Wednesday, September 01, 2010

Obama umum misi ketenteraan AS di Iraq tamat hari ini

2010/09/01 WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, mengisytiharkan tamatnya misi ketenteraan di Iraq, hari ini, sambil berkata, negara itu kini bertanggungjawab terhadap masa depan mereka sendiri ketika warga AS memberikan tumpuan terhadap masalah di negara asal mereka. 

“Malam ini (Selasa), saya mengumumkan misi ketenteraan AS di Iraq sudah tamat. Operasi Kebebasan Iraq sudah tamat dan rakyat Iraq kini bertanggungjawab terhadap keselamatan negara mereka sendiri. 

“Ia adalah ikrar saya kepada rakyat AS sebagai calon di pejabat ini. Februari lalu, saya mengumumkan satu rancangan yang akan membawa keluar tentera pertempuran dari Iraq, di samping menggandakan usaha mengukuhkan kekuatan Pihak Keselamatan Iraq dan menyokong kerajaannya sendiri dan rakyatnya,” katanya ketika mengumumkan pengunduran tentera AS di Rumah Putih, sebentar tadi. – AFP

Ulasan: Akhirnya AS terpaksa keluar dari Iraq dengan kehinaan. Bush yang memutuskan untuk menyerang dan masuk ke Iraq dengan alasan tidak benar wajar di kenakan tindakan.

No comments: