Thursday, January 21, 2010

Persefahaman antara agama dapat kekalkan keharmonian

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menegaskan perbincangan antara kumpulan agama perlu dilakukan dalam mencapai keharmonian negara. 

“Yang penting sekarang bagi kumpulan masyarakat kita di Malaysia ialah mengadakan perbincangan persahabatan dan mesti berlunaskan antara Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain. Kita bukan nak masuk dalam agama itu, cuma yang penting kita memahami kebudayaan agama itu. 

“Saya menganggap bahawa perbincangan dan mengenal budaya antara satu dengan lain membawa keharmonian lebih nyata. Kalau tidak, kita sentiasa tergolong dalam prasangka atau prejudis,” katanya. 

Rais berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam…

Ulasan: Kumpulan minoriti eloklah sedar sikit. Jangan sampai menyusahkan kumpulan majoriti. Sampai ke bilik tidur pun nak kongsi dengan tuan rumah itu sudah kurang sopan.

No comments: