Monday, February 21, 2011

Ulama seru henti pembunuhan

TRIPOLI 20 Feb. - Para ulama dan ketua kabilah Libya menggesa pasukan keselamatan negara ini menghentikan pembunuhan orang awam dalam kekacauan yang tercetus ekoran protes yang semakin meningkat mencabar kuasa pemimpin veteran, Muammar Gaddafi dengan angka korban dilapor mencecah 200 orang.

Pasukan keselamatan Libya menembak mati berpuluh-puluh penunjuk perasaan antikerajaan di bandar raya Benghazi, timur negara ini dalam keganasan terbaru malam tadi, lapor stesen televisyen Al-Jazeera.

Pertumpahan darah itu mendorong kira-kira 50 ulama dan ketua kabilah mengeluarkan rayuan kepada pasukan keselamatan, selaku orang Islam, supaya menghentikan pembunuhan.

"Rayuan penting ini datang daripada para ulama, golongan cendekiawan dan ketua-ketua kabilah dari Tripoli, Bani Walid, Zintan, Jadu, Msalata, Misrata, Zawiah serta pekan dan bandar lain di kawasan barat.

"Kami merayu kepada setiap Muslim, yang menganggotai rejim atau membantunya dengan apa cara, supaya menyedari bahawa pembunuhan orang awam diharamkan oleh Pencipta kita dan oleh Nabi-Nya yang dikasihi...Jangan bunuh saudara seagama kamu. HENTIKAN pembunuhan beramai-ramai SEKARANG!", menurut rayuan itu…

Ulasan: Ulama’ berperanan menasihatkan pemerintah (umara’) agar sentiasa adil dalam pemrintahannya. Bila umara’ tidak lagi mentaati nasihat ulama’, maka ulama’ perlu bersama-sama rakyat menuntut supaya umara’ letak jawatan. Semoga terciptalah LIBYA BARU yang adil, bebas (bukan negara polis/tentera), telasa dan anti-rasuah.

No comments: