Thursday, April 23, 2009

Tangan wanita hampir putus kena tetak

PETALING JAYA: Seorang wanita hampir kehilangan tangan kanan manakala tiga jarinya berkemungkinan lumpuh selepas ditetak dalam satu kejadian samun di hadapan rumahnya di Jalan Kiara Bandar Seri Damansara di sini, Isnin lalu. 
Ketika kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa yang ditemani dua anaknya berusia 11 dan 8 tahun turut kerugian hampir RM10,000 apabila rantai emas pusaka hadiah perkahwinan daripada ibu mentuanya dilarikan. 
Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ema, 37, berkata ketika bersembang dengan jiran, tiba-tiba dua lelaki yang memakai topi keledar menghampiri mereka sebelum mengeluarkan sebilah parang…

Ulasan: Malu bagi orang lelaki menyerang dan mencederakan kaum wanita. Carilah rezeki yang halal lagi baik.

Peluang BN henti politik kotor PKR

PERMATANG PAUH: Barisan Nasional (BN) perlu menjadikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sebagai permulaan menghentikan permainan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraih populariti. 
Pengerusi BN Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, berkata BN mesti menggunakan sepenuhnya peluang kali ini untuk menamatkan amalan tidak sihat itu supaya tidak berterusan. 
"Pembangkang sedang melaksanakan kempen populariti dan kita mesti menghentikannya kerana ia tidak menguntungkan sesiapa, malah membazirkan menyebabkan masa, wang dan tenaga membazir. 
"Jadi, Penanti perlu menjadi titik perubahan bagi menghentikan kegiatan ini. Biar pengundi tahu yang mana batu, kaca dan permata," katanya selepas mesyuarat BN Permatang Pauh di Bangunan Umno Permatang Pauh di Sungai Semambu, di sini malam semalam…

Ulasan: Rakyat tahu bahawa telah 51 tahun UMNO/Perikatan/BN bermain kotor dalam politik negara. Sila tanya pakcik-pakcik yang lama menyokong pembangkang (iaitu selain dari BN dan parti sekutunya) walaupun mereka miskin. Mereka boleh ceritakan betapa azabnya menyokong pembangkang padahal parti-parti pembangkang di iktiraf sah berpolitik di Malaysia. Tak lain tak bukan semata-mata untuk menceritakan permainan kotor dan kezaliman mereka bila mereka memegang kuasa.

Pakistan May ‘Rethink’ Sharia Accord With Taliban, Gilani Says

April 23 (Bloomberg) -- Pakistan’s prime minister said the government may “rethink” its peace accord with the Taliban in the country’s northwest if militants don’t disarm, as the Obama administration accused it of giving in to extremists. 
“If peace is not restored, one can rethink the idea,” state-run media cited Yousuf Raza Gilani as telling reporters yesterday, when asked about the agreement introducing Islamic law to seven districts of North West Frontier Province. 
President Asif Ali Zardari approved the so-called Nizam-i- Adal, or Justice System, last week to introduce Islamic law in the Provincially Administered Tribal Areas, which include the districts of Swat, Buner, Chitral, Shangla, Upper Dir, Lower Dir and Malakand. Together they make up 40 percent of the land area of North West Frontier Province bordering Afghanistan. 
Under the regulation, conventional courts were to be replaced by a Sharia system of justice from April 14, the day the law was approved…

Ulasan: Seluruh Pakistan sewajarnya menjadikan undang-undang Islam dalam amalan bernegara. 

Saya tak peduli komen Tun M: Nazri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini. 
Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan biarkan sahaja…

Ulasan: Demikianlah budaya UMNO. Padahal adat Timur mengajar kita supaya menghormati orang tua-tua.

Najib mansuhkan kuota Bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam

oleh aminiskandar (April 22, 2009) 

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan.

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan memansuhkan ekuiti Bumiputera:

1) Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?

2) Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?

3) Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?

4) Dimanakah Perwaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

Ulasan: Mula-mula UMNO wujudkannya. Lalu bergembiralah UMNO-putera. Lepas itu sampai sekarang tak pernah capai pun kuota 30%. Kemudian UMNO menyembelihnya melalui Perdana Menteri ke 6. 

Kalam suci dari Mekah

KOTA KINABALU 22 April - Untuk menyaksikan himpunan ayat-ayat al-Quran berusia ratusan tahun, umat Islam di negeri ini mungkin perlu ke tanah suci Mekah atau negara Islam lain yang memiliki naskhah berkenaan.
Hakikat yang perlu diakui, tidak ramai umat Islam di negeri ini memiliki koleksi ayat-ayat suci berkenaan, apatah lagi jika melibatkan koleksi yang ditulis oleh ulama-ulama terkenal dari seluruh pelosok dunia.

Selain faktor usia, himpunan ayat-ayat lama itu menjadi lebih bernilai kerana keunikan seni khat yang menjadi asas kepada penulisan sesebuah naskhah itu.
Khat kufi, nasakh, thuluth, riqa'ah, diwani dan farisi adalah antara seni khat surih yang terkenal dan ia masih dikagumi serta memukau pencinta-pencinta seni Islam sehingga ke hari ini.
Menyedari adalah mustahil bagi umat Islam di negeri ini mencari dan menyaksikan keunikan naskhah-naskhah al-Quran berkenaan, Muzium Tamadun Islam Sabah (MTIS) telah mengambil langkah proaktif dengan membawa bahan bersejarah berkenaan untuk dipamerkan di negeri ini…

Ulasan: Rasulullah s.a.w. adalah contoh ikutan kita. Dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah Quran. Oleh itu, jadikan Quran sebagai akhlak kita. 

Perlis bakal lokasi filem Hindustan

KANGAR 22 April - Sebuah syarikat produksi filem dari India akan menjadikan Perlis sebagai lokasi penggambaran filem Hindustan tidak lama lagi.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, syarikat perfileman itu telah mengemukakan permohonan berkenaan kepada kerajaan negeri awal tahun ini.
"Baru-baru ini ada syarikat produksi filem India menyatakan keinginannya untuk membuat penggambaran filem di sekitar Batu Pahat, Kangar.
"Saya telah memanjangkan hasrat syarikat itu untuk tindakan lanjut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar, Ahmad Bakri Ali," katanya…

Ulasan: Kalau tak cermat, satu pingat Datuk akan melayang seperti Melaka… Apakah Darul Sunnah akan ikut Melaka?

Pandang serius isu murtad

KUALA LUMPUR 22 April - Orang Melayu di negara ini digesa memandang serius isu murtad di kalangan mereka termasuk penganut agama Islam daripada keturunan lain.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng berkata, antara faktor utama berlaku kes murtad ialah kurangnya penekanan solat di kalangan anak-anak Melayu terutamanya di bandar besar.

"Masih ramai yang tidak tahu membaca al-Fatihah sedangkan surah itu ialah bacaan wajib dalam solat,'' katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku beliau bertajuk Murtad-Jangan Pandang Sebelah Mata di Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Buku tersebut dilancarkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Wan Seng berkata, sikap orang Melayu terhadap penghayatan Islam juga merupakan salah satu sebab mengapa saudara baru Islam di negara ini murtad kerana mereka terasing, tidak dididik dan dipinggirkan. 

Selain itu katanya, terdapat gerakan terancang yang beroperasi untuk menarik umat Islam bagi melepaskan pegangan akidah mereka. 

"Konsep kebebasan beragama telah disalah tafsir oleh segelintir pihak. Kebebasan beragama difahami sebagai kebebasan untuk keluar daripada mana-mana agama dan kebebasan untuk menyampaikan agama kepada orang lain termasuk Islam.

"Ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang tertakluk pada Perkara 11(4) iaitu tidak boleh dikembangkan kepada orang Islam," ujarnya.

Beliau yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 2009 berkata, sudah masanya isu murtad tidak lagi disembunyikan.

Menurutnya, isu murtad ialah satu isu yang sangat sensitif bagi umat Islam dan jarang dibicarakan secara terbuka.

''Ia seharusnya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memelihara pegangan akidah umat Islam yang lain. Dalam soal akidah, kita tidak boleh ada kompromi,''" katanya.

Wan Seng berharap buku tersebut dapat mencetuskan kesedaran terhadap bahayanya murtad khususnya kepada anak-anak Melayu dan Islam.

Ulasan: Semoga Allah kekalkan hidayatNya kepada kita yang beragama Islam dan terus berdakwah mengajak orang lain kepada Islam. Semoga Allah berikan hidayatNya kepada kawan-kawan kita yang belum lagi memeluk Islam.

Mohammad Fairus dibebas

PULAU PINANG 22 April - Bekas Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengesahkan kes siasatan rasuah membabitkannya telah ditutup.

Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, berita itu merupakan hadiah cukup bermakna kepadanya lebih-lebih lagi beliau baru sahaja menerima kurniaan anak keenam, seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan semalam.

''Saya telah dihubungi petang ini dan dimaklumkan kes ditutup, sekali gus saya bersih dan tidak bersalah atas tuduhan yang telah dilemparkan selama ini. Saya bersyukur kerana tidak akan didakwa.

''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau meletakkan jawatan sebagai TKM I dan Exco Pembangunan Keusahawanan & Koperasi, Penerangan & Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April dan surat peletakannya diterima Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 21 Mac lalu.

Pada 26 Mac pula, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan kemudiannya dibebaskan setelah SPRM mengambil keterangannya.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat yang mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.

Ekoran itu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April lalu yang membuka satu lagi pilihan raya kecil diadakan. 

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus berkata, ia jelas membuktikan bahawa semua yang berlaku adalah tohmahan berniat jahat untuk menjatuhkannya.

''Saya gembira kerana nama telah dibersihkan dan kini jelas apa yang berlaku adalah fitnah semata-mata. Saya akan kekal sebagai pejuang rakyat dan akan terus berbuat demikian.

''Dengan kuasa Allah kebenaran telah terbukti, justeru kepada mereka yang telah membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya itu, cepat-cepatlah bertaubat," ujarnya.

Ulasan: Fairuz sudah ok. Kita bagaimana?

Cops: Foreign prostitutes not victims of human trafficking

KOTA KINABALU: Many foreign women caught for prostitution in Sabah are not victims of human trafficking.
Sabah Police Commissioner Datuk Noor Rashid Ibrahim said some turned to vice to support their children after their husbands abandoned them
Police arrested 1,107 people — mostly Filipino, Indonesian and Thai nationals — following raids on 828 suspected prostitution dens, entertainment centres and massage centres between January and March 2009, he told reporters here.
“When we questioned them, none of them told us that they were being exploited by certain groups,” Noor Rashid said.
Those arrested were charged under immigration laws for illegally staying in the state or for contravening conditions of their visit permits.
Noor Rashid said non-governmental organisations such as Tenaganita could contact the police if they had any information about human trafficking activities, especially those involving prostitution… http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/22/nation/20090422181653&sec=nation

Ulasan: Kenapa pelacuran hidup mewah di zaman kekuasaan BN? Pemimpin yang baik akan mempastikan negaranya bersih dari noda dan dosa. Carilah pemimpin yang baik untuk negeri dan negara kita.

Wednesday, April 22, 2009

Stephen Hawkings sakit tenat

LONDON 21 April - Saintis terkenal Britain, Stephen Hawking (gambar) yang terkenal dengan kajiannya mengenai lubang hitam, dikejarkan ke hospital dalam keadaan serius, kata Universiti Cambridge hari ini.

Hawking mengalami jangkitan pada paru-paru sejak beberapa minggu lalu dan menerima rawatan di Hospital Addenbrooke di bandar universiti di timur laut London ini semalam.

"Profesor Hawking sedang tenat. Dia sedang menjalani beberapa siri ujian kerana mengalami masalah kesihatan selama beberapa minggu," kata pengarah komunikasi universiti tersebut, Gregory Hayman.

Setakat tengah hari semalam, dia menyatakan bahawa keadaan Hawking semakin baik tetapi perlu dipantau semalaman di hospital.

Masalah kesihatan yang menimpa Hawking menyebabkan pakar matematik dan fizik ini terpaksa membatalkan lawatan ke Universiti Arizona State pada 6 April lalu.

Hawking, 67, masih aktif walaupun menghidapi penyakit ALS atau dikenali sebagai Lou Gehrig pada seawal usia 21 tahun.

Sejak beberapa tahun lepas, Hawking hampir lumpuh sepenuhnya dan dia hanya dapat berkomunikasi melalui alat sintesis suara yang diaktifkan dengan jari-jarinya. – AP.

Ulasan: Setiap yang hidup lambat laun akan merasakan mati. Rugilah sekiranya kita menjadi pakar terhormat dunia tetapi tidak kenal siapa Pencipta kita dan tidak mentaatinya. Hidup ini sebenarnya ada misi besar yang wajar di laksanakan. Sila semak Quran dan Hadith mengenai perkara ini. Kalau tidak kita akan sibuk dengan perkara kecil yang sudah di anggap besar oleh kita. Laksana kanak-kanak yang bermain pondok-pondok. Menangis kalau kita mengganggunya. Tapi semuanya habis bila emak panggil makan tengahari…

Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian

NAIROBI: Sebuah gereja Kenya cuba membawa nenek tiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menganuti agama Kristian, cubaan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam negara itu yang mendesak kerajaan menghalang usaha berkenaan. 

Gereja Seventh Day Adventist di bandar Kisumu di barat Kenya bercadang menjadikan Mama Sarah, 87, seorang Kristian dalam satu majlis besar-besaran, Sabtu lalu. Bagaimanapun, cubaan itu terhalang apabila Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan.

“Apabila saya dengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya menolak,” katanya kepada akhbar The Standard...

Ulasan: Ya Allah kekalkan hidayah kepada kami untuk kami hidup dan mati di dalam agamaMu. Amin.


 

Najib Tidak Tahu Satu Malaysia Sudah Tahu!

Oleh: pendikar gunung kriang

Satu Malaysia tahu
siapa punya angkara Altantuya hilang jadi debu
siapa jadikan dua kambing hitam sebagai korban

Satu Malaysia tahu 
siapa songlap komisyen Sukhoi dan kapal selam Scorpene
tapi masih bercakap soal moral dan perubahan

Satu Malaysia tahu
cerita VVVVIP dan penyanyi berkhalwat di Port Dickson
tapi depan rakyat cakap suci bagai wali

Satu Malaysia tahu
siapa sorokkan Balasubramaniam di luar negara
kerana dia banyak simpan khazanah rahsia

Satu Malaysia tahu
siapa sogok RM50 juta untuk beli ADUN PR Perak
siapa di balik insiden kudeta yang memalukan demokrasi Malaysia

Satu Malaysia tahu
siapa yang mencium aktor Bollywood
dan beri anugerah Datuk kerana teruja dipeluk

Satu Malaysia tahu
siapa yang sering cakap mengenai Islam
tapi pernah jalani upacara agama Hindu

Satu Malaysia tahu
tapi Najib tidak tahu 
satu Malaysia sudah banyak tahu!

http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/04/najib-tidak-tahu-satu-malaysia-sudah.html

Ulasan: Untuk menjadikan rakyat bersangka baik dengan pemimpin negara sekarang, senang saja. Sila bersihkan namamu seperti di anjurkan. Polis ada. Mahkamah pun ok. 

Pegawai polis didakwa tiga tuduhan rasuah lagi

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak yang sebelum ini didakwa atas tuduhan meminta rasuah RM10,000, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan yang sama membabitkan RM75,000, dua tahun lalu…

Ulasan: Kepada PSRM: Jangan hanya bilis saja yang kena. Jerungnya bila lagi? Rakyat tahu bahawa bila ada bilis, akan ada jerung yang makannya BESAR. Kalau PSRM betul-betul buat kerja, insya Allah, tiada lagi bilis dan jerung dan Malaysia menjadi negara yang SIFAR rasuah. Hebat kita bila pegawai Melayu sudah tak makan rasuah.

Buku politik fitnah budaya tidak sihat

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan penulis di negara ini menghasilkan buku politik bertujuan memburuk-burukkan individu tertentu.
Baginda bertitah, kecenderungan itu yang semakin popular di kalangan penulis yang bermatlamat jangka pendek dan komersial untuk menghasilkan tema penulisan memburukkan individu yang berkait rapat dengan takwim perjalanan organisasi politik tertentu.
"Aliran sedemikian jika terus berkembang, dibimbangi akan membina satu budaya penulisan tidak sihat, menyuburkan fitnah, kurang beretika, sanggup mengetepikan fakta dan seterusnya membawa pengaruh negatif dalam perkembangan minda warga," titah baginda…

Ulasan: Tulislah apa yang ada sebenarnya iaitu tidak lain melainkan kebenaran. Kalau ada orang yang tak setuju, boleh saman.

Musim Mengawan -- Tajaan Siapa?

oleh Nangkubai pada 12:03 AM

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. 

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. 

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, Kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing. 

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. 

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi. “Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. 

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya.

Sepatutnya pihak berkuasa memahami dan sensitif terhadap gejala moral yang semakin parah yang akan mengundang Kemurkaan Allah. Bila berlaku situasi seperti ini maka pemimpin kita akan mengatakan “Kita jangan menuding jari siapa yg bersalah,sepatutnya kita sama-sama mencegahnya” inilah ayat penyelamat bagi pemimpin BN setiap kali bercakap.Tetapi siapa yang meluluskan PERMIT program maksiat ini? TV mana yang beria-ria mempromosi program ini? Ulamak mana yang diam membisu? Sudah sepatutnyalah, kita sebagai rakyat yang sensitif berhubung dengan larangan Allah ini menolak dan tidak mengangkat pemimpin yang jahil tentang Agama Allah.

Allah berfirman, maksudnya "Barangsiapa yang cenderung kepada pemimpin yang zalim (Tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah iaitu menyuruh kepada kebaikan, melarang daripada melakukan kemungkaran) kelak ia akan disambar api neraka..."

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/2009/04/musim-mengawan-tajaan-siapa.html

Ulasan: Biasanya musim mengawan cuma di gunakan untuk BINATANG saja. Manusia yang bertamaddun di mana saja, tidak akan melakukan persetubuhan sebelum bernikah. Bila persetubuhan tanpa nikah iaitu ZINA berlaku maka manusia turun darjat macam BINATANG. Kita adalah anak HALAL, janganlah BERZINA dan jauhilah ZINA. Tapi mengapakah kerajaan BN memang membiarkan zina berlaku sewaktu pemerintahannya di negara yang indah ini?

Ahmadinejad : Permata Baru Islam. Mana Lagi?

Tajuk asal:  Ahmadinejad : Permata Baru Islam

by Addin, 4/22/2009. 


Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva. Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa. Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’. 

Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin. “Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan. AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis. Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini. Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

Punca: http://addin77.blogspot.com/

Ulasan: Kalau pemimpin semua negara Islam bercakap dengan satu suara untuk memenangkan Islam dan membela rakyat tertindas, alangkah cantiknya! Kalau sekadar mengaut harta kekayaan negara, membesarkan tembolok masing-masing melalui cara yang tidak sah samada menggunakan kroni atau tidak, ingatlah semua kekayaan yang dikumpulkan tidak di masukkan ke dalam kubur bersama jenazah kita macam Fir’aun dulu.

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Mohamed Hanipa Maidin (harakahdaily, Apr 17, 09) 

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. 
   
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak? 

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. 

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut. 

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan. 

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: 

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan. 

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. 

Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah 

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.  

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar. 

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut. 

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut: 

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang. 

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang. 

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya. 

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak. 

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009. 

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah. 

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan. 

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka. 

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut. 

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya. 

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak. 

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku. 

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang. 

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker. 

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. 

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Ulasan: Kenapalah akhbar perdana yang pro-BN atau pro-UMNO melaporkan sesuatu yang tidak benar? Apakah rakyat kini bodoh? Siapa yang jadi lembu?

Tuesday, April 21, 2009

Kerajaan diminta buka semula kaunter imigresen, kastam di Tambak Johor

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kerja Raya diminta meneruskan keputusan Kabinet, baru-baru ini untuk menyediakan semula kemudahan kaunter imigresen dan kastam di Tambak Johor untuk kemudahan pejalan kaki. 
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad, berkata keputusan untuk menyediakan kaunter berkenaan sudah diputuskan oleh jemaah menteri sebelum ini bagi menangani masalah pejalan kaki sejak Bangunan Sultan Iskandar (BSI) beroperasi 16 Januari lalu. 
Beliau berkata, ketika ini, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam lebih suka berjalan di Tambak Johor untuk mengelak daripada terus terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Woodlands, Singapura…

Ulasan: Mula-mula pemimpin negara menghabiskan wang negara beratus juta untuk membina Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Lepas itu di buka semula kemudahan kaunter imigresen dan kastam di Tambak Johor untuk kemudahan pejalan kaki. Apakah tak buat feasibility study dan crit  dulu?

Hukum wakil rakyat letak jawatan tanpa sebab munasabah: Mukhriz

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata perbuatan meletak jawatan di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi 'trend' bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.
Perbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti yang bertanding…

Ulasan: Juga hukum bila ada wakil rakyat menyalahgunakan kuasanya (contohnya yang ketara ialah mengaut khazanah negara melalui cara yang tidak sah). Pencarian pemimpin yang berakhlak dan berwibawa perlu di laksanakan kerana pemimpin sedemikian sangat penting untuk memimpin rakyat dan negara yang bebas rasuah.