Tuesday, March 23, 2010

Enam maut terhidu gas beracun : Adilkah kita?

Enam maut terhidu gas beracun
BEAUFORT 22 Mac – Enam buruh warga Filipina maut dipercayai terhidu gas beracun ketika melakukan kerja-kerja pembersihan dalam sebuah tangki konkrit sebuah loji penapis di Kampung Lawa Gadong di sini, malam tadi.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Wahad, 30, Mus, 25, Ajin, 20, Armujil, 18, Anuar, 17, dan Baisal, 16.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas dua daripada enam mangsa itu masuk untuk membersihkan tangki berkenaan sebelum disalurkan ke Labuan kira-kira pukul 2 petang.

“Kedua-dua mangsa dipercayai mengalami sesak nafas selepas terhidu gas karbon monoksida daripada mesin pengepam air yang dihidupkan di dalam tangki berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, empat rakan mangsa yang cuba memberi bantuan turut terkorban akibat terhidu gas beracun itu…

Ulasan: Mana penguatkuasaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994? Jurutera dan kontraktor biasanya faham mengenai gas beracun ini.

No comments: