Tuesday, December 18, 2007

Dakwaan digugur -- 31 penyokong Hindraf bebas tuduhan cuba membunuh

SHAH ALAM 17 Dis. – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menarik balik pertuduhan terhadap 31 penyokong Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang didakwa atas cubaan membunuh seorang pegawai polis dalam kejadian perhimpunan haram anjuran pertubuhan itu di hadapan Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 25 November lalu.

Ulasan: Susah payah Peguam Negara menyediakan kes dan selepas itu bersusah payah menarik balik pertuduhan semata-mata kerana Pak Lah masuk campur. Mana kebebasan mahkamah? Mengapa Pak Lah tak kisah dalam kes Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz yang ditembak seorang anggota polis dengan menggunakan peluru hidup dalam tragedi berdarah Batu Burok, Terengganu pada 8 September lepas?

‘Saya tidak akan kecewakan rakyat’
PUCHONG 17 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji tidak akan mengecewakan harapan rakyat yang selama ini telah memberikan sokongan padu terhadap kerajaan dan kepimpinannya.

Ulasan: Sila bercakap terus terang kepada rakyat bahawa BN/UMNO telah mengamalkan merasuah pengundi dalam pelbagai cara. Sokongan yang padu terhadap kerajaan dan kepimpinannya bukan alasan untuk BN/UMNO merasuah pengundi. Kerajaan yang bermaruah hanya datang dari ahli politik yang bermaruah. 

Rancang tambah aset canggih ATM
KUALA LUMPUR 17 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan merancang menambah aset-aset canggih dalam sistem pertahanan negara setanding dengan status negara maju. Timbalan Perdana Menteri berkata, seiring dengan kemajuan negara dari segi ekonomi, maka sistem pertahanan juga perlu mencapai status pembangunan yang sama. Najib yang juga Menteri Pertahanan menegaskan, tiada maknanya Malaysia menjadi negara maju tetapi kemampuan pertahanan masih berada pada tahap negara dunia ketiga.

Ulasan: Untuk kebaikan negara kita, rancanglah asalkan tidak berlaku penyelewengan penggunaan wang rakyat. Jangan seperti apa yang berlaku dalam kes pembelian jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene.
Senang saja cuma Pak Lah perlu arah BPR untuk siasat kerana itu bukan RM1 juta kalau benar nak hapus rasuah dan penyelewengan dari negara kita. Tetapi rakyat menanti-nanti apakah Pak Lah mempunyai kekuatan peribadi untuk itu? Has he the courage and will to do so? Pak Lah perlu sedar bahawa majoriti rakyat BENCI kepada rasuah dan penyelewengan.

Bayar caj pembetungan elak air dipotong
CYBERJAYA 17 Dis. – Mulai pertengahan tahun depan, orang ramai perlu menjelaskan caj perkhidmatan pembetungan untuk mengelakkan bekalan air dipotong apabila kerajaan melaksanakan sistem satu bil.

Ulasan: Kerajaan perlu turunkan caj air, elektrik dan perkhidmatan pembetungan. Keperluan asas ini tidak patut di swastakan.

Alat RM10 toreh getah ketika hujan

PENDANG 17 Dis. – Percaya atau tidak dengan modal RM10 untuk sebatang pokok, pekebun kecil getah kini boleh menoreh sepanjang tahun tanpa perlu risau hari hujan.
Ia berikutan hasil kreatif seorang peniaga ayam dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Khalid Saad, 46, mencipta sejenis alat dikenali sebagai ‘pelindung susu getah’ yang mampu meningkatkan bilangan hari menoreh.
Menerusi alat yang diperbuat daripada kain payung hujan, gelung gentian dan getah bitumin dengan kos sekitar RM10, Khalid berkata, pokok getah boleh ditoreh pada bila-bila masa kerana ciptaannya itu akan melindungi muka torehan daripada basah.
Alat itu juga, katanya, berfungsi melindungi susu getah bercampur air akibat hujan dan membantu mempercepatkan pembekuan susu getah sekali gus memberi peluang kepada pekebun kecil menambah pendapatan mereka. “Alat ini telah diuji di beberapa kebun getah termasuk di Kubur Panjang dan di Kampung Simpang Tempoyak, Pendang selama lebih tiga bulan dan ia telah berfungsi dengan begitu baik”....

Ulasan: Kadang-kadang kita terpaksa menerima bahawa keperluan kunci kepada rekacipta. Dalam banyak kes, orang awam mencipta serta berfungsi dengan kos yang lebih rendah. Bagaimana dengan ciptaan yang menghabiskan duit semata-mata?





 

No comments: