Friday, July 29, 2011

Jangan mudah lupa sejarah

ALOR SETAR 28 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar sentiasa memperingati sejarah penubuhan negara kerana kerajaan sejak dahulu lagi telah mengamalkan dasar-dasar toleransi, demokratik dan liberal bagi menjaga kepentingan semua pihak.

“Ini perlu kita ingat, jangan kita menjadi buta sejarah dan jangan kita jadi tidak mengenang budi kerana bangsa yang mulia ialah bangsa mengingati sejarah dan bersikap mengenang budi,” kata Perdana Menteri…

Ulasan: Tetapi penyatuan yang dilaksanakan oleh tiga parti utama BN iaitu UMNO, MCA dan MIC diatas dasar kebangsaan ras/etnik hanya menanamkan sifat yang berbeza. Ertinya perjuangan kebangsaan ras/etnik sudah tamat. Mengenang budi ialah sentiasa memegang kepada kebenaran. Kini orang muda kita memerlukan perjuangan dengan bahasa sejagat iaitu kebenaran, kebebasan, ketelusan dan keadilan.

No comments: