Tuesday, August 26, 2008

Pilihan raya kecil Permatang Pauh paling ganas

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai pilihan raya yang paling agresif dan ganas pernah berlaku dalam sejarah negara ini.
Katanya, ia juga merupakan pilihan raya yang luar biasa ekoran pelbagai insiden yang berlaku semasa kempen pilihan raya berlangsung sejak hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.
"Sebanyak 70 laporan polis dan 26 daripadanya sedang disiasat pihak polis sepanjang kempen berjalan. Jika ini terus berlaku, ia tidak sihat daripada segi perkembangan demokrasi kita," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya, sebahagian besar laporan yang dibuat itu adalah terhadap pihak penyokong pembangkang.
Menurutnya, antara kesalahan yang dilaporkan termasuk kekerasan, mengancam orang, menyekat orang berkempen, menjatuhkan poster dan menggunakan bahasa kesat…

Ulasan: Hadapkan siapa saja yang melanggar undang-undang negara ke mahkamah. Pak menteri tak payah cakap banyak tapi jangan zalim. Apakah ganas melebihi Ijuk atau Pendang/Lubuk Merbau?

Mesin pengimbas kawal pintu masuk negara
PUTRAJAYA 25 Ogos - Langkah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menggunakan mesin pengimbas berteknologi tinggi dari China akan meningkatkan tahap keselamatan di pintu-pintu masuk utama negara sekali gus mencegah kegiatan penyeludupan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keberkesanan mesin pengimbas yang mempunyai keupayaan pengimejan tinggi turut mampu meningkatkan hasil pendapatan negara…

Ulasan: Semoga kegiatan penyeludupan dapat di banteras. Jangan hanya menghabiskan duit rakyat membeli-belah peralatan canggih. Bagaimana dengan hati yang masih mencintai rasuah yang melanda sebahagian dari penguatkuasa di negara ini? Kalau rasuah berleluasa, towkey yang selalu merasuah senyum sahaja kerana perniagaannya tak pun terjejas.

Rajagopal mahu cipta rekod memandu secara mengundur
JOHOR BAHRU 25 Ogos - Setelah menjalani latihan selama lima tahun, I. Rajagopal (gambar), 54, kini yakin untuk mencipta rekod tersendiri memandu secara mengundur.
Tekadnya untuk menjadi rakyat Malaysia pertama berbuat demikian semakin bersemarak menjelang ulang tahun ke-51 Hari Kemerdekaan negara yang akan disambut Ahad ini…

Ulasan: Boleh sekiranya mahu.

13 pekerja asing cedera jatuh kondo
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Seramai 13 pekerja warga Bangladesh cedera termasuk tiga daripadanya parah setelah terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan kondominium yang dalam pembinaan di Jalan UK 1/3 Ukay Perdana 2 dekat sini petang ini.
Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika pekerja terbabit sedang melepa simen pada tiang perancah yang sedang dipasang apabila ia tiba-tiba runtuh menyebabkan kesemua mereka terjatuh…

Ulasan: Berfikirlah dan laksana sesuatu mengenai keselamatan sebelum terjadi risiko dan kita sudah jatuh ke bawah. Jangan hanya kelas pertama dari kemudahan infrastruktur tapi jauh dari mengamalkan budaya keselamatan dalam hidup kita.

Poligami mampu lanjut usia: Kajian
LONDON: Satu penyelidikan terbaru mendapati bahawa cara paling berkesan untuk memanjangkan usia bagi lelaki bukanlah senaman atau diet rendah lemak, tetapi berkahwin lagi.
Kesimpulan itu adalah hasil kajian yang mendedahkan bahawa lelaki yang hidup di dalam budaya mengamalkan poligami lebih panjang usianya berbanding mereka yang hanya mempunyai seorang isteri.
Ahli ekologi Universiti Sheffield, Virpi Lummaa, berkata selepas menilai perbezaan sosioekonomi, kajian beliau mendapati lelaki berusia lebih 60 tahun di 140 negara mengamalkan poligami mempunyai jangka hayat 12 peratus lebih panjang berbanding lelaki di 49 negara yang tidak mengamalkan poligami…

Ulasan: Lebih indah kalau hidup ini mentaati Allah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w.

Najib lafaz sumpah tidak kenal Altantuya
BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) malam ini melafazkan sumpah di depan jemaah Masjid Guar Perahu di sini bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya.
‘‘Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” kata Timbalan Perdana Menteri.
Pada majlis itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi yang turut berucap berkata: “Sumpah Datuk Seri Najib benar dan diakui Datuk Seri Najib tiada kaitan dengan Altantuya.”…

Ulasan: Rakyat lebih berhajat untuk melihat Datuk Seri dan Datuk serta sesiapa yang ingin membersihkan diri supaya dengan rela hati pergi ke mahkamah untuk memberi keterangan. Lagi pun kes pembunuhan Altantuya sedang berlansung sekarang. Rakyat tertanya-tanya apa akan jadi bila Malaysia menjadi Darul Sumpah pada hal kes jenayah tak mengurang pun (semak dengan PDRM).

Friday, August 22, 2008

Penahanan dua Exco tiada motif politik

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mempunyai sebarang motif politik termasuk berkaitan dengan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Timbalan Perdana Menteri berkata, penahanan kedua Exco itu dilakukan oleh BPR setelah agensi penguat kuasa itu berpuas hati atas siasatan yang dijalankan…
&
Bukan motif politik – Nazri
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan sekeras- kerasnya penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak yang disyaki terlibat rasuah mempunyai motif politik dan dirancang oleh UMNO…
&
BPR ada bukti kukuh tahan 2 Exco
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak menahan dua Exco Kerajaan Negeri Perak kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah dan bukannya konspirasi politik atau badan itu bersekongkol dengan mana-mana pihak.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menegaskan, BPR mempunyai bukti kukuh dalam kes itu malah suspek ditangkap ketika satu urusan penyerahan sejumlah wang sedang dijalankan.
Oleh itu katanya, kes itu adalah jenayah rasuah yang benar-benar berlaku dan bukannya dirancang untuk memenuhi tuntutan politik pihak tertentu.
“Saya dukacita kerana BPR dituduh berkonspirasi dan sekongkol dengan parti pemerintah. Kes ini benar-benar berlaku, bukan cubaan (dirancang) lagi.
“Apabila tangkap orang dia (parti pembangkang), mereka bising. Mereka janji nak hapus rasuah, sepatutnya bantulah kita, bukan tuduh perkara yang negatif.
“Takkan wang dah diterima, kita minta tunggu dulu (tangkap) kerana pilihan raya kecil, aduan sudah diterima, BPR perlu bertindak,” katanya di sini hari ini…
&
Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak
PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Iklan
Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.
Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.
Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.
Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya…

Ulasan: Hanya masa yang menentukan kebenaran lirik mudah lagu kanak-kanak yang di ubahsuai: Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri. Kalau menteri dari BN, susah sikit hendak percaya kerana pengalaman lama mengajar rakyat. Jadi kakitangan kerajaan tapi jangan ikut kerenah BN/UMNO.


Penulis blog jangan melampau
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Penulis-penulis blog di negara ini diminta jangan melampaui batas dan berhenti menyebarkan penulisan berbentuk hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman negara.
Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, penyebaran anasir-anasir jahat itu jelas menunjukkan bahawa sikap golongan berkenaan kini semakin melampau sehingga ada yang berani menyampaikan hasutan negatif yang menghina negara sendiri.
"Setiap apa yang ditulis atau diterbitkan oleh seseorang itu sebenarnya tertakluk kepada undang-undang, antaranya undang-undang jenayah, hasutan, penerbitan dan sebagainya.
"Namun, apa yang dikesali, segelintir daripada mereka ini sengaja mencabar kewibawaan pihak berkuasa dan undang-undang sedia ada. Ini kerana mereka berpegang kepada status kebebasan menulis, " katanya.
Sementara itu, tokoh akademik, Tan Sri Ainuddin Wahid berpendapat, tindakan golongan tersebut yang menyalahgunakan medium penulisan untuk tujuan jahat merupakan perbuatan yang sukar dimaafkan lebih-lebih lagi apabila membabitkan maruah negara…

Ulasan: Kebanyakan penulis blog menulis bukan kerana nama tapi untuk mempertahankan negara ini dari terus di jajah BN/UMNO yang tidak sukakan pilihan raya yang adil dan bebas.

Pertahan kemerdekaan negara - Anak Merdeka
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Generasi muda yang dilahirkan selepas 1957 diingatkan bahawa cabaran paling besar yang perlu mereka galas ialah mempertahankan kemerdekaan negara daripada ancaman luar terutama ketika negara berdepan dengan pelbagai cabaran.
Sehubungan itu, anak merdeka, Mat Merdeka Embun, 51, berkata, generasi muda sekarang perlu membentuk disiplin yang tinggi bagi mempertahankan diri mereka serta negara agar tidak mudah dipengaruhi anasir luar.
"Bagi generasi muda, mereka harus kenang jasa pejuang-pejuang terdahulu dan tidak harus leka atau lalai dengan apa yang telah dicapai negara sekarang.
"Tiada gunanya kita berteriak Merdeka! Merdeka! tetapi tidak faham bagaimana negara kita mencapainya. Justeru, selaku rakyat Malaysia, mereka perlu menjaga semangat perpaduan serta persaudaraan supaya kesejahteraan hari ini dapat dikekalkan,'' katanya…

Ulasan: Secara ringkasnya kerajaan (iaitu Parti Perikatan yang kemudian di tukarkan namanya menjadi Barisan Nasional) yang sama memerintah dari mula merdeka sampai sekarang. Mereka yang di beri penjajah Inggeris untuk mentadbir negara dan merekalah juga yang mendidik rakyat supaya mengagungkan hedonisme dan hiburan supaya rakyat tidak mengambil berat tentang politik negara kita lantas mereka memperkayakan diri sendiri, sanak saudara dan kroni melalui jalan yang tidak sah..

9,000 pesilat lincah diseru sokong calon BN
BUKIT MERTAJAM 21 Ogos – Seramai 9,000 ahli Seni Silat Lincah Malaysia yang bermastautin di sekitar Parlimen Permatang Pauh diseru memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah pada pilihan raya kecil kawasan itu, 26 Ogos ini.
Pengerusi Majlis Tertinggi Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju berkata, sebagai pertubuhan silat yang memayungi ahli-ahli gabungan persilatan di negara ini, sokongan dan perjuangan harus diberikan kepada kerajaan yang telah memberi keselesaan kepada penduduk.
Sehubungan itu, katanya, beliau mahu semua ahli Seni Silat Lincah yang berada di Permatang Pauh menyokong dan mengundi calon BN berkenaan…

Ulasan: Kerajaan BN/UMNO akan memerintah dengan sombong sekiranya mendapat sokongan padu dari rakyat. Penyelewengan dan rasuah akan menjadi. Dalam era sedemikian, wajarkah kita menyokong kezaliman dan meninggalkan kebebasan dan keadilan? Wahai pesilat, jadilah pejuang yang membela kebenaran dan keadilan.

Isu Anwar: Ustaz Sallehan akan saman Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mokhyi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana memutar belit dan mengubah kenyataan beliau berhubung perakuan sumpah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Utusan Malaysia pada Khamis, 21 Ogos, melaporkan; "Dewan Pemuda Pas Selangor mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat jika beliau di pihak yang benar.
Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, ia merupakan langkah terbaik bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya."
Merujuk laporan tersebut Ustaz Sallehen berkata beliau langsung tidak ada menyebut perkataan mencabar Anwar supaya bersumpah tetapi hanya memberi pandangan sumpah itu merupakan hak Anwar.
Katanya, Anwar tidak perlu bersumpah kerana dalam kes tuduhan meliwat tidak ada tuntutan syariah untuk melakukan perkara tersebut.
"Sumpah hanya berlaku dalam kes lian (suami isteri) dan sumpah yang dilakukan oleh pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak ada dalam kaedah syariah," tegasnya.
Tambah beliau, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah kerana itu merupakan hak peribadi beliau…

Ulasan: Utusan Malaysia akan berubah perangai apabila Malaysia di perintah oleh parti selain BN/UMNO yang cintakan kebebasan dan keadilan. Bila PM dan menteri-menteri sudah jadi baik, yang lain pun lebih mudah jadi baik. Saman Ustaz saman.

Wednesday, August 20, 2008

Permatang Pauh bukan penentu laluan pembangkang ke Putrajaya (?)

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya kemenangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini bukan sahaja akan membawa beliau kembali ke arus perdana politik tanah air tetapi akan merintis jalan kepada gabungan pembangkang menawan Putrajaya.
Mereka yakin jika Anwar berjaya di Permatang Pauh, ia mampu menggugat kerajaan sedia ada dan membuka laluan untuk gabungan PKR, DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat melangkah ke satu era baru.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Permatang Pauh bukan pilihan raya biasa atau sama seperti mana-mana pilihan raya kecil yang lain sebelum ini, sebaliknya ia membuka harapan baru untuk pakatan itu membentuk apa yang dikatakannya sebuah kerajaan yang benar-benar mewakili rakyat berbilang kaum dan agama…

Ulasan: Kalau BN menang, akan bertambahlah kesombongan BN dalam memerintah negara kerana kehebatannya mengalah tokoh negara di kawasan kampungnya sendiri. Tetapi tidak akan akan ada perubahan ketara dan negara menjadi semakin lemah. Tapi kalau Anwar menang, terima kasih setingginya kepada rakyat Permatang Pauh yang menghantar tokoh ke parlimen yang akan bersuara bagi pihak rakyat. Kenapa BN/UMNO takut dengan Anwar di parlimen. Ini semata-mata kerana Anwar mempunyai visi yang lebih baik daripada BN/UMNO, bukan untuk memperkayakan diri dan kroni tapi untuk mempastikan keadilan merata. Kalau Anwar tidah melaksanakan janjinya, pilihan raya lain kali jangan berikan undi kepadanya.

Peruntukan RM1.2 juta untuk sekolah Cina bukan untuk pancing undi
PP: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini berkata peruntukan berjumlah RM1.2 juta yang diluluskan kementerian itu untuk enam sekolah Cina di Permatang Pauh adalah 'kebetulan' dan tiada kena-mengena dengan pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu.
Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu Datuk Arif Shah Omar Shah…(Bernama, 20 Ogos 2008).

Ulasan: Ini adalah contoh bagaimana BN menggunakan taktik lamanya untuk merasuah pengundi. Ingat lagi berbagai limpahan projek berlaku sewaktu kempen pilihan raya kecil Ijuk dengan izin SPR?

Polis akan tangkap mereka yang bertindak sendiri
PP: Polis menerima maklumat wujudnya usaha pihak tertentu menakut-nakutkan pengundi di Permatang Pauh di sini bagi menghalang mereka keluar mengundi pada 26 Ogos ini. Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Supt Shaharon Anuar Abdul Latif berkata maklumat itu diperoleh hasil daripada risikan dan pemerhatian pihaknya…(Bernama, 20 Ogos 2008).

Ulasan: Sesiapa pun yang melanggar undang-undang, polis di alukan menangkap mereka dan hadapkan di mahkamah.

Gesaan semak kuota Bumiputera timbul semula
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) berharap kerajaan akan menyemak semula dasar Kuota Bumiputera untuk tidak melebihi 30 peratus bagi memberi rangsangan kepada sektor perumahan.
Ketika ini, kuota Bumiputera adalah antara 30 peratus hingga 70 peratus, sebagai contoh di Selangor, kadarnya adalah 50 peratus manakala di Johor pula 40 peratus.
Pengerusinya Datuk Michael K C Yam berkata, REHDA juga mahu mekanisme pengeluaran kuota Bumiputera diseragamkan, disusun dan telus…

Ulasan: Kita kena akui peranan kerajaan sangat penting untuk kesejahteraan rakyat dalam janggka masa yang panjang. Kalaulah hanya mengikut kuasa pasaran bererti negara akan kacau satu masa nanti. Selalunya pemaju terlupa hal ini.

2 Exco Perak antara 6 di tahan BPR
KUALA LUMPUR 20 Ogos – Dua Exco Kerajaan Perak merupakan antara enam orang yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.
Lima suspek berusia 45 hingga 57 tahun ditahan pukul 6 petang semalam hasil maklumat orang ramai manakala seorang lagi anggota Exco itu ditahan pukul 10.30 pagi ini.
Tiga daripada suspek termasuk anggota Exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM105,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta…

Ulasan: Tangkap dan hadapkan ke mahkamah kalau mereka bersalah. Kenapa kita terikut-ikut dengan budaya rasuah yang di amalkan selama ini oleh orang politik dari BN/UMNO? Ke arah negara rasuah sifar.

Hanya 0.1 peratus pekerja Indonesia dianiaya majikan
KUCHING 19 Ogos - Hanya 0.1 peratus daripada 200,000 warga negara Indonesia yang bekerja di negeri ini didapati dianiaya oleh majikan mereka.
Konsulat Jeneral Indonesia di Malaysia, Bambang Prionggo berkata, kira-kira 99 peratus rakyat negara itu di Sarawak bekerja di ladang-ladang serta kilang…

Ulasan: Jangan terlena dengan statistik. Seorang pun yang di aniaya majikan, sepatutnya kita menganggap sebagai too much. Kenapa manusia menganiayakan orang lain semata-mata kerana menganggap diri kita lebih?

Hospital cuai, wanita hilang payu dara
TOKYO 19 Ogos - Seorang wanita kehilangan payu dara kirinya, akibat kecuaian sebuah hospital di Jepun yang melakukan pembedahan kanser payu dara ke atasnya, setelah sampel rawatan wanita itu bercampur dengan pesakit-pesakit.
"Kami kesal dengan kejadian itu kerana menyebabkan pesakit terpaksa menanggungnya.
Kami akan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara tersebut tidak berulang lagi," kata Pengarah Hospital Besar Saiseikai, Tatsuya Itoshima, pada sidang media…

Ulasan: Kelalaian manusia boleh berlaku kalau tidak berhati-hati.

Presiden Turki ampun bekas PM
ANKARA 19 Ogos - Presiden Turki, Abdullah Gul hari ini membebaskan bekas Perdana Menteri, Necmettin Erbakan, 82, yang digulingkan pihak tentera kerana terlalu berprinsipkan Islam, dari tahanan rumah.
Abdullah yang pernah menjadi menteri di bawah pemerintahan Necmettin di bawah Parti Kebajikan Islam, menjelaskan bahawa pengampunan diberikan kerana keadaan kesihatan beliau yang semakin uzur…

Ulasan: Maafkanlah orang lain sewaktu kita masih berkuasa.

Tuesday, August 19, 2008

Pervez Musharraf letak jawatan

ISLAMABAD 18 Ogos – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf hari ini mengumumkan peletakan jawatannya selepas sembilan tahun memegang kuasa bagi mengelakkan prosiding pendakwaan di Parlimen.
Bekas ketua tentera tersebut yang merampas kuasa pada 1999 menghadapi tekanan hebat daripada kerajaan campuran untuk meletakkan jawatan sebelum ia melancarkan prosiding pendakwaan pertama dalam sejarah 61 tahun negara itu.
“Setelah mengkaji situasi dan berunding dengan penasihat undang-undang dan sekutu politik, atas nasihat mereka saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya dengan wajah muram dalam ucapan di televisyen ke seluruh negara.
Beliau berkata, masa depannya kini terletak di tangan rakyat…

Ulasan: Akhirnya Musharraf terpaksa mengaku, masa depannya kini terletak di tangan rakyat. Dulu dialah ketua tentera kemudian menjadi Presiden. Ramai yang tidak menyedari bahawa rakyat adalah hakim negara. Bila rakyat sudah marah dan kecewa dengan tindakan kerajaan, tidak ada senjata milik polis dan tentera dapat mengalahkan rakyat.

Dakyah Anwar jadi PM tidak akan berhasil - Najib
BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi Parlimen Permatang Pauh supaya jangan sesekali terpedaya dengan dakyah Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemenangannya di Parlimen itu akan membawa beliau mengetuai kerajaan…

Ulasan: Pemimpin masa depan mesti ada visi. Kalau Anwar menang di Permatang Pauh dan seterusnya jadi PM, tahniah kita ucapkan kepada pengundi Permatang Pauh kerana telah menghantar anak tempatan untuk menggantikan PM yang begitu lemah sekarang.

Selatan Filipina bergolak semula
ILIGAN, Filipina 18 Ogos - Sekurang-kurangnya 28 penduduk terbunuh dan tiga anggota tentera cedera selepas pejuang pemisah melancarkan serangan di wilayah selatan negara ini…
&
Arroyo arah tentera pertahan setiap inci bumi Filipina
MANILA 18 Ogos - Presiden Filipina, Gloria Arroyo hari ini mengarahkan pihak keselamatan "mempertahankan setiap inci" wilayah negara ini daripada pejuang pemisah Islam yang melancarkan serangan mengejut. Setakat ini, 16 penduduk dikhuatiri terkorban.
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF telah menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan kerajaan pada 2003, bagi memberi laluan ke arah mewujudkan rundingan damai. Bagaimanapun, Mahkamah Agung dua minggu lalu telah membatalkan perjanjian itu yang memberi hak autonomi kepada MILF. MILF telah melancarkan gerakan bagi mendapatkan wilayah sendiri di Mindanao sejak 1978…
&
MILF isytihar perang habis-habisan
MANILA 20 Ogos – Komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Abdurahman Macapaar hari ini mengisytiharkan “perang habis-habisan” menentang kerajaan.
Beliau yang turut dikenali sebagai Komander Bravo berkata, pejuang mujahidin MILF bersedia untuk mati dalam pertempuran dengan tentera kerajaan.
Menurut Abdurahman, pejuang “mujahidin” MILF yang marah dengan kegagalan kerajaan menandatangani perjanjian penyerahan wilayah…

Ulasan: MILF telah di khianati oleh Kerajaan Filipina apabila Mahkamah Agung dua minggu lalu telah membatalkan perjanjian itu yang memberi hak autonomi kepada MILF.
Lawan tetap lawan. Semoga cita-cita MILF tercapai.

Singapura cadang longgar pengharaman filem politik
SINGAPURA, 18 Ogos - Singapura bercadang untuk melonggarkan peraturan berhubung pengharaman ke atas filem politik dan demonstrasi, berikutan kemajuan industri video dan Internet yang menjadi medium untuk meluahkan perasaan, kata Perdana Menterinya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
''Kita perlu membenarkan video politik tetapi dengan sedikit kawalan,'' kata Lee Hsien Loong dalam siaran televisyen yang dirakamkan semalam…

Ulasan: Semoga rakyat Singapura hidup menepati istilah merdeka.

PM mahu selesai lima perkara sebelum berundur
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau memberi tumpuan untuk menyelesaikan lima perkara utama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sebelum berundur pada tahun 2010.
Menurutnya, isu itu membabitkan pembasmian kemiskinan, meningkatkan prestasi syarikat milik kerajaan (GLC), menggerakkan sektor pertanian dan industri asas tani, penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan serta pembangunan infrastruktur insaniah…

Ulasan: Eloklah turun dari menjadi PM sebelum kroni menjadi kaya. Jangan sampai rakyat meluat...

Anwar akui tidak mampu tanggung perbelanjaan penyokong

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai dana yang cukup bagi menaja makan dan minum para penyokongnya yang hadir pada setiap ceramahnya.
“Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu...Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah,” katanya kepada kira-kira 100 orang di ceramahnya di Kampung Belah Dua, di Permatang Pauh di sini malam tadi…

Ulasan: Susahnya menjadi pembangkang kerana kita memang tidak berduit. Satu-satunya aset kita ialah kehendak kita untuk melihat negara bebas dari kezaliman dan kronisme BN. Jiwa merdeka itulah yang menyebabkan negara terjajah dulu menjadi merdeka. Lawan tetap lawan untuk keadilan merata dan hapuskan rasuah di negara ini.

Jangan biadap
BUKIT MERTAJAM 17 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas pembangkang yang bersikap biadap terhadap pemimpin UMNO dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sikap berkenaan melambangkan imej pembangkang yang tidak berbudi bahasa dan akan diamalkan jika diberi peluang memerintah negara...

Ulasan: Semua media yang di punyai oleh kroni BN biasanya di dalam kempen pilihan raya kecil akan melaporkan kejahatan penyokong pembangkang. Kepada polis sila bertindak profesional dan tangkap siapa sahaja yang melanggar undang-undang negara kita. Tapi banyak foto di dalam internet menggambar penyokong BN/UMNO yang beraksi lucah...

Jangan perleceh sumpah Saiful - PM
BUTTERWORTH 17 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya Mohd. Saiful Bukhari Azlan tentunya menyedari balasan Tuhan terhadap sumpah yang dilafazkannya jika beliau berbohong bagi membuktikan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, sumpah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu Jumaat lalu merupakan pilihan Mohd. Saiful sendiri yang tidak boleh dipaksa…

Ulasan: PM jadi jurucakap Saiful? Cadangan supaya bermubahalah dicetuskan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada bulan Julai lalu rupanya terhad penggunaannya iaitu kes li’an (bila berlaku si suami menuduh isterinya berzina) sahaja dan tidak boleh di gunakan di dalam kes jenayah. Dalam kes jenayah, prosidur jenayah biasa di ikuti. Tanyalah pakar syari’ah supaya lebih jelas.

Nota: Saiful Harus Kemuka Keterangan Di Mahkamah Bukan Di Tempat Awam - Persatuan Peguam Syarie
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang. Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah…(BERNAMA).

Raja Petra boneka - Shafee
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Peguam terkenal Datuk Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin sebagai boneka kepada individu tertentu dalam propaganda perjuangan politik mereka.
Beliau turut menyifatkan Raja Petra seorang yang pengecut kerana tidak dapat mempertahankan diri dalam menyelesaikan kesnya di mahkamah dan sentiasa berselindung di sebalik kesalahan yang dilakukan…

Ulasan: Pelik juga kenapa peguam terkenal (?) terpaksa turun membuat sidang akhbar seolah memohon rakyat mendengarnya. Jangan-jangan sudah hilang kepercayaan kepada mahkamah di negara ini? Datuk saman saja Raja Petra itu, biar rakyat lihat Datuk dan Raja bersilat dalam mahkamah.

Friday, August 15, 2008

Calon BN mampu tewaskan Anwar - PM

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah untuk menumbangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos ini.
Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin tempatan Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya mempunyai pengaruh dan populariti tersendiri, khusus di kalangan penduduk kawasannya…

Ulasan: Apa ertinya bila calon BN berjaya tewaskan Anwar? TAHNIAH kepada rakyat yang membuat pilihan untuk hidup di bawah pemerintahan BN/UMNO yang selama ini telah menyebabkan berleluasanya budaya rasuah dan penyelewengan kerana terlalu lama memerintah di negara ini dan ramai pemimpinnya dalam berbagai peringkat terlibat membolot kekayaan negara melalui cara yang tidak sah. Apakah kita menolak keadilan untuk di kecap oleh semata-mata kerana kita cintakan kezaliman?

Minyak dijangka turun
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kerajaan berharap trend penurunan harga minyak dunia berterusan supaya harga bahan api itu di pasaran tempatan dapat dikurangkan pada kadar yang lebih rendah berbanding sekarang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pada ketika ini trend tersebut memberi satu harapan baru kepada kerajaan untuk menurunkan harga minyak sekali gus mengurangkan bebanan hidup rakyat…

Ulasan: Bila nak naikkan harga minyak, boleh di lakukan cepat. Tapi bila nak turunkan harga, kenapa tidak boleh cepat? Jangan sibuk cakap saja, kena laksanakan. Khabarnya Singapura sudah turunkan harga minyak beberapa kali mengikut trend harga minyak dunia. Apakah kerana pemikiran masih belum di luar kotak yang ada pada pemimpin di negara sedang membangun walaupun hendakkan sangat menjadi maju?

Wednesday, August 13, 2008

Usah main politik wang: Pak Lah

SERDANG: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli Umno tidak terbabit dalam politik wang dan meminta yang melakukannya segera menghentikan perbuatan berkenaan. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno turut mengingatkan ahli tidak tersilap memilih pemimpin yang menggunakan politik wang kerana ia akhirnya akan merugikan diri sendiri dan perjuangan parti. Beliau berkata, tiada makna sokongan dan kemenangan yang diperoleh menggunakan politik wang…

Ulasan: Dalam keadaan nazak pun, UMNO tidak berupaya meninggalkan politik wang @ rasuah sesama sendiri. Mungkin kerana terlalu biasa mengamalkan kerana terlalu lama memerintah. Alah bisa bila sudah terbiasa. Apa khabar BPR, sudah menyiasat Pak Lah dan Najib? Bukan setakat siasat tapi bawa ke mahkamah untuk mendapat hukuman yang adil. Selamat tinggal BN/UMNO.

BPR boleh siasat UMNO
SERDANG 12 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dibenarkan untuk menyiasat kes-kes tertentu membabitkan politik wang pada pemilihan UMNO sekarang.
Bagaimanapun, Presiden UMNO berkata, ia hanya membabitkan kes yang memerlukan campur tangan badan itu dan bukan kesemua aduan membabitkan politik wang…

Ulasan: Siasatlah bila siapa saja sama ada individu, pertubuhan atau syarikat melanggar undang-undang negara.
Bukan setakat siasat tapi membawa ke mahkamah untuk mendapat hukuman yang adil.

BN mampu atasi Anwar
BUKIT MERTAJAM 12 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yakin Barisan Nasional (BN) mampu memberi tentangan hebat kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berdasarkan kepada semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh ahli UMNO bahagian berkenaan. Menurut beliau, dengan adanya semangat perpaduan itu, BN mampu mengatasi Anwar dan merampas kembali Parlimen Permatang Pauh yang sebelum ini menjadi milik parti tersebut…

Ulasan: Kepada Pakatan Rakyat: Jangan over confident. Usaha semampu yang mungkin kemudian kita berdoa mengharapkan kepada Allah untuk mengalahkan BN/UMNO yang terkenal dengan keangkuhannya selama ini.

Lima hentian bas tumpuan 'ulat'
KUALA LUMPUR: Lima perhentian bas di negara ini iaitu Hentian Puduraya dan Hentian Putra di ibu negara; Terminal Larkin (Johor); Hentian Alor Setar (Kedah) dan Butterworth (Pulau Pinang) menjadi pusat tumpuan ‘ulat’ menjual tiket haram pada musim perayaan.
Perkara itu didedahkan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) yang mahu kerajaan mengambil langkah berkesan untuk mengatasi masalah itu bagi mengelakkan pengguna teraniaya dan imej pengusaha bas tercalar...

Ulasan: Bila rasuah bermaharajalela di mana-mana, seolah-seolah sudah tidak ada undang-undang. Kita yang bersusah-payah menyediakan peraturan dan kita jugalah yang tidak menjalankannya kerana ada antara kita yang jatuh cinta dengan rasuah. Siapakah kita? Hamba kepada siapa?


Pelajar kolej bantah potongan 'keterlaluan' PTPTN
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kira-kira 1,000 penuntut kolej kejururawatan dan kesihatan swasta di sini berpiket bagi membantah pemotongan baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang terlalu tinggi dan tidak munasabah.
Mereka melahirkan rasa tidak puas hati terhadap jumlah baki yang diterima selepas dipotong untuk pembayaran yuran pengajian mereka di kolej berkenaan kerana ada penuntut mendakwa hanya tinggal RM10 dalam akaun bank.

Ulasan: Bila rundingan gagal terhadap agensi yang sepatutnya menolong rakyat menjadi zalim, gunakan kaedah lain asalkan tidak menjejaskan keamanan negara.

Anggota tentera udara diharam minum arak
BEIJNG 12 Ogos – Pihak berkuasa tentera China buat pertama kalinya mengeluarkan arahan melarang anggota tentera udaranya minum arak pada waktu makan tengah hari.
Rasional di sebalik pengharaman itu bagaimanapun tidak dijelaskan.
“Arahan ini bertujuan mengenakan kawalan lebih ketat ke atas anggota tentera menurut lunas undang-undang dan memelihara imej tentera udara menerusi langkah ketat,” menurut laporan agensi berita Xinhua, memetik sumber tentera sebagai berkata.

Ulasan: Arak ibu segala maksiat...

Detik hitam politik Thaksin
BANGKOK 12 Ogos - Keputusan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra untuk hidup dalam buangan di Britain menandakan detik hitam dalam kerjaya politik beliau tetapi boleh membuka peluang kepada sekutu dan musuh beliau untuk membaiki keretakan dalam masyarakat.
Thaksin semalam mengesahkan khabar angin pada hujung minggu apabila beliau mengingkari perintah untuk hadir di mahkamah dan sebaliknya terbang ke Britain…

Ulasan: Malunya diri kerana melanggar undang-undang sendiri.

Tuesday, August 12, 2008

Ghani: Society losing trust in politicians

(The Star) - Erosion of integrity can be seen in various fields here, including among state leaders, said Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
In the era of globalisation, where economic and technological development are important, the value of integrity of people is challenged,” he said at the launch of the Political Integrity Forum involving state assemblymen here recently.
He said that society was losing its trust for politicians.
Abdul Ghani said that politicians should serve with honesty, sincerity, patience, dedication and responsibility without corruption…

Ulasan: Rasuah berkembang dan berleluasa di negara ini kerana BN/UMNO berkuasa terlalu lama. Kalau sayangkan BN/UMNO, dalam pilihan raya akan datang, kita terpaksa merehatkan BN/UMNO untuk bertukar kelakuan yang lebih wajar pada zaman rakyat sudah sedar siapa yang terhutang budi. Kerajaan atau rakyat?

7 agensi kerajaan guna GIRN
SEMPORNA 11 Ogos - Tujuh agensi penguat kuasa akan menggunakan Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) dalam setiap operasi yang dijalankan di seluruh negara mulai akhir tahun ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penggunaan rangkaian komunikasi lebih meluas itu memudahkan agensi-agensi terbabit bertukar- tukar maklumat dan data.
"Buat permulaan GIRN digunakan oleh tujuh agensi utama dan diperluaskan lagi pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pulau Danawan dan menyaksikan demonstrasi taktikal di Pulau Siamil, dekat sini, hari ini.
Difahamkam agensi terbabit adalah Kastam Diraja, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna…

Ulasan: Tahniah kerana memungkinkan penggunaan teknologi modern dalam negara kita.
Walaubagaimana pun penggunaan teknologi mutakhir sekali pun tidak akan mengurangkan jenayah dan penyelewengan bila rasuah bermaharaja lela. Ke arah negara kita yang rasuah sifar.

'Politik wang semakin berleluasa'
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik mengakui Umno sememangnya dalam zon membimbangkan berikutan berleluasanya rasuah politik, termasuk yang berlaku pada mesyuarat peringkat cawangan yang berjalan sekarang.
Mereka menyifatkan masalah itu berlaku kerana Umno sendiri menyempitkan amalan demokrasi seperti sekatan untuk ahli bertanding jawatan tertentu dan mengenakan kuota untuk membolehkan bertanding bagi jawatan tertentu…

Ulasan: Umno ialah parti terbesar telah memerintah negara ini sejak merdeka lagi. Awalnya bersemangat untuk mendapat merdeka dan bersemangat kebangsaan membela orang Melayu. Kekuasaan yang agak lama telah merosakkan Umno secara perlahan-lahan kerana terheret dengan gejala rasuah yang kebanyakkan di beri @ di umpan oleh usahawan bukan Melayu. Dan rasuah telah saling memperkukuhkan kekuasaan Umno dan kronisme. Akhirnya berleluasanya rasuah politik di kalangan pemimpin Umno terutama untuk memilih ketua di peringkat cawangan. Kerana rasuah Umno akan lenyap akhirnya.

Wakaf cara adil ganti kapitalis
JOHOR BAHRU: Wakaf bukan saja berperanan dalam kemajuan ekonomi sesebuah negara, malah menjadi mekanisme terbaik untuk memastikan pengagihan kekayaan secara sekata di kalangan orang ramai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata wakaf yang menjadi sistem ekonomi alternatif juga mampu meningkatkan tahap kesediaan ummah untuk bersatu serta bekerjasama bagi mencapai kekuatan dan kestabilan ekonomi di kalangan masyarakat…

Ulasan: Jangan hanya bercakap, kedudukan PM ialah merealisasikan keindahan dan keadilan Islam.

Guaman percuma untuk kes gantung tak bertali
GUA MUSANG: Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kelantan kini menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan isteri di negeri ini yang menjadi mangsa ditinggalkan suami secara gantung tak bertali sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusinya, Senator Wan Hazani Mohd Noor, berkata khidmat itu bagi membela wanita terbabit mendapatkan haknya terutama perceraian secara sah bagi memudahkan mereka meneruskan kehidupan termasuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain…

Ulasan: Kalau sudah merasakan tidak sesuai lagi untuk hidup bersama, lepaskanlah ikatan pernikahan dengan menceraikan isteri bukan dengan menyiksanya dengan gantung tak bertali. Itulah ajaran agama. Di waktu suka dan marah kita perlu mengikut agama bukan nafsu.

Guna ISA atau Akta Hasutan terhadap Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kerajaan diminta bertegas menggunakan sepenuhnya Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Majlis Peguam yang menganjurkan forum bertajuk Memeluk Islam sehingga mencetuskan kekecohan.
Pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dihubungi di sini hari ini bersetuju agar kedua-dua akta itu digunakan kerana sikap berlembut dan toleransi yang diambil kerajaan dalam isu sensitif keagamaan dan perkauman boleh membahayakan perpaduan kaum di negara ini…

Ulasan: Haramkan ISA di negara kita. Kalau benar ada kes, dakwa di bawah Akta Hasutan.

Lans Koperal saksi kes dadah ditemui mati
JOHOR BAHRU 10 Ogos – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang disiasat berhubung kes kehilangan dadah di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian kanan kepalanya.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mangsa merupakan antara 52 individu yang diambil keterangan bagi membantu siasatan kes kehilangan dadah di IPK Johor.

Ulasan: Dadah RM1juta atau RM48juta menyebabkan seorang Islam mati. Sila siasat dan kalau perlu rakyat lebih rela ramai lagi polis kita mati daripada penjenayah berleluasa di negara ini. Khabarnya ada penjenayah yang mengucapkan kata-kata berikut bila di tahan oleh polis: Wang atau nyawa. Biar putih tulang, jangan putih mata.
Hidup berwibawa bukan sebagai penakut menghadapi penjenayah.

Siasat dakwaan Singapura perluas kawasan rumah api
PONTIAN 10 Ogos - Dakwaan kononnya Singapura memperluaskan kawasan rumah api di Pulau Pisang perlu disiasat secara serius memandangkan perkara tersebut berkaitan dengan kedaulatan negara dan negeri Johor.
Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berkata, kawasan yang diperuntukkan bagi pengurusan rumah api berkenaan hanya seluas 0.45 hektar dan tidak sewajarnya berlaku perluasan kawasan itu oleh pihak Singapura…

Ulasan: Kita seolah-olah mempunyai tanah yang luas sampai tak tahu jiran yang miskin tanah telah meneroka tanah kita. Sampai bila begini? Sampai Johor di telan singa?

Khalid syor UiTM ambil 10% bukan bumiputera
SHAH ALAM 10 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing. Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut…

Ulasan: Kalau perlu, kita boleh mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar UiTM tapi tanpa ambil bukan pelajar bukan bumiputera. Kita boleh lakukan sendiri. Terima kasih.

Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin
(Harakah) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin.
Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam. Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini.

Ulasan: Kita lebih tahu tentang keadilan. Tak percaya? Lihat ummat Islam di Singapura dan India..

Suhakam minta kerajaan kawal harga barang
KOTA BHARU 10 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan mengkaji semula punca kenaikan harga barang yang kini dianggap terlalu tinggi dan membebankan golongan rakyat termiskin.
Pesuruhajaya Suhakam yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (Ecosoc), Datuk Dr. Denison Jayasooria berkata, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik sama ada menurunkan harga barang atau mengawal kenaikan harga barang…

Ulasan: Bila PM mengisytiharkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel, apakah hal ini telah di fikirkan?

Gadaian RM18j lesap
KOTA BHARU: Empat penjenayah professional bertopeng memecah masuk sebuah kedai pajak gadai Islam, Ar-Rahn di Jalan Tengku Chik, dekat sini, tengah malam kelmarin sebelum melarikan pelbagai barangan kemas yang disimpan dalam 238 peti simpanan barangan kemas bernilai kira-kira RM18 juta…(hmetro, 11/8/08).

Ulasan: Cari jalan supaya lebih berhati-hati bila kita menerima amanah pelanggan.
Nota: Barang kemas Ar-Rahn dicuri RM19.9 juta
KOTA BHARU 12 Ogos - Polis Kelantan hari ini mengesahkan barang kemas yang dilarikan pencuri dari pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu 1, di Jalan Temenggung di sini awal pagi Sabtu lalu bernilai RM19.9 juta.
Difahamkan ia merupakan kes kecurian terbesar dalam sejarah di negeri ini dan barang kemas berkenaan dipercayai kepunyaan puluhan ribu pelanggan yang dijadikan cagaran untuk mendapatkan wang tunai secara mudah…

Friday, August 08, 2008

Polis siasat akuan bersumpah Dr. Osman

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Polis akan menyiasat kesahihan perakuan bersumpah yang dibuat seorang doktor swasta, Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid yang mempertahankan laporan pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang disiarkan dalam portal berita, Malaysia Today semalam.
Dalam perakuan bersumpah bertarikh 1 Ogos itu, doktor dari Pusrawi itu mempertahankan keputusan pemeriksaan bahawa Mohd. Saiful tidak diliwat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan itu dilakukan kerana polis percaya artikel itu berniat mempengaruhi persepsi orang ramai selain menjatuhkan kewibawaan pasukan itu…

Ulasan: Siasat dulu adalah lebih baik dari bersangka yang bukan-bukan. Kewibawaan kita biasanya di tentukan oleh tindakan kita.

Rakyat Malaysia semakin terdedah kepada risiko kematian di jalan raya
PUTRAJAYA 8 Ogos - Rakyat di negara ini kini semakin terdedah kepada risiko kematian akibat kemalangan jalan raya ekoran daripada perubahan trend dalam penggunaan kenderaan yang menyaksikan lebih ramai pengguna kereta beralih kepada motosikal.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, pendaftaran baru motosikal sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 30 peratus, dipercayai disebabkan oleh peningkatan harga petrol…

Ulasan: Kerajaan Pak Lah tanggung.

Kumpulan Islam di China ancam serang Sukan Olimpik
URUMQI, China 8 Ogos – Sebuah kumpulan Islam di China mengancam akan melancarkan serangan semasa Sukan Olimpik dan memberi amaran kepada orang Islam supaya tidak menaiki kapal terbang, kereta api dan bas bersama-sama kaum China.
Amaran itu terkandung dalam rakaman pita video yang dikeluarkan oleh kumpulan militan itu baru-baru ini.
Kumpulan itu menuduh rejim komunis China telah melakukan penganiayaan bagi membolehkan jihad dilancarkan.
Kumpulan itu mendakwa, pihak berkuasa China telah menangkap dan membunuh guru agama serta memusnahkan sekolah agama.
Malah kumpulan itu mendakwa program kawalan kelahiran yang dilaksanakan oleh kerajaan China merupakan program pengguguran kandungan secara paksa ke atas wanita Islam…

Ulasan: Jangan berlaku zalim kepada rakyat. Tapi kerajaan di kebanyakan negara yang belum maju suka mempamerkan kekuatan polis dan tenteranya kepada rakyat serta menzalimi rakyat yang tidak punya apa. Satu hari bila rakyat sudah terlalu marah dan sampai ke puncak treshold kesabaran akan berlakulah yang tidak di ingini: besi di balas besi..

Kesilapan DNA: Australia kaji semula 7,000 kes jenayah
SYDNEY 7 Ogos - Polis Australia terpaksa mengkaji semula 7,000 kes jenayah membabitkan penggunaan ujian DNA sebagai bukti selepas mengesan berlaku kesilapan dalam satu kes bunuh…

Ulasan: Terimalah hakikatnya bahawa kebanyakkan kesilapan manusia berlaku: negligence terhadap duty of care.

KPN: Abu Bakar ditahan cuba hasut benci PDRM

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Tindakan polis menahan penulis laman blog Penarik Beca, Abu Bakar Mohd. Rashid kelmarin, adalah kerana cubaannya menghina dan menghasut orang ramai supaya membenci pasukan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini dilakukan penulis itu dengan menukar lambang kepala harimau pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada kepala anjing dan ia dipaparkan dalam blognya.
Katanya, langkah tersebut jelas menghina PDRM sebagai sebuah pasukan yang bertanggungjawab dalam menegakkan keamanan, keselamatan dan keadilan…

Ulasan: Secara logiknya mesti ada sebab kenapa penulis menulis sebegitu. Seperti juga ada orang yang menajak memasang bendera terbalik. Sesuatu yang telah berlaku sebelumnya menyebabkan sesuatu tindakan. Kalau melanggar undang-undang negara, bawalah siapa pun yang di syaki ke mahkamah. Jangan hanya menakut-nakutkan rakyat tetapi perkara asas tidak di baiki. Bukan hanya bertempik dan menyebut kebaikan di bibir tetapi mesti dilihat ianya berlaku.

Polis minta semua pihak patuhi peraturan pada pilihan raya Permatang Pauh
KUALA LUMPUR 8 Ogos — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pihak yang terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh agar tidak melanggar peraturan sehingga boleh mencetuskan insiden yang tidak diingini.
Beliau berkata, polis yang telah bersiap sedia untuk berkhidmat sepanjang pilihan raya itu, tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap pihak yang melanggar peraturan…

Ulasan: Dalam sejarah pilihan raya kecil selama ini rakyat tahu benar-benar bahawa yang pekerja parti BN/UMNO lebih banyak mendatangkan masalah kepada keamanan penduduk setempat. Oleh kerana mereka dari parti yang memegang kerajaan pusat mereka menganggap polis dan FRU berpihak kepada mereka. Sekiranya polis (juga FRU) dapat bertindak tegas dan profesional tanpa mengira bulu adalah lebih baik dan lebih di hormati rakyat.

Malaysia mahu AS berhenti mencampuri hal ehwal dalamannya
PUTRAJAYA 8 Ogos — Malaysia mahu Amerika Syarikat (AS) berhenti mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia oleh kerana negara ini mempunyai undang-undangnya sendiri.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, undang-undang Malaysia diluluskan oleh Parlimen dan tidak ada sebab negara lain memandang rendah terhadap Malaysia dalam aspek pelaksanaan pentadbiran undang-undangnya sendiri…

Ulasan: Kalaulah keadilan yang di cari kita terus menegakkannya walaupun seluruh dunia menentangnya. Kekuasaan yang Tuhan kurniakan bukan untuk menegakkan kezaliman.

Sindiket hasilkan 30,000 VCD lucah diserbu
BUKIT MERTAJAM 7 Ogos - Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket yang menghasilkan lebih 30,000 keping cakera padat digital (DVD) serta cakera padat video (VCD) haram dan lucah setiap hari selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Sama Gagah, di sini hari ini.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, polis turut merampas pelbagai set perisian komputer termasuk alat, pencetak, mesin penyalin dan beribu-ribu keping VCD dan DVD yang sedang dan sedia untuk diproses…

Ulasan: Prinsip yang ada di negara mundur atau sedang membangun ialah selagi rasuah berleluasa dan di ambil oleh penguatkuasa selama itulah tak akan selesai masalah negara. Setakat merampas tidak menyelesaikan masalah negara selagi towkey memelihara VIP (atau VIP memelihara oleh towkey). Serbuan demi serbuan tapi towkey selamat. Siapakah VIP-VIP itu? Sayangnya, orang kita juga. Negara yang baik ialah negara yang sifar rasuah.

Cari kaedah baru tarik FDI
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mencari langkah dan cara baru bagi menarik pelaburan terus asing (FDI) ke dalam negara. Presidennya, Tan Sri Yong Poh Kon berkata, antara langkah itu adalah membaik pulih proses penyampaian perkhidmatan sektor awam…

Ulasan: Antaranya ialah dengan menjadikan negara kita negara sifar rasuah.

Ketua Hakim Negara tegur hakim tidak jujur
PUTRAJAYA 7 Ogos - Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini menegur sikap hakim dan majistret yang masih tidak menjalankan tugas dengan tekun dan jujur sehingga menjejaskan perkhidmatan kehakiman negara.
Katanya, sehingga kini, beliau masih mendengar rungutan dan aduan yang tidak menyenangkan…

Ulasan: Jangan sampai rakyat sudah tidak percayakan hakim kerana tindak-tanduknya sendiri.

Amaran firma guaman jangan taja majlis buka puasa
PUTRAJAYA 7 Ogos - Firma guaman diingatkan supaya tidak menaja majlis berbuka puasa kepada mana-mana kakitangan mahkamah sepanjang Ramadan nanti sebagai balasan mempercepatkan pengeluaran dokumen mereka.
Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, rasuah di mahkamah adalah satu perkara yang tidak boleh diterima walau dalam bentuk apa sekali pun…

Ulasan: Rasuah adalah haram di sisi undang-undang mana-mana agama dan negara.

Jangan jual tanah
BANTING 7 Ogos - Peneroka tanah rancangan Felda dan Felcra di seluruh negara diminta menghentikan aktiviti menjual tanah mereka kepada pihak lain.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perbuatan itu tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan kerugian pada masa depan…

Ulasan: Dulu orang Arab Palestin suka menjual tanah kepada penduduk Yahudi dengan bayaran yang mahal walaupun Mufti waktu itu melarangnya. Orang Melayu pun begitu. Kebiasaannya duit akan cepat habis dan tanah kita sudah di miliki oleh orang lain. Anak, cucu dan cicit hanya menggetap bibir…

Thursday, August 07, 2008

BN janji tentangan sengit di Permatang Pauh

SUBANG 7 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan tentangan sengit kepada pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun sentimen pengundi di kawasan itu sudah diketahui umum, namun BN akan tetap berusaha meyakinkan mereka…

Ulasan: Jangan ada terlalu confidence Anwar boleh menang sebelum kita berusaha all out. Kita kena beri perhatian terhadap janji Najib ini kerana BN/UMNO mempunyai kuasa dan wang. Dalam pilihan raya kecil yang telah berjalan selama ini rakyat melihat di depan mata bagaimana kuasa contohnya polis dan FRU di selewengkan untuk menakutkan rakyat dan mencederakan pekerja parti pembangkang serta wang digunakan untuk membeli undi rakyat..

Parti serpihan Pas umum calon Permatang Pauh 15 Ogos
KUALA KRAI 7 Ogos — Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti serpihan Pas yang akan turut bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, akan mengumumkan nama calonnya pada 15 Ogos ini, sehari sebelum hari penamaan calon. Presidennya, Hanafi Mamat berkata, beliau yakin calon Akim akan mendapat sokongan penduduk Permatang Pauh khususnya daripada kalangan penyokong Pas…

Ulasan: BN sudah tentu gembira kerana Akim dapat memecahkan undi Anwar. Bila masuk bertanding hanya untuk memecahkan undi itu maknanya menyokong kezaliman BN/UMNO. Ini bukan masa tunjuk kekuatan antara kita yang mencintai keadilan. Mari bersama-sama wahai pencinta keadilan dimana saja, kita berusaha mengalahkan parti BN/UMNO yang menjadi tonggak kezaliman di negara ini.

Tuesday, August 05, 2008

Veteran UMNO buat laporan BPR terhadap Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Seorang veteran UMNO, Mazlan Harun membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan kuasa dalam parti....

Ulasan: Apa sudah jadi dengan UMNO? Pihak BPR tentu sukar untuk menyiasat PM sendiri. Kalau sudah melakukan kesalahan sila bawa ke mahkamah. Ini adalah kes ujian mahkamah kita.

Mufti Perlis akui ditawar jadi calon Permatang Pauh
PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.
“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.
“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini…

Ulasan: Ini menunjukkan UMNO tidak ada calon untuk layak untuk melawan Anwar. Tapi Pakatan Rakyat sila berhati-hati, jangan over-confident kerana BN/UMNO cuba menang kerana mereka ada kuasa dan wang. Apakah terjadi lagi seperti pilihan raya kecil Ijok?

Gantikan Tugu Negara, kata mufti
Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini…

Ulasan: UMNO dulu dan sekarang masih tidak berubah. Dr M dahulu ikut juga cakap Majlis Fatwa Kebangsaan. Patutlah UMNO tidak lagi relevan kini. Doakan kekalahannya kerana kesombongannya..

Kerajaan kaji semula harga rumah kos rendah
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji semula nilai rumah kos rendah yang ketika ini kekal pada harga RM42,000 berikutan rungutan pemaju perumahan yang terpaksa menanggung kenaikan kos membina rumah sehingga 30 peratus.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin bagaimanapun, berkata perkara itu memerlukan kajian yang teliti dan akan mengambil masa kerana ia membabitkan kepentingan rakyat bawahan..

Ulasan: Tukar kerajaan harga rumah akan turun.

Dadah bahan bukti polis RM1 juta hilang
JOHOR BAHRU: Sebahagian dadah rampasan jenis syabu dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta yang menjadi bahan bukti bagi kes rampasan dadah terbesar berjumlah RM48 juta Mac lalu, hilang daripada bilik kebal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, minggu lalu. Difahamkan, kehilangan sebahagian dadah daripada bilik kebal berkenaan disedari seorang pegawai polis yang bertugas selepas mendapati mangga bilik berkenaan dirosakkan menggunakan asid…

Ulasan: Ada manusia yang melihat dadah sebagai hasil pencariannya. Sayangnya pencariannya haram. Bilik kebal polis pun boleh kena curi. Ini laksana white spy lawan black spy. Adakah polis kita pun ada yang putih dan hitam?

Banyak khalwat hujung minggu
KUALA TERENGGANU: Jumlah kes khalwat gadis tempatan dengan warga asing di negara ini meningkat 100 peratus setiap tahun dan tangkapan paling banyak dibuat pada malam Sabtu dan Ahad. Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, berkata kejadian itu berlaku kerana gadis tempatan mudah terpaut dengan kata-kata manis serta hadiah diberikan warga asing, termasuk Indonesia dan Afrika.
"Lebih menyedihkan, gadis tempatan mudah terpengaruh dengan pujukan mereka dan sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesan dari perbuatan itu…

Ulasan: Sayangnya gadis tempatan tewas di negara sendiri. Ingatlah bahawa orang lelaki akan sanggup berbuat apa saja asalkan dapat meratah mahkotamu. Kenapa terlalu murah untuk menyerahkan dan menggadaikan maruah? Sewajarnya kita akan mempertahankan maruah kita hatta mati sekali pun. Hiduplah dengan penuh kemuliaan atau mati syahid sepatutnya menjadi cita-cita hidup kita. Bukan hidup penuh dengan maksiat.

Friday, August 01, 2008

Pertahan kedaulatan negara - Tuanku Mizan

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin meminta pasukan keselamatan negara untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Baginda bertitah kecemerlangan dan pengorbanan perwira-perwira terdahulu dalam memastikan agama, bangsa dan negara serta kedaulatan negara dipertahankan, wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada pasukan keselamatan negara sekarang...

Ulasan: Semuanya bergantung keatas kerajaan yang memerintah negara. Apa yang boleh di harapkan bila ahli politiknya mencintai dunia? Apa yang dapat diharap dari pemimpin dalam semua peringkat yang berprinsipkan asalkan dapat habuan dunia walaupun dengan cara yang tidak bermaruah

Report in sodomy case 'looks genuine': Malaysian hospital
KUALA LUMPUR, July 30, 2008 (AFP) - A medical report cited by Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim which said no assault had taken place in a sodomy case appears genuine, according to a senior hospital official. "It looks genuine," the private hospital's medical director Kamaruddin Ahmad told reporters Wednesday.
Based on the leaked document, Anwar Tuesday demanded police drop the sodomy investigation against him, which he alleges is part of a political conspiracy against him...

Ulasan: Apa sudah jadi dengan negara kita? Ya Allah, jauhkan negara kita dari pemerintah yang tidak soleh dan tidak taat kepadaMu.

Pas sedia bincang usul bentuk kerajaan campuran di Perak
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam membayangkan kesediaan parti itu berbincang dengan Umno berhubung cadangan membentuk kerajaan campuran di Perak.
Beliau bagaimanapun berkata, proses itu memerlukan masa kerana ia mesti dibawa ke muktamar tahunan Pas bulan depan, manakala Umno pula perlu pada perhimpunan agungnya Disember ini…

Ulasan: Sepatah kata dari TKOfm bahawa peristiwa Isra' Mikraj mengajar kita bahawa kita tidak perlu melayan panggilan di kiri kanan jalan sewaktu menegakkan Islam. Panggilan-panggilan untuk muzakarah, muqabalah dan sebagainya adalah usaha memperlecehkan gerakan Islam dari mencapai matlamatnya dan hendaklah kita tetap terus istiqamah menujuNya. Jangan habiskan masa melayan UMNO kerana tugas kita banyak.

Pas komited muqabalah dengan UMNO
KUALA LUMPUR 30 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Majlis Syura Ulama parti itu komited untuk meneruskan usaha muqabalah dengan UMNO demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu walaupun ada bantahan terhadap langkah itu.
Menurut sumber, segala perkembangan yang berlaku itu tidak sedikit pun menjejaskan rancangan pucuk pimpinan Pas untuk memastikan usaha tersebut berhasil.
Sehubungan itu, sumber tersebut memberitahu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Harun Din akan membentangkan secara terperinci mengenai muqabalah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat esok supaya semua anggota faham tujuan ia diadakan…

Ulasan: Sepatah kata dari TKOfm bahawa peristiwa Isra' Mikraj mengajar kita bahawa kita tidak perlu melayan panggilan di kiri kanan jalan sewaktu menegakkan Islam. Panggilan-panggilan untuk muzakarah, muqabalah dan sebagainya adalah usaha memperlecehkan gerakan Islam dari mencapai matlamatnya dan hendaklah kita tetap terus istiqamah menujuNya.

Perhambaan kulit hitam: Kongres AS mohon maaf
WASHINGTON 30 Julai - Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan resolusi permohonan maaf rasmi pertama oleh kerajaan persekutuan kerana "kezaliman, kekejaman dan ketidakperikemanusiaan" yang dialami oleh warga kulit hitam AS akibat perhambaan dan undang- undang pengasingan kaum.
Resolusi yang diluluskan di Dewan Perwakilan dengan undi suara itu "memohon maaf bagi pihak rakyat AS kepada rakyat AS berketurunan Afrika kerana segala kesalahan yang dilakukan terhadap mereka dan nenek-moyang mereka."
Ahli dewan juga berkata, mereka komited untuk mengatasi kesan-kesan perhambaan dan pengasingan yang masih terasa sehingga sekarang.
Ahli Kongres, Steve Cohen yang membentangkan usul itu pada awal 2007 mengalu-alukan kelulusan resolusi tersebut…

Ulasan: Bagaimana dengan UMNO yang selama berkuasa di negara ini di sebalik nama memperjuangkan bangsa?

15 nelayan Thai mati setelah pesta arak di Papua
JAKARTA, 30 Julai - Sebanyak 15 nelayan rakyat Thailand dan seorang rakyat Indonesia mati setelah berpesta minuman keras di Merauke, Papua, wilayah paling timur di Indonesia, malam tadi. Seramai 93 orang nelayan lain yang turut meminum minuman keras campuran tempatan itu turut kritikal dirawat di hospital daerah di Merauke…

Ulasan: Makanlah dan minumlah yang halal lagi baik.

AS bekal Israel sistem pengesan peluru berpandu
WASHINGTON 30 Julai - Amerika Syarikat (AS) akan menempatkan peralatan pertahanan yang menghubungkan Israel dengan dua sistem pengesan peluru berpandu tidak lama lagi, untuk membolehkan rejim Yahudi itu menangkis sebarang kemungkinan serangan senjata nuklear dari Iran.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam berkata, kedua-dua sekutu rapat itu juga sudah berada pada peringkat akhir rundingan untuk menaik taraf perisai peluru berpandu balistik Arrow II milik Israel…

Ulasan: Kasihanlah kepada rakyat Amerika kerana secara sedar menanggung biawak hidup. Israel seolah-olah menjadi salah sebuah negeri dalam negara Amerika Syarikat tetapi masih terlibat mencuri rahsia pertahanan AS.

Pojaman dipenjara 3 tahun - Isteri Thaksin Shinawatra didapati bersalah elak cukai

BANGKOK 31 Julai – Pojaman Shinawatra, isteri bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah kerana mengelak cukai.
Mahkamah turut menjatuhi hukuman tiga tahun penjara ke atas adik tiri Pojaman, Banpot Damapong sementara setiausahanya, Kanchanapa Honghern dihukum dua tahun penjara.
“Kesalahan yang dilakukan oleh ketiga-tiga defendan adalah jenayah serius.
“Mahkamah memutuskan mereka bersalah kerana melakukan penipuan cukai,” kata Hakim Pramote Pipatpramote...

Ulasan: Contoh klasik bila billionaire menjadi pemerintah negara. Ingatkan dulu Thaksin akan bermurah hati menghabiskan sedikit kekayaannya untuk kebaikan rakyat. Tapi satu demi satu angkara penyelewengan dilakukan olehnya dan keluarganya. Tepatlah kata orang bahawa pemimpin yang cintakan dunia akan mengaut kekayaan negara.

Awas fitnah bermaharajalela
PUTRAJAYA 31 Julai - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein (gambar) memberi amaran lebih banyak fitnah dan tohmahan akan dilemparkan kepada pemimpin tertentu menjelang proses pemilihan parti-parti politik di negara ini akhir tahun ini. Sambil menyifatkan senario sebagai asam garam politik, beliau menegaskan tindakan tidak bertanggungjawab itu tidak adil kepada pemimpin.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Pelajaran meminta rakyat supaya bersifat rasional dan tidak menerima segala tuduhan secara melulu. ''Dalam landskap politik persepsi, politik sensasi dan landskap politik membunuh karakter seseorang pemimpin, hal seperti ini kita tidak dapat elak…

Ulasan: Fitnah adalah budaya UMNO untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan ahli UMNO ialah orang Islam tetapi menerima fitnah sebagai asam garam politik. Kuasa yang di dapati melalui jalan yang salah akan di gunakan untuk kekayaan melalui jalan yang tidak sah.

Tiada bayaran jika barang gagal tepati spesifikasi
PUTRAJAYA 31 Julai - Kerajaan tidak akan membuat pembayaran kepada sebarang pembekalan barangan atau perkhidmatan yang tidak menepati spesifikasi semasa tempahan dibuat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, seperti pelanggan lain, kerajaan mempunyai hak menolak sebarang pembekalan barangan atau perkhidmatan jika tidak berpuas hati dengan kualiti produk berkenaan...

Ulasan: Masalah yang ada ialah rasuah yang mencengkam yang ada di mana-mana. Kalau pegawai kerajaan tidak menerima rasuah nescaya semua peraturan akan di patuhi.

PAS tolak 'join' UMNO bentuk kerajaan

KL: PAS menolak sebarang usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat pusat atau negeri, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata dengan keputusan itu, sebarang tawaran daripada UMNO untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat terbabit tidak lagi berbangkit.
Abdul Hadi juga berkata, pada mesyuarat kali ini juga PAS mengulangi pendiriannya untuk kekal bersama Pakatan Rakyat sambil memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras dengan perjuangan bersama…(Bernama, Jumaat, 01 Ogos 2008).

Ulasan: Jom rapatkan barisan untuk mempastikan kemenangan rakyat. Terima kasih PAS kerana membuat keputusan drastik tepat untuk maju ke depan. Bila sudah memerintah kerajaan Pusat baru boleh berunding dengan UMNO.
Sengaja di simpan untuk kenangan: Keputusan JK PAS Pusat. Berikut adalah kenyataan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:
PAS TOLAK TAWARAN UMNO TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN
DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH
PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.
Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik, NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.
Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.
DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG, Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008.

Thursday, July 31, 2008

Umpama bercerai talak tiga, sukar kahwin semula - Ali Rustam

MELAKA: Kesanggupan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melihat PAS berbincang dengan Umno mengenai perpaduan Melayu dan Islam adalah satu perubahan yang baik yang sedang berlaku dalam PAS, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau berkata kebiasaannya Nik Aziz dan PAS tidak berapa terbuka untuk berbincang dengan Umno terutama yang berkaitan perpaduan orang Melayu dan Islam.
"Nampak ada perubahan, satu perkembangan yang baik. Tak eloklah dalam hal agama kita berbalah-balahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelidikan dan Penulisan Sejarah Nasional Malaysia di sini hari ini.
Mengenai cadangan Nik Aziz supaya Umno dan PAS dibubarkan bagi membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam, Mohd Ali berkata kenyataan itu menunjukkan seolah-olah PAS tidak lagi serasi dengan Pakatan Rakyat dan cuba untuk kembali bekerjasama dengan Umno…(Bernama, Rabu, 30 Julai 2008).

Ulasan: Bila PAS masuk perangkap menemui pemimpin UMNO di sebalik nama muzakarah (atau muqabalah), pemimpin UMNO terus membuat kenyataan untuk merosakkan imej dan melemahkan PAS sekaligus memecahkan Pakatan Rakyat. Kenapa salahkan musuh kalau kita memberi umpan? Ingatkan mengena rupa-rupanya masuk perangkap.

Pas jawab esok - Hadi dijangka umum pendirian tawaran UMNO kongsi tadbir Perak
KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.
Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu…

Ulasan: Menteri Besar Perak dan Mohamad Sabu telah pun menjawab ajakan UMNO sebelum ini.

Ministry stands by HKL medical report on Saiful's sodomy claim
PETALING JAYA: The Health Ministry will stand by the medical findings of Hospital Kuala Lumpur (HKL) on Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Director-General Tan Sri Dr Ismail Merican said the examination on Mohd Saiful on June 28 was according to standard operating procedures with “strict adherence to medical ethics, confidentiality and professionalism.”
“The details of the findings have not and will be not be disclosed to any unauthorised personnel or agency,” he said in a press statement yesterday…

Ulasan: Walaupun untuk menegakkan benang yang basah? Sejarah yang ada menunjukkan polis kita begitu profesional untuk mempengaruhi pegawai perubatan supaya bertindak tidak profesional. Lihat umpamanya bila kecederaan Anwar di pukul oleh KPN Rahim Noor di dalam lokap.

Jabatan polis seleweng RM98j?
KUALA LUMPUR - Ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Robert Phang mendakwa baru-baru ini beliau menerima surat layang yang mendedahkan penyalahgunaan kuasa sebuah jabatan polis.
Robert memberitahu, kandungan surat sepanjang lapan helai itu antara lainnya menceritakan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemberian kontrak pembelian kelengkapan barangan kegunaan jabatan tersebut yang berjumlah hampir RM98 juta…(berita@kosmo.com.my, Julai 30, 2008).

Ulasan: Tidak ramai manusia yang tidak cinta kepada wang. BPR sila siasat. Wang haram bukan milik kita.

'Keluar segera dari UK'
LONDON: KIRA-KIRA 30,000 rakyat Malaysia yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di United Kingdom (UK) diminta segera meninggalkan negara itu.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Rustam Yahaya, berkata Malaysia berada dalam kelompok lima negara paling ramai rakyatnya tinggal melebihi tempoh di negara berkenaan dengan kebanyakan kaum Cina yang bekerja di restoran dan kedai makanan…

Ulasan: Ingatkan hanya pendatang asing sebegitu hanya di negara kita. Siapa ikut siapa?

'Jangan cium wanita India'
LONDON: Kalangan profesional dan usahawan muda Britain yang merancang meneroka peluang perniagaan atau tugas di India, kini berdepan senarai 'etika' yang perlu dipatuhi, termasuk melarang perbuatan mengucup wanita India sebagai tanda selamat tinggal.
Kelas yang turut dikenali ‘taklimat kebudayaan’ adalah sebahagian siri diadakan di Kota London bagi memastikan persefahaman lebih mendalam kalangan ahli perniagaan dan lelaki Britain mengenai amalan dan budaya India…

Ulasan: Ciuman tanpa ikatan yang halal menjatuhkan maruah wanita di mana saja.

'Suami tidak kisah saya bogel'
PARIS: Wanita Pertama Perancis, Carla Bruni-Sarkozy berkata suaminya tidak marah apabila mendapat tahu yang beliau pernah bergambar bogel ketika bekerja sebagai model dulu. Bruni berkata beliau mengumpulkan gambar bogelnya yang lama dan menunjukkannya kepada Presiden Nicolas Sarkozy pada awal perhubungan mereka dan menyatakan, "anda mesti tahu mengenai ini sebab lambat laun ia akan didedahkan."…

Ulasan: Ada orang yang hebat di mata rakyat tetapi tidak boleh mengawal isterinya.

Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi
KUALA LUMPUR 30 Julai – Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. hari ini menafikan bahawa seorang doktor pakarnya telah melakukan pemeriksaan terhadap aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.
Sebaliknya, pihak hospital itu menegaskan, pegawai perubatannya, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid bukan seorang doktor pakar dan tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful Bukhari.
Sebaliknya, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamarudin Ahmad dalam sidang akhbarnya di sini petang ini memberitahu, Dr. Mohamad Osman hanya pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kemalangan dan Kecemasan pada hari berkenaan.
“Beliau (Dr. Mohamad Osman) bukan seorang doktor pakar... dia menasihatkan pesakit (Mohd. Saiful Bukhari) supaya menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan…(30/07/2008, 3:50pm).

Ulasan: Bermakna Saiful telah di periksa oleh Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid seperti laporan yang bocor dan ramai yang sudah membacanya. Bagaimana laporan hospital kerajaan?

Contohi Malaysia angkat darjat wanita – Rosmah
LUSAKA 29 Julai – Kejayaan Malaysia dalam mengangkat darjat kaum wanita wajar dicontohi oleh negara-negara yang masih berusaha untuk memberi hak dan peluang kepada golongan tersebut.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kaum wanita di sesetengah negara Afrika masih menghadapi masalah yang pernah dialami oleh kaum wanita di Malaysia kira-kira 30 tahun lalu…

Ulasan: Di mana-mana saja tanpa agama yang betul, kebanyakan wanita hanya menjadi binatang ekonomi untuk bekerja dengan upah menarik dan hujungnya menjadi objek seks untuk lelaki selain dari pelacur yang bersepah, pelayan dan seumpamanya. Siapakah dapat menyelamatkan mereka?

Friday, July 25, 2008

Muzakarah diteruskan Pertemuan UMNO-Pas sebelum ini tunjuk perkembangan positif

KUALA LUMPUR 24 Julai – UMNO dan Pas perlu meneruskan muzakarah kerana pertemuan antara kedua-dua parti itu sebelum ini menunjukkan perkembangan positif.
Perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdullah menegaskan muzakarah itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan agama Islam.

Ulasan: Pemimpin UMNO tak sedar diri - Belajarlah dari HAMAS...
UMNO memang Parti tak sedar diri, tak sedar di untung. Sudah kalah baru nak terhegeh-hegeh nak bermuzakarah dan bercakap tentang kepentingan melayu, kepentingan Islam. Tembelang UMNO untuk mengadakan muzakarah sudah pecah dan bau hanyir yang keluar darinya amat menyesak dan memualkan.

Hei pemimpin UMNO! Bila engkau patut bermuzakarah? Ketika engkau menang besar dulu, ketika itulah engkau menggunakan kesempatan untuk menyatukan umat melayu atas dasar Islam. Tapi engkau adalah jenis yang tak akan buat begitu, kerana engkau jenis yang berjuang untuk pertahan kuasa supaya engkau terus boleh membolot dan mengaut harta rakyat. Apabila kuasa engkau tergugat barulah tergopoh gapah mencari rakan untuk membela kepentingan Melayu/Islam. JANGAN MEMBOHONGLAH! Engkau buat begitu sebab engkau tahu tembolok engkau yang penuh dengan harta haram itu perlu terus diisi di sumbat semau-maunya. Kini nafsu serakah engkau tertahan, bagaimana akal? berpura-puralah untuk bermuzakarah agar kuasa terus kekal di tangan engaku, dan engkau boleh terus bermaharajalela melempiaskan nafsu serakah engkau.

Mari kita tengok HAMAS yang engkau tuduh pengganas dan terrorist tu. Cuba engkau orang belajar dari mereka. Bulan January 2006 dulu HAMAS menang besar dalam pilihanraya. HAMAS hampir membolot 2/3 kerusi legislatif di Palestin. Apa sikap HAMAS? Apakah ia terus membedal parti-parti lawan dan menekan rakyat dengan kemenangan besarnya? Tidak. HAMAS bukan macam engkau! Pantang menang terus jadi penyangak. Tangkap orang tanpa bicara. songlap duit komisen, letup orang dengan C4, tuduh orang main belakang, belasah orang awam dengan cota, naikkan harga minyak 43% - tak ada kerajaan segila ini seperti kerajaan engkau UMNO!

Apa yang HAMAS buat. Sebaik shj menag HAMAS ajak semua Parti yang kalah, FATAH termasuklah parti-parti nyamuk tak menang satu kerusi habukpun duduk bermuzakarah. HAMAS ajak bentuk kerajaan campuran. Engkau sanggup buat begitu...? Jauh panggang dari api. Sebab apa? HAMAS berjuang bukan untuk isi tembolok macam engkau. HAMAS berjuang untuk kepentingan rakyat Palestin, kepentingan umat Islam... bukan macam engkau.

Aku sudah meluat dengan engkau UMNO! Nyah kau dari pentas politik tanah air tercinta ini. Lagi lama engkau berkuasa entah apa-apa lagilah kezaliman yang engkau akan lakukan. sampai seorang anak yang hendak menghembuskan nafas yang terakhirpun engkau tahan ayahnya dari menatap wajah anak kesayangannya buat kali terakhir? Manusia apa engkau ini? Engkau begitu hebat menunjuk kuasa kepada rakyat tetapi engkau bacul untuk pertahan sebuah pulau kecil yang jelas merupakan milik negara ini. Engkau memang manusia BACUL!!! Nyahkau dari sisi pentas politik!! Aku taknak tengok lagi muka engkau!!
(Luahan perasaan HMN dari email yang di terima tadi).

Kadar faedah baru diumum hari ini

KUALA LUMPUR 24 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan bahawa sebarang keputusan yang diambil berhubung kenaikan kadar faedah yang bakal diumumkan esok, dipertimbangkan berdasarkan kepada kepentingan negara.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, bank pusat telah melihat pelbagai aspek risikonya terhadap kadar inflasi, sama ada ia akan menyebabkannya meningkat dan terus meningkat bagi tempoh panjang atau sama ada terdapat faktor lain.
''Kedua, kami akan mengkaji risiko kepada kesederhanaan dalam hala tuju pertumbuhan negara, dan ini adalah antara pertimbangan yang akan kami ambil kira," katanya…

Ulasan: Allah Menghalalkan Jual Beli dan Mengharamkan Riba melalui firmanNya, yang bermaksud:
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 275).

Maut ditolak setelah tegur lelaki pakai selipar dalam masjid
MUAR 25 Julai – Tindakan seorang warga emas menegur seorang lelaki yang memakai selipar di dalam masjid mengundang padah apabila dia akhirnya meninggal dunia semalam, setelah koma selama dua hari akibat terjatuh ditolak lelaki itu.
Dalam kejadian pagi Selasa lalu, mangsa baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Ibrahim di Jalan Petrie di sini. Dia kemudiannya ternampak seorang lelaki warganegara Myanmar memakai selipar di dalam kawasan masjid lalu menegurnya.
Sejurus kejadian itu, polis menahan lelaki warganegara Myanmar berusia 27 tahun terbabit di Jalan Abdul Rahman di sini bagi membantu siasatan…

Ulasan: Sampaikan kebenaran walaupun pahit.

Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah Perangkap Umno Untuk Pecahkan Pakatan Rakyat?

Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan media di Kota Darulnaim petang 21/7/08:

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti. Itu perangkap namanya.

Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu.

Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat.

Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata.

Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat."...(http://malaysianunplug.blogspot.com/2008/07/pas-umno-secret-meeting-pass-nik-aziz.html).

Ulasan: Kita sewajarnya cekap dan bijaksana berpolitik bila berdepan dengan musuh lama yang menggunakan apa saja cara melanjutkan pemerintahannya hatta sanggup menggunakan hujjah agama. Jangan sampai masuk perangkap UMNO yang  menyebabkan kerugian kepada perjuangan Islam yang di pupuk dan di semai sejak dulu. Rasa-rasanya apakah kekuatan PAS sekarang sudah hebat sehingga menjadikan PAS berdiri lebih tinggi atau pun sama tinggi daripada UMNO yang memegang kuasa sampai sekarang? Jangan cepat perasan. Orang yang lemas (UMNO) akan berpaut kepada apa saja asal selamat walaupun orang yang mahu menyelamatkannya (PAS?) pula mati lemas. Jangan khianati perjuangan Islam selamanya.

Dua pegawai kanan ATM saman Raja Petra

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolonel Abdul Aziz Buyong dan isteri, Leftenan Kolonel Norhayati Hassan hari ini memfailkan saman fitnah terhadap pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bagi menuntut ganti rugi RM1 juta setiap seorang.
Abdul Aziz dan Norhayati menyaman Raja Petra kerana didakwa membuat akuan bersumpah yang berunsur fitnah dengan mengaitkan mereka berdua dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu….
Nota: Pada 17 Julai lalu, Raja Petra telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tiga tuduhan memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor, Abdul Aziz dan Norhayati melalui akuan bersumpah tersebut.

Ulasan: Selepas ini rakyat hendak melihat pula saman isteri Timbalan Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Bila? TPM kenapa susah payah bersumpah kerana sumpah tidak ada dalam prosedur dalam undang-undang jenayah Islam. Kes Altantuya menjadi lebih menarik. Sama-samalah kita tengok siapa yang kena.

Penggunaan beg plastik diharamkan di Los Angeles
LOS ANGELES: Majlis Bandaraya Los Angeles yang mengundi semalam mengharamkan penggunaan beg plastik di pusat beli-belah mulai 1 Julai 2010.
Sehubungan itu, pengunjung hanya dibenar membawa beg sendiri untuk memasukkan barangan yang dibeli atau membayar 25 sen untuk mendapatkan beg kertas.
Pegawai majlis bandaraya itu berkata, pengharaman beg plastik itu sebagai langkah mengurangkan sisa buangan di Los Angeles, yang menyaksikan penggunaan lebih 2.3 bilion beg plastik setahun…(BH, 22/7/08).

Ulasan: Sebelum ini telah di laksanakan di China. Kita pula bila?

Singapura tuntut perairan Batu Puteh
SINGAPURA: Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Mei lalu.
Menteri Kanannya, Balaji Sadasivan, berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982…(BH, 22/7/08).

Ulasan: Tuntutlah apa-apa yang patut sementara kerajaan BN tengah nazak. Apakah Singapura seperti Belanda minta tanah? Kita faham benar orang yang tanahnya terhad menjadikan tanah sebagai agenda utama. Katanya sekarang banyak lori pasir Malaysia membawa pasir ke Singapura macam dulu walaupun ada larangan. Apa sudah kepada kerajaan BN jadi lembik mempertahankan negara?

Monday, July 21, 2008

Semoga PAS dan Umno bergabung - Ku Li

AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan.
Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
"Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut. Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat…(Bernama, Khamis, 17 Julai 2008).

Ulasan: Muzakarah PAS-Umno dalam keadaan Umno berkuasa – menjadi kerajaan persekutuan - sekarang? Pada 1974, PAS di tendang daripada BN apabila Umno menjadi kuat. Kesannya PAS lama menderita. Apakah PAS hendakkan kuasa pemerintahan instant? Atau PAS sengaja hendakkan sengat dari lubang yang sama atau terlalu rindu hendaklah pisang berbuah dua kali? Jangan rosakkan parti kita kerana sayangkan parti Umno. Kita boleh bermuzakarah dengan Umno kemudian selepas Umno kalah. Bukan sekarang. Sekarang tumpukan usaha untuk menggerakkan kesedaran rakyat untuk menjatuhkan BN/Umno dari singgahsana pemerintahan.

Siapa keliru: Rakyat atau BN?
Menyentuh cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sewaktu debat Anwar-Shabery Cheek) untuk menurunkan harga minyak menggunakan keuntungan Petronas, Najib berkata Barisan Nasional sebagai kerajaan bertanggungjawab tidak akan menggunakan semua keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak sehingga menjejaskan generasi akan datang. Beliau berkata jika SEMUA keuntungan Petronas digunakan, syarikat itu TIDAK BOLEH lagi melabur untuk masa depan…(Bernama, 17/7/08).

Ulasan: Dalam perniagaan, di mana dan tak kira saiznya, sebahagian daripada untung perlu di laburkan kembali dalam perniagaan (plough-back profit). Kalau tidak, perniagaan akan BERHENTI.
Anwar hanya menyebut akan menggunakan RM1 billion daripada apa yang Petronas telah serahkan kepada kerajaan BN sebagai strateginya untuk menurunkan harga minyak. Anwar TIDAK pun berkata akan menggunakan SEMUA KEUNTUNGAN Petronas untuk menurunkan harga minyak.

Debat tanda ketelusan kerajaan
ALOR STAR 16 Julai - Penyertaan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam debat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak malam tadi membuka era baru kepada dasar keterbukaan kerajaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, penglibatan menteri untuk berdebat dengan pemimpin parti pembangkang menunjukkan ketelusan kerajaan dalam membentangkan pandangannya…

Ulasan: Keterbukaan kerajaan BN berlaku di hujung-hujung era kejatuhannya. Apa ertinya keterbukaan dari segi debat tapi menangkap Anwar walaupun masih 1 jam lagi temujanjinya mengadap polis di IPK? Seolah-olah semua menunjukkan kuasa masing-masing bila PM tidak.

Selangor benar perlawanan Malaysia-Chelsea ditaja syarikat bir
SHAH ALAM 16 Julai - Perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan yang bakal menentang kelab ternama Inggeris, Chelsea di Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini, tetap diteruskan walaupun ada bantahan daripada beberapa pihak ekoran pembabitan sebuah syarikat minuman keras, Heineken sebagai penaja.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Heineken merupakan penaja skuad Liga Perdana Inggeris itu dan pada masa sama penganjur juga memberi jaminan, tidak ada minuman keras akan dijual mahupun diedarkan dalam stadium semasa perlawanan berlangsung…

Ulasan: Jaminan penganjur yang tidak bererti apa-apa kerana umumnya mengetahui tidak akan ada minuman keras akan dijual mahupun diedarkan dalam stadium semasa perlawanan berlangsung. Secara tidak langsung, kita mempromosikan syarikat minuman keras.

Kubur Islam lama jadi tanah pertanian
TEMERLOH Penduduk Kampung Kemuning, Lanchang dekat ini mendakwa tanah perkuburan lama seluas kira-kira enam hektar di kampung itu diluluskan untuk dimajukan dengan projek pertanian.Ketua UMNO Cawangan Teris, Ahmad Budir Nipah, 35, yang mewakili penduduk mendakwa bahawa Pejabat Tanah Daerah Temerloh telah memberikan kelulusan tanah lesen pendudukan sementara (TOL) seluas 50 ekar termasuk tanah perkuburan berkenaan kepada individu tertentu bagi mengusahakan projek pertanian terbabit.
Beliau mendakwa pernah membuat bantahan pada dua tahun lepas kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lanchang, Datuk Sharkar Shamsuddin agar kawasan berkenaan tidak dimajukan, namun tiada sebarang tindakan diambil…

Ulasan: Bila BN/Umno berkuasa, bukan setakat rakyat yang masih hidup menderita tapi juga menyusahkan rakyat yang sudah meninggal dunia. Tunaikan hak masing-masing. Fikir-fikirkan untuk mati apa persediaan kita sewaktu hidup ini.

Thursday, July 10, 2008

Singapura digesa bebaskan mahkamah

SINGAPURA 9 Julai - Persatuan Majlis Peguam Antarabangsa (IBA) menegaskan bahawa Singapura perlu membebaskan mahkamah di negara ini daripada pengaruh kerajaan dan mengangkat standard hak asasi manusianya ke peringkat antarabangsa.
Institut Hak Asasi di bawah naungan IBA dalam satu laporan setebal 72 muka surat yang dikeluarkan lewat malam tadi, turut menyuarakan kebimbangan mengenai sekatan kebebasan bersuara di republik ini…

Ulasan: Apakah rakyat hanya menjadi economic animals yang tiada mengenal kebebasan?

Singapura beli F-35 bukan ancaman
SUBANG 9 Julai - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak melihat cadangan Singapura untuk membeli 100 pesawat tempur kalis radar F-35 sebagai satu ancaman.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, cadangan republik itu merupakan amalan biasa sesebuah negara dalam memodenkan angkatan tenteranya dan ia tidak perlu dibimbangi…

Ulasan: Negara yang kecil tapi memerlukan 100 pesawat tempur pun di lihat bukan ancaman? Di negara kita mungkin orang tertentu sibuk mengira wang atas angin (nama lain bagi komisyen) daripada kontrak bekalan pesawat tempur. Jangan satu hari nanti kita takut menghadapi gertakan jiran yang selalu mengganggu kita.

Demonstrasi jalanan tak betul

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan kerana ia hanya mencetuskan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata, tindakan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) demonstrasi jalanan bukan kaedah betul untuk menyampaikan sebarang pendirian atau bantahan terhadap kenaikan harga bahan api di negara ini…(BH, 8/7/08).

Ulasan: Menteri Luar dulu (sekarang Menteri Dalam Negeri) sepatutnya boleh menilai bagaimana polis di London dan New York mengizinkan perhimpunan aman dan menjaga supaya perhimpunan tetap aman. Menteri kita pula tidak mengizinkan kerana bersangka buruk ia akan hanya mencetuskan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam. Seluruh dunia maklum bahawa siapa yang selalu menyemai (plant) provokasi (provocateurs). Mana satu lebih baik: Izinkan kemarahan rakyat di suarakan melalui perhimpunan aman ATAU biarkan rakyat marah tapi di takutkan dengan tindakan polis sehingga akhirnya rakyat naik minyak. Kena sedar bahawa gaji menteri serta polis pun di bayar dengan wang rakyat bukan wang BN.

Singapura mahu beli 100 pesawat kalis radar F-35
WASHINGTON 8 Julai 2008 – Singapura menunjukkan minat untuk membeli sehingga 100 pesawat F-35 Joint Strike Fighter keluaran Lockheed Martin Corp untuk beberapa dekad akan datang, sekali gus menyamai pelan pertahanan udara Israel.
“Israel menyatakan mereka mahu membeli sehingga 100 pesawat. Singapura juga pada asasnya menyatakan perkara yang sama,” kata Ketua Program Pentagon, Mejar Jeneral Charles Davis. Pembangunan F-35 yang merupakan pesawat kalis radar dibiayai bersama oleh Britain, Itali, Belanda, Turki, Kanada, Australia, Denmark dan Norway….

Ulasan: Jiran yang sanggup merampas wilayah jirannya sudah berminat untuk menyamai pertahanan udara Israel. Apakah kita terlena (dengan duit atas angin) dengan beberapa buah jet pejuang Sukhoi dan beberapa lagi kapal selam Scorpene?

PM: Satu pengkhianatan perbuatan sebar fitnah, bohong timbulkan persepsi negatif negara
PUTRAJAYA 7 Julai 2008 – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perbuatan pihak tertentu menyebarkan fitnah dan pembohongan secara meluas sehingga menimbulkan persepsi negatif yang mengetepikan kebenaran merupakan satu perbuatan khianat terhadap negara. Sambil meminta gejala itu dihentikan segera, Perdana Menteri menegaskan, suasana yang meresahkan rakyat itu berpunca daripada tingkah laku segelintir pihak yang ternyata tidak menghormati prinsip-prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan…

Ulasan: Sekiranya terdapat bukti sedemikian, kerajaan perlu menegakkan keadilan dan di lihat menegakkan kuasa mahkamah dalam memberi keputusan yang adil.

Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis
KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diminta campur tangan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi menangani penghakisan hak-hak keistimewaan bumiputera yang semakin berleluasa sekarang.
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membuat saranan itu ekoran tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kuota biasiswa pelajar-pelajar bumiputera untuk diberikan kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera…

Ulasan: Ini semua UMNO yang buat hal. Cukuplah UMNO memerintah dengan berlaku curang kepada bengsa sendiri.

Semua jelas, tidak perlu bukti - Syed Hamid
KUALA LUMPUR 7 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu membuat helah berhubung isu campur tangan Amerika Syarikat (AS) dengan meminta kerajaan mengemukakan bukti pula.
Beliau berkata, tindak-tanduk bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas timbulnya laporan liwat yang dihadapinya ternyata sudah menjelaskan segala- galanya kepada rakyat...

Ulasan: Bila menteri pun berfikiran begitu, negara di undang malapetaka. Kita kena adil kepada semua dengan mendatangkan bukti jangan asyik menuduh orang. Kalau jadi di bawa ke mahkamah, tentu menarik.

Demonstrasi bukan penyelesai masalah
PUTRAJAYA: Demonstrasi membantah penstrukturan semula subsidi minyak tidak akan menghasilkan sebarang penyelesaian kepada masalah itu kerana ia bukan saja dihadapi negara, malah seluruh dunia, kata Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, janji kosong atau langkah penyelesaian tidak realistik seperti dibuat parti pembangkang juga tidak akan mampu mengatasinya, sebaliknya merugikan lagi rakyat dan negara dalam jangka panjang...(BH, 8/7/08).

Ulasan: Berikan laluan untuk rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Bila semua kebebasan di tutup dengan paksaan, amankah negara? Rakyat bukan hanya binatang ekonomi.

Enam pegawai wanita TLDM catat sejarah
SEPANGGAR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatat sejarah tersendiri apabila enam pegawai wanita yang berkhidmat di Markas Wilayah Laut II di sini, buat julung kalinya disenarai dalam operasi menggempur musuh negara di perairan Sabah…

Ulasan: Sampai bila kehebatan wanita di tonjolkan bila menandingi lelaki?

Latihan bersama polis, tentera uji kesiapsiagaan
PUTRAJAYA: Rakyat sepatutnya lebih bimbang dengan tindakan pihak tertentu cuba mencetuskan suasana tidak selesa menerusi demonstrasi dan bukannya latihan bersama antara tentera dan polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata ini kerana latihan bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan dalam memelihara ketenteraman negara sedangkan demonstrasi hanya menjejaskan ketenteraman awam…

Ulasan: Penggunaan polis (termasuk FRU) yang memang di latih khusus berdepan dengan rakyat untuk menjaga keselamatan awam pun kadang-kadang polis bertindak agak kasar dan melampau (sila lihat laporan polis serta kes mahkamah). Inikan pula tentera yang di latih khusus untuk menembak @ membunuh (satu peluru satu nyawa) demi mempertahankan negara dari di serang musuh. Bila kerajaan sudah melibatkan tentera untuk berdepan dengan rakyat bermakna kerajaan sudah tidak sayang lagi dengan rakyat.

Monday, July 07, 2008

Perhimpunan protes harga barang gagal - Najib

PUTRAJAYA 7 Julai 2008 - Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya semalam gagal mencapai matlamat kerana ia hanya dihadiri para penyokong fanatik pakatan pembangkang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perhimpunan yang kononnya akan dihadiri sejumlah besar rakyat mencecah sejuta orang tidak seperti yang digembar-gemburkan…

Ulasan: Perhimpunan itu adalah sebagai PROTES RAKYAT terhadap kerajaan BN yang menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini yang menjadi penyebab kepada kenaikan harga barangan. Yang pastinya: 1) penyokong pakatan pembangkang pun adalah RAKYAT negara ini, dan 2) semua rakyat termasuk penyokong BN dan yang tidak menyokong apa-apa parti pun terkesan dan menderita dengan tindakan BN itu. 

Kalau menteri-menteri hendak sangat melihat 1 juta rakyat turun ke jalan, sila beri laluan untuk rakyat berhimpun aman. Jangan menakut-nakutkan rakyat menggunakan sebarang jentera kerajaan. Peranan asas polis ialah memastikan keamanan di mana saja bukan menyemai provocateurs.

Tetapi yang lebih penting ialah sudah bermula protes rakyat sehingga TURUN. Kalau sudah kehabisan idea kerana terlalu lama memerintah dan tidak lagi prihatin dengan protes rakyat, BN sila akur dan beri laluan sebagai gentleman untuk parti lain memerintah Malaysia.