Tuesday, July 14, 2009

Penunjuk perasaan Indonesia seru jihad

JAKARTA 13 Julai - Sekumpulan rakyat Indonesia beragama Islam menyeru ke arah jihad dan bertempur dengan pengawal keselamatan dalam satu protes di luar kedutaan China di sini hari ini, sebagai sokongan kepada etnik Islam Uighur China.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan daripada pakatan kumpulan-kumpulan Islam melaungkan seruan jihad atau 'perang suci' bagi membantu penganut Islam di barat laut China, di mana pergolakan kaum antara etnik Islam Uighur dan China Han mengakibatkan lebih 180 maut.

Mereka turut menuntut tindakan daripada kerajaan Indonesia supaya menghentikan apa yang dipanggil 'pembunuhan kaum' di wilayah Xinjiang, China.

"Kami menggesa kerajaan Indonesia agar mengenakan tekanan diplomatik terhadap kerajaan China bagi menghentikan segera keganasan ke atas umat Islam di Xinjiang.

"Jika diplomasi tidak berkesan, kami mendesak kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan China dan memboikot produk mereka,'' kata penunjuk perasaan dalam satu kenyataan.

Mereka turut membawa sepanduk yang tertera 'Hentikan pembunuhan kaum Islam di Xinjiang', 'China adalah komunis, bersifat perkauman dan fasis' serta 'Jihad untuk umat Islam Uighur'…

Ulasan: Berikan keadilan kepada etnik Islam Uighur China.

No comments: