Thursday, January 29, 2009

JIM Selangor anjur Karnival Keamanan

JIM Selangor anjur Karnival Keamanan
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Orang ramai diseru membantu meringankan beban rakyat Palestin di Gaza melalui Karnival Keamanan Bersamamu Palestin yang akan dianjurkan oleh Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor pada 31 Januari hingga 8 Februari ini.

Karnival itu akan dimulakan dengan aktiviti Kembara Palestin, iaitu acara berkonvoi sebanyak 100 buah kereta, selain kempen jualan amal dan kutipan Tabung Palestin membabitkan beberapa lokasi di sekitar Selangor pada Sabtu ini (31 Januari).

“Pihak kami juga bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Coalition Malaysian NGOs Against Prosecution of Palestinians (Complete) untuk menjayakan Malam Suara Keamanan Palestin pada 31 Januari ini di Dataran Petaling Jaya,” kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mazmi Kamal pada sidang media di sini hari ini.

“Pemupukan semangat perjuangan membabitkan peringkat seisi keluarga dalam membela rakyat Palestin akan dilakukan melalui Kempen Edaran Sejuta Risalah, selain terdapat gerai jualan amal, kutipan derma, program anak-anak dan remaja yang akan diadakan di Pasar Tani Mega Shah Alam pada 8 Februari ini,” katanya.

Ulasan: Jom bersama-sama menyumbangkan apa yang terdaya untuk menolong saudara kita yang telah lama di buli dan di zalimi penjajah Israel.

No comments: