Monday, January 28, 2008

TPM: Ekonomi negeri hanya berkembang di bawah BN

ALOR STAR 27 Jan. - Kerancakan ekonomi dan kemajuan sesebuah negeri hanya dapat berkembang dengan baik jika negeri itu dipimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Katanya, rakyat harus sedar bahawa pembangkang tidak berkeupayaan untuk memajukan negeri dan perkara itu terbukti apabila negeri yang berada dalam pemerintahan parti pembangkang didapati hanya mengharapkan bantuan kerajaan pusat.

Ulasan: Bila BN memerintah terlalu lama, BN memperkecilkan semua rakyat (terutama pengundi) bahawa orang lain tidak tahu memerintah. Kita terpaksa menerima bahawa BN/UMNO hebat memerintah dengan mengaut harta dan kekayaan melalui jalan yang tidak sah melalui kroni-kroninya. Rakyat perlukan kini kerajaan yang baru yang sayang kepada rakyat.

Kita perlukan PERUBAHAN kerana yang penting setiap masa ialah rakyat dan negara menjadi pemenang. Kerajaan datang dan pergi. Yang menang sepatutnya ialah rakyat dan negara.

BN perlu mandat besar
TEMERLOH 27 Jan. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat besar rakyat dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan masa depan bangsa dan negara lebih cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang 2020 menjadi satu kenyataan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menegaskan, kejayaan Malaysia dalam tempoh 50 tahun pertama kemerdekaan negara, merupakan satu lonjakan berganda yang telah berjaya mengubah landskap status sosial, pendidikan dan ekonomi rakyat.

Ulasan: Rakyat sewajarnya bijak memilih kerajaan yang penyayang kepada mereka, yang mengutamakan rakyat. Bukan yang tak habis-habis mencari jalan untuk menghabiskan poket rakyat. Parti BN/UMNO nak lagi 50 tahun memerintah?

Najib kesal pihak hina mutu sektor awam
ALOR STAR 27 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kesal dengan pihak-pihak tertentu yang menghina mutu perkhidmatan kakitangan awam.

Ulasan: Mutu perkhidmatan kakitangan awam boleh di banggakan dan boleh di perbaiki lagi. Mutu yang menjadi persoalan ialah pemimpin kerajaan dari parti BN/UMNO dan menjadi macam ketam mengajar kakitangan supaya mengamalkan rasuah. Rakyat kini perlukan kerajaan yang bersih dari rasuah.

BN beri khidmat sepanjang masa
RAWANG: Barisan Nasional (BN) adalah parti rakyat yang sentiasa membela hak semua tanpa mengira kaum dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan sepanjang masa berbanding pembangkang yang hanya muncul ketika musim pilihan raya dan memperjuangkan isu yang memberi manfaat kepada mereka.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata rakyat seharusnya membuka mata dan memahami taktik yang digunakan pembangkang supaya mereka tidak tertipu dengan segala janji palsu dan fitnah yang disebarkan.

Ulasan: Bukan senang hendak mengalahkan parti besar yang terlalu lama memerintah negara serta tidak pernah kalah dalam pilihan raya umum. Teruskan menyampaikan kebenaran kepada rakyat biar rakyat memilih. Satu hari parti itu akan kalah dan kerajaan baru yang lebih berwibawa akan memerintah lebih baik dari yang sebelumnya.

Wakil rakyat veteran digugur
SHAH ALAM 27 Jan. - Wakil rakyat di Selangor yang digugurkan daripada senarai calon pada pilihan raya umum akan datang merupakan mereka yang telah berkhidmat terlalu lama dan lanjut usia.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, sudah tiba masanya wakil rakyat itu mengundurkan diri dan memberi peluang kepada muka- muka baru yang diyakini mampu membawa perubahan besar kepada kemajuan negeri ini.

Ulasan: Beri pula peluang kepada muka- muka baru untuk buat harta melalui jalan tidak sah.

Istiadat pemakaman Suharto bermula, Najib wakili Malaysia
JAKARTA 28 Jan. – Istiadat pemakaman bekas presiden Indonesia Suharto dari Jakarta menuju Istana Giribangun di Solo, Jawa Tengah, bermula di kediamannya di Cendana pada pukul 7 pagi ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mewakili Malaysia pada istiadat pemakaman di Solo itu dengan diiringi Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Ulasan: Manusia seluruhnya menjadi saksi terhadap mayat yang akan di kebumikan. Tidak sama orang soleh dengan yang tidak.

No comments: