Wednesday, October 14, 2009

Tun Dr. Mahathir kecewa sikap masyarakat

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan tindakan segelintir kumpulan yang tidak menghargai pengorbanan polis dalam menjaga keamanan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, ada segelintir pihak yang kini dilihat lebih cenderung melanggar undang-undang serta bertindak menyertai perhimpunan haram bagi menimbulkan kekecohan.

''Mereka ini mungkin tidak pernah terfikir untuk menghargai khidmat polis. Tanpa polis, kita tidak dapat hidup aman di negara kita,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Unit Tindakan Khas (UTK) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar…

Ulasan: Ada rakyat yang cenderung untuk menyertai perhimpunan haram dan menimbulkan kekacauan? Negara ini ada undang-undang. Tetapi polis sewajarnya bertindak professional bila memutuskan  status sesuatu perhimpunan tanpa melibatkan pemimpin politik. Bila pemimpin politik mengganggu kerja polis, rakyat akan tahu kerana undang-undang jelas dan nyata. Bila polis di lihat menyokong pemimpin politik akan menyebabkan rakyat kurang hormat kepada polis.

No comments: