Wednesday, September 27, 2006

Jual kuih 10 sen sebiji masih mampu raih untung...Bekas pegawai imigresen kena 25 tuduhan rasuah...Kenaikan kadar tol tidak beban

Jual kuih 10 sen sebiji masih mampu raih untung
BALING 26 Sept. – Dua gadis membuktikan mereka mampu mengaut keuntungan walaupun menjual kuih dengan harga 10 sen setiap satu di bazar Ramadan di sini…(UM).

Ulasan: Peniaga yang jujur dan tahu bertimbang-rasa akan melahirkan pembeli yang sama. Ertinya maksimumkan buat untung bukan jalan terbaik bagi peniaga.


Bekas pegawai imigresen kena 25 tuduhan rasuah

KANGAR: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas 25 tuduhan rasuah dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM9,811.71 daripada seorang kontraktor.

Ulasan: Ingatkan 25 tuduhan rasuah itu melibatkan RM puluhan juta. Rupanya hanya tak sampai RM10,000. Jangan hanya bawa kes bilis tapi terlupa kes jerung (high profile) yang pernah PM janjikan dulu...

Berikan laluan bebas kepada BPR untuk menyiasat dan mendakwa sesiapa yang pernah terlibat dalam rasuah walaupun anak sendiri...


Kenaikan kadar tol tidak beban

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil kira faktor peningkatan kos sara hidup, harga minyak, barangan keperluan asas serta penyelenggaraan lebuh raya sebelum menentukan jumlah kenaikan kadar tol, tahun depan…(BH).

Ulasan: Selama ini adakah protes rakyat di ambil kira? Bercakap manis senang tapi tikaman tepat ke jantung itulah menyedihkan rakyat. Padahal pengguna lebuh raya bertambah setiap tahun. Entah apa yang di janjikan kerajaan dalam kontrak konsesi dengan syarikat kontraktor besar yang biasanya mempunyai kabel kukuh dengan kerajaan. Rakyat mahu tengok sendiri perjanjian itu.

No comments: