Friday, October 22, 2010

Penegasan : Hak Melayu tidak boleh digugat

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang ‘terkunci kemas’ dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya menerangkan secara panjang lebar mengenai teras kontrak sosial nasional yang telah dimuafakati oleh bapa-bapa pengasas mewakili semua kaum di ambang kemerdekaan negara.

Menurut beliau, perkara-perkara yang dimuafakati itu termaktub jelas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 152 tentang bahasa kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi soal rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran majlis yang dianggotai sembilan orang raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit-pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini... 

&

Penegasan Najib
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan orang Melayu serta bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain adalah terkunci kemas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC semalam, beliau berkata, peruntukan Perlembagaan tidak dapat diubah walaupun mendapat majoriti dua pertiga dalam Parlimen, tanpa kebenaran sembilan raja Melayu…

Ulasan: Supaya semua selamat, teruskan dakwah dan islah kepada semua.

No comments: