Tuesday, May 22, 2007

Israel ugut bunuh pemimpin Hamas

BANDAR GAZA 21 Mei – Israel hari ini mengancam untuk membunuh para pemimpin politik Hamas jika serangan roket pejuang Palestin dari Gaza tidak dihentikan. Menteri Keselamatan Awam Israel, Avi Dichter memberi amaran, rejim Yahudi itu bersedia untuk membunuh pemimpin politik Hamas yang hidup dalam buangan, Khaled Meshaal sebaik sahaja ada peluang untuk berbuat demikian.
Perdana Menteri, Ismail Haniyeh juga boleh menjadi sasaran bunuh, kata Dichter, anggota Kabinet keselamatan Israel yang diberi kuasa meluas.
“Dia (Khaled) ialah sasaran yang wajar sekali dibunuh dan saya yakin kami akan menghapuskannya apabila timbul sahaja peluang sekalipun tugas itu sukar,” kata Dichter kepada radio tentera…(BH, 22/5/07).

Ulasan: Kerajaan haram Israel hendak membunuh musuhnya menggunakan kehebatan polis rahsianya.

No comments: