BN memerintah Perak lebih daripada 50 tahun. Pakatan Rakyat baru memerintah Perak tak sampai 11 bulan.
BN telah mengunakan taktik kotor untuk merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bersedia untuk kembali kepada rakyat. Pakatan Rakyat mahu DUN dibubarkan. BN tidak mahu.
Kalaulah benar BN telah mendampingi rakyat bersama 50 tahun, kenapa takut? Turun ke gelanggang pilihanraya. Mintalah mandat rakyat. Belum tentu siapa menang. Yang menang jadi kerajaan. Yang kalah terima hakikat.
Pakatan Rakyat yang baru lahir berani menghadapi cabaran ini. BN yang mempunyai segala jentera, media, kemudahan dan wang pula takut menyahut cabaran.
Kenapa takut sangat untuk pergi berjumpa dengan rakyat? Rampas kuasa pandai, jumpa rakyat tak berani? Sungguh memalukan.
Hendak memerintah tanpa restu rakyat? Apakah yang lebih malu daripada yang ini. Perangai BN bagaikan dadih menampung darah. Kalau air keruh di hulu, sampai ke muara keruh juga.
Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/2009/04/dadih-menampung-darah.html
Dalam tempoh yang terdekat, akan wujud MALAYSIA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis, wujud kebebasan bersuara sepenuhnya), telus dan anti-rasuah. Koleksi ini hanyalah memori yang mengusik jiwa yang pernah berlaku sebelumnya untuk kita FIKIRKAN dan mengambil pelajaran @ hikmah darinya... In the near future, there is NEW MALAYSIA, a just, free, transparent, and anti-corruption state. These were mere collection of memories that happened once for our REFLECTION taking its wisdom...
Showing posts with label rampas kuasa. Show all posts
Showing posts with label rampas kuasa. Show all posts
Tuesday, April 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)