang anda boleh tanam di persekitaran rumah anda.  Antara tanaman itu adalah :

1.  Geranium
Geranium atau nama latinnya Pelargonium Citrosa biasanya ditanam di luar rumah.  Ia tumbuh merumpun dan mengandungi zat Citronellayang mengeluarkan bauan apabila ditiup angin.  Bauan inilah yang membuatkan nyamuk-nyamuk mneghindari rumah anda.




2.  Lavender
Bunga lavender bewarna ungu dan kecil-kecil dan berpenampilan menarik. Ianya mempunyai aroma yang sungguh harum dan menenangkan jiwa.  Ia mengandungi linalool yang berfungsi untuk menghalau nyamuk.  Oleh itu gosokkanlah anggota badan anda untuk mengelakkan gigitan nyamuk.


3.  Serai wangi
Serai wangi mengandungi zat sitronelal.  Zat sitronelal ini merupakan racun yang berbahaya kepada nyamuk yang mempunyai kesan yang berupaya mengurangkan cairan dalam tubuh nyamuk dan menyebabkan kematian akibat kehilangan cairan secara berterusan.

4.  Zodia
Minyak yang disuling dari daun zodia mengandungi 46 peratus linalol iaitu cairan pengusir nyamuk.  Jika pokok zodia diletakkan di kawasan laluan angin atau berdekatan dengan kipas angin, tanaman ini akan mengeluarkan bauan yang harum hasil dari pergesesan daun-daunnya yang boleh menghalau nyamuk.  Tapi anda harus mengelakkan dari meletakkan tanaman ini di ruang yang sempit dengan udara yang terhad kerana ia boleh menyebabkan manusia mabuk dan pening. 

Kuasa penyembuh Sup Ayam



Sup ayam adalah makanan enak dan mudah untuk disediakan.  Ia juga adalah antara hidangan yang paling disukai oleh rakyat Malaysia.  Di samping rasa enak, adakah anda tahu bahawa sup ayam juga boleh dijadikan sebagai ubat penyembuh penyakit?! 

Sup ayam dikenali juga sebagai food of body and soul kerana khasiat yang dimilikinya.  Kebanyakan doktor mensarankan kepada pesakitnya yang mengalami selsema untuk memakan semangkuk sup ayam panas.  Dipercayai bahawa bawang putih dan lada hitam yang dicampurkan ke dalam sup tersebut mampu mancairkan kahak dan membuang lendir.  Wap yang terhasil ketika sup masih panas juga mampu melegakan hidung tersumbat. 

Asid amino yang dikeluarkan oleh ayam semasa proses memasak juga dikatakan menyerupai acetylcsteineyang selalu digunakan untuk mengubati salur pernafasan.


Ulasan: Jangan lupa letak halia. Elakkan menggunakan ajinomoto.

What Every Man Wants: A Healthy Prostate



Celebrate Men’s Health Month with a these tips for a healthy prostate

Celebrate Men’s Health Month with a these tips for a healthy prostateSOURCE: GETTY IMAGES
Spend less line in restroom lines with a healthy prostate


Knowing how to maintain a healthy prostateis as important for women as it is for the men they love.  Men with an enlarged prostate gland take longer to urinate, so when out together, women have to wait twice as long at public restrooms. Once to get into the Women's Room and again waiting for her man to come out of the Men's Room. 
Focusing on the Prostate for Men's Health Month
Enlarged prostate is medically known as Benign Prostatic Hyperplasia (BPH). Growth of the prostate gland is accelerated in men during adolescence and again around age 50. As the prostate gets larger it compresses the uretha (tube that carries urine from the bladder). As a result, the stream of urine gets slower and slower, and the waiting begins. 
The good news is, BPH is not a sign of prostate cancer and does not increase a man's chances of developing it. The test used to detect prostate cancer is the PSA (prostate-specific antigen) level. While an enlarged prostate can raise the PSA a few points, that reading is not the best, or sole, indicator of prostate cancer. Other tests musts be done to confirm a diagnosis.   
Diet for a Healthy Prostate
If you are following a diet to reduce your risk for heart disease, the number one cause of death in the U.S. for men and women alike, you are helping to lower the risk of BPH, too. Ads promising quick results to shrink the prostate are preying on the "impatience" of those dealing with the problem. Don't be fooled. There are no foods or herbs that can instantly make trips to the urinal shorter. 
What to Do:
  • Maintain a healthy body weight. A large waist measurement, or "beer belly," is associated with higher risk of BPH.
  • Get regular physical activity. Even if weight is normal, exercise improves the circulation and muscle mass, both important in keeping the prostate healthy.
  • Eat 5 or more servings of fruits and vegetables each day. Vitamin C from vegetable sources, such as bell pepper, tomatoes, broccoli, cabbage, and Brussels sprouts, has been found to be especially beneficial.
  • Reduce fat intake. Choose lower fat milk and dairy products, light spreads, and lean cuts of meat and poultry for a lower fat diet.
  • Limit alcoholic beverages to 2 drinks a day. Studies have shown moderate drinking may inhibit risks of BPH while excess is questionable. 
What to Doubt:
  • Saw Palmetto may or may not help due to variation in ingredients, purity and dosages. If you decide to take it be sure to tell your physician since it can affect other medications.
  • Zinc supplements or eating more foods high in zinc, like oysters and pumpkin seeds have not been proven effective.
  • Lycopene supplements or extra servings of foods high in lycopene, such as tomatoes and watermelon, cannot shrink an enlarged prostate.
  • Vitamin D supplements are not needed unless being taken to meet daily requirements for general good health.
  • Beta-sitosterol supplements did not shrink the prostate or increase urinary flow in 4 studies of its effectiveness 
The role of diet in reducing the risk of enlarged prostate is just one more piece of evidence that the diet that good for the heart is good for the whole body.