Friday, January 07, 2011

Anifah, kerajaan berjaya batalkan saman Anwar

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan kerajaan, hari ini berjaya membatalkan saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka, hampir dua tahun lalu.

Anwar memfailkan saman tersebut kerana mendakwa Anifah telah membuat kenyataan yang memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, (AS), Hillary Clinton di Jabatan Negara AS, Washington pada 16 Mei 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'hara memutuskan demikian di kamar beliau di sini selepas membenarkan dengan kos permohonan Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis untuk mengetepikan saman tersebut.

Hakim tersebut turut memerintahkan kos ditaksirkan kemudian dan dibayar oleh Anwar selaku plaintif.

Pada prosiding hari ini, Anifah selaku kapasitinya sebagai individu dan ahli Parlimen yang dinamakan defendan pertama diwakili oleh peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah manakala Sankara Nair mewakili Anwar.

Sementara Menteri Luar dan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh.

Sementara itu, Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media petang ini menyifatkan keputusan yang dibuat sebagai tidak munasabah kerana tiada sebarang alasan diberikan.

Sehubungan itu Nair berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan…

Ulasan: Keadilan bukan hanya termaktub dalam buku tapi keadilan boleh kita berlaku depan mata kita. Rakyatlah menjadi juri.

No comments: