Wednesday, July 06, 2011

Ambiga bertopengkan NGO?

Ambiga bertopengkan NGO - Shafie

BANGI 5 Julai - Keputusan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga untuk meneruskan perhimpunan itu di dalam stadium membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam tersebut berada di pihak pembangkang tetapi bertopengkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, perkara itu jelas apabila Ambiga membuat pengumuman meneruskan perhimpunan tersebut selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini, sama seperti pengumuman para pemimpin pakatan pembangkang yang dibuat lebih awal…

Ulasan: Carilah hujah yang lebih konkrit kerana rakyat semakin cerdik sekarang. Great Minds Think Alike.

No comments: