Tuesday, January 03, 2012

Perjuangan luar biasa Wanita BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) akan melancarkan perjuangan luar biasa terhadap 30 kawasan Parlimen yang dikuasai pemimpin tertinggi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tanpa menyenaraikan nama kawasan tersebut, Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita BN akan memastikan semua kerusi kawasan Parlimen itu ditawan kembali oleh BN.

''Apa yang kita umumkan ini bukan gurauan kerana kita sudah tahu kelemahan ahli Parlimen terbabit hasil kaji selidik yang kita lakukan,'' katanya..

Ulasan: Perjuangan ialah untuk kalahkan pemimpin pembangkang yang tidak mengamalkan rasuah, dan tidak mencuri duit rakyat.

No comments: