Thursday, August 16, 2007

Hizbullah Siap Berikan "Kejutan Besar" Buat Israel

Rabu, 15 Agu 07 15:12 WIB
Pemimpin Hizbullah Syed Hassan Nasrallah menyatakan akan memberikan "kejutan besar" buat Israel, jika negara Yahudi itu berani mengobarkan perang kembali dengan Hizbullah.
Dalam pidatonya memperingati satu tahun perang Hizbullah-Israel, Nasrallah menegaskan bahwa Hizbullah tidak mau berkonflik tapi mereka siap menghadapi siapa pun yang memicu konflik dengan Hizbullah. Menurut Nasrallah, AS dan Israel-lah yang selama ini selalu "memukul genderang perang. "

Ulasan: Allah menyuruh kita supaya mempersiapkan kekuatan negaramu untuk menentang musuh. Sayangnya negara Muslim hanya sibuk menakut-nakut rakyatnya dengan senjata canggih yang sepatutnya di halakan kepada musuh sebenar. Kita menjadi takut kepada musuh kerana hati kita tidak takut kepada Allah menyebabkan kita masih terpenjara walaupun merdeka.

Ceti ganas seksa, kurung peminjam dalam sangkar tumpas
BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Tujuh lelaki ditahan kerana terlibat dalam kegiatan sindiket ceti haram atau Ah Long yang menggunakan taktik ganas iaitu menangkap, memukul dan mengurung pemimjam wang lebih dua jam dalam sangkar besi di sini, semalam...(UM, 16/7/07).

Ulasan: Dalam negara kita pun ada orang yang mencari rezeki secara tidak sah.

Wilayah Persekutuan anugerah gelaran Datuk tahun depan?
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mulai tahun depan, Wilayah Persekutuan dijangka memperkenalkan darjah kebesaran untuk dianugerahkan kepada individu tertentu yang berjasa.
Pemberian darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk itu dijangka dilakukan sempena perayaan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Februari setiap tahun...(UM, 16/7/07).

Ulasan: Berhati-hati kerana Datuk katanya boleh di beli dan menjadi untuk buat kekayaan dengan cara yang tidak wajar. Dan ada Datuk politik... Macam-macam jenis Datuk. Tahniah kepada Datuk sebenar.

Bekas Naib Presiden PKR sokong PM
KOTA KINABALU 13 Ogos – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Saidatul Badru Said Keruak hari ini menyatakan sokongan padu kepada pucuk pimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Turut menyatakan sokongan mereka ialah bekas Setiausaha PKR Sabah, Janis Jinis Abdullah dan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Sabah, Ladim Abdul Rahman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya hari ini....(UM, 16/7/07).

Ulasan: Rakyat tertindas pun sudah sedar siapa sebenarnya kita tetapi kita terlupa.

Bas panorama dua tingkat mula beroperasi
MELAKA 15 Ogos – Bas panorama dua tingkat yang dibawa khas dari London yang sepatutnya mula beroperasi pertengahan April lalu akhirnya memulakan operasinya mulai semalam. Kelewatan operasi bas dua tingkat berikutan kerja-kerja memasang alat penghawa dingin beharga RM56,000 di bas berkenaan yang tertangguh sejak bas berkenaan dibeli April lepas. Syarikat milik kerajaan negeri, PM Cultural and Tourism (PMCT) Sdn. Bhd. telah membeli dua buah bas dua tingkat terpakai keluaran tahun 1981 daripada syarikat London Bus Export di London untuk dijadikan sebagai bas panorama…

Ulasan: Bas terpakai yang berusia 26 tahun pun kita beli? Kerajaan sewajarnya berhati-hati berbelanja kerana menggunakan wang rakyat. Pihak swasta tentu akan beli kalau perniagaan ada masa depan…

Paderi Katolik usul semua agama rujuk Tuhan sebagai Allah
AMSTERDAM 15 Ogos – Seorang biskop di sebuah gereja Roman Katolik di Belanda kelmarin mencadangkan agar semua agama merujuk Tuhan sebagai “Allah” bagi memupuk persefahaman.
Kenyataan oleh Biskop Tiny Musken itu sekali gus menghangatkan lagi perdebatan mengenai toleransi agama di negara itu yang mempunyai sejuta penduduk Islam.

Ulasan: Kalau semua agama menggunakan Allah sebagai nama Tuhan, kehebatan Allah tidak terjejas. Maha Suci Allah dari sebarang sekutu.
Allah telah turunkan The Final Messenger untuk menyampaikan The Final Commandments untuk manusia seluruhnya. Walau apa pun istilah yang di gunakan manusia, Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang benar.

No comments: