Monday, April 30, 2007

Tentera ancam halang calon Presiden Turki


ISTANBUL: Calon Presiden Turki pilihan kerajaan pro-Islam, Abdullah Gul, semalam menolak langkah menarik diri daripada bertanding sekalipun pihak tentera mengancam mengambil tindakan untuk melindungi sistem sekular negara itu.
Keadaan bertambah tegang selepas beribu-ribu orang mengadakan perhimpunan bagi menyokong sistem sekular sambil menolak campur tangan tentera…(Berita Harian, 30/4/07).
.
Ulasan: Kasihan kepada tentera Turki sebenarnya terpaksa melawan rakyat semata-mata kerana tentera menganggap dirinya mempertahankan sistem sekular yang sudah habis tempoh luput dan tidak popular di kalangan rakyat yang 99% terdiri daripada orang Islam. Sewajarnya tentera hebat menjaga negara supaya betul-betul merdeka di mata musuh. Tentera melawan kerajaan yang di pilih oleh rakyat? Ingatlah rakyat hakim negara.

Pasangan Islam bercerai meningkat

SEREMBAN 29 April – Kadar perceraian pasangan Islam di negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh tiga tahun ini berbanding pasangan bukan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, pada tahun lepas sebanyak 866 pasangan beragama Islam bercerai berbanding hanya 86 pasangan melibatkan pasangan bukan Islam…(Utusan Malaysia, 30/4/07).

Ulasan: Kenapa kita mengikut artis-artis kita? Atau siapa ikut siapa? Semasa bercinta hebat, tapi setelah kahwin sibuk nak bercerai. Sila semak semula niat sewaktu nak berkahwin dulu. Biasanya yang bermula di tepi longkang akan habis di tepi longkang. Kecuali bagi yang sedar dan cepat balik semula ke pangkuan agama.

Sanggup curi 26 kereta pastikan tidak ditinggal kekasih

LOS ANGELES 29 April – Disebabkan cinta, Antonio Moreno sanggup mendapatkan kereta setiap kali ingin menemui kekasihnya. Sejak Januari lalu, Moreno telah memandu 26 buah kereta sejauh 145 kilometer dengan harapan hubungan dengan kekasihnya tidak terputus.

Ulasan: Bagi kita matlamat tidak halalkan cara. Lagi pula bercinta dan bertemu kekasih kedua-dua di haramkan oleh Allah…

Thursday, April 26, 2007

Indonesia Benarkan Delegasi Israel Masuk ?

Isnin, 23/04/07 -Jurucakap Kementerian Luar berkata ia memutuskan untuk membenarkan delegasi dari parlimen Israel untuk masuk ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Parlimen Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan ini…(http://palestinkini).

Komen: Kenapa tidak bertegas? Pak menteri sila pertahankan prinsip negara merdeka.

Sekular Turki tolak isteri calon presiden

ISTANBUL: Menteri Luar Turki Abdullah Gul yang dinamakan calon presiden oleh parti pemerintah kelmarin, dijangka tidak menghadapi halangan untuk dipilih parlimen ke jawatan tertinggi negaranya, namun pencalonannya tetap dipertikaikan semata-mata kerana isterinya bertudung.

Komen: Agak pelik kenapa golongan sekular Turki (Turki yang menjadi Empayar yang hebat dulu dengan Islam) sukar memberikan hak mengamalkan agama kepada semua orang. Kenapa sampai tentera di kerahkan menjaga prinsip sekular yang di paksakan keatas rakyat? 

Golongan sekular Turki sepanjang masa menjadi bimbang ‘warisan’ bapa pemodenan Turki, Mustafa Kemal Ataturk yang tersangat cintakan sekularisme, bakal terhakis. Doakan supaya cepat terhakis dari minda semua orang Islam. Cukuplah selama ini menyusahkan dan menghina rakyat.

Perhatian: Di Turki, sekularisme di maktubkan di dalam perlembagaan negara dan di jaga hebat oleh perundangan dan tentera yang kuat. Pelik...

Usah cuba ‘tukar selera’?

BATANG BERJUNTAI: Datuk Seri Najib Razak meminta pengundi Ijok tidak cuba 'mengubah selera' dengan memilih pembangkang pada pilihan raya kecil ini kerana tempoh kira-kira dua tahun menjelang pilihan raya umum akan datang amat penting untuk pelaksanaan program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), termasuk di Ijok...(Berita Harian, 26/4/07).

Komen: Kalau ubah pun tak akan menjejaskan pelaksanaan RMK-9. Kenapa mesti selera kekal kepada parti yang sama yang telah memartabatkan rasuah kerana ketiadaan strong political will power untuk menghapuskanya di persada negara? Rakyat bijak yang sayangkan negara tidak akan memilih yang parti terlibat dengan rasuah.

Monday, February 12, 2007

‘Sedia makanan berkhasiat di sekolah’

TAIPING: Kementerian Pelajaran memberi amaran kepada semua pembekal makanan berkhasiat ke sekolah pedalaman terutama Sabah dan Sarawak supaya tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih dengan menyajikan masakan tidak berkualiti.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik tender yang diberikan sekiranya pembekal berkenaan dikesan berbuat demikian…(Utusan Malaysia, 12/2/07).

Ulasan: Jangan biasakan menipu di dalam perniagaan kita. Kita di benarkan membuat untung tapi tidak boleh menipu kerana perniagaan adalah ibadah kalau benar caranya.
Apakah kita telah laksana projek mengikut spesifikasi yang telah di nyatakan?

U.S. says Iran leadership arming Iraqis

BAGHDAD, Iraq - U.S. military officials on Sunday accused the highest levels of the Iranian leadership of arming Shiite militants in Iraq with sophisticated armor-piercing roadside bombs that have killed more than 170 troops from the American-led coalition.
The deadly and highly sophisticated weapons the U.S. military said it traced to Iran are known as "explosively formed penetrators," or EFPs...(Associated Press ).

Ulasan: Bersiap siaga untuk menghadapi musuhmu dengan menggunakan peralatan yang terbaik. Besi lawan besi di samping doa.

Kastam tingkat daftar Cukai Jualan (CJ)

KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan meningkatkan operasi mendaftar pemegang lesen Cukai Jualan (CJ) dan Cukai Perkhidmatan (CP) termasuk restoran, rumah urut dan hotel bagi mencapai sasaran 50,000 pemegang lesen di seluruh negara.

Ulasan: Rumah urut yang kebanyakkan menyediakan perkhidmatan seks yang di haramkan oleh Allah. Oleh itu perlu di tutup segera kerana menjatuhkan maruah wanita... Mana pembela wanita?

PM dijangka lancar CCC April

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melancarkan penggunaan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) menggantikan Sijil Layak Menduduki (CFO), April ini.
Selepas pelancaran, sistem baru penggunaan sijil itu yang pengeluarannya dikendalikan profesional membabitkan jurutera dan arkitek akan dikuatkuasakan.
Pengeluaran CFO untuk bangunan sebelum ini adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Pengunaan CCC itu juga dijangka dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan mengatasi masalah projek terbengkalai kerana sijil itu akan dikeluarkan oleh badan profesional, bukan lagi PBT...(Berita Harian, 12/2/07).

Ulasan: Selamat mencuba sesuatu yang baru. Kita rasa jurutera dan arkitek boleh melaksanakannya kerana masing-masing sudah cukup matang.

Remaja Islam dinasihat tak rai Hari Kekasih

KUALA LUMPUR: Remaja Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pelbagai promosi bagi meraikan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ kerana ia bercanggah dengan ajaran agama, sekali gus menjurus kepada perbuatan tidak bermoral.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin, berkata tradisi itu tidak patut diraikan umat Islam kerana ia perbuatan yang tidak diizinkan syarak dan jika tidak dihalang, ia boleh memesongkan akidah serta menyumbang kepada gejala sosial.
Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 lalu bersetuju memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan agama Islam.
“Perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan mempunyai amalan yang mendorong ke arah maksiat dan bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak,” katanya…(Berita Harian, 12/2/07).

Ulasan: Dalam cinta monyet semua budi biasanya berakhir dengan tergadai body ertinya berzina. Jauhilah zina dan jangan menghampiri zina. Berkasih sebelum nikah bukan budaya kita. Apa guna kita merdeka kalau masih ikut cara hidup penjajah?

Tiada siapa boleh halang pasangan HIV kahwin

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tiada siapa yang boleh menghalang penghidap HIV daripada berkahwin kerana tiada undang-undang yang boleh menyekat perkahwinan golongan itu. Namun, dalam kebanyakan kes di negara ini, penghidap HIV terutama beragama Islam faham dengan keadaan yang menimpa mereka dan tidak meneruskan hasrat untuk berkahwin.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, biasanya apabila berlaku situasi itu, jabatan agama akan memanggil pasangan berkenaan dan menasihati serta memberi kaunseling terlebih dahulu.
“Kita sentiasa berbincang dengan mereka serta meminta mereka berfikir semasak-masaknya dan menunaikan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dalam perkara ini.

Ulasan: Cantiknya Islam kerana melarang berkasih sebelum nikah. Bila meminang semak dahulu kesihatannya di samping kesungguhan beragamanya. Tapi kalau sudah kenal lama dan berkasih sebelum nikah menyebabkan unsur bias dalam pemilihan. Apa boleh buat dah berkasih dan beban yang di tanggung selama hidup oleh isterinya dan anak-anak nanti. Ingat Allah memberikan ketenangan dan ketenteraman melalui agamaNya.

Air terjun Kampung Perlis berubah wajah

PULAU PINANG 11 Feb. – Kembali jernih. Itulah yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Kampung Perlis selepas menanti sekian lama untuk melihat air terjun di kampung mereka pulih seperti sediakala.
Kolam takungan di kawasan air terjun yang sebelum ini dipaparkan penuh dengan timbunan pasir dan keladak simen dari loji pembancuhan berdekatan itu dijangka berubah wajah selepas kerja mengorek pasir selesai, esok. …(Utusan Malaysia, 12/2/07).

Ulasan: Banyak lagi tempat berkelah di seluruh negara yang perlukan pembelaan yang sewajarnya. Pembangunan yang mendadak menyebabkan kita terlupa lantas memikirkan buat apa saja untuk kaya. Pembangunan tanpa cemarkan alam sekitar.

Tol: Samy Vellu kesal dituduh ‘orang jahat’

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu kesal apabila beliau dituduh oleh sesetengah pihak sebagai ‘orang jahat’ dalam menetapkan kadar tol lebuh raya di negara ini.
Beliau berkata, setiap kadar tol lebuh raya yang ditetapkan bukan dibuat oleh kementeriannya, sebaliknya diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.
“Ramai yang ingat saya orang jahat kerana mereka ingat saya yang membuat keputusan menetapkan harga tol dan memberi masalah kepada orang ramai.
“Segala keputusan berkaitan kadar tol dibawa dalam mesyuarat Kabinet dan bukan saya yang menetapkannya,” tegas beliau…(Utusan Malaysia, 12/2/07).

Ulasan: Kita adalah di anggap serupa dengan kawan kita kerana birds of the same feather will flock together. Sejarah menunjukkan BN di kelilingi penyamun tarbus..

Friday, February 09, 2007

China executes ethnic Muslim Semed


BEIJING - China executed an ethnic Muslim from the country's restive far western region for alleged separatist activities, a U.S. broadcaster said Friday.
China didn't confirm the execution of Ismail Semed, which human rights groups condemned because they said the prosecution's case against him lacked evidence and his confession may have been coerced.
Semed, a member of the Uighur minority group in Xinjiang, was shot to death Thursday morning after being convicted in October 2005 of trying to "split the motherland," and possessing firearms and explosives, Radio Free Asia reported.
Chinese authorities say militants among the Uighurs — Turkic-speaking Muslims — are leading a violent Islamic separatist movement in the region and are seeking to set up an independent state of "East Turkistan."…(Associated Press, 9/2/07).

Ulasan: Selamat jalan mengadap Allah swt. Semoga Allah menerima perjuanganmu untuk menegakkan negara Islam.

Universiti Harvard rombak kurikulum

CAMBRIDGE: Universiti Harvard, Amerika Syarikat semalam mencadangkan kurikulumnya dirombak dengan mengutamakan aspek sains, kepercayaan agama dan kebudayaan dunia.
Laporan akhir jawatankuasa fakulti universiti terkemuka dunia itu membuat syor berkenaan selepas perbalahan dalaman bertahun-tahun lamanya mengenai kursus yang paling sesuai untuk diikuti oleh semua pelajar Harvard…(Berita Harian, 9/2/07).

Ulasan: Akhirnya agama dan budaya menjadi paksi pendidikan akademik di samping sains. Apa hal universiti di dunia ketiga? Pelajar bukan hanya mencari ilmu untuk bekerja tetapi juga mencari ilmu untuk hidup dan mati. Pensyarah pun serupa.

Pejuang Iraq guna senjata canggih

BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan kemungkinan kumpulan pejuang Iraq memiliki senjata lebih canggih serta taktik baru yang menyaksikan enam helikopter Washington terhempas di negara Teluk itu sejak tiga minggu lalu…(Berita Harian, 9/2/07).

Ulasan: Kalau hendak kalahkan musuh, mesti menggunakan otak secara bersungguh-sungguh.

Kos angkut pasir bina Casino naik 30%

SINGAPURA 8 Feb. – Las Vegas Sands Corp. hari ini menyatakan bahawa ia terpaksa menaikkan kos mengangkut pasir sebanyak 30 peratus bagi membina resort kasino pertama Singapura selepas Indonesia yang menjadi pembekal utama mengharamkan eksport bahan binaan itu...(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Kalau Indonesia dan Malaysia atau jiran lain tidak bersungguh-sungguh laksanakan pengharaman eksport pasir, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan bahan binaan itu.

Olmert angkuh tolak gesaan -- Menteri Israel turut bantah, desak henti kerja gali dekat Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS 8 Feb. – Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz semalam menghantar surat kepada Perdana Menteri, Ehud Olmert yang menggesa supaya dihentikan kerja-kerja penggalian berhampiran halaman Masjid al-Aqsa kerana ia akan membangkitkan kemarahan umat Islam.
Menurut seorang pegawai, Peretz menggesa kerja-kerja ke atas jambatan laluan baru perlu dihentikan atas alasan tindakan tersebut akan memburukkan keselamatan.
Bagaimanapun Haaretz melaporkan, Olmert dengan angkuhnya telah menolak rayuan bertulis Peretz itu.
“Melalui kajian ke atas semua perkara berkaitan mendapati kerja-kerja yang dijalankan tidak akan mendatangkan mudarat kepada sesiapa dan tidak ada kebenaran bagi yang menentang kerja-kerja yang dilakukan,” kata seorang pegawai di pejabat Olmert..(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Bersiap siaga menghadapi musuhmu kerana Zionis tidak takut melainkan berdepan tentera Islam yang bercita-cita syahid.

Enam panduan umum khalwat

KANGAR 8 Feb. - Mufti Perlis, Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguat kuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.
Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.
Panduan kedua yang digariskan beliau ialah sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.
Dr. Mohamed Asri berkata, perkara ketiga sebagai panduan ialah operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.
Perkara keempat yang ditekankan ialah pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama Muslim, secara langsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.
Dr. Mohamed Asri meletakkan panduan kelima sebagai tidak boleh didedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggah prinsip keadilan dalam Islam.
Bagi panduan keenam, beliau memberi penekanan bahawa setiap pelaksana hendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkin melanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan…(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Semoga Perlis berjaya menjadi negeri bebas maksiat.