Friday, February 27, 2009

A Samad Said rela gelaran Sasterawan Negara ditarik balik

KOTA BHARU, 25 Feb (Hrkh) - Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.
"Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.
"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 petang tadi…
&
PPSMI: Samad Said nafi diperalat pembangkang
KOTA BAHARU: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau berkata, kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum isu berkenaan.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.
"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Ulasan: Bila berdepan dengan tentangan ada yang mundur dan yang terus ke depan. Terpulang kepada rasa hati sewaktu itu. Mungkin ada yang mencinta gelaran yang di dapati melalui pengorbanan selama ini yang bukan sedikit. Demi perjuangan kita sepatut berani meninggalkan segala-galanya.

No comments: