Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Beza hadiah dan rasuah

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Seorang tok guru agama didatangi tetamu, dengan hormat dia meminta nasihat dan pandangan tentang rumah tangganya yang hampir runtuh. Tok guru itu dengan tenang mengungkai masalah tetamu itu dan seterusnya memberi pilihan beberapa tindakan untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia yang puas hati segera pulang dengan membawa harapan besar.

Tiga bulan kemudian tetamu tersebut datang semula kepada tok guru berkenaan bersama isterinya. Melihat keadaan itu tok guru itu bertanya, apakah ada masalah lagi yang boleh dibantu. Dengan senang hati dia berkata, alhamdulillah kami bahagia malah isteri saya sedang mengandung anak saya. Saya datang nak ucap terima kasih kepada tok guru. Dan sebagai tanda terima kasih, ini cek bernilai RM5,000 untuk tok guru.

Dalam kisah yang lain, seorang Pegawai Daerah yang agak berpengaruh di daerah itu didatangi tetamu di rumahnya. Tetamu tersebut adalah ahli perniagan yang sangat rapat dengan pegawai daerah itu. Kebetulan penjawat itu amat arif tentang gerak kerja bisnes ahli perniagaan itu.

Tetamu itu ingin membuka syarikat sembelihan dan proses ayam segar di kawasan itu. Dia mahu mendapat sokongan pewagai daerah kerana lazimnya sokongannya itu dinilai sebagai benar oleh pihak kerajaan. Oleh kerana menghormati kenalan, walaupun dia tahu tetamu itu tidak mencukupi syarat, dia sokong juga.

Tiga bulan kemudian, tetamu itu datang lagi bertemu pegawai daerah itu. Kali ini dia datang dengan membawa cek bernilai RM 5,000, katanya terima kasih atas sokongan, permohonan itu sudah diluluskan.

Satu kisah lagi seorang Pengarah Projek didatangi oleh seorang tetamu dari luar kawasan, mereka berdua tidak kenal mengenali antara satu sama lain. Dia membuat pertemuan itu dengan penuh pengharapan iaitu satu permohonan untuk membeli rumah di situ. Kebetulan pula rumah di situ menjadi rebutan, tetapi diutamakan kepada orang tempatan.

Dalam pertemuan itu tetamu tersebut merayu kepadanya agar dipertimbangkan permohonan itu. Namun dia dengan tegas berkata, saya boleh bawa perkara ini ke atas tetapi saya tidak jamin kerana ramai yang memohon, lagi pun kita akan utamakan orang tempatan. Awak bukan tinggal di sini.

Keesokan harinya sewaktu di rumah dia menerima cek bernilai RM 5,000 daripada tetamu semalam dengan ucapan terima kasih kerana melayan permohonannya semalam.

Berdasarkan tiga kisah di atas, manakah yang dikatakan hadiah dan mana pula yang dikatakan rasuah? Walaupun kisah itu bukan benar, namun kita boleh melihatnya sebagai contoh kes yang boleh kita renungkan secara serius. Ya, kes yang pertama ada hadiah, tetapi kes kedua dan ketiga adalah rasuah.

Sebenarnya, perbezaan yang jauh ini amat dekat dalam kehidupan kita. Jadi berhati-hati agar kita tidak terjebak dalam kancah yang hina itu, dan berhati-hati juga supaya kita tidak dengan cepat menuduh orang itu dan ini melakukan atau menerima rasuah. Ingatlah kesilapan kita membuat perkiraan, sebenarnya sebahagian kaki kita sudah berada dalam neraka.

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/beza-hadiah-dan-rasuah.html

Ulasan: Hidup lebih tenang dan aman tanpa RASUAH.

Thursday, November 19, 2009

Negara mana paling kurang rasuah?

New Zealand semalam disenaraikan sebagai negara paling kurang rasuah, mengenepikan Denmark.
SYDNEY 18 Nov. - Indeks tahunan yang dikeluarkan oleh Transparensi Antarabangsa itu yang menyenaraikan 180 negara dibuat berdasarkan 13 tinjauan bebas menyenaraikan New Zealand menduduki carta teratas sebagai negara paling kurang korup dengan mencatat 9.4 mata, selepas berada di tangga kedua pada tahun lalu.

Denmark yang mendahului tangga pertama tahun lalu turun di tangga kedua dengan memperolehi 9.3 mata, diikuti Singapura dan Sweden di tangga ketiga berkongsi mata yang sama 9.2 mata dan Switzerland di tangga kelima mengutip 9.0.

Negara yang berada dalam senarai 10 negara paling kurang korup ialah Finland, Belanda, Australia, Kanada dan Iceland.

Britian berada di tempat ke-17, manakala Amerika Syarikat di tempat ke-19 dengan indeks 7.5 mata.

Negara-negara yang berada paling bawah dalam senarai adalah negara yang paling tidak stabil atau akibat kesan peperangan dan konflik berterusan yang telah menjejaskan sektor awam serta telah memusnahkan prasarana kerajaan.

Somalia menduduki tangga terbawah sebagai negara paling korup dengan memperolehi 1.1, diikuti Afghanistan 1.3, Myanmar 1.4 dan Sudan serta Iraq berkongsi di tangga yang sama dengan memperolehi 1.5 mata.

"Amalan rasuah yang berakar ubi dengan kuat memerlukan pengawasan serta tindakan oleh Parlimen, tindakan penghakiman yang tegas, dan sumber pengauditan yang baik dan agensi anti rasuah, pelaksanaan undang-undang yang baik, ketelusan dalam bajet umum, aliran pendapatan dan bantuan serta peranan media yang bebas dan masyarakat yang bertanggungjawab," kata Huguette Labelle, Pengurusi Transparansi Antarabangsa.

''Masyarakat antarabangsa perlu mencari jalan yang lebih berkesan bagi membantu negara yang terlibat dalam kancah peperangan bagi mengembang dan mempertahankan institusi mereka sendiri," katanya.

Lebih 130 negara dalam senarai itu memperolehi di bawah 5 mata. – Reuters

Ulasan: Di manakah kedudukan Malaysia? Di manakah kedudukan negara-negara Islam? Kita menjadi mundur dan lemah kerana kita berpegang kepada agama Allah.

Tuesday, November 17, 2009

Tegah terima tajaan haji

MUFTI dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi tajaan jika mempunyai unsur-unsur rasuah, menimbulkan syak wasangka dan fitnah serta ada niat lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menegaskan walaupun dibolehkan, beliau berharap semua pihak sedar bahawa langkah terbaik untuk mengerjakan haji ialah dengan menggunakan wang sendiri.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tiada masalah jika seseorang itu ingin menunaikan haji menerusi wang tajaan dengan syarat ia tidak mempunyai unsur-unsur rasuah. 

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad berkata, persoalan sama ada boleh atau tidak seseorang itu menunaikan haji dengan wang tajaan adalah bergantung kepada niat kedua-dua belah pihak…

Ulasan: Bila kita tidak cermat, orang yang berkepentingan akan memasukkan jarum untuk melalaikan kita walaupun di atas nama agama. Rasuah yang di benci, kami kenal siapa dirimu, menjauhkan diri dari kami… Wahai Tuhan, jauhkan rasuah dari diri kami ini.

Thursday, April 23, 2009

Pemimpin rasuah perlu disingkir: Tun Mahathir

CYBERJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terdapat beberapa pemimpin dalam senarai Kabinet baru tidak layak berada di jawatan tersebut kerana terlibat dengan rasuah. Namun apabila ditanya oleh wartawan siapakah menteri terbabit, bekas Perdana Menteri itu enggan mendedahkan individu yang dimaksudkan tersebut…

Ulasan: Masih adakah lagi pemimpin UMNO sekarang yang tidak terlibat dengan rasuah (iaitu tidak amalkan rasuah)? Atau tidak menyalahgunakan kuasa? Atau tidak mengaut kekayaan negara sama ada menggunakan kroni atau tidak? Tengok sekeliling, adakah tuan/puan pernah jumpa pemimpin UMNO sekarang yang tidak KAYA? Kalau ada, tolong masukkan di sini.


Wednesday, April 22, 2009

Pegawai polis didakwa tiga tuduhan rasuah lagi

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak yang sebelum ini didakwa atas tuduhan meminta rasuah RM10,000, sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan yang sama membabitkan RM75,000, dua tahun lalu…

Ulasan: Kepada PSRM: Jangan hanya bilis saja yang kena. Jerungnya bila lagi? Rakyat tahu bahawa bila ada bilis, akan ada jerung yang makannya BESAR. Kalau PSRM betul-betul buat kerja, insya Allah, tiada lagi bilis dan jerung dan Malaysia menjadi negara yang SIFAR rasuah. Hebat kita bila pegawai Melayu sudah tak makan rasuah.

Monday, April 20, 2009

Sejak Bila UMNO Begitu Prihatin 'Pembaziran' Duit Rakyat?

oleh Anak Bapa

Sekonyong-konyong maka tercetuslah daripada mulut PM baru kita (yang jadi PM tanpa mendapat mandat baru rakyat) bahawa Pakatan Rakyat suka mempermain-mainkan demokrasi dengan sengaja mengosongkan kerusi DUN Penanti di Pulau Pinang bagi tujuan menyusahkan rakyat dan menghabiskan wang negara. Ujarnya lagi PKR memang mempunyai agenda tersembunyi kenapa mereka ingin adakan PRK di Penanti.


Anak Bapa pun naik serba salah samada nak marah atau ketawa mendengar hujah yang kacau bilau ini. Memanglah PR ada agenda tersembunyi, bukan setakat mengadakan PRK di Penanti malah apa saja aktiviti untuk memusnahkan UMNO dan BN. Ini kerana kami tak mahu lagi melihat BN terus memerintah negara ini. Kalau agenda PR semua didedahkan kepada BN itu bukan cerdik namanya sebab BN musuh politik PR. Faham ke? Dan adakah dengan mengosongkan kerusi DUN dianggap mempermain-mainkan demokrasi? Mungkin BN lebih rela cara lompat katak sebagaimana yang mereka amalkan sekarang jika ingin menukar parti atau biarkan saja rakyat dengan ADUN yang tidak berfungsi jika sudah jemu jadi ADUN? Mungkin cara itu lebih demokratik bagi BN? Apabila ADUN yang ada merasakan yang dirinya tidak berupaya lagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat atas apa alasan sekalipun maka beliau perlu segera mengosongkan kerusinya supaya pemilihan baru dapat dibuat oleh rakyat. Inilah yang dikatakan demokrasi sebenar dan yang luhur.

Kita pun faham BN bukan tak suka pilihanraya tapi mereka sebenarnya TAKUT buat masa ini dengan pilihanraya. Apa taknya? Kita lihat saja kesemua PRK di Semenanjung selepas PRU ke 12. Semua telah dimenangi oleh PR dengan majoriti yang bertambah. Di kawasan yang 50%:50% komposisi Melayu dan kaum lain pun menang dan di kawasan yang Melayu lebih ramai daripada kaum lain (Bukit Gantang Melayu 63% dan Kuala Terengganu Melayu lebih 90%) pun PR menang! Jadi kawasan yang macam mana yang selamat untuk BN ketika ini?

Jadi alasan yang tinggal ialah pilihanraya ini tidak perlu dan ia hanya menghabiskan duit rakyat. Aisehman! Sejak bila yang UMNO begitu prihatin tentang kononnya pembaziran duit rakyat? Wang negara yang berbilion-bilion jumlahnya mereka agih-agihkan kepada kroni mereka dalam bentuk projek mega dan mewah, rasuah yang dikutip sehingga ratusan juta, dan perbelanjaan untuk kemewahan hidup anak beranak mereka yang tidak pernah ada had, itu tak pernah diambil peduli. Segala teguran yang dibuat oleh PR mereka buat-buat pekak. Agenda memewahkan anak beranak kroni mereka tetap berterusan “business as usual” dulu, kini dan selamanya. Jadi tak usah bercakap membazirkan duit rakyat apabila demokrasi perlu kita julang kerana manfaatnya akan kembali kepada rakyat. Tetapi apa yang pasti, projek-projek mewah dan rasuah tidak akan memanfaatkan rakyat teramai. Ia hanya untuk suku sakat UMNO dan BN memuaskan nafsu serakah mereka saja!

Anak Bapa: Kali pertama kita lihat BN kecut perut berdepan dengan PR. Macamana PM baru yang cakap berdegar-degar tapi tak berani berdepan dengan rakyat. Kalau dengan rakyat beliau takut, Najib ni nak jadi PM untuk siapa atau untuk apa?

Punca: http://anakbapa.blogspot.com/2009/04/sejak-bila-umno-begitu-prihatin.html

35 ditahan dalam operasi bersepadu khas

KUALA LUMPUR 19 April - Polis menahan 35 orang termasuk 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) hasil operasi bersepadu khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam operasi yang dijalankan bagi membendung peningkatan kadar jenayah khususnya ragut itu, sebanyak empat kes ragut telah dilaporkan.

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur hari ini, selain itu, sebanyak 14 kes samun berkawan tanpa senjata api dan tujuh kes samun tanpa senjata api dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan.

Kenyataan itu turut memberitahu, sebanyak 239 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Pada 16 April lalu, polis melancarkan operasi bersepadu khas bagi membendung jenayah khususnya ragut di ibu negara yang dilaporkan semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mendedahkan jenayah ragut pada Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding hanya 606 kes sepanjang tempoh sama tahun lalu…

Ulasan: Kalau boleh buatlah operasi bersepadu khas setiap bulan dan operasi setiap minggu. Bila operasi di adakan terdapat banyak tangkapan kerana khabarnya TIADA RASUAH. Kalaulah boleh pegawai kerajaan tak makan rasuah, alangkah cantiknya. Tiada rasuah, tiada jenayah dan maksiat.

Thursday, April 16, 2009

Ajarkan generasi muda sejarah negara

KUALA LUMPUR 15 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, generasi muda khususnya generasi merdeka, perlu diajar sejarah negara untuk memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan lalu.
"Saya merayu supaya sejarah diajar," katanya dan menurutnya, ahli falsafah Amerika, George Santayana, pernah berkata: "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again" (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali).
"Bagaimana kita tahu yang kita kini tidak mengulangi kesilapan kita jika kita tidak tahu akan kesilapan kita di masa lalu. Kita perlu tahu. Kita perlu tahu keadaan yang menyebabkan kita dijajah. Kita perlu tahu bagaimanapun kita berjaya melepaskan diri daripada menjadi sebuah negara komunis…

Ulasan: Juga elok di ajar bagaimana ahli politik parti kebangsaan Melayu iaitu UMNO telah jatuh ke lembah rasuah yang menjahanamkan dan merosakkannya dari perjuangan asal membela Melayu padahal sibuk mengaut kekayaan negara melalui jalan yang tidak sah dan kebanyakan kroninya (towkey) berbangsa lain. Duit untuk dapat kuasa untuk dapat duit, begitulah yang berlaku berpusinglah kitaran kejam sejak PM ke 4. Ada sesiapa tahu ahli politik UMNO yang TIDAK KAYA? Juga bagaimana mereka secara tidak sah menyalahgunakan jentera kerajaan dan media massa untuk mengaibkan musuh politik mereka yang terbukti kemudiannya tidak bersalah. 

Wednesday, April 15, 2009

Penguat kuasa diminta lebih serius, tegas laksana peraturan

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak membidas sikap agensi penguat kuasa sering menuding jari kepada syarikat pengangkutan awam dan pemandu apabila berlaku kemalangan maut seperti kes terbaru membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang mengorbankan enam orang di Bukit Beruntung, Rawang, kelmarin. 
Menurut mereka, setiap kali berlaku kes sedemikian, akan timbul kenyataan mengenai syarikat pengangkutan atau pemandu mempunyai saman atau waran tangkap sedangkan agensi penguat kuasa sepatutnya sudah mengambil tindakan awal yang boleh mencegah tragedi seperti itu. 
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata pengusaha atau syarikat bas ekspres sentiasa memeriksa rekod dan latar belakang individu sebelum mengambil bekerja tetapi masalah dihadapi ialah rekod itu tidak dikemaskini…
&
LPKP pernah tegur firma bas kes nahas 
KUALA LUMPUR 14/4/09: Syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam orang di Kilometer 443 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung awal pagi kelmarin, pernah ditegur Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) kerana tidak menyediakan kursus peningkatan kecekapan pemandunya. 
Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, berkata teguran itu dibuat ketika pegawainya mengadakan lawatan audit pada 12 November 2007. 
"LPKP juga tidak berpuas hati dengan pengambilan pemandu secara 'walk-in' oleh syarikat itu tanpa menyemak latar belakang dan rekod pemandu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, jika terbukti syarikat itu gagal melaksanakan prosedur pengurusan dengan baik, mereka akan diberi notis 14 hari untuk memberi maklum balas dan jika tidak memuaskan, semua permit akan dibatal," katanya…

Ulasan: Bila ada masalah kemalangan yang membabitkan kematian ramai penumpang, inilah yang berlaku tak habis-habis. Rakyat menjadi mangsa. Tangan yang memberi dan menerima rasuah menjadi penyebab undang-undang tak dapat di kuatkuasakan. Katakan TIDAK kepada RASUAH.

Monday, April 13, 2009

Susilo mungkin pilih PKS

JAKARTA 12 April - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mungkin memilih parti berhaluan Islam, Parti Keadilan Sejahtera (PKS) kerana pendirian tegas parti itu untuk memerangi rasuah, selain beberapa kumpulan lain untuk menyertai perikatan Parti Demokratik pimpinannya menjelang pilihan raya Presiden pada 8 Julai ini.
Susilo dikatakan berhasrat untuk membentuk perikatan yang stabil dan bersatu bagi memperbaiki pentadbiran negara…

Ulasan: Hanya jauhari yang mengenal manikam. 

Monday, April 06, 2009

Tolak Si Kitul moden

SUNGAI PETANI 5 April - Orang Melayu digesa menolak pemimpin pakatan pembangkang yang sanggup menjadi Si Kitul moden semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan yang mempertahankan konsep ketuanan Melayu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemimpin terbabit juga sanggup menggadai bangsa dan negara kerana mereka gilakan kuasa bagi memerintah negara ini.
''Rakyat mesti belajar daripada sejarah bahawa Melaka jatuh ke tangan Portugis adalah kerana angkara Si Kitul yang memberi maklumat kepada penjajah itu," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penilaian dan pentauliahan bengkung Persatuan Seni Silat Singa Berantai Kampung Kuala Sungkup dekat sini hari ini…

Ulasan: Siapakah towkey (di zaman ini di sebut kroni) di belakang kebanyakan pemimpin UMNO yang sibuk mengaut kekayaan negara melalui jalan yang tidak sah? Bunyinya hebat bahawa  kerajaan BN/UMNO yang mempertahankan konsep ketuanan Melayu tetapi kebanyakan towkey pemimpin UMNO ialah orang bukan Melayu juga.

Tuesday, March 31, 2009

Lembaga Disiplin siasat beberapa pemimpin tinggi UMNO

KUALA LUMPUR 31 Mac - Beberapa pemegang jawatan tinggi UMNO kini disiasat ekoran aduan berlaku amalan politik wang dua tiga hari menjelang perhimpunan agung parti itu minggu lepas, kata Anggota Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas.
“Saya tak ariflah kes-kes yang mana disiasat sekarang tapi saya dengar memang ada kes yang sedang disiasat.
“Sampai hari ini boleh tahan jugalah (bilangannya). Berkaitan dengan jawatan tinggi pun ada banyak,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada Sidang Kemuncak Anti Rasuah “Tiada Tolak Ansur Bagi Rasuah” anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Transparency International Malaysia di sini hari ini. –Bernama.

Ulasan: Biar rakyat tahu siapa yang kena. Keadilan ialah menghukum yang bersalah.

Pengundi Bukit Selambau diminta elak ulangi kesilapan

SUNGAI PETANI 31 Mac — Pengundi di Bukit Selambau diminta tidak mengulangi kesilapan mereka dengan memilih wakil rakyat yang tidak berpengalaman pada pilihan raya kecil di situ 7 April ini.
Ketua Pemuda MIC Kedah, SK Suresh, berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang sebenarnya sudah ketandusan calon sehingga mempertaruhkan calon yang muda yang lebih kurang dua tahun berkecimpung dalam dunia politik…

Ulasan: Lebih baik pilih orang muda yang jujur dan anti rasuah.

TIADA PROJEK MI SEGERA

Pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ setiap kali menjelang pilihan raya tidak akan diamalkan kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah supaya perubahan besar dan lebih menyeluruh dapat dirasai penduduk khususnya di Parlimen Bukit Gantang.

‘‘Sekarang bukan masanya lagi untuk kelulusan projek ‘mi segera’. Bila pilihan raya saja rakyat nampak jentera masuk kampung, projek turap jalan dan membersih kawasan.

kah kah kah…. KESIAN… KESIAN… PROJEK TAK ADA…. kah kah kah…

kah kah kah… KESIAN… SIAPA NAK PASANG BENDERA ?.... kah kah kah…

kah kah kah…KONTRAKTOR KELAS F APA SUDAH JADI….kah kah kah

kah kah kah…BILIK GERAKAN SAPA NAK JAGA…. kah kah kah...

woit.... SELALUNYA PILIHANRAYA KECIL ADALAH MASA RAKYAT MENUAI.... kah kah kah...

kah kah kah... BILA LAGI NAK HULUR HULUR...NAK MASYUUUkkkkk....kah kah kah

kah kah kah.... ..HULUR SALAH TAK HULUR SALAH... DUA DUA JAMIN KALAH.... kah kah kah
Dari http://tukartiub.blogspot.com/2009/03/tiada-projek-mi-segera-melayau.html

Pembangkang tidak mampu memerintah

TAIPING 30 Mac - Rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang yang diberi peluang memerintah selama setahun tidak mampu menjadi pemerintah yang baik berbanding Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, selepas menguasai lima negeri sejak pilihan raya umum lalu, bukan saja pembangkang tidak cekap mentadbir, malah mempunyai pelbagai masalah dalaman yang kronik…

Ulasan: Jika ingin negara aman dari rasuah, Pakatan Rakyat adalah pilihan yang sudah terbukti. Sebagai contoh, hampir 20 tahun wakil rakyat PAS di Kelantan tidak pernah di hadapkan ke mahkamah kerana rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Mentadbir negara bukan hak BN tapi tugas yang di amanahkan rakyat terhadap sesuatu yang berjaya membentuk kerajaan.selepas pilihan raya. Kalau kerajaan persekutuan BN yang berpengalaman lama sewajarnya sudi member peluang dan membantu kerajaan negeri PR. Tentu lebih elok bagi rakyat.

Thursday, March 26, 2009

Jalan Pintas Ke Neraka

Sinar Harian (25/3/09): Esok hari penentuan. Lebih 30 jawatan dipertandingkan, 269 calon ghairah untuk menang, dan 25 juta rakyat menunggu penuh debaran, ingin mengetahui ke arah mana negara ini akan dihalakan.

Keputusan sebenar akan ditentukan oleh 2,500 perwakilan yang diamanahkan memilih siapa yang paling layak mengisi kepimpinan UMNO untuk tahun-tahun mendatang.

Untuk beberapa bulan lalu yang menjadi ‘raja’ bukan calon-calon Timbalan Presiden, tidak juga calon-calon Naib Presiden, atau calon lain-lain jawatan – Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri.

‘Raja’ sebenarnya ialah para perwakilan yang nama dan alamat mereka tertulis di buku khas, malah ada yang disimpan dalam telefon bimbit dan PDA calon atau agen-agen calon.

Tidak kira siang, malam, tengah malam dan bila-bila masa sahaja agen calon – atau mungkin calon sendiri – akan menghubungi ‘raja’ untuk meminta ‘pertolongan’, boleh jadi dengan SMS: “Tolong undi calon sekian-sekian...”

Dan pertolongan itu tentu sekali tidak dibuat dengan ikhlas, juga tidak dengan semangat tulen perjuangan parti, tetapi dengan habuan wang. Sebagai ‘raja’ perwakilan yang meletakkan harga. Seribu? Dua ribu? Ribu-ribu-ribu?

Itulah andaian umum sekarang, bahawa politik wang semakin berleluasa dan sudah membarah parah dalam parti terbesar orang Melayu. Memalukan! Menjijikkan.

Para perwakilan, dari Perlis hingga ke Sabah, dalam tempoh sebulan dua ini sesuka hati dan tanpa malu-malu, memasang lukah untuk mencari laba mudah dari calon-calon yang ghairah untuk menang.

Andaian itu bukan tanpa kebenaran. Beberapa pemimpin UMNO telah menjadi bukti amalan songsang dalam parti perintis kemerdekaan itu. Beberapa tahun dulu Isa Samad pernah dihukum kerana amalan politik wang (kali ini bertanding lagi!).

Terbaru Ali Rustam didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana mengamalkan rasuah politik, dan dihukum tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan ini.

Turut didapati besalah di bawah tataetika yang sama ialah calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin. Nasibnya baik, walaupun melakukan kesalahan yang sama, menantu Perdana Menteri itu masih dibenarkan bertanding.

Mohamad Norza Zakaria juga disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah atas tuduhan mengamalkan politik wang.

Pendek kata rasuah politik bukan sekadar andaian, tetapi satu kenyataan. Maka tidak menghairankan apabila ada calon-calon secara bergurau mengakui: “Bagi (duit) salah, tak bagi kalah!” Percayalah, itu bukan sembarangan gurau!

Tidak diketahui dengan tepat berapa banyak wang telah bertukar tangan – dari calon kepada wakil calon, dan kepada si ‘raja’ – dalam masa sebulan dua ini. Mungkin beribu ringgit, boleh jadi sudah mencecah jutaan ringgit.

Mungkin banyak lagi yang dijanjikan setelah calon berkenaan menang.

Alangkah jijiknya politik Islam, politik Melayu, politik UMNO! Sekiranya keputusan PRU-12 setahun lalu dijadikan iktibar, kejijikan itu sepatutnya telah dibersihkan dari UMNO. Tetapi ‘raja-raja’ UMNO tetap sama, dari dulu, kini dan selamanya. Wang juga keutamaan mereka.

UMNO ditolak – termasuk oleh orang Melayu sendiri – sebab parti yang diuar-uarkan sebagai pejuang dan penegak Islam itu mengamalkan perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan agama. Parti dengan keahlian lebih tiga juta orang itu dikaitkan dengan rasuah, keangkuhan dan skandal.

Kalahlah macam mana pun, hilanglah kekuasaan beberapa negeri pun ‘raja-raja’ ini tidak akan mendapat pengajaran. Selepas kalah pada 8 Mac, sepatutnya ‘raja-raja’ yang laparkan wang rasuah ini tersentak sedar. Tetapi amalan jijik ini tetap juga menjadi pegangan.

Kalah di Permatang Pauh dan kalah lagi di Kuala Terengganu, persetankan kekalahan itu kerana perut tetap menjadi keutamaan. Anak bini mesti disuap dengan wang haram itu. Biar parti tergadai, biar negara tergadai asalkan perut kekal boroi.

Apakah parti Datuk Onn Jaafar itu hendak dikuburkan dengan keranda rasuah? Malu besarlah anak cucu kita apabila membaca sejarah bahawa UMNO yang ditubuhkan untuk membela Melayu dan negara akhirnya lingkup gara-gara rasuah politik.

Tolong, jangan kuburkan UMNO dengan keaiban! Parti ini perlu dihidupkan, sebab ini wadah perjuangan bangsa. Meski ada parti-parti lain, UMNO masih tetap menjadi harapan. (Tapi persoalannya: Bolehkah dan bersediakah UMNO dibersihkan zahir dan batinnya? tambahan oleh malaysia-baru.)

Tetapi apa yang dapat diharapkan dari sebuah parti besar sekiranya para pemimpin terdiri dari mereka yang kotor lagi menjijikkan? Bolehkah pemimpin kaki rasuah, kaki songlap, kaki putar alam, kaki seleweng, kaki maksiat diharapkan untuk membela rakyat? Tidak boleh!

Sebab itu UMNO mesti dikendalikan dan diterajui oleh para pemimpin yang bersih, berwibawa. Tidak kira apa jawatan yang dipegang dari yang tertinggi hingga yang terendah, semuanya hendaklah bebas dari sebarang kemungkaran.

Esok, pilihlah calon-calon yang boleh membawa harapan baru kepada agama, negara dan bangsa. Inilah tugas 2,500 perwakilan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera.

Andalah yang sebenarnya mengetahui calon mana yang perasuah. Katakan ‘tidak!’ kepada calon-calon ini. Nyahkan mereka dari fikiran anda, nyahkan juga mereka dari UMNO.

Anda tahu mereka. Anda terima wang dari mereka tetapi demi parti, tolaklah mereka. Jika anda sudah terlanjur menerima wang itu, bertaubatlah dan bantulah pemberi rasuah itu dengan tidak mengundi mereka. Jangan bersubahat lagi. Ingat, bersubahat itu lebih besar dosanya dari orang yang melakukan.

Anda berdosa sekiranya dalam masa sebulan dua ini telah menerima habuan dari calon-calon berkenaan. Tetapi anda lebih berdosa sekiranya calon-calon yang telah merasuah anda ini dipilih untuk memimpin parti.

Sebagai orang Islam anda tahu duit rasuah yang diterima dari calon adalah haram. Sekiranya anda percaya kepada Allah, benda haram walau sebesar zarah pun akan mendatangkan mudarat.

Tergamakkah anda mengambil duit haram itu untuk diberikan kepada anak-anak dan isteri di rumah? Duit rasuah digunakan untuk membeli susu bayi, membeli makanan untuk seisi keluarga.

Apabila benda haram masuk ke dalam darah dan tubuh kita, terimalah akibatnya. Mungkin jasad yang mengandungi duit haram itu akan menerima bencana – kebakaran, kemalangan, dan lain-lain kecelakaan.

Boleh jadi juga hasil haram dalam tubuh akan menjadikan anak anda penagih dadah tegar. Sanggupkah sebagai ibu bapa bertanggungjawab anda memberi benda haram wang politik UMNO untuk keluarga?

Kesalahan memilih calon yang kotor tidak sahaja menyebabkan anda dimurkai Allah (takutlah pada neraka jahanam!). Malah lebih malang lagi dengan kesilapan memilih calon anda meletakkan parti dalam keadaan songsang.

Parti yang songsang akan membawa kehancuran kepada agama, bangsa dan negara. Anda akan disumpah oleh anak cucu sebagai orang yang tidak bertanggungjawab kerana memilih calon korup.

Jadilah perwakilan yang bertanggungjawab dan ada harga diri. Tolaklah calon yang memang diketahui tidak bersih. Inilah harapan kami, dan harapan berjuta-juta rakyat, khasnya orang Melayu.

Tentu sekali sebagai perwakilan pilihan akar umbi nilai maruah anda bukan seribu ringgit, tidak sepuluh ribu ringgit, hatta tidak juga sejuta ringgit. Tetapi sekiranya wang rasuah juga yang menentukan keputusan anda, andalah yang akan menjawab ketika bertemu Allah nanti!
http://penarekbeca.blogspot.com/2009/03/jalan-pintas-ke-neraka.html

Ulasan: Tapi persoalannya yang timbul ialah bolehkah dan bersediakah UMNO dibersihkan zahir dan batinnya? Rasanya bangsa Melayu bersyukur dengan terkuburnya UMNO. Maaf cakap, di dalam tong tahi, masihkah ada lagi yang baik dan bersih?

Wednesday, March 25, 2009

2 pendakwa raya Indonesia ditahan

JAKARTA 24 Mac - Dua pendakwa raya wanita di Indonesia ditangkap kerana didakwa menjual beratus- ratus pil ekstasi.
Esther Thanak, 40, dan Dara Veranita, 37, ditahan semalam dalam skandal terbaru yang menggegarkan pejabat Peguam Negara Indonesia.
Kedua-dua wanita dituduh menjual 343 pil ekstasi kepada seorang pengedar dadah, lapor agensi berita rasmi Antara.
Seorang pendakwa raya dihukum penjara 20 tahun dan beberapa lagi diturunkan pangkat pada tahun lepas kerana peranan mereka dalam skandal rasuah yang melibatkan seluruh pejabat Peguam Negara.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berjanji untuk membersihkan Indonesia daripada reputasinya sebagai sebuah negara paling korup di dunia, semasa beliau dipilih pada 2004…

Ulasan: Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia (KPK) di letakkan di bawah parliament dengan visi untuk wujudkan Indonesia yang bebas dari korupsi (rasuah). Kita pula masih di bawah PM, walaupun kita sudah tukar nama dari BPR ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setakat ini nampak sibuk tapi...

Thursday, January 22, 2009

SPRM sasar rasuah sifar

PUTRAJAYA 21 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan sistem kerja dan prosedur yang diguna pakai oleh sektor awam serta swasta kini bebas daripada gejala rasuah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya II (Bahagian Pencegahan) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata, langkah itu akan dilakukan melalui Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan yang berperanan meneliti dan memeriksa sistem prosedur kerja di kedua-dua sektor berkenaan.
Beliau berkata, langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mempunyai integriti dan berhemah…

Ulasan: Walaupun SPRM masih lagi di bawah PM seperti BPR sebelumnya? Indonesia telah meletakkan suruhanjaya pencegah rasuahnya (nama asal ialah Komisi Pembenterasan Korupsi, Pengerusinya Antasari Azhar) di bawah parliamennya. Jauh betul jiran kita meninggalkan kita. Rakyat terus melihat dan akan jadi hakim di dalam pilihan raya nanti.

Tuesday, April 22, 2008

BPR akan jadi suruhanjaya sepenuhnya akhir tahun ini

BPR akan jadi suruhanjaya sepenuhnya akhir tahun ini
KUALA LUMPUR 21 April – Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan dijadikan sebuah suruhanjaya sepenuhnya menjelang akhir tahun dan akan bertanggungjawab kepada Parlimen, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini.
Perdana Menteri berkata, ini adalah satu daripada empat inisiatif pembaharuan utama yang dilaksanakan kerajaan sebagai langkah menangani kebimbangan rakyat mengenai rasuah di negara ini...

Ulasan: Kalau ia benar-benar berlaku, satu lagi kemenangan untuk rakyat bila ramai rakyat mengundi PR di dalam pilihan raya lalu. Terhegeh-hegeh BN membawa pembaharuan bila berlaku kesedaran rakyat to say no to BN. Satu masa dulu tidak mungkin BN melakukannya kerana waktu itu BN sebagai kerajaan yang tidak pernah kalah sejak merdeka. Bila sudah tidak popular, semakin prihatin dengan rakyat kerana terpaksa. Kearah negara sifar rasuah. 

Keupayaan tentera dipertingkat - Najib
KUALA LUMPUR 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keamanan di rantau Asia Pasifik bukan alasan untuk kerajaan tidak meningkatkan keupayaan angkatan tentera termasuk membeli pelbagai peralatan pertahanan terbaru.
Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah sentiasa meningkatkan keupayaan pertahanan itu adalah penting kerana kerajaan tidak boleh mengabaikan kemungkinan berlaku konflik kecil yang berpunca daripada pertelingkahan wilayah dan merebut sumber semula jadi...

Ulasan: Rakyat suka sangat keupayaan tentera kita dipertingkatkan. Cuma jangan ada sesiapa walaupun Menteri yang memasang lukah untuk dapatkan komisyen pembelian pelbagai peralatan pertahanan terbaru seperti yang berlaku dalam pembelian jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Perancis.

Jadikan keruntuhan Empayar Melayu Melaka sebagai pengajaran
MARAN 20 April - Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak mengajak ahli parti itu belajar daripada sejarah keruntuhan Empayar Melayu Melaka yang jatuh kepada penjajah akibat kelemahan bangsa Melayu.
Berikutan itu, beliau menegur sikap segelintir orang Melayu yang mudah terpesona dengan janji manis pihak tertentu sehingga mereka sanggup menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini...

Ulasan: Empayar Melaka lenyap angkara kezaliman yang berlaku. Demikian halnya UMNO dan BN. Kerana ada rakyat yang berani turun melawan arus, di pukul dan di sembur air pedih/gatal oleh FRU dsbnya walaupun di tengah-tengah kangaroo court yang sentiasa memutuskan hujjah sebagai irrelevant, akhirnya perjuangan RAKYAT tetap relevan. Selamat tinggal kepada UMNO yang masih belum mahu berubah menjadi baik.

Putera William 'mendarat' di rumah ibu bapa teman wanita
LONDON 20 April - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William telah mendaratkan sebuah helikopter Tentera Udara Diraja (RAF) di taman kediaman ibu bapa teman wanitanya, Kate Middleton.
Kementerian Pertahanan mempertahankan tindakan beliau itu sambil menyifatkan, William telah mencapai objektif latihan yang perlu dipenuhi...

Ulasan: Bila agama di ketepikan, nafsu menguasai diri.

Thursday, October 25, 2007

BPR perlu laksana amanah

PUTRAJAYA 24 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat lawatan buat kali pertama ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini hari ini mahu badan itu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan sentiasa memelihara kewibawaannya. Menurut beliau, agensi itu perlu memelihara imejnya sepanjang masa dan terus berusaha meningkatkan keupayaannya agar dapat melaksanakan tugas dengan baik...(UM, 25/10/07).

Ulasan: Selagi BPR duduk di bawah seorang PM (yang tentunya tidak kebal dari rasuah dan penyelewengan) di dalam kerajaan BN (yang tentunya tidak kebal dari rasuah dan penyelewengan), agak sukar untuk BPR membuat tindakan profesional yang drastik demi membasmikan rasuah dan penyelewengan di negara kita. Setakat ini tindakan yang berpilih untuk membawa ke mahkamah sebagai drama untuk menunjukkan rakyat bahawa seolah-olah kerajaan serius memerangi rasuah dan penyelewengan. Ada orang yang di lindungi yang tidak mungkin akan di bawa ke mahkamah. Yang tidak di lindungi selalunya kena hukum. BPR sepatutnya duduk di bawah Parliamen. Masa untuk kita memilih kerajaan yang lain yang bersih dari rasuah dan penyelewengan.

RM237j ganti rugi jambatan bengkok
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pembayaran pampasan RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor tidak lama dulu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. "Jumlah ini termasuk tuntutan bayaran kerja yang dilaksanakan di tapak berjumlah RM55 juta menjadikan jumlah sebenar pampasan RM237 juta," katanya menjawab soalan Dr Mohamed Hayati Othman (BN-Pendang).

Ulasan: Ada juruukur bahan Malaysia yang boleh semak hal ini?

Setengah juta tinggalkan rumah

SAN DIEGO: Kebakaran hutan yang menakutkan di selatan California mengancam hampir 70,000 rumah dan memaksa sehingga setengah juta penduduk meninggalkan rumah masing-masing dalam perpindahan besar-besaran di negeri itu sejak kelmarin...(BH, 25/10/07).

Ulasan: Api dunia menyebabkan manusia lari daripadanya. Tetapi api akhirat adalah lebih dahsyat yang sewajarnya kita hindari dengan kita mentaati Allah sewaktu hidup.

Kes bunuh: Bekas menteri dipenjara seumur hidup

LUCKNOW: Seorang bekas pegawai kanan kerajaan India dan isterinya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam kerana membunuh wanita simpanan lelaki itu yang hamil pada 2003, kata pendakwa...(BH, 25/10/07).

Ulasan: Kadang-kadang kuasa boleh menyebabkan tak terlaksananya undang-undang negara. Bila kuasa sudah tiada, undang-undang menang. Rakyat boleh mempastikan ini berlaku di negara kita dengan cara memilih kerajaan yang bersih dan berpegang kepada kebenaran. Elakkan merasuah rakyat untuk mengundi mereka.

Kasino ditutup hormati Goh Tong

GENTING HIGHLANDS 24 Okt. – Bagi menghormati mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, kasino, taman tema dan premis hiburan di Genting Highlands akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 6 petang pada hari pengkebumiannya Isnin ini...(UM, 25/10/07).
dan
Kasino Genting dosa Umno yang tidak tertebus

Semalam sebagaimana yang kita ketahui taukeh Lim Goh Tong jutawan Malaysia terkaya di Malaysia, yang dikayakan dengan lesen judi kasino yang dianugerahkan oleh Umno sejak zaman Tunku dan terus kekal dizaman Perdana Menteri ke 5, Pak Lah telah meninggal dunia pada usia 89 tahun...(asal http://n32.blogspot.com/).

Ulasan: Setiap yang berjiwa, sehebat mana pun, akan merasai mati. Sebesar-besar rugi apabila mati seseorang tanpa mengucapkan kalimah Lailaha illallah iaitu menjadi Muslim. Rugilah kerana hidupnya di kelilingi oleh orang kita, tetapi sudahkah risalah Islam di sampaikan kepadanya?