Friday, February 11, 2011

'Ramai seperti Hosni Mubarak', Anwar rujuk kepada diri sendiri?

Kenyataan 'ramai seperti Hosni Mubarak', Anwar rujuk kepada diri sendiri

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ramai individu seperti Hosni Mubarak wujud di Malaysia sebenarnya merujuk kepada dirinya sendiri.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, ini kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipercayai mempunyai kekayaan yang hampir setara dengan Presiden Mesir tersebut.

Katanya, jika Hosni yang kini berkemungkinan bakal digulingkan oleh rakyatnya mempunyai kekayaan AS$70 bilion (RM213.192 bilion), Anwar pun tidak kurang mewahnya...

Ulasan: Tuduh mestilah ada bukti. Kita tunggu tindakan Anuar Shaari. Kita membenci perasuah dan penyeleweng wang rakyat @ khazanah negara. Silalah Saudara Anuar buat laporan kepada SPRM. Siasat jangan tak siasat. Jangan siat-siat sudahlah.


No comments: