Wednesday, September 01, 2010

SPRM dapat kesan kegiatan curi balak

2010/09/01 RAUB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan kegiatan mencuri kayu balak secara berleluasa dan pelombongan emas secara haram di Hutan Simpan Tersang dalam pemeriksaan mengejut ke kawasan berkenaan, semalam. 

Sumber SPRM berkata, kedua-dua aktiviti haram terbabit dipercayai didalangi kakitangan agensi penguat kuasa kerajaan kerana kawasan itu terletak di bawah pengawasan agensi berkenaan. 

Katanya, sebarang aktiviti pembalakan atau melombong emas perlu mendapat kebenaran agensi terbabit terutama di kawasan Hutan Simpan Tersang. 

Sehubungan itu, katanya SPRM terus melakukan pemantauan bagi memastikan kegiatan itu dibanteras…

Ulasan: Tidak mungkin pembalakan haram dan melombong secara haram di lakukan tanpa melibatkan rasuah. Wahai bangsaku, kita mengambil rasuah pada hal itu haram dalam agama kita. Towkay senyum bila kita melanggar perintah agama kita sendiri. Hinanya kita.

No comments: