Thursday, October 14, 2010

Didakwa bunuh Sosilawati

KUALA LANGAT 13 Okt. - Peguam, N. Pathmanabhan hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini dengan niat bersama-sama dengan tiga lelaki lain termasuk seorang remaja belasan tahun membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Tiga lelaki terbabit yang merupakan pekerja ladang milik peguam berusia 41 tahun itu ialah T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Kathavarayan, 30.

Kesemua mereka juga didakwa membunuh pemandu Sosilawati, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad, 38.

Pertuduhan ke atas semua tertuduh terbabit dibuat pada hari ini, genap 45 hari selepas kehilangan pengasas kosmetik Nouvelles Visage itu dan tiga rakannya dilaporkan.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, anak sulung jutawan kosmetik itu, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, membuat laporan polis setelah ibunya dan tiga lelaki terbabit tidak pulang selepas pergi ke Banting atas urusan jual beli tanah.

Pada 13 September lalu, pihak polis mengesahkan keempat-empat mangsa telah dipukul sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan dan tiga lagi tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan….

Ulasan: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua. Semoga keadilan tetegak di bumi kita. Takziah kepada semua keluarga mangsa.

No comments: