Friday, February 05, 2010

Warga Iran seludup dadah RM1.7j

NILAI 4 Feb. - Seperti diatur oleh satu sindiket, warga Iran merupakan mereka yang paling ramai ditahan sejak empat hari lepas kerana cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam tiga kes berasingan, tiga warga Iran ditahan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana menyeludup masuk 6.9 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

Kes pertama berlaku Isnin lepas apabila KDRM menahan seorang lelaki Iran berusia 26 tahun setelah cuba menyeludup 3kg dadah dipercayai syabu di dalam sebuah beg galas.

Timbalan Ketua Pengarah KDRM (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf berkata, hasil pemeriksaan, jumlah dadah itu dianggarkan bernilai RM750,000.

"Bagi kes kedua, seorang lelaki Iran berusia dalam lingkungan 30 tahun ditahan sejurus tiba di balai ketibaan KLIA.

"Kami menemui serbuk kristal jernih yang dipercayai dadah jenis syabu seberat 2.4 kg disorok disekeliling beg tersebut," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Pejabat Kastam Narkotik di sini hari ini…

Ulasan: Doakan supaya rasuah di benci semua bukan setakat pegawai penguatkuasa saja.

No comments: