Showing posts with label maruah negara. Show all posts
Showing posts with label maruah negara. Show all posts

Tuesday, March 31, 2009

PPSMI diteruskan di sekolah menengah?

KUALA LUMPUR 30 Mac - Keputusan kerajaan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diumumkan tidak lama lagi, tidak semestinya dengan meneruskan dasar itu bulat-bulat atau menolaknya sama sekali. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang diutamakan ialah menyesuaikan dasar itu mengikut pencapaian kanak-kanak tempatan.
"Sama ada kita memansuhkan PPSMI atau tidak, saya percaya itu tidak menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan.
"Kementerian mempunyai cadangan yang hendak dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Salah satu ialah menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini…

Ulasan: Kenapa pemimpin kita mengikut pemimpin dunia ketiga yang suka bercakap berbelit-berbelit? Marilah kita balik kepada asal yang telah dilaksanakan dengan jayanya selama ini iaitu dengan PPSMM bukan PPSMI. Dengan memansuhkan PPSMI kita bersama-sama menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan. Kita sepatutnya berfikiran merdeka bukan hamba.

Najib sah angkat sumpah Perdana Menteri Jumaat ini

KUALA LUMPUR 31 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.
Semua anggota Jemaah Kabinet telah menerima surat jemputan menghadiri istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia Najib yang akan berlangsung di Istana Negara…

&

Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April?

KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.

Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri…

Ulasan: Negara dan rakyat akan di paksa menerima PM baru yang tidak berapa jelas warnanya? Putih, hitam atau kelabu asap? Sudah tentu menyusahkan Agung saja. Eloklah Dato' Seri Najib Razak terlebih dahulu membersihkan imejnya contohnya yang banyak tercalar dengan kisah peribadi di mana-mana mahkamah yang adil, sebelum mengangkat sumpah sebagai ketua negara, PM ke 6. Bagaimana seorang pemimpin negara boleh diyakini jika tuduhan terhadapnya gagal dibersihkan sehingga menimbul keraguan rakyat tempatan dan se dunia? Sebelum ini akhbar Perancis, Liberation melaporkan Najib ada hubungan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini. Selain itu akhbar The Nation, The New York Times, 9News, The Australian, Times Of India dan Timeonline juga melaporkan secara ekslusif mengenai kematian Altantuya di Malaysia (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20079&Itemid=50.)

Monday, May 26, 2008

Bangunkan Pulau Pisang - Bagi menjamin status kedaulatan pulau milik Malaysia


Pertahankan Segera Pulau Pisang

PONTIAN 25 Mei – Kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura...(UM,26/5/08).

Ulasan: Cukuplah kita bersangka baik dengan jiran yang terbukti jahat. Mulanya menguruskan rumah api Pulau Batu Putih, kemudian oleh sebab penakut kita walaupun ada komando dan tentera elit udara, laut dan darat dengan jenama hebat berserta senjata yang canggih kononnya tetapi kita tidak pernah pun menghantar tentera menyelamatkan Pulau Batu Putih sepanjang kita merdeka.

Kita berputih mata melihat akhirnya Pulau Batu Putih menjadi hak Singapura melalui keputusan yang di buat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Hak kita kenapa pula ICJ tentukan? Kalaulah kerajaan Malaysia lebih berwibawa sudah tentu jirannya, khususnya Singapura, tidak berani menuntut hak kita.

Kini untuk membangunkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), kita (di bawah era Pak Lah) terpaksa menjemput Singapura duduk dalam Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dua negara berdaulat untuk memajukan wilayah kita. 2,217 sq km tanah Johor akan 'diurus' bersama dengan Singapura, melalui Jawatankuasa Bersama. Pembangunan sehebat Tanjung Pelepas boleh dilakukan tanpa Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri dengan mana-mana negara asing yang memungkin pengaruh dan penentuan terma-terma yang boleh merugikan kita boleh berlaku1. Kenapa pemimpin kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita: Tanah kita hak kita. Walhal kita negara masih berdaulat.

Cukuplah berbaik-baik dengan jiran yang memandang kita dengan penuh ghairah kerana tanah kita luas. Negara ini yang kita terima dari generasi terdahulu perlu di jaga cermat untuk di serahkan sepenuhnya kepada anak cucu kita kemudiannya. Bukan untuk di berikan kepada jiran yang telah lama bersungguh-sungguh meminta kerana kepentingannya.

Sumber:
1. http://cetusan-hati.blogspot.com/2007/08/wpi-dan-pulau-batu-putih-bakal-tergadai.html

http://malaysia-baru.blogspot.my