Showing posts with label penyelewengan. Show all posts
Showing posts with label penyelewengan. Show all posts

Tuesday, August 05, 2008

Veteran UMNO buat laporan BPR terhadap Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Seorang veteran UMNO, Mazlan Harun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan kuasa dalam parti....

Ulasan: Apa sudah jadi dengan UMNO? Pihak BPR tentu sukar untuk menyiasat PM sendiri. Kalau sudah melakukan kesalahan sila bawa ke mahkamah. Ini adalah kes ujian mahkamah kita.

Mufti Perlis akui ditawar jadi calon Permatang Pauh
PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.
“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.
“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini…

Ulasan: Ini menunjukkan UMNO tidak ada calon untuk layak untuk melawan Anwar. Tapi Pakatan Rakyat sila berhati-hati, jangan over-confident kerana BN/UMNO cuba menang kerana mereka ada kuasa dan wang. Apakah terjadi lagi seperti pilihan raya kecil Ijok?

Gantikan Tugu Negara, kata mufti
Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini…

Ulasan: UMNO dulu dan sekarang masih tidak berubah. Dr M dahulu ikut juga cakap Majlis Fatwa Kebangsaan. Patutlah UMNO tidak lagi relevan kini. Doakan kekalahannya kerana kesombongannya..

Kerajaan kaji semula harga rumah kos rendah
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji semula nilai rumah kos rendah yang ketika ini kekal pada harga RM42,000 berikutan rungutan pemaju perumahan yang terpaksa menanggung kenaikan kos membina rumah sehingga 30 peratus.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin bagaimanapun, berkata perkara itu memerlukan kajian yang teliti dan akan mengambil masa kerana ia membabitkan kepentingan rakyat bawahan..

Ulasan: Tukar kerajaan harga rumah akan turun.

Dadah bahan bukti polis RM1 juta hilang
JOHOR BAHRU: Sebahagian dadah rampasan jenis syabu dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta yang menjadi bahan bukti bagi kes rampasan dadah terbesar berjumlah RM48 juta Mac lalu, hilang daripada bilik kebal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, minggu lalu. Difahamkan, kehilangan sebahagian dadah daripada bilik kebal berkenaan disedari seorang pegawai polis yang bertugas selepas mendapati mangga bilik berkenaan dirosakkan menggunakan asid…

Ulasan: Ada manusia yang melihat dadah sebagai hasil pencariannya. Sayangnya pencariannya haram. Bilik kebal polis pun boleh kena curi. Ini laksana white spy lawan black spy. Adakah polis kita pun ada yang putih dan hitam?

Banyak khalwat hujung minggu
KUALA TERENGGANU: Jumlah kes khalwat gadis tempatan dengan warga asing di negara ini meningkat 100 peratus setiap tahun dan tangkapan paling banyak dibuat pada malam Sabtu dan Ahad. Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, berkata kejadian itu berlaku kerana gadis tempatan mudah terpaut dengan kata-kata manis serta hadiah diberikan warga asing, termasuk Indonesia dan Afrika.
"Lebih menyedihkan, gadis tempatan mudah terpengaruh dengan pujukan mereka dan sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesan dari perbuatan itu…

Ulasan: Sayangnya gadis tempatan tewas di negara sendiri. Ingatlah bahawa orang lelaki akan sanggup berbuat apa saja asalkan dapat meratah mahkotamu. Kenapa terlalu murah untuk menyerahkan dan menggadaikan maruah? Sewajarnya kita akan mempertahankan maruah kita hatta mati sekali pun. Hiduplah dengan penuh kemuliaan atau mati syahid sepatutnya menjadi cita-cita hidup kita. Bukan hidup penuh dengan maksiat.

Friday, August 01, 2008

Pojaman dipenjara 3 tahun - Isteri Thaksin Shinawatra didapati bersalah elak cukai

BANGKOK 31 Julai – Pojaman Shinawatra, isteri bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah kerana mengelak cukai.
Mahkamah turut menjatuhi hukuman tiga tahun penjara ke atas adik tiri Pojaman, Banpot Damapong sementara setiausahanya, Kanchanapa Honghern dihukum dua tahun penjara.
“Kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga defendan adalah jenayah serius.
“Mahkamah memutuskan mereka bersalah kerana melakukan penipuan cukai,” kata Hakim Pramote Pipatpramote...

Ulasan: Contoh klasik bila billionaire menjadi pemerintah negara. Ingatkan dulu Thaksin akan bermurah hati menghabiskan sedikit kekayaannya untuk kebaikan rakyat. Tapi satu demi satu angkara penyelewengan dilakukan olehnya dan keluarganya. Tepatlah kata orang bahawa pemimpin yang cintakan dunia akan mengaut kekayaan negara.

Awas fitnah bermaharajalela
PUTRAJAYA 31 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (gambar) memberi amaran lebih banyak fitnah dan tohmahan akan dilemparkan kepada pemimpin tertentu menjelang proses pemilihan parti-parti politik di negara ini akhir tahun ini. Sambil menyifatkan senario sebagai asam garam politik, beliau menegaskan tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak adil kepada pemimpin.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran meminta rakyat supaya bersifat rasional dan tidak menerima segala tuduhan secara melulu. ''Dalam landskap politik persepsi, politik sensasi dan landskap politik membunuh karakter seseorang pemimpin, hal seperti ini kita tidak dapat elak…

Ulasan: Fitnah adalah budaya UMNO untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan ahli UMNO ialah orang Islam tetapi menerima fitnah sebagai asam garam politik. Kuasa yang di dapati melalui jalan yang salah akan di gunakan untuk kekayaan melalui jalan yang tidak sah.

Tiada bayaran jika barang gagal tepati spesifikasi
PUTRAJAYA 31 Julai - Kerajaan tidak akan membuat pembayaran kepada sebarang pembekalan barangan atau perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi semasa tempahan dibuat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, seperti pelanggan lain, kerajaan mempunyai hak menolak sebarang pembekalan barangan atau perkhidmatan jika tidak berpuas hati dengan kualiti produk berkenaan...

Ulasan: Masalah yang ada ialah rasuah yang mencengkam yang ada di mana-mana. Kalau pegawai kerajaan tidak menerima rasuah nescaya semua peraturan akan di patuhi.

Thursday, October 25, 2007

BPR perlu laksana amanah

PUTRAJAYA 24 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat lawatan buat kali pertama ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di sini hari ini mahu badan itu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan sentiasa memelihara kewibawaannya. Menurut beliau, agensi itu perlu memelihara imejnya sepanjang masa dan terus berusaha meningkatkan keupayaannya agar dapat melaksanakan tugas dengan baik...(UM, 25/10/07).

Ulasan: Selagi BPR duduk di bawah seorang PM (yang tentunya tidak kebal dari rasuah dan penyelewengan) di dalam kerajaan BN (yang tentunya tidak kebal dari rasuah dan penyelewengan), agak sukar untuk BPR membuat tindakan profesional yang drastik demi membasmikan rasuah dan penyelewengan di negara kita. Setakat ini tindakan yang berpilih untuk membawa ke mahkamah sebagai drama untuk menunjukkan rakyat bahawa seolah-olah kerajaan serius memerangi rasuah dan penyelewengan. Ada orang yang di lindungi yang tidak mungkin akan di bawa ke mahkamah. Yang tidak di lindungi selalunya kena hukum. BPR sepatutnya duduk di bawah Parliamen. Masa untuk kita memilih kerajaan yang lain yang bersih dari rasuah dan penyelewengan.

RM237j ganti rugi jambatan bengkok
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan pembayaran pampasan RM237 juta apabila menamatkan cadangan pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor tidak lama dulu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. "Jumlah ini termasuk tuntutan bayaran kerja yang dilaksanakan di tapak berjumlah RM55 juta menjadikan jumlah sebenar pampasan RM237 juta," katanya menjawab soalan Dr Mohamed Hayati Othman (BN-Pendang).

Ulasan: Ada juruukur bahan Malaysia yang boleh semak hal ini?

Setengah juta tinggalkan rumah

SAN DIEGO: Kebakaran hutan yang menakutkan di selatan California mengancam hampir 70,000 rumah dan memaksa sehingga setengah juta penduduk meninggalkan rumah masing-masing dalam perpindahan besar-besaran di negeri itu sejak kelmarin...(BH, 25/10/07).

Ulasan: Api dunia menyebabkan manusia lari daripadanya. Tetapi api akhirat adalah lebih dahsyat yang sewajarnya kita hindari dengan kita mentaati Allah sewaktu hidup.

Kes bunuh: Bekas menteri dipenjara seumur hidup

LUCKNOW: Seorang bekas pegawai kanan kerajaan India dan isterinya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup semalam kerana membunuh wanita simpanan lelaki itu yang hamil pada 2003, kata pendakwa...(BH, 25/10/07).

Ulasan: Kadang-kadang kuasa boleh menyebabkan tak terlaksananya undang-undang negara. Bila kuasa sudah tiada, undang-undang menang. Rakyat boleh mempastikan ini berlaku di negara kita dengan cara memilih kerajaan yang bersih dan berpegang kepada kebenaran. Elakkan merasuah rakyat untuk mengundi mereka.

Kasino ditutup hormati Goh Tong

GENTING HIGHLANDS 24 Okt. – Bagi menghormati mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, kasino, taman tema dan premis hiburan di Genting Highlands akan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 6 petang pada hari pengkebumiannya Isnin ini...(UM, 25/10/07).
dan
Kasino Genting dosa Umno yang tidak tertebus

Semalam sebagaimana yang kita ketahui taukeh Lim Goh Tong jutawan Malaysia terkaya di Malaysia, yang dikayakan dengan lesen judi kasino yang dianugerahkan oleh Umno sejak zaman Tunku dan terus kekal dizaman Perdana Menteri ke 5, Pak Lah telah meninggal dunia pada usia 89 tahun...(asal http://n32.blogspot.com/).

Ulasan: Setiap yang berjiwa, sehebat mana pun, akan merasai mati. Sebesar-besar rugi apabila mati seseorang tanpa mengucapkan kalimah Lailaha illallah iaitu menjadi Muslim. Rugilah kerana hidupnya di kelilingi oleh orang kita, tetapi sudahkah risalah Islam di sampaikan kepadanya?