Monday, February 12, 2007

‘Sedia makanan berkhasiat di sekolah’

TAIPING: Kementerian Pelajaran memberi amaran kepada semua pembekal makanan berkhasiat ke sekolah pedalaman terutama Sabah dan Sarawak supaya tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih dengan menyajikan masakan tidak berkualiti.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik tender yang diberikan sekiranya pembekal berkenaan dikesan berbuat demikian…(Utusan Malaysia, 12/2/07).

Ulasan: Jangan biasakan menipu di dalam perniagaan kita. Kita di benarkan membuat untung tapi tidak boleh menipu kerana perniagaan adalah ibadah kalau benar caranya.
Apakah kita telah laksana projek mengikut spesifikasi yang telah di nyatakan?

U.S. says Iran leadership arming Iraqis

BAGHDAD, Iraq - U.S. military officials on Sunday accused the highest levels of the Iranian leadership of arming Shiite militants in Iraq with sophisticated armor-piercing roadside bombs that have killed more than 170 troops from the American-led coalition.
The deadly and highly sophisticated weapons the U.S. military said it traced to Iran are known as "explosively formed penetrators," or EFPs...(Associated Press ).

Ulasan: Bersiap siaga untuk menghadapi musuhmu dengan menggunakan peralatan yang terbaik. Besi lawan besi di samping doa.

Kastam tingkat daftar Cukai Jualan (CJ)

KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan meningkatkan operasi mendaftar pemegang lesen Cukai Jualan (CJ) dan Cukai Perkhidmatan (CP) termasuk restoran, rumah urut dan hotel bagi mencapai sasaran 50,000 pemegang lesen di seluruh negara.

Ulasan: Rumah urut yang kebanyakkan menyediakan perkhidmatan seks yang di haramkan oleh Allah. Oleh itu perlu di tutup segera kerana menjatuhkan maruah wanita... Mana pembela wanita?

PM dijangka lancar CCC April

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka melancarkan penggunaan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) menggantikan Sijil Layak Menduduki (CFO), April ini.
Selepas pelancaran, sistem baru penggunaan sijil itu yang pengeluarannya dikendalikan profesional membabitkan jurutera dan arkitek akan dikuatkuasakan.
Pengeluaran CFO untuk bangunan sebelum ini adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Pengunaan CCC itu juga dijangka dapat mengurangkan kerenah birokrasi dan mengatasi masalah projek terbengkalai kerana sijil itu akan dikeluarkan oleh badan profesional, bukan lagi PBT...(Berita Harian, 12/2/07).

Ulasan: Selamat mencuba sesuatu yang baru. Kita rasa jurutera dan arkitek boleh melaksanakannya kerana masing-masing sudah cukup matang.

Remaja Islam dinasihat tak rai Hari Kekasih

KUALA LUMPUR: Remaja Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pelbagai promosi bagi meraikan Hari Kekasih atau ‘Valentine’s Day’ kerana ia bercanggah dengan ajaran agama, sekali gus menjurus kepada perbuatan tidak bermoral.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainol Abidin, berkata tradisi itu tidak patut diraikan umat Islam kerana ia perbuatan yang tidak diizinkan syarak dan jika tidak dihalang, ia boleh memesongkan akidah serta menyumbang kepada gejala sosial.
Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 lalu bersetuju memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan agama Islam.
“Perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan mempunyai amalan yang mendorong ke arah maksiat dan bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak,” katanya…(Berita Harian, 12/2/07).

Ulasan: Dalam cinta monyet semua budi biasanya berakhir dengan tergadai body ertinya berzina. Jauhilah zina dan jangan menghampiri zina. Berkasih sebelum nikah bukan budaya kita. Apa guna kita merdeka kalau masih ikut cara hidup penjajah?

Tiada siapa boleh halang pasangan HIV kahwin

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tiada siapa yang boleh menghalang penghidap HIV daripada berkahwin kerana tiada undang-undang yang boleh menyekat perkahwinan golongan itu. Namun, dalam kebanyakan kes di negara ini, penghidap HIV terutama beragama Islam faham dengan keadaan yang menimpa mereka dan tidak meneruskan hasrat untuk berkahwin.
Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, biasanya apabila berlaku situasi itu, jabatan agama akan memanggil pasangan berkenaan dan menasihati serta memberi kaunseling terlebih dahulu.
“Kita sentiasa berbincang dengan mereka serta meminta mereka berfikir semasak-masaknya dan menunaikan solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dalam perkara ini.

Ulasan: Cantiknya Islam kerana melarang berkasih sebelum nikah. Bila meminang semak dahulu kesihatannya di samping kesungguhan beragamanya. Tapi kalau sudah kenal lama dan berkasih sebelum nikah menyebabkan unsur bias dalam pemilihan. Apa boleh buat dah berkasih dan beban yang di tanggung selama hidup oleh isterinya dan anak-anak nanti. Ingat Allah memberikan ketenangan dan ketenteraman melalui agamaNya.

Air terjun Kampung Perlis berubah wajah

PULAU PINANG 11 Feb. – Kembali jernih. Itulah yang ditunggu-tunggu oleh penduduk Kampung Perlis selepas menanti sekian lama untuk melihat air terjun di kampung mereka pulih seperti sediakala.
Kolam takungan di kawasan air terjun yang sebelum ini dipaparkan penuh dengan timbunan pasir dan keladak simen dari loji pembancuhan berdekatan itu dijangka berubah wajah selepas kerja mengorek pasir selesai, esok. …(Utusan Malaysia, 12/2/07).

Ulasan: Banyak lagi tempat berkelah di seluruh negara yang perlukan pembelaan yang sewajarnya. Pembangunan yang mendadak menyebabkan kita terlupa lantas memikirkan buat apa saja untuk kaya. Pembangunan tanpa cemarkan alam sekitar.

Tol: Samy Vellu kesal dituduh ‘orang jahat’

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu kesal apabila beliau dituduh oleh sesetengah pihak sebagai ‘orang jahat’ dalam menetapkan kadar tol lebuh raya di negara ini.
Beliau berkata, setiap kadar tol lebuh raya yang ditetapkan bukan dibuat oleh kementeriannya, sebaliknya diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.
“Ramai yang ingat saya orang jahat kerana mereka ingat saya yang membuat keputusan menetapkan harga tol dan memberi masalah kepada orang ramai.
“Segala keputusan berkaitan kadar tol dibawa dalam mesyuarat Kabinet dan bukan saya yang menetapkannya,” tegas beliau…(Utusan Malaysia, 12/2/07).

Ulasan: Kita adalah di anggap serupa dengan kawan kita kerana birds of the same feather will flock together. Sejarah menunjukkan BN di kelilingi penyamun tarbus..

Friday, February 09, 2007

China executes ethnic Muslim Semed


BEIJING - China executed an ethnic Muslim from the country's restive far western region for alleged separatist activities, a U.S. broadcaster said Friday.
China didn't confirm the execution of Ismail Semed, which human rights groups condemned because they said the prosecution's case against him lacked evidence and his confession may have been coerced.
Semed, a member of the Uighur minority group in Xinjiang, was shot to death Thursday morning after being convicted in October 2005 of trying to "split the motherland," and possessing firearms and explosives, Radio Free Asia reported.
Chinese authorities say militants among the Uighurs — Turkic-speaking Muslims — are leading a violent Islamic separatist movement in the region and are seeking to set up an independent state of "East Turkistan."…(Associated Press, 9/2/07).

Ulasan: Selamat jalan mengadap Allah swt. Semoga Allah menerima perjuanganmu untuk menegakkan negara Islam.

Universiti Harvard rombak kurikulum

CAMBRIDGE: Universiti Harvard, Amerika Syarikat semalam mencadangkan kurikulumnya dirombak dengan mengutamakan aspek sains, kepercayaan agama dan kebudayaan dunia.
Laporan akhir jawatankuasa fakulti universiti terkemuka dunia itu membuat syor berkenaan selepas perbalahan dalaman bertahun-tahun lamanya mengenai kursus yang paling sesuai untuk diikuti oleh semua pelajar Harvard…(Berita Harian, 9/2/07).

Ulasan: Akhirnya agama dan budaya menjadi paksi pendidikan akademik di samping sains. Apa hal universiti di dunia ketiga? Pelajar bukan hanya mencari ilmu untuk bekerja tetapi juga mencari ilmu untuk hidup dan mati. Pensyarah pun serupa.

Pejuang Iraq guna senjata canggih

BAGHDAD: Tentera Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan kemungkinan kumpulan pejuang Iraq memiliki senjata lebih canggih serta taktik baru yang menyaksikan enam helikopter Washington terhempas di negara Teluk itu sejak tiga minggu lalu…(Berita Harian, 9/2/07).

Ulasan: Kalau hendak kalahkan musuh, mesti menggunakan otak secara bersungguh-sungguh.

Kos angkut pasir bina Casino naik 30%

SINGAPURA 8 Feb. – Las Vegas Sands Corp. hari ini menyatakan bahawa ia terpaksa menaikkan kos mengangkut pasir sebanyak 30 peratus bagi membina resort kasino pertama Singapura selepas Indonesia yang menjadi pembekal utama mengharamkan eksport bahan binaan itu...(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Kalau Indonesia dan Malaysia atau jiran lain tidak bersungguh-sungguh laksanakan pengharaman eksport pasir, mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan bahan binaan itu.

Olmert angkuh tolak gesaan -- Menteri Israel turut bantah, desak henti kerja gali dekat Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS 8 Feb. – Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz semalam menghantar surat kepada Perdana Menteri, Ehud Olmert yang menggesa supaya dihentikan kerja-kerja penggalian berhampiran halaman Masjid al-Aqsa kerana ia akan membangkitkan kemarahan umat Islam.
Menurut seorang pegawai, Peretz menggesa kerja-kerja ke atas jambatan laluan baru perlu dihentikan atas alasan tindakan tersebut akan memburukkan keselamatan.
Bagaimanapun Haaretz melaporkan, Olmert dengan angkuhnya telah menolak rayuan bertulis Peretz itu.
“Melalui kajian ke atas semua perkara berkaitan mendapati kerja-kerja yang dijalankan tidak akan mendatangkan mudarat kepada sesiapa dan tidak ada kebenaran bagi yang menentang kerja-kerja yang dilakukan,” kata seorang pegawai di pejabat Olmert..(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Bersiap siaga menghadapi musuhmu kerana Zionis tidak takut melainkan berdepan tentera Islam yang bercita-cita syahid.

Enam panduan umum khalwat

KANGAR 8 Feb. - Mufti Perlis, Dr. Mohamed Asri Zainul Abidin hari ini menggariskan enam panduan umum yang perlu diberi perhatian oleh penguat kuasa ketika menjalankan operasi khalwat membabitkan umat Islam.
Pertama, katanya, sesuatu operasi itu hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan mencari kesalahan), berkembang dalam masyarakat Islam.
Panduan kedua yang digariskan beliau ialah sesuatu operasi itu sendiri tidak boleh berasaskan tajassus.
Dr. Mohamed Asri berkata, perkara ketiga sebagai panduan ialah operasi tidak boleh berasaskan perkhabaran yang tidak diyakini.
Perkara keempat yang ditekankan ialah pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama Muslim, secara langsung atau tidak, tanpa kesedaran sendiri.
Dr. Mohamed Asri meletakkan panduan kelima sebagai tidak boleh didedahkan maksiat sebelum dijatuhkan hukuman, maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggah prinsip keadilan dalam Islam.
Bagi panduan keenam, beliau memberi penekanan bahawa setiap pelaksana hendaklah faham bahawa jika diragui sesuatu operasi itu mungkin melanggar larangan syarak yang lain, maka hendaklah tinggalkan…(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Semoga Perlis berjaya menjadi negeri bebas maksiat.

Thursday, February 08, 2007

Jakarta digenangi air busuk, sampah

JAKARTA: Banjir melanda ibu negara Indonesia sejak Jumaat lalu mula surut semalam tetapi kebanyakan kawasan di Jakarta masih ditakungi air dan pegawai memberi amaran hujan lebat boleh menyebabkan berlaku banjir semula.
Kebanyakan penduduk sudah pulang ke rumah dan membersihkan rumah masing-masing serta mengeringkan barang-barang.
“Air sudah surut tetapi ia masih berbau,” kata Fifa, 18, yang mula membuang sampah sarap dari rumahnya di Jakarta yang sudah mulai disinari matahari…(Berita Harian 8/2/07).

Ulasan: Itu baru banjir air yang melanda. Bagaimana dengan banjir kemaksiatan yang bermula sejak merdeka kerana di beri izin oleh kerajaan. Sudah tentu negara kita dari sudut pandangan spiritual, digenangi air dan sampah-sarap yang terlalu busuk. Kalau benar-benar sayangkan negara jadikan negara indah mewangi dari sudut spiritual.

JKKP diarah periksa projek

PUTRAJAYA: Semua majikan khususnya yang memiliki tapak pembinaan wajib menyediakan laporan analisis risiko dalam usaha kerajaan mengurangkan kes kemalangan di tempat kerja.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) sudah diarah memantau laporan berkenaan.
Ia bagi memastikan majikan mematuhi garis panduan dan 43 peraturan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Ulasan: Semoga pekerja di tapak pembinaan bebas dari kemalangan. Di negara kita ini perlu di pantau dari masa ke semasa kerana kurang kesedaran dari semua dan elakkan rasuah dari bermaharajalela.

MMC arah kolej ikut peraturan

KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengarahkan dua daripada tujuh kolej perubatan yang disiasat berikutan pengambilan pelajar yang terlalu ramai berbanding tenaga pengajar, segera melakukan proses penambahbaikan bagi mengelakkan kebenaran kursus itu ditarik semula.
Bagaimanapun, Setiausahanya, Dr Wan Mazlan Mohamed Woojdy, enggan menamakan dua kolej itu kerana ia dalam proses siasatan…(Berita Harian 8/2/07).


Ulasan: Selalunya ini di lakukan kawan kita orang kafir yang berpegang kepada buat dulu. Kolej itu telah melaburkan berjuta-juta ringgit untuk mewujudkan kursus perubatan tapi tidak mengikut peraturan yang di tetapkan. Duit juta-juta bisa mengalahkan peraturan negara? Kenapa langgar peraturan negara?

Wednesday, February 07, 2007

Harga air batu naik 50 sen

JOHOR BAHRU: Sebanyak 12 pengusaha kilang air batu dan pengedar mencapai kata sepakat bagi menyelaraskan harga jualan air batu di seluruh negeri Johor mulai 10 Februari (Sabtu) ini.
Pengerusi Persatuan Perindustrian Air Batu Negeri Johor, Abdullah Osman berkata harga jualan baru air batu yang ditetapkan menerusi persatuan bertujuan untuk menampung kenaikan kos pengeluaran air batu yang meningkat.
Menurutnya, harga jualan air batu yang baru adalah RM2.50 sebungkus bagi bungkusan kecil (10 kilogram) berbanding sebelumnya RM2.
Katanya, manakala harga jualan air batu bungkusan besar dan air batu hancur bungkusan besar kedua-dua bersaiz 18 kilogram, harganya meningkat kepada RM3.50 berbanding sebelum ini RM3…(hmetro.com.my).

Ulasan: Mengapa orang kita suka sangat kepada air batu? Baca dan tanya doktor apakah air batu baik untuk kesihatan kita.

Mengikut email yang di terima air panas adalah baik untuk kesihatan. Artikel itu seperti berikut:

Heart Attacks and drinking warm water....

This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about heart attacks. This makes sense.. the Chinese and Japanese drink hot tea with their meals...not cold water...maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!!

Nothing to lose, everything to gain...

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.

Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a m! eal.

A serious note about heart attacks: You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this...It could save your life!!

Hukum juga ‘si bapa’ -- Cadangan KPN bagi membendung perbuatan buang bayi

KUALA LUMPUR 6 Feb. – ‘Bapa’ kepada bayi yang dibuang perlu dikenakan hukuman setimpal sama seperti wanita yang melakukan kesalahan itu sebagai usaha membendung perbuatan kejam tersebut.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mencadangkan perkara itu menegaskan, untuk itu Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi yang diguna pakai sekarang perlu dilihat dan dikaji semula.

Ulasan: Kebanyakan bayi di buang orang adalah hasil dari zina. Dua pihak yang menyebabkan zina berlaku. Bukti DNA boleh mempastikan siapa bertanggung jawab.
Kepada pemimpin negara dan wakil rakyat : Kalau benar-benar hendak mengelakkan zina dari berlaku, sila TUTUP jalan-jalan maksiat yang menyebabkan mudah berlakunya zina.
Jangan hanya guru mengajar jangan berzina tetapi kementerian-kementerian menggalakkannya.

2 kasino dibenar kutip hutang Osu

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan dua kasino dari London mendaftarkan penghakiman Mahkamah British di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dengan kos, bagi mengutip hutang judi daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam berjumlah RM7.1 juta.
Berikutan keputusan itu, The Ritz Hotel Casino Limited dan RHC Limited boleh mendapatkan hutang mereka daripada Osu.

Ulasan: Apa sudah jadi dengan pemimpin UMNO?

Rakyat belanja RM300j beli tiga ubat

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membelanjakan lebih RM300 juta membeli tiga jenis ubat untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi (antilipid) sangat besar.

Ulasan: Kenapa semakin maju semakin ramai pesakit? Kurangkan dan perlahan-lahan jangan ambil langsung dua ‘racun putih’ di rumah kita iaitu GARAM dan GULA. Kebanyakan bahan awet dan bahan perisa makanan mempunyai kesan yang tidak baik kepada kesihatan dalam jangka waktu yang panjang.

Lupakan makan di luar dan jangan selalu beli makan berproses (processed foods) kalau mahu badan sihat.

Makanan yang di masak oleh emak – tanpa garam, tanpa gula, tanpa bahan awet dan bahan perisa itulah yang terbaik. Kita tidak perlu garam dan gula kerana kita mendapat garam dan gula secara semula jadi dari sayuran dan buahan yang kita makan. Perhatikan sayuran dan buahan tanpa kimia.

Katakan hak walaupun ianya pahit.

Pusat tahanan Simpang Renggam & Penjara Kajang terlalu sesak

Pusat tahanan Simpang Renggam terlalu sesak

SIMPANG RENGGAM: Kesesakan dan tekanan air rendah di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, di sini, punca bekalan air tidak mencukupi serta tahanan terdedah kepada penyakit kulit, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu.
Katanya, pusat berkenaan mempunyai kapasiti menahan 2,500 tahanan, tetapi ketika ini terpaksa menampung sehingga 4,100 dengan setiap bilik perlu menempatkan lima hingga tujuh tahanan pada satu-satu masa...(7.2.07)

dan

Punca Penjara Kajang sesak

ALOR STAR: Penjara Kajang yang dibina untuk menampung 3,500 banduan kini mengalami kesesakan teruk apabila jumlah tahanannya mencecah 5,000 orang.
Pengarah penjara itu, Alnasif Mohd Alzafri Mohamed Adahan, penjara berkenaan turut menghadapi masalah tekanan air rendah yang berpunca daripada pembangunan pesat di sekelilingnya, terutama pembukaan taman perumahan baru.
Beliau berkata, pihak penjara tidak boleh menolak kemasukan banduan walaupun sudah sesak kerana ia boleh dianggap tindakan menghina mahkamah…(Berita Harian 8/2/07).…



Ulasan: Negara yang baik dan berkat akan mengecilkan penjara kerana semakin lama semakin kurang jenayahnya. Kalaulah pemimpin dapat di jadikan teladan..

ABPBH catat 4.41 juta penonton

PETALING JAYA: Siaran langsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 yang disiarkan menerusi TV3 Ahad lalu, disaksikan 4.41 juta orang, menjadikannya program hiburan mencatat jumlah penonton paling ramai.
TV3, dalam kenyataannya, semalam menjelaskan, angka itu mewakili 67.5 peratus daripada keseluruhan penonton siaran televisyen yang ke udara ketika itu.
Jumlah penonton ABPBH 2006 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, bermula jam 9 malam itu juga meningkat berbanding 4.2 juta pada ABPBH 2005.
Mengulas pencapaian itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2006, Hanizam Abdullah, berkata kejayaan berkenaan hasil sokongan pelbagai pihak termasuk media massa dan pembaca akhbar ini.

Ulasan: Rupa-rupanya ramai orang yang melihat orang Melayu berhimpun di Genting Highland kerana meraikan maksiat besar-besaran. Semua akan jadi saksi di akhirat bahawa maksiat pernah berlaku di negara kita.... Apa nak jadi dengan artis kita? Seolah-olah kita sudah hebat padahal negara kita pun akan tergadai kalau berseronok suka macam artis kita. Jangan sekali-kali redha dgn maksiat nanti kita kena bala Tuhan.

Monday, February 05, 2007

2 juta rakyat Malaysia diabetis

PANTAI REMIS 4 Feb. – Dua juta rakyat negara ini, iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetis pada masa ini, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.
Apa yang lebih membimbangkan, kata beliau, satu pertiga daripada jumlah pesakit yang ramai itu tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.
Beliau berkata, senario yang sama juga berlaku ke atas pesakit darah tinggi kerana ramai di kalangan penghidap penyakit itu tidak menyedari mereka menghidap darah tinggi.
‘‘Justeru, pemeriksaan kesihatan di kalangan masyarakat amat penting kerana penyakit seperti diabetis boleh melarat atau membawa kepada penyakit kronik lain.
‘‘Penyakit ini jika tidak dirawat sejak awal boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit lain seperti masalah buah pinggang, darah tinggi, jantung dan angin ahmar,” katanya.

Ulasan: Jaga badan kita supaya sihat dan tangkas (fit) supaya boleh membantu kerja-kerja dakwah untuk menyelamatkan manusia dari azab Allah.

Kilang penyakit

SITIAWAN: “Operasi kami sering terganggu kerana pekerja kerap mengambil cuti sakit kerana loya dan ada yang muntah apabila menghidu asap serta bau yang dilepaskan kilang elektronik terbabit,” katanya seorang pemilik kilang, Au Wing, 56.
Katanya, pencemaran bau busuk dari penggunaan bahan kimia oleh kilang yang beroperasi di kawasan perindustrian Kampung Acheh di sini, turut mengganggu operasi seharian kilang yang seterusnya menyebabkan kerugian… (hmetro.com.my).

Ulasan: Jabatan Alam Sekitar (JAS) tolonglah pantau supaya negara yang indah ini tetap bersih dan nyaman. Sila berniaga dengan syarat ikutlah peraturan. JAS sepatutnya tegas, jangan takut menjaga alam sekitar.

Datuk Bandar AS Islam

GEORGIA: Datuk Bandar Macon, salah sebuah bandar raya di Georgia, memeluk Islam dan berkata dia kembali ke akar umbi selepas sekian lama mencari kebenaran.
“Mengapa anda memeluk agama pilihan anda? Anda lakukannya kerana berasa ia tepat. Bagi saya, ia bukan perkara besar tetapi orang masih ingin tahu apa pegangan saya,” Jack Ellis, yang menukar namanya kepada Hakim Mansour Ellis, dipetik sebagai berkata oleh akhbar American Boston Herald.

Ulasan: Sesiapa pun yang mencari petunjuk yang lurus akan berjumpa. Kita di dalam agama yang benar, mengapa kita tidur? Kita sewajarnya bangun untuk mengajak manusia ke jalan yang Allah redha sampai kita syahid.

‘Senarai hitam kontraktor seleweng’

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran mahu kontraktor Kelas F yang gagal menyiapkan projek mereka disenaraihitamkan dengan segera bagi mengelak lebih banyak projek pembangunan tergendala pada masa depan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kegagalan kontraktor terbabit menyiapkan projek masing-masing menyebabkan perancangan kerajaan bagi pembangunan fizikal terjejas.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, kontraktor Kelas F tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk menyempurnakan projek kerana mereka hanya diberikan projek kecil.

Ulasan: Selagi UMNO memegang kuasa selama itulah masalah akan timbul bila kroni menjadi kontraktor. Bila politik UMNO berkuasa, staf ikhtisas di JKR tidak boleh melakukan apa untuk membaikinya.

Anggota polis rasuah dipecat

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia tidak akan teragak-agak untuk menurun pangkat, memotong gaji, bahkan memecat anggotanya yang didapati salah melakukan rasuah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya tidak akan membiarkan anggota polis yang rasuah terlepas begitu saja.

Ulasan: PDRM boleh tanpa rasuah. Bagaimana pun staf kerajaan yang lain? Pemimpin politik UMNO cukuplah dengan rasuah yang membebankan negara. Sekaranglah masa untuk bebaskan Malaysia dari rasuah.

Kontraktor Kelas F boleh maju: Fadzill

GEORGETOWN: Kontraktor Kelas F tidak akan berjaya meningkatkan kerjaya ke tahap lebih tinggi sekiranya dari awal sudah menjual atau mengalibabakan projek yang diperoleh mereka kepada orang lain.
Yang Dipertua Persatuan Kontraktor-Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang, Mohamed Fadzill Hassan, berkata kontraktor Kelas F tidak akan maju selagi tidak menghentikan kegiatan menjual projek.
“Memang mereka akan mendapat senang dengan cepat apabila terus jual dan sub projek tetapi sebenarnya tindakan itu kesilapan terbesar yang sepatutnya dihindari.
"Mereka tidak akan pandai sampai bila-bila. Jadi janganlah ali baba projek hanya semata-mata nak dapatkan keuntungan jangka pendek….”

Ulasan: Janganlah hanya semata-mata dapatkan keuntungan jangka pendek tapi orang Melayu sendiri rugi tidak bertambah kemahiran bekerja dan menguruskan sendiri projek sehingga siap. Jangan kaya duit tapi tidak tahu bekerja, akhirnya negera di ambil orang kafir.

Kaunselor keluarga banteras gejala sosial

SEREMBAN: Program Satu Keluarga Satu Kaunselor (SK2) yang dilancarkan Umno, semalam diharap mampu melahirkan ahli parti yang bebas daripada gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah serta jenayah, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Presiden Umno yang juga Perdana Menteri berkata, program yang diusahakan Biro Pembangunan Sosial Majlis Tertinggi (MT) parti dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga diharap dapat diperluaskan ke seluruh masyarakat di luar parti berkenaan.

Ulasan: Moga tercapai cita-cita SK2 Umno bukan setakat ahli parti dan keluarga yang bebas daripada gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah serta jenayah tetapi juga sebarang maksiat mengikut Islam.

Tetapi mungkinkah ini akan berlaku? Pada hal maksiat/munkar yang terbesar telah dan sedang berlaku di negara kita sejak merdeka yang menyebabkan lahir maksiat-maksiat lain dalan negara kita. Maksiat terbesar ialah kita tidak mengambil Allah swt dan Rasulullah saw sebagai pemutus ultimate dalam sebarang urusan harian bernegara.

Jangan sekali-kali redha dengan apa yang berlaku. Aturkan strategi untuk mengubahkannya. Hanya dakwah menyelamatkan masyarakat majmuk.

PM kagum kecekapan polis

SEREMBAN: Kejayaan polis memberkas tujuh individu yang disyaki terbabit dalam rompakan sebuah kedai emas di Subang Jaya malam kelmarin, membuktikan sesiapa yang melakukan jenayah di negara ini tidak akan terlepas daripada tindakan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ulasan: Tahniah kepada PDRM. Setuju dengan PM bahawa sesiapa yang melakukan jenayah di negara ini tidak akan terlepas daripada tindakan. Tetapi kena ingat ada kes jenayah yang tidak selesai. Kenapa ada kes seolah-olah pegawai penyiasat sengaja meninggalkan fakta sehingga orang awam pun boleh menghakiminya? Dan apa sudah jadi dengan Pejabat Peguam Negara?

Wednesday, January 31, 2007

Kos baik pulih 379 sekolah RM102.2 juta

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menganggarkan kos membaik pulih 379 sekolah di lapan negeri yang terjejas akibat banjir mencecah RM102.2 juta, termasuk RM65.5 juta di Johor yang paling teruk dilanda bencana itu.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kos RM102.2 juta merangkumi RM61.3 juta untuk pembaikan fizikal serta RM40.9 juta untuk peralatan dan perabot.

Ulasan: Seronoklah kroni BN/UMNO mengagihkan projek baik pulih sekolah sesama mereka asalkan projek siap cepat dan tepat seperti spesifikasi yang di kehendaki.

Polis siasat kes bekas model cuba bunuh diri

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang bekas model yang dijumpai berlumuran darah di Kondominium Dataran Prima di sini, awal pagi kelmarin, dia mengelar tangan dan menikam perutnya sendiri akibat kecewa mengetahui teman lelakinya sudah berkahwin.

Ulasan: Amalkan Islam supaya kita selamat di sini dan di sana nanti.

Pelancong sensitif, kita?



ALOR STAR: Penemuan ratusan kubur lama di dasar Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang, kira-kira dua tahun lalu dipercayai antara punca destinasi pelancongan itu tidak lagi dikunjungi sekali gus memaksa pengusaha tiga buah resort di situ menghentikan operasi mereka.
Ini berikutan penemuan ini dikatakan memberi kesan psikologi kepada pelancong dari negara tertentu yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan sesetengah agama atau adat.
Pengarah Pelancongan Malaysia Kedah, Ammar Abd Ghapar, berkata satu ketika dulu ramai pelancong dari Singapura, Taiwan dan sebahagian pelancong Barat gemar menginap di Tasik Pedu, bagaimanapun selepas penemuan kubur itu jumlah pelancong semakin berkurangan.

Ulasan: Pelancong sensitif tapi kita amat tidak sensitif kerana kita sanggup buat resort di tempat kubur lama Muslim. Tidakkah kita saudara se Islam mereka? Mengapa tidak di pindahkan sewaktu membuat Empangan Pedu dulu. Jurutera,jurukur tanah dan staf yang bertugas biasanya tahu. Majlis Agama Islam Kedah sudah keluar fatwa waktu itu atau kerajaan kita buat tidak kisah saja?

Janganlah mentang-mentang kita lapar duit pelancong kita sanggup buat apa saja! Jaga agama, jaga maruah asas kehidupan sejahtera.

Crime rate up 15 per cent

NILAI: The figures are worrying — crime is up more than 15 per cent nationwide.
Every state, except Kedah, recorded an increase in crime last year. The number of serious crimes has also gone up.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan is not perturbed. He has laid his battle plans. He is now waiting for the results.

Ulasan: Selamatkan Malaysia dari semua jenayah dan maksiat. Tanpa rasuah, why not?
Perlu ada kajian bagaimana empire Islam pernah tegak selama beratus tahun berjaya merendahkan kadar jenayah.

Najib: Fuel price not likely to change this year

PUTRAJAYA: Although fuel prices will be up for review, it is not likely that they will change in the next 12 months.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the government would monitor trends in global oil prices during the period before making any decision on the local fuel price. However, he made clear that there was no guarantee of a price reduction after a review was done.

Ulasan: Kenapa susah sangat nak turunkan harga minyak kerana harga minyak global sudah turun? Waktu nak naikkan harga gunakan hujjah kerana harga minyak global naik.
Ini sudah zaman kemajuan, perlu buat keputusan cepat. Turunkan minyak tempatan berita baik yang di tunggu-tunggu.

Floods round-up: Reclamation work may be a cause

JOHOR BARU: The massive land reclamation work by Singapore at Pulau Tekong may have contributed to the recent floods.
The land reclamation is said to have narrowed the river mouth of Sungai Johor, causing the massive destruction in Kota Tinggi. Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the narrowing of the river mouth had slowed the discharge of excess rain water into the Johor Straits.

Commentary: Again the culprit is Singapore. When will you become a good neighbour?
Is this the way of your Minister Mentor?

Yone Minagawa kini manusia tertua

TOKYO 30 Jan. – Wanita Jepun, Yone Minagawa yang diiktiraf sebagai manusia paling tua di dunia dikatakan sangat menyukai manisan dan suka berjenaka dengan orang di sekelilingnya.
Wanita berusia 114 tahun yang tinggal di pusat jagaan orang tua di wilayah Fukuoka, barat daya Jepun itu juga sering bangun tidur pada awal pagi dan menyukai ban kacang merah iaitu manisan tradisional Jepun.

Ulasan: Hujungnya setiap yang hidup AKAN pasti mati. Berimanlah dan beramal supaya Allah reda dengan kita selama-lamanya. Semarakkan dakwah di masyarakat majmuk adalah tugas KITA semua.

Jermaine yakin Jacko serius fikir peluk Islam

LONDON 30 Jan. – Penyanyi Jermaine Jackson berkata, beliau yakin adiknya, Michael Jackson sudah memikirkan secara serius untuk memeluk Islam.
“Saya merasakan Michael perlu menjadi seorang Muslim kerana dia akan mendapat perlindungan daripada segala tuduhan palsu terhadapnya.
“Ada kekuatan dan perlindungan dalam agama ini,” kata bekas penyanyi Jackson Five yang kini menetap di Bahrain itu.

Ulasan: Renungkan firman Allah yang bermaksud: 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)' (Surah al-Baqarah: 256).

Sesiapa pun yang masuk Islam, akan selamat dunia dan akhirat. Aslim taslam. Kita kena rasa paling rugi kalau kita tidak menerima dan tidak amalkan Islam sebagai cara hidup kita. Jangan fikir lama-lama, kerana mati semakin hampir dengan kita...

Singapura tidak sensitif isu Bangkok – Dr. Mahathir

BANGKOK 30 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Singapura tidak sensitif dan pentingkan diri sendiri dalam mengendalikan perbalahan dengan Thailand.
Akhbar The Nation yang memetik temu ramah Dr. Mahathir dengan Channel 5 melaporkan, Singapura dianggap sebagai tidak diplomatik oleh bekas Perdana Menteri itu.
“Singapura tidak pernah mengendahkan pandangan jiran-jirannya,” kata Dr. Mahathir.
Beliau turut menyifatkan sambutan Singapura terhadap kunjungan bekas Perdana Menteri Thaksin Sinawatra sebagai “tiada perasaan dan tidak bersimpati” kepada pentadbiran Thailand ketika ini.
Menurut beliau, Singapura hanya percaya kepada apa yang memberi keuntungan kepada mereka dan tidak akan menghiraukan pihak lain.
Ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Bangkok bahawa Singapura cuba merisik maklumat pentadbiran barunya, Dr. Mahathir sekadar berkata: “Itulah mereka.”
“Sama ada anda berbuat baik atau berkasar dengan mereka, anda tidak akan ke manamana. Mereka hanya fikir diri sendiri,’’ kata Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai pengalaman berurusan dengan negara republik itu.

Ulasan: Itulah cara Singapura di bawah parti PAP. Bayangkan kita berjiran dengan orang jahat…

Kos baik pulih MRR2 lebih RM70 juta

SEPANGGAR 30 Jan. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan kos untuk membaik pulih jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR2) yang retak di Kepong melebihi RM70 juta.
Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, berbanding kos sebenar jejambat tersebut sebanyak RM120 juta, jumlah itu adalah tinggi daripada jangkaan awal.
Menurutnya, ia menunjukkan kelemahan konsep reka dan bina yang diamalkan oleh kerajaan dalam pemberian projek pembinaan kepada kontraktor.
Keretakan dikesan pada 31 tiang jambatan dan kerajaan mengumumkan peruntukan awal RM40j bagi membaiki kerosakan.

Ulasan: Sebarang juruukur bahan dari JKR dapat mengenal pasti dengan mudah masalah antara kontraktor dan jurutera perunding. Ini kes mudah. Apa hasil laporan perunding luar mengenai penyiasatan MRR2?
Atau ada orang yang menyembunyikan fakta? Seolah-olah kita sahaja yang boleh bina (atau tak boleh bina).
Dengan ini sah bahawa konsep reka dan bina yang diamalkan oleh kerajaan BN/UMNO sangat merugikan wang rakyat.

Cuepacs tetap pertahankan skim pencen

PUTRAJAYA 30 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap dengan pendirian untuk mempertahankan skim pencen yang diamalkan sekarang kerana lebih menarik dan menguntungkan 1.2 juta kakitangan awam.
Justeru, Cuepacs menolak penjelasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) pada pertemuan mereka di sini, hari ini.

Ulasan: Pertahankan skim pencen kerana terbukti baik untuk ramai rakyat. Buat apa yang rakyat perlu. Itulah peranan memegang amanah pemerintahan yang akan di tanya di hari akhirat. Itulah kelebihan menjadi pegawai awam walaupun gaji tak banyak....

Abdullah belum dapat ilham pilihan raya

KUALA BERANG 30 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau belum mendapat ilham untuk mengadakan pilihan raya umum walaupun Barisan Nasional (BN) menang besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, kelmarin.
Menurut beliau, kejayaan BN mengekalkan kerusi Batu Talam tidak memberinya petunjuk untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-12.

Ulasan: Apakah hak PM dalam menetapkan tarikh pilihan raya umum mengikut undang-undang? Jangan sampai, seperti berlaku sebelum ini, PM akan mencari ilham iaitu tarikh yang hanya dan paling sesuai supaya parti politiknya mudah menang. Apakah ini demokrasi ala Malaysia (sebenarnya ala BN/UMNO)?

Sewajarnya di tetapkan tarikh setahun untuk memudahkan SEMUA parti membuat persediaan lebih awal. Atau tetapkan dari awal selepas pilihan raya umum. Senang kita tahu tarikh sebenar 5 tahun lagi pilihan raya yang akan datang. BN/UMNO sepatutnya lakukan ini kalau benar-benar sayangkan negara…bukan parti.

Tuesday, January 30, 2007

282,000 dibantu

PUTRAJAYA: Seramai 282,000 mangsa banjir di Johor akan memperoleh purata bantuan antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap keluarga, bergantung kepada kes masing-masing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bantuan itu sebahagian daripada peruntukan RM1.5 bilion yang perlu dibelanjakan kerajaan untuk membantu mangsa banjir di negeri itu…(Harian Metro).

Ulasan: Berdasarkan pengalaman lalu kalau agihan melibatkan JKKK atau UMNO, biasanya akan ada mangsa banjir yang langsung terpinggir dari bantuan atau menerima kurang seperti di nyatakan oleh Timbalan PM.

Kita tunggu dan lihat. Masing-masing cekap memasang pukat di air keroh dan ambil peratusan seperti orang lain buat. Itu perangai biasa kepimpinan UMNO tapi di haramkan oleh Islam.

Mengenang Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas: Kita Kena Terus Lawan Rasuah

Selama hampir sepanjang atau lebih dari 40 tahun, permasalahan rasuah menjadi obsesi beliau. Dalam wawancara dengan sebuah akhbar Inggeris, beliau sekali lagi menegaskan bahawa rasuah adalah ‘masalah paling serius di dunia,terutama di Dunia Ketiga’. Beliau berpendapat jika isu rasuah tidak ditangani isu lain tidak akan dapat diselesaikan. Dalam konteks Dunia Ketiga, rasuah sudah menjadi barah yang serius sekiranya dibiarkan.

Beliau melihat sebahagian besar puncanya daripada pimpinan. Lagipun punca segala kejahatan manusia bermula daripada pemimpin. Jika pimpinannya rasuah, maka rasuah akan menular ke semua tempat .Ditanya mengapa rasuah berleluasa, jawapan beliau [dengan izin memetik ungkapan asalnya dalam bahasa Inggeris], because there is little public anger. Apa yang perlu ialah masyarakat menganggap jijik perlakuan itu dan rakyat turut menyatakan kemarahan yang jelas terhadapnya.

[Dari Di Luar Lingkaran Bersama Johan Jaaffar, Berita Minggu [muka surat 15]
Ahad, 28/1/2007.]

Ulasan: Selamat jalan Allahyarham Prof. menemui Allah Pencipta kita. Semoga Allah membalas amalnya dalam hidup dengan syurga abadi.

Bukunya The Sociology of Corruption di terbit pada 1968, 11 tahun selepas negara kita merdeka. Ini memberi erti sudah ada cerita rasuah dalam negara tercinta. Sayangnya rasuah berkembang juga kerana beliau terus memeranginya sampai hujung hidupnya. Rakyat yang ramai menjadi saksi melihat dan mendengar rasuah menjadi barah dalam negara kita.

Kenyataan yang terpaksa kita terima ialah sejak merdeka sehingga kini kepimpinan Malaysia sentiasa di bawah BN [dahulunya Perikatan] yang diterajui oleh parti terbesar, parti Melayu UMNO. Telahan dan daripada pengamatan Allahyarham bahawa jika pimpinannya rasuah, maka rasuah akan menular ke semua tempat. Maka rasuah di Malaysia bermula dari, sorry to say, pemimpin-pemimpin UMNO.

Siapa mereka? Yang kita kenal dan yang kita tak kenal, maklum kita bukan kenal semua mereka pemimpin-pemimpin UMNO dari pelbagai peringkat. Yang pastinya semua akan bertemu Allah di hari akhirat dan akan di pertanggungjawabkan di mahkamah Allah di akhirat.

Berseronoklah dengan keindahan haram wahai pemimpin UMNO yang menggunakan rasuah untuk membuncitkan tembolok masing-masing dan mengaut dunia menggunakan nama perjuangan bangsa Melayu/Islam.

Bersama-samalah kita sebagai rakyat merdeka di sebuah negara yang telah hampir 50 tahun merdeka menyeru kepada semua kepimpinan UMNO supaya tidak belot terhadap sokongan majoriti. Sokongan majoriti bukan bermakna pemimpin bebas rasuah tetapi sepatutnya jadikan Malaysia bebas dari rasuah.

Jadikan Malaysia bebas dari rasuah bukan hanya harapan peribadi Perdana Menteri tetapi juga semua kepimpinan parti pemerintah dari sekecil-kecilnya.

Cukuplah dan berhenti TERUS dari semua jenis rasuah kerana rakyat semua MENGANGGAP JIJIK perlakuan itu dan turut menyatakan KEMARAHAN YANG JELAS terhadap rasuah yang jelas haram menurut Islam.

Rasuah bertentangan dengan cara hidup rakyat Malaysia yang bermaruah. Kami jijik rasuah dan mahu kepimpinan yang bebas rasuah.

Bangsa Melayu akan hilang segala-galanya termasuk negara bila rasuah berleluasa. Nak sokong UMNO lagi ke? Jom kita mengundi selain dari BN dalam semua pilihan raya sampai UMNO sedar, bertaubat dan bertukar menjadi parti yang baik setelah kalah. Rakyat sudah sedar, tapi pemimpin UMNO masih lena dibuai rasuah.

Ecstasy racun tikus dirampas

KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk sejenis pil psikotropik baru berbentuk tiga segi yang dipercayai dihasilkan daripada pelbagai bahan campuran termasuk sejenis racun tikus, dalam beberapa serbuan di sekitar ibu kota, hujung minggu lalu.

Ulasan: Kebanyakan keseronokan dunia yang haram biasanya membinasakan diri sendiri dan orang lain. Sila cari maklumat sebelum berbuat apa saja melalui banyak membaca dan selalu bertanya pakar yang sah.

Pakar saran bandar Kota Tinggi dipindah

PONTIAN: Pakar alam sekitar memberi amaran daerah dan pusat bandar Kota Tinggi, kawasan paling buruk dilanda banjir Disember dan awal bulan ini, terus terdedah kepada bencana itu berikutan jenis tanah serta topografinya yang mudah menjadi perangkap air

Ulasan: Syor yang elok untuk di mesyuaratkan oleh pelbagai pihak demi ketenangan penduduk setempat. Mungkin kita kena terima Kota Tinggi yang sebenarnya rendah.
Dan orang Kota Tinggi dan Johor perlu semarakkan dakwah supaya Allah memandang Johor dengan rahmat.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,800 kes penganiayaan kanak-kanak dilaporkan di seluruh negara kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sepanjang tahun 2005.
Daripada jumlah itu, 33.39 peratus adalah disebabkan pengabaian oleh ibu bapa, 31.44 peratus deraan seksual, 23.94 peratus gangguan psikologi, 4.28 peratus gangguan emosi, 3.78 peratus ditinggalkan sewaktu kecil dan 3.17 peratus perbuatan yang tidak sopan.

Ulasan: Tolonglah lakukan sesuatu supaya penganiayaan kanak-kanak di minimumkan seminimum yang mungkin kerana kanak-kanak ini akan membesar kelak menjadi masalah kepada negara dan dunia.

Batu Talam penanda aras terbaik sokongan rakyat

SEREMBAN 29 Jan. – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam merupakan penanda aras terbaik sokongan padu rakyat kepada kerajaan sekarang.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia jelas menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapat mandat penuh daripada rakyat bagi meneruskan agendanya.

Ulasan: Jangan tertipu dan menipu diri sendiri kerana sokongan padu bukan bermakna rakyat redha kepada pemimpin yang amalkan rasuah.
Kita sewajarnya teruskan agenda Islam untuk memakmurkan negara dalam keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Kemenangan BN bukti amalan demokrasi sihat

SEPANG 29 Jan. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang semalam sebagai bukti amalan demokrasi di negara ini berjalan sihat ketika pembangkang mengambil tindakan memboikot pilihan raya itu.

Ulasan: Kemenangan besar kerana parti BN melawan cuma individu calon bebas dalam pilihan raya kecil. Tindakan memboikot pilihan raya itu oleh pembangkang sesuatu yang tepat dan betul kerana dari pengalaman beberapa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil menunjukkan setakat ini penuh dengan penipuan dan rasuah politik.

Tak percaya? Sila wujudkan suruhanjaya bebas menyiasat perkara ini. Senang cerita.

Naik bas ekspres RM220

PULAU PINANG 29 Jan. – Percayakah anda, tambang bas ekspres untuk perkhidmatan perjalanan sehala dari Johor Bahru ke Pulau Pinang kini berharga RM220.
Tambang semahal RM220 itu dipercayai dijual oleh segelintir pengusaha bas ekspres menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada 18 dan 19 Februari ini.

Ulasan: Setiap kali hari perayaan inilah yang berlaku. Betulkah JPJ berkuasa atau pengusaha bas ekspres? Rakyat benci kepada pengamal rasuah. Siapa sebenarnya jadi lembu?

Tuesday, January 23, 2007

Teknik baru alih hujan

Pakar luar negara tiba beberapa hari lagi: Jamaludin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menggunakan teknik baru pembenihan awan dikenali ‘hygroscopic pyrotechnic flares’ bagi menghasilkan hujan di lautan untuk mengelak limpahan hujan berlebihan di kawasan daratan sehingga menyebabkan banjir besar.

Ulasan: Walau pun begitu, tiada alasan untuk negara kita bermaksiat kepada Allah. Ingat kuasa Allah adalah mutlak dan melebihi kuasa makhluk.

Monday, January 22, 2007

Kajian terperinci padah guna telefon bimbit

LONDON: Satu kajian besar-besaran mengenai kesan jangka panjang penggunaan telefon bimbit diadakan di Britain berikutan kebimbangan mereka yang menggunakannya lebih 10 tahun mempunyai risiko lebih tinggi dijangkiti barah otak.

Ulasan: Berhati-hati menggunakan kemudahan yang boleh membawa mudarat. Ingat sebelum kena terutama bagi pengguna bimbit yang kerap menggunakannya di telinga untuk berbual. Ingat machines have spares, we don’t.

Friday, January 19, 2007

Notis tukar hakim patut enam bulan

KUALA LUMPUR: Notis sebulan yang diberikan kepada 11 hakim Mahkamah Tinggi untuk ditukarkan ke tempat lain adalah mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Shaikh Daud Ismail.
Beliau berkata, menjadi amalan sebelum ini memberi notis pertukaran kepada hakim dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi membolehkan mereka membuat persediaan.
Beliau memberi contoh kes perbicaraan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam yang dikendalikan Pesuruhjaya kehakiman Suraya Othman yang menerima notis pertukaran dari Mahkamah Tinggi di sini ke Kuantan.

Ulasan: Siapa sebenarnya di belakang pertukaran ini? Redakah kita mempunyai hanya mahkamah tapi hakim yang takut di tukar kerana tidak menolong orang-orang tertentu?

SPR jamin pilihan raya telus, adil

RAUB: Di sebalik dakwaan pembangkang wujud kepincangan dalam undang-undang pilihan raya sehingga memulaukan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan pilihan raya kecil kawasan itu 28 Januari ini akan dijalankan secara telus dan adil.

Ulasan: Jaminan yang tidak punya erti apa-apa kerana sejarah hitamnya menyebabkan parti pembangkang PAS dan PKR memulaukan pilihan raya ini. Bila menghadapi parti pembangkang yang lama dan besar, penipuan boleh berlaku dengan pelbagai cara inikan pula menghadapi calon bebas yang muda. Susah nak jawab bila orang tanya apa kaitan BN/UMNO dan SPR?

Skuad khas pantau Ah Long

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Polis menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau kegiatan pemberi pinjaman wang berlesen dan mengekang kegiatan Ah Long yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Ulasan: Boleh berjaya sekiranya polis dan pembesar yang melindunginya boleh hidup bebas tanpa rasuah. Selamat berjaya.

Doktor tidak berkualiti: Dua IPTS disiasat

PUTRAJAYA 18 Jan. – Dua buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dibenarkan menawarkan kursus perubatan kini disiasat ekoran dakwaan IPTS berkenaan melahirkan doktor tidak berkualiti.

Ulasan: Bila pendidikan di jadikan sumber perniagaan inilah jadinya.

Perogol bersiri kena 40 tahun, 24 sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang ‘perogol bersiri’ dihukum penjara 40 tahun dan 24 sebatan, semalam, selepas mengaku bersalah atas tujuh tuduhan berasingan mengurung, merogol, meliwat dan melakukan seks oral terhadap dua pelajar sekolah dan seorang wanita berusia 24 tahun, antara 2004 dan 2006.

Ulasan: Nafsu yang tidak dikawal dengan iman akan memusnahkan diri sendiri dan orang lain. Allah s.w.t. memberikan nafsu kepada kita ada tujuannya bukan untuk kita merogol orang lain.

Berfikir di luar kotak: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu sekolah melahirkan pelajar yang dapat ‘berfikir di luar kotak’ supaya mereka lebih kreatif dan inovatif apabila memasuki alam pekerjaan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata kurikulum persekolahan perlu memberi penekanan terhadap usaha melahirkan pelajar yang bukan saja celik huruf, malah celik minda.

Ulasan: Untuk menjadikan negara ini cemerlang semua perlu berfikir di luar kotak (contrarion) bukan hanya pelajar sekolah untuk berkerja sahaja.

Sejak 20 tahun lalu kita kehilangan pemimpin Melayu yang boleh berfikir di luar kotak dan yang celik minda kerana pemimpin-pemimpin UMNO yang ada akan menganggapnya sebagai musuh dan di gugurkan. Yang tinggal adalah pengikut dan tukang kipas yang menjaga kepentingan sendiri untuk mengaut kekayaan dari amanah yang di beri kemudian. Malang sungguh orang Melayu apabila pengikut menjadi ketua.

Sepasang tunang maut dirempuh lori

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Sepasang tunang maut apabila motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Kilometer 436.1, Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran hentian Rawang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam...

Ulasan: Bertunang bukan lesen untuk bersama-sama. Ingat bertunang bukan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang ibubapa mengizinkan anak-anak yang bertunang keluar bersama-sama pada hal perkara itu di larang oleh agama kita. Semuanya hanya menjadi halal setelah majlis nikah yang sah. Tinggalkan adat bertunang yang membinasakan kerana kita rasa yang tunang adalah hak kita dan tendency bertemu, dating, bercakap walaupun melalui telefon, berpesan-pesan dsbnya pada hal agama tegas melarangnya.

Thursday, January 18, 2007

What racial friction?

What racial friction?

GEORGE TOWN: The state government has expressed surprise over a recent finding that Penang had the most cases of racial friction in the country.

Ulasan: Orang Melayu telah sanggup mengorbankan negara Tanah Melayu untuk mengambil pendatang asing bangsa China dan India untuk mencapai merdeka. Apa pengorbanan orang China dan India untuk itu? Kenapa orang China membolot semua peluang perniagaan sama ada secara jujur atau tidak (rasuah)?

Malaysia sebagai contoh di mana orang dari kumpulan minoriti yang sangat suka mempersoalkan sedikit hak keistimewaan yang di dapati oleh kumpulan majoriti padahal satu masa dulu telah di persetujui bersama.

Setakat ini berdasarkan apa yang berlaku di Singapura di bawah parti pemerintah PAP, orang Melayu akan di pinggirkan seperti di Singapura bahkan mungkin lebih lagi kalau orang China memerintah Malaysia kerana perjuangan parti orang China di Malaysia adalah perjuangan ras dan tidak lebih dari itu walaupun namanya berbeza.

Macam gergaji dua mata, di sorong makan, di tarik pun makan. Pi mai depa juga dapat. Kita dah dapat apa? Dan kita hilang apa?

Semua boleh berubah sekiranya orang Melayu Islam semarakkan dakwah di masyarakat majmuk kita.

Floods round-up: Floods may cost Johor economy billions

KUALA LUMPUR: The worst floods in 30 years is likely to cost Johor’s economy billions of ringgit, in lost productivity, financial losses and damaged infrastructure.

One private sector estimate put Johor’s economic loss at RM2.4 billion, while the Works Ministry put repairs to infrastructure alone at about RM150 million.

Ulasan: Kerosakan zahir yang sebanyak itu membimbangkan dunia zahir. Tapi kena ambilkira juga kerosakan spiritual yang selama ini di bolehkan dalam negara dan negeri walau pun tidak di izinkan oleh agama kita...

SPR nafi bantu calon BN isi borang

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), kononnya pegawai suruhanjaya itu membantu calon Barisan Nasional (BN), ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, kelmarin.

Ulasan: SPR patut saman PKR sekiranya SPR betul-betul tidak berbuat seperti dakwaan PKR. Sila bawa saksi dan hujjah dan biar mahkamah tentukan siapa bersalah. Menjawab tuduhan melalui akhbar hanyalah amalan artis yang terlalu sukakan publisiti kerana itu sebagai salah satu untuk jadi popular dan meningkatkan sumber rezeki (yang syubhat) bagi mereka.

BN mahu majoriti undi lebih 3,000

RAUB: Barisan Nasional (BN) berharap memperoleh majoriti lebih 3,000 undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, lebih besar berbanding 2,700 majoriti pada pilihan raya umum lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata hasrat itu mampu dicapai kerana BN menampilkan calon anak tempatan yang baik dan memenuhi cita rasa semua kaum.

Ulasan: Ikut suka BN hendak majoriti sebanyak mana pun. Parti pembangkang memboikot pilihan raya kecil itu kerana tidak puas hati dengan sikap SPR yang kadang menganggap dirinya sebahagian dari parti BN dan peraturan-peraturan lain yang membawa penipuan dan rasuah politik selama ini dinegara kita.
Menipu untuk menang, sahkah kerajaan?

Kuktem cipta kerusi murid kenit

KUANTAN 17 Jan. – Kanak-kanak kenit, Muhd. Zull Hanif Abd. Halim, bakal menerima sebuah kerusi separuh automatik yang direka khas oleh Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (Kuktem) bagi memudahkan murid tahun satu itu menjalani proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain

Ulasan: Semoga kerusi berjaya di siapkan dan berfungsi seperti di harapkan. Tinggalkan perbincangan dalam kumpulan pereka kerana pelanggan mahu menggunakanya secepat mungkin.

Wednesday, January 17, 2007

Swasta air: MTUC saman menteri

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain termasuk dua kanak-kanak hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi bagi mendapatkan perintah membatalkan keputusan menteri tersebut yang enggan mendedahkan laporan audit dan perjanjian konsesi berhubung penswastaan air di Lembah Klang.

Ulasan: Kalau benar membela rakyat dan pengundi eloklah amalkan sikap keterbukaan dan ketelusan dalam bernegara. Matlamat OSA bukan menghalalkan penyelewengan.

AS dituduh jadikan Iran kambing hitam

MANAGUA 15 Jan. – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyatakan Amerika Syarikat (AS) cuba menyembunyikan kegagalannya di Iraq dengan menuduh Iran membiayai kegiatan gerila di Iraq.

Ulasan: Cara yang senang ialah dengan menuduh walaupun tanpa cukup bukti. Ingat tujan utama Iraq di serang Amerika pada 2003 ialah untuk memusnahkan (to disarm)
“Iraq of weapons of mass destruction.” Sampai kini pun ternyata satu pembohongan saja. Rosak sebuah negara angkara perbuatan polis dunia. Itu belum lagi Vietnam dan Afghanistan.

Sampai bilakah penindasan Amerika terhadap dunia kedua dan ketiga akan berakhir?

Hotel bercorak Islam pertama

KUALA TERENGGANU 15 Jan. – Terengganu akan mempunyai hotel bercorak Islam yang pertama apabila projek pembinaan sebuah hotel bertaraf tiga bintang bernilai RM20 juta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) siap dibina dalam tempoh dua tahun lagi.

Ulasan: Jangan hotel sahaja bercorak Islam tetapi aktivi hariannya bagaimana?

Jaga kebersihan diri – Najib

ROMPIN 15 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan mangsa banjir agar menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan sebarang penyakit berjangkit daripada merebak.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah diminta memantau keadaan dengan rapi berikutan berlaku dua kes kematian akibat penyakit yang dibawa oleh air kencing tikus di Johor pada Sabtu lalu.

Ulasan: Jaga kebersihan diri bukan sekadar zahir saja tetapi juga ruhi/spiritual iaitu iman kita. Penyakit zahir paling teruk akan berakhir dengan penderitaan di dunia dan di ikuti dengan kematian. Tetapi sekiranya kebersihan ruhi kita tercemar dan tidak di bersihkan segera (tanya pakar ruhi) akan menyebabkankerugian dunia dan akhirat.

Isteri mangsa ISA patut celupar berdepan SB kurang ajar!

Manipulasi psikologi pertama yang dilakukan oleh Special Branch (SB) dan pegawai penyiasat (IO) di bilik soal-siasat adalah menerapkan dalam diri tahanan ISA perasaan bahawa SB dan IO berhak untuk berkuasa ke atas diri tahanan.
Oleh kerana sebahagian besar rakyat Malaysia kurang mengetahui hak mereka, maka pendekatan ini digunakan sehabis-habisnya oleh SB dan IO. Polis, SB dan IO hanyalah kakitangan awam. Gaji mereka yang mereka bawa balik untuk beri makan minum anak bini adalah daripada cukai yang dikenakan oleh kerajaan ke atas rakyat. Sebenarnya, mereka membesarkan anak bini mereka pun adalah di atas ehsan rakyat!

Ulasan: Bacalah tulisan Saudara Saari Sungib yang pernah dua kali di tahan di bawah ISA tanpa di hukum oleh mahkamah sekiranya kita mahu menjadi warga negara merdeka yang bebas tanpa takut bila berdepan dengan Special Branch (SB) dan pegawai penyiasat (IO). Sekurang-kurangnya membaca untuk menambahkan kefahaman wang rakyat di gunakan untuk menekan rakyat dengan pelbagai cara yang awkward.

ISA hanyalah alat untuk menahan musuh kerajaan BN/Umno di atas nama menganggu ketenteraman negara. Kalau benar-benar bersalah sila bawa hujjah dan bukti ke mahkamah negara Malaysia.

Israel perluas penempatan di Palestin

BAITULMAQDIS: Israel mengumumkan perluasan kawasan penempatan Yahudi di atas tanah Palestin di Tebing Barat dalam tindakan dilihat menjadi tamparan terhadap Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice yang melawat rantau itu.
Kementerian Perumahan Rejim Zionis mempelawa bidaan bagi pembinaan 44 unit rumah baru di penempatan Yahudi terbesar di atas tanah Palestin didudukinya di Maale Adumin, Tebing Barat.

Ulasan: Begitulah apa yang berlaku di negara haram Israel. Negara yang mulanya secara haram dan masih membina rumah secara haram untuk rakyatnya. Shame on Israel.

Ramai remaja Thai tonton video lucah

BANGKOK: Satu kajian terbaru Thailand menunjukkan semakin ramai remajanya terbabit dalam tabiat buruk menonton video lucah dan melayari laman web pornografi internet, melakukan seks pada usia muda dan berjudi berbanding sebelum ini.

Ulasan: Bagaimana dengan remaja kita? Apakah sama atau berbeza? Sayangnya kita hanya mendapat sampah kemajuan seronok menghabiskan masa menonton video lucah dan melayari web lucah daripada mengambil kebaikan dari teknologi terkini. Hujungnya biasanya akan membawa, kalau kita tidak berhati-hati, kepada zina.

Video, web dan gambar lucah hanyalah alat yang menunjukkan kehebatan dan keegoan lelaki dan merendahkan martabat wanita sebagai hanyalah simbol seks bagi orang lelaki.
Wahai semua wakil rakyat lakukan sesuatu untuk kembalikan maruah wanita yang makin tercemar. Antaranya dengan membuat dan melaksanakan undang-undang untuk jadikan Malaysia bebas dari video, web dan gambar lucah. Semua itu akan berlaku bila Malaysia bebas dari RASUAH.

Larang salur terus bantuan kepada mangsa

KOTA TINGGI: Pejabat Daerah Kota Tinggi melarang mana-mana pihak menyalurkan bantuan makanan dan keperluan terus kepada mangsa banjir kerana ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penerima.
Pegawai Daerahnya yang juga Pengerusi Bilik Gerakan Banjir Daerah berkata ketika banjir kali pertama, penyaluran terus bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan menimbulkan kekecohan di kalangan pemimpin setempat.

Ulasan: Utamakan mangsa banjir yang perlu di bantu secepat mungkin. Memang sikap pemimpin setempat negeri yang sedang membangun yang suka bergaduh daripada menolong mangsa banjir terutamanya di kalangan musuh politiknya.

Siasat pegawai PBT

SHAH ALAM: Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menghadapi kemungkinan ditukarkan berikutan isu kewujudan pusat perjudian haram berhampiran balai polis Sekinchan, baru-baru ini.
Tindakan juga mungkin dikenakan terhadap Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ kerana gagal bertindak terhadap sebuah taman tema di Pandan Perdana, dekat Ampang yang beroperasi tanpa lesen selama lapan tahun.

Ulasan: Di antara pemberi dan penerima rasuah, siapa sebenarnya menjadi lembu? Carilah kerja yang halal supaya tidak menjadi lembu dan berkat di dalam kehidupan.

Pas, Keadilan tetap pulau

RAUB: Pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan PAS yang menggelar mereka Barisan Alternatif (BA), tetap dengan pendirian untuk memulau pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam yang dijadualkan pada 28 Januari, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, menjelaskan khabar angin yang mengatakan bahawa BA akan meletakkan calon mereka pada saat-saat akhir, adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas.

Ulasan: Eloklah memulau pilihan raya itu kerana pilihan raya di Malaysia setakat ini penuh dengan penipuan dan rasuah politik. Apakah benar SPR tidak tahu sedangkan pada hal perkara itu sudah menjadi rahsia terbuka (open secret)?

Monday, January 15, 2007

Johor hampir lumpuh



JOHOR BAHRU 14 Jan. – Johor hampir lumpuh hari ini selepas kesemua lapan daerah di negeri ini ditenggelami air menyebabkan lebih 103,000 penduduk kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Ulasan: Kadang-kadang kita terlupa bahawa kita perlu taat dalam setiap masa di dalam kehidupan kita di mana saja kita berada dan perlu bergantung harap kepada Allah di zaman mana pun. Semoga kita dapat mempelajari beberapa pengajaran dari musibah yang terjadi. Antaranya ialah jangan lalai melaksanakan perintah Allah dan sentiasa bertaubat kerana ujian boleh datang dalam bentuk musibah atau kemewahan hidup.

Apakah ada sukarelawan Islam yang dapat membantu dengan cepat? Sedih rasanya bila yang membantu orang kita ialah orang lain. Kenapa tidak kita yang membantu orang lain kerana itulah di ajar oleh Islam.

China faces new syphilis epidemic

Syphilis has returned to China with a vengeance as the country undergoes rapid development and an overall change in lifestyle, researchers from the US and China say.
A report published in Friday's edition of The Lancet, a UK medical journal, said China needed urgent intervention to prevent a syphilis epidemic.
The report said contributing factors include sexual experimentation at a young age and before marriage, as well as the increasing cost of individual healthcare.
http://www.kavkazcenter.com/

Ulasan: Semua berpunca dari zina. Dalam Islam di larang berzina dan mendekati zina. Hidup lebih hebat tanpa zina.

Thursday, January 11, 2007

PAS, Keadilan boikot pilihan raya Batu Talam

KUALA LUMPUR: Barisan Alternatif (BA) menolak dan memboikot penyertaan dalam pilihanraya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam.
Keputusan itu ditegaskan dalam kenyataan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.dangan Negeri (DUN) Batu Talam.

Ulasan: Boikot pilihan raya merupakan cara untuk mempamerkan tahap demokrasi masih rendah yang berlaku di Malaysia di bawah BN/UMNO selama ini. Parti yang tak pernah kalah akan menggunakan pelbagai cara untuk menang kerana sebagai parti kerajaan mereka adalah dalam suasana yang lebih menguntungkan.

Poligami cara lelaki memuaskan nafsu - pelakon

KUALA LUMPUR: Poligami hanyalah cara untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka, kata Jajang C. Noer, pelakon filem Berbagi Suami.
“Mana mungkin wanita berkongsi cinta. Poligami hanyalah cara untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Bagi saya, lelaki yang berpoligami adalah mereka yang lemah kerana tidak tahan godaan,” katanya…(www.malaysiakita.net/)

Ulasan: Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana si suami tidak berzina kerana Islam menghalalkan poligami. Syukur juga kerana si suami tidak menyimpan gundik, callgirl, mistress atau pun pelacur. Didiklah diri dan suami supaya kuat bepegang kepada agama laksana Rasulullah s.a.w.

Teringat kata-kata Prof Syed Naquib Al-Attas : Orang yang menentang poligami adalah orang biadap terhadap Allah.

Altantuya: Anwar persoal mengapa Najib tidak disiasat

KUALA LUMPUR: Adakah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disoalsiasat mengenai pembunuhan kejam Altantunya Sharriibuu?
Persoalan tersebut dibangkitkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam sidang akhbarnya hari ini.
Menurut Anwar, Najib sepatutnya disoalsiasat oleh polis kerana wujudnya faktor-faktor yang mengkaitkan…(http://www.malaysiakita.net/index.php?option=com_content&task=view&id=243&Itemid=2)

Ulasan: Bersama-sama kita akan melihat apakah keadilan akan terserlah di Malaysia.

Bah: Sekolah rosak segera dibaiki

PUTRAJAYA: Sebanyak 108 sekolah di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak yang terbabit dengan banjir baru-baru ini mengalami pelbagai kerosakan bernilai RM14.7 juta yang memerlukan pembaikan segera.

Ulasan: Elakkan penyelewengan berlaku. Pastikan RM14.7 juta memang sampai dan di gunakan untuk baiki sekolah. Jangan terjadi bajet hebat tapi ramai memasang jala di tengah-tengah sebagai peratusan lalu hanya sedikit yang sampai dan di manfaatkan oleh sekolah-sekolah terbabit.

Wednesday, January 10, 2007

MUMBAI: Seorang pekerja sosial meminta polis mengambil tindakan terhadap pelakon seksi terkenal India, Mallika Sherawat atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh ketika membuat persembahan sempena Tahun Baru di sebuah hotel di sini, lapor India Times, kelmarin.

Ulasan: Apakah yang dapat diharapkan dari pelakon? Carilah kerja yang halal dan bermaruah.

Isu dedah kutipan tol ke Kabinet

PERSETUJUAN Kabinet diperlukan terlebih dulu sebelum syarikat konsesi lebuh raya boleh mendedahkan perolehan kutipan tol dan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya mereka, kata Menteri Kerjaraya Datuk Seri S Samy Vellu.
Beliau berkata, ketika ini butiran terperinci termasuk perolehan pemegang konsesi dimaklumkan kepada kerajaan oleh syarikat terbabit.

Ulasan: Kalau serius menjaga wang rakyat, permudahkan jalan supaya wujud ketelusan dalam kerajaan. Bukankah menteri-menteri kebiasaannya adalah wakil rakyat? Tanya hati masing-masing: Menjaga kepentingan rakyat atau menjaga kepentingan syarikat kroni?

Pembukaan hospital ditangguh enam kali

ALOR STAR: Tarikh Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Jalan Langgar di sini memulakan operasi yang sepatutnya pada akhir tahun lalu ditangguhkan sekali lagi sehingga April depan.
Alasan penangguhan kali keenam itu ialah kerana kontraktor memerlukan masa untuk menguji peralatan yang dipasang di hospital berharga RM565.5 juta itu sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.

Ulasan: Kebiasaannya pasca kontrak di tentukan bagaimana kontraktor di pilih. Adakah mengikut prosedur biasa JKR atau kontraktor tiba-tiba datang seperti Superman. Harap kontraktor melaksanakan sendiri bukan total sub-contract kerja.

Kenapa Kementerian Kesihatan membuat pertukaran skop kerja? Apakah tidak melaksanakan homework semasa menyediakan skop kerja asal.

OCPD, OCS dipanggil beri keterangan

MELAKA: Ketua Polis Daerah (OCPD) dan Ketua Polis Balai (OCS) Sekinchan dan Subang Jaya akan dipanggil untuk memberi keterangan mengenai pusat judi yang beroperasi berhampiran balai polis masing-masing.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata mereka bertanggungjawab terhadap daerah dan balai masing-masing, serta perlu tahu apa yang berlaku di kawasan masing-masing.

Ulasan: Sudah terang lagi bersuluh. Bila rasuah sudah bermaharajalela negara dalam keadaan kelam kabut, undang-undang menjadi bangkai. Pokoknya bila kita tidak bermaruah lagi untuk menerima ganjaran haram daripada penjenayah. Carilah rezeki yang halal.

Semakan tol ikut perjanjian

PUTRAJAYA: Pentadbiran sekarang tidak boleh menafikan perjanjian sebelum ini, yang dibuat kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya berhubung semakan kadar tol, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi…(BH, 10/1/07).

Ulasan: Hebat betul kerajaan BN/UMNO memegang kepada janjinya mengotakan perjanjian dokumen sulit perjanjian itu dengan pemegang konsesi walaupun rakyat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Kenapa kerajaan diberi kuasa terlalu sedikit hingga membolehkan pemegang konsesi terus mengutip tol tidak kira sama ada syarikat mengaut keuntungan atau mengalami kerugian?

Untuk menyelesaikan masalah yang akan timbul setiap tahun bila kerajaan kena tunduk kepada pemegang konsesi, eloklah dokumen perjanjian itu TIDAK di jadikan dokumen rahsia lagi supaya ketelusan kerajaan di hormati.

Ketelusan dapat mengelakkan penyelewengan wang kerajaan @ wang rakyat. Kewujudan Akta Rahsia Rasmi (OSA) bukan untuk menggalakkan penyelewangan. Tidak ada sebab mengapakah OSA di pertahankan benar-benar oleh kerajaan BN sekarang seolah-seolah ada yang tidak kena di mana-mana. Hal-hal berkaitan keselamatan negara di persetujui menjadi rahsia rasmi tetapi bukan untuk menutup penyelewengan.

Thursday, January 04, 2007

Remaja paling ramai dicekup khalwat

MELAKA: Golongan remaja menduduki carta teratas mereka yang paling ramai ditangkap khalwat di negeri ini tahun lalu iaitu membabitkan 554 kes daripada 931 kes keseluruhannya. Kebanyakan kes berkenaan berlaku kerana golongan remaja perempuan terbabit memberi alasan terlalu sayangkan kekasih selain ingin mencuba melakukan hubungan seks. Kes yang dilaporkan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) itu turut membabitkan hamil luar nikah, persetubuhan haram dan bersekediaman dengan bukan muhrim. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kes khalwat membabitkan remaja adalah di kalangan mereka yang berusia 16 hingga 24 tahun…(Harian Metro).

Ulasan: Di lakukan oleh remaja di rosakkan pemikirannya oleh orang-orang tua di dalam negara kita. Siapa orang-orang tua itu (adults)? Siapa lagi kalau bukan pengarang dan krunya dalam penerbitan majalah cabul, pelakon dan yang terlibat dalam filem cabul dan penyanyi yang mendendangkan lagu yang cabul samada di luluskan oleh kerajaan atau tidak, serta filem dan website lucah yang masih lagi diizinkan oleh kerajaan kita. Istilah cabul sengaja di gunakan kerana boleh merosakkan pemikiran remaja berkaitan seks haram.

Kalau betul sayangkan remaja kita, jangan rosakkan pemikiran mereka. Carilah pekerjaan yang lain, hidup lebih berkat. Kepada wakil rakyat lakukan sesuatu yang terbaik supaya remaja menjadi rakyat yang bertanggung jawab.

Kementerian, polis bincang isu eksploitasi kanak-kanak

K UALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bermesyuarat dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan minggu depan untuk membincangkan isu berhubung eksploitasi kanak-kanak di negara ini.

Ulasan: Bila pula semua kementerian dan polis akan bincang eksploitasi gadis dan wanita dalam berbagai aspek. Kenapa malu untuk kembalikan maruah wanita Malaysia yang merdeka?

JPA biaya yuran kursus tak kritikal

Pelajar IPT luar negara boleh mohon hingga RM200,000
PUTRAJAYA: Kerajaan kini membuka peluang kepada pelajar persendirian di institusi pengajian tinggi (IPT) luar negara yang mengikuti kursus bukan kritikal, iaitu sains sosial dan sastera ikhtisas untuk memohon skim pinjaman yuran pengajian.

Ulasan: Yang pasti pelajar Melayu di nafikan biasiswa (salah satu hak keistimewaan orang Melayu) tapi kena tanggung hutang pinjaman. Ini semua berlaku depan mata UMNO sebagai parti komponen BN terbesar yang selama ini memerintah di Malaysia. UMNO sungguh tak malu kerana masih mengaku memperjuangkan nasib Melayu. Enough is enough.

Wednesday, January 03, 2007

Dr M anggap hukuman gantung Saddam kejam

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hukuman gantung yang dilaksanakan terhadap bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pada Sabtu lalu sebagai pembunuhan di khalayak ramai yang kejam dan sadis.

Ulasan: Apa di harap jika manusia tidak mengambil Islam sebagai cara hidup harian melainkan kekejaman? Di puncak kekuasaan ramai manusia terlupa bahawa dirinya akan mati mungkin persis orang yang telah di aibkan, terseksa dan mati di bawah kekejamannya. Di manakah juak-juak dan polis rahsia dulu yang hebat? No East, No West, Islam is the Best Forever. Dalam konteks Malaysia, hapuskan ISA.

Pejuang Islam menuju sempadan Kenya

KISMAYO 1 Jan. – Para pejuang Islam meninggalkan bandar utama terakhir yang dikuasai oleh mereka pada awal hari ini dan sedang menuju ke selatan bersempadan dengan Kenya tatkala tentera kerajaan sementara yang disokong oleh askar Habsyah terus mara.

Ulasan: Selamanya puak kuffar dan munafik sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan kebenaran. Teruskan perjuangan Islam.

Kerajaan negeri mula senarai acara meriahkan TMM 2007

PULAU PINANG 1 Jan. – Tirai tahun baru yang dibuka hari ini turut menandakan bermulanya kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007) dan setiap negeri mula mengorak langkah, mencongak pelan dan menyenaraikan rancangan yang akan diambil bagi menjayakannya.
TMM 2007 yang disasar membawa pendapatan RM44.5 bilion kepada negara menerusi kehadiran 20.1 juta pelancong, akan dilancarkan dengan rasminya di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 6 Januari ini.

Ulasan: Jangan di sebabkan lapar duit pelancong kita menjadi DAYUS membiarkan budaya timur tercemar, anak gadis serta wanita Malaysia di heret ke hulu ke hilir menjadi pelayan serba serbi.
Kalau arak dan seks menjadi agenda menarik pelancong, MERDEKAkah kita?

Penurunan cukai jalan ringankan beban rakyat

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli-ahli ekonomi menyifatkan langkah kerajaan menurunkan cukai jalan bagi semua jenis kenderaan mulai hari ini dapat membantu meringankan beban rakyat.

Ulasan: Sejak bila ahli-ahli ekonomi @ pensyarah di IPTA bercakap bagi pihak kerajaan?
Penurunan cukai jalan hanya di nikmati oleh pemilik kenderaan dan hanya menjimatkan sebanyak 3 sen hingga RM2.91 sehari padahal kesan kenaikan harga barang termasuk air, petrol dan tol adalah lebih BESAR.

Kenapa penurunan cukai di anggap goodwill kerajaan kepada rakyat kerana selama ini kerajaan dan kroni mencari jalan untuk memaksa rakyat membayar dengan alasan mudah yang di canangkan selalu iaitu kalau hendak perkhidmatan yang selesa kena bayar.

Jangan terus tertipu dengan sandirawa BN/UMNO yang sanggup buat apa saja untuk menang pilihan raya. Lepas BN menang besar, poket kita telah dan akan merasa. Lagi, lagi dan lagi. Cukup rakyat kini sudah tahu apa erti MERDEKA.

Iraq di ambang perang saudara

BAGHDAD 2 Jan. – Hukuman mati yang dijalankan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein, Sabtu lalu terus memburukkan lagi ketegangan yang sedia membara antara puak Sunah dan Syiah.

Ulasan: Kita yang masih hidup kenapa mudah hendak berperang melawan sesama Islam? Musuh kita bertepuk tangan melihat yang masih tidak matang berlawan sesama sendiri. Sampai bilakah kita akan jemu masuk dalam perangkap musuh iaitu polisi pecah dan perintah. Kalau benar hebat halakan senjata orang Islam kepada musuh sebenarnya iaitu Amerika dan sekutunya.

BN mahu menang besar di Batu Talam

Najib minta ahli tak pertikai calon dipilih pucuk pimpinan

BANDAR JENGKA: Semua jentera Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam, kata Datuk Seri Najib Razak.

Ulasan: Menang besar tapi kalau tidak melaksanakan Islam apa gunanya? Semua nikmat yang di terima akan di Tanya individually di mahkamah Allah di akhirat nanti.

Mahkamah Persekutuan: Rayuan Chia ditolak

PUTRAJAYA: Rayuan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rekod prosiding dari Hong Kong digunakan dalam perbicaraan pecah amanah jenayahnya, ditolak Mahkamah Persekutuan di sini, semalam.

Ulasan: Kes pertama melibatkan orang kenamaan (high profiles)yang di bicarakan. Mana lagi 17?

Rakyat ternanti-nanti janji BN/UMNO kerana khabarnya keadilan di Malaysia tak kenal siapa: yang bersalah akan kena hukum yang setimpal.

19 akuarium Taman Ular terbiar

KANGAR: Lebih setengah juta dibelanjakan untuk menaik taraf Taman Ular dan Reptilia Perlis (TURPs) tetapi hampir semua kemudahan baru itu tidak dapat digunakan.
Sejak projek naik taraf yang menelan belanja RM777,500 itu siap sepenuhnya 31 Januari tahun lalu, sebanyak 19 akuarium yang diguna untuk menempatkan pelbagai spesies ular tidak dapat digunakan dan terbiar begitu saja.
Akuarium itu dikatakan tidak sesuai dan tidak menepati keperluan ular berkenaan apabila saluran paip dan pintu terlalu kecil selain lantai simen yang tidak rata dan boleh mencederakan kulit ular.

Ulasan: Terjawab sendiri kerja tak siap dengan sempurna sehinggakan orang awam boleh nampak sendiri. Semak cara pelantikan kontraktor samada ikut prosedur JKR. Kenapa Kementerian Pelancongan mengambil alih tugas JKR sebagai badan pelaksana projek kerajaan? Jelas penyelewengan, BPR sila siasat kes yang terlalu mudah ini.

Friday, December 22, 2006

Pertembungan angin punca hujan luar biasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan sememangnya mengetahui hujan lebat luar biasa akan berlaku di selatan Semenanjung seperti yang dialami sekarang, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani.

Ulasan: So what? Sepatutnya gerakan menyelamatkan dan membantu mangsa banjir berjalan hebat.

Hujan dan angin bisa menghancurkan negara. Sebenarnya kita kena akur bahawa kita berkuasa melawan kekuasaan Allah. Hujan dua tiga hari pun menyebabkan banjir melanda negara.

Usahakan supaya negara bebas dari segala macam maksiat. Umpamanya mutakhir pesta menyambut tahun baru 2007.

‘Tidak potong tangan’

BANDA ACEH: Calon disebut-sebut memenangi pilihan raya gabenor Aceh menyatakan beliau akan menyekat undang-undang memotong tangan pencuri jika undang-undang syariah diluluskan sebelum beliau mengangkat sumpah.
“Saya akan menyekat pelaksanaan undang-undang ini,” kata Irwandi Yusuf, bekas ketua pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang mendahului undi untuk menjadi gebenor wilayah itu menerusi pilihan raya awal bulan ini.

Ulasan: Islam yang di amalkan dan di sampaikan Rasulullah s.a.w. sudah cukup sempurna. Tak perlu di tambah dan tak boleh di kurangi. Senang saja: Just DO it. Tidak ada ertinya kalau undang-undang syariah diluluskan tanpa potong tangan. Bertanyalah kepada pakar bila kita tidak tahu. Sayangkan dan lindungi rakyat yang ramai atau pencuri?

Mutakhir
Irwandi angkat sumpah gabenor Aceh

BANDA ACEH 8 Feb. – Bekas pemimpin pemisah hari ini mengangkat sumpah sebagai Gabenor Aceh, mengukuhkan lagi perjanjian damai yang menamatkan perang selama tiga dekad.
Irwandi Yusuf, 46, yang melepaskan diri daripada penjara semasa tsunami 26 Disember 2004 mengangkat sumpah jawatan dengan menjunjung senaskhah al-Quran dan patuh kepada pancasila dan perlembagaan Indonesia...(Utusan Malaysia, 9/2/07).

Ulasan: Jangan sia-siakan harapan umat Aceh yang mahukan Islam sebagai cara hidup yang syumul.
PUTRAJAYA: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) yang akan diajarkan kepada kanak-kanak seawal empat tahun mulai tahun depan, tidak dijadikan mata pelajaran khusus. Sebaliknya, pengajaran pendidikan seks itu akan dibuat merentas kurikulum dan dimasukkan ke dalam mata pelajaran sedia ada yang akan diputuskan Kementerian Pelajaran.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya belum menetapkan subjek yang akan digabungkan dengan PKRS kerana ia akan diputuskan selepas mesyuarat bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Matlamat PKRS ialah mengatasi masalah sosial seperti sumbang mahram, rogol, menggugurkan kandungan, membuang bayi dan penularan HIV/Aids.”

Ulasan: PKRS mungkin terlupa bahawa dua lagi masalah sosial yang meruncing sekarang iaitu ZINA dan MENDEKATI ZINA. Jangan ada kementerian lain yang merosakkan anak-anak kita.