Wednesday, April 26, 2006

Syor CCTV di sekolah -- Memorandum ketiga kementerian ke Kabinet atasi disiplin pelajar

KUALA LUMPUR 25 April - Satu memorandum mengenai masalah disiplin pelajar akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok yang akan turut membincangkan kemungkinan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini merupakan memorandum ketiga yang dibawa oleh kementerian berkenaan bagi mengatasi masalah keselamatan dan disiplin di sekolah.

Ulasan: Lagi-lagi cadangan untuk habiskan duit rakyat. Seperti biasa yang diamalkan sebelum ini sejak merdeka, duit habis di telan oleh kroni yang dapat projek tapi kita takut projek tak sampai matlamatnya. Buatlah projek rintis (pilot) dulu, tengok kejayaan pelaksanaannya.

Gunakanlah pendekatan undang-undang dan nasihat dalam berbagai bentuk untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Baliklah kepada asas: didik hati melalui agama. Hati baik semua jadi baik.

Tertarik dengan pandangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bahawa cadangan memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) tidak menjadi suatu keperluan mendesak untuk menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Pengwujudan CCTV melibatkan kos yang tinggi dan hanya sebagai instrumen menjaga sekolah bukan mekanisma membaiki disiplin pelajar.
Ia akan mewujudkan suasana takut kerana ada pengawasan di sekolah. Pelajar hanya akan berdisplin di sekolah tetapi melakukan perbuatan tidak bermoral apabila melangkah keluar dari pagar sekolah," katanya dalam satu kenyataan kepada media berhubung cadangan memasang CCTV di sekolah hari ini. Peruntukan itu seharusnya disalurkan kepada program-program pembangunan pelajar yang lebih bermanfaat.

No comments: